Advanced Search

Private Healthcare Facilities and Services Act 1998


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959930/private-healthcare-facilities-and-services-act-1998-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 586
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Undang-Undang Malaysia AKTA 5862
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 18 Ogos 1998
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 27 Ogos 1998
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … ... ... 2002
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 586
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
KAWALAN KE ATAS KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA
3. Kelulusan dan lesen
4. Pendaftaran
5. Kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak berlesen atau tidak berdaftar
6. Kelulusan dan lesen boleh dikeluarkan kepada tuan punya tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan
7. Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta
BAHAGIAN III
KELULUSAN UNTUK MENUBUHKAN ATAU MENYENGGARAKAN KEMUDAHAN ATAU
PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA SELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA ATAU
KLINIK PERGIGIAN SWASTA
8. Permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
9. Perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan diberikan
Undang-Undang Malaysia AKTA 5864
Seksyen
10. Keengganan untuk memproses permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
11. Alasan bagi keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
12. Pemberian atau keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
13. Kelulusan berasingan untuk menubuhkan atau menyenggarakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi
BAHAGIAN IV
LESEN UNTUK MENGENDALIKAN ATAU MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ATAU
PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA SELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA ATAU
KLINIK PERGIGIAN SWASTA
14. Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan hendaklah dibuat dalam masa tiga tahun
15. Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan
16. Pemeriksaan premis
17. Keengganan untuk memproses permohonan bagi lesen
18. Sebab bagi keengganan untuk mengeluarkan atau membaharui lesen untuk mengendalikan atau menyediakan
19. Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen
20. Lesen hendaklah menyatakan jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
21. Lesen yang berasingan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi
22. Tempoh dan pembaharuan lesen untuk mengendalikan atau menyediakan
23. Lesen hendaklah dipamerkan
24. Kuasa untuk mengubah terma atau syarat, atau maksud kelulusan atau lesen
BAHAGIAN V
PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTA DAN KLINIK PERGIGIAN SWASTA
25. Permohonan bagi pendaftaran
26. Keengganan untuk memproses permohonan bagi pendaftaran
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
5
27. Pemberian perakuan pendaftaran
28. Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan
29. Kuasa untuk mengubah terma atau syarat pendaftaran
30. Pendaftaran berasingan
BAHAGIAN VI
TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN, PEMEGANG PERAKUAN PENDAFTARAN DAN ORANG
YANG BERTANGGUNGJAWAB
31. Tanggungjawab
32. Orang yang bertanggungjawab
33. Pertukaran orang yang bertanggungjawab
34. Bantuan jagaan peribadi
35. Pernyataan dasar
36. Mekanisme ketidakpuasan hati pesakit
37. Melaporkan kejadian
38. Rawatan dan perkhidmatan kecemasan
BAHAGIAN VII
PERUNTUKAN AM BERHUBUNGAN DENGAN KELULUSAN, LESEN DAN PENDAFTARAN
39. Sekatan penggunaan premis
40. Larangan terhadap peluasan dan pengubahan
41. Pemindahan, dsb., kelulusan, lesen dan perakuan
42. Daftar
BAHAGIAN VIII
PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN KELULUSAN DAN LESEN, KEENGGANAN UNTUK MEMBAHARUI
LESEN DAN PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN PENDAFTARAN
43. Tunjuk sebab
44. Alasan bagi penggantungan, dsb., yang berhubungan dengan pentadbiran kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
Seksyen
Undang-Undang Malaysia AKTA 5866
45. Alasan bagi penggantungan, pembatalan, keengganan untuk membaharui lesen, dsb., yang berhubungan dengan kelayakan tuan punya tunggal
46. Alasan bagi penggantungan, pembatalan atau keengganan untuk membaharui kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran
47. Alasan tambahan
48. Representasi
49. Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau enggan membaharui
50. Penyerahan lesen atau perakuan
51. Pemberhentian pengendalian
BAHAGIAN IX
PENUTUPAN KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA
52. Perintah bagi penutupan sementara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
53. Syarat bagi penutupan, penjualan atau pelupusan selainnya kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
BAHAGIAN X
BANK DARAH
54. Tafsiran
55. Larangan ke atas pembekalan darah asli manusia dan hasil darah
56. Import dan eksport darah asli manusia dan hasil darah
57. Pengeluaran perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah
58. Kebenaran untuk menguji darah daripada penderma
BAHAGIAN XI
PERKHIDMATAN TRANSFUSI DARAH
59. Kemudahan penstoran
60. Bekalan darah yang minimum
61. Menyenggara rekod atau resit dan pelupusan darah
62. Tindak balas transfusi
63. Syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan
Seksyen
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
7
BAHAGIAN XII
PENILAIAN KEMATIAN
Seksyen
64. Tafsiran
65. Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan
66. Fungsi Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan
67. Melaporkan kematian boleh nilai
68. Pengamal perubatan dan pengamal pergigian hendaklah memberikan maklumat
69. Penyiaran maklumat
70. Kerahsiaan maklumat yang diperoleh oleh Jawatankuasa
71. Pelindungan orang yang menjalankan fungsi sebagai anggota Jawatankuasa
72. Jawatankuasa penilaian kematian di peringkat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
73. Penyiasatan bebas
BAHAGIAN XIII
KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN
74. Kualiti kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan
75. Kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan arahan
76. Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan berhubungan dengan jaminan kualiti
BAHAGIAN XIV
LEMBAGA PENGURUSAN DAN JAWATANKUASA PENASIHAT
77. Lembaga Pengurusan
78. Jawatankuasa Penasihat Perubatan atau Pergigian
79. Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan
80. Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan
81. Penalti bagi ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Bahagian ini
Undang-Undang Malaysia AKTA 5868
BAHAGIAN XV
ORGANISASI JAGAAN YANG DIURUSKAN
Seksyen
82. Tafsiran organisasi jagaan yang diuruskan
83. Kontrak antara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan organisasi jagaan yang diuruskan
84. Pemegang lesen dan pemegang perakuan pendaftaran hendaklah memberikan maklumat tentang organisasi jagaan yang diuruskan kepada Ketua Pengarah
85. Maklumat oleh organisasi jagaan yang diuruskan
86. Daftar organisasi jagaan yang diuruskan
BAHAGIAN XVI
PENGUATKUASAAN
87. Pelantikan Inspektor
88. Kuasa Inspektor untuk masuk dan memeriksa
89. Kuasa untuk menggeledah dan menyita
90. Menggeledah dan menyita tanpa waran
91. Kuasa untuk mengelak
92. Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang
93. Kewajipan untuk membantu Inspektor
94. Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan
95. Senarai benda yang disita
96. Pelucuthakan benda yang disita
97. Tiada seorang pun berhak ke atas kos, dsb., penyitaan
98. Pengemukaan kad atau lencana pengenalan rasmi
99. Pengkompaunan kesalahan
100. Pemulaan dan penjalanan pendakwaan
BAHAGIAN XVII
KUASA MENTERI
101. Rayuan
102. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am
103. Kuasa Menteri untuk mengecualikan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
9
104. Lembaga Pelawat
105. Sumbangan sosial atau kebajikan
106. Jadual fi
107. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
BAHAGIAN XVIII
PELBAGAI
108. Iklan
109. Daftar Kebangsaan
110. Penyampaian notis
111. Pewakilan oleh Ketua Pengarah
112. Memberikan maklumat
113. Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam
114. Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
115. Kerahsiaan maklumat
116. Hospital psikiatri swasta, rumah jagaan psikiatri swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta
117. Kesalahan dan penalti am
118. Pelanggaran perundangan subsidiari
BAHAGIAN XIX
PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN
119. Pemansuhan
120. Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan hospital persendirian berlesen, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian yang sedia ada
121. Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan
122. Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang sedia ada
Seksyen
Undang-Undang Malaysia AKTA 58610
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
11
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 586
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan pengawalan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan kemudahan dan perkhidmatan lain yang berhubungan dengan kesihatan dan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya.
[1 Mei 2006, P.U.(B) 93/2006]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bank darah swasta” ertinya mana-mana premis, selain bank darah Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan untuk mengumpul, memeriksa, memproses, menyimpan atau mengedarkan darah asli manusia atau hasil darah;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58612
“bidan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Bidan 1966 [Akta 436] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;
“daftar” ertinya daftar yang dikehendaki disenggara di bawah seksyen 42;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui perintah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hospis swasta” ertinya mana-mana premis yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan semata-mata untuk menyediakan jagaan hospis atau jagaan pelegaan;
“hospital swasta” ertinya mana-mana premis, selain hospital atau institusi Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi penerimaan, penginapan, rawatan dan penjagaan orang yang memerlukan rawatan perubatan atau yang menghidap apa-apa penyakit atau yang memerlukan rawatan pergigian yang memerlukan kemasukan ke hospital;
“jagaan hospis atau jagaan pelegaan” ertinya penjagaan orang sakit yang tiada harapan sembuh bagi menangani keperluan fizikal, psikologi, emosi dan sosial orang itu atau keluarganya;
“jagaan kejururawatan” ertinya apa-apa penjagaan bagi pesakit yang diberikan oleh jururawat berdaftar mengikut arahan pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian berdaftar dan amalan kejururawatan yang diterima;
“jagaan perbidanan” ertinya penilaian atau pemantauan atau penjagaan wanita semasa mengandung biasa atau sakit hendak bersalin atau dalam tempoh postpartum dan bayi baru lahirnya yang normal, dan mengendalikan kelahiran biasa melalui faraj secara spontan;
“jagaan peribadi” ertinya apa-apa fungsi yang biasanya dilaksanakan sendiri oleh seseorang individu, tetapi yang baginya individu itu memerlukan bantuan daripada yang lain kerana umur yang lanjut, keuzuran, atau batasan fizikal atau mental dan boleh termasuk apa-apa perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan;
“jururawat berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Jururawat 1950 [Akta 14] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
13
“kakitangan teknikal” ertinya seseorang juruteknologi makmal perubatan atau pegawai sains atau mana-mana orang lain yang mempunyai kelayakan, latihan dan pengamalan yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah;
“kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan” ertinya kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan 12(a);
“kemudahan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana premis yang dalamnya seorang atau lebih daripada seorang orang awam menerima perkhidmatan jagaan kesihatan;
“kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan” ertinya apa-apa kemudahan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi mengadakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan;
“kemudahan jagaan kesihatan swasta” ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan, seperti hospital, hospis, pusat jagaan ambulatori, rumah jagaan kejururawatan, rumah bersalin, hospital psikiatri, rumah jagaan psikiatri, pusat kesihatan mental masyarakat, pusat hemodialisis, klinik perubatan, klinik pergigian swasta dan apa- apa premis jagaan kesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatan lain yang boleh ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;
“klinik pergigian swasta” ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi amalan pergigian dan termasuklah premis yang digunakan oleh mana-mana orang—
(a) untuk merawat atau cuba untuk merawat atau mengaku untuk merawat, mengubati, melegakan atau mencegah apa-apa penyakit, kekurangan atau lesi atau sakit gigi atau rahang manusia;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58614
(b) untuk melaksanakan atau cuba untuk melaksanakan apa- apa pembedahan pada gigi atau rahang manusia;
(c) untuk melaksanakan apa-apa kerja radiografi berkaitan dengan gigi atau rahang atau rongga mulut manusia; atau
(d) untuk memberikan apa-apa rawatan, nasihat atau bantuan pada atau kepada mana-mana orang berkaitan dengan pemadanan atau pemasukan bagi maksud pemadanan atau pemasangan gigi buatan atau korona atau jambatan atau suatu alat bagi pemulihan atau pengaturan gigi atau rahang manusia;
“klinik perubatan swasta” ertinya mana-mana premis, selain kemudahan jagaan kesihatan Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi amalan perubatan atas dasar pesakit luar termasuklah—
(a) memeriksa, mendiagnosis, atau merawat mana-mana orang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
(b) perkhidmatan jagaan kesihatan pencegahan atau penggalakan; dan
(c) mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa badan manusia dengan pemakaian apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti;
“Lembaga Pelawat” ertinya Lembaga Pelawat yang ditubuhkan di bawah seksyen 104;
“Lembaga Pengurusan” ertinya lembaga pemegang amanah atau lembaga pengarah, atau apa-apa badan pentadbiran lain yang padanya terletak hak kuasa dan tanggungjawab utama bagi mengendalikan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dinyatakan dalam Bahagian XIV;
“lesen untuk mengendalikan atau menyediakan” ertinya lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan 19(a);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
15
“orang yang bertanggungjawab” ertinya seseorang yang mempunyai apa-apa kelayakan, latihan dan pengalaman sebagaimana yang ditetapkan dan yang bertanggungjawab bagi pengurusan dan kawalan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang ada kena-mengena dengan sesuatu lesen atau pendaftaran;
“orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan” ertinya mana-mana orang yang menjadi pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang kepadanya suatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang diberikan di bawah perenggan 19(a);
“pengamal pergigian berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Pergigian 1971 [Akta 51] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya mana-mana orang yang didaftarkan sebagai yang sedemikian di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50] dan yang memegang perakuan pengamalan yang sah;
“perakuan” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 57 yang membenarkan pengimportan atau pengeksportan hasil darah atau darah asli manusia bagi maksud transfusi;
“perakuan pendaftaran” ertinya perakuan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27;
“perkhidmatan jagaan kesihatan” termasuklah— (a) perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan,
perbidanan, kesihatan berkaitan, farmasi, dan ambulans dan apa-apa perkhidmatan lain yang disediakan oleh profesional jagaan kesihatan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58616
(b) tempat tinggal bagi maksud apa-apa perkhidmatan yang disediakan di bawah Akta ini;
(c) apa-apa perkhidmatan untuk memeriksa, mendiagnosis, atau merawat orang yang menghidap atau dipercayai menghidap apa-apa penyakit, kecederaan atau hilang upaya minda atau badan;
(d) apa-apa perkhidmatan bagi maksud kesihatan pencegahan atau penggalakan;
(e) apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh mana-mana profesional separa jagaan kesihatan;
(f) apa-apa perkhidmatan bagi mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan luar biasa tubuh manusia dengan menggunakan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat, atau peranti atau apa-apa teknologi perubatan lain; atau
(g) apa-apa perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;
“perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan” ertinya apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan, dikendalikan atau disenggarakan oleh Kerajaan tetapi tidak termasuk perkhidmatan jagaan kesihatan Kerajaan yang diswastakan atau yang diperbadankan;
“perkhidmatan jagaan kesihatan swasta” ertinya apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh kemudahan jagaan kesihatan swasta;
“pertubuhan perbadanan” ertinya pertubuhan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“premis” ertinya mana-mana tempat, bangunan atau kenderaan, sama ada kekal atau sementara;
“profesional jagaan kesihatan” termasuklah pengamal perubatan, pengamal pergigian, ahli farmasi, ahli psikologi klinikal, jururawat, bidan, pembantu perubatan, ahli fisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan profesional jagaan kesihatan berkaitan lain dan mana-mana orang lain yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan perubatan, kesihatan, pergigian, farmaseutikal, atau apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan lain yang di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan;
“pusat hemodialisis swasta” ertinya pusat jagaan ambulatori, selain pusat hemodialisis Kerajaan, yang menyediakan atau bertujuan untuk menyediakan rawatan hemodialisis, apa-apa tatacara atau bentuk rawatan lain bagi pembersihan darah manusia;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
17
“pusat jagaan ambulatori swasta” ertinya mana-mana premis, selain pusat jagaan ambulatori Kerajaan, klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, yang terutamanya digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi maksud menjalankan apa-apa tatacara yang berhubungan dengan amalan perubatan dalam mana-mana disiplinnya atau apa-apa tatacara pergigian dan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang relevan yang berterusan termasuklah perkhidmatan kejururawatan bilamana pesakit berada dalam premis itu, dan yang dalamnya jagaan kesihatan, katil atau penginapan lain sebagai tempat tinggal bagi mana-mana seorang pesakit bagi tempoh tidak lebih daripada 23 jam disediakan dan yang darinya pesakit sama ada dibenarkan keluar dalam keadaan ambulatori tanpa menghendaki jagaan atau pengawasan sentiasa atau yang berterusan dan tanpa bahaya kepada kesejahteraan berterusan pesakit itu atau dipindahkan ke hospital;
“rumah bersalin swasta” ertinya mana-mana premis, selain rumah bersalin Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menerima, dan menyediakan jagaan kejururawatan dan jagaan perbidanan bagi, wanita yang sakit hendak bersalin atau sebaik selepas melahirkan anak;
“rumah jagaan kejururawatan swasta” ertinya mana-mana premis selain rumah jagaan kejururawatan Kerajaan, yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi menerima, dan menyediakan jagaan kejururawatan bagi, orang-orang yang menghidap atau sedang berehat supaya sembuh daripada apa-apa penyakit, kecederaan atau kelemahan.
