Advanced Search

Legal Aid Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959869/legal-aid-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
026B.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 26
AKTA BANTUAN GUAMAN 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
026B.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA BANTUAN GUAMAN 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 24 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … 2000
026B.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 26
SUSUNAN SEKSYEN
AKTA BANTUAN GUAMAN 1971
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN
3. Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan orang lain yang membantunya
4. Penyeliaan keseluruhan oleh Menteri
5. Panel peguam
6. (Dipotong)
7. (Dipotong)
8. (Dipotong)
9. (Dipotong)
BAHAGIAN III
BANTUAN GUAMAN DALAM KES JENAYAH
10. Permohonan untuk bantuan guaman dalam kes jenayah
11. Perakuan bantuan guaman percuma
BAHAGIAN IV
BANTUAN GUAMAN DALAM TINDAKAN SIVIL
12. Syarat am mengenai bantuan guaman dalam tindakan sivil
026B.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Seksyen
13. Permohonan untuk bantuan guaman dalam kes sivil
14. Kuasa Ketua Pengarah untuk membuat siasatan
15. Pemberian perakuan bantuan guaman
16. Kuasa tambahan bagi memberikan perkhidmatan bantuan guaman
16A. Pemberian perakuan bantuan guaman apabila Ketua Pengarah diberi kuasa oleh Menteri untuk memberikan bantuan guaman
16B. Fi pendaftaran
17. (Dipotong)
18. Sumbangan daripada orang yang dibantu
19. Pembatalan perakuan
20. Permohonan bantuan oleh lebih daripada satu pihak
21. Mencatatkan dan memfailkan perakuan
22. Deposit bagi perbelanjaan luar jangka
23. Mahkamah boleh memerintahkan pembayaran kos oleh orang yang dibantu dalam sesuatu hal
24. Bantuan guaman tidak boleh diberhentikan tanpa kebenaran
25. Kos
26. Prosiding digantung apabila permohonan bantuan guaman dibuat
27. Rayuan daripada orang yang dibantu
28. Kaedah-kaedah mahkamah
BAHAGIAN V
NASIHAT GUAMAN
29. Hak untuk mendapat nasihat guaman dan jenis nasihat
BAHAGIAN VA
PENGANTARAAN
29A. Penyediaan khidmat pengantaraan
29B. Pertikaian
29C. Pengantaraan adalah atas dasar sukarela
29D. Penyelesaian atau persetujuan hendaklah dituliskan
026B.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 5
Seksyen
29E. Komunikasi sulit dengan pengantara
29F. Pengantara
BAHAGIAN VI
AM
30. Keistimewaan bagi hubungan tertentu
31. Pernyataan palsu
31A. Keputusan yang dibuat di bawah Akta adalah terakhir dan muktamad
31B. Pelepasan daripada liabiliti
32. Peraturan-peraturan
33. Pemansuhan
JADUAL PERTAMA — (Dipotong)
JADUAL KEDUA
JADUAL KETIGA
JADUAL KEEMPAT
026B.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
026B.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 26
AKTA BANTUAN GUAMAN 1971
Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi pemberian bantuan guaman kepada orang tertentu dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
[Seluruh Malaysia—30 April 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bantuan Guaman 1971.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hakim” ertinya—
(a) hakim bagi mahkamah yang ditubuhkan oleh Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan, dan termasuklah Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau
(b) hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah;
026B.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
“Ketua Pengarah Bantuan Guaman” atau Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah seksyen 3;
“mahkamah” ertinya mahkamah yang ditubuhkan oleh atau di bawah Bahagian IX Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;
“orang yang dibantu” ertinya seseorang yang telah diberi suatu perakuan bahawa dia berhak kepada bantuan guaman di bawah Akta ini dan, jika seseorang itu seorang budak, termasuklah penjaganya;
“peguam” ertinya seseorang peguam bela dan peguam cara yang dibenarkan untuk menjalankan amalan sebagai peguam di mana-mana bahagian Malaysia;
“pengantara” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 29F;
“pengantaraan” termasuklah— (a) menjalankan apa-apa aktiviti bagi maksud menggalakkan
perbincangan dan penyelesaian pertikaian;
(b) mempertemukan mana-mana pihak yang bertikai bagi maksud yang disebut dalam perenggan (a), sama ada atas permintaan salah seorang daripada pihak yang bertikai atau atas usaha Ketua Pengarah Bantuan Guaman; dan
(c) mengambil tindakan susulan tentang apa-apa perkara yang menjadi perkara mana-mana perbincangan atau penyelesaian sedemikian;
“Pengarah Kebajikan Masyarakat” ertinya orang yang sedang menjalankan kewajipan Pengarah Kebajikan Masyarakat dan termasuklah mana-mana pegawai lain yang diberi kuasa atau menjalankan fungsi Pengarah Kebajikan Masyarakat di sesuatu Negeri;
“penjaga” berhubung dengan seseorang budak, dengan tidak menyentuh keluasan ungkapan itu, termasuklah mana-mana orang yang difikirkan oleh Ketua Pengarah boleh dilantik dengan sepatutnya untuk menjadi wakil atau penjaga ad litem budak itu;
“sidang pengantaraan” ertinya perjumpaan mengikut Bahagian VA.
026B.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 9
BAHAGIAN II
PENTADBIRAN
Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan orang lain yang membantunya
3. (1) Menteri boleh melantik seorang daripada kalangan anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan untuk menjadi atau bertindak sebagai Ketua Pengarah Bantuan Guaman.
(2) Ketua Pengarah hendaklah dibantu oleh seorang atau beberapa orang lain yang dilantik oleh Menteri dan orang itu hendaklah diberi apa-apa nama jawatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(3) Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang- undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah dan mana- mana orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berguam dalam semua mahkamah di Malaysia.
(4) Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, dan tertakluk kepada yang demikian, hendaklah mempunyai serta menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh atau di bawah Akta ini, selain kuasa yang diberikan oleh seksyen 5 dan 27.
(5) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (2), melainkan jika dia sememangnya seorang pekhidmat awam, hendaklah—
(a) menerima saraan sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong;
(b) disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Penyeliaan keseluruhan oleh Menteri
4. (1) Ketua Pengarah bertanggungjawab kepada Menteri.
(2) Menteri boleh dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini kepada
026B.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Ketua Pengarah dan Ketua Pengarah hendaklah mematuhi arahan itu.
Panel peguam
5. (1) Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah mengadakan dan menyenggarakan panel peguam yang bersetuju untuk menyiasat, membuat laporan dan memberikan pendapat mengenai permohonan bantuan guaman, untuk bertindak bagi pihak orang yang menerima bantuan guaman atau untuk memberikan nasihat guaman di bawah peruntukan Akta ini; dan panel yang berasingan boleh diadakan bagi maksud yang berlainan dan bagi mahkamah yang berlainan.
