Advanced Search

Small and Medium Industries Development Corporation Act 1995


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959911/small-and-medium-industries-development-corporation-act-1995-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
Undang-Undang Malaysia
Cetakan Semula
akta 539
akta PERBadanan PEMBangUnan indUstRi kECil
dan sEdERHana 1995 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2009
Diterbitkan oleh PeSuruhjaya Penyemak unDang-unDang, malaySia
Di bawah kuaSa akta Penyemakan unDang-unDang 1968 2009
2 Undang-Undang Malaysia AktA 539
akta PERBadanan PEMBangUnan indUstRi kECil dan sEdERHana 1995
tarikh Perkenan Diraja … … … … … 19 oktober 1995
tarikh penyiaran dalam Warta … … … 2 november 1995
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
3
Undang-Undang Malaysia
akta 539
akta PERBadanan PEMBangUnan indUstRi kECil dan sEdERHana 1995
SuSunan SekSyen
bahagian i
Permulaan
Seksyen
1. tajuk ringkas
2. tafsiran
bahagian ii
PerbaDanan
3. Penubuhan Perbadanan
4. keanggotaan Perbadanan
5. tempoh jawatan
6. Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan oleh anggota
7. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
8. anggota silih ganti
9. Pembatalan pelantikan
10. Pengisian kekosongan
11. elaun
Bahagian iii
FungSi Dan kuaSa PerbaDanan
12. Fungsi Perbadanan
13. kuasa Perbadanan
4 Undang-Undang Malaysia AktA 539
Seksyen
14. kuasa untuk meminjam
15. kuasa untuk mengguna khidmat
16. kuasa untuk mewakilkan
17. kuasa untuk melantik jawatankuasa
Bahagian iV
Peruntukan kewangan
18. kumpulan wang Pembangunan industri kecil dan Sederhana
19. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan wang
20. Pengimbangan akaun hasil
21. Pendepositan dan pelaburan kumpulan wang
22. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
23. akta badan berkanun (akaun dan laporan tahunan) 1980
24. Surcaj
Bahagian V
PentaDbiran
25. Pelantikan ketua Pegawai eksekutif
26. Saraan ketua Pegawai eksekutif
27. tugas ketua Pegawai eksekutif
28. Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan
29. tatatertib pegawai dan pekhidmat
30. akta Perlindungan Pihak berkuasa awam 1948
31. Pekhidmat awam
Bahagian Vi
am
32. Peraturan
33. Penyata, laporan, akaun dan maklumat
34. kuasa menteri untuk memberikan arahan
Jadual
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
5
Undang-Undang Malaysia
akta 539
akta PERBadanan PEMBangUnan indUstRi kECil dan sEdERHana 1995
Suatu akta untuk menubuhkan dan memperbadankan Perbadanan Pembangunan industri kecil dan Sederhana dan perkara yang berkaitan dengannya.
[1 Mei 1996, P.U. (B) 152/1996]
Maka inilaH diPERBUat Undang-Undang oleh Seri Paduka baginda yang di-Pertuan agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan negara dan Dewan rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
bahagian i
Permulaan
tajuk ringkas
1. akta ini bolehlah dinamakan akta Perbadanan Pembangunan industri kecil dan Sederhana 1995.
tafsiran
2. Dalam akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“aktiviti pengilangan” hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah akta Penyelarasan Perindustrian 1975 [Akta 156];
6 Undang-Undang Malaysia AktA 539
“industri kecil dan sederhana” ertinya suatu syarikat yang terlibat dalam aktiviti perkilangan dan aktiviti berkaitan yang diisytiharkan, dari semasa ke semasa, oleh menteri dalam perintah statutori yang disiarkan dalam Warta;
“kumpulan wang” ertinya kumpulan wang Pembangunan industri kecil dan Sederhana yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“menteri” ertinya menteri yang bertanggungjawab mengenai perdagangan antarabangsa dan industri;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pembangunan industri kecil dan Sederhana yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“syarikat” ertinya suatu syarikat yang ditubuhkan di bawah akta Syarikat 1965 [Akta 125] dan termasuk sesuatu perniagaan yang didaftar di bawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197].