BAHAGIAN II
KAWALAN KE ATAS KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA
Kelulusan dan lesen
3. Tiada seorang pun boleh menubuhkan atau menyenggarakan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berikut tanpa kelulusan yang diberikan di bawah perenggan 12(a) atau mengendalikan atau menyediakan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan sedemikian tanpa lesen yang diberikan di bawah perenggan 19(a):
(a) hospital swasta; (b) hospital psikiatri swasta;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58618
(c) pusat jagaan ambulatori swasta; (d) rumah jagaan kejururawatan swasta; (e) rumah jagaan kejururawatan psikiatri swasta; (f) rumah bersalin swasta; (g) bank darah swasta; (h) pusat hemodialisis swasta; (i) hospis swasta; (j) pusat kesihatan mental masyarakat swasta; (k) mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan
swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan lain yang ditentukan oleh Menteri, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta; dan
(l) premis jagaan kesihatan swasta yang menggabungkan mana-mana dua atau lebih daripada dua kemudahan atau perkhidmatan dalam perenggan (a) hingga (k).
Pendaftaran 4. (1) Tiada seorang pun boleh menubuhkan, menyenggarakan, mengendalikan atau menyediakan suatu klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta melainkan jika klinik itu didaftarkan di bawah seksyen 27.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang menjadi sebahagian daripada premis sesuatu kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen dan yang dengannya klinik itu dihubungkan secara organisasi, pentadbiran dan fizikal tidaklah dikehendaki didaftarkan secara berasingan tetapi hendaklah mematuhi apa-apa piawaian dan keperluan sebagaimana yang ditetapkan.
Kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak berlesen atau tidak berdaftar 5. (1) Seseorang yang melanggar seksyen 3 atau 4 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal seseorang orang individu— (i) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya; dan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
19
(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(i) didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(2) Jika suatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b) dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh— (aa) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya; dan
(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kelulusan dan lesen boleh dikeluarkan kepada tuan punya tunggal, perkongsian atau pertubuhan perbadanan
6. (1) Kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan, atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan hanya boleh dikeluarkan kepada—
(a) tuan punya tunggal yang ialah pengamal perubatan berdaftar;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58620
(b) suatu perkongsian yang terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang pekongsi yang ialah pengamal perubatan berdaftar;
(c) suatu pertubuhan perbadanan yang lembaga pengarahnya terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang yang ialah pengamal perubatan berdaftar.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan rumah jagaan kejururawatan swasta boleh dikeluarkan kepada jururawat berdaftar jika perkiraan kontraktual telah dibuat bagi pengamal perubatan berdaftar melawat pesakit di rumah itu sekerap yang ditetapkan.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan rumah bersalin swasta boleh dikeluarkan kepada bidan berdaftar jika perkiraan kontraktual telah dibuat bagi pengamal perubatan berdaftar melawat pesakit di rumah itu sekerap yang ditetapkan.
(4) Walau apa pun subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan hospis swasta atau pusat hemodialisis swasta, atas dasar sukarela atau khairat, boleh dikeluarkan kepada pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335].
Perakuan pendaftaran untuk mengendalikan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta
7. (1) Perakuan pendaftaran untuk menubuhkan, menyenggarakan, mengendalikan atau menyediakan suatu klinik perubatan swasta hanya boleh dikeluarkan kepada pengamal perubatan berdaftar.
(2) Perakuan pendaftaran untuk menubuhkan, menyenggarakan, mengendalikan atau menyediakan suatu klinik pergigian swasta hanya boleh dikeluarkan kepada pengamal pergigian berdaftar atau pertubuhan perbadanan yang dinyatakan dalam seksyen 28 Akta Pergigian 1971.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
21
BAHAGIAN III
KELULUSAN UNTUK MENUBUHKAN ATAU MENYENGGARAKAN KEMUDAHAN ATAU
PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA SELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA
ATAU KLINIK PERGIGIAN SWASTA
Permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
8. (1) Sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah—
(a) dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan;
(b) disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan
(c) dengan mengemukakan bersama permohonan—
(i) suatu pelan yang menyeluruh bagi penubuhan atau penyenggaraan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dicadangkan itu termasuk pelan tapak, pelan susun atur bangunan, reka bentuk, pembinaan, spesifikasi, jenis kemudahan atau perkhidmatan yang akan diberikan dan perkiraan yang dicadangkan bagi pengambilan tenaga manusia termasuk perkiraan bagi latihan tenaga manusia;
(ii) jika pemohon bukan orang sebenar tetapi suatu syarikat, perkongsian atau pertubuhan, sesalinan dokumen konstituennya, yang disahkan dengan sewajarnya dengan akuan berkanun yang dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa bagi pemohon; dan
(iii) apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan dan kesesuaian pemohon.
(2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu Ketua Pengarah boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58622
(3) Kehendak di bawah subseksyen (1) dan (2) boleh berbeza antara pemohon dan golongan, kategori, atau perihal permohonan yang berlainan.
(4) Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperenggan (1)(c)(iii) dan subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan yang diberikan, permohonan itu—
(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan selanjutnya,
tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.
(5) Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Perkara yang hendaklah dipertimbangkan sebelum kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan diberikan
9. Dalam memutuskan sama ada untuk memberikan atau tidak kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan perkara yang berikut:
(a) jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang akan disediakan;
(b) takat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan itu yang telah sedia ada dalam sesuatu kawasan;
(c) keperluan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan dalam sesuatu kawasan;
(d) keperluan masa hadapan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan dalam sesuatu kawasan; atau
(e) apa-apa perkara lain yang pada pendapatnya adalah relevan.
Keengganan untuk memproses permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
10. Ketua Pengarah boleh enggan untuk meneruskan penimbangan sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
23
kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—
(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa- apa peninggalan atau salah perihalan;
(b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau ubahan;
(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan; atau
(d) pemohon itu tidak menunjukkan bukti bahawa dia ialah orang yang sesuai untuk diberi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
Alasan bagi keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
11. Sesuatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta tidak boleh dibenarkan oleh Ketua Pengarah melainkan jika dia berpuas hati bahawa—
(a) pemohon mampu menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang secukupnya;
(b) pemohon mampu mengadakan pengurusan dan pentadbiran yang secukupnya dan cekap bagi penjalanan sepatutnya kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu;
(c) jika pemohon ialah tuan punya tunggal, dia tidak pernah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58624
(d) tiada seorang pun yang telah disabitkan atas kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran atau yang seorang bankrap yang belum dilepaskan—
(i) ialah anggota lembaga pengarah, atau ialah orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu, jika permohonan dibuat oleh suatu pertubuhan perbadanan; atau
(ii) ialah pekongsi, jika permohonan dibuat oleh suatu perkongsian; atau
(iii) ialah pemegang jawatan bagi suatu pertubuhan, jika permohonan dibuat oleh suatu pertubuhan.
Pemberian atau keengganan untuk memberikan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan
12. Selepas menerima dan menimbangkan permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta Ketua Pengarah—
(a) boleh memberikan kelulusan dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat;
(b) boleh menolak permohonan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa alasan bagi penolakan itu.
Kelulusan berasingan untuk menubuhkan atau menyenggarakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi
13. (1) Kelulusan berasingan untuk menubuhkan atau menyenggarakan hendaklah dipohon bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi.
(2) Kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah menyatakan jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang baginya kelulusan itu diberikan dan maksud yang baginya kelulusan itu boleh disenggarakan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
25
BAHAGIAN IV
LESEN UNTUK MENGENDALIKAN ATAU MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN
SWASTA SELAIN KLINIK PERUBATAN SWASTA ATAU KLINIK PERGIGIAN SWASTA
Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan hendaklah dibuat dalam masa tiga tahun
14. (1) Sesuatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah dibuat dalam masa tiga tahun dari tarikh pengeluaran kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu.
(2) Jika lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak dipohon dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan yang diberikan di bawah perenggan 12(a) adalah disifatkan telah dibatalkan melainkan jika suatu pelanjutan masa telah diberikan oleh Ketua Pengarah.
Permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan
15. (1) Sesuatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah—
(a) dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan; (b) disertakan dengan fi yang ditetapkan; dan (c) dengan mengemukakan bersama permohonan itu apa-apa
maklumat, butir-butir dan dokumen sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
(2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan dan sebelum permohonan itu ditentukan, Ketua Pengarah boleh, dengan notis bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir- butir atau dokumen tambahan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58626
(3) Kehendak di bawah perenggan (1)(c) dan subseksyen (2) boleh berbeza antara perihal kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berlainan.
(4) Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (1)(c) dan subseksyen (2) adalah atau tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan, permohonan—
(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan selanjutnya,
tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.
(5) Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Pemeriksaan premis
16. (1) Apabila menerima permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta, Ketua Pengarah hendaklah melantik secara bertulis dua orang atau lebih, yang salah seorang daripadanya hendaklah pengamal perubatan berdaftar—
(a) untuk memeriksa premis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu bagi memastikan bahawa premis itu mematuhi pelan susun atur bangunan, reka bentuk, pembinaan dan spesifikasi yang berhubungan dengan kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan itu;
(b) untuk memeriksa apa-apa kelengkapan, perkakas, alat, material, barang sample atau bahan atau apa-apa benda lain yang ditemui dalam premis itu atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya; dan
(c) untuk memeriksa premis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu bagi memastikan bahawa premis itu mematuhi piawaian atau kehendak, termasuk pemeriksaan buku, rekod, polisi, tatacara pengendalian standard, garis panduan amalan klinikal atau pengurusan atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
27
(2) Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan mengenai pemeriksaan itu kepada Ketua Pengarah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
Keengganan untuk memproses permohonan bagi lesen
17. Ketua Pengarah boleh enggan meneruskan penimbangan sesuatu permohonan bagi lesen untuk mengendalikan atau menyediakan, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—
(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa- apa peninggalan atau salah perihal;
(b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau ubahan; atau
(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.
Sebab bagi keengganan untuk mengeluarkan atau membaharui lesen untuk mengendalikan atau menyediakan
18. Ketua Pengarah boleh enggan mengeluarkan atau membaharui sesuatu lesen jika—
(a) sekiranya pemohon ialah orang sebenar, Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pemohon itu;
(b) sekiranya pemohon ialah suatu pertubuhan perbadanan, Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian anggota lembaga pengarah atau jawatankuasa atau lembaga pemegang amanah atau lembaga pengelola lain bagi pertubuhan perbadanan itu;
(c) sekiranya pemohon ialah suatu perkongsian, Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pekongsinya;
(d) sekiranya pemohon ialah suatu pertubuhan, Ketua Pengarah tidak berpuas hati tentang sifat dan kesesuaian pemegang jawatannya;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58628
(e) pada pendapat Ketua Pengarah premis yang berkenaan dengannya permohonan dibuat adalah tidak selamat, tidak bersih atau tidak cuci, atau tidak dilengkapi secukupnya; dan
(f) pada pendapat Ketua Pengarah, kakitangan adalah tidak mencukupi atau tidak cekap bagi maksud kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
Pemberian atau keengganan untuk memberikan lesen
19. Apabila menerima dan setelah menimbangkan laporan di bawah seksyen 16 dan setelah memberikan pertimbangan sewajarnya Ketua Pengarah hendaklah mempunyai budi bicara—
(a) untuk memberikan lesen bagi mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat, dan apabila dibayar fi yang ditetapkan; atau
(b) untuk menolak permohonan itu dengan atau tanpa memberikan apa-apa alasan bagi penolakan itu.
