Advanced Search

Tourism Industry Act 1992


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959896/tourism-industry-act-1992-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
1Industri Pelancongan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 482
AKTA INDUSTrI peLANcoNGAN 1992
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2008
2 Undang-Undang Malaysia AktA 482
AKTA INDUSTrI peLANcoNGAN 1992
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … ... 30 Januari 1992
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 20 Februari 1992
3Industri Pelancongan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 482
AKTA INDUSTrI peLANcoNGAN 1992
SUSUNAN SEKSYEN
Bahagian I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas 2. Tafsiran 3. Kuasa untuk menamakan institusi latihan pelancongan 4. Pesuruhjaya Pelancongan
Bahagian II
PELESENAN PENGUSAHAAN PELANCONGAN
5. Pengusahaan pelancongan hendaklah dilesenkan 6. Pengemukaan permohonan untuk lesen kepada Pesuruhjaya 7. Pemberian atau keengganan memberi lesen 8. Pembatalan lesen 9. Rayuan 10. Penyerahan balik lesen 11. Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen 12. Pengembalian lesen 13. Sekatan ke atas penggunaan perkataan “melancong”, dsb.
Bahagian iii
KEHENDAK DAN KEWAJIPAN KE ATAS PENGUSAHAAN PELANCONGAN BERLESEN
14. Kehendak untuk mempamerkan lesen
4 Undang-Undang Malaysia AktA 482
15. Kewajipan mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan
16. Pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri serta aktiviti perniagaan lain
17. Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat 18. Kehendak tentang pengiklanan 19. Pengambilan kerja pemandu pelancong berlesen 20. Penggunaan kenderaan persiaran
Bahagian iV
PELESENAN PEMANDU PELANCONG
21. Orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan
22. Daftar 23. Permohonan untuk lesen dan kelayakan pemohon 24. Pemberian lesen 25. Kesahan lesen
26. Kad pemberian kuasa
27. Kewajipan yang dikenakan ke atas pemandu pelancong berlesen
28. Penggantungan atau pembatalan lesen
29. Kesan penggantungan atau pembatalan lesen
30. Hak untuk merayu
31. Penyerahan balik lesen dan kad pemberian kuasa
Bahagian iVa
PENDAFTARAN PREMIS PENGINAPAN
31a. Premis penginapan hendaklah didaftarkan 31B. Permohonan untuk pendaftaran sebagai premis penginapan pelancong 31c. Kuasa Pesuruhjaya untuk menentukan pendaftaran 31d. Daftar
Bahagian V
AM
32. Pembaharuan lesen
Seksyen
5Industri Pelancongan
33. Lesen yang hilang
34. Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
35. Kewajipan kerahsiaan
36. Perisytiharan tidak tepat, dsb.
37. Penalti am
38. Tanggungan pengarah, dsb.
39. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
40. Pegawai diberi kuasa
41. Kuasa untuk menyiasat
42. Kuasa untuk memeriksa saksi
43. Kebolehterimaan pernyataan
44. Penggeledahan dengan waran
45. Penggeledahan tanpa waran
46. Senarai benda yang disita
47. Kuasa tambahan
48. Halangan penggeledahan, dsb.
49. Penjalanan pendakwaan
Seksyen
6 Undang-Undang Malaysia AktA 482
7Industri Pelancongan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 482
AKTA INDUSTrI peLANcoNGAN 1992
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan pengusahaan pelancongan dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya.
[1 Mei 1992, P.U. (B) 199/1992]
MAKA INILAH DIperBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Pelancongan 1992.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“ditetapkan”, jika tiada cara disebut, ertinya ditetapkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“ejen pengembaraan berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1) untuk menjalankan atau mengendalikan suatu perniagaan agensi pengembaraan;
8 Undang-Undang Malaysia AktA 482
“institusi latihan pelancongan” ertinya—
(a) suatu institusi, pusat pengajian atau sekolah yang menyediakan latihan atau kursus berkenaan dengan perkhidmatan dan pengurusan pelancongan, termasuk perkhidmatan hotel dan katering; dan
(b) telah dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 3 sebagai suatu institusi latihan pelancongan;
“kenderaan persiaran” ertinya kenderaan yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan kepada satu pembayaran yang tiada peringkat tambang;
“Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
“Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” ertinya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992 [Akta 481];
“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Akta ini;
“melancong” termasuklah berdarmawisata, bersiar-siar, membeli- belah, melawat ke tempat menarik atau hiburan, dan aktiviti lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang pelancong;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
“orang” termasuklah kumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri di bawah seksyen 40;
“pelancong” ertinya mana-mana orang, sama ada dia ialah seorang warganegara Malaysia atau selainnya, yang melawat mana-mana tempat di dalam Malaysia untuk apa-apa maksud yang berikut, iaitu—
(a) keseronokan, rekreasi atau percutian;
9Industri Pelancongan
(b) kebudayaan;
(c) agama;
(d) melawat kawan atau saudara-mara;
(e) sukan;
(f) perniagaan;
(g) mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen;
(h) pengajian atau penyelidikan;
(i) apa-apa maksud lain yang tidak berhubungan dengan suatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati itu;
“pelancongan dalam negeri” ertinya pelancongan ke atau di Malaysia atau mana-mana tempat di dalam Malaysia;
“pelancongan ke luar negeri” ertinya pelancongan ke atau di mana-mana tempat di luar Malaysia;
“pemandu pelancong” ertinya orang yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka demi bayaran apabila melancong;
