Advanced Search

Labuan Offshore Trusts Act 1996


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959916/labuan-offshore-trusts-act-1996-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
JW514135 Akta 554 BM.indd 1Amanah Luar Pesisir Labuan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 554
AKTA AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996
Mengandungi segala pindaan hingga 31 Mei 2009
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2009
2 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
AKTA AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996
Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 13 September 1996
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 26 September 1996
3Amanah Luar Pesisir Labuan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 554
AKTA AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Kewujudan sesuatu amanah
4. Amanah khairat dan maksud
5. Amanah pemborosan atau perlindungan
6. Undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah dan kuasa untuk menukar undang-undang yang sepatutnya
BAHAGIAN II
PEWUJUDAN DAN PENGIKTIRAFAN AMANAH LUAR PESISIR
7. Kewujudan amanah luar pesisir
8. Pewujudan amanah luar pesisir
9. Kesahan amanah luar pesisir
10. Tidak boleh berkuat kuasanya tuntutan atau penghakiman luar negeri
11. Amanah luar pesisir atau pelupusan secara fraud
12. Pendaftaran amanah luar pesisir
13. Pendaftaran surat cara amanah
14. Nama dan pejabat berdaftar amanah luar pesisir
15. Daftar dan sekatan bagi pendedahan
16. Tempoh amanah luar pesisir
17. Pengubahan dan pembatalan amanah luar pesisir
18. Kegagalan atau peluputan kepentingan
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Seksyen
19. Penamatan amanah luar pesisir
20. Pendomisilan semula amanah luar negeri ke Labuan
21. Migrasi amanah luar pesisir dari Labuan
BAHAGIAN III
BENEFISARI AMANAH LUAR PESISIR
22. Benefisiari
23. Penolak tuntutan
24. Kepentingan benefisiari dan urusan mengenainya
25. Kepentingan kelas
BAHAGIAN IV
PEMEGANG AMANAH BAGI AMANAH LUAR PESISIR
26. Pelantikan pemegang amanah
27. Penerimaan pelantikan sebagai pemegang amanah
28. Peletakan jawatan sebagai pemegang amanah
29. Kekosongan dalam sesuatu amanah
30. Kewajipan pemegang amanah
31. Kewajipan pemegang amanah bersama
32. Kesaksamaan pemegang amanah
33. Kuasa pemegang amanah
34. Surat atau memorandum hasrat
35. Pelantikan pelindung
36. Perwakilan kuasa oleh pemegang amanah
37. Surat kuasa wakil
38. Pengumpulan, pendahuluan atau penguntukan harta amanah
39. Penetapan atau penyerahhakan harta amanah
40. Saraan dan perbelanjaan
41. Kerahsiaan yang berhubungan dengan amanah
42. Liabiliti bagi pecah amanah
43. Pemegang amanah bertindak berkenaan dengan lebih daripada satu amanah
44. Berurusan dengan pihak ketiga
5Amanah Luar Pesisir Labuan
Seksyen
45. Pemegang amanah konstruktif
46. Tanggung rugi bagi pemegang amanah bersara
BAHAGIAN V
PELBAGAI
47. Pengubahan terma amanah bagi pihak orang belum dewasa, dll.
48. Kelulusan transaksi tertentu
49. Kuasa am Mahkamah
50. Pembayaran kos
51. Perlindungan bagi orang yang berurusan dengan pemegang amanah
52. Had masa tindakan
53. Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang
54. Kesalahan dan penalti am
55. Kuasa untuk mendakwa
56. Pengkompaunan kesalahan
57. Peraturan-peraturan
58. Pengecualian
59. Larangan ke atas pendaftaran atau penjalanan perniagaan
60. Tatacara jika tiada tatacara ditetapkan
61. Kecualian berkenaan dengan amanah yang wujud sebelum Akta ini mula berkuat kuasa
62. Ketidakpakaian undang-undang tertentu

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
7Amanah Luar Pesisir Labuan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 554
AKTA AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pewujudan dan pengiktirafan amanah luar pesisir; dan bagi perkara yang berkaitan atau yang bersampingan dengannya.
[31 Oktober 1996, P.U. (B) 472/1996]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Amanah Luar Pesisir Labuan 1996.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akuan amanah satu pihak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh seksyen 8;
“amanah” termasuklah harta amanah dan hak, kuasa, kewajipan, kepentingan, pertalian dan obligasi di bawah sesuatu amanah;
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
“amanah luar pesisir” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh subseksyen 7(1);
“amanah luar pesisir berdaftar” ertinya sesuatu amanah luar pesisir yang didaftarkan di bawah subseksyen 12(4);
“amanah saham” ertinya mana-mana amanah yang ditubuhkan bagi maksud, atau yang mempunyai kesan, mengadakan kemudahan bagi penyertaan oleh orang sebagai benefisiari di bawah amanah itu dalam apa-apa keuntungan atau pendapatan yang timbul daripada pemerolehan, pemegangan, pengurusan atau pelupusan apa-apa harta;
“benefisiari” ertinya seseorang yang berhak mendapat faedah di bawah suatu amanah atau yang bagi pihaknya budi bicara untuk membahagikan harta yang dipegang atas amanah boleh dijalankan;
“daftar” termasuklah apa-apa jenis rekod;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“harta” ertinya apa-apa harta alih atau tak alih, dan termasuklah hak dan kepentingan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan dan sama ada terletak hak atau kontingen;
“harta amanah” ertinya harta yang sedang dipegang atas amanah;
“harta tak alih yang terletak di Malaysia” termasuklah syer, saham atau debentur dalam atau bagi sesuatu syarikat yang asetnya termasuk harta tak alih yang terletak di Malaysia selain suatu syarikat awam yang disebut dalam senarai rasmi suatu bursa saham mana-mana negara atau bidang kuasa di dalam mana-mana negara;
“Labuan” ertinya Wilayah Persekutuan Labuan;
“Lembaga” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996 [Akta 545];
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi atau seseorang hakim Mahkamah Tinggi;
9Amanah Luar Pesisir Labuan
“Malaysia” ertinya wilayah di dalam Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui sempadan perairan wilayah Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan itu, yang telah atau akan kemudian daripada ini dijadikan di bawah undang-undang Malaysia dan mengikut undang-undang antarabangsa sebagai suatu kawasan yang ke atasnya Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud mempelopori dan mengeksploitasikan sumber semula jadi, sama ada hidup atau tidak;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi syarikat luar pesisir;
“orang” termasuklah sekumpulan orang, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur dewasa di bawah undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah atau, jika tiada undang-undang telah dipilih, di bawah undang-undang domisilnya;
“orang berkelayakan” ertinya seseorang yang bukan pemastautin di Malaysia;
“pecah amanah” ertinya—
(a) apa-apa tindakan oleh seseorang pemegang amanah yang berlanggaran dengan kewajipan yang dikenakan;
(b) apa-apa tindakan atau pengabaian oleh seseorang pemegang amanah yang tidak dibenarkan atau dimaafkan; atau
(c) apa-apa pengabaian atau peninggalan di pihak pemegang amanah untuk memenuhi kewajipan yang dikenakan ke atasnya,
oleh Akta ini, undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu atau terma amanah itu;
“pemastautin” ertinya mana-mana orang—
(a) yang merupakan warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau
(b) yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan sedang beroperasi di Malaysia, selain sesuatu syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing yang diperbadankan atau
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
didaftarkan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 [Akta 441],
dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai seorang pemastautin menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17];
“pembuat amanah” ertinya seseorang yang membuat suatu amanah dan termasuklah seseorang yang mengadakan harta amanah atau membuat suatu pemberian berwasiat atas amanah atau kepada sesuatu amanah, tetapi tidak termasuk seseorang yang membuat sumbangan kepada sesuatu amanah saham;
“pemegang amanah” ertinya seseorang yang dilantik untuk bertindak sebagai seorang pemegang amanah suatu amanah mengikut peruntukan Akta ini;
“perbadanan” ertinya sesuatu pertubuhan perbadanan, di mana- mana jua dibentuk atau diperbadankan;
“surat cara amanah” ertinya sesuatu surat cara yang melaluinya suatu amanah diwujudkan dan termasuklah suatu akuan amanah satu pihak dan apa-apa surat cara yang mengubah terma amanah itu;
“syarikat amanah” ertinya sesuatu syarikat yang didaftarkan di bawah seksyen 4 Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 [Akta 442] untuk menjalankan perniagaan sebagai suatu syarikat amanah;
“terma amanah” ertinya terma bertulis atau lisan bagi sesuatu amanah atau apa-apa terma lain yang terpakai di bawah undang- undang yang sepatutnya bagi amanah itu;
“undang-undang yang sepatutnya” ertinya—
(a) undang-undang yang dipilih oleh pembuat amanah supaya terpakai bagi sesuatu amanah, pemilihannya itu dinyatakan atau adalah tersirat dalam terma amanah itu; atau
(b) jika tiada undang-undang dipilih, undang-undang yang dengannya sesuatu amanah mempunyai kaitan yang paling rapat pada masa ia diwujudkan.
11Amanah Luar Pesisir Labuan
(2) Bagi maksud takrif “undang-undang yang sepatutnya” dalam subseksyen (1), dalam menentukan undang-undang yang dengannya sesuatu amanah mempunyai kaitan yang paling rapat, rujukan hendaklah dibuat, terutamanya, kepada—
(a) tempat pentadbiran amanah itu yang dinamakan oleh pembuat amanah;
(b) tempat terletaknya harta amanah itu;
(c) tempat bermastautin atau perniagaan pemegang amanah; dan
(d) matlamat amanah dan tempat di mana matlamat itu dikehendaki dilaksanakan.
(3) Apa-apa sebutan mengenai “Akta ini” dalam Akta ini hendaklah, melainkan jika dinyatakan secara nyata selainnya, disifatkan termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan, kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari yang lain yang dibuat di bawah Akta ini.
(4) Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang merujuk kepada mana-mana undang-undang lain hendaklah, setakat yang perlu untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini dan secara selaras dengan peruntukan undang-undang yang lain itu, mempunyai erti yang sama dengan perkataan dan ungkapan dalam undang-undang yang berkaitan dengannya perkataan dan ungkapan itu digunakan dalam Akta ini.
Kewujudan sesuatu amanah
3. Sesuatu amanah wujud jika seseorang memegang atau disifatkan memegang atau padanya terletak hak atau disifatkan terletak hak harta yang bukan kepunyaannya atas haknya sendiri dan dia di bawah suatu obligasi sebagai pemegang amanah untuk bertindak tentang harta itu—
(a) bagi faedah mana-mana benefisiari, sama ada atau tidak ditentukan atau wujud;
(b) bagi apa-apa maksud yang tidak bagi faedah pemegang amanah; atau
(c) bagi faedah dan maksud yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) kedua-duanya.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Amanah khairat dan maksud
4. (1) Sesuatu amanah hendaklah dianggap sebagai suatu amanah bagi maksud khairat di bawah Akta ini jika amanah itu dibuat bagi mana-mana satu daripada maksud yang berikut atau lebih dan jika memenuhi maksud atau maksud-maksud sedemikian adalah bagi faedah masyarakat atau sebahagian besar masyarakat dengan mengambil kira jenis dan sifat maksud atau maksud-maksud itu:
(a) pengurangan atau pembasmian kemiskinan;
(b) pemajuan pendidikan;
(c) penggalakan seni, sains dan agama;
(d) perlindungan alam sekitar;
(e) pemajuan hak asasi manusia dan kebebasan asasi; atau
(f) mana-mana maksud lain yang mendatangkan faedah kepada masyarakat.