(2) Mana-mana peguam berhak untuk dimasukkan namanya ke dalam panel itu atau mana-mana daripadanya melainkan jika ada sebab yang baik untuk menyingkirkannya berbangkit daripada kelakuannya apabila bertindak atau ditugaskan untuk bertindak bagi pihak orang yang menerima bantuan guaman atau berbangkit daripada kelakuan profesionalnya pada amnya.
(3) Jika seseorang peguam terkilan dengan mana-mana keputusan untuk menyingkirkannya (sama ada untuk selama- lamanya atau untuk sementara) daripada panel itu atau mana- mana daripadanya, dia boleh merayu terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi (yang keputusannya adalah muktamad) boleh mengesahkan atau membatalkan keputusan yang dirayukan itu atau menggantikannya dengan suatu keputusan yang difikirkannya patut.
(4) Tertakluk kepada subseksyen 24(2), mana-mana peguam b o l e h p a d a b i l a - b i l a m a s a m e m i n t a K e t u a P e n g a r a h mengeluarkan namanya daripada panel itu atau mana-mana dar ipadanya dan Ketua Pengarah hendak lah mematuh i permintaan itu.
(5) Tertakluk kepada apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini Ketua Pengarah hendaklah membayar kepada seseorang peguam yang menyiasat dan membuat laporan atau memberikan sesuatu pendapat mengenai permohonan bantuan guaman atau yang bertindak bagi pihak orang yang menerima bantuan guaman atau kerana memberikan nasihat guaman di bawah peruntukan Akta ini apa-apa fi sebagaimana yang dipersetujui antara Ketua Pengarah dengan peguam itu.
026B.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 11
6. (Dipotong oleh Akta A578).
7. (Dipotong oleh Akta A1188).
8. (Dipotong oleh Akta A1188).
9. (Dipotong oleh Akta A1188).
BAHAGIAN III
BANTUAN GUAMAN DALAM KES JENAYAH
Permohonan untuk bantuan guaman dalam kes jenayah
10. (1) Prosiding jenayah yang boleh diberi bantuan guaman ialah apa-apa perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
(2) Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual Kedua.
(2A.) Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) dan seksyen 15 dan 16, Menteri boleh, apabila dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan baginya berbuat demikian mengenai mana-mana kesusahan yang tertentu, memberi kuasa secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk memberikan bantuan guaman berhubung dengan mana-mana prosiding sama ada daripada perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Kedua atau sebaliknya.
(3) Sesiapa jua boleh pada bila-bila masa dalam tempoh empat belas hari selepas pengkomitan di Mahkamah Tinggi di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], selepas pertuduhan atau sabitan di hadapan atau oleh mana-mana mahkamah, memohon dengan bertulis dalam borang yang ditetapkan kepada hakim yang telah membuat perintah itu atau yang di hadapannya orang itu telah dipertuduh atau kepada Ketua Pengarah, untuk bantuan guaman bagi pembelaannya atau bagi menyediakan dan menjalankan rayuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4) Jika Pendakwa Raya telah menyerahkan notis rayuan terhadap apa-apa penghakiman, hukuman atau perintah yang dibuat oleh mana-mana mahkamah, responden boleh membuat permohonan kepada hakim yang telah memberikan penghakiman, hukuman atau perintah itu, atau kepada Ketua Pengarah, untuk bantuan guaman bagi menentang rayuan itu.
026B.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(5) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengesahkan fakta yang disebut dalam permohonan itu.
(6) Hakim yang membicarakan seseorang atas sesuatu pertuduhan hendaklah memberitahu orang itu yang dia berhak untuk memohon bantuan guaman di bawah Bahagian ini.
Perakuan bantuan guaman percuma
11. (1) Jika permohonan dibuat di bawah seksyen 10 hakim itu atau Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh merujukkan permohonan itu kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk suatu laporan mengenai kemampuan pemohon itu.
(2) Jika hakim itu atau Ketua Pengarah Bantuan Guaman berpendapat berasaskan fakta yang dikemukakan kepadanya termasuk apa-apa laporan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat bahawa orang yang membuat permohonan itu tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mendapat bantuan guaman dan bahawa mustahak demi kepentingan keadilan bantuan guaman itu diberikan, dia hendaklah memperakukan sedemikian dan Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh mengarahkan supaya perkiraan dibuat bagi membela orang itu dan bagi membayar belanja untuk semua saksi material atau bagi menyediakan dan menjalankan rayuan itu atau bagi menentang rayuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Apa-apa keraguan tentang sama ada kemampuan seseorang pemohon cukup bagi membolehkannya mendapat bantuan guaman atau sama ada mustahak demi kepentingan keadilan pemohon itu mendapat bantuan guaman percuma hendaklah diputuskan bagi faedah pemohon itu.
BAHAGIAN IV
BANTUAN GUAMAN DALAM TINDAKAN SIVIL
Syarat am mengenai bantuan guaman dalam tindakan sivil
12. (1) Prosiding sivil yang boleh diberi bantuan guaman ialah apa-apa perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
026B.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 13
(2) Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual Ketiga.
(3) Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) dan seksyen 15 dan 16, Menteri boleh, apabila dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan baginya berbuat demikian mengenai mana-mana kesusahan yang tertentu, memberi kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan bantuan guaman berhubung dengan mana-mana prosiding, sama ada daripada perihal prosiding yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga atau sebaliknya.
Permohonan untuk bantuan guaman dalam kes sivil
13. (1) (a) Sesiapa jua, sama ada atas haknya sendiri atau atas sifatnya sebagai wakil, yang berkehendakkan bantuan guaman di bawah Bahagian ini hendaklah membuat permohonan bagi maksud itu kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman.
(b) Tiap-tiap permohonan itu hendaklah dibuat dalam borang yang ditetapkan dan disertai dengan suatu akuan berkanun yang mengesahkan fakta yang disebut dalam permohonan itu.
(2) Jika orang yang berkehendakkan bantuan guaman ialah seorang budak, permohonan di bawah seksyen ini hendaklah dibuat bagi pihak budak itu oleh penjaganya.
(3) Jika sesuatu permohonan dibuat bagi pihak seseorang budak di bawah peruntukan subseksyen (2)—
(a) sebutan dalam seksyen 14, perenggan 15(2)(a) atau 16(1)(a) mengenai seseorang pemohon hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai penjaga dan budak itu bersesama atau mana-mana satu antara mereka masing-masing; dan
(b) sebutan dalam perenggan 15(2)(b) atau 16(1)(b) mengenai seseorang pemohon hendaklah, jika budak itu tidak beristeri atau tidak bersuami dan penjaganya ialah seorang saudara dekat (sebagaimana yang ditakrifkan dalam subseksyen (4) seksyen ini) budak itu, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai kedua-dua penjaga dan budak itu dan, jika selain itu, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai budak itu sahaja.
