Advanced Search

Inland Revenue Board of Malaysia Act 1995


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959908/inland-revenue-board-of-malaysia-act-1995-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 533
AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA 1995
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2009
DiTErbiTKAN oLEh PESUrUhjAyA PENyEMAK UNDANg-UNDANg, MALAySiA
Di bAwAh KUASA AKTA PENyEMAKAN UNDANg-UNDANg 1968 2009
2 Undang-Undang Malaysia AktA 533
AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA 1995
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 7 Februari 1995
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 16 Februari 1995
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 533
AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA 1995
SUSUNAN SEKSyEN
bahagian i
PERMULaan
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
bahagian ii
PENUbUhAN LEMbAgA hASiL DALAM NEgEri
3. Penubuhan Lembaga hasil Dalam Negeri
4. Peruntukan peletakhakan
5. Meterai perbadanan
6. Keanggotaan Lembaga
6a. Ketua pegawai eksekutif
7. Terma jawatan
8. hilang kelayakan anggota
9. Pembatalan dan peletakan jawatan anggota
bahagian iii
FUNgSi DAN KUASA LEMbAgA
10. Fungsi Lembaga
10a. Lembaga boleh bertindak sebagai ejen pemungutan
11. Kuasa Lembaga
4 Undang-Undang Malaysia AktA 533
Seksyen
12. Pelantikan jawatankuasa
13. Perwakilan kuasa
14. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
bahagian iV
PERUnTUKan Yang BERhUBUngan DEngan PEKERJa
15. guna khidmat
16. gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira
17. Pelantikan pekerja, ejen dan perunding lain
18. Tatatertib
18a. jawatankuasa Tatatertib
18B. Prosiding tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif
18c. jawatankuasa rayuan Tatatertib
18D. Penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam
18E. Perakuan oleh jawatankuasa Tatatertib
18f. Peluang untuk didengar
18g. Penamatan perkhidmatan bukan pembuangan kerja
19. Penerusan dan penyempurnaan prosiding tatatertib
20. Pengenaan surcaj
21. Perlindungan daripada liabiliti diri
22. Pekhidmat awam
bahagian V
PERUnTUKan KEWangan
23. Kumpulan wang Lembaga
24. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
25. Kuasa untuk meminjam
26. Pemberian
27. Akaun bank dan penggunaan hasil
28. Pelaburan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 5
bahagian Vi
AM
Seksyen
29. Tiada prosiding terhadap Lembaga sebagai ejen Kerajaan
30. Prosiding dikendalikan oleh pegawai Lembaga
31. obligasi untuk menyimpan rahsia
32. Akta badan berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
33. Kuasa Menteri meminda jadual Kedua dan Ketiga
34. Peraturan-peraturan
JaDUaL PERTaMa
JaDUaL KEDUa
JaDUaL KETiga
6 Undang-Undang Malaysia AktA 533
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 533
AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA 1995
Suatu Akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia, mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
[1 Mac 1996, P.U. (B) 76/1996]
MAKA INILAh DIPerbUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka baginda yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
bahagian i
PErMULAAN
tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia 1995.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— “anggota” ertinya anggota Lembaga yang disebut di bawah seksyen 6;
“badan” ertinya pertubuhan perbadanan;
8 Undang-Undang Malaysia AktA 533
“hak” ertinya segala hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;
“hari penetapan” ertinya hari yang padanya Akta ini mula berkuat kuasa;
“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala harta pusaka, kepentingan, isemen atau hak, sama ada secara ekuiti atau di sisi undang-undang dalam, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik; dan “terletak hak”, berhubungan dengan harta, termasuklah hak mengenai harta masa hadapan atau kontingen dan hak perkembalian dan lebihan;
“ketua pegawai eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 6a(1) dan termasuklah mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 6a(3);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri yang disebut dalam seksyen 134 Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53];
“Kumpulan wang” ertinya Kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 23;
“Lembaga” ertinya Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“liabiliti” ertinya tiap-tiap jenis liabiliti, hutang, tanggungan, kewajipan dan obligasi sama ada masa kini atau pada masa hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempat lain;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga dan termasuklah mana-mana Pengerusi Lembaga sementara;
“tarikh letak hak” ertinya tarikh yang padanya harta, hak dan liabiliti yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 4(1) yang baginya Kerajaan Malaysia adalah berhak atau tertakluk kepadanya, dipindahmilikan dan diletakhakkan kepada Lembaga.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 9
bahagian ii
PENUbUhAN LEMbAgA hASiL DALAM NEgEri
Penubuhan Lembaga hasil Dalam Negeri
3. Adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa, dan boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati harta alih dan tak alih bagi tiap-tiap jenis dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memulangkan, menggadai, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindah milik atau selainnya melupus, atau menggunakan, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan yang diletak hak kepada Lembaga atas terma yang difikirkan patut.