(2) Sesuatu maksud boleh dianggap sebagai khairat sama ada ia dikehendaki dijalankan di Malaysia atau di tempat lain dan sama ada ia mendatangkan faedah kepada masyarakat di Malaysia atau di tempat lain.
(3) Walau apa pun apa-apa undang-undang yang berlawanan, suatu amanah boleh diwujudkan atau ditubuhkan bagi maksud atau maksud-maksud tertentu, sama ada khairat atau tidak, tetapi amanah itu mestilah terletak hak pada orang sebenar dalam tempoh berkekalan yang terpakai atau dinyatakan terpakai bagi amanah itu, dan mana-mana amanah yang diwujudkan atau ditubuhkan sedemikian bolehlah dikuatkuasakan oleh pembuat amanah atau wakil dirinya atau oleh orang atau orang-orang yang dinamakan dalam surat cara yang mewujudkan atau menubuhkan amanah itu sebagai orang yang dilantik untuk menguatkuasakan amanah itu dan amanah itu bolehlah dikuatkuasakan atas kehendak orang atau orang-orang yang dinamakan sedemikian walaupun orang itu bukan benefisiari di bawah amanah itu.
Amanah pemborosan atau perlindungan
5. (1) Terma sesuatu amanah boleh menjadikan kepentingan seseorang benefisiari dalam harta amanah atau dalam apa-apa pendapatan atau modal harta itu—
(a) boleh ditamatkan;
13Amanah Luar Pesisir Labuan
(b) tertakluk kepada suatu sekatan atas pemberimilikan atau pelupusan; atau
(c) tertakluk kepada pengurangan atau penamatan sekiranya benefisiari menjadi tidak solven atau mana-mana hartanya menjadi boleh disita atau disekuestrasi bagi faedah pemiutangnya.
(2) Sesuatu amanah yang di bawahnya kepentingan seseorang benefisiari adalah tertakluk kepada penamatan, sekatan atau pengurangan di bawah subseksyen (1) adalah suatu amanah pemborosan atau perlindungan.
(3) Sesuatu peruntukan dalam terma sesuatu amanah yang menghendaki supaya kepentingan seseorang benefisiari dalam harta amanah atau dalam apa-apa pendapatan atau modal harta itu dipegang atas amanah pemborosan atau perlindungan hendaklah ditafsirkan sebagai suatu kehendak supaya kepentingan benefisiari itu dijadikan tertakluk kepada penamatan, sekatan atau pengurangan sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1).
Undang-undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah dan kuasa untuk menukar undang-undang yang sepatutnya
6. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, sesuatu amanah hendaklah ditentukan oleh undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu dan hendaklah ditafsirkan dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya.
(2) Terma sesuatu amanah boleh mengadakan peruntukan supaya undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu ditukarkan daripada undang-undang suatu bidang kuasa kepada undang- undang suatu bidang kuasa yang lain dan sebaliknya, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan kepada pengiktirafan pertukaran sedemikian oleh undang-undang yang berkaitan bagi bidang kuasa yang satu lagi itu, khususnya tentang kesahan amanah dan kepentingan benefisiari itu.
(3) Sesuatu pertukaran undang-undang yang sepatutnya tidak menjejaskan kesahan di sisi undang-undang, atau menjadikan mana-mana orang bertanggungan bagi, apa-apa jua yang dibuat sebelum pertukaran itu.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
BAHAGIAN II
PEWUJUDAN DAN PENGIKTIRAFAN AMANAH LUAR PESISIR
Kewujudan amanah luar pesisir
7. (1) Sesuatu amanah ialah suatu amanah luar pesisir jika—
(a) pembuat amanah itu ialah orang yang berkelayakan pada masa amanah itu diwujudkan;
(b) harta amanah itu tidak termasuk mana-mana harta tak alih yang terletak di Malaysia, melainkan jika dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa;
(c) tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), semua benefisiari di bawah amanah itu ialah orang yang berkelayakan pada masa amanah itu diwujudkan atau pada masa mana-mana seorang daripada mereka atau lebih menjadi berhak selainnya untuk menjadi benefisiari di bawah amanah itu; dan
(d) sekurang-kurangnya seorang daripada pemegang amanah itu ialah syarikat amanah.
(2) Sesuatu amanah ialah amanah luar pesisir walaupun seseorang yang bukan orang berkelayakan mendapat faedah bersama-sama dengan mana-mana orang lain sebagai anggota suatu golongan orang yang merupakan benefisiari di bawah suatu amanah bagi maksud khairat.
(3) Sesuatu amanah hendaklah terus menjadi amanah luar pesisir walaupun seorang daripada benefisiarinya atau lebih yang merupakan orang berkelayakan pada masa amanah itu diwujudkan kemudiannya menjadi pemastautin di Malaysia pada masa mereka selainnya berhak menjadi benefisiari.
(4) Bagi maksud seksyen ini, ungkapan “pada masa amanah itu diwujudkan”, berhubungan dengan amanah yang diwujudkan oleh suatu wasiat, ertinya masa wasiat itu mula berkuat kuasa.
Pewujudan amanah luar pesisir
8. (1) Sesuatu amanah luar pesisir tidaklah menjadi sah melainkan jika ia diwujudkan oleh suatu wasiat atau surat cara lain secara
15Amanah Luar Pesisir Labuan
bertulis, termasuklah sesuatu akuan amanah satu pihak, tetapi sesuatu amanah saham hendaklah diwujudkan hanya melalui wasiat atau surat cara lain secara bertulis.
(2) Sesuatu akuan amanah satu pihak ialah suatu akuan secara bertulis oleh suatu syarikat amanah yang menyatakan—
(a) bahawa ia adalah pemegang amanah suatu amanah luar pesisir;
(b) nama amanah itu;
(c) terma amanah itu; dan
(d) nama atau maklumat yang membolehkan semua benefisiari dikenali.
(3) Sesuatu akuan amanah satu pihak tidak perlu mengandungi nama pembuat amanah, tetapi dalam hal sedemikian akuan itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan oleh syarikat amanah itu bahawa pembuat amanah itu ialah seorang berkelayakan pada tarikh akuan itu dibuat.
Kesahan amanah luar pesisir
9. (1) Sesuatu amanah luar pesisir, yang diwujudkan dengan sah mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini, sama ada di Labuan atau di luar negara, hendaklah diiktiraf dan boleh dikuatkuasakan mengikut termanya, oleh mahkamah di Malaysia yang terletak di Labuan atau di mana-mana tempat lain yang ditetapkan oleh Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain.
(2) Sesuatu amanah luar pesisir tidaklah sah dan tidak boleh dikuatkuasakan di Labuan jika—
(a) ia menghendaki, berupa sebagai atau menggalakkan perlakuan apa-apa perbuatan yang merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dilakukan di Malaysia, menjadi suatu kesalahan sedemikian:
Dengan syarat bahawa jika perbuatan itu berlaku di mana-mana negara selain Malaysia, ia juga mestilah boleh dihukum sebagai suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara lain itu atau suatu bidang kuasa di dalam negara lain itu di mana ia berlaku;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(b) ia mempunyai pendapatan yang terakru kepadanya, atau diperoleh olehnya, yang berpunca daripada suatu pengendalian, transaksi atau aktiviti lain yang merupakan atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a);
(c) ia terdiri daripada harta yang penerimaan, pemunyaan atau pengawalannya menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); atau
(d) Mahkamah mengisytiharkan bahawa matlamat yang baginya ia diwujudkan telah gagal atau bahawa terma amanah itu adalah sedemikian rupa hingga pelaksanaannya adalah mustahil.
(3) Jika sesuatu amanah luar pesisir diwujudkan bagi dua maksud atau lebih yang sebahagiannya adalah sah dan yang lainnya tidak sah—
(a) keseluruhan amanah itu adalah tidak sah jika maksud yang tidak sah itu tidak dapat diasingkan dengan sewajarnya; atau
(b) jika maksud yang tidak sah itu dapat diasingkan dengan sewajarnya, Mahkamah boleh membuat suatu dapatan bahawa amanah itu adalah sah mengenai maksud atau maksud-maksud yang sah itu yang tidak menyentuh kesahan amanah itu sehingga takat dan di bawah syarat yang ditentukan olehnya.
(4) Jika pemegang amanah sesuatu amanah luar pesisir berpendapat bahawa amanah itu adalah atau mungkin, pada keseluruhannya atau sebahagiannya, tidak sah, dia hendaklah mendapatkan arahan daripada Mahkamah tentang kesahan amanah itu dan tentang apa-apa perkara yang berkenaan dengan harta amanah itu dan obligasinya berhubungan dengan amanah itu.
(5) Seseorang pembuat amanah atau benefisiari sesuatu amanah luar pesisir boleh juga meminta arahan daripada Mahkamah tentang perkara yang disebut dalam subseksyen (4).
Tidak boleh berkuat kuasanya tuntutan atau penghakiman luar negeri
10. (1) Jika sesuatu amanah luar pesisir diwujudkan dengan sah mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini,
17Amanah Luar Pesisir Labuan
Mahkamah tidak boleh mengubahnya atau mengetepikannya atau mengiktiraf kesahan apa-apa tuntutan terhadap harta amanah itu menurut undang-undang suatu bidang kuasa yang lain atau perintah mahkamah daripada suatu bidang kuasa yang lain berkenaan dengan—
(a) akibat terhadap diri dan keempunyaan daripada suatu perkahwinan atau penamatan perkahwinan;
(b) hak pewarisan, sama ada berwasiat atau tidak, termasuk bahagian tetap suami atau isteri atau saudara-mara;
(c) apa-apa tuntutan atau perintah mahkamah berkaitan dengan perkara yang disebut dalam perenggan (a) atau (b) yang berkenaan dengan undang-undang diri pembuat amanah atau benefisiari; atau
(d) tuntutan pemiutang dalam ketidaksolvenan yang tertakluk kepada peruntukan seksyen 11.
(2) Bagi mengelakkan keraguan, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa sekiranya ada apa-apa ketidakselarasan antara undang- undang yang sepatutnya bagi sesuatu amanah dengan undang-undang diri pembuat amanah atau benefisiari, maka undang-undang yang sepatutnya hendaklah mengatasi undang-undang diri itu.