026B.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(4) Dalam subseksyen (3) seksyen ini ungkapan “saudara dekat”—
(i) mengenai seseorang anak sah taraf, ertinya bapa atau ibunya;
(ii) mengenai seseorang anak angkat, ertinya bapa atau ibu yang mengambilnya sebagai anak angkat;
(iii) mengenai seseorang anak tak sah taraf, ertinya ibunya.
Kuasa Ketua Pengarah untuk membuat siasatan
14. Jika sesuatu permohonan dibuat di bawah seksyen 13, Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh—
(a) membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut mengenai kemampuan dan keadaan pemohon itu dan mengenai patut tidaknya kes itu atau merujukkan permohonan itu kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat untuk suatu laporan mengenai kemampuan pemohon itu;
(b) menghendaki pemohon memberikan apa-apa maklumat dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi maksud menimbangkan permohonan itu,
(c) menghendaki pemohon itu hadir sendiri;
(d) merujukkan permohonan itu atau apa-apa perkara yang terbit daripada permohonan itu kepada mana- mana peguam yang namanya ada dalam panel yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 untuk menyiasat fakta dan membuat suatu laporan mengenainya atau untuk memberikan apa-apa pendapat mengenainya atau mengenai apa-apa soal undang-undang yang terbit daripada permohonan itu;
(e) mengambil atau mengarahkan supaya diambil apa-apa langkah yang perlu bagi memelihara kepentingan pemohon itu sementara menanti keputusan permohonannya;
026B.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 15
(f) membayar belanja yang bersampingan dengan mana- mana perkara di atas daripada wang yang diperuntukkan bagi maksud itu.
Pemberian perakuan bantuan guaman
15. (1) (Dipotong oleh Akta A578).
(2) Ketua Pengarah boleh memberi seseorang pemohon untuk bantuan guaman suatu perakuan (kemudian daripada ini disebut “perakuan bantuan guaman”) bahawa seseorang pemohon itu berhak di bawah Bahagian ini kepada bantuan guaman berkenaan dengan apa-apa prosiding jika—
(a) dia berpuas hati bahawa pemohon itu ada alasan yang munasabah bagi membawa, membela, meneruskan atau untuk menjadi suatu pihak dalam prosiding itu; dan
(b) dia berpuas hati bahawa pemohon itu memiliki sumber kewangan yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit setahun.
Kuasa tambahan bagi memberikan perkhidmatan bantuan guaman
16. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen 15 Ketua Pengarah boleh memberi seseorang pemohon suatu perakuan bantuan guaman berkenaan dengan apa-apa prosiding jika—
(a) dia berpuas hati bahawa pemohon itu ada alasan yang munasabah bagi membawa, membela, meneruskan atau untuk menjadi suatu pihak dalam prosiding itu; dan
(b) dia berpuas hati bahawa pemohon itu memiliki sumber kewangan yang melebihi dua puluh lima ribu ringgit setahun tetapi tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit setahun.
(2) Sesiapa yang diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar kepada Ketua Pengarah suatu sumbangan terhadap jumlah wang yang kena dibayar atas akaunnya.
026B.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Pemberian perakuan bantuan guaman apabila Ketua Pengarah diberi kuasa oleh Menteri untuk memberikan bantuan guaman
16A. (1) Walau apa pun yang terkandung dalam seksyen 15 dan 16, Ketua Pengarah hendaklah memberi seseorang pemohon untuk bantuan guaman suatu perakuan bantuan guaman berkenaan dengan apa-apa prosiding apabila Menteri telah memberi kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan bantuan guaman di bawah subseksyen 12(3).
(2) Sesiapa yang diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen ini boleh dikehendaki membayar kepada Ketua Pengarah suatu sumbangan terhadap jumlah wang yang kena dibayar atas akaunnya.
Fi pendaftaran
16B. Mana-mana orang yang telah layak untuk mendapat bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16 atau 16A dikehendaki membayar kepada Ketua Pengarah sejumlah dua ringgit sebagai fi pendaftaran.
17. (Dipotong oleh Akta A1188).
Sumbangan daripada orang yang dibantu
18. (1) Mana-mana orang yang diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 16 dan 16A berkenaan dengan mana- mana prosiding boleh dikehendaki membayar sumbangan sekali gus atau secara ansuran.
(2) (Dipotong oleh Akta A1188).
(3) Jika jumlah sumbangan yang dibayar oleh seseorang berkenaan dengan sesuatu pros iding i tu lebih dar ipada tanggungan bersih Ketua Pengarah atas akaun orang itu, lebihan itu hendaklah dipulangkan kepada orang itu.
(4) Kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh peraturan-peraturan, apa-apa wang yang masih belum dibayar atas akaun sumbangan seseorang berkenaan dengan sesuatu prosiding dan, jika jumlah sumbangan itu kurang daripada tanggungan bersih Ketua Pengarah atas akaun orang itu, sejumlah
026B.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 17
wang yang sama banyaknya dengan kekurangan itu hendaklah menjadi suatu tanggungan pertama ke atas apa-apa harta (walau di mana jua letaknya) yang didapatkan atau dipertahankan bagi orang itu dalam prosiding itu.
(5) Sebutan dalam subseksyen (4) seksyen ini mengenai harta yang didapatkan atau dipertahankan bagi mana-mana orang, hendaklah termasuk haknya di bawah apa-apa penyelesaian atau kompromi yang te lah d icapa i un tuk mengelakkan a tau menamatkan prosiding i tu dan juga apa-apa wang yang didapatkan menurut sesuatu perintah untuk kos yang dibuat bagi faedahnya dalam prosiding itu (iaitu bukannya wang yang kena dibayar kepada Ketua Pengarah).
(6) Tanggungan yang diwujudkan oleh subseksyen (4) seksyen ini ke atas apa-apa ganti rugi atau kos tidak menghalang mahkamah daripada membenarkan ganti rugi dan kos itu ditolak daripada ganti rugi atau kos lain jika lien peguam untuk kos tidak menghalangnya.
(7) Sebutan dalam seksyen ini mengenai tanggungan bersih Ketua Pengarah atas akaun mana-mana orang berhubung dengan sesuatu prosiding merujuk kepada semua jumlah wang yang telah dibayar atau kena dibayar oleh Ketua Pengarah atas akaun orang itu dan jika orang itu telah diwakili dalam prosiding itu oleh Ketua Pengarah, tanggungan bersih Ketua Pengarah merujuk kepada apa-apa jumlah wang yang pada pendapat Ketua Pengarah akan kena dibayar atas akaun orang itu sekiranya dia diwakili oleh peguam yang ditugaskan untuknya, berkenaan dengan prosiding itu dan jumlah wang itu tidak dibayar ganti dengan wang yang didapatkan menurut sesuatu perintah atau persetujuan untuk kos yang dibuat bagi faedahnya berkenaan dengan prosiding itu.