Peruntukan peletakhakan
4. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh itu segala harta, hak atau liabiliti Kerajaan Malaysia yang dinyatakan oleh Menteri dalam perintah itu hendaklah, menurut kuasa Akta ini, dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga tanpa apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahmilikan.
(2) Tiap-tiap harta yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga hendaklah terletak hak sedemikian pada Lembaga dengan hak milik, harta pusaka atau kepentingan dan pemegangan yang serupa sebagaimana ia terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau Kerajaan Malaysia memberikan notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat melalui subseksyen (1).
10 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada Lembaga boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap Lembaga atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi Lembaga atau Kerajaan Malaysia memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
(5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan Malaysia yang berhubungan dengan apa- apa harta, hak atau liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan oleh atau terhadap Lembaga.
(6) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit di bawah apa-apa pinjaman yang terletak hak pada Lembaga pada tarikh peletakhakan, Lembaga boleh membuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
(7) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apa perjanjian yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga di bawah subseksyen (1) yang Kerajaan Malaysia adalah pihak kepadanya sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak daripada sesuatu jenis yang hak dan liabiliti di bawahnya boleh diserahhakkan oleh Kerajaan Malaysia, hendaklah mempunyai kuat kuasa seolah-olah Lembaga telah menjadi pihak kepada perjanjian itu.
Meterai perbadanan
5. (1) Meterai perbadanan itu hendaklah mengandungi apa-apa reka bentuk yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah disahkan oleh mana-mana dua anggota yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu atau oleh seorang anggota dan Pengerusi.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 11
(3) Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan selainnya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
(4) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diiktiraf secara rasmi dan kehakiman.
Keanggotaan Lembaga
6. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Ketua Setiausaha Perbendaharaan, yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) Peguam Negara atau wakilnya; (c) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakilnya; (d) tidak lebih daripada dua orang lain yang mewakili Kerajaan,
yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan (e) tidak lebih daripada dua orang lain yang hendaklah dilantik
oleh Menteri.
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e) hendaklah dari kalangan orang yang berkedudukan atau berpengalaman dalam perkara kewangan, komersial, percukaian atau undang-undang.
(3) (Dipotong oleh Akta A997).
(4) Sekiranya Pengerusi tidak hadir atau tidak boleh bertindak disebabkan sakit atau sebab lain, Menteri hendaklah melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjadi Pengerusi sementara.
(5) Peruntukan jadual Pertama hendaklah terpakai kepada Lembaga.
Ketua pegawai eksekutif
6A. (1) Menteri hendaklah, atas syor Lembaga, melantik seorang ketua pegawai eksekutif yang hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran harian Lembaga.
12 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(2) Pelantikan ketua pegawai eksekutif hendaklah diberitahukan dalam Warta.
(3) Sekiranya ketua pegawai eksekutif buat sementara waktu tidak berdaya melaksanakan tugasnya disebabkan dia sakit atau apa-apa sebab lain, seorang lain bolehlah dilantik oleh Menteri untuk bertindak bagi menggantikan ketua pegawai eksekutif itu dalam tempoh ketakdayaan itu.
Terma jawatan
7. Tertakluk kepada apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri, seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dan hendaklah boleh dilantik semula.
hilang kelayakan anggota
8. Tidak seorang pun boleh terus memegang jawatan sebagai anggota jika dia—
(a) telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(b) tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menunaikan kewajipannya;
(c) dihukum bankrap; atau (d) tidak menghadirkan dirinya untuk mesyuarat Lembaga sebanyak
tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.
Pembatalan dan peletakan jawatan anggota
9. (1) Menteri boleh, pada bila-bila masa, membatalkan pelantikan mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6(1)(d) atau (e) tanpa memberi apa-apa sebab baginya.
(2) Mana-mana anggota yang dilantik di bawah perenggan 6 (1)(d) atau (e) boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 13
bahagian iii
FUNgSi DAN KUASA LEMbAgA
Fungsi Lembaga
10. Fungsi Lembaga ialah—
(a) untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, pentaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan dengan Lembaga;
(b) untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkara tersebut;
(c) untuk turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan percukaian; dan
(d) untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberi kepada Lembaga oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
Lembaga boleh bertindak sebagai ejen pemungutan
10A. (1) Walau apa pun seksyen 10, Lembaga boleh bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(2) bagi maksud seksyen ini Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan dan membuat peraturan berhubungan dengan pemungutan bayaran balik itu.