Amanah luar pesisir atau pelupusan secara fraud
11. (1) Jika dibuktikan tanpa keraguan munasabah, yang bebannya adalah terletak pada pemiutang yang menuntut, bahawa sesuatu amanah luar pesisir yang diwujudkan atau didaftarkan di Labuan, atau harta yang dilupuskan kepada amanah luar pesisir itu—
(a) telah diwujudkan atau didaftarkan atau dilupuskan sedemikian oleh atau bagi pihak pembuat amanah dengan niat utama untuk memfraud pemiutang pembuat amanah itu; dan
(b) telah, pada masa pewujudan atau pendaftaran atau pelupusan itu berlaku, menjadikan pembuat amanah itu tidak solven atau tidak mempunyai harta yang dengannya tuntutan pemiutang itu, jika berjaya, dapat diselesaikan,
maka pewujudan, pendaftaran atau pelupusan itu tidaklah menjadi tidak sah atau boleh batal dan amanah luar pesisir itu adalah bertanggungan untuk menjelaskan tuntutan pemiutang daripada harta yang jika tidak kerana pewujudan, pendaftaran atau pelupusan
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
itu akan tersedia untuk menjelaskan tuntutan pemiutang itu dan tanggungan itu hanyalah setakat kepentingan yang pembuat amanah itu ada dalam harta itu sebelum pewujudan, pendaftaran, atau pelupusan itu, dan apa-apa pertambahan harta itu, jika ada, selepas itu.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), dalam menentukan sama ada sesuatu amanah luar pesisir yang diwujudkan atau didaftarkan atau sesuatu pelupusan telah menjadikan pembuat amanah tidak solven atau tidak mempunyai harta yang dengannya suatu tuntutan pemiutang, jika berjaya, dapat dijelaskan, hendaklah diambil kira nilai pasaran yang berpatutan bagi harta pembuat amanah itu (yang tidak merupakan harta amanah itu atau berhubungan dengan amanah itu), pada masa selepas sahaja pewujudan, pendaftaran, atau pelupusan itu, dan sekiranya nilai pasaran yang berpatutan bagi harta itu melebihi nilai tuntutan pemiutang pada masa itu, maka amanah luar pesisir yang diwujudkan atau didaftarkan sedemikian atau pelupusan itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan telah tidak diwujudkan atau didaftarkan sedemikian, atau harta itu dilupuskan, dengan niat utama untuk memfraud pemiutang itu.
(3) Sesuatu amanah luar pesisir yang diwujudkan atau didaftarkan di Labuan dan sesuatu pelupusan harta kepada amanah itu tidaklah menjadi fraud terhadap seseorang pemiutang seseorang pembuat amanah—
(a) jika pewujudan atau pendaftarannya atau pelupusan itu, berlaku selepas habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
(b) jika pewujudan atau pendaftarannya, atau pelupusan itu, berlaku sebelum habis tempoh dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang terakru dan pemiutang itu gagal memulakan tindakan sedemikian sebelum habis tempoh satu tahun dari tarikh pewujudan atau pendaftaran, atau pelupusan itu.
(4) Sesuatu amanah luar pesisir yang diwujudkan atau didaftarkan di Labuan dan sesuatu pelupusan harta kepada amanah itu tidaklah menjadi suatu fraud terhadap pemiutang seseorang pembuat amanah jika pewujudan atau pendaftaran, atau pelupusan harta berlaku sebelum kausa tindakan pemiutang terhadap pembuat amanah itu terakru atau berbangkit.
19Amanah Luar Pesisir Labuan
(5) Seseorang pembuat amanah tidak boleh dikaitkan dengan suatu niat untuk memfraud seseorang pemiutang semata-mata oleh sebab pembuat amanah itu—
(a) telah mewujudkan atau mendaftarkan suatu amanah luar pesisir atau telah melupuskan harta kepada amanah itu dalam masa dua tahun dari tarikh kausa tindakan pemiutang itu terakru; atau
(b) ialah seorang benefisiari.
(6) Jika sesuatu amanah luar pesisir adalah bertanggungan untuk menyelesaikan suatu tuntutan pemiutang mengikut cara yang diperuntukkan dalam subseksyen (1) tetapi tidak dapat berbuat sedemikian disebabkan oleh hakikat bahawa harta itu telah dilupuskan, selain kepada seorang pembeli bona fide dengan nilai, maka apa-apa pelupusan sedemikian adalah tidak sah.
(7) Bagi maksud seksyen ini, tarikh kausa tindakan terakru ialah—
(a) tarikh perbuatan atau peninggalan yang boleh digunakan untuk membuktikan kausa tindakan sama ada sebahagiannya atau sepenuhnya; dan jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau jika peninggalan itu merupakan peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana- mana yang berkenaan; dan
(b) dalam hal sesuatu tindakan atas suatu penghakiman, tarikh perbuatan atau peninggalan itu, atau jika terdapat lebih daripada satu perbuatan atau peninggalan itu ialah peninggalan yang berterusan, tarikh perbuatan yang pertama atau tarikh peninggalan itu mula berlaku, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang menyebabkan timbulnya penghakiman itu.
(8) Dalam seksyen ini, istilah “pemiutang” termasuklah mana- mana orang yang mengatakan ada suatu kausa tindakan.
Pendaftaran amanah luar pesisir
12. (1) Tiap-tiap amanah luar pesisir yang diwujudkan dengan sah mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini, sama ada di Labuan atau di luar negara, boleh didaftarkan dengan Lembaga.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(2) Pemegang amanah sesuatu amanah luar pesisir adalah bertanggungjawab bagi mendaftarkan amanah luar pesisir dan apa-apa perubahan selepas itu yang berkaitan dengannya di bawah Akta ini, jika amanah luar pesisir itu didaftarkan menurut subseksyen (1).
(3) Pendaftaran sesuatu amanah luar pesisir hendaklah dilaksanakan dengan memfailkan dengan Lembaga perkara yang berikut:
(a) suatu pernyataan yang mengandungi—
(i) nama amanah luar pesisir itu;
(ii) tarikh pewujudannya;
(iii) nama dan alamat syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah;
(iv) alamat pejabat berdaftar amanah luar pesisir itu;
(v) undang-undang yang sepatutnya bagi amanah luar pesisir itu; dan
(b) suatu akuan oleh syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah luar pesisir itu bahawa amanah itu memenuhi syarat Akta ini untuk ia menjadi suatu amanah luar pesisir.
(4) Lembaga hendaklah, setelah berpuas hati bahawa semua kehendak Akta ini bagi pewujudan suatu amanah luar pesisir telah dipatuhi dan fi yang ditetapkan telah dibayar, mendaftarkan amanah itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dengan sewajarnya.
(5) Apa-apa perubahan kemudiannya dalam butir-butir amanah luar pesisir berdaftar yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah diberitahu kepada dan didaftarkan dengan Lembaga dalam borang yang ditetapkan dalam masa satu bulan dari perubahan itu dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga ia didaftarkan sedemikian.
(6) Pemegang amanah bagi amanah luar pesisir berdaftar hendaklah memberitahu Lembaga mengenai penamatan amanah itu dalam borang yang ditetapkan dalam masa satu bulan dari penamatan itu.
(7) Pemegang amanah bagi amanah luar pesisir berdaftar hendaklah memberitahu Lembaga dalam borang yang ditetapkan tentang sama ada amanah itu masih wujud dan sama ada dia
21Amanah Luar Pesisir Labuan
masih menjadi pemegang amanahnya tidak lewat daripada satu bulan selepas tiap-tiap ulang tahun pendaftaran amanah itu di Labuan.
(8) Mana-mana pemegang amanah yang tidak mematuhi kehendak seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Penalti: Sepuluh ribu ringgit.
(9) Bagi maksud subseksyen (8), jika terdapat dua pemegang amanah atau lebih, kehendak seksyen ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi oleh semua pemegang amanah asalkan salah seorang daripada mereka mematuhinya.
Pendaftaran surat cara amanah
13. (1) Pemegang amanah sesuatu amanah luar pesisir berdaftar boleh memberi Lembaga suatu salinan surat cara amanah itu atau apa-apa pindaan kepadanya yang telah diperakui oleh pemegang amanah itu dan Lembaga hendaklah mendaftarkan dan memfailkan salinan itu sebagai salinan yang benar.
Nama dan pejabat berdaftar amanah luar pesisir
14. (1) Tiap-tiap surat cara amanah hendaklah mengandungi nama yang dengannya amanah luar pesisir itu akan dikenali dan didaftarkan dan nama itu hendaklah kekal sehingga amanah itu ditamatkan melainkan jika Lembaga, dengan mengambil kira hal keadaan kes itu, memikirkan patut dibenarkan perubahan nama itu.
(2) Pejabat berdaftar sesuatu amanah luar pesisir ialah pejabat berdaftar syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pemegang amanah bagi amanah itu dan hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian apa-apa dokumen kepada amanah itu.
Daftar dan sekatan bagi pendedahan
15. (1) Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar kesemua amanah luar pesisir yang didaftarkan di bawah subseksyen 12(4) dan hendaklah mencatatkan dalam daftar itu apa-apa perubahan butir-butir yang telah diberitahu dengan sewajarnya kepada Lembaga dan apa-apa perkara lain yang difikirkan sesuai oleh Lembaga.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(2) Atas permintaan pemegang amanah sesuatu amanah, dan apabila bukti yang mencukupi diberikan sehingga Lembaga berpuas hati, Lembaga boleh mengeluarkan suatu perakuan yang menyatakan, berdasarkan maklumat yang ada pada Lembaga, bahawa pada tarikh perakuan itu—
(a) pemohon ialah pemegang amanah bagi amanah itu; atau
(b) suatu salinan surat cara amanah itu sebagaimana yang disalin dan diperakui telah didaftarkan dengan Lembaga menurut seksyen 13.
(3) Tertakluk kepada terma amanah dan apa-apa perintah Mahkamah yang berlawanan dengannya, semua dokumen yang difailkan dengan atau disimpan oleh Lembaga yang berhubungan dengan amanah luar pesisir tidaklah terbuka kepada orang awam untuk diperiksa, dan Lembaga tidak boleh mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen sedemikian atau apa-apa maklumat yang sampai kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan tugasnya di bawah Akta ini.
Tempoh amanah luar pesisir
16. Sesuatu amanah luar pesisir hendaklah, melainkan jika dinyatakan selainnya dalam dan tertakluk kepada terma amanah itu, terus wujud selama tempoh yang tidak melebihi satu ratus tahun; tetapi ia boleh ditamatkan pada bila-bila masa mengikut peruntukan Akta ini.
Pengubahan dan pembatalan amanah luar pesisir
17. (1) Sesuatu amanah luar pesisir boleh memperuntukkan dengan nyata—
(a) bahawa termanya boleh diubah; atau
(b) bahawa amanah itu sendiri atau kuasa yang boleh dijalankan di bawah amanah itu boleh dibatalkan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya.
(2) Jika sesuatu amanah luar pesisir memperuntukkan bahawa terma amanah itu boleh diubah, kuasa untuk mengubah itu hendaklah tanpa menjejaskan kuasa yang terletak hak pada Mahkamah oleh Akta ini bagi pengubahan terma amanah itu.
23Amanah Luar Pesisir Labuan
(3) Tiada pengubahan terma sesuatu amanah luar pesisir atau pembatalan sesuatu amanah luar pesisir atau kuasa yang boleh dijalankan di bawah sesuatu amanah luar pesisir boleh menjejaskan apa-apa jua yang telah dilakukan dengan sah oleh seseorang pemegang amanah berhubungan dengan sesuatu amanah luar pesisir sebelum dia menerima notis tentang pengubahan atau pembatalan itu.
(4) Tertakluk kepada terma amanah itu, jika sesuatu amanah luar pesisir dibatalkan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka pemegang amanah hendaklah memegang harta amanah yang terjejas oleh pembatalan itu bagi pembuat amanah secara mutlak atau, jika pembuat amanah sudah meninggal dunia, bagi wakil diri atau harta pusaka pembuat amanah itu.