bahagian ii
PerbaDanan
Penubuhan Perbadanan
3. maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan yang dikenali sebagai “Perbadanan Pembangunan industri kecil dan Sederhana” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa- apa kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada Perbadanan, mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
7
keanggotaan Perbadanan
4. (1) Perbadanan hendaklah terdiri daripada anggota berikut:
(a) seorang Pengerusi;
(b) seorang timbalan Pengerusi yang hendaklah seorang wakil kementerian Perdagangan antarabangsa dan industri;
(c) seorang wakil kementerian kewangan;
(d) seorang wakil unit Perancang ekonomi, jabatan Perdana menteri;
(e) ketua Pegawai eksekutif Perbadanan; dan
(f) mana-mana anggota lain, yang tidak melebihi enam orang, sebagaimana yang ditentukan oleh menteri.
(2) anggota Perbadanan hendaklah dilantik oleh menteri dan tertakluk kepada seksyen 5 dan 6, hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh menteri.
(3) Peruntukan jadual hendaklah terpakai kepada Perbadanan.
tempoh jawatan
5. tertakluk kepada seksyen 6, anggota Perbadanan selain daripada ketua Pegawai eksekutif hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh menteri pada masa pelantikan mereka dan adalah layak untuk dilantik semula.
Pembatalan pelantikan dan peletakan jawatan oleh anggota
6. (1) menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Perbadanan tanpa memberi apa-apa sebab.
(2) Seseorang anggota Perbadanan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada menteri.
8 Undang-Undang Malaysia AktA 539
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
7. (1) menteri boleh melantik mana-mana anggota Perbadanan untuk menjalankan fungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang Pengerusi oleh kerana apa-apa jua sebab tidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi; dan anggota sedemikian hendaklah, semasa tempoh yang dia menjalankan fungsi Pengerusi di bawah subseksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
(2) Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1) atau jika tiada pelantikan sedemikian dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi Pengerusi dan disifatkan sebagai Pengerusi Perbadanan.
anggota silih ganti
8. (1) menteri boleh, berkenaan dengan setiap anggota Perbadanan yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b), (c) dan (d), melantik seorang menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri mesyuarat Perbadanan sebagai ganti anggota itu, sekiranya anggota itu tidak dapat hadir kerana apa-apa jua sebab.
(2) apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi semua maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.
(3) Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti daripada menjadi anggota silih ganti sekiranya anggota yang baginya dia menjadi anggota silih ganti terhenti daripada menjadi anggota Perbadanan.
Pembatalan pelantikan
9. (1) Seseorang anggota Perbadanan hilang kelayakan dan pelantikannya sebagai anggota sedemikian hendaklah terbatal sekiranya—
(a) telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
9
(ii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(b) dia menjadi bankrap atau telah membuat perkiraan dengan pemiutangnya;
(c) dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya melaksanakan tugas atau menguruskan hal ehwalnya; atau
(d) pada tiga kali mesyuarat Perbadanan berturut-turut, tanpa kebenaran bertulis menteri, dia telah tidak hadir juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengannya.
(2) Peruntukan subseksyen (1), selain daripada perenggan (d), hendaklah terpakai mutatis mutandis kepada anggota silih ganti.
Pengisian kekosongan
10. apabila mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota Perbadanan oleh sebab peruntukan akta ini, menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh anggota itu dilantik.
Elaun
11. maka hendaklah dibayar kepada anggota dan anggota silih ganti Perbadanan apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh menteri.