“pemandu pelancong berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 24(1) untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong;
“pengendali pelancongan berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1) untuk menjalankan atau mengendalikan suatu perniagaan pengendalian pelancongan;
“pengusahaan pelancongan” ertinya—
(a) mana-mana perniagaan pengendalian pelancongan;
(b) mana-mana perniagaan agensi pengembaraan;
(c) (Dipotong oleh Akta A1153);
(d) (Dipotong oleh Akta A1153);
(e) mana-mana perniagaan yang menyediakan institusi latihan pelancongan;
10 Undang-Undang Malaysia AktA 482
“pengusahaan pelancongan berlesen” ertinya mana-mana pengusahaan pelancongan yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1);
“perniagaan agensi pengembaraan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:
(a) menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tiket yang melayakkan seseorang untuk membuat pengembaraan dengan menggunakan apa-apa pengangkutan sama ada melalui darat, laut atau udara;
(b) menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tempat penginapan di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;
(c) apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas;
“perniagaan pengendalian pelancongan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:
(a) mengatur untuk jualan atau komisen apa-apa perkhidmatan pengangkutan, penginapan, pelancongan atau apa-apa perkhidmatan bersampingan yang lain bagi pelancong di dalam atau di luar Malaysia;
(b) mengelolakan atau menjalankan untuk jualan atau komisen pelancongan dalam atau ke luar negeri;
(c) menyediakan pengangkutan untuk disewa kepada pelancong;
(d) apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas;
“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4;
“premis penginapan” ertinya mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat dan rumah pemalaman, yang dikemukakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa- apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak;
11Industri Pelancongan
“premis penginapan pelancong” ertinya mana-mana premis penginapan yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 31c(1) sebagai premis penginapan pelancong;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Syarikat 1965 [Akta 125].
(2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini” hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa peraturan, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
Kuasa untuk menamakan institusi latihan pelancongan
3. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menamakan mana-mana institusi latihan sebagai institusi latihan pelancongan bagi maksud Akta ini.
pesuruhjaya pelancongan
4. (1) Ketua Setiausaha adalah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pelancongan yang hendaklah bertanggungjawab bagi penyeliaan am ke atas segala perkara yang berhubungan dengan pelancongan di bawah Akta ini.
(2) Pesuruhjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana atau segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini kepada mana-mana pegawai awam yang difikirkannya patut.
Bahagian II
PELESENAN PENGUSAHAAN PELANCONGAN
pengusahaan pelancongan hendaklah dilesenkan
5. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan institusi latihan pelancongan melainkan jika orang itu memegang suatu lesen yang sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.
12 Undang-Undang Malaysia AktA 482
(2) Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan—
(a) perniagaan pengendalian pelancongan; atau
(b) perniagaan agensi pengembaraan,
melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
(4) Untuk mengelakkan keraguan, peruntukan *Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961] tidaklah terpakai berhubungan dengan seseorang yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan.
pengemukaan permohonan untuk lesen kepada pesuruhjaya
6. (1) Suatu permohonan untuk pemberian lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pesuruhjaya dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan.
(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, secara lisan atau bertulis, menghendaki pemohon memberi apa- apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pesuruhjaya untuk menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.
(3) Kehendak di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara seorang pemohon dengan pemohon yang lain, atau antara golongan, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan.
*cAtAtAn — Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961] telah dimansuhkan oleh Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] — lihat seksyen 155 Akta 550.
13Industri Pelancongan
(4) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa perlanjutannya yang diberi oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baru dibuat oleh pemohon.
pemberian atau keengganan memberi lesen
7. (1) Pesuruhjaya hendaklah, apabila permohonan dibuat dengan sewajarnya mengikut seksyen 6 dan selepas diberi segala dokumen dan maklumat yang dikehendakinya, menimbangkan permohonan itu, dan jika dia berpuas hati akan kesesuaian pemohon, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan lesen dengan atau tanpa syarat, atau enggan memberikan lesen.
(2) Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan jangka masa lesen sebagaimana yang ditetapkan dan nombor lesen.
(3) Mana-mana orang yang telah diberikan lesen di bawah subseksyen (1) boleh memohon untuk lesen tambahan bagi pejabat atau premis cawangan untuk menjalankan atau mengendalikan pengusahaan pelancongan dari jenis yang sama seperti yang dia telah dilesenkan.