Kegagalan atau peluputan kepentingan
18. (1) Tertakluk kepada terma sesuatu amanah luar pesisir dan apa-apa perintah Mahkamah, harta amanah atau kepentingan di bawah amanah itu hendaklah dipegang oleh pemegang amanah sebagai amanah bagi pembuat amanah secara mutlak atau, jika pembuat amanah meninggal dunia, bagi wakil diri atau harta pusaka pembuat amanah itu jika—
(a) kepentingan yang berkenaan itu luput;
(b) harta amanah itu terletak hak pada seseorang selain bagi faedahnya semata-mata tetapi amanah yang baginya dia kena memegang harta itu tidak diisytiharkan atau disampaikan kepadanya;
(c) tiada benefisiari dan tiada orang yang boleh menjadi benefisiari mengikut terma amanah itu; atau
(d) amanah itu tamat selain menurut seksyen 19.
(2) Jika harta amanah atau kepentingan di bawah amanah itu dipegang oleh pemegang amanah bagi maksud khairat yang sudah tidak lagi wujud atau tidak lagi terpakai, harta atau kepentingan itu hendaklah dipegang bagi maksud khairat sedemikian sebagaimana yang diisytiharkan oleh Mahkamah sebagai selaras dengan niat asal pembuat amanah atau sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah selainnya.
(3) Sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh mana-mana pemegang amanah atau benefisiari, mengikut mana-mana yang berkenaan.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(4) Dalam seksyen ini, “pembuat amanah” ertinya orang yang tertentu yang mengadakan harta amanah atau kepentingan di bawah amanah yang disebut dalam subseksyen (1).
Penamatan amanah luar pesisir
19. (1) Tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah di bawah subseksyen (4) dan walau apa pun terma amanah itu, jika semua benefisiari sesuatu amanah luar pesisir ada dan telah ditentukan dan tiada seorang pun daripada mereka ialah orang belum dewasa atau orang yang tidak upaya di sisi undang-undang, mereka boleh menghendaki pemegang amanah supaya menamatkan amanah itu dan membahagikan harta amanah itu di kalangan mereka.
(2) Apabila amanah itu ditamatkan, pemegang amanah hendaklah membahagikan harta amanah itu kepada orang yang berhak kepadanya dalam masa yang munasabah dan mengikut terma amanah itu.
(3) Pemegang amanah boleh menyimpan aset yang mencukupi untuk mengadakan peruntukan yang munasabah bagi liabiliti, sama ada yang sedia ada, akan datang, kontingen atau selainnya, sebelum membahagikan harta amanah itu di bawah subseksyen (2).
(4) Mahkamah boleh, apabila tamat sesuatu amanah atau pada bila-bila masa selepas itu, atas permohonan yang dibuat oleh pemegang amanah atau mana-mana benefisiari—
(a) menghendaki pemegang amanah membahagikan harta amanah itu;
(b) mengarahkan pemegang amanah itu supaya tidak membahagikan harta amanah itu; atau
(c) membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.
Pendomisilan semula amanah luar negeri ke Labuan
20. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, sesuatu amanah yang ditubuhkan atau diwujudkan mengikut undang-undang mana- mana negara selain Malaysia, atau mengikut mana-mana bidang kuasa di dalam sesuatu negara sedemikian, boleh, jika dibenarkan sedemikian oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, atau terma amanah itu dan undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu, dikuatkuasakan, diiktiraf atau didaftarkan di Labuan seolah-olah ia telah diwujudkan di bawah Akta ini.
25Amanah Luar Pesisir Labuan
Migrasi amanah luar pesisir dari Labuan
21. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan terma amanah itu dan undang-undang yang sepatutnya bagi amanah itu, sesuatu amanah luar pesisir yang diwujudkan dengan sah atau diiktiraf di bawah Akta ini boleh dipindahkan kepada dan menjadi suatu amanah di bawah undang-undang suatu negara lain atau suatu bidang kuasa di dalam negara itu.
(2) Sesuatu amanah luar pesisir yang telah dipindahkan ke Labuan sebelumnya di bawah peruntukan seksyen 20 boleh dipindahkan ke dan menjadi suatu amanah di bawah undang- undang suatu negara lain atau suatu bidang kuasa di dalam negara itu mengikut seksyen ini.
BAHAGIAN III
BENEFISIARI AMANAH LUAR PESISIR
Benefisiari
22. (1) Tertakluk kepada subseksyen 4(3), seseorang benefisiari hendaklah—
(a) boleh dikenal pasti dengan nama; atau
(b) boleh ditentukan dengan merujuk kepada sesuatu kelas atau kepada sesuatu pertalian dengan seseorang, sama ada atau tidak masih hidup pada masa yang, di bawah terma amanah luar pesisir itu, ialah masa yang berkaitan dengannya anggota sesuatu kelas itu hendaklah ditentukan.
(2) Jika tiada benefisiari yang boleh dikenal pasti atau ditentukan mengikut subseksyen (1), amanah itu tidak sah melainkan jika maksudnya itu ialah maksud khairat.
(3) Seseorang pembuat amanah atau seseorang pemegang amanah luar pesisir boleh menjadi benefisiari amanah itu juga, tetapi jika dia ialah pemegang amanah tunggal, dia tidak boleh menjadi seorang benefisiari juga di bawahnya.
(4) Terma suatu amanah luar pesisir boleh mengadakan peruntukan bagi—
(a) penambahan seseorang sebagai seorang benefisiari;
(b) pengetepian benefisiari daripada mendapat faedah; atau
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(c) pengenaan ke atas seseorang benefisiari suatu obligasi sebagai suatu syarat bagi mendapat faedah.
Penolak tuntutan
23. (1) Seseorang benefisiari boleh menolak keseluruhan kepentingannya.
(2) Suatu penolak tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dan tidak boleh batal.
(3) Tertakluk kepada terma sesuatu amanah luar pesisir, seseorang benefisiari boleh menolak tuntut sebahagian daripada kepentingannya, sama ada atau tidak dia telah menerima apa-apa faedah daripada kepentingannya.
(4) Sesuatu penolak tuntutan yang dibuat di bawah subseksyen (3) boleh, tertakluk kepada terma amanah itu, menjadi boleh batal dan ia hendaklah dijalankan mengikut cara dan dalam hal keadaan yang dinyatakan sedemikian.
Kepentingan benefisiari dan urusan mengenainya
24. (1) Walaupun harta amanah sesuatu amanah luar pesisir termasuk harta tak alih, kepentingan seseorang benefisiari apa- apa amanah luar pesisir hendaklah terdiri daripada harta alih sahaja.
(2) Jika terma amanah memperuntukkan sedemikian, seseorang benefisiari boleh, melalui surat cara bertulis, menjual, menggadaikan, memindahkan atau selainnya berurusan tentang kepentingannya mengikut apa-apa cara.
Kepentingan kelas
25. (1) Tertakluk kepada terma amanah itu, yang berikut hendaklah terpakai jika sesuatu amanah, atau sesuatu kepentingan di bawah suatu amanah, berpihak kepada sesuatu golongan orang:
(a) sesuatu kelas tertutup apabila tiada kemungkinan lagi bagi mana-mana orang lain menjadi anggota kelas itu;
27Amanah Luar Pesisir Labuan
(b) seseorang wanita yang umurnya melebihi lima puluh lima tahun hendaklah disifatkan tidak boleh hamil lagi;
(c) jika apa-apa kepentingan kelas adalah berhubungan dengan pendapatan dan bagi apa-apa tempoh tiada anggota dalam kelas itu wujud, pendapatan itu hendaklah dikumpulkan dan tertakluk kepada seksyen 16, hendaklah disimpan sehingga ada anggota kelas itu yang wujud atau kelas itu tertutup.
(2) Dalam seksyen ini “kepentingan kelas” ertinya suatu amanah atau suatu kepentingan di bawah suatu amanah yang berpihak kepada suatu golongan orang.
BAHAGIAN IV
PEMEGANG AMANAH BAGI AMANAH LUAR PESISIR
Pelantikan pemegang amanah
26. (1) Pemegang amanah adalah dilantik oleh atau sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat cara amanah dan mengikut apa- apa bilangan yang diperuntukkan dalamnya.
(2) Tiada sekatan dikenakan ke atas bilangan pemegang amanah yang boleh diperuntukkan dalam surat cara amanah tetapi—
(a) jika hanya ada seorang pemegang amanah, pemegang amanah itu hendaklah suatu syarikat amanah; dan
(b) jika ada lebih daripada seorang pemegang amanah, salah seorang daripada pemegang amanah itu hendaklah suatu syarikat amanah.
(3) Jika tiada pemegang amanah dilantik atau diperuntukkan oleh surat cara amanah atau terdapat kekosongan di kalangan pemegang amanah yang tidak dapat diisi selainnya, mana-mana pemegang amanah yang menakat atau berterusan, mana-mana benefisiari atau bekas pemegang amanah yang terakhir, mengikut kehendak hal keadaan, boleh memohon kepada Mahkamah bagi pelantikan pemegang amanah yang baru.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(4) Mahkamah boleh membuat suatu perintah melantik pemegang amanah baru jika—
(a) dalam hal jika suatu permohonan di bawah subseksyen (3) dibuat oleh benefisiari, Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan yang dibuat oleh benefisiari itu telah disampaikan kepada bekas pemegang amanah yang terakhir atau kepada sekurang-kurangnya seorang daripada pemegang amanah yang menakat atau berterusan, jika ada;
(b) ia telah mendengar representasi yang dibuat oleh bekas pemegang amanah yang terakhir itu, pemegang amanah yang menakat atau yang berterusan itu atau mana-mana benefisiari; dan
(c) ia telah menentukan bahawa orang yang dinyatakan dalam permohonan itu atau yang selainnya yang dimaksudkan supaya dilantik sebagai pemegang amanah baru sanggup berbuat demikian.
(5) Tertakluk kepada terma amanah, seseorang pemegang amanah baru yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa, budi bicara dan kewajipan yang sama dan boleh dalam segala perkara bertindak seolah-olah dia telah dari mulanya dilantik sebagai pemegang amanah oleh surat cara amanah.
(6) Apabila seseorang pemegang amanah baru dilantik, apa- apa jua kehendak bagi meletakhakkan harta amanah pada, atau di bawah kawalan, pemegang amanah itu hendaklah dibuat.
Penerimaan pelantikan sebagai pemegang amanah
27. (1) Tiada seorang pun wajib menerima pelantikan sebagai pemegang amanah tetapi jika sesuatu syarikat amanah yang dilantik sebagai pemegang amanah melakukan apa-apa perbuatan atau benda berhubungan dengan harta amanah itu yang selaras dengan status pemegang amanah harta amanah itu, maka syarikat amanah itu hendaklah disifatkan telah menerima pelantikan sebagai pemegang amanah.
(2) Sesuatu syarikat amanah yang tidak menerima atau yang tidak disifatkan telah menerima pelantikan sebagai pemegang amanah boleh menolak pelantikan itu dalam tempoh masa yang munasabah selepas ia sedar tentang pelantikan itu dengan memberikan suatu notis bertulis kepada pembuat amanah atau kepada pemegang amanah yang lain.
29Amanah Luar Pesisir Labuan
(3) Jika pembuat amanah mati atau tidak dapat ditemui atau tidak wujud lagi dan tiada pemegang amanah lain, maka syarikat amanah yang menolak pelantikan sebagai pemegang amanah di bawah subseksyen (2) boleh memohon kepada Mahkamah supaya direliefkan daripada pelantikan itu dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut.