Bahagian iii
FungSi Dan kuaSa PerbaDanan
Fungsi Perbadanan
12. Perbadanan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut: (a) untuk menggalak dan menyelaras pembangunan industri
kecil dan sederhana di malaysia;
10 Undang-Undang Malaysia AktA 539
(b) untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana;
(c) untuk menjalankan aktiviti promosi di dalam negeri bagi menggalakkan pertumbuhan industri kecil dan sederhana di dalam negara;
(d) untuk menubuhkan pangkalan data yang komprehensif dan sistem maklumat bagi program pembangunan industri kecil dan sederhana;
(e) untuk menjadi pusat pengumpulan, rujukan dan penyebaran maklumat berhubung dengan industri kecil dan sederhana;
(f) untuk menyediakan sokongan teknikal dan khidmat nasihat pengurusan dengan kerjasama agensi lain yang terlibat dalam pembangunan industri kecil dan sederhana;
(g) untuk menggalakkan kerjasama di kalangan industri kecil dan sederhana melalui penyatuan perniagaan, kerjasama teknikal, penubuhan tabung bersama atau perusahaan kerjasama dan pembelian peralatan guna sama;
(h) untuk menggalakkan perhubungan industri dengan industri besar;
(i) untuk menggalakkan pembangunan sumber manusia di sektor industri kecil dan sederhana; dan
(j) untuk melakukan apa-apa jua perkara lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya dari semasa ke semasa.
kuasa Perbadanan
13. Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala perkara yang semunasabahnya perlu, atau yang suai manfaat bagi, atau yang bersampingan untuk pelaksanaan fungsinya di bawah akta ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:
(a) untuk mengadakan dan menyelenggara pejabat cawangan dengan kelulusan menteri;
(b) untuk melantik ejen atau mendapatkan khidmat luar untuk menjalankan fungsi Perbadanan di bawah akta ini;
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
11
(c) untuk mewujudkan pangkalan data dan sistem maklumat yang komprehensif berkaitan dengan program pembangunan industri kecil dan sederhana;
(d) untuk mengambil dan memegang modal dalam mana-mana syarikat dengan kelulusan menteri;
(e) untuk mengelolakan aktiviti promosi industri kecil dan sederhana seperti penyertaan dalam pameran perdagangan, seminar dan persidangan dalam dan luar negeri;
(f) untuk menerbit atau menaja penerbitan berkala, risalah dan pengeluaran bahan maklumat di dalam apa-apa media; dan
(g) untuk mengenakan bayaran bagi penggunaan mana-mana kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh Perbadanan.

kuasa untuk meminjam
14. Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa meminjam dalam apa-apa bentuk, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh menteri, dengan persetujuan menteri kewangan, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau bagi menjalankan mana-mana kuasanya.
kuasa untuk mengguna khidmat
15. Perbadanan boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, dan mana-mana orang lain yang disifatkan perlu untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya bagi melaksanakan maksud akta ini dengan lebih baik.
kuasa untuk mewakilkan
16. (1) Perbadanan boleh, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, had atau sekatan, sebagaimana yang disifatkan sesuai dikenakan, mewakilkan kepada Pengerusi, atau kepada
12 Undang-Undang Malaysia AktA 539
ketua Pegawai eksekutif, atau kepada mana-mana anggota Perbadanan, kuasa dan kewibawaan untuk menjalankan atau melaksanakan bagi pihaknya kuasa atau fungsinya di bawah akta ini sebagaimana yang ditentukan olehnya, kecuali kuasa untuk membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 32; dan apa-apa kuasa atau fungsi sedemikian yang dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi, atau ketua Pegawai eksekutif, atau anggota lain Perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan sebagai telah dijalankan oleh dan bagi pihak Perbadanan.
(2) tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan sama ada kepada Pengerusi atau kepada ketua Pegawai eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada kumpulan wang atau mana-mana wang lain yang diletakhakkan pada atau yang di bawah kawalan Perbadanan sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh Perbadanan.
kuasa untuk melantik jawatankuasa
17. (1) Perbadanan boleh melantik jawatankuasa bagi apa-apa maksud yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan apa-apa fungsi dan kuasanya; mana-mana jawatankuasa yang dilantik hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya seorang anggota Perbadanan dan bolehlah dilantik ke jawatankuasa itu, mana-mana orang lain yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan.
(2) jawatankuasa yang dilantik hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.
(3) mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu.
(4) jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang yang, pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan.
(5) jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada Perbadanan.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
13
bahagian iV
Peruntukan kewangan
kumpulan Wang Pembangunan industr i keci l dan sederhana
18. (1) bagi maksud akta ini, Perbadanan hendaklah menubuhkan, mentadbirkan dan mengawal suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “kumpulan wang Pembangunan industri kecil dan Sederhana”.