(4) Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.
pembatalan lesen
8. (1) Pesuruhjaya boleh membatalkan sesuatu lesen yang diberikan di bawah seksyen 7 jika dia berpuas hati bahawa— (a) pengusahaan pelancongan berlesen itu telah gagal mematuhi
apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini;
(b) pengusahaan pelancongan berlesen itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-
14 Undang-Undang Malaysia AktA 482
undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian;
(c) pengusahaan pelancongan berlesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan untuk lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen, memberi kepada Pesuruhjaya maklumat, dokumen atau perisytiharan yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat yang dibuat oleh atau bagi pihak pengusahaan pelancongan itu atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang adalah atau yang akan menjadi pengarah, pengawal atau pengurus pengusahaan pelancongan berlesen itu;
(d) pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara;
(e) pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak berurus niaga dalam apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya ia dilesenkan selama apa-apa tempoh berterusan enam bulan atau telah berhenti menjalankan mana-mana perniagaan atau kendalian yang baginya ia dilesenkan;
(f) pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya;
(g) suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pengusahaan pelancongan berlesen itu atau suatu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan;
(h) pengusahaan pelancongan berlesen itu atau mana-mana pegawainya yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak; atau
(i) pengusahaan pelancongan berlesen itu atau pengarah, pengurus atau pengawalnya telah disabitkan atas mana- mana kesalahan di bawah Akta ini.
(2) Sebelum membatalkan sesuatu lesen, Pesuruhjaya hendaklah memberi kepada pengusahaan pelancongan berlesen itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat sedemikian dan menghendaki pengusahaan pelancongan berlesen itu menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patut dibatalkan.
15Industri Pelancongan
(3) Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk membatalkan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pengusahaan pelancongan berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya itu.
(4) Pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa— (a) jika tiada rayuan dibuat terhadap pembatalan sedemikian,
apabila habisnya tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu disampaikan kepada pengusahaan pelancongan berlesen itu; atau
(b) jika terdapat rayuan terhadap pembatalan sedemikian, apabila pembatalan itu disahkan oleh Menteri.
(5) Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap pembatalan sesuatu lesen, pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya dibatalkan sedemikian tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baru sehinggalah rayuan itu dibereskan dan pembatalan itu telah diketepikan oleh Menteri.
(6) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(7) Jika pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuat kuasa, Pesuruhjaya hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik, menyebabkan pembatalan sedemikian diiklankan dalam sekurang- kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa Malaysia dan Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
(8) Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mengiklankan notis pembatalan sedemikian tidaklah dengan apa-apa jua cara menyentuh keesahan pembatalan itu.
rayuan
9. (1) Mana-mana orang yang terkilan dengan— (a) keengganan Pesuruhjaya untuk melesenkan mana-mana
pengusahaan pelancongan di bawah seksyen 7 atau untuk memperbaharui mana-mana lesen sedemikian; atau
(b) pembatalan mana-mana lesen di bawah seksyen 8,
16 Undang-Undang Malaysia AktA 482
boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh notis keengganan atau pembatalan itu disampaikan kepada orang itu.
(2) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
penyerahan balik lesen
10. (1) Suatu pengusahaan pelancongan berlesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen itu, dan apa-apa lesen tambahan, kepada Pesuruhjaya berserta dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik itu.
(2) Penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Pesuruhjaya menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh yang lebih lewat dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh itu.
(3) Pengusahaan pelancongan berlesen itu hendaklah, tidak lewat daripada empat belas hari selepas tarikh yang disebutkan dalam subseksyen (2), menyebabkan penyerahan balik sedemikian diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa Malaysia dan Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Kesan pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen
11. (1) Jika pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen 8 atau penyerahan baliknya di bawah seksyen 10 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habis tempohnya, maka pengusahaan pelancongan berlesen itu hendaklah dengan serta- merta berhenti menjalankan atau mengendalikan apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberikan:
Dengan syarat bahawa Menteri boleh, atas syor Pesuruhjaya, membenarkan secara bertulis pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan apa-apa perniagaan selama suatu jangka masa sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam kebenaran itu bagi maksud penggulungan hal ehwalnya.
17Industri Pelancongan
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
(3) Jika suatu lesen telah dibatalkan di bawah seksyen 8, mana- mana lesen tambahan baginya hendaklah disifatkan terbatal.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), suatu pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya telah habis tempohnya berhak menjalankan perniagaannya seolah-olah lesen itu tidak habis tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Pesuruhjaya bahawa pengusahaan pelancongan berlesen itu telah memohon bagi pembaharuan lesen.
pengembalian lesen
12. (1) Jika pembatalan lesen di bawah seksyen 8 telah mula berkuat kuasa, atau jika lesen itu telah habis tempohnya dan tiada permohonan untuk pembaharuan lesen itu dikemukakan dalam tempoh yang dinyatakan, maka pengusahaan pelancongan berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari mengembalikan lesen tersebut, termasuk apa-apa lesen tambahan, kepada Pesuruhjaya.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen itu dan apa-apa lesen tambahan dan mengemukakannya kepada Pesuruhjaya.