Kuasa Lembaga
11. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala benda yang perlu atau sesuai dilakukan bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya.
14 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Lembaga hendaklah termasuk kuasa—
(a) membuat kontrak;
(b) mempergunakan segala harta Lembaga, alih dan tak alih, dengan cara yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga termasuklah mendapatkan pinjaman dengan menggadai harta tersebut;
(c) melibatkan diri dalam apa-apa kegiatan, sama ada bersendiri atau bersama-sama dengan organisasi lain, atau agensi antarabangsa, bagi menggalakkan pemahaman percukaian yang lebih baik;
(d) memberi nasihat atau bantuan teknikal, termasuk kemudahan latihan kepada pihak berkuasa percukaian negara lain;
(e) mengenakan fi atau caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Lembaga;
(f) memberi pinjaman kepada pekerja Lembaga bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Lembaga;
(g) menyediakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan kegiatan rekreasi bagi, dan kegiatan yang berfaedah untuk, kebajikan pekerja Lembaga;
(h) menyediakan latihan untuk pekerja Lembaga dan memberi biasiswa atau selainnya membiayai latihan tersebut; dan
(i) melakukan apa juga yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.
(3) bagi mengelakkan keraguan kuasa Lembaga tidaklah termasuk kuasa Ketua Pengarah atau orang yang memegang mana-mana jawatan dalam jadual Ketiga.
Pelantikan jawatankuasa
12. (1) bagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan jika difikirkannya perlu, apa-apa jawatankuasa dan dengan apa-apa bidang tugas yang dinyatakan.
(2) Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) bolehlah dilantik dari kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan layak oleh Lembaga.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 15
(3) orang yang hilang kelayakan daripada menjadi anggota Lembaga di bawah seksyen 8 adalah juga tidak layak untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(4) Seseorang anggota suatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(5) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota suatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(6) Seseorang anggota suatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
(7) Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun daripada wang Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga selepas berunding dengan Menteri.
Perwakilan kuasa
13. (1) Lembaga boleh mewakilkan kepada mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 12, mana-mana daripada fungsinya sebagaimana yang disifatkannya perlu atau dikehendaki.
(2) Apa-apa fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini—
(a) boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan secara am atau khas oleh Lembaga;
(b) hendaklah dijalankan oleh jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Lembaga.
(3) Tiada perwakilan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menghalang Lembaga itu sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang diwakilkan sedemikian.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
14. (1) Menteri boleh memberi Lembaga apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta ini berhubungan dengan
16 Undang-Undang Malaysia AktA 533
pelaksanaan fungsi Lembaga dan Lembaga hendaklah memberikan kuat kuasa kepada segala arahan sedemikian.
(2) Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.
bahagian iV
PErUNTUKAN yANg bErhUbUNgAN DENgAN PEKErjA
Guna khidmat
15. (1) Lembaga hendaklah pada hari penetapan menerima masuk ke dalam guna khidmatnya tiap-tiap orang yang sebaik sebelum sahaja tarikh itu adalah dalam guna khidmat atau perkhidmatan jabatan hasil Dalam Negeri Malaysia, dan yang telah diberi opsyen oleh Kerajaan Malaysia dan telah mengambil opsyen untuk berkhidmat sebagai pekerja Lembaga.
(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang mengambil opsyen di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagai pekerja Lembaga hendaklah diguna khidmat oleh Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang menguntungkan daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahaja tarikh yang disebutkan dalam subseksyen (1).
(3) Sehingga suatu masa yang terma dan syarat perkhidmatan termasuklah kelakuan dan tatatertib pekerjanya dirangka oleh Lembaga, skim dan terma dan syarat perkhidmatan termasuklah kelakuan dan tatatertib pekerja Kerajaan hendaklah terpakai seterusnya mutatis mutandis kepada tiap-tiap orang yang diguna khidmat oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).