Lesen hendaklah menyatakan jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
20. Sesuatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah menyatakan jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang baginya lesen itu dikeluarkan dan maksud yang baginya lesen itu disenggarakan.
Lesen yang berasingan bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi
21. Lesen yang berasingan hendaklah dipohon bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran atau organisasi.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
29
Tempoh dan pembaharuan lesen untuk mengendalikan atau menyediakan
22. (1) Sesuatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta selain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah, melainkan jika terlebih dahulu digantung atau dibatalkan, terus berkuat kuasa selama tempoh dua tahun dari tarikh lesen itu dikeluarkan dan boleh, dengan permohonan dalam borang yang ditetapkan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, dibaharui bagi tempoh yang sama dengan pemberian lesen baru.
(2) Seksyen 16 hingga 19 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk membaharui lesen untuk mengendalikan atau menyediakan.
(3) Semasa membaharui sesuatu lesen Ketua Pengarah boleh mengubah terma atau syarat yang dilampirkan kepada lesen dan boleh mengenakan terma dan syarat tambahan.
Lesen hendaklah dipamerkan
23. Suatu salinan lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di premis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
Kuasa untuk mengubah terma atau syarat, atau maksud kelulusan atau lesen
24. Ketua Pengarah boleh, atas suatu permohonan bertulis kepadanya, mengubah terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dengan mengendorskannya pada kelulusan atau lesen atau selainnya secara bertulis dengan mengubah, mengikut cara yang difikirkannya patut, maksud atau maksud-maksud kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu ditubuhkan atau disenggarakan, atau dikendalikan atau disediakan, atau jenis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan yang baginya lesen itu sedang berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58630
BAHAGIAN V
PENDAFTARAN KLINIK PERUBATAN SWASTA DAN KLINIK PERGIGIAN SWASTA
Permohonan bagi pendaftaran
25. (1) Sesuatu permohonan bagi pendaftaran klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir- butir dan dokumen lain sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan bagi pendaftaran dan sebelum permohonan itu ditentukan, Ketua Pengarah boleh dengan notis bertulis menghendaki pemohon memberikan maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan.
(3) Jika maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) adalah atau tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau masa lanjutan, permohonan itu—
(a) hendaklah disifatkan telah ditarik balik; dan (b) tidak boleh diteruskan selanjutnya,
tanpa menjejaskan pembuatan permohonan baru oleh pemohon.
(4) Sesuatu permohonan boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.
Keengganan untuk memproses permohonan bagi pendaftaran
26. Ketua Pengarah boleh enggan untuk meneruskan penimbangan sesuatu permohonan bagi pendaftaran, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dengan sewajarnya dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baru dikemukakan bagi menggantikannya jika—
(a) borang permohonan sebagaimana yang ditetapkan tidak dilengkapkan dengan sewajarnya disebabkan oleh apa- apa peninggalan atau salah perihal;
(b) borang permohonan itu mengandungi kesilapan atau ubahan; atau
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
31
(c) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.
Pemberian perakuan pendaftaran
27. Apabila menerima dan setelah menimbangkan permohonan itu, Ketua Pengarah boleh mendaftarkan klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta itu dengan atau tanpa apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya perlu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan
28. Suatu salinan perakuan pendaftaran hendaklah dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di premis klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta.
Kuasa untuk mengubah terma atau syarat pendaftaran
29. Ketua Pengarah boleh, atas suatu permohonan bertulis kepadanya dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengubah terma atau syarat pendaftaran dengan mengendorskannya pada perakuan pendaftaran atau selainnya secara bertulis.
Pendaftaran berasingan
30. Pendaftaran berasingan adalah dikehendaki bagi— (a) klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang
dihubungkan antara satu sama lain secara fizikal, pentadbiran atau organisasi;
(b) klinik perubatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran dan organisasi dengan suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar lain;
(c) klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal, pentadbiran dan organisasi dengan suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar lain;
(d) klinik perubatan swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal tetapi dihubungkan secara organisasi atau pentadbiran dengan suatu klinik perubatan swasta berdaftar atau dengan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan berlesen;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58632
(e) klinik pergigian swasta yang tidak dihubungkan secara fizikal tetapi dihubungkan secara organisasi atau pentadbiran dengan suatu klinik pergigian berdaftar atau dengan suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan berlesen;
(f) klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta yang di bawah seseorang pengamal perubatan atau pergigian perseorangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang berkongsi tenaga manusia, kemudahan atau perkhidmatan, dalam premis yang sama tetapi yang tidak dihubungkan secara pentadbiran atau organisasi antara satu sama lain; dan
(g) apa-apa bentuk organisasi atau pentadbiran lain klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
BAHAGIAN VI
TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN, PEMEGANG PERAKUAN PENDAFTARAN DAN ORANG
YANG BERTANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab
31. (1) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar hendaklah—
(a) memastikan bahawa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu disenggarakan atau dikendalikan oleh seorang orang yang bertanggungjawab;
(b) memeriksa kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu mengikut cara dan sekerap yang ditetapkan;
(c) memastikan bahawa orang yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia pendaftaran mereka, atau jika tidak ada undang-undang sedemikian, memegang apa-apa kelayakan dan pengalaman sebagaimana yang diiktiraf oleh Ketua Pengarah; dan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
33
(d) mematuhi apa-apa kewajipan dan tanggungjawab lain sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Walau apa pun perenggan (1)(a), orang yang berlainan boleh dilantik untuk mengurus dan memikul kewajipan dan tanggungjawab yang berhubungan dengan perkara bukan klinikal termasuklah kewangan, pentadbiran dan pengurusan sumber bukan klinikal.
(3) Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah tuan punya tunggal melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(4) Jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan melanggar subseksyen (1), ia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
(5) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Orang yang bertanggungjawab
32. (1) Orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar hendaklah memegang apa-apa kelayakan, telah menjalani apa-apa latihan dan mempunyai apa-apa pengalaman sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Orang yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58634
Pertukaran orang yang bertanggungjawab
33. (1) Maka hendaklah menjadi kewajipan pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran untuk memberitahu Ketua Pengarah dalam masa empat belas hari dari masa ia berlaku tentang apa-apa perubahan orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dengannya lesennya atau perakuan pendaftarannya ada kaitan, dan kelayakan, latihan dan pengalaman orang yang bertanggungjawab yang baru.
(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Bantuan jagaan peribadi
34. (1) Maka hendaklah menjadi kewajipan pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaran untuk memastikan bahawa orang yang memberikan jagaan peribadi mempunyai apa-apa kelayakan, telah menjalani apa-apa latihan dan mempunyai apa-apa pengalaman sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2) Seseorang pembantu jagaan peribadi boleh melaksanakan kewajipan, fungsi dan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pembantu jagaan peribadi tidak boleh melaksanakan kewajipan jagaan kejururawatan.
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pernyataan dasar
35. (1) Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah menjadikan tersedia, selepas pendaftaran atau penerimaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, pernyataan dasarnya berkenaan dengan kewajipan pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu untuk pesakit yang menggunakan kemudahan atau perkhidmatan itu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
35
(2) Suatu pernyataan dasar hendaklah meliputi apa-apa perkara sebagaimana yang ditetapkan.
Mekanisme ketidakpuasan hati pesakit
36. (1) Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah menubuhkan suatu pelan mekanisme ketidakpuasan hati bagi pesakit yang menggunakan premis kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
(2) Pelan mekanisme ketidakpuasan hati dan tatacara ketidakpuasan hati hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Melaporkan kejadian
37. (1) Walau apa pun apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, apa-apa kejadian yang tidak dapat diramalkan atau yang tidak dijangka sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi apa-apa kejadian yang tidak dapat diramalkan atau yang tidak dijangka yang berlaku pada atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.
Rawatan dan perkhidmatan kecemasan
38. (1) Tiap-tiap kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar hendaklah pada setiap masa mampu memulakan, dan menyediakan, langkah-langkah perlu bagi penyelamatan nyawa dan melaksanakan tatacara kecemasan atas mana-mana orang yang menghendaki rawatan atau perkhidmatan sedemikian.
(2) Jenis dan ruang lingkup langkah-langkah kecemasan, tatacara dan perkhidmatan itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58636
BAHAGIAN VII PERUNTUKAN AM BERHUBUNGAN DENGAN KELULUSAN, LESEN DAN PENDAFTARAN
Sekatan penggunaan premis
39. (1) Premis yang berhubungan dengan suatu lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau suatu perakuan pendaftaran tidak boleh digunakan bagi apa-apa maksud selain maksud yang berkenaan dengannya lesen atau perakuan pendaftaran itu dikeluarkan, dan maksud-maksud yang semunasabahnya bersampingan dengannya.
(2) Jika kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu digunakan mengikut apa-apa cara yang berlawanan dengan subseksyen (1)—
(a) jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu ialah tuan punya tunggal, dia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
(i) didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
(b) jika pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, ia adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—
(i) didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan (ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
(c) jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(i) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
37
(ii) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(iii) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—
(A) didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan
(B) dalam hal kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Larangan terhadap peluasan dan pengubahan
40. (1) Tiada seorang pun boleh membuat apa-apa peluasan atau pengubahan struktur atau fungsian kepada mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau mana- mana bahagiannya yang menjejaskan—
(a) maksud yang baginya kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen itu ditubuhkan, disenggarakan, dikendalikan atau disediakan;
(b) mana-mana terma atau syarat kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan; atau
(c) standard kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan,
melainkan jika kelulusan bertulis Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.
(2) Sesuatu permohonan bagi peluasan atau pengubahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58638
(3) Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa suatu permohonan di bawah subseksyen (2) adalah berhubungan dengan cadangan bagi peluasan atau pengubahan—
(a) yang tidak berhubungan dengan atau yang tidak menjejaskan penjagaan dan keselamatan pesakit; atau
(b) yang kecil pada dasarnya,
Ketua Pengarah boleh mengetepikan fi yang kena dibayar, atau membayar balik fi yang telah dibayar, di bawah subseksyen (2) yang berhubungan dengan suatu permohonan bagi kelulusan peluasan atau pengubahan.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.
Pemindahan, dsb., kelulusan, lesen dan perakuan
41. (1) Tiada kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau lesen untuk mengendalikan atau menyediakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perakuan pendaftaran klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta boleh dipindah hakmilik, diserah hak atau selainnya dilupuskan melainkan jika kelulusan bertulis Ketua Pengarah diperoleh terlebih dahulu.
(2) Sesuatu permohonan pindah hakmilik, penyerahhakan, atau pelupusan sesuatu kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang dan mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.
(3) Ketua Pengarah boleh atas permohonan sedemikian meluluskan pindah hak milik, penyerahhakan atau pelupusan itu tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakan olehnya dengan mengendorskannya pada kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran atau boleh, jika dia berfikir patut, enggan meluluskan pindah hak milik, penyerahhakan atau pelupusan itu.
Daftar
42. (1) Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan supaya disimpan dan disenggarakan dalam bentuk dan mengikut cara yang ditetapkan—
(a) suatu daftar bagi semua kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen di bawah Akta ini;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
39
(b) suatu daftar bagi semua klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta berdaftar di bawah Akta ini; dan
(c) apa-apa daftar atau daftar-daftar lain yang difikirkan oleh Ketua Pengarah patut disenggarakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
(2) Daftar dalam perenggan 1(a) dan (b) hendaklah disifatkan sebagai dokumen awam mengikut pengertian Akta Keterangan 1950 [Akta 56] dan hendaklah dibuka untuk pemeriksaan orang awam dan orang awam boleh membuat carian dan mendapatkan cabutan daripada daftar itu apabila fi yang ditetapkan dibayar.
BAHAGIAN VIII
PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN KELULUSAN DAN LESEN, KEENGGANAN UNTUK MEMBAHARUI
LESEN DAN PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN PENDAFTARAN
Tunjuk sebab
43. Ketua Pengarah boleh menyampaikan kepada pemegang kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan atau pemegang lesen di bawah Akta ini suatu notis tunjuk sebab tentang niatnya untuk menggantung atau membatalkan kelulusan atau lesen itu atau keengganannya untuk membaharui lesen itu, mengikut mana- mana yang berkenaan, dan dia boleh menyampaikan kepada pemegang perakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta ini suatu notis tunjuk sebab tentang niatnya untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran itu.