Sekatan ke atas penggunaan perkataan “melancong”, dsb.
13. Kecuali dengan keizinan bertulis Pesuruhjaya, tiada seorang pun, yang bukannya suatu pengusahaan pelancongan berlesen, boleh memakai atau menggunakan perkataan “pelancongan”, “melancong”,
18 Undang-Undang Malaysia AktA 482
“pengembaraan”, “agensi pelancong”, “ejen pengembaraan” atau “pengendali pelancongan”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan atau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubungan dengan perniagaan atau apa-apa bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklan atau dengan apa-apa jua cara lain.
Bahagian iii
KEHENDAK DAN KEWAJIPAN KE ATAS PENGUSAHAAN PELANCONGAN BERLESEN
Kehendak untuk mempamerkan lesen
14. Suatu pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya pada suatu tempat yang mudah dilihat di tempat utama perniagaannya di tiap-tiap cawangan di mana pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan atau mengendalikan perniagaannya.
Kewajipan mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan
15. (1) Tanpa menjejaskan subseksyen (2), suatu pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah mengemukakan kepada Pesuruhjaya apa-apa maklumat dan butir-butir termasuk penyataan kewangan, kunci kira-kira teraudit dan akaun keuntungan dan kerugian yang berhubungan dengan keseluruhan kendalian perniagaannya yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa dalam apa-apa tempoh yang ditentukannya.
(2) Apabila diminta oleh Pesuruhjaya, seorang pengendali pelancongan atau ejen pengembaraan berlesen hendaklah mengemukakan yang berikut kepada Pesuruhjaya: (a) jadual perjalanan bagi kedua-dua pelancongan dalam
negeri dan pelancongan ke luar negeri; (b) tarif sulit dan tarif lain;
19Industri Pelancongan
(c) butir-butir terperinci mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh mereka termasuk caj bagi dan terma serta syarat aktiviti sedemikian;
(d) butir-butir terperinci mengenai apa-apa kontrak yang dibuat oleh mereka dengan mana-mana pengusahaan pelancongan tempatan atau luar negeri yang lain;
(e) nama dan butir-butir mengenai pemandu pelancong berlesen yang diambil kerja oleh mereka sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan; dan
(f) nombor pendaftaran dan butir-butir kenderaan persiaran yang digunakan bagi apa-apa pelancongan.
(3) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri serta aktiviti perniagaan lain
16. (1) Pesuruhjaya hendaklah mempunyai hak untuk menentukan dan mengenakan dari semasa ke semasa kadar pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri yang boleh diusahakan oleh seorang pengendali pelancongan berlesen dan boleh, dengan kelulusan Menteri, memberi kepada semua pengendali pelancongan ke luar negeri suatu tempoh lanjutan sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya dari semasa ke semasa untuk mengusahakan kadar pelancongan dalam negeri yang ditetapkan.
(2) Pesuruhjaya boleh tidak membenarkan apa-apa aktiviti perniagaan mana-mana pengendali pelancongan berlesen.
(3) Bagi semua pakej pelancongan ke luar negeri, pengendali pelancongan berlesen hendaklah— (a) membeli polisi insurans; atau (b) menyebabkan bayaran deposit dalam bentuk wang tunai
atau jaminan bank dibuat kepada Pesuruhjaya,
20 Undang-Undang Malaysia AktA 482
mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.
pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat
17. (1) Tiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah, sebelum membuat apa-apa pindaan atau, perubahan pada mana- mana dokumen konstituennya, atau sebelum apa-apa pertukaran pengarah atau ketua pegawai eksekutifnya, memberi kepada Pesuruhjaya butir-butir secara bertulis mengenai apa-apa pindaan, perubahan atau pertukaran dicadangkan itu.
(2) Tiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya mengenai apa- apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana maklumat atau dokumen yang telah diberikan kepada Pesuruhjaya berkenaan dengan lesen.
Kehendak tentang pengiklanan
18. Suatu pengusahaan pelancongan berlesen tidak boleh menyiarkan, sama ada dalam akhbar, brosur atau selainnya, apa-apa iklan atau maklumat yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan perniagaan sesuatu pengusahaan pelancongan tanpa memasukkan— (a) nombor lesen; (b) nama perniagaan yang di bawahnya ia menjalankan
perniagaan itu dan alamat di mana perniagaan sedemikian dijalankan; dan
(c) apa-apa butir lain yang berhubungan dengan mana- mana perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.
pengambilan kerja pemandu pelancong berlesen
19. (1) Tiada pengusahaan pelancongan berlesen boleh mengambil kerja, atau mendapatkan bagi seseorang pelancong atau mana-mana orang lain perkhidmatan, seorang pemandu pelancong yang tidak dilesenkan di bawah Akta ini atau lesennya telah digantung atau dibatalkan.