Gaji, terma dan syarat perkhidmatan pekerja Kerajaan hendaklah diambil kira
16. (1) Terma dan syarat yang dirangka oleh Lembaga hendaklah mengambil kira gaji dan terma dan syarat perkhidmatan, termasuklah apa-apa hak terakru cuti, yang dinikmati oleh orang ketika berada dalam guna khidmat Kerajaan sebelum mengambil opsyen memasuki ke perkhidmatan Lembaga; dan apa-apa terma atau
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 17
syarat sedemikian yang berhubungan dengan tempoh perkhidmatan dengan Lembaga hendaklah membuat peruntukan mengiktiraf perkhidmatan dengan Kerajaan oleh orang yang membuat opsyen itu sebagai perkhidmatan mereka dengan Lembaga.
(2) jika mana-mana orang dalam perkhidmatan Lembaga yang kesnya tidak termasuk dalam skop mana-mana skim pencen atau skim lain yang ditubuhkan di bawah seksyen ini bersara atau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Lembaga atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu, Lembaga boleh memberi kepadanya atau kepada mana-mana orang atau orang lain yang menjadi tanggungan sepenuhnya atau sebahagiannya, sebagaimana difikirkan patut oleh Lembaga, apa-apa elaun atau ganjaran sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Pelantikan pekerja, ejen dan perunding lain
17. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 18 dan 34, Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, melantik dan mengguna khidmat atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana pekerja lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
(2) Lembaga boleh melantik dan mengguna khidmat mana-mana perunding dan ejen untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini.
Tatatertib
18. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pekerjanya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang itu.
(2) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pekerjanya.
(3) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini— (a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
18 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga dan hukuman itu boleh meliputi—
(i) amaran; (ii) denda; (iii) pelucuthakan emolumen; (iv) penangguhan pergerakan gaji; (v) pengurangan gaji; (vi) penurunan pangkat; dan (vii) buang kerja; (c) hendaklah memberikan kepada pekerja yang terhadapnya
prosiding tatatertib itu diambil peluang untuk membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa Tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:
(i) jika seseorang pekerja dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan salah laku yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(ii) jika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau
(iii) jika telah— (A) dibuat terhadap seseorang pekerja apa-apa perintah
tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran; atau
(b) dikenakan terhadap seseorang pekerja apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya,
di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen atau perlindungan wanita dan gadis atau perlindungan kanak-kanak;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 19
(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen seseorang pekerja semasa menanti selesainya prosiding jenayah atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat;
(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan kerja tanpa emolumen seseorang pekerja—
(i) jika pekerja itu telah disabitkan oleh suatu mahkamah jenayah; atau
(ii) jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dikenakan ke atas pekerja itu; dan
(f) boleh mengadakan peruntukan bagi tatacara pendengaran sesuatu rayuan oleh jawatankuasa rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah seksyen 18c.
Jawatankuasa Tatatertib
18A. (1) Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa Tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pekerjanya.
(2) yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa Tatatertib:
(a) sesuatu jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota atau pekerja Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota atau pekerja itu; dan
(b) seseorang pekerja yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa Tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada seseorang pekerja yang ke atasnya jawatankuasa Tatatertib yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.
(3) Sesuatu jawatankuasa Tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(4) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih
20 Undang-Undang Malaysia AktA 533
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 18.
Prosiding tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif
18b. (1) jawatankuasa Tatatertib berkenaan dengan ketua pegawai eksekutif hendaklah terdiri daripada Pengerusi Lembaga sebagai pengerusi dan dua orang anggota Lembaga yang dilantik oleh Pengerusi Lembaga.
(2) jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan prosiding tatatertib terhadap ketua pegawai eksekutif mengikut apa-apa peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 18 dan boleh membuat apa-apa perakuan kepada Menteri mengenai hukuman yang hendak dikenakan ke atas atau apa-apa tindakan lain yang boleh diambil terhadap ketua pegawai eksekutif itu.
(3) Keputusan Menteri di bawah subseksyen (2) adalah muktamad.
Jawatankuasa rayuan Tatatertib
18c. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam seksyen 18a boleh dirayu kepada jawatankuasa rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa rayuan Tatatertib dan yang hendaklah mempunyai undi pemutus; dan
(b) dua orang anggota lain Lembaga, yang bukannya anggota jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya merupakan hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi jawatankuasa rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.
(2) Apabila jawatankuasa rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan, anggota jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubung dengan rayuan itu.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 21
(3) jawatankuasa rayuan Tatatertib boleh mengesahkan, mengakaskan, mengubah keputusan jawatankuasa Tatatertib atau menghantar balik kes itu kepada jawatankuasa Tatatertib untuk ditimbang semula.
Penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam
18d. (1) jika Lembaga mendapati atau jika representasi dibuat kepada Lembaga bahawa adalah wajar perkhidmatan seseorang pekerja ditamatkan demi kepentingan awam, maka Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang terhadapnya representasi itu dibuat supaya mengemukakan kepada Lembaga suatu laporan lengkap yang hendaklah mengandungi butir-butir yang berhubungan dengan kerja dan kelakuan pekerja itu, dan ulasan Ketua jabatan pegawai itu.
(2) jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1), Lembaga berpuas hati bahawa dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Perakuan oleh Jawatankuasa Tatatertib
18e. (1) Adalah sah di sisi undang-undang bagi sesuatu jawatankuasa Tatatertib untuk memperakukan kepada Lembaga supaya perkhidmatan seseorang pekerja yang ke atasnya jawatankuasa itu menjalankan bidang kuasa tatatertib ditamatkan demi kepentingan awam walaupun tiada prosiding tatatertib telah dijalankan di bawah Akta ini.
(2) Suatu perakuan kepada Lembaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan suatu laporan penuh tentang alasan yang perakuan itu diasaskan.
(3) Lembaga boleh mengarahkan pegawai atasan kepada pekerja yang disebut dalam subseksyen (1) supaya mengemukakan apa-apa maklumat tambahan kepada Lembaga berkenaan dengan pekerja itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.
22 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(4) jika, selepas menimbangkan laporan yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) dan apa-apa maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) Lembaga berpuas hati bahawa, dengan mengambil kira syarat perkhidmatan, kerja, kelakuan dan kebergunaan pekerja itu dan segala hal keadaan lain kes itu, adalah wajar demi kepentingan awam untuk berbuat demikian, Lembaga boleh menamatkan perkhidmatan pekerja itu mulai dari tarikh yang hendaklah ditentukan oleh Lembaga.
Peluang untuk didengar
18f. Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini dan apa-apa undang-undang lain yang berlawanan, sebelum Lembaga membuat keputusan di bawah seksyen 18D atau 18E untuk menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja, Lembaga hendaklah memberi pekerja itu peluang untuk didengar.
Penamatan perkhidmatan bukan pembuangan kerja
18g. Penamatan perkhidmatan seseorang pekerja di bawah seksyen 18D atau 18E bukan dan tidak boleh dianggap sebagai pembuangan kerja walaupun penamatan itu melibatkan suatu unsur hukuman atau berkaitan dengan kelakuan berhubung dengan jawatannya yang dianggap oleh Lembaga sebagai tidak memuaskan atau patut dipersalahkan.
Penerusan dan penyempurnaan prosiding tatatertib
19. (1) jika pada hari penetapan itu apa-apa prosiding tatatertib belum diputuskan atau wujud terhadap mana-mana pekerja Kerajaan yang telah mengambil opsyen memasuki perkhidmatan Lembaga, prosiding itu hendaklah diteruskan dan disempurnakan oleh Lembaga.
(2) Sesuatu perintah, keputusan atau arahan yang dibuat atau diberi oleh jawatankuasa menurut seksyen ini hendaklah dianggap sebagai suatu perintah, keputusan atau arahan Lembaga dan mempunyai kuat kuasa atau kesan yang sama seolah-olah ianya telah dibuat atau diberi oleh Lembaga menurut kuasa yang terletak hak pada Lembaga di bawah Akta ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 23
Pengenaan surcaj
20. (1) jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana orang yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Lembaga—
(a) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang dengan tidak sepatutnya daripada Kumpulan wang atau bagi apa-apa pembayaran wang itu yang tidak disokong dengan sewajarnya;
(aa) tidak atau telah tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang bagi pemungutannya dia adalah atau telah dipertanggungjawabkan;
(b) bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi kemusnahan pada, apa-apa wang, sekuriti, barang atau lain-lain harta Lembaga;
(c) yang menjadi atau pernah menjadi pegawai perakaunan, tidak atau telah tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(d) telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau bertanggungjawab atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelengahan dalam pembayaran, akan wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibayar di bawah mana-mana kontrak, per janj ian a tau perkiraan yang d ibua t an ta ra o rang i tu dan Lembaga ,
dan jika penjelasan yang memuaskan tidak dikemukakan kepada Lembaga dalam tempoh yang dinyatakan oleh Lembaga, berkenaan dengan kegagalan untuk memungut, pembayaran tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disokong dengan sewajarnya, kekurangan atau kemusnahan, atau kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, maka Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang yang tidak melebihi amaun itu bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, mana-mana pembayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang dimusnahkan, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan untuk menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelengahan dalam membuat pembayaran, Lembaga boleh mengenakan surcaj terhadap orang tersebut sejumlah wang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
24 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(2) Lembaga hendaklah menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang buat di bawah subseksyen (1) dan ketua pegawai eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcaj itu.