Alasan bagi penggantungan, dsb., yang berhubungan dengan pentadbiran kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
44. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis tunjuk sebab dalam seksyen 43 jika dia berpuas hati bahawa adalah suai manfaat untuk berbuat demikian atas alasan bahawa pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan—
(a) telah memperoleh kelulusan, lesen atau pendaftaran itu melalui apa-apa kenyataan palsu atau mengelirukan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58640
(b) telah melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah ke atas kelulusan, lesen atau pendaftaran itu;
(c) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
(d) telah tidak mematuhi apa-apa arahan, perintah atau garis panduan yang diberikan kepadanya oleh Menteri atau Ketua Pengarah;
(e) telah menggunakan premis yang berhubung dengan kelulusan, lesen atau pendaftaran itu berlawanan dengan maksud kelulusan lesen atau pendaftaran itu;
(f) telah mengendalikan atau menggunakan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam sebagaimana yang diputuskan oleh Ketua Pengarah;
(g) telah mewujudkan atau menyenggarakan dasar atau mengeluarkan arahan yang menyebabkan profesional jagaan kesihatan melanggar tatalaku profesional bagi profesion perubatan, pergigian atau kejururawatan atau profesion jagaan kesihatan lain yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia, Majlis Pergigian Malaysia, Lembaga Jururawat atau Lembaga Perbidanan atau mana-mana badan pengawalseliaan jagaan kesihatan lain, mengikut mana- mana yang berkenaan; atau
(h) telah berhenti mengendalikan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
Alasan bagi penggantungan, pembatalan, keengganan untuk membaharui lesen, dsb., yang berhubungan dengan kelayakan tuan punya tunggal
45. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis dalam seksyen 43 jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan ialah tuan punya tunggal—
(a) yang ialah pengamal perubatan berdaftar, dan yang namanya telah dipotong dari Daftar Perubatan Malaysia menurut perenggan 30(i) Akta Perubatan 1971;
(b) yang ialah doktor pergigian berdaftar, dan yang namanya telah dipotong daripada Daftar Pergigian Malaysia menurut perenggan 33(1)(a) Akta Pergigian 1971;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
41
(c) yang ialah pengamal perubatan berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Perubatan Malaysia menurut perenggan 30(ii) Akta Perubatan 1971;
(d) yang ialah doktor pergigian berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Pergigian Malaysia menurut perenggan 30(1)(b) Akta Pergigian 1971;
(e) yang ialah jururawat berdaftar, dan yang namanya telah dipotong dari Daftar Jururawat menurut perenggan 32(a) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985 [P.U. (A) 494/85];
(f) yang ialah bidan berdaftar, dan yang namanya telah dipotong dari Daftar Bidan menurut perenggan 13B(a) Akta Bidan 1966;
(g) yang ialah jururawat berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Jururawat menurut perenggan 32(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985; atau
(h) yang ialah bidan berdaftar, dan yang namanya telah digantung dari Daftar Bidan menurut perenggan 13B(b) Akta Bidan 1966.
Alasan bagi penggantungan, pembatalan atau keengganan untuk membaharui kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran
46. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan notis dalam seksyen 43 jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran ialah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian atau pertubuhan yang tidak membuang anggota lembaga pengarah, atau pekongsi atau pemegang jawatannya, mengikut mana- mana yang berkenaan—
(a) yang namanya telah dipotong daripada Daftar Perubatan Malaysia menurut perenggan 30(i) Akta Perubatan 1971;
(b) yang namanya telah dipotong daripada Daftar Pergigian Malaysia menurut perenggan 33(1)(a) Akta Pergigian 1971;
(c) yang namanya telah dipotong daripada Daftar Jururawat menurut perenggan 32(a) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985;
(d) yang namanya telah dipotong daripada Daftar Bidan menurut perenggan 13B(a) Akta Bidan 1966;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58642
(e) yang namanya telah digantung daripada Daftar Perubatan Malaysia menurut perenggan 30(ii) Akta Perubatan 1971;
(f) yang namanya telah digantung daripada Daftar Pergigian Malaysia menurut perenggan 32(1)(b) Akta Pergigian 1971;
(g) yang namanya telah digantung daripada Daftar Jururawat menurut perenggan 32(b) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Jururawat 1985; atau
(h) yang namanya telah digantung daripada Daftar Bidan menurut perenggan 13B(b) Akta Bidan 1966.
Alasan tambahan
47. Alasan yang dinyatakan dalam seksyen 44, 45 dan 46 hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa alasan lain yang diperuntukkan di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.
Representasi
48. Apabila menerima notis di bawah seksyen 43 daripada Ketua Pengarah, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran boleh mengemukakan representasi kepada Ketua Pengarah dalam masa dua puluh satu hari.
Kuasa Ketua Pengarah untuk menggantung, membatalkan atau enggan membaharui
49. (1) Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notis bagi membuat representasi dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah seksyen 48, Ketua Pengarah boleh—
(a) menggantung kelulusan, lesen atau pendaftaran selama apa-apa tempoh yang boleh ditentukannya dan tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat yang boleh dikenakannya;
(b) membatalkan kelulusan, lesen atau pendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(c) enggan membaharui lesen; atau (d) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada
pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran supaya membetulkan keadaan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
43
(2) Mana-mana pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang terkilan dengan perintah Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) boleh merayu kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari penyampaian perintah itu kepadanya dan keputusan Menteri untuk mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah Ketua Pengarah adalah muktamad dan konklusif.
Penyerahan lesen atau perakuan
50. Jika kelulusan telah digantung atau dibatalkan atau lesen telah digantung atau dibatalkan atau telah enggan dibaharui atau pendaftaran telah digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 44, 45 dan 46, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah menyerahkan kelulusan atau lesen atau perakuan pendaftaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Ketua Pengarah.
Pemberhentian pengendalian
51. Semasa tempoh penggantungan sesuatu kelulusan, lesen atau pendaftaran atau dari tarikh pembatalan kelulusan, lesen atau pendaftaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu hendaklah berhenti mengendalikan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang berkenaan dengannya kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran itu telah digantung, dibatalkan atau enggan dibaharui, mengikut mana-mana yang berkenaan.
BAHAGIAN IX
PENUTUPAN KEMUDAHAN ATAU PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA
Perintah bagi penutupan sementara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
52. (1) Ketua Pengarah boleh, jika dia mendapati bahawa pengendalian berterusan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta akan mendatangkan bahaya yang serius kepada orang awam, melalui notis bertulis mengarahkan supaya
Undang-Undang Malaysia AKTA 58644
kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu ditutup selama suatu tempoh dan mengikut terma, syarat atau arahan yang difikirkannya patut atau sehingga notis selanjutnya, dan boleh mengambil apa-apa langkah lain yang perlu untuk melindungi orang awam daripada bahaya yang serius itu.
(2) Apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada pemegang lesen kemudahan atau perkhidmatan itu atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan itu dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penyampaian perintah itu.
(3) Tuan punya tunggal yang tidak mematuhi perintah yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
(b) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(4) Sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang tidak mematuhi perintah yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan
(b) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5) Jika kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
45
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh— (aa) didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syarat bagi penutupan, penjualan atau pelupusan selainnya kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
53. (1) Jika pemegang lesen suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, atau pemegang perakuan pendaftaran, berniat untuk menutup, memindahkan hak milik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu, dia hendaklah memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pengarah tidak kurang daripada tiga puluh hari tentang niatnya itu.
(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang lesen atau pendaftarannya telah dibatalkan atau digantung; mengikut mana-mana yang berkenaan, atau yang pembaharuan lesennya telah ditolak, hendaklah memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis tentang niatnya untuk menutup, memindahkan hak milik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.
(3) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah tentang penginapan dan penjagaan pesakit, dan penjagaan rekod perubatan di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu sebelum menutup, memindahkan hak milik, menjual atau selainnya melupuskan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar itu.
(4) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
(5) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah menyerahkan lesen atau perakuan pendaftaran itu sebaik saja lesen itu digantung, dibatalkan atau enggan dibaharui atau perakuan pendaftaran itu digantung atau dibatalkan atau pengendalian premis itu tidak diteruskan atau ditutup.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58646
BAHAGIAN X
BANK DARAH
Tafsiran
54. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“darah asli manusia” ertinya darah manusia yang tidak diproses;
“hasil darah” ertinya apa-apa bahan yang baru diperoleh daripada darah asli manusia dan termasuklah plasma, komponen plasma dan sel darah tetapi tidak termasuk apa-apa hasil darah tercerakin;
“hasil darah tercerakin” ertinya protein plasma yang diperoleh melalui proses pembuatan kimia;
“pembekalan” ertinya pembekalan dengan cara jualan, pertukaran atau hadiah dan termasuklah menerima, menyimpan atau menstor bagi maksud pembekalan.
Larangan ke atas pembekalan darah asli manusia dan hasil darah
55. Tiada seorang pun boleh membekalkan, bersetuju untuk membekalkan, menawarkan untuk membekalkan atau mengemukakan dirinya sebagai sanggup untuk membekalkan darah asli manusia atau hasil darah.
Import dan eksport darah asli manusia dan hasil darah
56. Tanpa menjejaskan seksyen 55, tiada seorang pun boleh mengimport atau mengeksport darah asli manusia atau hasil darah bagi maksud transfusi melainkan jika dia memegang perakuan yang dikeluarkan di bawah perenggan 57(1)(a) atau (b).
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
47
Pengeluaran perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah
57. (1) Ketua Pengarah boleh, atas permohonan yang dibuat dalam borang yang ditetapkan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan yang membenarkan mana-mana orang, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang dikenakan—
(a) untuk mengimport atau mengeksport hasil darah bagi maksud transfusi;
(b) untuk mengimport atau mengeksport darah asli manusia bagi maksud transfusi.
(2) Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa dibatalkan melalui notis bertulis.
(3) Apabila menerima notis di bawah subseksyen (2) daripada Ketua Pengarah, orang yang kepadanya perakuan di bawah subseksyen (1) dikeluarkan, boleh mengemukakan representasi kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam notis itu.
(4) Selepas habis tempoh masa yang ditentukan dalam notis itu untuk membuat representasi dan setelah menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat di bawah subseksyen (3) Ketua Pengarah boleh—
(a) membatalkan perakuan itu;
(b) mengeluarkan amaran dan memberikan arahan kepada pemegang perakuan itu supaya mengambil apa-apa tindakan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati; atau
(c) tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.
Kebenaran untuk menguji darah daripada penderma
58. Orang yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan atau kemudahan jagaan kesihatan swasta yang hendak menguji darah seseorang penderma hendaklah memperoleh kebenaran bertulis penderma itu untuk menguji darahnya bagi apa-apa penyakit yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa dan mengikut apa-apa tatacara yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58648
BAHAGIAN XI
PERKHIDMATAN TRANSFUSI DARAH
Kemudahan penstoran
59. Semua hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan semua kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang menyediakan perkhidmatan jagaan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah menyenggara kemudahan penstoran darah yang sepatutnya sebagaimana yang ditetapkan.
(2) Kemudahan penstoran hendaklah di bawah kawalan dan pengawasan secukupnya orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu.
(3) Darah dan hasil darah dalam premis kemudahan atau perkhidmatan itu hendaklah distor dalam peti sejuk.
(4) Peti sejuk yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan bagi penstoran darah dan hasil darah hendaklah mempunyai sistem penggera yang mencukupi dan hendaklah kerap diperiksa dan hendaklah selainnya selamat dan cukup bagi amaun darah dan hasil darah yang hendak disimpan.
Bekalan darah yang minimum
60. Tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang menyediakan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah menyenggara bekalan darah minimum dalam premisnya pada setiap masa bagi kegunaan hariannya atau dapat memperoleh darah dengan cepat daripada bank darah berlesen lain atau kemudahan Kerajaan bagi keperluan hariannya.
Menyenggara rekod atau resit dan pelupusan darah
61. Tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
49
pembedahan, hendaklah menyenggarakan rekod yang menunjukkan penerimaan dan pelupusan semua darah dan hasil darah yang diberikan kepada pesakit dalam premisnya.
Tindak balas transfusi
62. Orang yang bertanggungjawab bagi atau pemegang lesen tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah menyiasat semua tindak balas transfusi yang berlaku dalam premisnya.
Syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan
63. Orang yang bertanggungjawab bagi atau pemegang lesen tiap-tiap hospital swasta, rumah bersalin swasta dan pusat jagaan pembedahan ambulatori swasta, dan mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta lain yang memberikan perkhidmatan kecemasan dengan kerap atau secara tetap atau perkhidmatan pembedahan, hendaklah membuat syor kepada Jawatankuasa Penasihat Perubatan mengenai perbaikan dalam tatacara transfusi pada akhir penyiasatan yang dibuat di bawah seksyen 62.
BAHAGIAN XII
PENILAIAN KEMATIAN
Tafsiran
64. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan;
“kematian boleh nilai” ertinya kematian yang, pada pendapat mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian, boleh dihubungkan dengan anestesia atau apa-apa tatacara anestetik atau teknologi perubatan atau apa-apa tatacara perubatan, atau pembedahan atau apa-apa tatacara pembedahan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58650
Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan
65. (1) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk menubuhkan suatu jawatankuasa atau jawatankuasa-jawatankuasa yang setiap satunya dikenali sebagai Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan.
(2) Sesuatu Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan anggota lain yang dilantik oleh Ketua Pengarah.
(3) Walau apa pun subseskyen (2), Ketua Pengarah boleh melantik anggota tetap atau anggota-anggota tetap yang hendaklah menganggotai sesuatu Jawatankuasa.
(4) Setiap anggota Jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
Fungsi Jawatankuasa Penilaian Kematian Kebangsaan
66. (1) Jawatankuasa hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) untuk menerima dan menimbangkan maklumat yang berhubungan dengan kematian boleh nilai;
(b) untuk menggalakkan penggunaan anestetik, tatacara perubatan atau pembedahan atau teknologi perubatan yang selamat dan cekap.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang berikut, Jawatankuasa hendaklah dalam menjalankan fungsinya—
(a) menentukan takat, jika ada, yang— (i) anestesia atau apa-apa tatacara anestetik;
(ii) teknologi perubatan atau apa-apa tatacara perubatan; atau
(iii) pembedahan atau apa-apa tatacara pembedahan,
telah menjadi antara sebab kematian;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
51
(b) menentukan sama ada kematian boleh nilai di bawah subperenggan (2)(a)(i), (ii) atau (iii) mungkin boleh dielakkan sekiranya kesan atau akibat daripada anestesia atau tatacara anestetik, atau teknologi perubatan atau tatacara perubatan, atau pembedahan atau tatacara pembedahan itu difahami atau dibuat persediaan baginya dengan lebih baik atau lebih menyeluruh.
(3) Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya Jawatankuasa tidak boleh meletakkan apa-apa kesalahan ke atas mana-mana pengamal perubatan atau pergigian atau ke atas mana-mana orang lain.
Melaporkan kematian boleh nilai
67. (1) Seseorang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang melaksanakan apa-apa anestesia atau tatacara anestetik atau perubatan atau pembedahan atau menggunakan apa-apa teknologi perubatan ke atas pesakit yang kematiannya ialah suatu kematian boleh nilai hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan, tetapi dalam mana-mana hal tidak lebih daripada 72 jam setelah dia tahu tentang berlakunya kematian itu, memberitahu Ketua Pengarah nama pesakit itu, pendapatnya tentang sebab kematian dan nama serta alamatnya sendiri.