21Industri Pelancongan
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
penggunaan kenderaan persiaran
20. (1) Tiada pengusahaan pelancongan berlesen boleh menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa kenderaan untuk mengangkut pelancong apabila melancong kecuali kenderaan persiaran yang telah dilesenkan dengan sempurna oleh pihak berkuasa yang sewajarnya bagi maksud sedemikian.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IV
PELESENAN PEMANDU PELANCONG
orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan
21. (1) Tiada seorang pun boleh bertindak, atau menganjurkan dirinya, sebagai seorang pemandu pelancong melainkan jika dia dilesenkan di bawah Bahagian ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tujuh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Daftar
22. Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan suatu daftar pemandu pelancong berlesen disimpan dan disenggarakan.
22 Undang-Undang Malaysia AktA 482
permohonan untuk lesen dan kelayakan pemohon
23. (1) Apa-apa permohonan untuk lesen di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pesuruhjaya dalam apa-apa bentuk yang ditentukan dan permohonan itu hendaklah mengandungi, atau disertai dengan, apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Tiada seorang pun boleh memohon untuk dilesenkan di bawah Bahagian ini melainkan jika— (a) dia telah menjalani kursus atau latihan dan lulus ujian
kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya atau mana- mana badan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya untuk mengadakan suatu kursus latihan dan ujian kecekapan untuk pemandu pelancong;
(b) dia telah menyempurnakan apa-apa kursus lain yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya sebagai setaraf dengan suatu kursus yang disebut dalam perenggan (a); atau
(c) adalah ternyata kepada Pesuruhjaya, dengan mengambil kira sewajarnya akan watak, kelayakan dan pengalaman orang sedemikian, bahawa dia berwibawa untuk menjadi seorang pemandu pelancong.
pemberian lesen
24. (1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen 23(1), Pesuruhjaya hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh, jika dia berpuas hati akan kesesuaian pemohon dan apabila fi ditetapkan dibayar, memberi lesen dengan atau tanpa syarat.
(2) Pesuruhjaya hendaklah mencatatkan nama tiap-tiap orang yang telah diberi lesen di bawah subseksyen (1) dalam daftar dan mengeluarkan kepada orang itu suatu kad pemberian kuasa dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Pesuruhjaya boleh enggan memberi lesen kepada mana- mana orang tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(4) Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.
23Industri Pelancongan
Kesahan lesen
25. Suatu lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini hendaklah, melainkan jika dibatalkan terdahulu, sah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh lesen itu diberikan.
Kad pemberian kuasa
26. (1) Suatu kad pemberian kuasa yang dikeluarkan kepada seorang pemandu pelancong berlesen di bawah subseksyen 24(2)— (a) hendaklah dipakai dengan terang bilamasa pemandu
pelancong berlesen itu sedang bertugas, menjalankan pelancongan atau apabila dia menghadiri apa-apa kursus sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 27;
(b) tidak boleh dipakai oleh mana-mana orang selain daripada orang yang kepadanya kad pemberian kuasa itu dikeluarkan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan yang dikenakan ke atas pemandu pelancong berlesen 27. (1) Seorang pemandu pelancong berlesen hendaklah menghadiri kursus latihan lanjutan dan lulus ujian kecekapan lanjutan untuk pemandu pelancong sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(2) Suatu bentuk pakaian yang standard sebagaimana yang ditetapkan hendaklah dipakai oleh tiap-tiap pemandu pelancong berlesen apabila sedang bertugas atau menjalankan pelancongan.
(3) Seorang pemandu pelancong berlesen hendaklah mematuhi suatu tata etika yang standard sebagaimana yang ditetapkan.