Pembatalan perakuan
19. (1) Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) boleh, pada bila-bila masa, dan sama ada atau tidak permohonan telah dibuat bagi maksud itu, membatalkan mana-mana perakuan bantuan guaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 15 atau 16 atau, sekiranya dibenarkan sedemikian oleh Menteri, di bawah seksyen 16A, dan tertakluk kepada subseksyen (2) seksyen ini orang yang telah diberi perakuan itu hendaklah terhenti daripada menjadi seorang yang dibantu mulai dari tarikh pembatalan itu.
026B.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(2) Jika perakuan bantuan guaman yang dibatalkan itu telah difailkan dalam pejabat pendaftaran mana-mana mahkamah, Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) hendaklah memfailkan dalam mahkamah itu suatu pemberitahuan mengenai pembatalan itu, dan, mulai dari tarikh pemberitahuan itu difailkan, orang yang telah diberi perakuan bantuan guaman itu hendaklah terhenti daripada menjadi seorang yang dibantu.
(3) Apabila pemberitahuan itu difailkan dalam mahkamah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, segala prosiding mengenai guaman itu hendaklah, menurut subseksyen ini, digantung selama tempoh empat belas hari dan, tertakluk kepada yang disebut terdahulu, dalam tempoh itu, masa yang ditetapkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang atau oleh atau di bawah mana-mana kaedah-kaedah mahkamah, peraturan- peraturan atau lain-lain bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu tidaklah berjalan.
(4) Tempoh lamanya prosiding itu digantung menurut subseksyen (3) seksyen ini boleh dikurangkan atau dilanjutkan dengan perintah seseorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan.
(5) Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) hendaklah mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya munasabah atau perlu untuk memberitahu orang yang telah diberi suatu perakuan bantuan guaman mengenai pembatalan mana-mana perakuan itu.
Permohonan bantuan oleh lebih daripada satu pihak
20. Jika seseorang yang telah membuat permohonan untuk bantuan guaman di bawah Bahagian ini atau seseorang yang dibantu ialah suatu pihak dalam mana-mana prosiding dan mana-mana pihak lain membuat permohonan untuk bantuan guaman di bawah Bahagian ini berhubung dengan prosiding itu, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai bagi kedua-dua pihak itu:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Bantuan Guaman sendiri tidak boleh bertindak bagi mana-mana satu pihak itu tetapi hendaklah menugaskan seorang peguam yang akan dipilih oleh orang yang dibantu itu, jika dia hendak berbuat demikian,
026B.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 19
atau oleh Ketua Pengarah daripada panel peguam yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 untuk bertindak bagi tiap- tiap orang yang dibantu itu.
Mencatatkan dan memfailkan perakuan
21. (1) Jika sesuatu perakuan bantuan guaman diberikan menurut seksyen 15, 16 atau 16A, Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh bertindak bagi pihak orang yang dibantu itu atau boleh menugaskan seorang peguam yang akan dipilih oleh orang yang dibantu itu, jika dia hendak berbuat demikian, atau oleh Ketua Pengarah daripada panel peguam yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 untuk bertindak sedemikian, dan dalam hal yang sedemikian Ketua Pengarah Bantuan Guaman hendaklah mencatatkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan bantuan guaman itu:
Dengan syarat bahawa jika seorang peguam ditugaskan untuk bertindak selepas perakuan itu difailkan dalam mahkamah, atau jika suatu penugasan baharu dibuat bagi menggantikan peguam yang ditugaskan dahulu, Ketua Pengarah tidaklah dikehendaki mencatatkan nama peguam yang ditugaskan itu dalam perakuan itu, atau yang baharu ditugaskan itu, tetapi boleh, sebaliknya, memberitahu penugasan atau penugasan baharu itu dengan surat kepada pegawai mahkamah yang sepatutnya yang dalamnya prosiding itu menunggu pertimbangan.
(2) Sebelum mengambil apa-apa langkah lain dalam prosiding itu Ketua Pengarah atau peguam yang ditugaskan sedemikian hendaklah memfailkan perakuan bantuan guaman itu di pejabat pendaftaran mahkamah yang dalamnya prosiding itu menunggu pertimbangan atau yang dalamnya prosiding itu akan dibawa dan tiada apa-apa fi mahkamah dikenakan bagi memfailkan perakuan itu.
(3) Jika sesuatu perakuan bantuan guaman difailkan sedemikian, orang yang dibantu itu—
(a) tidaklah bertanggungan membayar berkenaan dengan apa-apa prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu fi mahkamah atau apa-apa fi yang kena dibayar bagi menyampaikan proses atau apa-apa fi yang kena dibayar kepada Syerif berkenaan dengan pelaksanaan proses itu;
026B.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(b) berhak diberi suatu salinan catatan keterangan hakim dengan percuma dalam mana-mana prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu; dan
(c) melainkan jika peruntukan nyata dibuat dalam Akta ini, tidaklah bertanggungan membayar kos kepada mana-mana pihak lain dalam mana-mana prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu.
(4) Tertakluk kepada seksyen 18 dan 22 tiada sesiapa pun yang membua t apa -apa peny iasa t an a t au l aporan a t au memberikan apa-apa pendapat di bawah mana-mana peruntukan Akta ini atau yang menjalankan apa-apa prosiding menurut sesuatu penugasan di bawah Akta ini boleh mengambil atau bersetuju untuk mengambil atau meminta daripada seseorang yang dibantu apa-apa fi, keuntungan atau hadiah (wang atau lain- lain) berkenaan dengannya.
Deposit bagi perbelanjaan luar jangka
22. (1) Ketua Pengarah Bantuan Guaman boleh menghendaki mana-mana pemohon bantuan guaman di bawah Bahagian ini atau mana-mana orang yang telah diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16 atau 16A mendepositkan dengannya sejumlah wang pada bila-bila masa yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah untuk digunakan bagi membayar perbelanjaan luar jangka (tidak termasuk perbelanjaan pejabat) yang dilakukan berhubung dengan permohonan itu atau dengan apa-apa prosiding yang dimaksudkan oleh permohonan itu atau oleh perakuan bantuan guaman itu.
(2) Apa-apa jumlah wang yang didepositkan sedemikian hendaklah digunakan hanya bagi membayar perbelanjaan luar jangka itu dan mana-mana bahagian daripada wang itu yang tidak dibelanjakan sedemikian hendaklah dipulangkan kepada pemohon.
(3) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa deposit yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) seksyen ini akan menyebabkan kesusahan, Ketua Pengarah boleh membayar apa- apa perbelanjaan luar jangka (tidak termasuk perbelanjaan pejabat) daripada wang yang diperuntukkan bagi maksud itu dari semasa ke semasa atau membuat apa-apa pembayaran bagi membayar apa-apa perbelanjaan luar jangka sebagaimana yang difikirkannya perlu.
026B.fm Page 20 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 21
(4) Apa-apa pembayaran yang dibuat sedemikian hendaklah digunakan hanya bagi membayar perbelanjaan luar jangka itu dan mana-mana bahagian daripada wang itu yang tidak dibelanjakan sedemikian hendaklah dipulangkan kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman.
Mahkamah boleh memerintahkan pembayaran kos oleh orang yang dibantu dalam sesuatu hal
23. (1) Jika didapati oleh mahkamah atau hakim bahawa sesuatu perakuan bantuan guaman yang diberikan di bawah seksyen 15 atau 16 telah didapatkan dengan cara fraud atau salah nyataan, mahkamah atau hakim itu boleh memerintahkan orang yang dibantu itu membayar kos Ketua Pengarah atau kos peguam yang telah bertindak bagi pihaknya atau kos pihak yang satu lagi itu, atau kos Ketua Pengarah atau peguam dan pihak itu kedua- duanya.
(2) Dalam subseksyen (1) sebutan mengenai “orang yang dibantu”, jika perakuan bantuan guaman itu telah dibatalkan sebelum perintah itu dibuat, termasuklah orang yang dibantu sebaik sebelum perintah itu dibatalkan.
(3) Jika didapati oleh mahkamah atau hakim bahawa seseorang yang dibantu telah bertindak dengan tidak sepatutnya dalam membawa atau membela apa-apa prosiding atau dalam menjalankan prosiding itu, mahkamah atau hakim itu boleh memerintahkan orang yang dibantu itu membayar kos Ketua Pengarah atau kos peguam yang telah bertindak bagi pihaknya atau kos pihak yang satu lagi itu, atau kos Ketua Pengarah atau peguam dan pihak itu kedua-duanya.
(4) Jika sesuatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1) atau ( 3 ) k o s i t u h e n d a k l a h d i t e t a p k a n s e o l a h - o l a h p i h a k yang diperintahkan membayar kos itu bukan seorang yang dibantu.
(5) Kos yang diperintahkan supaya dibayar itu, melainkan jika diarahkan selainnya oleh perintah itu, termasuk—
(a) fi dan caj daripada jenis yang disebut dalam perenggan 21(3)(a) dan (b); dan
(b) apa-apa wang yang telah dibelanjakan oleh Ketua Pengarah bagi membayar perbelanjaan luar jangka
026B.fm Page 21 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
atau yang dibayar oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu menurut subseksyen 22(3).
(6) Jika kos Ketua Pengarah atau kos peguam yang bertindak bagi pihak orang yang dibantu yang diperintahkan supaya dibayar di bawah subseksyen (1) atau (3) seksyen ini termasuk mana- mana fi, caj atau wang yang disebut dalam subseksyen (5) seksyen ini, jika ada apa-apa jumlah wang didapatkan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan kos itu jumlah wang yang didapatkan itu hendaklah digunakan pertama sekali bagi menjelaskan fi, caj atau wang itu.
Bantuan guaman tidak boleh diberhentikan tanpa kebenaran
24. (1) Seseorang yang dibantu tidak boleh, tanpa kebenaran Ketua Pengarah, melepaskan mana-mana peguam yang ditugaskan untuk bertindak di bawah Bahagian ini bagi pihaknya.
(2) Mana-mana peguam yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihak seseorang yang dibantu tidak boleh memberhentikan bantuannya tanpa kebenaran Ketua Pengarah Bantuan Guaman:
Dengan syarat bahawa seseorang peguam boleh diwakili oleh seseorang peguam yang lain.
Kos
25. (1) Jika prosiding yang dalamnya seseorang yang dibantu menjadi suatu pihak dibawa dalam mana-mana mahkamah, mahkamah itu hendaklah membuat, untuk faedah orang yang dibantu itu, perintah untuk kos (kecuali terhadap seorang yang dibantu yang lain) sama seperti yang akan dibuat oleh mahkamah itu untuk faedah orang yang dibantu itu sekiranya dia bukan seorang yang dibantu dan, jika kos berikutan dengan keputusan prosiding, seseorang yang dibantu berhak (kecuali terhadap seorang yang dibantu yang lain) kepada kos dengan cara yang sama seolah-olah dia bukan seorang yang dibantu, walaupun tiada apa-apa wang kena atau akan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu, atau walaupun kos itu lebih daripada jumlah yang kena atau akan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu.
(2) Jika apa-apa wang didapatkan oleh seseorang yang dibantu (sama ada dalam prosiding atau menurut sesuatu penyelesaian atau kompromi), orang itu bertanggungan membayar kepada
026B.fm Page 22 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 23
Ketua Pengarah sekian banyak daripada wang yang didapatkan itu seperti yang didapatkan berkenaan dengan kos.
(3) Bagi maksud subseksyen (2) seksyen ini wang yang didapatkan berkenaan dengan kos hendaklah disifatkan sebagai sekian banyak daripada jumlah wang yang didapatkan itu yang lebih daripada jumlah (jika ada) yang boleh didapatkan oleh orang yang dibantu itu sebagai apa-apa selain sebagai kos.
(4) Jika apa-apa wang didapatkan oleh seseorang yang telah diberi suatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16 atau 16A (sama ada dalam prosiding atau menurut sesuatu penyelesaian atau kompromi), tertakluk kepada peruntukan subseksyen ini, dia bertanggungan membayar daripada wang yang didapatkan itu kepada Ketua Pengarah jumlah semua wang yang telah dibayar atau yang kena dibayar oleh Ketua Pengarah atas akaun orang itu dan, jika orang itu telah diwakili dalam prosiding itu oleh Ketua Pengarah, dia bertanggungan membayar wang sebanyak yang pada pendapat Ketua Pengarah akan kena dibayar atas akaun orang itu sekiranya dia diwakili oleh seorang peguam yang ditugaskan untuknya:
Dengan syarat bahawa— (a) jika wang yang didapatkan itu tidak lebih daripada
seribu ringgit, tiada apa-apa wang kena dibayar oleh orang yang dibantu di bawah subseksyen ini;
(b) jika wang yang didapatkan itu lebih daripada seribu ringgit, jumlah wang yang kena dibayar oleh orang yang dibantu di bawah subseksyen ini tidak boleh lebih daripada—
(i) satu perempat daripada jumlah yang didapatkan; atau
(ii) perbezaan antara jumlah yang diterima dengan jumlah seribu ringgit, mengikut mana-mana yang kurang.
(5) Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), (2), (3) dan (4) ungkapan “kos” termasuklah—
(a) fi peguam sama ada fi itu telah dibayar atau tidak;
(b) fi dan caj daripada jenis yang disebut dalam perenggan 21(3)(a) dan (b); dan
026B.fm Page 23 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(c) apa-apa wang yang dibelanjakan oleh Ketua Pengarah menurut subseksyen 22(3), bagi membayar perbelanjaan luar jangka atau yang dibayar oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu.
(6) Jika kos yang didapatkan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini termasuk mana-mana fi, caj atau wang yang disebut dalam perenggan (5)(b) dan (c) , kos yang didapatkan itu hendaklah digunakan pertama sekali bagi menjelaskan fi, caj atau wang itu.
Prosiding digantung apabila permohonan bantuan guaman dibuat
26. (1) Jika guaman telah dimulakan dan mana-mana pihak membuat permohonan bantuan guaman di bawah Akta ini, Ketua Pengarah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas permohonan itu dibuat, memberitahu pihak yang satu lagi itu atau tiap-tiap satu pihak yang satu lagi itu, dan memfailkan suatu memorandum mengenai pemberitahuan itu dalam mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan dan tiada apa-apa fi boleh dikenakan berkenaan dengan pemfailan memorandum itu.
(2) Jika sesuatu memorandum difailkan sedemikian, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh seorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, segala prosiding mengenai guaman itu hendaklah, menurut seksyen ini, digantung selama tempoh empat belas hari , dan dalam tempoh i tu (melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mana-mana hakim tersebut) masa yang ditetapkan oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau oleh atau di bawah mana-mana kaedah-kaedah mahkamah, peraturan-peraturan atau lain-lain bagi melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu tidaklah berjalan:
Dengan syarat, bagaimanapun—
(a) pemfailan memorandum itu tidak berkuat kuasa untuk melarang daripada dibuat—
(i) suatu perintah interlokutori untuk sesuatu injunksi atau untuk melantik seorang penerima atau pengurus atau penerima dan pengurus;
026B.fm Page 24 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 25
(ii) suatu perintah untuk melarang keluputan sesuatu kaveat terhadap urusan mengenai tanah; atau
(iii) apa-apa perintah lain yang, pada pendapat hakim bagi mahkamah di mana guaman itu m e n u n g g u p e r t i m b a n g a n , p e r l u u n t u k mengelakkan suatu hukuman yang tidak adil dan yang tidak dapat dibetulkan;
(b) bahawa, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh seorang hakim bagi mahkamah di mana guaman itu menunggu pertimbangan, pemfailan memorandum itu tidak boleh berkuat kuasa untuk melarang daripada d i m u l a k a n a t a u d i t e r u s k a n p r o s i d i n g u n t u k mendapatkan, menguatkuasakan atau melaksanakan apa-apa perintah yang disebut dalam perenggan (a) dalam proviso ini atau sesuatu dekri yang bermaksud sedemikian.
(3) Tempoh lamanya prosiding digantung di bawah seksyen ini boleh dikurangkan atau dilanjutkan dengan perintah seorang hak im bag i mahkamah d i mana guaman i tu menunggu pertimbangan.
Rayuan daripada orang yang dibantu
27. Jika sesuatu perakuan bantuan guaman yang diberikan di bawah seksyen 15, 16 atau 16A telah difailkan dalam mana-mana mahkamah dan prosiding yang dimaksudkan oleh perakuan itu telah diadakan dalam mahkamah itu, dan orang yang dibantu itu hendak membawa apa-apa rayuan atau apa-apa prosiding yang berupa rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dia tidak berhak membawa rayuan atau prosiding yang berupa rayuan itu sebagai seorang yang dibantu melainkan jika, dalam kes yang dalamnya perakuan itu telah diberikan di bawah seksyen 16A, Menteri, dan dalam semua kes lain, Ketua Pengarah, berpuas hati bahawa orang yang dibantu itu ada alasan yang baik untuk merayu dan telah memperakukan sedemikian.
Kaedah-kaedah mahkamah
28. Jika perlu atau suai manfaat dibuat sedemikian, Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh membuat kaedah-kaedah untuk mengawal
026B.fm Page 25 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
selia amalan dan tatacara mana-mana mahkamah di mana prosiding boleh dibawa oleh seseorang yang dibantu.
BAHAGIAN V
NASIHAT GUAMAN
Hak untuk mendapat nasihat guaman dan jenis nasihat
29. (1) Tertakluk kepada Bahagian ini, nasihat guaman mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, Ketiga dan Keempat hendaklah diadakan bagi orang yang bermastautin dan berada di Malaysia.
(2) Nasihat guaman hendaklah terdiri daripada nasihat secara lisan mengenai soal undang-undang yang diberikan oleh Ketua Pengarah Bantuan Guaman atau seseorang peguam yang namanya ada dalam panel peguam yang berkenaan yang disenggarakan menurut seksyen 5 dan termasuklah menyediakan permohonan bantuan guaman dan memberikan maklumat yang dikehendaki bagi menentukan sumber kewangan pemohon tetapi tidaklah termasuk nasihat mengenai mana-mana undang-undang yang lain daripada undang-undang Malaysia.
(3) Peruntukan boleh dibuat oleh peraturan-peraturan bagi mentakrifkan atau menyekat soal-soal yang mengenainya nasihat guaman boleh diberikan dan bagi mengawal selia segala perkara berhubung dengan fi, caj dan kos berkenaan dengan pemberian nasihat guaman.
(4) Seseorang yang meminta nasihat guaman hendaklah memohon kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan dia dikehendaki—
(a) memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia tidak mampu untuk mendapatkan bantuan guaman mengikut cara biasa; dan
(b) membayar kepada Ketua Pengarah fi sebanyak dua ringgit atau apa-apa fi lain sebagaimana yang ditetapkan.
(5) Menteri boleh dengan perintah meminda atau mengubah Jadual Keempat.
026B.fm Page 26 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 27
BAHAGIAN VA
PENGANTARAAN
Penyediaan khidmat pengantaraan
29A. (1) Menteri boleh memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Bantuan Guaman untuk menyediakan pengantaraan kepada orang yang dibantu.
(2) Setiap sidang pengantaraan hendaklah dijalankan oleh seorang pengantara atau lebih.
Pertikaian
29B. (1) Mana-mana orang yang menjadi pihak kepada sesuatu pertikaian yang merupakan perkara atau boleh menjadi perkara atau yang berkaitan dengan mana-mana prosiding yang perihalnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga boleh merujukkan pertikaian itu kepada pengantara.
(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh merujukkan kepada pengantara apa-apa pert ikaian yang merupakan perkara atau boleh menjadi perkara atau yang berkaitan dengan mana-mana prosiding yang perihalnya dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(3) Sesuatu sidang pengantaraan boleh dimulakan atau diteruskan sama ada tidak pertikaian itu boleh menjadi hal perkara atau merupakan hal perkara di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal atau badan.