(2) Apabila menerima apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah hendaklah dengan serta-merta mengemukakan maklumat itu secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa.
Pengamal perubatan dan pengamal pergigian hendaklah memberikan maklumat
68. (1) Bagi maksud fungsi sesuatu Jawatankuasa, Pengerusi boleh menghendaki mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang lain yang berkenaan supaya membekalkan semua atau apa-apa maklumat yang dinyatakan yang dalam milikannya berhubungan dengan sesuatu kematian boleh nilai, dan berhubungan dengan anestesia atau tatacara anestetik atau teknologi perubatan atau tatacara perubatan atau pembedahan
Undang-Undang Malaysia AKTA 58652
yang berhubungan dengan mana-mana kematian boleh nilai, termasuklah rekod klinikal atau perubatan, dan dokumen material lain yang dalam milikannya atau di bawah kawalannya, walau apa pun subseksyen 112(4) atau mana-mana rukun undang-undang atau adat atau amalan yang berlawanan.
(2) Tiap-tiap pengamal perubatan dan pengamal pergigian dan mana-mana orang lain yang tahu tentang sesuatu kematian boleh nilai hendaklah menjawab dengan lengkap sepanjang pengetahuan dan keupayaannya tiap-tiap soalan yang berkenaan yang ditanyakan kepadanya oleh Pengerusi sesuatu Jawatankuasa.
(3) Pengerusi sesuatu Jawatankuasa hendaklah memberi masing- masing Jawatankuasa semua maklumat yang diterimanya di bawah seksyen 67 dan seksyen ini yang berhubung dengan sesuatu kematian boleh nilai, selain—
(a) nama orang yang mati itu; (b) nama pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau
mana-mana orang lain yang menjalankan tatacara anestetik, perubatan atau pembedahan atau yang menggunakan apa- apa teknologi perubatan yang berkenaan; dan
(c) nama kemudahan atau tempat jagaan kesihatan swasta di mana kematian berlaku.
Penyiaran maklumat
69. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Jawatankuasa hendaklah, mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa, menyiarkan apa-apa kesimpulan dan syor yang dicapainya berhubung dengan pelaksanaan fungsinya kepada orang yang terlibat dengan anestesia, tatacara anestetik, teknologi perubatan, tatacara perubatan, pembedahan atau tatacara pembedahan, dan kepada mana-mana orang atau golongan orang lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2) Tiada penyiaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh mengandungi nama, atau apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan, mana-mana orang yang kematiannya telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa atau mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang yang dengan apa-apa cara terlibat dalam penjagaan atau rawatan orang yang mati itu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
53
(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), Pengerusi sesuatu Jawatankuasa hendaklah memberi pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang kematian pesakitnya telah diberitahukan sebagai suatu kematian boleh nilai kesimpulan dan syor Jawatankuasa itu.
Kerahsiaan maklumat yang diperoleh oleh Jawatankuasa
70. (1) Semua maklumat yang diperoleh oleh sesuatu Jawatankuasa atau jawatankuasa penilaian kematian yang ditubuhkan di bawah seksyen 72 oleh suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta, atau oleh mana-mana orang lain, dalam penjalanan fungsi jawatankuasa atau orang itu, hendaklah disifatkan sebagai sulit kecuali—
(a) bagi maksud yang berkaitan dengan fungsi itu;
(b) bagi maksud suatu penyiasatan tentang apa-apa jenayah yang dikatakan; atau
(c) bagi maksud apa-apa prosiding jenayah.
(2) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan atau menjejaskan peruntukan seksyen 67, 68 atau 71.
(3) Seksyen 115 hendaklah dibaca tertakluk kepada seksyen itu.
(4) Mana-mana orang yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mendedahkan apa-apa maklumat dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
(5) Tiada seorang pun boleh dipaksa atau dibenarkan untuk mendedahkan, dalam mana-mana prosiding sivil, apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kematian boleh nilai yang telah diperoleh olehnya dalam penjalanan kewajipannya di bawah seksyen 67, 68 dan 71 dan tiada apa-apa maklumat sedemikian boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding sivil.
(6) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan atau menjejaskan pemberitahuan kematian di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan pemberitahuan kematian.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58654
Pelindungan orang yang menjalankan fungsi sebagai anggota Jawatankuasa
71. (1) Tiada seorang pun yang melakukan apa-apa perbuatan bagi apa-apa maksud yang berkaitan dengan fungsi sesuatu Jawatankuasa, termasuklah suatu perbuatan yang dilakukan menurut atau berkaitan dengan fungsi suatu jawatankuasa penilaian kematian yang ditubuhkan di bawah seksyen 72, boleh dikenakan apa-apa liabiliti sivil atau jenayah berkenaan dengan apa-apa perbuatan sedemikian, sama ada atas alasan ketiadaan bidang kuasa, atau kesilapan undang-undang atau fakta, atau atas apa-apa alasan lain, melainkan jika dia telah bertindak dengan niat jahat atau tanpa jagaan munasabah.
(2) Tiada prosiding sivil atau jenayah, boleh dibawa terhadap mana-mana orang di mana-mana Mahkamah berkenaan dengan apa-apa perbuatan kecuali dengan kebenaran Hakim Mahkamah Tinggi.
(3) Notis bagi apa-apa permohonan untuk mendapatkan kebenaran di bawah subseksyen (2) hendaklah diberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding yang berkenaan hendak dimulakan; dan orang itu berhak didengar terhadap permohonan itu.
(4) Kebenaran untuk membawa prosiding sedemikian tidak boleh diberikan melainkan jika permohonan untuk mendapatkan kebenaran itu dibuat dalam masa satu tahun selepas perbuatan yang diadukan, atau, dalam hal kecederaan atau kerosakan berterusan, dalam masa satu tahun selepas kecederaan atau kerosakan itu terhenti.
(5) Dalam memberikan kebenaran untuk membawa prosiding sedemikian, Hakim boleh mengehadkan masa yang dalam tempohnya kebenaran itu boleh digunakan.
Jawatankuasa penilaian kematian di peringkat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta
72. (1) Walau apa pun seksyen 65, mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta boleh menubuhkan di peringkatnya apa-apa jawatankuasa penilaian kematian untuk menjalankan fungsi yang serupa sebagaimana dalam seksyen 66.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
55
(2) Orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah melantik berkenaan dengan setiap jawatankuasa penilaian kematian seorang pengerusi yang hendaklah mempunyai kuasa dalam seksyen 68.
(3) Tertakluk kepada subseksyen (4), sesuatu jawatankuasa penilaian kematian di bawah seksyen ini hendaklah, mengikut apa- apa arahan yang boleh diberikan dari semasa ke semasa, oleh orang yang bertanggungjawab, mengumumkan kepada orang dalam premis itu yang berkaitan dengan anestesia, tatacara anestetik, teknologi perubatan, tatacara perubatan, pembedahan atau tatacara pembedahan dan mana-mana orang atau golongan orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh orang yang bertanggungjawab itu, apa-apa kesimpulan dan syor yang dicapai oleh Jawatankuasa itu dalam pelaksanaan fungsinya.
(4) Tiada pengumuman yang dibuat di bawah subseksyen (3) boleh mengandungi nama, atau apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalan, mana-mana orang yang kematiannya dianggap oleh jawatankuasa itu atau mana-mana pengamal perubatan atau pengamal pergigian atau mana-mana orang lain yang telah dengan apa-apa cara terlibat dengan penjagaan atau rawatan orang itu.
(5) Walau apa pun subseksyen (3) dan (4) Pengerusi hendaklah membekalkan kesimpulan dan syor jawatankuasa itu kepada pengamal perubatan atau pengamal pergigian yang kematian pesakitnya telah diberitahukan sebagai suatu kematian boleh nilai.
(6) Seksyen 70 dan 71 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi penilaian kematian boleh nilai yang dijalankan oleh jawatankuasa penilaian kematian di sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
Penyiasatan bebas
73. (1) Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh mengehadkan atau menyentuh apa-apa penyiasatan bebas yang dijalankan terhadap mana-mana orang di bawah mana-mana bidang kuasa tatatertib.
(2) Bagi maksud seksyen ini, Pengerusi atau mana-mana anggota sesuatu Jawatankuasa atau jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 72, tidak boleh terlibat dalam perjalanan prosiding tatatertib.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58656
BAHAGIAN XIII
KUALITI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN
Kualiti kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan
74. (1) Tiap-tiap kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah mempunyai rancangan dan kegiatan bagi memastikan kualiti dan kesesuaian kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan.
(2) Maklumat berkenaan dengan rancangan dan kegiatan itu hendaklah diberikan kepada Ketua Pengarah sebagaimana dan apabila dikehendaki olehnya.
Kuasa Ketua Pengarah untuk memberikan arahan
75. (1) Jika Ketua Pengarah berpendapat bahawa apa-apa kehendak yang ditetapkan atau apa-apa piawaian yang ditetapkan yang terpakai bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta tidak dipatuhi oleh kemudahan atau perkhidmatan itu, Ketua Pengarah boleh memberi pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu apa-apa arahan bertulis sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi pematuhan kehendak atau piawaian itu dan hendaklah menyatakan dalam arahan itu tempoh pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran dikehendaki mematuhi arahan itu.
(2) Jika pada pendapat Ketua Pengarah kegunaan apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan di sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau cara apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, bahan atau sampel yang digunakan, dikumpul, ditangani, distor atau diangkut, atau apa-apa kegiatan lain yang dijalankan adalah memudaratkan kesihatan dan keselamatan mana-mana orang di dalamnya atau selainnya tidak sesuai bagi maksud ia digunakan, Ketua Pengarah boleh, dengan notis, mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran, berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan itu supaya berhenti menggunakan perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat atau bahan itu atau menghentikan kegiatan itu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
57
(3) Ketua Pengarah boleh, dengan notis, selanjutnya mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu supaya memasang atau mengganti perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan atau apa-apa kegiatan di dalamnya, dan mematuhi tatacara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis.
(4) Pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang tidak mematuhi arahan Ketua Pengarah di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal tuan punya tunggal—
(i) didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya; dan
(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(i) didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan
(ii) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5) Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
Undang-Undang Malaysia AKTA 58658
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—
(aa) didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya; dan
(bb) dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda sebanyak satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kuasa Ketua Pengarah untuk mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan yang berhubungan dengan jaminan kualiti
76. Ketua Pengarah boleh mengeluarkan arahan, perintah atau garis panduan yang berhubungan dengan kualiti dan piawaian kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta sebagaimana yang difikirkannya perlu.
BAHAGIAN XIV
LEMBAGA PENGURUSAN DAN JAWATANKUASA PENASIHAT
Lembaga Pengurusan
77. (1) Pemegang lesen sesuatu hospital swasta, rumah bersalin swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pengurusan yang dua daripada anggotanya hendaklah dari Jawatankuasa Penasihat Perubatan yang ditubuhkan di bawah perenggan 78(b) atau 79(b).
(2) Jika sesuatu hospital swasta, rumah bersalin swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri menyediakan atau bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kedua-duanya, pemegang lesen kemudahan atau perkhidmatan itu hendaklah menubuhkan suatu Lembaga Pengurusan yang dua daripada anggotanya hendaklah daripada Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian yang ditubuhkan di bawah perenggan 78(c).
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
59
Jawatankuasa Penasihat Perubatan atau Pergigian
78. Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memastikan bahawa—
(a) pengurusan perubatan dan pergigian pesakit terletak hak masing-masingnya pada pengamal perubatan berdaftar dan pengamal pergigian berdaftar;
(b) jika kemudahan atau perkhidmatan itu ialah suatu hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta atau hospital psikiatri swasta, maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Perubatan yang anggotanya hendaklah pengamal perubatan berdaftar yang mewakili semua pengamal perubatan yang sedang menjalankan amalan di kemudahan atau perkhidmatan itu untuk menasihati Lembaga Pengurusan, pemegang lesen dan orang yang bertanggunjawab tentang semua aspek yang berhubungan dengan amalan perubatan;
(c) jika kemudahan atau perkhidmatan itu ialah suatu hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta, hospital psikiatri swasta atau mana- mana premis jagaan kesihatan swasta lain yang ditentukan oleh Menteri, menyediakan atau bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan pergigian kedua-duanya, pemegang lesen hendaklah menubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian yang anggotanya hendaklah pengamal perubatan berdaftar dan pengamal pergigian berdaftar yang mewakili semua pengamal perubatan dan pergigian yang sedang menjalankan amalan di hospital swasta, pusat jagaan ambulatori swasta, hospis swasta dan hospital psikiatri swasta itu untuk menasihati Lembaga Pengurusan, pemegang lesen dan orang yang bertanggungjawab tentang semua aspek yang masing-masingnya berhubungan dengan amalan perubatan dan pergigian.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58660
Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan
79. Pemegang lesen sesuatu rumah bersalin swasta hendaklah memastikan bahawa—
(a) pengurusan perubatan pesakit terletak hak pada pengamal perubatan berdaftar;
(b) ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Perubatan atau Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan mengikut perenggan (c) atau (d);
(c) jika penjagaan bidan disediakan oleh bidan berdaftar, ada ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan yang anggotanya hendaklah bidan berdaftar yang mewakili semua bidan yang sedang menjalankan amalan di rumah bersalin itu untuk memberikan nasihat tentang semua aspek yang berhubungan dengan jagaan perbidanan dan pengamal perubatan pelawat ialah anggota Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan itu;
(d) jika jagaan perbidanan disediakan oleh pengamal perubatan berdaftar, perenggan 78(b) hendaklah terpakai.
Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan
80. (1) Pemegang lesen sesuatu rumah jagaan kejururawatan swasta hendaklah memastikan bahawa—
(a) pengurusan perubatan pesakit terletak hak pada pengamal perubatan berdaftar atau pengamal perubatan pelawat berdaftar yang menjaga pesakit di premis itu;
(b) ada ditubuhkan suatu Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan yang anggotanya hendaklah jururawat berdaftar yang mewakili semua jururawat yang sedang menjalankan amalan di rumah jagaan kejururawatan itu untuk memberikan nasihat tentang semua aspek yang berhubungan dengan jagaan kejururawatan;
(c) pengamal perubatan pelawat berdaftar ialah anggota Jawatankuasa Penasihat Jawatankuasa Kejururawatan itu.
Penalti bagi ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Bahagian
81. Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Bahagian ini melakukan suatu kesalahan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
61
BAHAGIAN XV
ORGANISASI JAGAAN YANG DIURUSKAN
Tafsiran organisasi jagaan yang diuruskan
82. (1) Bagi maksud Bahagian ini, “organisasi jagaan yang diuruskan” ertinya mana-mana organisasi atau badan, yang dengannya suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta membuat kontrak atau mempunyai perkiraan atau bertujuan untuk membuat kontrak atau mempunyai perkiraan untuk menyediakan jenis atau kualiti atau kuantiti tertentu jagaan kesihatan dalam suatu sistem kewangan tertentu melalui salah satu atau gabungan cara yang berikut:
(a) menyampaikan atau memberikan jagaan kesihatan kepada pengguna melalui pemberi jagaan kesihatan organisasi atau badan itu sendiri atau pemberi jagaan kesihatan pihak ketiga mengikut kontrak atau perkiraan antara semua pihak yang berkenaan;
(b) memberikan perkhidmatan jagaan kesihatan kepada pekerja atau orang berdaftar bagi pihak pembayar termasuk orang perseorangan, majikan atau pembiaya mengikut perjanjian kontraktual antara semua pihak yang berkenaan.
(2) Menteri boleh dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta mengisytiharkan apa-apa jenis penyampaian perkiraan jagaan kesihatan selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1) menjadi organisasi jagaan yang diuruskan.
Kontrak antara kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan organisasi jagaan yang diuruskan
83. (1) Pemegang lesen sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang sesuatu perakuan pendaftaran tidak boleh membuat kontrak atau membuat apa-apa perkiraan dengan mana-mana organisasi jagaan yang diuruskan yang menyebabkan—
(a) perubahan kuasa pengamal perubatan berdaftar atau pengamal pergigian mengenai pengurusan perubatan atau pergigian pesakit sebagaimana yang terletak hak dalam perenggan 78(a), dan perubahan kuasa pengamal perubatan
Undang-Undang Malaysia AKTA 58662
berdaftar atau pengamal perubatan berdaftar pelawat mengenai pengurusan jagaan perubatan pesakit sebagaimana yang terletak hak dalam perenggan 79(a) dan 80(a);
(b) perubahan dalam peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Penasihat Perubatan, atau Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 78, Jawatankuasa Penasihat Jagaan Perbidanan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 79 atau Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 80;
(c) pelanggaran mana-mana peruntukan Akta ini dan peraturan- peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(d) pelanggaran kod etika mana-mana badan pengawalseliaan profesion bagi profesion perubatan, pergigian, kejururawatan atau perbidanan atau mana-mana badan pengawalseliaan profesion jagaan kesihatan lain; atau
(e) pelanggaran mana-mana undang-undang bertulis lain.
(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau organisasi jagaan yang diuruskan yang membuat kontrak atau membuat apa-apa perkiraan dengan melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;
(b) dalam hal pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit; dan
(c) dalam hal suatu organisasi jagaan yang diuruskan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian, pertubuhan atau organisasi jagaan yang diuruskan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
63
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya; (d) dalam hal suatu organisasi jagaan yang diuruskan, orang
yang bertanggungjawab,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pemegang lesen dan pemegang perakuan pendaftaran hendaklah memberikan maklumat tentang organisasi jagaan yang diuruskan kepada Ketua Pengarah
84. (1) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang mempunyai kontrak atau perkiraan dengan suatu organisasi jagaan yang diuruskan hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan kontrak atau perkiraan itu kepada Ketua Pengarah sebagaimana yang dinyatakan olehnya, dari semasa ke semasa.
(2) Pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran yang enggan atau tidak memberikan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) atau memberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58664
Maklumat oleh organisasi jagaan yang diuruskan
85. (1) Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punya sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang mempunyai kontrak atau perkiraan dengan pemegang lesen suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau pemegang perakuan pendaftaran hendaklah memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan organisasi itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(2) Sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan atau tuan punya sesuatu organisasi jagaan yang diuruskan yang tidak memberikan maklumat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit.
(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (2) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Daftar organisasi jagaan yang diuruskan
86. Ketua Pengarah hendaklah menyenggara suatu Daftar organisasi jagaan yang diuruskan yang mempunyai apa-apa kontrak atau perkiraan dengan mana-mana pemegang lesen kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau mana-mana pemegang perakuan pendaftaran dan Daftar itu boleh mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
65
BAHAGIAN XVI
PENGUATKUASAAN
Pelantikan Inspektor
87. (1) Ketua Pengarah boleh melantik apa-apa bilangan orang menjadi Inspektor sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini.
(2) Seseorang Inspektor boleh menjalankan semua atau apa-apa kuasa yang terletak hak padanya di bawah Bahagian ini.
(3) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak pada seseorang Inspektor di bawah Bahagian ini.
Kuasa Inspektor untuk masuk dan memeriksa
88. (1) Seseorang Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk memasuki dan memeriksa, pada bila-bila masa, mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar atau mana-mana premis yang dia syak atau mempunyai sebab untuk mempercayai digunakan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau mana-mana premis lain yang dalam atau darinya perkhidmatan jagaan kesihatan swasta disediakan tanpa lesen atau perakuan pendaftaran.
(2) Dalam penjalanan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen ini Inspektor itu boleh—
(a) memeriksa, menguji dan meneliti apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan atau alat yang digunakan atau yang dijumpai dalam kemudahan atau premis itu;
(b) memeriksa, menguji, meneliti, mengambil, mengalih dan menahan sampel darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, yang ditemui dalam kemudahan atau premis itu;
(c) memeriksa, menguji, meneliti, mengambil dan mengalih semua bekas, barang dan benda lain yang semunasabahnya dipercayai oleh Inspektor itu mengandungi atau telah
Undang-Undang Malaysia AKTA 58666
mengandungi darah atau hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia atau bahan farmaseutikal;
(d) memeriksa apa-apa ujian atau tatacara atau pengendalian yang dilaksanakan atau dijalankan untuk memastikan pematuhan peruntukan Akta ini; dan
(e) memeriksa, membuat salinan dan mengambil cabutan daripada apa-apa buku, dokumen, rekod atau bahan elektronik yang berhubungan dengan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu atau premis itu.
Kuasa untuk menggeledah dan menyita
89. (1) Jika seseorang Majistret mendapati berdasarkan maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab munasabah untuk mempercayai bahawa—
(a) mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
(b) ada dalam mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta keterangan yang perlu untuk membuktikan,
pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan waran geledah berkenaan dengan kemudahan atau premis itu kepada seseorang Inspektor.
(2) Seseorang Inspektor yang kepadanya suatu waran geledah telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) boleh, pada bila-bila masa pada siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan—
(a) memasuki kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu, jika perlu dengan kekerasan; dan
(b) menggeledah kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu untuk mencari dan menyita dan memindahkan dari kemudahan atau premis itu, apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain—
(i) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
67
(ii) yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau
(iii) yang semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan tentang pelakuan kesalahan itu.
(3) Seseorang Inspektor boleh—
(a) memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam mana- mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan, atau mana- mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke kemudahan premis jagaan kesihatan itu, untuk masuk ke dalamnya;
(b) mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pemindahan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen (2);
(c) menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam kemudahan atau premis jagaan kesihatan sehingga kemudahan atau premis itu selesai digeledah;
(d) dalam hal kemudahan atau premis jagaan kesihatan bergerak, menyita kemudahan atau premis jagaan kesihatan itu;
(e) menempatkan apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain, dalam suatu bekas;
(f) jika apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain yang disebut dalam perenggan (e) telah disita di mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta yang dimasuki mengikut seksyen 88 atau 89, menempatkan buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain itu dalam bilik, petak atau kabinet yang terletak di kemudahan atau premis jagaan kesihatan itu;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58668
(g) menanda, menutup dan mengelak bekas yang disebut dalam perenggan (e), atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pintu atau bukaan yang menyediakan akses kepada bilik, petak atau kabinet yang disebut dalam perenggan (f).
Menggeledah dan menyita tanpa waran
90. Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di bawah seksyen 89—
(a) penyiasatan akan terjejas; (b) matlamat kemasukan mungkin terkecewa; (c) buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat,
material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau mana-mana hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau benda lain yang dicari mungkin dialih atau diusik; atau
(d) keterangan yang dicari mungkin diganggu atau dimusnahkan,
dia boleh menjalankan di, dan berkenaan dengan, kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 89 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah- olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Kuasa untuk mengelak
91. (1) Jika seseorang Inspektor mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis atau tempat adalah digunakan sebagai suatu kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan swasta—
(a) tanpa dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta ini; atau (b) dengan melanggar mana-mana syarat yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah,
Inspektor boleh dengan serta-merta mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak premis atau tempat itu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
69
(2) Orang yang menggunakan premis atau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah, jika premis itu telah dilak—
(a) dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah lesen atau perakuan pendaftaran kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu; dan
(b) menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.
(3) Lak itu hendaklah dibuka jika— (a) orang yang disebut dalam subseksyen (2) mematuhi
kehendak subseksyen itu; atau (b) suatu perintah mahkamah telah diperoleh supaya orang
itu berhenti menggunakan premis atau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta,
mengikut mana-mana yang terdahulu.
(4) Seseorang Inspektor yang bertindak di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos yang berbangkit daripada tindakan itu atau apa-apa kerosakan kepada premis atau tempat yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.
(5) Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana premis atau tempat hendaklah tidak boleh melarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan premis atau tempat itu sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau bagi menyediakan perkhidmatan jagaan swasta dengan melanggar Akta ini.
Kuasa untuk menghendaki maklumat dan memeriksa orang
92. (1) Seseorang Inspektor yang membuat suatu penyiasatan di bawah seksyen 89 dan 100 adalah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada mana-mana orang yang mengetahui fakta dan hal keadaan perkara yang sedang disiasat.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58670
(2) Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seseorang Inspektor supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi kehendak itu atau memberikan sebagai maklumat benar apa-apa maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk percaya adalah palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, adalah melakukan suatu kesalahan.
(3) Jika apa-apa maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (2) dibuktikan palsu, tidak benar atau tidak betul, keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi suatu pembelaan dakwaan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagiannya telah disalahtafsirkan atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau tipuan.
(4) Seseorang Inspektor yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh menjalankan mana-mana atau semua kuasa yang diberikan oleh seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan seksyen 112 hingga 116 Kanun itu hendaklah terpakai bagi pernyataan yang dibuat oleh orang-orang yang diperiksa dalam penjalanan penyiasatan itu.
Kewajipan untuk membantu Inspektor
93. Bilamana seseorang Inspektor menjalankan kuasanya di bawah seksyen 88, 89, 90, 91 dan 92 maka adalah menjadi kewajipan pemegang lesen, atau pemegang perakuan pendaftaran berkenaan dengan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen atau berdaftar, orang yang bertanggungjawab bagi dan seseorang pekerja kemudahan atau perkhidmatan itu, atau tuan punya atau penghuni mana-mana premis yang digunakan sebagai kemudahan jagaan kesihatan swasta atau yang daripadanya perkhidmatan jagaan kesihatan swasta diadakan dan mana-mana orang yang dijumpai dalamnya—
(a) untuk memberi Inspektor itu semua kemudahan dan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki oleh Inspektor itu;
(b) untuk memberi Inspektor itu semua maklumat yang munasabah yang dikehendaki olehnya berkenaan dengan kemudahan atau perkhidmatan atau premis jagaan kesihatan swasta itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan pengurusannya atau apa-apa perkara lain yang berkaitan dengannya; dan
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
71
(c) untuk mengemukakan apa-apa buku, rekod atau dokumen yang dalam milikan atau jagaannya atau di bawah kawalannya atau yang dia berkuasa untuk memberikannya berhubungan dengan hal ehwal kemudahan atau perkhidmatan atau premis jagaan kesihatan swasta itu.
Kesalahan berhubungan dengan pemeriksaan
94. Seseorang yang— (a) dengan sengaja melengahkan, menggalang atau menghalang
seseorang Inspektor; (b) tidak menyediakan kemudahan atau bantuan, atau enggan
memberikan maklumat, yang dikehendaki oleh seseorang Inspektor; atau
(c) tanpa alasan yang munasabah tidak atau enggan mengemukakan apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, sampel, darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal, bahan atau apa-apa benda lain yang dikehendaki oleh seseorang Inspektor,
dalam menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan kepada Inspektor itu di bawah seksyen 88, 89, 90, 91 dan 92 melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Senarai benda yang disita
95. (1) Jika apa-apa penyitaan dibuat di bawah seksyen 88, 89 atau 90 ke atas mana-mana kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta, Inspektor yang menyita hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dari premis itu.
(2) Jika tuan punya atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau premis jagaan kesihatan swasta itu hadir semasa penyitaan, senarai yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepadanya.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “tuan punya” termasuklah seseorang ejen atau wakil tuan punya.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58672
Pelucuthakan benda yang disita
96. (1) Apa-apa benda yang boleh disita atau ditahan di bawah Akta ini adalah boleh dilucuthakkan.
(2) Jika apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat telah disita di bawah Akta ini, Ketua Pengarah mengikut budi bicaranya boleh melepaskan buat sementara buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat itu kepada tuan punyanya apabila jaminan diberikan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati bahawa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan atau alat itu akan diserahkan kepada Ketua Pengarah apabila diminta atau dikemukakan di hadapan mahkamah yang berbidang kuasa yang berwibawa apabila diminta.