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, Lembaga hendaklah dengan serta-merta menyebabkan ketua pegawai eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.
(4) Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah secara guaman oleh Lembaga dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—
(a) daripada gaji orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian; atau
(b) daripada pencen orang yang disurcaj jika Lembaga mengarahkan sedemikian,
secara ansuran bulanan yang setara yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Perlindungan daripada liabiliti diri
21. Tiada guaman atau prosiding undang-undang lain boleh dikenakan secara sendiri terhadap mana-mana anggota, pegawai atau pekerja Lembaga atau mana-mana orang lain di bawah arahan Lembaga bagi apa-apa yang dilakukan atau berhajat untuk dilakukan dengan niat baik dalam pelaksanaan atau yang berupa pelaksanaan Akta ini.
Pekhidmat awam
22. Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya dan semua pegawai, pekerja atau ejen Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 25
bahagian V
PErUNTUKAN KEwANgAN
Kumpulan Wang Lembaga
23. (1) Adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu Kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan wang Lembaga hendaklah mengandungi—
(a) segala wang yang diterima oleh Lembaga bagi perkhidmatan yang diberi oleh Lembaga kepada Kerajaan sebagai ejen atau bagi perkhidmatan yang diberi oleh Lembaga kepada mana-mana orang;
(b) segala wang yang diterima oleh Lembaga melalui pemberian;
(c) segala wang yang dihasilkan daripada pelupusan, pajakan atau sewaan, atau apa-apa urusan lain, apa-apa harta terletak hak pada atau yang diperoleh oleh Lembaga;
(d) segala wang yang dihasilkan sebagai pendapatan daripada pelaburan Lembaga;
(e) segala wang yang dipinjam oleh Lembaga di bawah Akta ini; dan
(f) segala wang lain yang diterima dengan sah oleh Lembaga.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
24. (1) Perbelanjaan Lembaga setakat apa-apa amaun yang boleh dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan wang.
(2) Sebelum bermulanya sesuatu tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, dan Menteri hendaklah sebelum bermula tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga akan amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan keseluruhan atau amaun yang dibenarkan untuk setiap perihal perbelanjaan.
26 Undang-Undang Malaysia AktA 533
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk di dalamnya.
Kuasa untuk meminjam
25. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini, mendapatkan pinjaman daripada Kerajaan atau dengan keizinan Menteri, daripada mana-mana sumber lain.
Pemberian
26. bagi maksud untuk membolehkan Lembaga menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi bantuan-melalui-pemberian kepada Lembaga sejumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri daripada wang yang akan diperuntukkan oleh Parlimen.
Akaun bank dan penggunaan hasil
27. (1) Lembaga hendaklah membuka dan mengendalikan suatu akaun atau akaun-akaun dengan mana-mana bank atau bank-bank sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga; dan tiap-tiap akaun itu hendaklah beroperasi, setakat yang boleh yang dipraktikkan, dengan cek yang ditandatangani oleh mana-mana orang atau orang-orang yang boleh, dari semasa ke semasa, dibenarkan oleh Lembaga.
(2) wang Lembaga hendaklah digunakan hanya untuk pembayaran pelepasan perbelanjaan, obligasi dan liabiliti Lembaga dan untuk membuat apa-apa pembayaran yang mana Lembaga diberi kuasa atau dikehendaki membayar.
Pelaburan
28. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melabur mana- mana wangnya yang ada untuk pelaburan dengan cara berikut:
(a) dengan menyimpan ke dalam—
(i) bank Negara Malaysia;
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 27
(ii) bank yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta bank dan institusi-institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; atau
(iii) mana-mana institusi kewangan lain yang dilesenkan dengan sewajarnya di bawah Akta bank dan institusi-institusi Kewangan 1989;
(b) dengan melabur dalam bentuk bon, kertas gadai janji, wang kertas komersil, penyetujuan bank, kertas pasaran wang, perakuan deposit dan nota janji dan bil pertukaran dalam pengertian Akta bil Pertukaran 1949 [Akta 204];
(c) dengan melabur menurut peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]:
Dengan syarat walau bagaimanapun, jika Lembaga melabur dalam atau atas hak milik kepada harta tak alih dalam Malaysia mengikut perenggan 4(1)(c) Akta Pemegang Amanah 1949, harta tak alih itu mungkin atau tidak mungkin akan menghasilkan apa- apa pendapatan pada masa pelaburan itu.
bahagian Vi
AM
Tiada prosiding terhadap Lembaga sebagai ejen Kerajaan
29. (1) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh diambil terhadap Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan apa-apa cukai yang Lembaga bertindak sebagai ejen Kerajaan.