Peletakan jawatan sebagai pemegang amanah
28. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan terma amanah, seseorang pemegang amanah boleh meletakkan jawatan dengan menyerahkan kepada—
(a) pembuat amanah atau, jika tiada pembuat amanah, sekurang-kurangnya seorang benefisiari; dan
(b) dalam hal amanah luar pesisir berdaftar, Lembaga,
suatu notis bertulis tentang niatnya itu dan peletakan jawatan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada masa notis itu diserahkan.
(2) Sesuatu peletakan jawatan tidak berkuat kuasa jika—
(a) ia diberikan untuk memudahkan suatu pecah amanah; atau
(b) ia akan mengakibatkan tidak ada pemegang amanah, melainkan jika, sebelum peletakan jawatan itu mula berkuat kuasa, permohonan dibuat kepada Mahkamah bagi pelantikan seorang pemegang amanah yang baru dan seorang pemegang amanah yang baru telah dilantik.
Kekosongan dalam sesuatu amanah
29. (1) Seseorang pemegang amanah hendaklah terhenti menjadi pemegang amanah dan tempatnya sebagai pemegang amanah hendaklah dianggap kosong apabila—
(a) dia dipecat sebagai pemegang amanah oleh Mahkamah;
(b) peletakan jawatannya mula berkuat kuasa;
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(c) mula berkuat kuasa suatu peruntukan dalam terma amanah yang di bawahnya pemegang amanah itu dipecat daripada jawatannya atau selainnya terhenti memegang jawatan; atau
(d) langkah-langkah diambil bagi penggulungan syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah.
(2) Seseorang yang terhenti menjadi pemegang amanah di bawah seksyen ini hendaklah melakukan segala yang perlu untuk meletakhakkan harta amanah pada pemegang amanah baru atau kepada pemegang amanah yang menakat atau yang berterusan.
Kewajipan pemegang amanah
30. (1) Seseorang pemegang amanah hendaklah, dalam melaksanakan kewajipannya dan menjalankan kuasa dan budi bicaranya, bertindak dengan usaha wajar sebagaimana seorang yang berhemat akan bertindak dengan sedaya upaya dan dengan kemahiran terbaiknya dan dengan setulus-tulusnya.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, seseorang pemegang amanah hendaklah menjalankan dan mentadbirkan amanah itu mengikut termanya dan hendaklah—
(a) memastikan bahawa harta amanah itu terletak hak padanya atau selainnya di bawah kawalannya; dan
(b) setakat yang munasabah, memelihara dan menambah nilai harta amanah itu.
(3) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh Akta ini atau yang diperuntukkan dengan nyata oleh terma amanah, seseorang pemegang amanah tidak boleh—
(a) mendapatkan keuntungan, secara langsung atau tidak langsung, daripada peramanahannya itu;
(b) menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang, selain seseorang yang dilantik atau diwakilkan dengan sepatutnya oleh pemegang amanah di bawah Akta ini atau oleh Mahkamah atau menurut terma amanah itu untuk mendapat keuntungan, secara langsung atau tidak langsung daripada peramanahan itu; atau
31Amanah Luar Pesisir Labuan
(c) bagi pihaknya sendiri membuat apa-apa transaksi dengan pemegang amanah yang lain, atau berhubungan dengan harta amanah itu, yang boleh menghasilkan keuntungan itu,
tanpa kelulusan Mahkamah.
(4) Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan akaun dan rekod yang tepat mengenai peramanahannya dan hendaklah memberikan suatu akaun mengenai peramanahan itu sebagaimana yang dikehendaki oleh terma amanah itu atau oleh suatu perintah Mahkamah.
(5) Seseorang pembuat amanah atau mana-mana benefisiari boleh memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah untuk menghendaki pemegang amanah memberikan suatu akaun mengenai peramanahannya itu kepada mana-mana daripada mereka.
(6) Seseorang pemegang amanah hendaklah menyimpan harta amanah secara berlainan dan berasingan daripada hartanya sendiri dan secara yang dapat dikenal pasti secara berasingan daripada mana-mana harta lain yang baginya dia ialah pemegang amanah atau yang kepadanya dia berhak secara benefisial.
Kewajipan pemegang amanah bersama
31. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan terma amanah, jika ada lebih daripada seorang pemegang amanah, semua pemegang amanah itu hendaklah —
(a) bertindak bersesama dalam melaksanakan kewajipan mereka dan menjalankan kuasa mereka; dan
(b) tidak menjalankan apa-apa kuasa atau budi bicara melainkan jika semua pemegang amanah bersetuju.
(2) Jika terma amanah memberi pemegang amanah kuasa untuk bertindak secara majoriti —
(a) seseorang pemegang amanah yang tidak setuju dengan keputusan majoriti pemegang amanah hendaklah menyebabkan ketidaksetujuannya direkodkan secara bertulis;
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(b) walau apa pun apa-apa yang terkandung dalam terma amanah, tidaklah sah atau mempunyai kuat kuasa apa- apa perbuatan, keputusan, kuasa atau budi bicara yang hendaklah dilakukan, diambil atau dijalankan oleh pemegang amanah secara majoriti jika ia dilakukan, diambil atau dijalankan tanpa persetujuan syarikat amanah yang bertindak sebagai salah seorang pemegang amanah bagi amanah itu.
Kesaksamaan pemegang amanah
32. Tertakluk kepada terma amanah dan tanpa menjejaskan pelaksanaan budi bicara yang diberikan kepada pemegang amanah oleh terma amanah itu, seseorang pemegang amanah hendaklah saksama dan tidak boleh menyempurnakan amanah itu bagi faedah seseorang benefisiari atau sesuatu maksud khairat dengan menjejaskan benefisiari atau maksud khairat yang lain jika ada lebih daripada seorang benefisiari atau satu maksud khairat di bawah amanah itu, atau bagi faedah seseorang benefisiari dengan menjejaskan maksud khairat atau sebaliknya, jika amanah itu mempunyai seorang benefisiari dan satu maksud khairat sahaja.
Kuasa pemegang amanah
33. (1) Tertakluk kepada terma amanah dan peruntukan Akta ini, seseorang pemegang amanah hendaklah mempunyai semua kuasa pemunya benefisial berhubungan dengan harta amanah.
(2) Seseorang pemegang amanah hendaklah menjalankan kuasanya demi kepentingan benefisiari dan mengikut terma amanah itu.
Surat atau memorandum hasrat
34. (1) Pembuat amanah sesuatu amanah boleh memberi pemegang amanah suatu surat mengenai hasratnya atau pemegang amanah boleh menyediakan suatu memorandum mengenai hasrat pembuat amanah itu berhubungan dengan penjalanan apa-apa fungsi yang diberikan kepada pemegang amanah itu oleh terma amanah itu.
(2) Seseorang benefisiari sesuatu amanah boleh memberi pemegang amanah suatu surat mengenai hasratnya atau pemegang
33Amanah Luar Pesisir Labuan
amanah boleh menyediakan suatu memorandum mengenai hasrat benefisiari itu berhubungan dengan penjalanan apa-apa fungsi yang diberikan kepada pemegang amanah itu oleh terma amanah itu.
(3) Jika sesuatu amanah memihak kepada suatu kelas orang, maka seseorang anggota kelas itu boleh memberi pemegang amanah suatu surat mengenai hasratnya atau pemegang amanah itu boleh menyediakan suatu memorandum mengenai hasrat anggota itu berhubungan dengan penjalanan apa-apa fungsi yang diberikan kepada pemegang amanah itu oleh terma amanah itu.
(4) Jika sesuatu surat hasrat atau memorandum hasrat diberikan kepada atau disediakan oleh pemegang amanah suatu amanah, dia boleh mengambil kira surat atau memorandum itu dalam menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepadanya oleh terma amanah itu tetapi tidaklah bertanggungjawab dengan apa-apa cara pun bagi kegagalan atau keengganannya untuk mengambil kira surat atau memorandum itu.
(5) Tiada kewajipan atau obligasi fidusiari boleh dikenakan ke atas pemegang amanah semata-mata oleh sebab suatu surat hasrat telah diberikan kepadanya atau dia telah menyediakan suatu memorandum hasrat.
Pelantikan pelindung
35. (1) Terma sesuatu amanah boleh secara nyata membuat peruntukan bagi pelantikan seorang pelindung amanah itu yang hendaklah dirunding oleh pemegang amanah dalam menjalankan semua kuasa atau kuasa-kuasa tertentu sebagaimana yang diperuntukkan dalam terma amanah itu, tetapi jika pelindung itu tidak dapat ditemui, Mahkamah boleh atas permohonan oleh pemegang amanah mengetepikan kehendak itu.
(2) J ika te rma amanah i tu menghendaki pemegang amanah mendapatkan persetujuan pelindung itu sebelum menjalankan sesuatu kuasa atau budi bicara, pelindung yang memberikan persetujuan sedemikian tidaklah dengan berbuat sedemikian boleh dianggap sebagai seorang pemegang amanah.
(3) Melainkan jika diketepikan selainnya dengan nyata oleh terma amanah itu, seseorang pelindung adalah mempunyai kuasa untuk memecat pemegang amanah atau melantik pemegang amanah
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
yang baru atau pemegang amanah tambahan, tetapi jika pelindung itu memecat sesuatu syarikat amanah sebagai pemegang amanah, pelindung hendaklah melantik suatu syarikat amanah yang lain sebagai pemegang amanah yang baru sebagai gantinya.
Perwakilan kuasa oleh pemegang amanah
36. (1) Seorang pemegang amanah tidak boleh mewakilkan kuasanya melainkan jika dibenarkan berbuat demikian oleh Akta ini atau oleh terma amanah itu atau oleh Mahkamah.
(2) Seorang pemegang amanah boleh, melainkan jika terma amanah dengan khususnya memperuntukkan sebaliknya—
(a) melantik atau mewakilkan pengurusan harta amanah kepada pengurus pelaburan yang dianggap dengan munasabah oleh pemegang amanah itu sebagai kompeten dan berkelayakan untuk menguruskan pelaburan harta amanah;
(b) melantik seorang ejen, sama ada peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau membuat apa-apa tindakan yang dikehendaki untuk dijalankan atau dibuat dalam menyempurnakan amanah itu atau memegang mana-mana harta amanah; dan
(c) membenarkan mana-mana pengurus atau ejen itu untuk menyimpan apa-apa komisen atau bayaran lain yang biasanya boleh dibayar bagi perkhidmatan daripada perihalan itu yang diberikan.
(3) Seorang pemegang amanah yang dengan suci hati dan tidak abai membuat suatu pelantikan atau suatu perwakilan mengikut peruntukan seksyen ini tidak boleh dipertanggungkan bagi apa- apa kerugian kepada amanah itu akibat daripada pelantikan atau perwakilan itu atau daripada keingkaran mana-mana orang yang dilantik atau wakil jika pemegang amanah itu telah bertindak dengan kemahiran dan cermat seperti yang sewajarnya dalam pemilihan orang yang dilantik atau wakil itu.
Surat kuasa wakil
37. (1) Melainkan jika terma amanah memperuntukkan yang sebaliknya, pemegang amanah boleh, dengan surat kuasa wakil,
35Amanah Luar Pesisir Labuan
mewakilkan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan, pelaksanaan mana-mana amanah atau fungsi yang terletak hak padanya, sama ada berseorangan atau bersesama, sebagai pemegang amanah kecuali kuasa untuk memberikan surat kuasa wakil di bawah seksyen ini.