(3) Suatu perintah pelucuthakan atau bagi pelepasan semua benda yang disita dan boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan berkenaan dengannya telah diadakan dan suatu perintah pelucuthakan benda yang disita hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan dan benda yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, walaupun tiada orang telah disabitkan atas kesalahan itu.
(4) Jika tiada pendakwaan berkenaan dengan apa-apa perkara yang disita, benda itu hendaklah diambil dan disifatkan terlucut hak apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan melainkan jika sebelum tarikh itu suatu tuntutan telah dibuat mengikut cara yang berikut:
(a) orang itu menyatakan bahawa dia ialah tuan punya benda yang disita dan bahawa benda itu tidak boleh dilucuthakkan, boleh sendiri atau melalui ejennya yang diberi kuasa secara bertulis memberikan notis bertulis kepada Inspektor yang dalam milikannya benda itu dipegang bahawa dia menuntut benda itu;
(b) apabila menerima notis sedemikian, Inspektor itu hendaklah merujukkan tuntutan itu kepada Ketua Pengarah yang boleh memerintahkan supaya benda itu dilepaskan atau boleh mengarahkan Inspektor itu supaya merujukkan perkara itu kepada Majistret atau Hakim Mahkamah Sesyen bagi suatu keputusan;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
73
(c) Majistret atau Hakim yang kepadanya hal perkara itu dirujukkan hendaklah mengeluarkan saman yang menghendaki orang yang menyatakan bahawa dia ialah tuan punya benda yang disita dan orang yang daripadanya benda itu disita supaya hadir di hadapannya dan apabila dia hadir atau ingkar hadir, setelah dibuktikan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sewajarnya Majistret atau Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan tentang perkara itu dan, apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah Akta ini dan benda yang disita ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah memerintahkan supaya benda itu dilucuthakkan dan hendaklah, jika tiada bukti sedemikian memerintahkan supaya benda itu dilepaskan.
(5) Jika—
(a) seseorang Inspektor yang telah menyita apa-apa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain di bawah seksyen 89 atau 90 berpuas hati bahawa darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain, itu mengandungi bahan tercemar yang ditetapkan; dan
(b) darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa- apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutik atau apa-apa benda lain yang tidak dikehendaki atau tidak lagi dikehendaki dikekalkan bagi maksud apa- apa prosiding undang-undang,
Inspektor boleh menyebabkan darah, hasil darah, tisu atau bendalir manusia atau apa-apa hasil badan manusia, dialisat, bahan kimia, bahan farmaseutikal atau apa-apa benda lain itu dimusnahkan.
Tiada seorang pun berhak ke atas kos, dsb., penyitaan
97. Tiada seorang pun boleh, dalam mana-mana prosiding di hadapan mana-mana mahkamah yang melibatkan apa-apa benda yang disita dalam menjalankan atau berupa menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapat kos
Undang-Undang Malaysia AKTA 58674
prosiding atau apa-apa ganti rugi atau apa-apa relief selain suatu perintah bagi pemulangan benda yang disita melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab munasabah atau sebab barangkali.
Pengemukaan kad atau lencana pengenalan rasmi
98. Seseorang Inspektor yang menjalankan kuasa di bawah Bahagian ini hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh dipaksa untuk membenarkan masuk ke kemudahan atau premis jagaan kesihatan swastanya mana-mana orang yang berupa sebagai seorang Inspektor kecuali apabila kad tau lencana pengenalan itu dikemukakan.
Pengkompaunan kesalahan
99. (1) Ketua Pengarah boleh mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat suatu tawaran bertulis dibuat kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah—
(a) apa-apa jumlah wang yang dinyatakan dalam tawaran itu tetapi yang tidak lebih daripada lima puluh peratus daripada denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran itu jika pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran telah disabitkan atas kesalahan itu; dan
(b) dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Tiada tawaran untuk mengkompaun boleh dibuat tanpa keizinan bertulis Pendakwa Raya.
(3) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas suatu kesalahan telah dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
75
(4) Jika suatu kesalahan telah dikompaun— (a) tiada prosiding lanjut boleh diambil dan tiada pendakwaan
boleh dimulakan terhadap pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat; dan
(b) apa-apa buku, rekod, dokumen, perkakas, kelengkapan, alat, material, barang, bahan atau apa-apa benda lain yang disita yang berkaitan dengan kesalahan itu, boleh dilepaskan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang boleh dikenakan.
(5) Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
(6) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran untuk mengkompaun itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap pemegang kelulusan atau pemegang lesen atau pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Pemulaan dan penjalanan pendakwaan
100. (1) Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
(2) Mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendakwa Raya di bawah Kanun Tatacara Jenayah boleh mendakwa di mana-mana Mahkamah apa-apa kes berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
(3) Seseorang yang menjadi pegawai penyiasat bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh mendakwa kes yang berkenaan dengan kesalahan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58676
BAHAGIAN XVII
KUASA MENTERI
Rayuan
101. (1) Mana-mana orang boleh merayu secara bertulis kepada Menteri jika dia terkilan—
(a) dengan keengganan Ketua Pengarah untuk memberinya kelulusan di bawah perenggan 12(b), untuk memberinya lesen di bawah perenggan 19(b) untuk membaharui lesennya di bawah subseksyen 22(1) atau untuk memberinya perakuan pendaftaran di bawah seksyen 27;
(b) dengan apa-apa terma atau syarat yang dikenakan atas sesuatu kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan di bawah perenggan 12(a) lesen untuk mengendalikan atau menyediakan di bawah perenggan 19(a), lesen untuk mengendalikan atau menyediakan setelah lesen itu diperbaharui di bawah subseksyen 22(3) atau pendaftaran di bawah seksyen 27;
(c) dengan pemberian atau keengganan untuk memberikan pelanjutan masa di bawah subseksyen 14(2);
(d) dengan pengubahan atau keengganan untuk mengubah terma atau syarat atau maksud di bawah seksyen 24 atau 29;
(e) dengan kelulusan atau keengganan untuk meluluskan apa- apa pelanjutan atau pengubahan di bawah subseksyen 40(1) atau pemindahan, penyerahhakan atau pelupusan di bawah subseksyen 41(3);
(f) dengan suatu perintah penutupan sementara di bawah seksyen 52; atau
(g) dengan suatu notis pembatalan di bawah subseksyen 57(2).
(2) Menteri boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan yang terhadapnya rayuan dibuat dan, dalam mengesahkan, mengubah atau membatalkan keputusan itu, boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.
(3) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
77
Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan am
102. Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberi Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah Akta ini arahan-arahan am yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini tentang penjalanan kuasa dan budi bicara yang diberikan kepada dan kewajipan yang dikehendaki ditunaikan oleh Ketua Pengarah atau pegawai di bawah Akta ini.
Kuasa Menteri untuk mengecualikan
103. (1) Menteri boleh mengecualikan mana-mana atau mana- mana bahagian kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta ini daripada kuat kuasa mana-mana peruntukan Akta ini—
(a) tertakluk kepada apa-apa sekatan atau syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri, selepas berunding dengan Ketua Pengarah; dan
(b) jika dia berpuas hati bahawa kemudahan jagaan kesihatan swasta itu tidak mendatangkan apa-apa bahaya kepada kesihatan orang awam, atau tidak akan dikendalikan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan kesihatan awam.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), suatu pengecualian di bawah seksyen ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa dan hendaklah berhenti berkuat kuasa dari tarikh penyampaian notis penarikan balik itu.
(3) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.
Lembaga Pelawat
104. (1) Menteri boleh melantik Lembaga Pelawat bagi setiap hospital swasta.
(2) Menteri boleh menentukan terma atau syarat pelantikan mana- mana anggota Lembaga Pelawat termasuklah pengerusinya, kewajipan dan fungsi mereka dan tatacara Lembaga Pelawat itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58678
(3) Hospital swasta hendaklah membayar anggota Lembaga Pelawat apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta bagi kehadiran di mesyuarat Lembaga dan perbelanjaan perjalanan bagi kehadiran itu dalam melaksanakan kewajipan mereka sebagaimana yang ditentukan.
Sumbangan sosial atau kebajikan
105. (1) Menteri boleh menetapkan jenis sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan atau jumlah sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan yang hendaklah diberikan, dan cara ia hendaklah diberikan, oleh mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta.
(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, meminda jenis sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan dan jumlah sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan yang dikenakan di bawah subseksyen (1).
(3) Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah memberikan sumbangan sosial atau sumbangan kebajikan mengikut jenis dan jumlah yang ditetapkan di bawah seksyen ini.
(4) Mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak mematuhi subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.
Jadual fi
106. (1) Menteri boleh membuat peraturan bagi menetapkan jadual fi bagi mana-mana atau semua kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau kemudahan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan.
(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Ketua Pengarah, meminda jadual fi melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
(3) Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang baginya suatu jadual fi telah ditetapkan di bawah seksyen ini hendaklah mematuhi jadual fi itu.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
79
(4) Sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta yang tidak mematuhi mana-mana jadual fi yang ditetapkan di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
107. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang pada dia mendapati perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a) untuk menetapkan cara untuk memohon suatu kelulusan untuk menubuhkan atau menyenggarakan, lesen untuk menyediakan atau mengendalikan, atau perakuan pendaftaran atau perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah di bawah Akta ini, borang yang hendaklah digunakan, fi atau caj yang kena dibayar dan bentuk kelulusan, lesen, perakuan pendaftaran dan perakuan untuk mengimport dan mengeksport darah asli manusia dan hasil darah;
(b) untuk menetapkan cara menyimpan dan menyenggarakan daftar atau daftar-daftar kebangsaan sebagaimana yang disifatkan perlu di bawah Akta ini;
(c) untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan yang hendaklah dikenakan ke atas mana-mana kelulusan, lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan dan sekatan yang hendaklah dikenakan ke atas pemohon, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran, pemegang perakuan atau orang yang bertanggungjawab;
(d) untuk menetapkan hal keadaan yang dalamnya salinan pendua keputusan, lesen atau perakuan boleh dikeluarkan dan fi yang kena dibayar;
(e) untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara pemindaan apa-apa butir yang terkandung dalam mana-mana kelulusan, lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan atau pembatalannya dan pengeluaran lesen, perakuan pendaftaran atau perakuan baru;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58680
(f) untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan mengenai pesakit dan orang yang dirawat di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta termasuk rekod kelahiran dan kematian kanak-kanak, apa-apa keguguran atau lahir mati dan kanak-kanak yang lahir sedemikian yang dipindahkan dari kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu selain kepada penjagaan atau jagaan mana-mana ibu atau bapa atau orang yang diberi kuasa oleh ibu atau bapa;
(g) untuk menetapkan cara bagi mendapatkan rekod perubatan pesakit dan cara memperoleh laporan perubatan pesakit oleh pesakit, wakil pesakit atau pemberi jagaan kesihatan;
(h) untuk menetapkan rekod yang hendaklah disimpan tentang kakitangan atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(i) untuk menetapkan bilangan minimum kakitangan perubatan, kakitangan pergigian, kakitangan kejururawatan, kakitangan teknikal dan kategori lain kakitangan yang diambil kerja atau diguna khidmat di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan kelayakan dan pengalaman minimum yang dikehendaki daripada kakitangan itu;
(j) untuk menetapkan piawaian minimum bagi perkakas, perlengkapan, kelengkapan, alat, bahan dan benda lain yang disediakan dan disenggarakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(k) untuk menetapkan cara atau jenis latihan atau pendidikan teknik, perubatan, pergigian atau kejururawatan lanjutan atau apa-apa jenis pendidikan profesional jagaan kesihatan lain yang hendaklah disediakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta kepada kakitangan mereka atau mana-mana orang lain yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta itu;
(l) untuk menetapkan piawaian dan spesifikasi minimum berkenaan dengan tempat, reka bentuk dan pembinaan kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(m) untuk menetapkan piawaian minimum bagi penginapan, sanitasi atau kemudahan lain di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
81
(n) untuk menetapkan keupayaan maksimum katil atau kerusi panjang atau yang bersamaan dengannya di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(o) untuk menetapkan piawaian minimum kebersihan dan kesihatan, termasuklah kawalan jangkitan, di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(p) untuk menetapkan piawaian minimum keselamatan, kualiti jagaan dan kebajikan pesakit di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(q) untuk menetapkan piawaian dan syarat minimum yang dikehendaki daripada perkhidmatan berkenaan dengan pemungutan, penapisan, pemprosesan, pengagihan, penyimpanan, pendispensan, pelupusan dan transfusi darah manusia dan hasil darah, dan dialisat, bahan kimia dan bahan farmaseutikal bagi rawatan hemodialisis dan bentuk lain rawatan atau perkhidmatan;
(r) untuk menetapkan pengurusan, kawalan, dan pengawasan dan jagaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(s) untuk mengadakan peruntukan bagi jaminan kualiti boleh terima dan kawalan kualiti berkenaan dengan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(t) untuk menghendaki pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta menyenggarakan apa-apa buku, rekod atau daftar yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran sepatutnya Akta ini;
(u) untuk menghendaki pemberian maklumat perangkaan tertentu kepada Ketua Pengarah dan cara bagi memberikan maklumat itu;
(v) untuk menghendaki pemberitahuan diberikan tentang apa- apa kelahiran atau kematian yang berlaku di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(w) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberitahuan penutupan sesuatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan arahan yang hendaklah diberikan sebelum penutupan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58682
(x) untuk menetapkan kewajipan dan tanggungjawab ahli profesional dan personel jagaan kesihatan, Lembaga Pengurusan, Jawatankuasa Penasihat Perubatan, Jawatankuasa Penasihat Perubatan dan Pergigian, Jawatankuasa Penasihat Kejururawatan, Jawatankuasa Penasihat Perbidanan, dan pengamal perubatan berdaftar pelawat;
(y) untuk menetapkan cara dan borang untuk memohon pertukaran kelulusan, lesen atau perakuan pendaftaran berkenaan dengan, dan pelanjutan atau perubahan kepada, mana-mana kemudahan jagaan kesihatan swasta;
(z) untuk menetapkan kehendak-kehendak dan peranan sukarelawan di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, latihan dan pengawasan mereka dan untuk menetapkan sekatan ke atas aktiviti-aktiviti mereka;
(aa) untuk menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pernyataan dasar dan semua perkara yang berhubungan dengan mekanisme ketidakpuasan hati;
(bb) untuk menetapkan organisasi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan kakitangannya;
(cc) untuk menetapkan keanggotaan dan kewajipan dan tanggungjawab jawatankuasa yang boleh dikehendaki supaya ditubuhkan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(dd) untuk menetapkan kewajipan dan fungsi locum tenens dan perunding kehormat, kelayakan, latihan dan pengalaman mereka dan untuk menetapkan sekatan ke atas aktiviti- aktiviti mereka;
(ee) untuk menetapkan jenis kejadian yang tidak dapat diramalkan atau dijangkakan yang hendaklah dilaporkan, tatacara pelaporan, cara penyiasatan yang hendaklah dijalankan, laporan dan data perangkaan yang hendaklah dikemukakan;
(ff) untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungan dengan pemeriksaan dan kawalan;
(gg) untuk menetapkan kehendak-kehendak yang hendaklah dipenuhi bagi memperoleh kebenaran sah bagi apa-apa tatacara anestetik, pembedahan atau tatacara pembedahan, tatacara diagnostik atau tatacara atau rawatan perubatan,
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
83
kaedah untuk memperoleh kebenaran itu, syarat yang membolehkan kebenaran itu diketepikan dengan dan bagi menetapkan umur padanya dan syarat yang di bawahnya pesakit boleh memberikan kebenaran sah bagi apa-apa tatacara anestetik, pengendalian atau tatacara pembedahan, tatacara diagnostik atau tatacara atau rawatan perubatan yang akan dilaksanakan ke atas pesakit;
(hh) untuk menetapkan fi yang boleh dikenakan oleh kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan;
(ii) untuk menetapkan perkara-perkara yang berhubungan dengan hak pesakit berhubung dengan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan, termasuk kebersendirian pesakit, kerahsiaan maklumat dan capaian laporan dan rekod perubatan pesakit;
(jj) untuk menetapkan piawaian dan kehendak-kehendak minimum bagi semua kemudahan jagaan kesihatan, perkhidmatan jagaan kesihatan dan perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan berhubungan dengan mana- mana perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan oleh mana-mana profesional jagaan kesihatan termasuk perkhidmatan jagaan perubatan, perkhidmatan kejururawatan, perkhidmatan kesihatan berkaitan, perkhidmatan teknikal, perkhidmatan yang berhubungan dengan semua disiplin perubatan dan pembedahan termasuklah obstetrik dan ginekologi, anestesia, pembedahan, psikiatri, pediatrik, perkhidmatan farmasi, jagaan kritikal atau perkhidmatan jagaan intensif, perkhidmatan yang berhubungan dengan bekalan perubatan, perkhidmatan tentang diet, perkhidmatan linen dan dobi, bekalan pembedahan, perkhidmatan transfusi darah, perkhidmatan bank darah, perkhidmatan rawatan hemodialisis, perkhidmatan pemulihan, perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam, perkhidmatan jagaan ambulatori, perkhidmatan penangkapan imej radiologi atau diagnostik, perkhidmatan radioterapi dan radio isotop, perkhidmatan teleperubatan, perkhidmatan rumah jagaan kejururawatan, perkhidmatan jagaan hospis dan pelegaan, perkhidmatan yang berhubungan dengan autopsi dan bilik
Undang-Undang Malaysia AKTA 58684
mayat, perkhidmatan ambulans, perkhidmatan sokongan dan sampingan lain dan semua dasar dan program lain yang berhubungan dengan perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan dan disenggarakan oleh suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta;
(kk) untuk menetapkan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan atau yang berhubungan dengan kesihatan atau apa-apa perkara yang disifatkan oleh Menteri suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.