24 Undang-Undang Malaysia AktA 482
penggantungan atau pembatalan lesen
28. (1) Jika mana-mana pemandu pelancong berlesen— (a) telah membuat apa-apa salah nyataan atau telah gagal
menzahirkan apa-apa fakta pada masa dia memohon untuk lesen, dan salah nyataan atau pembuatan tidak menzahirkan itu berkemungkinan telah mempengaruhi Pesuruhjaya untuk melesenkannya menurut seksyen 24;
(b) telah gagal untuk menghadiri atau menyempurnakan dengan jayanya apa-apa kursus latihan lanjutan atau lulus apa-apa ujian kecekapan lanjutan sebagaimana yang dikehendaki;
(c) telah gagal memakai kad pemberian kuasa atau telah membenarkan mana-mana orang lain memakai kad pemberian kuasa itu berlanggaran dengan seksyen 26;
(d) telah bertindak berlanggaran dengan peruntukan Akta ini;
(e) telah melanggar mana-mana syarat lesennya yang dikenakan di bawah subseksyen 24(1) atau tata etika yang disebut dalam subseksyen 27(3);
(f) adalah, pada pendapat Pesuruhjaya, tidak berupaya oleh sebab sakit atau selainnya untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong;
(g) telah tidak melaksanakan fungsi seorang pemandu pelancong selama suatu tempoh enam bulan berterusan; atau
(h) telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak,
maka Pesuruhjaya boleh menggantungkan lesen yang diberikan di bawah seksyen 24 dan menarik balik kad pemberian kuasa selama apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau membatalkan lesen itu dan memotong nama pemandu pelancong berlesen itu daripada daftar atau, jika lesen itu telah habis tempohnya, enggan memperbaharui lesen itu:
Dengan syarat bahawa Pesuruhjaya tidaklah boleh menggantung, membatal atau enggan memperbaharui lesen pemandu pelancong berlesen itu dalam mana-mana hal keadaan yang tersebut dalam perenggan (a) hingga (g) tanpa terlebih dahulu memberi pemandu pelancong berkenaan suatu peluang untuk didengar.
25Industri Pelancongan
(2) Jika Pesuruhjaya menggantung, membatal atau enggan memperbaharui lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemandu pelancong berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya.
Kesan penggantungan atau pembatalan lesen
29. (1) Mana-mana pemandu pelancong berlesen yang lesennya telah digantungkan menurut seksyen 28 tidaklah boleh dalam tempoh penggantungan itu bertindak sebagai seorang pemandu pelancong.
(2) Mana-mana pemandu pelancong berlesen yang lesennya telah dibatalkan hendaklah dengan serta-merta berhenti bertindak sebagai seorang pemandu pelancong dalam apa-apa jua hal keadaan.
(3) Tiap-tiap pemandu pelancong berlesen yang lesennya tidak diperbaharui atau telah dibatalkan menurut seksyen 28 hendaklah mengembalikan lesen dan kad pemberian kuasa kepada Pesuruhjaya, tertakluk kepada seksyen 30, tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh notis keengganan memperbaharui atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tujuh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Hak untuk merayu
30. (1) Mana-mana pemandu pelancong berlesen yang terkilan— (a) dengan keengganan Pesuruhjaya untuk memperbaharui
lesennya; atau (b) dengan penggantungan atau pembatalan lesennya di bawah
seksyen 28,
boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh notis keengganan memperbaharui, penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.
26 Undang-Undang Malaysia AktA 482
(2) Keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.
(3) Jika Menteri mengesahkan keputusan Pesuruhjaya, pemandu pelancong berlesen itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pengesahan itu, mengembalikan lesen dan kad pemberian kuasa itu kepada Pesuruhjaya.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memegangsimpan lesen dan kad pemberian kuasa itu dan mengemukakannya kepada Pesuruhjaya.
penyerahan balik lesen dan kad pemberian kuasa
31. Seorang pemandu pelancong berlesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen dan kad pemberian kuasanya kepada Pesuruhjaya bersama dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik itu dan penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Pesuruhjaya menerima lesen dan kad pemberian kuasa itu.
Bahagian iVa
PENDAFTARAN PREMIS PENGINAPAN
premis penginapan hendaklah didaftarkan
31A. Mana-mana orang yang menjalankan atau mengendalikan premis penginapan hendaklah memohon kepada Pesuruhjaya untuk pendaftaran premis itu sebagai premis penginapan pelancong.
permohonan untuk pendaftaran sebagai premis penginapan pelancong
31b. (1) Sesuatu permohonan untuk pendaftaran sebagai premis penginapan pelancong di bawah Bahagian ini hendaklah— (a) dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut cara yang
ditetapkan; (b) disertakan dengan fi yang ditetapkan.
27Industri Pelancongan
(2) Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), menghendaki, secara lisan atau bertulis, pemohon mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan.
(3) Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat permohonan yang baru.
Kuasa pesuruhjaya untuk menentukan pendaftaran
31c. (1) Pesuruhjaya hendaklah, dalam menentukan kesesuaian mana-mana premis penginapan untuk pendaftaran, mengambil kira— (a) jenis premis penginapan itu; (b) kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan atau
ditawarkan kepada pelancong; (c) bilangan dan pengalaman kakitangan yang diambil bekerja
atau akan diambil bekerja di premis penginapan itu; dan
(d) apa-apa faktor lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.
(2) Pesuruhjaya boleh menghendaki premis penginapan seseorang pemohon itu diperiksa.
(3) Jika Pesuruhjaya berpuas hati tentang kesesuaian premis penginapan itu, Pesuruhjaya hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan premis penginapan itu sebagai premis penginapan pelancong.
Daftar
31d. Pesuruhjaya hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa- apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan, berkenaan dengan semua premis penginapan pelancong yang didaftarkan.