(4) Orang yang dibantu boleh dianggap sebagai bertikai tentang apa-apa perkara yang dia atau mereka tidak bersetuju tentang perkara itu sama ada atau tidak apa-apa perundingan yang berkaitan dengannya sedang dijalankan.
Pengantaraan adalah atas dasar sukarela
29C. (1) Kehadiran di dan penyertaan dalam sesuatu sidang pengantaraan atas dasar sukarela.
(2) Mana-mana pihak dalam sesuatu sidang pengantaraan boleh menarik diri dari sidang pengantaraan itu pada bila-bila masa.
026B.fm Page 27 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
(3) Kehadiran di, penyertaan dalam atau penarikan diri dari sidang pengantaraan yang dijalankan di bawah Akta ini tidak menjejaskan apa-apa hak atau remedi yang ada pada pihak yang bertikai itu.
Penyelesaian atau persetujuan hendaklah dituliskan
29D. Tiada penyelesaian atau persetujuan boleh mengikat pihak dalam sesuatu sidang pengantaraan melainkan jika penyelesaian atau persetujuan itu telah dituliskan dan ditandatangani oleh pihak kepada penyelesaian atau persetujuan itu.
Komunikasi sulit dengan pengantara
29E. Tiada seorang pun boleh dipaksa untuk mendedahkan kepada mahkamah apa-apa komunikasi sulit yang telah berlaku antara orang itu dengan pengantara, jika proses pengantaraan gagal, melainkan jika orang itu menawarkan dirinya sebagai saksi, dan dalam hal yang sedemikian orang itu boleh dipaksa untuk mendedahkan hanya komunikasi yang didapati oleh mahkamah perlu diketahui bagi menghuraikan apa-apa keterangan yang telah diberikan oleh orang itu.
Pengantara
29F. (1) Menteri boleh melantik mana-mana orang sebagai pengantara bagi maksud Bahagian ini.
(2) Tiap-tiap orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah Bantuan Guaman dan tidak berhak untuk hadir dan berguam dalam mana-mana mahkamah di Malaysia.
BAHAGIAN VI
AM
Keistimewaan bagi hubungan tertentu
30. (1) Keistimewaan dan hak seperti yang terbit daripada hubungan antara klien dengan peguam bela dan peguam cara yang bertindak mengikut pekerjaan profesionalnya hendaklah terbit daripada hubungan yang berikut, iaitu:
026B.fm Page 28 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 29
(a) hubungan antara seseorang yang diberi bantuan guaman di bawah seksyen 11 dengan Ketua Pengarah dan peguam (jika ada) yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihaknya;
(b) hubungan antara seseorang pemohon bantuan guaman di bawah Akta ini dengan Ketua Pengarah dan peguam (jika ada) yang kepadanya permohonan itu dirujukkan;
(c) hubungan antara seseorang yang dibantu dengan Ketua Pengarah dan peguam (jika ada) yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihaknya dalam apa- apa prosiding yang dimaksudkan oleh sesuatu perakuan bantuan guaman di bawah seksyen 15, 16 atau 16A;
(d) hubungan antara seseorang yang meminta nasihat guaman dengan Ketua Pengarah dan peguam (jika ada) yang memberikan nasihat itu.
(2) Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1) keist imewaan yang disebut dalamnya i tu t idaklah terbi t berkenaan dengan apa-apa maklumat yang diberikan kepada Ketua Pengarah mengenai harta atau pendapatan pemohon perakuan bantuan guaman di bawah Akta ini.
(3) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini atau oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, hak yang diberikan oleh Akta ini kepada seseorang yang menerima bantuan guaman atau nasihat guaman di bawah Bahagian III, IV atau V, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah menyentuh hak atau tanggungan pihak lain dalam prosiding itu atau prinsip yang berasaskannya budi bicara mana-mana mahkamah atau tribunal dijalankan pada biasanya.
Pernyataan palsu
31. Jika sesiapa yang meminta atau menerima bantuan atau nasihat guaman membuat dengan diketahuinya apa-apa pernyataan atau nyataan palsu tatkala memberikan apa-apa maklumat dalam permohonannya, apabila disabitkan dia boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
026B.fm Page 29 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Keputusan yang dibuat di bawah Akta adalah terakhir dan muktamad
31A. Apa-apa keputusan yang dibuat di bawah Akta ini—
(a) untuk memberikan atau tidak memberikan bantuan guaman di bawah Bahagian III atau IV;
(b) untuk membatalkan perakuan bantuan guaman atau menolak permohonan bagi maksud itu di bawah seksyen 19; atau
(c) untuk memperakukan di bawah seksyen 27 bahawa seseorang yang dibantu ada alasan baik untuk merayu atau menolak permohonan bagi maksud itu,
terakhir dan muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah:
Dengan syarat bahawa mana-mana orang yang tidak berpuas hati dengan suatu keputusan yang dibuat di bawah Akta ini oleh sesiapa yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) untuk menolak permohonan untuk bantuan guaman boleh merayu kepada Ketua Pengarah dan keputusannya mengenai rayuan itu terakhir dan muktamad dan tidak boleh dipersoalkan atau dikaji semula dalam mana-mana mahkamah.
Pelepasan daripada liabiliti
31B. Tiada perkara atau benda yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh—
(a) Ketua Pengarah Bantuan Guaman
(b) orang yang dilantik di bawah subseksyen 3(2); atau
(c) pengantara yang dilantik di bawah seksyen 29F,
boleh, jika perkara atau benda itu dilakukan dengan suci hati bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta dan tidak melibatkan apa- apa fraud atau salah laku yang disengajakan, menjadikan mana- mana daripada mereka boleh dikenakan apa-apa tindakan, liabiliti, dakwaan atau tuntutan.
026B.fm Page 30 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 31
Peraturan-peraturan
32. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini untuk menetapkan apa- apa jua yang boleh ditetapkan (selain bagi maksud mengawal selia amalan dan tatacara mana-mana mahkamah).