(2) Pemegang amanah yang mewakilkan sesuatu amanah atau fungsi dengan surat kuasa wakil di bawah seksyen ini hendaklah disebut “pemberi kuasa wakil” dalam seksyen ini dan orang yang kepadanya amanah atau fungsi itu diwakilkan disebut “penerima kuasa wakil”.
(3) Seseorang yang merupakan satu-satunya pemegang amanah bersama yang lain bagi pemberi kuasa wakil itu tidak boleh menjadi penerima kuasa wakil.
(4) Pemberi kuasa wakil hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberian surat kuasa wakil di bawah seksyen ini, memberikan notis bertulis tentang perwakilan itu kepada—
(a) mana-mana orang lain yang di bawah terma amanah mempunyai kuasa, sama ada berseorangan atau bersesama, untuk melantik pemegang amanah yang baru;
(b) tiap-tiap pemegang amanah bersama; dan
(c) dalam hal amanah berdaftar, Lembaga.
(5) Notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menyatakan—
(a) tarikh mula berkuat kuasa dan jangka masa surat kuasa wakil itu;
(b) nama dan alamat penerima kuasa wakil itu;
(c) sebab bagi pemberian surat kuasa wakil itu; dan
(d) amanah atau fungsi yang diwakilkan.
(6) Kegagalan pemberi kuasa wakil untuk mematuhi subseksyen (4) atau (5) tidaklah sendirinya, dengan memihak kepada orang yang berurusan dengan penerima kuasa wakil itu, menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan oleh penerima kuasa wakil itu.
(7) Pemberi kuasa wakil adalah terikat dan bertanggungan bagi semua tindakan atau keingkaran penerima kuasa wakil yang dibuat atau yang berupa sebagai dibuat di bawah surat kuasa wakil itu seolah-olah tindakan atau keingkaran itu adalah tindakan atau keingkarannya sendiri.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(8) Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai bagi sesuatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah.
Pengumpulan, pendahuluan atau penguntukan harta amanah
38. (1) Jika terma amanah mengarahkan atau membenarkan pengumpulan selama suatu tempoh semua atau sebahagian daripada pendapatan amanah itu, pemegang amanah hendaklah mengagihkan pendapatan amanah yang tidak dikumpulkan sebagaimana yang diarahkan atau dibenarkan oleh terma amanah itu.
(2) Tertakluk kepada terma amanah, dan tertakluk kepada apa- apa kepentingan atau tanggungan yang terdahulu yang menyentuh harta amanah itu, jika seseorang benefisiari ialah orang belum dewasa dan sama ada atau tidak kepentingannya merupakan kepentingan yang terletak hak atau kepentingan yang akan terletak hak apabila dia mencapai umur dewasa atau umur yang melebihi umur dewasa atau apabila berlaku apa-apa kejadian, pemegang amanah boleh—
(a) mengumpulkan pendapatan yang berkaitan dengan kepentingan benefisiari itu sementara menanti dia mencapai umur dewasa atau umur yang melebihi umur dewasa atau berlakunya apa-apa kejadian itu;
(b) membayar kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau selainnya menggunakan pendapatan atau sebahagian daripada pendapatan itu bagi penyaraan, pendidikan atau faedah lain benefisiari itu; atau
(c) mendahulukan atau menguntukkan kepada atau bagi faedah mana-mana benefisiari itu pendapatan itu atau sebahagian daripada pendapatan itu.
(3) Resit yang diberikan oleh ibu atau bapa atau penjaga yang sah seseorang benefisiari yang belum dewasa hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi pemegang amanah bagi pembayaran yang dibuat di bawah subseksyen (2).
(4) Tertakluk kepada terma amanah dan kepada apa-apa kepentingan atau tanggungan terdahulu yang menyentuh harta amanah, pemegang amanah boleh membuat pendahuluan atau menggunakan bagi faedah benefisiari sebahagian daripada harta amanah sebelum tarikh berlakunya sesuatu kejadian yang sekiranya berlaku akan menjadikan benefisiari berhak sepenuhnya kepada harta amanah itu.
37Amanah Luar Pesisir Labuan
(5) Tertakluk kepada terma amanah, pemegang amanah boleh menguntukkan harta amanah untuk atau bagi memenuhi kepentingan benefisiari dengan apa-apa cara dan mengikut apa-apa penilaian yang difikirkan patut oleh pemegang amanah.
(6) Tertakluk kepada terma amanah, mana-mana bahagian harta amanah yang didahulukan, digunakan atau diuntukkan di bawah seksyen ini hendaklah diambil kira dalam menentukan dari semasa ke semasa bahagian benefisiari itu dalam harta amanah itu.
(7) Tiada bahagian harta amanah yang didahulukan, digunakan atau diuntukkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini boleh melebihi bahagian anggapan, kontingen atau terletak hak bagi benefisiari itu dalam harta amanah itu.
Penetapan atau penyerahhakan harta amanah
39. Jika terma amanah memberi pemegang amanah atau mana-mana orang la in kuasa untuk menetapkan a tau menyerahhakkan semua atau mana-mana bahagian harta amanah atau mana-mana kepentingan dalam harta amanah itu kepada mana-mana orang atau kepada pemegang amanah bagi faedah mana-mana orang, kuasa itu hendaklah, tertakluk kepada terma amanah, mempunyai kuat kuasa sama ada atau tidak orang itu merupakan benefisiari amanah itu sebaik sebelum penetapan atau penyerahhakan itu.
Saraan dan perbelanjaan
40. (1) Seseorang pemegang amanah tidak berhak mendapat apa-apa saraan bagi perkhidmatan yang diberikan melainkan jika dibenarkan—
(a) oleh terma amanah itu;
(b) melalui persetujuan bertulis semua benefisiari yang dapat dikenal pasti atau dapat ditentukan; atau
(c) oleh suatu perintah Mahkamah.
(2) Seseorang pemegang amanah boleh membayar balik kepada dirinya sendiri atau membayar daripada amanah semua perbelanjaan dan liabiliti yang semunasabahnya dilakukan olehnya berkaitan dengan amanah itu.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Kerahsiaan yang berhubungan dengan amanah
41. (1) Tertakluk kepada terma amanah dan kepada apa-apa perintah Mahkamah yang diberikan atas sebab khas dan luar biasa, seseorang pemegang amanah atau mana-mana orang lain tidak boleh dikehendaki supaya mendedahkan kepada mana-mana orang apa-apa dokumen atau maklumat yang mendedahkan—
(a) pertimbangtelitiannya tentang bagaimana dia patut menjalankan atau telah menjalankan fungsinya sebagai pemegang amanah;
(b) sebab bagi apa-apa keputusan yang dibuat pada menjalankan fungsi itu;
(c) apa-apa material yang berdasarkannya keputusan itu telah atau mungkin dibuat;
(d) mana-mana bahagian akaun amanah itu; atau
(e) apa-apa surat hasrat yang diberikan oleh pembuat amanah atau benefisiari.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), jika permintaan supaya didedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan atau menjadi sebahagian daripada akaun amanah dibuat oleh benefisiari di bawah amanah itu atau, dalam hal suatu amanah bagi maksud khairat, oleh suatu khairat yang disebut dengan nama dalam surat cara amanah sebagai seorang benefisiari di bawah amanah itu, pemegang amanah wajib mendedahkan dokumen atau maklumat lain yang diminta.
(3) Kecuali sebagaimana yang dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini, atau oleh terma amanah atau sebagaimana yang perlu bagi maksud amanah itu, dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain—
(a) tiap-tiap pemegang amanah dan tiap-tiap orang lain hendaklah pada setiap masa menganggap dan memperlakukan semua dokumen dan maklumat berhubungan dengan sesuatu amanah sebagai rahsia dan sulit;
(b) tiada pemegang amanah atau orang lain boleh pada bila- bila masa dikehendaki untuk mengemukakan kepada atau di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal, lembaga, jawatankuasa penyiasatan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain atau menzahirkan kepada mana-mana pihak
39Amanah Luar Pesisir Labuan
berkuasa itu apa-apa perkara atau benda yang sampai kepada pengetahuannya atau ada dalam milikannya kerana apa-apa sebab jua pun, jika perkara atau benda itu berhubungan dengan suatu amanah.
(4) Mana-mana pemegang amanah atau orang lain yang, kecuali sebagaimana yang dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini, atau oleh terma amanah itu atau oleh Mahkamah, pada bila-bila masa menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan apa-apa perkara atau benda berhubungan dengan sesuatu amanah kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan.
Penalti : Pemenjaraan selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Liabiliti bagi pecah amanah
42. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan terma amanah, seseorang pemegang amanah yang melakukan atau menyertai suatu pecah amanah adalah, tanpa menjejaskan mana-mana liabiliti yang lain, bertanggungan bagi—
(a) apa-apa kerugian atau susut nilai harta amanah itu akibat daripada pecah amanah itu; dan
(b) apa-apa keuntungan yang sepatutnya terakru kepada amanah itu sekiranya tiada pecah amanah sedemikian.
(2) Dalam hal suatu pecah amanah yang dilakukan atau disertai oleh suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah, tiap-tiap orang yang, pada masa pecah amanah itu, adalah seorang pengarah syarikat amanah itu hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), disifatkan menjadi seorang penjamin syarikat amanah itu berkenaan dengan apa-apa ganti rugi dan kos yang mungkin diawardkan oleh Mahkamah terhadap syarikat amanah itu berkenaan dengan pecah amanah itu.
(3) Mahkamah boleh melepaskan seseorang pengarah sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya daripada liabiliti dirinya sendiri sebagai seorang penjamin jika dia menjadikan Mahkamah berpuas hati bahawa untuk berlaku adil dia patut dilepaskan sedemikian kerana—
(a) dia tidak sedar tentang pecah amanah itu atau tentang niat untuk melakukannya dan, kerana dia tidak sedar, dia tidaklah bertindak secara melulu atau cuai; atau
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(b) dia dengan nyata membuat bantahan, dan menjalankan apa-apa hak yang ada padanya dalam bentuk kuasa mengundi atau selainnya sebagai seorang pemegang syer atau pengarah atau pegawai lain syarikat itu, untuk cuba mencegah pecah amanah itu.
(4) Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan bagi sesuatu pecah amanah yang dilakukan sebelum pelantikannya jika pecah amanah itu dilakukan oleh orang lain, tetapi pemegang amanah itu hendaklah mengambil segala langkah yang munasabah untuk meremedikan akibat atau apa-apa kerugian yang timbul daripada pecah amanah itu.
(5) Seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan bagi pecah amanah yang dilakukan oleh seseorang pemegang amanah bersama melainkan jika—
(a) dia sedar atau sepatutnya sedar tentang pecah amanah itu atau niat pemegang amanah bersama itu tentang pecah amanah itu; dan
(b) dia secara aktif menyembunyikan pecah amanah itu atau niat itu atau tidak dalam masa yang munasabah mengambil langkah yang wajar bagi melindungi atau memulihkan harta amanah itu atau mencegah pecah amanah itu.
(6) Tertakluk kepada terma amanah, seseorang pemegang amanah tidaklah bertanggungan—
(a) bagi keingkaran seseorang pemegang amanah bersama melainkan jika dia—
(i) menyertai keingkaran pemegang amanah itu; atau
(ii) tidak mengambil langkah berhati-hati yang munasabah untuk mencegahnya;
(b) bagi apa-apa kerugian kepada harta amanah, melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh—
(i) keingkaran, perbuatan atau persetujuannya yang disengajakan; atau
(ii) keabaiannya atau kegagalannya untuk menjalankan langkah berhati-hati yang munasabah bagi mencegah kerugian itu.