28 Undang-Undang Malaysia AktA 482
Bahagian V
AM
pembaharuan lesen
32. (1) Tiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pesuruhjaya dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan untuk pembaharuan lesennya sekurang-kurangnya tiga puluh, tetapi tidak lebih daripada enam puluh, hari sebelum tarikh habisnya tempoh lesen dan permohonan sedemikian hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya.
(2) Fi yang ditetapkan hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.
(3) Jika mana-mana pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen tidak mempunyai niat untuk memperbaharui lesennya, pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen itu hendaklah mengiklankan niatnya itu sekurang-kurangnya tiga puluh hari sebelum habisnya tempoh lesen itu dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa Malaysia dan Inggeris selama sekurang- kurangnya tiga hari berturut-turut.
(4) Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Pesuruhjaya boleh enggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen (1) tidak dipatuhi.
Lesen yang hilang
33. (1) Jika suatu pengusahaan pelancongan berlesen telah hilang lesennya, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.
(2) Jika seorang pemandu pelancong berlesen telah hilang lesen atau kad pemberian kuasanya, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.
29Industri Pelancongan
(3) Pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk lesen atau kad pemberian kuasa gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya bersama dengan fi yang ditetapkan yang boleh dikenakan.
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
34. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat bagi maksud Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat bagi mana-mana daripada maksud atau perkara yang berikut: (a) penetapan dokumen dan maklumat yang menyertai apa-
apa permohonan untuk lesen; (b) jangka masa dan syarat lesen, dan cara serta tatacara bagi
pembaharuannya; (c) fi yang kena dibayar bagi apa-apa lesen dan apa-apa fi
lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini; (ca) pembelian polisi insurans, oleh pengendali pelancongan
berlesen, atau pembuatan deposit dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank kepada Pesuruhjaya;
(d) tatacara kemasukan dan pemeriksaan premis; (e) penyimpanan buku, akaun dan rekod sewajarnya oleh
pengusahaan pelancongan berlesen dan bentuk serta caranya;
(f) pengawalseliaan penubuhan dan pengurusan institusi latihan pelancongan, termasuk penetapan kandungan kursus dan program latihan, buku atau bahan yang hendak digunakan, standard yang kena dipatuhi oleh institusi itu, pemberian permit oleh Pesuruhjaya bagi pensyarah dan pengajar, kelayakan pensyarah dan pengajar, peperiksaan yang akan diadakan dan perakuan atau apa-apa kelayakan lain yang akan diberikan;
(g) kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan sedemikian;
30 Undang-Undang Malaysia AktA 482
(h) bentuk daftar, notis atau perintah yang dikehendaki disimpan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini dan tatacara bagi penyampaian notis atau perintah sedemikian;
(ha) untuk mengadakan peruntukan bagi pengelasan dan pengelasan semula premis penginapan pelancong dan penggredan premis itu oleh Pesuruhjaya;
(i) perlakuan atau penjalanan mana-mana perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan pengusahaan pelancongan atau pemandu pelancong dan standard prestasi yang hendaklah disenggarakan oleh mereka dan pemberian pengecualian oleh Pesuruhjaya kepada mana- mana pengusahaan pelancongan atau pemandu pelancong daripada apa-apa kehendak yang dikenakan oleh peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini; dan
(j) apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.
Kewajipan kerahsiaan
35. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau apa-apa pun bahan lain yang didapatkan menurut peruntukan Akta ini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
perisytiharan tidak tepat, dsb.
36. Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberi apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki oleh Akta ini yang tidak betul, tidak tepat atau mengelirukan
31Industri Pelancongan
dalam apa-apa butir melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
penalti am
37. Mana-mana orang yang tidak mematuhi atau melanggar mana- mana peruntukan Akta ini yang tiada penalti khusus diperuntukkan secara nyata baginya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.
Tanggungan pengarah, dsb.
38. (1) Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, setiausaha, pengurus atau pegawai lain syarikat itu atau yang berupa bertindak atas sifat sedemikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum dengan sewajarnya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya memandangkan kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.
(2) Mana-mana orang yang berkemungkinan akan didapati bersalah atas sesuatu kesalahan sekiranya dia sendiri yang telah melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan oleh pegawai, ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan perniagaannya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah untuk menghalang perlakuan atau peninggalan untuk melakukan perkara sedemikian.
32 Undang-Undang Malaysia AktA 482
(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh melepaskan mana-mana pegawai, ejen atau pekhidmat sedemikian daripada apa-apa tanggungan untuk kesalahan.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
39. (1) Pesuruhjaya boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan menghendaki seseorang yang dengan munasabahnya disyaki melakukan kesalahan itu membayar sejumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan, atau dalam apa-apa tempoh masa yang lebih lanjut yang diberikan oleh Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.
pegawai diberi kuasa
40. (1) Menteri boleh memberi kuasa secara bertulis mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana pegawai sedemikian hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
(3) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak surat pemberikuasaan yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.
33Industri Pelancongan
Kuasa untuk menyiasat
41. Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana daripada kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Kuasa untuk memeriksa saksi
42. (1) Mana-mana pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang disangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian ke dalam bentuk tulisan.
(2) Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai sedemikian yang berhubungan dengan kes itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa- apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan.
(4) Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terdahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5) Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamasa perlu, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibujarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan dalam bentuk tulisan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang digunakannya semasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.
34 Undang-Undang Malaysia AktA 482
Kebolehterimaan pernyataan
43. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah menjadi boleh terima di perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:
Dengan syarat bahawa—
(a) tiada pernyataan sedemikian boleh menjadi boleh terima atau digunakan seperti yang disebut terdahulu—
(i) jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi kepada orang yang dipertuduh itu alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau
(ii) dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab
35Industri Pelancongan
apa-apa soalan tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan.”; dan
(b) suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh terima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.
penggeledahan dengan waran
44. (1) Bilamasa ternyata kepada mana-mana Majistret berdasarkan kepada maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab munasabah bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini sedang berlaku dalam mana-mana premis atau tempat, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa mana- mana pegawai diberi kuasa, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis atau tempat itu dan menggeledah serta menyita atau mengambil salinan segala buku, akaun, atau dokumen lain yang mengandungi atau yang disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian atau tentang apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu.
(2) Mana-mana pegawai sedemikian boleh jika perlu berbuat demikian—
(a) memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam mana-mana premis atau tempat, dan memasuki ke dalam premis atau tempat itu;
(b) dengan kekerasan, memasuki premis atau tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c) mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk menguatkuasakannya;
36 Undang-Undang Malaysia AktA 482
(d) menahan tiap-tiap orang yang didapati dalam premis atau tempat itu sehinggalah premis atau tempat itu telah digeledah; dan
(e) jika premis atau tempat itu digunakan bagi penjalanan atau pengendalian suatu pengusahaan pelancongan tanpa lesen, melakkan premis atau tempat itu.
penggeledahan tanpa waran
45. Bilamasa ternyata kepada mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai apa- apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu disembunyikan atau disimpan dalam mana-mana premis atau tempat dan jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun, dokumen atau benda lain itu berkemungkinan dialihkan, maka pegawai itu boleh menjalankan dalam, pada atau berkenaan dengan premis atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam seksyen 44 mengikut cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Senarai benda yang disita
46. (1) Pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa buku, akaun, dokumen atau benda lain di bawah Akta ini hendaklah menyediakan satu senarai mengenai buku, akaun, dokumen atau benda lain yang disita itu dan dengan segera menghantarkan satu salinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada penghuni atau ejen atau pekhidmat penghuni itu yang hadir di premis atau tempat penyitaan.
(2) Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai suatu pernyataan, pengakuan atau pengakuan salah yang dibuat oleh penghuni itu atau ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan penyiasatan itu dan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.
37Industri Pelancongan
Kuasa tambahan
47. Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut: (a) menghendaki pengemukaan rekod, akaun dan dokumen
yang disimpan oleh suatu pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen dan untuk meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun atau dokumen itu;
(b) menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
(c) membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini dipatuhi.
Halangan penggeledahan, dsb.
48. Mana-mana orang yang— (a) menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan
mana-mana pegawai diberi kuasa dalam menguatkuasakan apa-apa kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah Akta ini, atau pada melaksanakan mana-mana kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(b) memecahkan apa-apa lak yang telah dipasang pada mana- mana premis atau tempat oleh seorang pegawai diberi kuasa;
(c) tidak mematuhi apa-apa tuntutan sah yang dibuat oleh seorang pegawai diberi kuasa pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini; atau
(d) enggan atau abai memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan semunasabahnya daripadanya dan yang ada dalam kuasanya untuk memberi,
melakukan suatu kesalahan.
penjalanan pendakwaan
49. Tiap-tiap pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menghadiri mahkamah dan menjalankan apa-apa pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini.
38 Undang-Undang Malaysia AktA 482
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 482
AKTA INDUSTrI peLANcoNGAN 1992
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A1037 Akta Industri Pelancongan 01-12-1998 (Pindaan) 1998
Akta A1153 Akta Industri Pelancongan 01-04-2003 (Pindaan) 2002

39Industri Pelancongan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 482
AKTA INDUSTrI peLANcoNGAN 1992
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A1153 01-04-2003
3 Akta A1153 01-04-2003
5 Akta A1153 01-04-2003
16 Akta A1037 01-12-1998
25 Akta A1037 01-12-1998
31a-31d Akta A1153 01-04-2003 34 Akta A1037 01-12-1998 Akta A1153 01-04-2003
40 Akta A1037 01-12-1998