Advanced Search

Fees (National Planetarium) (Validation) Act 1998


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959928/fees-%2528national-planetarium%2529-%2528validation%2529-act-1998-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
BM UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 583
AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Undang-Undang Malaysia AKTA 5832
AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 25 Jun 1998
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 9 Julai 1998
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2002
Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 583
AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998
SUSUNAN SEKSYEN
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Pengesahan dan penanggungan rugi
Undang-Undang Malaysia AKTA 5834
Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 583
AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998
Suatu Akta untuk mengesahkan pemungutan fi dan bayaran berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di Planetarium Negara selama tempoh mulai 8 Februari 1994 hingga 15 November 1997.
[10 Julai 1998]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 1998.
Pengesahan dan penanggungan rugi
2. (1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut oleh Bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana pameran yang diadakan di Planetarium Negara selama tempoh mulai 8 Februari 1994 hingga 15 November 1997, iaitu, hari sebelum tarikh Perintah Fi (Planetarium Negara) 1997 [P.U. (A) 461/1997] mula berkuat kuasa, hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.
(2) Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya atau mana-mana daripada antara mereka
Undang-Undang Malaysia AKTA 5836
berkenaan dengan apa-apa fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang- undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi dan bayaran yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.
Fi (Planetarium Negara) (Pengesahan) 7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 583
AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998
SENARAI PINDAAN
Undang-Undang yang Tajuk ringkas Berkuat kuasa Meminda dari
– TIADA –
Undang-Undang Malaysia AKTA 5838
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 583
AKTA FI (PLANETARIUM NEGARA) (PENGESAHAN) 1998
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
– TIADA –