(2) maka hendaklah dibayar ke dalam kumpulan wang itu—
(a) wang pelancaran penubuhan kumpulan wang pemberian kerajaan;
(b) apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan;
(c) apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;
(d) apa-apa jumlah wang diperuntukkan dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
(e) semua wang yang didapati oleh Perbadanan bagi perkhidmatan yang disediakan atau pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan;
(f) semua derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar malaysia;
(g) semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan; dan
(h) semua wang yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.
(3) Dalam seksyen ini dan seksyen 20, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi kerajaan sebagai pinjaman.
14 Undang-Undang Malaysia AktA 539
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada kumpulan Wang
19. kumpulan wang hendaklah dibelanjakan untuk— (a) pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan
sah oleh Perbadanan, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
(b) bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diperuntukkan kepada Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
(c) membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan dengan sepatutnya oleh Perbadanan pada menjalankan kuasanya atau melaksanakan fungsinya termasuk fi dan kos bagi perkhidmatan profesional kepada Perbadanan;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya;
(e) pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh menteri; dan
(f) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan akta ini.
Pengimbangan akaun hasil
20. maka adalah menjadi tugas Perbadanan untuk memelihara kumpulan wang dengan menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsinya untuk memastikan supaya jumlah hasil Perbadanan, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh menteri di bawah seksyen 34, adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Pendepositan dan pelaburan kumpulan Wang
21. Perbadanan boleh, dengan kelulusan menteri menempatkan kumpulan wang sebagai deposit dengan sebuah bank di malaysia atau melaburkan dalam sekuriti kerajaan atau apa-apa sekuriti yang diluluskan oleh menteri dengan persetujuan menteri kewangan.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
15
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
22. (1) Perbelanjaan Perbadanan hingga sebanyak yang dibenarkan oleh menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada kumpulan wang.
(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuklah perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya menteri hendaklah memberitahu Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3) Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
akta Badan Berkanun (akaun dan laporan tahunan) 1980
23. Peruntukan akta badan berkanun (akaun dan laporan tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
surcaj
24. (1) Seseorang yang sedang atau telah bekerja dengan Perbadanan boleh disurcaj sekiranya ternyata kepada Perbadanan bahawa orang tersebut—
(a) telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada Perbadanan yang pemungutannya adalah atau telah menjadi tanggungjawabnya;
(b) adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Perbadanan atau atas apa-apa pembayaran wang Perbadanan yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
16 Undang-Undang Malaysia AktA 539
(c) adalah atau telah bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Perbadanan;
(d) sebagai, atau yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(e) telah gagal untuk membuat apa-apa bayaran, atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada kumpulan wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana undang-undang atau di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Perbadanan.
(2) Perbadanan hendaklah, sebelum orang itu disurcaj menyampaikan kepadanya, suatu notis bertulis memintanya menunjuk sebab mengapa beliau tidak patut disurcaj.
(3) Sekiranya satu penjelasan yang memuaskan tidak diterima dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang disebutkan dahulu, Perbadanan boleh—
(a) di dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun yang tidak dikutip, atau bayaran yang tidak sepatutnya dibuat atau kekurangan dalam, atau kerugian kepada harta yang musnah; dan
(b) di dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan apa- apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(4) ketua Pegawai eksekutif hendaklah memberitahu orang yang disurcaj berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).
(5) walau apa pun peruntukan subseksyen (3) dan (4), Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj jika ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan ketua Pegawai eksekutif hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj tentang penarikan balik itu.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
17
(6) amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh dibawa guaman dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman oleh Perbadanan dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Perbadanan didapatkan kembali melalui potongan daripada—
(a) gaji orang yang disurcajkan; atau
(b) pencen orang yang disurcajkan,
dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
bahagian V
PentaDbiran
Pelantikan ketua Pegawai Eksekutif
25. menteri boleh melantik seorang ketua Pegawai eksekutif di atas terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh menteri.
saraan ketua Pegawai Eksekutif
26. maka hendaklah dibayar kepada ketua Pegawai eksekutif saraan sebagaimana yang ditentukan oleh menteri.
tugas ketua Pegawai Eksekutif
27. ketua Pegawai eksekutif adalah bertanggungjawab kepada Perbadanan untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal Perbadanan yang teratur bersesuaian dengan dasar Perbadanan.
18 Undang-Undang Malaysia AktA 539
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan
28. (1) tertakluk kepada subseksyen (2) dan apa-apa peraturan yang dibuat di bawah perenggan 33(2)(c), (d) dan (e), Perbadanan boleh dari semasa ke semasa, melantik sekian bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkannya wajar dan perlu dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai, bagi menjalankan maksud akta ini.
(2) walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Perbadanan tidak boleh menubuhkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain, tanpa kelulusan kementerian kewangan dan jabatan Perkhidmatan awam terlebih dahulu.
tatatertib pegawai dan pekhidmat
29. (1) Perbadanan hendaklah menubuhkan lembaga tatatertib Perbadanan yang hendaklah dianggotai oleh—
(a) dua orang anggota yang dilantik oleh dan daripada anggota Perbadanan dan seorang daripadanya hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dan
(b) ketua Pegawai eksekutif.
(2) lembaga tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Perbadanan selain daripada ketua Pegawai eksekutif.
(3) ketua Pegawai eksekutif tidak boleh menjadi anggota jawatankuasa tatatertib di dalam sebarang prosiding yang beliau adalah merupakan pengadu; tempat beliau hendaklah diambil oleh anggota yang akan dilantik dari kalangan anggota Perbadanan.
(4) Dalam melaksanakan fungsi dan kuasa tatatertib, lembaga tatatertib mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 32.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
19
(5) tatacara untuk prosiding tatatertib hendaklah mengikut peraturan yang dibuat di bawah seksyen 32.
(6) lembaga tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi tatatertib dan kuasa kepada mana- mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dikenali sebagai jawatankuasa tatatertib, yang berkaitan dengan mana- mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang berkenaan, atau yang berkaitan dengan mana-mana kelas atau kategori pegawai atau pekhidmat Perbadanan, dan jawatankuasa yang diperwakilkan dengan fungsi dan kuasa hendaklah menjalankan, melaksanakan atau dibuat di bawah arahan dan kawalan lembaga tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk menyemak semula, membatalkan atau mengubah mana-mana keputusan atau rumusan jawatankuasa.
(7) Penurunan kuasa tidak boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa tatatertib yang boleh menjalankan mana-mana tindakan tatatertib ke atas seorang pegawai atau pekhidmat yang lebih kanan dari segi jawatannya.
(8) mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang tidak berpuas hati dengan keputusan lembaga tatatertib atau mana-mana jawatankuasa tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (6) boleh, dalam tempoh empat belas (14) hari merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Perbadanan yang mana Perbadanan selanjutnya akan mengesahkan, mengakaskan atau memberi apa-apa arahan yang sewajarnya ke atas perkara berkenaan yang difikirkan sesuai dan berpatutan.
(9) apabila Perbadanan menimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (8), hendaklah tiada anggota lembaga tatatertib atau jawatankuasa tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, hadir dalam prosiding berhubung dengan rayuan terhadap siapa rayuan itu dibuat.
(10) keputusan Perbadanan atas rayuan tersebut adalah muktamad dan konklusif.
20 Undang-Undang Malaysia AktA 539
akta Perlindungan Pihak Berkuasa awam 1948
30. akta Perlindungan Pihak berkuasa awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Pekhidmat awam
31. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, semasa melaksanakan fungsi mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian kanun keseksaan [Akta 574].
bahagian Vi
am
Peraturan
32. (1) menteri boleh, selepas berunding dengan Perbadanan, membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan maksud dan peruntukan akta ini dengan teratur dan berkesan.