41Amanah Luar Pesisir Labuan
(7) Jika terdapat dua pecah amanah atau lebih, seorang pemegang amanah tidak boleh menolak sesuatu perolehan daripada satu pecah amanah daripada kerugian yang diakibatkan oleh suatu pecah amanah lain.
(8) Jika dua orang pemegang amanah atau lebih bertanggungan berkenaan dengan suatu pecah amanah, liabiliti mereka hendaklah bersesama dan berasingan.
(9) Seseorang benefisiari boleh, berkenaan dengan liabiliti bagi suatu pecah amanah yang sudah dilakukan, melepaskan seseorang pemegang amanah daripada, atau menanggung ruginya terhadap, liabiliti itu, tetapi hanya jika benefisiari itu —
(a) mempunyai keupayaan di sisi undang-undang;
(b) mempunyai pengetahuan penuh tentang semua fakta material; dan
(c) tidak didorong dengan cara yang tidak sepatutnya oleh pemegang amanah itu supaya memberikan pelepasan atau tanggung rugi itu.
(10) Mahkamah boleh melepaskan pemegang amanah itu sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya daripada liabiliti bagi suatu pecah amanah jika ia berpuas hati bahawa pemegang amanah itu telah bertindak secara jujur dan munasabah dan untuk berlaku adil dia patut dimaafkan dalam hal keadaan itu.
(11) Bagi maksud seksyen ini—
“pengarah” termasuklah mana-mana orang yang memegang jawatan pengarah sesuatu syarikat, dengan nama apa jua pun dia dipanggil, dan termasuklah seseorang yang bertindak atau mengeluarkan petunjuk atau arahan mengikut cara pengarah sesuatu syarikat lazimnya mengeluarkan petunjuk atau arahan atau bertindak, dan pengarah silih ganti atau pengarah ganti, walaupun ada apa-apa kecacatan dalam pelantikan atau kelayakan orang itu;
“pegawai” berhubungan dengan sesuatu syarikat termasuklah—
(a) mana-mana pengarah, setiausaha atau pekerja syarikat itu;
(b) seseorang penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam apa-apa surat cara; dan
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(c) mana-mana pelikuidasi sesuatu syarikat yang dilantik dalam penggulungan secara sukarela, tetapi tidak termasuk—
(i) mana-mana penerima yang bukan juga seorang pengurus;
(ii) mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh Mahkamah; atau
(iii) mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang.
Pemegang amanah bertindak berkenaan dengan lebih daripada satu amanah
43. (1) Seseorang pemegang amanah yang bertindak bagi lebih daripada satu amanah tidaklah, tanpa fraud, disentuh oleh notis tentang apa-apa surat cara, perkara, fakta atau benda yang berhubungan dengan mana-mana amanah tertentu jika pemegang amanah itu telah memperoleh notis tentangnya oleh sebab dia bertindak atau telah bertindak bagi maksud suatu amanah yang lain.
(2) Seseorang pemegang amanah suatu amanah hendaklah mendedahkan kepada mana-mana pemegang amanah bersama apa-apa kepentingan yang dipunyainya sebagai pemegang amanah suatu amanah yang lain jika apa-apa transaksi yang berhubungan dengan amanah yang mula-mula disebut itu hendak dibuat dengan pemegang amanah yang satu lagi.
Berurusan dengan pihak ketiga
44. (1) Jika dalam mana-mana transaksi atau perkara yang melibatkan suatu amanah, seseorang pemegang amanah memaklumkan pihak ketiga bahawa dia bertindak sebagai pemegang amanah, maka sesuatu tuntutan oleh pihak ketiga itu yang berhubungan dengannya hendaklah hanya meliputi harta amanah itu sahaja.
(2) Jika dalam apa-apa transaksi atau perkara sedemikian seseorang pemegang amanah tidak memberitahu pihak ketiga
43Amanah Luar Pesisir Labuan
bahawa dia bertindak sebagai pemegang amanah dan pihak ketiga itu tidak selainnya menyedari hakikat itu, pemegang amanah itu—
(a) hendaklah bertanggungan sendiri kepada pihak ketiga itu berkenaan dengannya; dan
(b) hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan harta amanah bagi menanggung ruginya terhadap liabiliti itu, melainkan jika tindakan pemegang amanah itu merupakan pecah amanah.
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan liabiliti pemegang amanah bagi pecah amanah atau apa-apa liabiliti lain di bawah mana-mana undang-undang.
(4) Dalam seksyen ini, “pihak ketiga” ertinya seseorang selain pembuat amanah, pemegang amanah atau benefisiari amanah itu.
Pemegang amanah konstruktif
45. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang membuat atau menerima apa-apa keuntungan, laba atau faedah daripada suatu pecah amanah dia hendaklah disifatkan sebagai pemegang amanah konstruktif bagi keuntungan, laba atau faedah itu.
(2) Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi pembeli bona fide harta dengan nilai dan tanpa notis tentang pecah amanah.
(3) Seseorang pemegang amanah konstruktif atau seseorang yang menjadi pemegang amanah konstruktif hendaklah menghantarserahkan harta yang dia menjadi pemegang amanah konstruktif kepada orang yang berhak dengan sepatutnya kepada harta itu.
(4) Seksyen ini tidaklah mengetepikan apa-apa hal keadaan lain yang mengikutnya seseorang mungkin merupakan atau menjadi seorang pemegang amanah konstruktif.
Tanggung rugi bagi pemegang amanah bersara
46. (1) Seseorang pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti daripada menjadi pemegang amanah hendaklah dengan sewajarnya menyerahkan harta amanah
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
dalam milikan atau kawalannya kepada pemegang amanah menakat atau berterusan, atau jika tiada, harta amanah itu hendaklah dibiarkan begitu sahaja sehingga dilantik pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah yang baru.
(2) Pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti menjadi pemegang amanah boleh, sebelum harta amanah diserahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1), membayar balik kepada dirinya sendiri atau membayar daripada amanah itu apa-apa perbelanjaan dan liabiliti yang semunasabahnya dilakukan sebelum itu olehnya berkaitan dengan amanah itu.
(3) Seseorang pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti menjadi pemegang amanah dan telah mematuhi kehendak subseksyen (1) adalah terlepas daripada menanggung liabiliti kepada mana-mana benefisiari, pemegang amanah atau orang yang mempunyai kepentingan di bawah amanah itu bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan berhubungan dengan harta amanah atau kewajipannya sebagai pemegang amanah, kecuali yang berkenaan dengan tindakan yang berbangkit daripada apa-apa pecah amanah yang kepadanya pemegang amanah itu atau, dalam hal suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah itu, mana-mana pegawai atau pekerjanya, menjadi suatu pihak atau yang diketahui olehnya.
(4) Seorang pemegang amanah yang meletakkan jawatan atau dipecat atau selainnya terhenti daripada menjadi pemegang amanah hendaklah terus menanggung liabiliti kepada mana- mana benefisiari, pemegang amanah atau orang yang mempunyai kepentingan di bawah amanah itu supaya boleh didapatkan semula daripada pemegang amanah itu atau, dalam hal suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah sedemikian, daripada mana-mana pegawai atau pekerjanya, harta amanah atau hasil daripadanya yang ada dalam milikannya atau yang diterima sebelumnya olehnya dan diambil untuk kegunaannya sendiri atau tidak diserahkan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (1).
(5) Tertakluk kepada terma amanah, pemegang amanah tidak boleh menanggung rugi dirinya hingga ke takat yang lebih besar daripada yang diperuntukkan dalam seksyen ini.
45Amanah Luar Pesisir Labuan
BAHAGIAN V
PELBAGAI
Pengubahan terma amanah bagi pihak orang belum dewasa, dll.
47. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Mahkamah boleh, atas permohonan seseorang pembuat amanah atau wakil dirinya, pelindung sesuatu amanah, seseorang pemegang amanah atau seseorang benefisiari, bagi pihak—
(a) mana-mana orang belum dewasa, atau mana-mana orang yang tidak upaya di sisi undang-undang, yang mempunyai kepentingan, secara langsung atau tidak langsung, sama ada terletak hak atau kontingen di bawah amanah itu;
(b) mana-mana orang, sama ada ditentukan atau tidak, yang menjadi berhak, secara langsung atau tidak langsung, mendapat suatu kepentingan di bawah amanah itu pada suatu tarikh akan datang atau apabila terjadi suatu kejadian akan datang;
(c) seseorang daripada mana-mana perihalan tertentu atau seseorang anggota mana-mana kelas orang yang tertentu;
(d) mana-mana orang yang belum dilahirkan; atau
(e) mana-mana orang yang berkenaan dengan apa-apa kepentingannya yang mungkin terakru kepadanya oleh sebab apa-apa kuasa budi bicara yang diberikan kepada mana-mana orang atas kegagalan atau penentuan apa- apa kepentingan yang sedia ada yang tidak gagal atau ditentukan,
meluluskan apa-apa perkiraan yang mengubah atau membatalkan terma sesuatu amanah atau menambah atau mengubah suai kuasa pengurusan atau pentadbiran mana-mana pemegang amanah, sama ada atau tidak terdapat orang lain dengan kepentingan benefisial yang berupaya menyetujui perkiraan itu.
(2) Mahkamah tidak boleh meluluskan sesuatu perkiraan bagi pihak mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), (b), (c) atau (d) melainkan jika ia berpuas hati bahawa pelaksanaan perkiraan itu adalah tampaknya bagi faedah orang itu.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Kelulusan transaksi tertentu
48. Jika dalam pengurusan atau pentadbiran sesuatu amanah, sesuatu transaksi adalah pada pendapat Mahkamah suai manfaat, tetapi tidak dapat dikuatkuasakan kerana kuasa yang perlu tidak diletakhakkan pada pemegang amanah oleh terma amanah atau oleh undang-undang, Mahkamah boleh, atas permohonan pemegang amanah atau benefisiari—
(a) memberi pemegang amanah, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal keadaan tertentu, kuasa yang perlu, atas apa-apa terma dan tertakluk kepada apa-apa syarat jika ada, sebagaimana yang didapatinya patut; dan
(b) mengarahkan cara untuk dan harta yang daripadanya apa- apa wang yang dibenarkan untuk dibelanjakan, dan kos apa-apa transaksi, hendaklah dibayar atau ditanggung.
Kuasa am Mahkamah
49. (1) Seseorang pemegang amanah boleh memohon kepada Mahkamah bagi mendapatkan arahan berkenaan dengan cara bagaimana dia boleh atau patut bertindak berkaitan dengan apa- apa perkara yang berkenaan dengan amanah itu dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah, jika ada, sebagaimana yang didapatinya patut.
(2) Mahkamah juga boleh, jika didapatinya patut—
(a) membuat suatu perintah berkenaan dengan—
(i) pelaksanaan atau pentadbiran apa-apa amanah;
(ii) pemegang amanah apa-apa amanah, termasuk suatu perintah yang berhubungan dengan penjalanan apa- apa kuasa, budi bicara atau kewajipan pemegang amanah, pelantikan atau pemecatan pemegang amanah, saraan pemegang amanah, pengemukaan akaun, tingkah laku pemegang amanah dan apa-apa bayaran kepada mahkamah;
(iii) mana-mana benefisiari atau mana-mana orang yang mempunyai apa-apa kaitan dengan amanah itu; atau
(iv) apa-apa harta amanah, termasuk suatu perintah tentang peletakhakan, pemeliharaan, penggunaan, penyerahan atau perolehan kembalinya;
47Amanah Luar Pesisir Labuan
(b) membuat suatu perisytiharan tentang kesahan atau kebolehkuatkuasaan sesuatu amanah;
(c) menghapuskan atau mengubah apa-apa perintah atau perisytiharan yang dibuat di bawah Akta ini, atau membuat apa-apa perintah atau perisytiharan baru atau lanjut.
(3) Sesuatu permohonan kepada Mahkamah bagi mendapatkan suatu perintah atau perisytiharan di bawah subseksyen (2) boleh dibuat oleh pemegang amanah atau mana-mana benefisiari.
(4) Semua prosiding selain prosiding jenayah yang berhubungan dengan mana-mana amanah luar pesisir yang dimulakan dalam mana-mana mahkamah hendaklah, melainkan jika mahkamah memerintahkan selainnya, didengar in camera dan tiada butir- butir prosiding itu boleh disiarkan oleh mana-mana orang tanpa kebenaran mahkamah.
(5) Jika Mahkamah membuat perintah bagi pelantikan seorang pemegang amanah, ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut, termasuk syarat tentang peletakhakan harta amanah.
(6) Tertakluk kepada apa-apa perintah Mahkamah, seorang pemegang amanah yang dilantik oleh Mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah mempunyai kuasa, budi bicara dan kewajipan yang sama seolah-olah dia telah dilantik sebagai pemegang amanah sejak asal.
Pembayaran kos
50. Kos dan perbelanjaan mengenai dan yang bersampingan dengan sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah Akta ini hendaklah dibayar daripada harta amanah atau ditanggung dan dibayar mengikut apa-apa cara lain atau oleh mana-mana orang lain sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah.
Perlindungan bagi orang yang berurusan dengan pemegang amanah
51. (1) Seseorang pembeli bona fide dengan nilai tanpa notis sebenar tentang apa-apa pecah amanah—
(a) boleh berurusan dengan seseorang pemegang amanah berhubungan dengan harta amanah seolah-olah pemegang amanah itu ialah pemunya benefisial harta amanah itu; dan
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
(b) tidak tersentuh oleh amanah yang untuknya harta itu dipegang.
(2) Tiada seorang pun yang membayar atau mendahulukan wang kepada pemegang amanah berhak untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki bagi maksud amanah itu, atau bahawa tidak lebih daripada apa yang diperlukan adalah diperdapatkan, atau selainnya tentang kesesuaian transaksi atau penggunaan wang itu.
Had masa tindakan
52. (1) Tiada tempoh had masa atau sekatan di bawah mana-mana undang-undang boleh terpakai bagi sesuatu tindakan yang diambil terhadap seorang pemegang amanah—
(a) berkenaan dengan apa-apa fraud atau pecah amanah jenayah yang pemegang amanah atau, dalam hal suatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah, mana-mana pegawai atau pekerjanya menjadi suatu pihak kepadanya atau tahu tentangnya; atau
(b) bagi mendapatkan semula daripada pemegang amanah, atau dalam hal syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah, mana-mana pegawai atau pekerjanya, harta amanah atau hasil daripadanya dalam milikan atau kawalannya atau yang diterima olehnya sebelum itu dan diambil untuk kegunaannya.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), tiada tindakan boleh diambil terhadap seorang pemegang amanah oleh seseorang benefisiari bagi apa-apa pecah amanah selepas tamat tempoh enam tahun—
(a) bermula dari tarikh penyerahan akaun terakhir amanah kepada benefisiari itu; atau
(b) bermula dari tarikh benefisiari itu mula-mula tahu tentang berlakunya pecah amanah itu,
mengikut mana-mana tarikh yang lebih dahulu.
49Amanah Luar Pesisir Labuan
(3) Jika benefisiari ialah seorang orang belum dewasa atau seorang yang tidak upaya di sisi undang-undang, tempoh yang disebut dalam subseksyen (2) tidaklah mula berjalan sehingga hari benefisiari itu terhenti menjadi orang belum dewasa atau ketidakupayaan di sisi undang-undang terhenti.
(4) Tempoh yang disebut dalam seksyen ini hendaklah terhenti jika suatu tuntutan atau tindakan difailkan dalam mahkamah yang kompeten dan disampaikan kepada pemegang amanah sebelum tamat tempoh itu.
Wang atau harta lain daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang
53. (1) Sesuatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah sesuatu amanah luar pesisir tidak boleh menerima—
(a) apa-apa wang atau harta lain yang berpunca daripada suatu transaksi, pengendalian atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang- undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
(b) apa-apa wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang tersebut dalam perenggan (a).
(2) Jika mana-mana orang yang menjadi pengarah, pegawai atau ejen suatu syarikat amanah yang pada masa itu bertindak sebagai pemegang amanah suatu amanah—
(a) mempunyai sebab untuk percaya bahawa amanah itu mempunyai harta atau pendapatan yang terakru padanya atau didapati olehnya dan berpunca daripada suatu transaksi, pengendalian atau aktiviti lain yang merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah undang-undang Malaysia atau yang, jika dijalankan di Malaysia, akan menjadi kesalahan sedemikian; atau
(b) telah menerima atau ada dalam milikan atau kawalannya wang atau harta lain yang penerimaan, pemunyaan atau kawalannya adalah menjadi atau akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana yang tersebut dalam perenggan (a),
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
hendaklah menjadi kewajipan orang itu membawa perkara itu dengan serta-merta kepada pengetahuan Lembaga.
(3) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan.
Penalti : Pemenjaraan selama lima tahun atau tiga puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
(4) Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan kerana melanggar subseksyen (2) hendaklah hilang kelayakan selama- lamanya untuk menjadi pengarah atau pegawai suatu syarikat amanah.
(5) Semua wang atau harta yang diperihalkan dalam subseksyen (1) atau (2) hendaklah terlucut hak kepada Kerajaan dan menjadi hartanya secara mutlak.
Kesalahan dan penalti am
54. (1) Mana-mana orang yang—
(a) melakukan apa-apa jua yang dilarang oleh atau di bawah Akta ini;
(b) tidak melakukan apa-apa yang dia dikehendaki melakukannya oleh atau di bawah Akta ini; atau
(c) selainnya melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini,
melakukan suatu kesalahan.
(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan penalti yang tidak melebihi penalti yang disebut dengan nyata sebagai penalti bagi kesalahan itu, atau jika penalti tidak disebut sedemikian, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(3) Penalti, yang berbentuk kewangan atau selainnya, yang dinyatakan dalam atau di kaki mana-mana seksyen atau sebahagian daripada suatu seksyen dalam Akta ini hendaklah menandakan bahawa kesalahan itu boleh dihukum, apabila sabit kesalahan, dengan penalti yang tidak melebihi apa yang dinyatakan sedemikian dan jika penalti itu dinyatakan terpakai bagi sebahagian seksyen itu sahaja, ia hendaklah terpakai bagi bahagian itu sahaja.
51Amanah Luar Pesisir Labuan
Kuasa untuk mendakwa
55. (1) Tiada prosiding bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini boleh dimulakan oleh Lembaga kecuali dengan keizinan bertulis daripada Pendakwa Raya.
(2) Prosiding bagi apa-apa kesalahan terhadap Akta ini selain suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang melebihi tiga tahun boleh didakwa di Mahkamah Majistret dan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang melebihi tiga tahun hendaklah didakwa di Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi.
Pengkompaunan kesalahan
56. (1) Lembaga boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang terhadap Akta ini, dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Lembaga dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu suatu jumlah wang yang dinyatakan dalam tawaran itu, yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) J ika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan selepasnya boleh dimulakan berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
Peraturan-Peraturan
57. (1) Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa yang sepenuhnya kepada peruntukan Akta ini, bagi menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud Akta ini, atau bagi pelaksanaan lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan boleh dibuat bagi menetapkan apa-apa borang, notis, fi, caj dan apa-apa jua yang dikehendaki oleh Akta ini supaya ditetapkan atau sebagaimana yang didapati perlu oleh Menteri.
Pengecualian
58. (1) Menteri boleh, atas kehendaknya sendiri atau menurut suatu permohonan secara bertulis yang diserahkan kepada Lembaga oleh pembuat amanah atau pemegang amanah suatu amanah luar pesisir atau suatu amanah luar pesisir berdaftar atau mana-mana orang, mengecualikan amanah luar pesisir atau amanah luar pesisir berdaftar itu atau mana-mana orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dan boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
(2) Sesuatu pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (1) boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri pada bila-bila masa.
Larangan ke atas pendaftaran atau penjalanan perniagaan
59. (1) Menteri boleh, tanpa menyatakan sebab baginya, mengeluarkan suatu arahan—
(a) melarang pendaftaran atau pewujudan atau pengiktirafan apa-apa amanah atau penguatkuasaan apa-apa amanah di bawah Akta ini; atau
(b) mengarahkan mana-mana amanah luar pesisir supaya berhenti menjalankan perniagaannya atau sebahagian daripada perniagaannya sama ada dengan serta-merta atau dalam masa yang dinyatakan dalam arahan itu.
(2) Sesuatu arahan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah oleh Menteri.
53Amanah Luar Pesisir Labuan
Tatacara jika tiada tatacara ditetapkan
60. Sekiranya apa-apa tindakan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiada borang ditetapkan atau tiada tatacara ditetapkan bagi maksud itu, sama ada dalam Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, permohonan boleh dibuat kepada Lembaga bagi mendapatkan arahan tentang cara tindakan atau langkah itu boleh dibuat atau diambil, dan apa-apa tindakan atau langkah yang dibuat atau diambil mengikut arahannya hendaklah menjadi pelaksanaan sah tindakan atau langkah itu.
Kecualian berkenaan dengan amanah yang wujud sebelum Akta ini mula berkuat kuasa
61. (1) Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kesahihan atau kesahan apa-apa amanah yang ada di Labuan yang berbangkit daripada sesuatu dokumen atau pelupusan yang dilaksanakan atau berkuat kuasa, atau apa-apa tindakan yang diambil atau dibuat berhubungan dengan mana-mana amanah sedemikian sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.
(2) Jika, sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, suatu amanah telah ditubuhkan atau diwujudkan di Labuan, pembuat amanah, jika dia masih hidup atau wujud, atau dalam apa-apa hal lain, benefisiari dan pemegang amanah termasuk mana-mana pelindung, boleh, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, meminda atau mengubah amanah itu supaya ia menepati peruntukan Akta ini dan apabila pindaan atau perubahan sedemikian dibuat amanah itu hendaklah disifatkan telah diwujudkan mengikut atau sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Ketidakpakaian undang-undang tertentu
62. Peruntukan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208], Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 [Akta 258] dan seksyen 9 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] tidak terpakai bagi amanah luar pesisir yang diwujudkan dengan sah atau dikuatkuasakan atau didaftarkan di bawah Akta ini.
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 554
AKTA AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
55Amanah Luar Pesisir Labuan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 554
AKTA AMANAH LUAR PESISIR LABUAN 1996
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
– TIADA –
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA
JW514135