Advanced Search

Ministerial Functions Act 1969


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959852/ministerial-functions-act-1969-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
002b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 2
AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
002b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
Tarikh Perkenan Diraja… … … … 15 Februari 1969
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 27 Februari 1969
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999
002b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 2
SUSUNAN SEKSYEN
AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Fungsi dan nama jawatan Menteri
3. Natijah pemindahan fungsi dan perubahan nama jawatan
4. Rujukan dalam undang-undang bertulis
5. Pemansuhan dan kecualian
002b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
002b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 2
AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
Suatu Akta bagi membuat peruntukan untuk mengisytiharkan fungsi dan pemindahan fungsi Menteri, untuk menetapkan nama jawatan Menteri, dan bagi maksud yang berkenaan dan berhubungan dengannya.
[Seluruh Malaysia—27 Februari 1969]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969.
Fungsi dan nama jawatan Menteri
2. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah dalam Warta memberitahu—
(a) bahawa seseorang Menteri telah diberi apa-apa fungsi atau telah dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab mengenai sesuatu jabatan atau perkara yang tertentu atau bahawa sesuatu fungsi atau tanggungjawab yang tersebut itu telah dipindahkan kepada seorang Menteri yang lain;
(b) bahawa suatu nama jawatan telah diberikan kepada seseorang Menteri (kecuali Perdana Menteri) atau bahawa nama jawatan yang tersebut itu telah diubah.
002b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 2
(2) Sesuatu perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini—
(a) boleh mengadakan peruntukan mengenai pemindahan apa-apa harta, hak atau tanggungan yang dipegang, dinikmati atau dilakukan oleh mana-mana Menteri berhubung dengan apa-apa fungsi yang diberikan atau dipindahkan itu; dan
(b) boleh mengandungi apa-apa peruntukan lain yang perlu dan suai manfaat untuk memberi kesan kepada perintah itu.
Natijah pemindahan fungsi dan perubahan nama jawatan
3. Jika sesuatu perintah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 2 sesuatu yang dimulakan, atau yang dibuat sebelum perintah itu mula berkuat kuasa oleh atau di bawah kuasa Menteri yang fungsi dan tanggungjawabnya telah dipindahkan atau yang nama jawatannya itu diubah boleh diteruskan atau diselesaikan oleh Menteri itu.
Rujukan dalam undang-undang bertulis
4. Apa-apa rujukan dalam sesuatu undang-undang bertulis atau sesuatu surat cara, kontrak atau pembicaraan di sisi undang- undang terhadap seseorang Menteri mengikut nama jawatannya melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain hendaklah diertikan sebagai suatu rujukan terhadap Menteri yang pada masa itu diberi fungsi atau dipertanggungkan dengan tanggungjawab tersebut atau terhadap Menteri yang pada masa itu diberi nama jawatan tersebut.
Pemansuhan dan kecualian
5. Ordinan (Memindahkan Fungsi) Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1951 [No. 15 tahun 1951] dengan ini dimansuhkan:
Dengan syarat bahawa perintah yang dibuat di bawah Ordinan i tu a tau mana-mana undang-undang ber tu l i s l a in yang berhubungan dengan pemindahan fungsi seorang Menteri atau pegawai awam yang berkuat kuasa sebelum sahaja Akta ini mula
002b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
Fungsi-Fungsi Menteri 7
berkuat kuasa hendaklah disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa, dan boleh dipinda atau dibatalkan dengan sewajarnya.
002b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 11:50 AM
8
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 2
AKTA FUNGSI-FUNGSI MENTERI 1969
SENARAI PINDAAN
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
– TIADA –
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
– TIADA –
002b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 11:50 AM