(2) tanpa menjejaskan keluasan yang berikut, peraturan sedemikian boleh dibuat bagi— (a) mengenakan fi dalam kes tertentu yang ditentukan oleh
Perbadanan; (b) tujuan elaun yang perlu dibayar kepada mana-mana anggota
dan anggota silih ganti Perbadanan; (c) menetapkan tanggungjawab, kelakuan dan kawalan pegawai
dan pekhidmat Perbadanan; (d) atau berkenaan dengan saraan, elaun dan syarat perkhidmatan
pegawai dan pekhidmat Perbadanan; (e) bayaran pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan
pekhidmat Perbadanan kerana pesaraan mereka atau selainnya pemberhentian mereka dari memegang jawatan sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian;
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
21
(f) cara bagaimana terma dan syarat pinjaman boleh diberikan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan di bawah perenggan 19(f) dan maksudnya;
(g) tatatertib pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang boleh meliputi—
(i) peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan semasa menanti prosiding tatatertib selesai;
(ii) pengwujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan
(iii) tatacara bagi prosiding tatatertib yang hendaklah memperuntukkan supaya pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang terhadapnya prosiding tatatertib diambil, peluang untuk membela diri terhadap tuduhan tatatertib terhadapnya itu sebelum satu keputusan dibuat oleh pihak berkuasa tatatertib, kecuali di dalam kes berikut jika:
(aa) seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana kelakuan berkenaan dengan mana satu pertuduhan jenayah telah dibuktikan terhadapnya;
(bb) Perbadanan berpuas hati bahawa kerana sesuatu sebab yang hendaklah direkodkan secara bertulis, tidaklah semunasabahnya praktik melaksanakan kehendak subperenggan ini;
(cc) menteri berpuas hati bahawa bagi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana- mana bahagiannya tidaklah suai manfaat melaksanakan kehendak subperenggan ini; atau
22 Undang-Undang Malaysia AktA 539
(dd) apa-apa perintah tahanan, pengawasan, kediaman terhad, buang negeri atau deportasi telah dibuat ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan atau jika apa-apa bentuk sekatan atau pengawasan dengan bon atau selainnya telah dikenakan ke atas seorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan, di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, pencegahan jenayah, tahanan pencegahan, kediaman terhad, buang negeri, imigresen, atau perlindungan bagi wanita dan gadis; dan
(h) menetapkan apa-apa jua perkara yang di bawah akta ini boleh ditetapkan oleh Perbadanan.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
33. (1) Perbadanan hendaklah memberi menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktiviti Perbadanan sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh menteri dari semasa ke semasa.
(2) tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh menteri.
kuasa Menteri untuk memberikan arahan
34. menteri boleh memberikan kepada Perbadanan apa-apa arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan akta ini mengenai pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Perbadanan dan Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
23
Jadual
[Subseksyen 4(3)]
Mesyuarat
1. (1) kuorum bagi sesuatu mesyuarat Perbadanan adalah empat orang.
(2) jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan oleh Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyak Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
(3) tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2) Perbadanan hendaklah mengawal selia tatacara sendiri.
Meterai perbadanan
2. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.
(2) meterai Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau seorang anggota Perbadanan yang lain dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
(3) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan, suatu cop yang mengandungi perkataan “Perbadanan Pembangunan industri kecil dan Sederhana” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan.
(4) meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Perbadanan.
(5) meterai perbadanan Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Minit
3. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
24 Undang-Undang Malaysia AktA 539
(2) apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan, jika ditandatangani sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Perbadanan yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
kesahan perbuatan dan prosiding
4. tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa apa-apa—
(a) kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan Perbadanan; atau
(b) peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
Pendedahan kepentingan
5. Seseorang anggota Perbadanan yang, sama ada secara langsung atau tidak langsung mempunyai, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau pengusahaan, yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang mempunyai sama ada secara langsung atau secara tidak langsung apa-apa kepentingan dalam apa-apa kontrak seperti itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingan itu kepada Perbadanan dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan dan anggota itu hendaklah keluar daripada mana-mana perbincangan atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
25
Undang-Undang Malaysia
akta 539
akta PERBadanan PEMBangUnan indUstRi kECil dan sEdERHana 1995
Senarai PinDaan
undang-undang tajuk ringkas berkuat kuasa yang meminda dari
– tiaDa –
26 Undang-Undang Malaysia AktA 539
Undang-Undang Malaysia
akta 539
akta PERBadanan PEMBangUnan indUstRi kECil dan sEdERHana 1995
Senarai SekSyen yang DiPinDa
Seksyen kuasa meminda berkuat kuasa dari
– tiaDa –
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA jw513694