(2) Apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan cukai hendaklah dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan.
Prosiding dikendalikan oleh pegawai Lembaga
30. (1) Prosiding berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana Akta yang dinyatakan dalam jadual Kedua atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah mana-mana Akta itu boleh dengan keizinan Pendakwa raya
28 Undang-Undang Malaysia AktA 533
dikendalikan oleh pegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk mengendalikan prosiding itu oleh Ketua Pengarah.
(2) walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis, pegawai undang-undang sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] atau pegawai undang- undang Lembaga yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] boleh hadir dalam mana-mana prosiding sivil yang melibatkan Lembaga atau mana-mana orang yang memegang apa-apa jawatan yang dinyatakan dalam jadual Ketiga dalam pelaksanaan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan sedemikian, dan boleh membuat dan melakukan segala tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Obligasi untuk menyimpan rahsia
31. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada anggota, pegawai, pekerja atau ejen Lembaga, sama ada dalam masa tempoh perjawatannya, atau dalam masa guna khidmatnya atau selepas itu, dan tidak ada orang lain yang mempunyai apa-apa jua akses mengenai apa-apa jua pun maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Lembaga boleh memberi, membuka, mendedahkan atau selainnya menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan kesalahan dan boleh, jika disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Akta badan berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
32. Peruntukan Akta badan berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 29
Kuasa Menteri meminda Jadual Kedua dan Ketiga
33. Menteri boleh, melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta, meminda jadual Kedua dan Ketiga.
Peraturan-peraturan
34. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat apa- apa peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh membuat peraturan-peraturan bagi atau mengenai semua atau mana-mana perkara berikut: (a) cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan bagi
pegawai dan pekerja Lembaga;
(b) pembayaran ganjaran dan faedah lain kepada pegawai dan pekerja Lembaga; dan
(c) fi atau caj yang dikenakan berkenaan dengan apa jua yang dilakukan di bawah atau menurut kuasa Akta ini.
JaDUaL PERTaMa
[Subseksyen 6(5)]
ProSiDiNg LEMbAgA
Mesyuarat Lembaga
1. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi penyegeraan urusannya sekurang-kurangnya sekali sebulan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
(2) Pada tiap-tiap mesyuarat Lembaga, empat orang anggota akan membentuk kuorum.
(3) Sesuatu keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah diterima pakai dengan majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi kecuali dalam hal persamaan undi, Pengerusi hendaklah memberi undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
30 Undang-Undang Malaysia AktA 533
Penzahiran kepentingan oleh anggota
2. (1) Seseorang anggota Lembaga yang dengan apa-apa cara, langsung atau tidak langsung, berkepentingan dengan apa-apa transaksi atau projek Lembaga hendaklah menzahirkan jenis kepentingannya itu pada mesyuarat Lembaga; dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga berkenaan dengan transaksi atau projek itu.
(2) bagi maksud menentukan sama ada kuorum mencukupi, seorang anggota hendaklah dianggap hadir pada sesuatu mesyuarat walaupun di bawah subperenggan (1) dia tidak boleh mengundi atau telah menarik diri daripada mesyuarat.
Kekosongan
3. Lembaga boleh bertindak walaupun terdapat kekosongan dalam keanggotaannya.
Tatacara mesyuarat
4. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Lembaga boleh membuat kaedah bagi mengawal selia tatacaranya sendiri secara am dan, secara khusus, mengenai pengadaan dan prosiding mesyuarat, notis yang akan diberi mengenai mesyuarat itu, pengelolaan minit dan penjagaan, pengemukaan dan pemeriksaan minit itu.
(2) Apa-apa minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan di dalamnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa mengenai prosiding yang minitnya dibuat sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dimula dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota di mesyuarat itu adalah layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan prosiding
5. Kesahan bagi mana-mana prosiding Lembaga tidak akan terjejas oleh apa-apa pelanggaran perenggan 2 oleh mana-mana anggota.
Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
6. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang bagi menghadiri mana- mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian adalah tidak berhak untuk mengundi di mesyuarat atau pertimbangtelitian tersebut.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 31
elaun yang boleh dibayar kepada anggota Lembaga
7. Anggota Lembaga dan mana-mana orang lain yang dijemput menghadiri mana-mana mesyuarat Lembaga boleh dibayar apa-apa elaun daripada wang Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
JaDUaL KEDUa
[Subseksyen 30(1)]
AKTA yANg DiNyATAKAN
1. Akta Cukai Pendapatan 1967.
*2. Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967 [Akta 54].
3. Akta Cukai Keuntungan harta Tanah 1976 [Akta 169].
4. Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327].
**5. Akta Duti harta Pesaka 1941 [En. 7 tahun 1941].
6. Akta Setem 1949 [Akta 378].
7. Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 [Akta 543].
***8. Akta Duti Sewa Filem Sinematografi 1965 [Akta 434].
9. Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Pesisir Labuan 1990 [Akta 445].
†10. Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat berasaskan Tanah) 1984 [Akta 310].
††11. Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126].
12. Akta Kewangan 1965 [No. 2 tahun 1965]. †††13. Akta galakan Pelaburan 1968 [Akta 199].
14. Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948 [Akta 201].
*CATATAN — Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967 [Akta 54] telah dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1993 [Akta 497]—lihat seksyen 16 Akta 497. ** CATATAN — Akta Duti harta Pesaka 1941[En. 7 tahun 1941] telah dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1992 [Akta 476]— lihat subseksyen 46 (1) Akta 476. ***CATATAN — Akta Duti Sewa Filem Sinematografi 1965 [Akta 434] telah dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1997 [Akta 557]— lihat seksyen 61 Akta 557. †CATATAN — Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat berasaskan Tanah) 1984 [Akta 310] telah dimansuhkan oleh Akta Kewangan 1988 [Akta 364]— lihat seksyen 26 Akta 364. ††CATATAN — Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974 [Akta 126] telah dimansuhkan oleh Akta Cukai Keuntungan harta Tanah 1976 [Akta 169]— lihat seksyen 59 Akta 169. †††CATATAN — Akta galakan Pelaburan 1968 [Akta 199] telah dimansuhkan oleh Akta Penggalakan Pelaburan 1986 [Akta 327]— lihat seksyen 44 Akta 327.
32 Undang-Undang Malaysia AktA 533
JaDUaL KETiga
[Subseksyen 11(3) dan 30(2)]
jAwATAN yANg DiNyATAKAN
1. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
2. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pendapatan Tambahan 1967.
3. Pemungut Duti Setem di bawah Akta Setem 1949.
4. Pemungut Duti harta Pesaka di bawah Enakmen Duti harta Pesaka 1941.
5. Ketua Komtroller hasil Dalam Negeri di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
6. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Duti Sewa Filem Sinematografi 1965.
7. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Keuntungan harta Tanah 1976.
8. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Pesisir Labuan 1990.
9. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986.
10. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Pemindahan Syer (Syarikat berasaskan Tanah) 1984.
11. Ketua Pengarah hasil Dalam Negeri di bawah Akta Cukai Spekulasi Tanah 1974.
12. Ketua Komtroller hasil Dalam Negeri di bawah Akta Kewangan 1965 (No. 2/1965).
13. Pemungut Duti Setem di bawah Akta Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan 1948.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 33
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 533
AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA 1995
SENArAi PiNDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas berkuat kuasa dari
Akta A997 Akta Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1997
01-08-1997
Akta A1020 Akta Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 1998
20-03-1998
Akta A1301 Akta Lembaga hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2007
06-09-2007
34 Undang-Undang Malaysia AktA 533
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 533
AKTA LeMbAGA hASIL DALAM NeGerI MALAYSIA 1995
SENArAi SEKSyEN yANg DiPiNDA
Seksyen Kuasa meminda berkuat kuasa dari
2 Akta A997 Akta A1020
01-08-1997 20-03-1998
6 Akta A997 01-08-1997
6a Akta A997 01-08-1997
7 Akta A997 01-08-1997
9 Akta A997 01-08-1997
10a Akta A1020 20-03-1998
12 Akta A1301 06-09-2007
18 Akta A1301 06-09-2007
18a Akta A1301 06-09-2007
18B Akta A1301 06-09-2007
18c Akta A1301 06-09-2007
18D Akta A1301 06-09-2007
18E Akta A1301 06-09-2007
18f Akta A1301 06-09-2007
18g Akta A1301 06-09-2007
20 Akta A997 Akta A1301
01-08-1997 06-09-2007
30 Akta A997 01-08-1997
jadual Kedua Akta A997 01-08-1997
jadual Ketiga Akta A997 01-08-1997
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA jw513280