(2) Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh membuat peruntukan bagi mana-mana atau semua daripada perkara yang berikut:
(a) fi, caj dan kos berhubung dengan prosiding yang dalamnya orang yang dibantu atau yang diberi bantuan guaman di bawah Akta ini menjadi satu pihak dan juga bagi meremitkan mana-mana fi atau caj itu;
(b) mendapatkan wang yang kena dibayar berkenaan dengan bantuan guaman dan bagi menguatkuasakan pertanggungan yang diwujudkan oleh Akta ini ke atas harta yang didapatkan atau dipertahankan bagi pihak seseorang yang menerima bantuan guaman, termasuk peruntukan—
(i) bagi menguatkuasakan apa-apa perintah atau persetujuan untuk kos yang dibuat bagi faedah seseorang yang telah menerima bantuan guaman; dan
(ii) bagi mengehakkan peguam untuk mendapat kesemua atau sebahagian bayaran bergantung kepada pelaksanaan apa-apa kewajipan yang ditanggungkan ke atasnya oleh peraturan- peraturan yang dibuat bagi maksud perenggan ini;
(c) apa-apa peruntukan yang perlu bagi hal keadaan khas jika—
(i) seseorang meminta bantuan guaman dalam sesuatu perkara yang perlu disegerakan oleh sebab yang khas;
(ii) seseorang mula menerima bantuan guaman selepas berunding dengan seseorang pegawai secara biasa berkenaan dengan perkara itu, atau berhenti daripada menerima bantuan
026B.fm Page 31 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
guaman sebelum perkara yang berkenaan itu diselesaikan dengan muktamad; dan
(iii) terdapat apa-apa perubahan hal keadaan yang berkaitan dalam masa seseorang menerima bantuan guaman; dan
(ca) untuk mengawal selia amalan dan tatacara pengantaraan; dan
(d) apa-apa perkara lain bagi maksud melaksanakan mana-mana peruntukan Akta ini.
Pemansuhan
33. Ordinan No. 39 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U.(A) 257/1970] adalah dengan ini dimansuhkan.
JADUAL PERTAMA
(Dipotong oleh Akta A1188)
JADUAL KEDUA
[Seksyen 10]
PERIHAL PROSIDING JENAYAH
1. Semua prosiding jenayah yang dalamnya tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam mengaku salah kepada pertuduhan dan ingin membuat rayuan untuk meringankan hukuman berkenaan dengannya.
2. Prosiding jenayah di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 [Akta 468]*.
3. Prosiding jenayah di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].
*CATATAN—Terpakai hanya bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan—lihat P.U.(B)77/1992. Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 telah dimansuhkan oleh Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].
026B.fm Page 32 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 33
JADUAL KETIGA
[Seksyen 12]
PERIHAL PROSIDING SIVIL
1. Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Nafkah) 1950 [Akta 263].
2. Prosiding di bawah Akta Perintah Nafkah (Kemudahan bagi Penguatkuasaan) 1949 [Akta 34] untuk perintah sementara.
3. Prosiding di bawah Akta Perempuan Bersuami dan Anak-Anak (Penguatkuasaan Nafkah) 1968 [Akta 356].
4. Prosiding berhubung dengan nafkah, jagaan, perceraian dan harta sepencarian dalam mahkamah yang mentadbirkan hukum Syarak di mana mana-mana orang atau peguam bela dan peguam cara dibenarkan hadir.
5. Hak dan tanggungan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 [Akta 273].
6. Hak dan tanggungan di bawah Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin Pemegangan) 1967 [Akta 528].
7. Hak dan tanggungan di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [Akta 98].
8. Hak dan tanggungan mengenai tindakan sivil bagi ganti rugi yang timbul daripada kemalangan yang melibatkan kenderaan motor yang termasuk dalam pengertian Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
9. Hak dan tanggungan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 [Akta 400].
10. Hak dan tanggungan mengenai prosiding perceraian dan jagaan.
11. Hak dan tanggungan mengenai prosiding berhubung dengan penyewaan.
12. Hak dan tanggungan di bawah Akta Sewa Beli 1967 [Akta 212].
13. Permohonan Probet dan Surat Mentadbir Pusaka.
14. Hak dan tanggungan di bawah Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
15. Tuntutan pengguna.
026B.fm Page 33 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
JADUAL KEEMPAT
[Subseksyen 29(1)]
PERIHAL PERKARA YANG BOLEH DIBERI NASIHAT GUAMAN
Nasihat guaman atas segala perkara.
026B.fm Page 34 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
35
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 26
AKTA BANTUAN GUAMAN 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
P.U.(A)214/1971 Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1971
25-06-1971
P.U.(A)293/1972 Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1972
22-09-1972
P.U.(A)104/1973 Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1973
07-04-1973
P.U.(A)46/1975 Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1975
01-03-1975
P.U.(A)27/1982 Perintah Bantuan Guaman (Pindaan) 1982
01-02-1982
Akta A578 Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 1984
20-01-1984
Akta A653 Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 1986
16-05-1986
Akta A911 Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 1995
17-02-1995
026B.fm Page 35 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Akta A1188 Akta Bantuan Guaman (Pindaan) 2003
15-07-2003: untuk seksyen 2, perenggan 3(a), (b), (c) dan (f) dan seksyen 12 [P.U.(B)242/2003]
01-06-2005: seksyen selainnya [P.U.(B)177/2005]
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
026B.fm Page 36 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
37
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 26
AKTA BANTUAN GUAMAN 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A911 17-02-1995
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
3 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
4 Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003
5 Akta A1188 15-07-2003
6 Akta A578 20-01-1984
7 Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 01-06-2005
8 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 01-06-2005
9 Akta A578 20-01-1984
026B.fm Page 37 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
Akta A1188 01-06-2005
10 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
11 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
12 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003
13 Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
14 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
15 Akta A578 20-01-1984
Akta A911 17-02-1995
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
16 Akta A578 20-01-1984
Akta A911 17-02-1995
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
16A Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003
16B Akta A911 17-02-1995
Akta A1188 15-07-2003
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
026B.fm Page 38 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
Bantuan Guaman 39
17 Akta A578 20-01-1984
Akta A911 17-02-1995
Akta A1188 01-06-2005
18 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
19 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003
20 Akta A1188 15-07-2003
21 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
22 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
23 Akta A1188 15-07-2003
24 Akta A1188 15-07-2003
25 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
26 Akta A1188 15-07-2003
27 Akta A578 20-01-1984
Akta A653 16-05-1986
Akta A1188 15-07-2003
29 Akta A653 16-05-1986
Akta A911 17-02-1995
Akta A1188 15-07-2003; 01-06-2005
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
026B.fm Page 39 Monday, March 27, 2006 5:14 PM
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 26
29A–29F Akta A1188 01-06-2005
30 Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
31A Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 15-07-2003
31B Akta A1188 01-06-2005
32 Akta A1188 01-06-2005
Jadual Pertama Akta A578 20-01-1984
Akta A1188 01-06-2005
Jadual Kedua P.U.(A)104/1973 07-04-1973
P.U.(A)27/1982 01-02-1982
Jadual Ketiga P.U.(A)214/1971 25-06-1971
P.U.(A)293/1972 22-09-1972
P.U.(A)104/1973 07-04-1973
P.U.(A)46/1975 01-03-1975
P.U.(A)27/1982 01-02-1982
Jadual Keempat P.U.(A)214/1971 25-06-1971
P.U.(A)293/1972 22-09-1972
P.U.(A)104/1973 07-04-1973
P.U.(A)46/1975 01-03-1975
P.U.(A)27/1982 01-02-1982
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
026B.fm Page 40 Monday, March 27, 2006 5:14 PM