Advanced Search

Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dissolution) Act 1997


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959921/lembaga-kemajuan-pahang-tenggara-%2528dissolution%2529-act-1997-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
AKTA 569.indd 1Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2009
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 569
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
2 AKTA 569Undang-Undang Malaysia
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... ... 18 Jun 1997
Tarikh penyiaran dalam Warta ... ... ... 30 Jun 1997
3Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 569
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Pemansuhan dan pembubaran
4. Perpindahan kuasa, hak, dsb.
5. Perpindahan harta
6. Perpindahan wang
7. Kontrak yang sedia ada, dsb.
8. Penerusan prosiding jenayah dan sivil
9. Penerusan undang-undang, dsb.
10. Menghalang kesukaran atau anomali
4 AKTA 569Undang-Undang Malaysia
5Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 569
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997
Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972, untuk membubarkan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara yang ditubuhkan di bawah Akta itu, untuk memindahmilikkan semua hartanya kepada Kerajaan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
[1 November 2000, P.U. (B) 362/2000]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 [Akta 68];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan luar bandar;
6 AKTA 569Undang-Undang Malaysia
“Pesuruhjaya Tanah Persekutuan” ertinya Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang dilantik di bawah Akta Pesuruhjaya Tanah Persekutuan 1957 [Akta 349];
“tarikh ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1.
Pemansuhan dan pembubaran
3. Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara 1972 dimansuhkan dan Lembaga yang ditubuhkan di bawahnya dibubarkan.
Perpindahan kuasa, hak, dsb.
4. Segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti dan obligasi Lembaga hendaklah, dari tarikh itu, turun kepada Kerajaan.
Perpindahan harta
5. (1) Semua tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada tarikh ditetapkan, terletak hak pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.
(2) Semua harta dan aset selain daripada tanah yang sebelum sahaja tarikh ditetapkan adalah terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada tarikh itu, terletak hak pada Kerajaan.
Perpindahan wang
6. Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Lembaga hendaklah pada tarikh ditetapkan, berpindah kepada, dan terletak hak pada Kerajaan.
7Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)
Kontrak yang sedia ada, dsb.
7. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja tarikh ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang berpindah di bawah seksyen 5 hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang penuh terhadap atau memihak kepada Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan dengan berkesan seolah-olah Kerajaan, bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya, telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
8. (1) Pemansuhan Akta Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara Malaysia 1972 tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum tarikh ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2) Mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud, sebelum sahaja tarikh ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga atau mana- mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
(3) Mana-mana rayuan yang dibawa, atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas tarikh ditetapkan, terhadap sesuatu keputusan yang diberikan sebelum tarikh ditetapkan dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Lembaga menjadi suatu pihak boleh dibawa oleh atau terhadap Kerajaan sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.
Penerusan undang-undang, dsb.
9. Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi pelindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebelum sahaja tarikh
8 AKTA 569Undang-Undang Malaysia
ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan:
Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Menghalang kesukaran atau anomali
10. (1) Jika apa-apa kesukaran atau anomali timbul berkaitan dengan pelaksanaan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan Akta ini sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghapuskan atau menghalang kesukaran anomali itu:
Dengan syarat bahawa Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen ini selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh ditetapkan.
(2) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuk pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Akta ini.



9Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Pembubaran)
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 569
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
-TIADA-
10 AKTA 569Undang-Undang Malaysia
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 569
AKTA LEMBAGA KEMAJUAN PAHANG TENGGARA (PEMBUBARAN) 1997
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
-TIADA-
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA
JW515110 17-12-2009