BAHAGIAN XVIII
PELBAGAI
Iklan
108. Tiada kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau kemudahan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan boleh menyiarkan apa-apa iklan—
(a) dengan apa-apa cara yang mengelirukan orang awam tentang jenis atau sifat kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan atau kemudahan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan kesihatan yang disediakan; atau
(b) yang berlawanan dengan apa-apa arahan mengenai iklan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.
Daftar Kebangsaan
109. Ketua Pengarah boleh mewujudkan suatu Daftar Kebangsaan berhubungan dengan pendermaan darah dan daftar itu hendaklah mengandungi butir-butir yang ditetapkan.
Penyampaian notis
110. (1) Tiap-tiap notis atau dokumen yang dikehendaki atau diberi kuasa untuk disampaikan di bawah Akta ini boleh disampaikan—
(a) dengan menyerahkan salinannya kepada orang yang kepadanya notis itu hendak disampaikan;
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
85
(b) dengan menghantar salinannya melalui pos berdaftar bayar dahulu kepada orang yang kepadanya notis itu hendak disampaikan; atau
(c) dengan menampal salinannya di mana-mana tempat yang mudah dilihat di premis yang berhubungan dengannya.
(2) Jika sesuatu notis atau dokumen disampaikan melalui pos berdaftar bayar dahulu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis atau dokumen itu sepatutnya telah diterima dalam perjalanan biasa pos jika notis atau dokumen itu dialamatkan—
(a) dalam hal orang perseorangan, ke alamat biasa atau alamat terakhir yang diketahui bagi tempat tinggal atau tempat perniagaannya; atau
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan ke alamat tempat perniagaan berdaftarnya.
(3) Jika orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang kepadanya telah dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah peruntukan Akta ini telah diberitahu bahawa terdapat suatu surat berdaftar yang sedang menunggu untuk dipungut olehnya di pejabat pos, dan orang atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan padanya atau pada pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu pada tarikh dia atau pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu diberitahu.
Pewakilan oleh Ketua Pengarah
111. (1) Ketua Pengarah boleh mewakilkan, kepada mana-mana pegawai di bawah kawalan, arahan atau pengawasannya, dengan nama atau jawatan, penjalanan atau pelaksanaan apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang diberikan atau dikenakan ke atas Ketua Pengarah di bawah Akta ini kecuali kuasa untuk mengkompaun di bawah seksyen 99.
(2) Apa-apa pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Ketua Pengarah sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan kuasa, kewajipan atau fungsi yang diwakilkan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58686
(3) Sesuatu pewakilan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh—
(a) dijadikan tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara perwakilan; dan
(b) dibatalkan atau diubah.
Memberikan maklumat
112. (1) Ketua Pengarah boleh dari semasa ke semasa mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau pemegang perakuan untuk memberikan apa-apa maklumat mengenai kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta atau klinik sebagaimana yang dikehendaki olehnya berhubungan dengan—
(a) kakitangannya;
(b) apa-apa perkakas, perlengkapan, kelengkapan atau alat yang digunakan atau akan digunakan;
(c) keadaan, rawatan atau diagnosis mana-mana pesakit atau mana-mana orang yang kepadanya kemudahan atau perkhidmatannya sedang atau telah diberikan;
(d) apa-apa kaedah atau tatacara analitis yang digunakan dalam menjalankan apa-apa ujian; atau
(e) pengendaliannya.
(2) Seseorang pemegang kelulusan, pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau pemegang perakuan yang enggan atau tidak memberikan maklumat kepada Ketua Pengarah dengan melanggar subseksyen (1), atau memberikan apa-apa maklumat yang palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal tuan punya tunggal, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya; dan
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
87
(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh memberi kuasa— (a) Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai untuk memeriksa
rekod perubatan mana-mana pesakit yang dirawat di suatu kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta; atau
(b) Ketua Pengarah untuk memperoleh apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana orang mengenai apa-apa perkara dalam perenggan 112(1)(c),
tanpa keizinan orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.
(5) Walau apa pun subseksyen (4), Ketua Pengarah atau orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu boleh memeriksa apa- apa buku, dokumen, rekod, atau material elektronik bagi maksud seksyen 16, 88, 89, 90 dan seksyen ini tanpa kebenaran pesakit atau orang itu atau wakilnya terlebih dahulu.
(6) Pemeriksaan di bawah subseksyen (5) hendaklah bagi maksud menentukan pematuhan oleh pemegang lesen, pemegang perakuan pendaftaran atau orang yang bertanggungjawab bagi kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dan kerahsiaan apa-apa maklumat tentang pesakit atau orang itu yang diperoleh semasa pemeriksaan itu hendaklah dipatuhi.
(7) Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), “wakil” bagi seseorang, ertinya wasi atau pentadbir atau warisnya, jika orang itu sudah meninggal dunia, atau ibu atau bapanya atau penjaganya jika orang itu masih budak atau tidak berupaya untuk memberikan kebenaran.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58688
Pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam
113. Tiap-tiap orang yang dilantik, atau yang secara sah menjalankan kuasa seseorang yang dilantik, di bawah Akta ini hendaklah disifatkan menjadi pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Perlindungan daripada guaman dan prosiding undang-undang
114. Tiada tindakan boleh diambil dan tiada pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua Pengarah, Inspektor atau mana-mana pegawai Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Kerajaan, Menteri, Ketua Pengarah, atau Inspektor, dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan di bawah Akta ini—
(a) dengan suci hati; (b) dengan kepercayaan munasabah bahawa ia perlu bagi
maksud yang hendak dicapai dengannya; atau (c) bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Kerahsiaan maklumat
115. (1) Tiap-tiap orang yang diambil kerja, dibayar retainer atau dilantik bagi maksud pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini hendaklah menyimpan rahsia berkenaan dengan semua maklumat yang diketahuinya dalam penjalanan kewajipannya dan tidak boleh menyampaikan apa-apa maklumat kepada mana-mana orang kecuali—
(a) setakat yang maklumat itu boleh didedahkan kepada orang awam di bawah Akta ini;
(b) berkaitan dengan pentadbiran atau penguatkuasaan Akta ini atau apa-apa prosiding di bawah Akta ini;
(c) berkaitan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib profesional, kepada suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang- undang yang mengawal selia sesuatu profesion kesihatan;
(d) kepada peguam orang itu, atas permintaan orang itu jika maklumat itu adalah kena-mengena dengan mana-mana perkhidmatan kesihatan yang diberikan kepadanya; atau
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
89
(e) dengan persetujuan pesakit itu atau penjaganya yang sah yang dengannya maklumat itu berhubungan.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Hospital psikiatri swasta, rumah jagaan psikiatri swasta dan pusat kesihatan mental masyarakat swasta
116. (1) Pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab bagi suatu hospital psikiatri swasta, rumah jagaan psikiatri swasta atau pusat kesihatan mental masyarakat swasta hendaklah mematuhi mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan penyakit mental dan orang yang sakit mental.
(2) Suatu permohonan untuk menubuhkan hospital psikiatri swasta atau rumah jagaan psikiatri swasta tidak boleh dipertimbangkan untuk kelulusan sehingga undang-undang bertulis yang membenarkan penubuhan kemudahan itu mula berkuat kuasa.
Kesalahan dan penalti am
117. (1) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini yang baginya tiada diperuntukkan peruntukan nyata yang menjadikan pelanggarannya suatu kesalahan melakukan suatu kesalahan.
(2) Jika tiada penalti nyata diperuntukkan bagi suatu kesalahan di bawah Akta ini, orang yang melakukan kesalahan itu apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal orang sebenar— (i) didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 58690
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(i) didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(3) Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
(a) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab bagi pertubuhan perbadanan itu;
(b) dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu;
(c) dalam hal suatu pertubuhan, pemegang jawatannya,
juga melakukan kesalahan itu dan apabila disabitkan boleh—
(i) didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan didenda sebanyak lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pelanggaran perundangan subsidiari
118. Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam perundangan subsidiari itu adalah suatu kesalahan dan orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan didenda atau dipenjarakan selama suatu tempoh atau kedua-duanya tetapi tidak boleh mengadakan peruntukan supaya denda itu melebihi sepuluh ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan itu melebihi tiga bulan.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
91
BAHAGIAN XIX
PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN
Pemansuhan
119. Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43] adalah dimansuhkan.
Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan hospital persendirian berlesen, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian yang sedia ada
120. (1) Semua hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah jagaan kejururawatan persendirian yang dilesenkan atau disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta Hospital Persendirian 1971 hendaklah, pada tarikh mula Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan telah mempunyai lesen di bawah Akta ini.
(2) Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian itu seolah-olah hospital persendirian, rumah bersalin persendirian dan rumah rawatan persendirian itu telah dilesenkan di bawah Akta ini.
(3) Ketua Pengarah boleh mengubah atau membatalkan apa-apa syarat yang dikenakan ke atas mana-mana hospital, rumah bersalin dan rumah rawatan persendirian.
Kuasa Menteri untuk membuat peruntukan peralihan
121. (1) Menteri boleh menetapkan peruntukan tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud menghapuskan apa-apa kesukaran yang disebabkan oleh pemakaian Akta ini ke atas hospital, rumah bersalin dan rumah rawatan persendirian yang telah diluluskan, ditubuhkan atau dilesenkan di bawah Akta Hospital Persendirian 1971.
(2) Kuasa Menteri di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk kuasa untuk membuat apa-apa ubah suaian bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Undang-Undang Malaysia AKTA 58692
Peruntukan kecualian dan peralihan berhubungan dengan klinik perubatan swasta dan klinik pergigian swasta yang sedia ada
122. Seseorang yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa telah menyenggarakan atau mengendalikan suatu klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta boleh terus menyenggarakan, menyediakan atau mengendalikan klinik perubatan swasta atau klinik pergigian swasta tanpa pendaftaran di bawah Akta ini jika dalam masa enam bulan pertama dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa suatu permohonan bagi pendaftaran dibuat di bawah Akta ini.
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta
93
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 586
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa meminda dari
– TIADA –
Undang-Undang Malaysia AKTA 58694
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 586
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
– TIADA –
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA