Advanced Search

Labuan Offshore Financial Services Authority Act 1996


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959912/labuan-offshore-financial-services-authority-act-1996-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
BM UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 545
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Jun 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Undang-Undang Malaysia AKTA 5452
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 24 Januari 1996
Tarikh penyiaran dalam Warta… … … … 1 Februari 1996
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... ... ... 2006
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 545
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
LEMBAGA
3. Lembaga dan objektifnya
4. Fungsi dan kuasa Lembaga
5. Keanggotaan Lembaga
6. Tempoh jawatan
7. Perletakan jawatan dan pembatalan
8. Pengosongan jawatan
9. Kuasa Menteri memberikan arahan dan menghendaki maklumat
10. Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri
11. Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
12. Saraan atau elaun
13. Meterai perbadanan
14. Pewakilan fungsi atau kuasa Lembaga
15. Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa
16. Minit
17. Penzahiran kepentingan
18. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga
Undang-Undang Malaysia AKTA 5454
18A. Penubuhan tabung kebajikan kakitangan
19. Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat
20. Jawatankuasa tatatertib
21. Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib
22. Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib
23. Pengenaan surcaj
24. Pemberitahuan surcaj
25. Penarikbalikan surcaj
26. Mendapatkan surcaj
27. Keanggotaan Lembaga dalam kes khas
28. Pekhidmat awam
BAHAGIAN II A
PENYERAHAN DAN PEMELIHARAAN MAKLUMAT
28A. Tafsiran berhubung dengan Bahagian IIA
28B. Penyerahan maklumat
28C. Pemeriksaan
28D. Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan
BAHAGIAN III
KEWANGAN
29. Kumpulan Wang
30. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
31. Pemeliharaan Kumpulan Wang
32. Levi
32A. Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi
33. Akaun dan laporan
34. Kuasa untuk meminjam
35. Pelaburan
Seksyen
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan5
BAHAGIAN IV
AM
36. Indemniti
36A. Lembaga melantik pegawai atau pekerja untuk hadir dalam mahkamah bagi pihak Lembaga
36B. Pengkompaunan kesalahan
36C. Tanggungan pengarah, pegawai, pengawal, dsb.
37. Kuasa membuat peraturan-peraturan
38. Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian
39. Kecualian dan peralihan
Undang-Undang Malaysia AKTA 5456
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 545
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan dan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsi dan kuasanya dan perkara yang berkaitan dengannya.
[15 Februari 1996, P.U. (B) 66/1996]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan 1996 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta; dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bank” ertinya Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519];
“institusi kewangan luar pesisir” ertinya mana-mana orang yang mengadakan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen 15(1);
Undang-Undang Malaysia AKTA 5458
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah subseksyen 29(1);
“Labuan” ertinya Kawasan Lembaga Pembangunan Labuan yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Lembaga Pembangunan Labuan 1992 [Akta 480];
“Lembaga” ertinya Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“orang tanggungan”, berhubung dengan pegawai atau pekhidmat Lembaga, ertinya isteri atau suami, ibu atau bapa, anak, termasuk anak angkat atau anak tiri, atau mana-mana orang lain yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri dari semasa ke semasa melalui notis yang disiarkan dalam W rta;
“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang sebenarnya memungut, menerima, atau mengakaunkan, apa-apa wang dalam Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta sedemikian;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah mana-mana Pendaftar Rantau, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Perkhidmatan kewangan luar pesisir” ertinya apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh—
(a) syarikat luar pesisir atau syarikat luar pesisir asing yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 [Akta 441];
(b) mana-mana syarikat domestik atau syarikat asing yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 [Akta 442];
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan9
(c) mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta Bank Luar Pesisir 1990 [Akta 443], Akta Insurans Luar Pesisir 1990 [Akta 444], atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(d) suatu perkongsian terhad luar pesisir yang ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian Terhad Luar Pesisir Labuan 1997 [Akta 565];
(e) suatu kumpulan wang yang ditubuhkan atau seorang pengurus kumpulan wang yang dilesenkan atau seorang pentadbir kumpulan wang yang didaftarkan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998 [Akta 579];
(f) mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam Warta, atas syor Lembaga.
(2) Ungkapan “syarikat asing”, “syarikat domestik”, “syarikat luar pesisir” dan “syarikat luar pesisir asing” masing-masingnya mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Luar Pesisir 1990.
BAHAGIAN II
LEMBAGA
Lembaga dan objektifnya
3. (1) Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54510
(2) Objektif Lembaga adalah—
(a) untuk memajukan dan membangunkan Labuan sebagai pusat bagi perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(b) untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran yang teratur akan perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan, dan membuat syor kepada Menteri berkenaan dengannya.
Fungsi dan kuasa Lembaga
4. (1) Fungsi Lembaga adalah—
(a) untuk mentadbirkan, menguatkuasakan, menjalankan dan melaksanakan peruntukan—
(i) Akta Syarikat Luar Pesisir 1990;
(ii) Akta Syarikat Amanah Labuan 1990;
(iii) Akta Bank Luar Pesisir 1990;
(iv) Akta Insurans Luar Pesisir 1990; dan
(v) mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan;
(b) untuk menjalankan, menunaikan dan melaksanakan apa- apa kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah undang-undang yang disebut dalam perenggan (a);
(c) untuk memastikan bahawa transaksi kewangan luar pesisir dijalankan mengikut undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir dan norma mantap bagi tatalaku yang baik dan mulia dan mengekalkan nama baik Labuan sebagai pusat bagi perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(d) untuk menjalankan penyelidikan dan menyebabkan diadakan kajian mengenai perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan;
(e) untuk membuat syor bagi mewujudkan dan memperbaiki apa-apa kemudahan yang akan meningkatkan daya tarikan Labuan sebagai pusat bagi perkhidmatan kewangan luar pesisir;
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan11
(f) untuk bekerjasama dengan institutsi kewangan luar pesisir dan persatuan profesional dan industri di Labuan untuk memajukan dan mengadakan perkhidmatan kewangan luar pesisir dan menggalakkan standard yang tinggi bagi perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan;
(g) untuk menasihati Menteri secara amnya mengenai perkara yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan.
(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala benda yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—
(a) untuk melantik mana-mana ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(b) untuk mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(c) untuk melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
(3) Bagi mengelakkan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa Lembaga hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut, iaitu—
(a) untuk melesenkan atau mendaftarkan orang yang menjalankan perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan;
(b) untuk mengawal selia dan mengawasi penjalanan perkhidmatan kewangan luar pesisir di Labuan.
(4) Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri, menubuhkan atau mengambil bahagian dalam mana-mana pertubuhan perbadanan—
(a) bagi maksud menggalakkan penyelidikan dan latihan berhubung dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(b) bagi maksud meningkatkan pembangunan perkhidmatan kewangan luar pesisir; atau
Undang-Undang Malaysia AKTA 54512
(c) jika penubuhan atau pengambilbahagian itu suai manfaat atau semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsi Lembaga yang diperuntukkan di bawah Akta ini.
(5) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, apabila Lembaga berpuas hati bahawa perlu untuk berbuat demikian bagi maksud melaksanakan objektif Lembaga, Lembaga boleh mengeluarkan arahan kepada sesuatu institusi kewangan luar pesisir berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
(a) dasar yang perlu diikuti oleh institusi kewangan luar pesisir itu berhubung dengan penjalanan perniagaan institusi itu di Labuan;
(b) pengawasan dan pengawalseliaan institusi kewangan luar pesisir itu menurut undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(c) dasar kewangan yang hendaklah dilaksanakan oleh institusi kewangan luar pesisir itu.
(6) Mana-mana institusi kewangan luar pesisir yang tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal orang perseorangan—
(i) didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
(i) didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan
(ii) bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan13
Keanggotaan Lembaga
5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) seorang Pengerusi;
(b) Ketua Pengarah; dan
(c) tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuh orang lain, dua daripadanya hendaklah daripada sektor awam.
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hendaklah daripada kalangan orang yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam perkara kewangan, komersil atau undang-undang.
(3) Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif Lembaga dan hendaklah dipertanggungjawabkan dengan pentadbiran harian Lembaga.
(4) Sekiranya Ketua Pengarah tiada atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, Pengerusi hendaklah melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah.
Tempoh jawatan
6. Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan atau mengosongkan jawatannya atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
Perletakan jawatan dan pembatalan
7. (1) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri.
(2) Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan notis bertulis yang dialamatkan kepada Menteri.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54514
Pengosongan jawatan
8. Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
(a) jika dia mati;
(b) jika dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang;
(c) jika dia menjadi bankrap;
(d) jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau
(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi atau dalam hal Pengerusi, tanpa kebenaran Menteri.
Kuasa Menteri memberikan arahan dan menghendaki maklumat
9. (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan kepada Lembaga arahan yang bersifat am yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan arahan sedemikian hendaklah mengikat Lembaga.
(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menghendaki Lembaga memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat mengenai pelaksanaan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini dan mana- mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir dan Lembaga hendaklah mematuhi kehendak sedemikian.
Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri
10. Tertakluk kepada Akta ini dan kelulusan Menteri, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Lembaga boleh mengundang orang lain ke mesyuarat
11. Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidaklah mempunyai hak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan15
Saraan atau elaun
12. Anggota Lembaga atau mana-mana orang yang diundang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga di bawah seksyen 11 boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun yang ditentukan oleh Menteri.
Meterai perbadanan
13. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Pengerusi secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai tersebut, disahkan sebagaimana yang disebut terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa, dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khusus oleh Lembaga bagi maksud itu.
(4) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan kehakiman bagi semua maksud rasmi.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54516
Pewakilan fungsi atau kuasa Lembaga
14. (1) Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsi atau kuasanya kepada—
(a) mana-mana anggota Lembaga;
(b) mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga; atau
(c) mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga.
(2) Pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian pada bila-bila masa.
Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa
15. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3) Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu tertakluk kepada dan hendaklah bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa oleh Lembaga.
(4) Mesyuarat sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi, tertakluk kepada subseksyen (3).
(5) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang, bagi maksud menasihatinya mengenai apa-apa perkara yang dibincangkan, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu tetapi orang yang diundang sedemikian tidaklah berhak mengundi pada mana-mana mesyuarat itu.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan17
(6) Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(7) Anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak dilantik semula.
(8) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(9) Anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi Lembaga.
Minit
16. (1) Lembaga atau sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah, dalam mana-mana prosiding undang-undang, boleh diterima sebagai keterangan prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalamnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga atau sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu adalah layak sewajarnya untuk bertindak.
Penzahiran kepentingan
17. (1) Mana-mana anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang mempunyai atau memperoleh secara langsung atau tidak langsung, sendiri, atau melalui isterinya atau suaminya atau anaknya, atau pekongsinya atau ejennya—
(a) apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana institusi kewangan luar pesisir;
(b) apa-apa syer atau kepentingan—
(i) dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga;
Undang-Undang Malaysia AKTA 54518
(ii) dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga; atau
(iii) dalam mana-mana syarikat atau firma yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat kontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan; atau
(c) apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan atau diurusniagakan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinya akan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana- mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga,
hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (7), perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat—
(a) dalam hal perenggan (1)(a), pada mesyuarat yang pertama Lembaga atau jawatankuasa yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu;
(b) dalam hal perenggan (1)(b) dan (c)—
(i) pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang dalamnya apa-apa soal yang berhubungan dengan kontrak, perolehan, pembelian, pemajakan, urus niaga, projek atau skim yang disebut dalam perenggan itu mula-mula dipertimbangkan;
(ii) jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sebagaimana yang disebut dalam subperenggan (i) pada tarikh mesyuarat yang disebut dalam subperenggan itu, pada mesyuarat sedemikian yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu; atau
(iii) jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuarat yang pertama yang diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan19
(3) Bagi maksud seksyen ini, suatu notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai perisyitharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.
(4) Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika ia diberikan pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa yang berikutnya selepas notis itu diberikan.
(5) Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.
(6) Tiada seorang pun anggota Lembaga atau jawatankuasa boleh—
(a) mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan) mengenai apa- apa perkara yang menyentuh mana-mana institusi kewangan luar pesisir yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau dalam apa-apa keputusan yang berhubungan dengannya atau dalam apa-apa perkara yang bersampingan dengannya;
(b) mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa-apa kontrak, pemerolehan, pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yang dalamnya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya itu, atau mengambil bahagian dalam apa- apa pertimbangtelitian (kecuali dengan undangan Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan) atau apa-apa keputusan yang berhubungan dengannya atau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya,
dan jika dia berbuat sedemikian—
(aa) undinya tidak boleh dikira; dan
Undang-Undang Malaysia AKTA 54520
(bb) dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir pada mesyuarat mengenai pertimbangtelitian, ketetapan atau soal itu.
(7) Seseorang anggota yang, sebelum pelantikannya sebagai anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, sudah memperoleh syer atau kepentingan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya itu kepada Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebaik sahaja dia dilantik melalui notis am yang hendaklah diberikan kepada Lembaga atau jawatankuasa.
(8) Mana-mana anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa yang tidak mendedahkan syer atau kepentingannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga
18. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, mengambil kerja orang yang hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun dan orang itu hendaklah diambil kerja atas apa-apa terma dan syarat lain yang ditentukan oleh Lembaga.
(2) Lembaga boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya serta orang tanggungan mereka apa- apa faedah persaraan, gratuiti atau elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Penubuhan tabung kebajikan kakitangan
18A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan bertulis Menteri, dengan menggunakan wang Lembaga, menubuhkan dan menyenggara suatu akaun amanah yang dikenali sebagai “Tabung Kebajikan Kakitangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan” bagi faedah pegawai dan pekerjanya termasuk tanggungan mereka.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan21
(2) Tabung Kebajikan Kakitangan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan hendaklah digunakan bagi maksud yang sesuai dengan kebajikan pegawai dan pekerja Lembaga, termasuk tanggungan mereka, sebagaimana yang dari semasa ke semasa di peruntukan dalam arahan amanah yang dikeluarkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, dan arahan tersebut boleh memperuntukkan cara dan tatacara bagi pembuatan pemberian, pinjaman atau bayaran lain daripada Tabung itu.
Kuasa untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat
19. Lembaga boleh memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmatnya atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga.
Jawatankuasa tatatertib
20. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas semua pegawai dan pekhidmatnya dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan semua orang sedemikian mengikut Akta ini dan mana-mana peraturan yang di buat di bawah seksyen 22.
(2) Bagi maksud seksyen ini—
(a) hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—
(i) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan
(ii) sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidak termasuk Ketua Pengarah yang ditentukan daripada kalangan anggota itu sendiri; dan
(b) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau pekhidmat Lembaga.
(3) Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):
(a) jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain daripada Pengerusi
Undang-Undang Malaysia AKTA 54522
Lembaga, atau Pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan
(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.
(4) Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b) hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(5) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.
Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib
21. (1) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 20(2)(a) boleh dirayu kepada Menteri.
(2) Sesuatu keputusan jawatankuasa tatatertib di bawah perenggan 20(2)(b) boleh dirayu kepada Lembaga Rayuan Tatatertib yang hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) Pengerusi Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dan mempunyai undi pemutus; dan
(b) tiga anggota Lembaga, yang bukannya anggota jawatankuasa tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi Lembaga Rayuan Tatatertib dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.
(3) Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib, mengikut mana- mana yang berkenaan, boleh mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan23
(4) Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan di bawah subseksyen (2), seorang anggota jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
(5) Keputusan Menteri atau Lembaga Rayuan Tatatertib di bawah subseksyen (3) adalah muktamad dan konklusif.
Kuasa membuat peraturan-peraturan tatatertib
22. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa- apa peraturan yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(2) Peraturan-peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini—
(a) boleh mewujudkan kesalahan tatatertib;
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman itu boleh meliputi amaran, denda, perlucuthakan emolumen, penangguhan pergerakan gaji, pengurangan gaji, penurunan pangkat dan buang kerja;
(c) hendaklah memberikan kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil peluang membuat representasi terhadap pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadapnya sebelum keputusan dicapai oleh jawatankuasa tatatertib kecuali dalam hal yang berikut:
(i) jika seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga dibuang kerja atau diturunkan pangkat atas alasan kelakuan yang berkenaan dengannya suatu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(ii) j ika Lembaga, atas syor Menteri yang dipertanggungkan dengan hal ehwal dalam negeri, berpuas hati bahawa demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya adalah tidak suai manfaat untuk menjalankan kehendak perenggan ini; atau
Undang-Undang Malaysia AKTA 54524
(iii) jika telah dibuat terhadap seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau pengusiran, atau jika telah dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat Lembaga apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan wanita dan gadis;
(d) boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan emolumen pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti selesainya prosiding jenayah terhadapnya atau prosiding tatatertib terhadapnya dengan tujuan membuang kerja atau menurunkan pangkatnya; dan
(e) boleh mengadakan peruntukan bagi penggantungan tanpa emolumen seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga jika pegawai atau pekhidmat itu telah disabitkan oleh mana-mana mahkamah jenayah atau jika suatu perintah tahanan atau sekatan telah dibuat berkenaan dengan atau dikenakan terhadap pegawai atau pekhidmat itu.
Pengenaan surcaj
23. (1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Lembaga boleh disurcaj jika ternyata kepada Lembaga bahawa orang itu—
(a) tidak memungut apa-apa wang yang terhutang kepada Lembaga yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;
(b) yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang daripada Lembaga yang tidak sepatutnya dibuat atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c) yang atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, bagi apa-apa kekurangan dalam, atau bagi pemusnahan, apa-apa wang, barang simpanan atau harta lain Lembaga;
(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan25
(e) tidak membuat apa-apa pembayaran, atau yang atau telah bertanggungjawab bagi apa-apa kelewatan dalam pembayaran wang daripada Lembaga kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana- mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Lembaga.
(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut disurcaj.
(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis seperti yang disebut terdahulu, Lembaga boleh—
(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c) mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau apa-apa bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, atau kekurangan dalam, atau pemusnahan harta yang dilakukan; dan
(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa- apa jumlah wang terhadap orang itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pemberitahuan surcaj
24. Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcajkan berkenaan dengan surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 23(3).
Penarikbalikan surcaj
25. Walau apa pun subseksyen 23(3) dan seksyen 24, Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcajkan itu akan penarikbalikan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54526
Mendapatkan surcaj
26. Amaun apa-apa surcaj yang dikenakan di bawah subseksyen 23(3) dan tidak ditarik balik di bawah seksyen 25 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dikenakan dan boleh didakwa dan diperdapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Lembaga dan boleh juga, jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga, diperdapatkan melalui potongan—
(a) daripada gaji orang yang disurcajkan; atau
(b) daripada pencen orang yang disurcajkan,
dengan ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
Keanggotaan Lembaga dalam kes khas
27. Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Ketua Pengarah, keanggotaan Lembaga bagi maksud seksyen 23 hingga 26 tidaklah termasuk Ketua Pengarah.
Pekhidmat awam
28. Semua anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasanya atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
BAHAGIAN II A
PENYERAHAN DAN PEMELIHARAAN MAKLUMAT
Tafsiran berhubung dengan Bahagian IIA
28A. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“agensi penguat kuasa undang-undang tempatan” ertinya Polis Diraja Malaysia seperti yang ditafsirkan dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan27
“bank luar pesisir berlesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990;
“institusi kewangan” ertinya sesuatu bank luar pesisir berlesen, pemegang lesen, syarikat amanah atau pengurus kumpulan wang;
“kemudahan kredit” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990;
“kesalahan jenayah” ertinya mana-mana kesalahan di bawah—
(a) mana-mana undang-undang dalam Malaysia yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, jika kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan;
(b) Kanun Keseksaan [Akta 574];
(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234];
(d) Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 [Akta 340]; atau
(e) Akta Penculikan 1961 [Akta 365];
“pemegang lesen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Insurans Luar Pesisir 1990;
“pengurus kumpulan wang” ertinya seseorang pengurus seperti yang ditafsirkan dalam Akta Perindustrian Sekuriti Luar Pesisir Labuan 1998;
“penyimpan” ertinya mana-mana orang yang telah meletakkan simpanan atau menyimpan sejumlah wang dalam bank luar pesisir berlesen;
“pihak berkuasa” ertinya mana-mana pihak berkuasa yang terletak di dalam atau di luar Malaysia;
“pihak berkuasa kewangan negara asal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Bank Luar Pesisir 1990, dan termasuk Bank;
“pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan” ertinya mana-mana badan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengawal selia seseorang pemegang lesen dalam mana-mana negara;
Undang-Undang Malaysia AKTA 54528
“syarikat amanah” menpunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Syarikat Amanah Labuan 1990.
Penyerahan maklumat
28B. (1) Lembaga boleh, dalam menjalankan fungsi pengawasannya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, menghendaki mana-mana institusi kewangan atau mana-mana perbadanan yang ada kaitan dengan mana-mana institusi kewangan supaya menyerahkan kepada Lembaga apa-apa maklumat yang disifatkan oleh Lembaga perlu atau suai manfaat bagi pelaksanaan fungsi pengawasan itu, tetapi Lembaga tidak boleh menghendaki apa-apa maklumat yang menzahirkan hal ehwal, identiti atau akaun seseorang pelanggan mana-mana institusi atau perbadanan sedemikian.
(2) Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang diserahkan di bawah subseksyen (1)—
(a) kepada mana-mana orang dalam cara digabungkan atau dikumpulkan sekiranya difikirkannya patut untuk berbuat demikian tetapi penzahiran itu hendaklah terbatas kepada mana-mana maklumat yang tidak berkaitan dengan sesuatu institusi individu; atau
(b) kepada pihak berkuasa kewangan negara asal institusi itu, dan penzahiran itu boleh merangkumi mana-mana maklumat yang berkaitan dengan sesuatu institusi individu di bawah pengawasan pihak berkuasa kewangan negara asal itu.
(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) dan (2) boleh ditafsirkan sebagai menghalang Lembaga menjalankan kuasanya untuk menghendaki penyerahan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan identiti atau butir-butir mana-mana orang yang telah memperoleh apa-apa kemudahan kredit daripada sesuatu bank luar pesisir yang berlesen, jika Lembaga berpuas hati bahawa maklumat itu perlu untuk atau bersampingan dengan fungsi pengawasannya, dan Lembaga boleh menzahirkan kesemua atau sebahagian daripada maklumat itu—
(a) kepada pihak berkuasa kewangan negara asal bank itu jika Lembaga berpuas hati bahawa mana-mana maklumat itu perlu untuk dan bersampingan dengan fungsi
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan29
pengawasan pihak berkuasa kewangan negara asal itu dan pihak berkuasa kewangan negara asal itu mempunyai peruntukan kerahsiaan dalam dokumen konstituennya untuk melindungi mana-mana maklumat yang dibekalkan itu daripada apa-apa pendedahan yang tidak sah di sisi undang- undang; atau
(b) kepada agensi penguat kuasa undang-undang tempatan jika Lembaga berpuas hati, berdasarkan pada keterangan yang tersedia kepada Lembaga, bahawa fraud atau kesalahan jenayah telah atau mungkin akan dilakukan.
(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (1) dan (3), jika Lembaga berpuas hati, berdasarkan pada keterangan yang tersedia kepada Lembaga bahawa fraud atau kesalahan jenayah telah atau mungkin akan dilakukan, Lembaga boleh menghendaki penyerahan mana- mana maklumat yang berhubungan dengan—
(a) hal ehwal, identiti atau akaun mana-mana penyimpan tertentu mana-mana bank luar pesisir yang berlesen;
(b) hal ehwal, identiti atau akaun mana-mana pemunya polisi seseorang pemegang lesen;
(c) hal ehwal, akaun, urusan atau butir-butir pelanggan atau mana-mana orang yang terlibat dengan pemunyaan atau pengurusan, atau urusan dengan, suatu syarikat amanah; atau
(d) hal ehwal, identiti atau akaun mana-mana pelanggan tertentu seseorang pengurus kumpulan wang atau penyumbang kepada kumpulan wang yang ditadbirkan atau diuruskan oleh pengurus kumpulan wang itu.
(5) Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), jika Lembaga berpuas hati, berdasarkan pada keterangan yang tersedia kepada Lembaga, bahawa fraud atau kesalahan jenayah telah atau mungkin akan dilakukan, Lembaga boleh memberikan maklumat tentang perlakuan itu atau menyampaikan mana-mana atau kesemua maklumat berhubung dengan perlakuan itu—
(a) dalam hal maklumat yang diberikan di bawah perenggan (4)(a), kepada pihak berkuasa kewangan negara asal atau agensi penguat kuasa undang-undang tempatan;
(b) dalam hal maklumat yang diberikan di bawah perenggan (4)(b), kepada pihak berkuasa pengawalseliaan tempatan atau agensi penguat kuasa undang-undang tempatan; atau
Undang-Undang Malaysia AKTA 54530
(c) dalam hal maklumat yang diberikan di bawah perenggan (4)(c), atau (4)(d), kepada agensi penguat kuasa undang- undang tempatan.
(6) Tertakluk kepada subseksyen (3), (4) dan (5), mana-mana maklumat yang diperoleh oleh Lembaga di bawah subseksyen (1), (3) dan (4) atau mana-mana peruntukan lain Akta ini hendaklah menjadi satu rahsia antara Lembaga dengan orang yang membekalkannya, dan tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen ini boleh dengan apa-apa cara mendedahkan maklumat atau dokumen itu kepada orang lain.
(7) Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Lembaga boleh menerima apa-apa maklumat daripada mana- mana orang atau pihak berkuasa dalam masa menjalankan mana- mana kuasa atau kewajipan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir.
(8) Bagi maksud Bahagian ini, tiada tindakan, guaman atau pendakwaan atau prosiding lain boleh diambil atau dibawa atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana- mana pihak berkuasa lain terhadap mana-mana orang kerana dia mematuhi mana-mana peruntukan Bahagian ini.
(9) Bahagian ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan yang sepenuhnya, walau apa pun apa-apa jua yang tidak selaras atau berlawanan dengannya dalam Akta ini atau dalam mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir.
(10) Mana-mana institusi kewangan luar pesisir yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) dalam hal orang perseorangan didenda tidak melebihi satu juta lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; dan
(b) dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian didenda tidak melebihi tiga juta ringgit.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan31
(11) Mana-mana orang yang tidak merahsiakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pemeriksaan
28C. (1) Ketua Pengarah atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga boleh memeriksa dan menyiasat, tertakluk kepada syarat kerahsiaan, mana-mana institusi kewangan atau mana-mana perbadanan yang berkaitan dengan mana-mana institusi kewangan bagi maksud menentusahkan maklumat yang diserahkan di bawah sukseksyen 28B(1), (3) dan (4).
(2) Jika terdapat percanggahan antara peruntukan seksyen ini dengan peruntukan mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, peruntukan seksyen ini hendaklah mengatasi.
Pelantikan pegawai penyiasat, kuasa, fungsi dan kewajipan
28D. (1) Bagi maksud menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, Lembaga boleh melantik, melalui surat cara bertulis, mana-mana pegawai atau pekerja Lembaga atau mana-mana orang lain yang sesuai untuk menjadi pegawai penyiasat.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), seseorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan yang diberikan kepada seseorang pegawai penyiasat di bawah Akta ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan pegawai atau pekerja Lembaga, dia hendaklah, berhubung dengan kuasa, fungsi dan kewajipan itu—
(a) tertakluk kepada; dan
(b) menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan jaminan tanggung rugi seperti yang ditetapkan dalam,
peruntukan Akta ini atau undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seseorang pegawai atau pekerja Lembaga.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54532
(3) Seseorang pegawai penyiasat hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Lembaga dan Ketua Pengarah, atau mana- mana pegawai lain Lembaga yang diberi kuasa oleh Lembaga untuk bertindak bagi pihak Lembaga, dan mana-mana pegawai atau pegawai penyiasat lain yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya yang disebut dalam subseksyen (2) dengan mematuhi mana-mana perintah, arahan, syarat, batasan atau had yang dinyatakan oleh Lembaga atau Ketua Pengarah, atau pegawai Lembaga yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak Lembaga, atau seorang pegawai penyiasat yang lebih tinggi pangkatnya daripada dia, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam hal atau keadaan yang tertentu.
(4) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai semua kuasa, fungsi dan kewajipan pegawai penyiasat.
(5) Seorang pegawai penyiasat yang menjalankan penyiasatan di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mengendalikan sumpah atau ikrar terhadap orang yang disiasat.
(6) Mana-mana orang yang menghalang mana-mana pegawai penyiasat daripada menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
BAHAGIAN III
KEWANGAN
Kumpulan wang
29. (1) Bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang ditubuhkan yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
(b) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana- mana kewajipannya;
(c) levi yang kena dibayar di bawah seksyen 32;
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan33
(d) fi, kos atau caj lain yang dikenakan oleh Lembaga di bawah Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir;
(e) apa-apa kompaun yang dibayar di bawah Akta ini atau undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir; dan
(f) segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
30. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan fi dan kos yang lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan atau ganjaran;
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa- apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(e) secara amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
31. Menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya pasti bahawa jumlah hasil Lembaga cukup untuk membayar semua jumlah wang yang dipertanggungkan sepatutnya kepada akaun hasilnya termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54534
Levi
32. (1) Sesuatu institusi kewangan luar pesisir bertanggungan, dalam hal mana-mana perkhidmatan kewangan luar pesisir yang diadakan olehnya, membayar suatu levi kepada Lembaga.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menentukan apa-apa kadar levi sebagaimana yang perlu untuk membayar kos pentadbiran dan pengendalian Lembaga; dan kadar yang berlainan boleh ditentukan berkenaan dengan kelas berlainan perkhidmatan kewangan luar pesisir.
(3) Amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah seksyen ini boleh didapatkan sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Lembaga.
(4) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi—
(a) pembayaran levi di bawah seksyen ini;
(b) tertakluk kepada peruntukan yang berhubungan dengan kerahsiaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan institusi kewangan luar pesisir, penyimpanan, pemeriksaan dan pengauditan akaun institusi kewangan luar pesisir yang berhubungan dengan pemungutan levi itu.
Kuasa untuk mengenakan dan memungut fi
32A. Walau apa pun mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengenakan dan memungut apa-apa fi bagi apa-apa pekhidmatan yang diberikan oleh atau bagi pihak Lembaga di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir dan bagi pemberian atau pengeluaran apa- apa lesen, permit, pendaftaran, kelulusan atau pengecualian yang boleh dibenarkan atau dikeluarkan oleh Lembaga di bawah mana- mana undang-undang.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan35
Akaun dan laporan
33. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan disimpan akaun yang sepatutnya bagi Kumpulan Wang dan laporan yang sepatutnya mengenai aktivitinya dan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan—
(a) suatu penyata akaun Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan
(b) pernyataan mengenai aktivitinya,
bagi tahun kewangan itu.
(2) Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
(3) Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
Kuasa untuk meminjam
34. Lembaga boleh dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.
Pelaburan
35. Wang Lembaga hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54536
BAHAGIAN IV
AM
Indemniti
36. Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Lembaga, mana-mana orang yang dilantik oleh Lembaga di bawah Akta ini dan mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga tidaklah bertanggungan bagi apa-apa tindakan atau prosiding lain bagi ganti rugi bagi atau oleh sebab, atau berkenaan dengan, apa-apa tindakan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat, ditinggalkan daripada dilakukan atau dibuat, menurut atau dalam melaksanakan Akta ini atau dalam melaksanakan mana-mana fungsi, atau dalam menjalankan mana- mana kuasa, yang diberikan oleh atau di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir:
Dengan syarat bahawa tindakan, pernyataan, pelaksanaan fungsi atau penjalanan kuasa itu telah dilakukan atau dibuat dengan suci hati.
Lembaga melantik pegawai atau pekerja untuk hadir dalam mahkamah bagi pihak Lembaga
36A. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain—
(a) dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga; atau
(b) dalam mana-mana prosiding sivil lain yang Lembaga dikehendaki atau dibenarkan oleh mahkamah untuk diwakili atau didengar, atau selainnya berhak untuk diwakili atau didengar,
mana-mana ahli, pegawai atau pekerja Lembaga yang telah diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] dan diberi kuasa oleh Lembaga bagi maksud itu, boleh, bagi pihak Lembaga, memulakan prosiding sedemikian atau hadir sebagai peguam bela dalamnya dan boleh membuat dan melakukan semua tindakan berkenaan dengan prosiding itu bagi pihak Lembaga.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan37
(2) Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanan dalam Akta ini, lembaga boleh melantik peguam bela dan peguam cara bagi maksud yang diperuntukkan dalam subseksyen (1).
Pengkompaunan kesalahan
36B. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan persetujuan bertulis Pendakwa Raya, dalam sesuatu kes jika dia berfikir sesuai dan layak berbuat demikian, mengkompaunkan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah Akta ini dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah, dalam masa yang ditentukan dalam tawaran itu, suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia disabitkan atas kesalahan itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa- apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3) Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran di bawah subseksyen (1) tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaunkan kesalahan itu dibuat.
Tanggungan pengarah, pegawai, pengawal, dsb.
36C. Jika mana-mana kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini telah dilakukan oleh mana-mana institusi kewangan luar pesisir, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai, atau pengawal, dalam institusi kewangan luar pesisir itu atau berupa sebagai bertindak dalam mana-mana sifat sedemikian, atau telah dengan apa-apa cara sehingga
Undang-Undang Malaysia AKTA 54538
apa-apa takat bertanggungjawab tentang pengurusan mana-mana hal ehwal institusi kewangan luar pesisir itu, atau telah membantu dalam pengurusan sedemikian melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, dengan memberikan perhatian kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Kuasa membuat peraturan-peraturan
37. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—
(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukannya adalah suatu kesalahan; dan
(b) boleh memperuntukkan bagi pengenaan penalti yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit bagi mana-mana kesalahan di bawahnya.
Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian
38. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Menteri boleh, bilamana didapatinya perlu atau suai manfaat dibuat sedemikian sama ada bagi maksud menghapuskan kesulitan atau berikutan dengan terlulusnya Akta ini, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2) Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberikan di bawah subseksyen (1) selepas habis tempoh dua tahun dari mula berkuatkuasanya Akta ini.
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan39
Kecualian dan peralihan
39. (1) Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir yang wujud sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Lembaga sehingga dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikh ia habis tempoh.
(2) Semua peraturan, petunjuk, arahan, perintah atau keputusan yang dibuat oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 di bawah Akta-Akta itu yang wujud sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah disifatkan telah dibuat oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan melainkan jika dipinda atau dibatalkan atau sehingga tarikh ia habis tempoh.
(3) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belum selesai di hadapan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diuruskan oleh Lembaga.
(4) Semua permohonan, kelulusan atau keputusan yang belum selesai di hadapan Menteri yang bertanggungjawab bagi Akta Syarikat Luar Pesisir 1990 dan Akta Syarikat Amanah Labuan 1990 di bawah Akta-Akta itu hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, diuruskan oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.
(5) Semua surat cara, perakuan atau dokumen yang diserah simpan dengan Pendaftar atau Bank, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan luar pesisir sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini hendaklah, apabila mula berkuatkuasanya Akta ini, disifatkan telah diserah simpan dengan Lembaga.
Undang-Undang Malaysia AKTA 54540
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 545
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari yang meminda
Akta A1036 Akta Lembaga 15-10-1998 Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (Pindaan) 1998
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan41
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 545
AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A1036 15-10-1998
4 Akta A1036 15-10-1998
18A Akta A1036 15-10-1998
28A-28D Akta A1036 15-10-1998
29 Akta A1036 15-10-1998
32A Akta A1036 15-10-1998
36 Akta A1036 15-10-1998
36A Akta A1036 15-10-1998
36B Akta A1036 15-10-1998
36C Akta A1036 15-10-1998