Advanced Search

Tabung Haji Act 1995


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959909/tabung-haji-act-1995-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
JW002406 Akta 535.indd Tabung Haji 1
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 535
AKTA TABUNG HAJI 1995 Sebagaimana pada 1 Mei 2014
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2014
Undang-Undang Malaysia2 AKTA 535
AKTA TABUNG HAJI 1995
Tarikh Perkenan Diraja … … … 7 Februari 1995
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 16 Februari 1995
Tabung Haji 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 535
AKTA TABUNG HAJI 1995
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
LEMBAGA TABUNG HAJI
3. Penubuhan Lembaga Tabung Haji
4. Fungsi Lembaga
5. Meterai perbadanan Lembaga
6. Keanggotaan Lembaga
7. Saraan
8. Mesyuarat Lembaga
9. Pendedahan kepentingan dalam transaksi dengan Lembaga
10. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
11. Jawatankuasa
BAHAGIAN III
PEGAWAI, PEKHIDMAT DAN EJEN LEMBAGA
12. Ketua Pegawai Eksekutif
Undang-Undang Malaysia4 AKTA 535
Seksyen
13. Pelantikan pegawai, pekhidmat, ejen, penasihat, dsb.
14. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib
BAHAGIAN IV
KEWANGAN
15. Kumpulan Wang
16. Deposit
17. Pembiayaan atau bantuan kewangan
18. Kuasa untuk meminjam
19. Peraturan-peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran
20. Pelaburan Kumpulan Wang
21. Kumpulan Wang Rizab
22. Pengisytiharan untung boleh agih
23. Wang tidak dituntut
24. Jaminan Kerajaan tentang bayaran
25. Anggaran tahunan
26. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
BAHAGIAN V
PENGELOLA JEMAAH HAJI
27. Sekatan ke atas pengelola jemaah haji
28. Permohonan lesen dan pengeluaran lesen
29. Deposit cagaran
30. Penalti kerana melanggar terma dan syarat lesen
31. Obligasi pengelola jemaah haji jika jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain
32. Pengeluaran tiket kepada jemaah haji
33. Kebenaran untuk mengeluarkan tiket perjalanan sehala
Tabung Haji 5
BAHAGIAN VI
JEMAAH HAJI
Seksyen
34. Syarat bagi perjalanan ke Tanah Suci
35. Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji
36. Harga hendaklah ditandakan pada tiket
BAHAGIAN VII
PELBAGAI
37. Keterangan di bawah Akta ini
38. Peruntukan tentang bidang kuasa
39. Penalti am dan cubaan, dsb., untuk melakukan kesalahan
40. Liabiliti pengurus, dsb.
41. Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
42. Obligasi untuk menyimpan rahsia
43. Perlindungan bagi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen
44. Pekhidmat awam
45. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
46. Kuasa untuk meminda Jadual
BAHAGIAN VIII
PEMANSUHAN DAN PERALIHAN
47. Pemansuhan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969
48. Keberterusan anggota
49. Keberterusan undang-undang, dsb.
50. Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan
51. Perpindahan tanah dan harta
52. Kontrak sedia ada
53. Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
54. Perpindahan Kumpulan Wang
55. Perpindahan pendeposit dalam Kumpulan Wang
Undang-Undang Malaysia6 AKTA 535
Seksyen
56. Pengesahan perbuatan
57. Keberterusan Pengarah Besar, pegawai dan pekhidmat
58. Prosiding tatatertib yang belum selesai
59. Penggunaan meterai
JADUAL
Tabung Haji 7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 535
AKTA TABUNG HAJI 1995
Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Tabung Haji; dan untuk mengadakan perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
[1 Jun 1995, P.U. (B) 244/1995]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tabung Haji 1995 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hari yang ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah subseksyen 1(1);
“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 11(1);
Undang-Undang Malaysia8 AKTA 535
“jemaah haji” ertinya mana-mana Muslim yang melakukan perjalanan dari mana-mana tempat keluar atau tempat lain di Malaysia atau di tempat lain bagi maksud menunaikan haji di Tanah Suci;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 12;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“Kumpulan Wang Rizab” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 21;
“Lembaga” ertinya Lembaga Tabung Haji yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“lesen pengelola jemaah haji” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 28;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengawalan jemaah haji;
“Muslim” ertinya seseorang yang menganut agama Islam;
“orang” termasuklah kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;
“Pasport Haji” ertinya dokumen perjalanan dalam bentuk yang ditetapkan yang dikeluarkan kepada seseorang jemaah haji di bawah seksyen 35;
“pendeposit” ertinya orang yang dibenarkan oleh Lembaga di bawah seksyen 16 untuk mendepositkan wang dengan Lembaga bagi maksud yang dinyatakan dalam seksyen itu;
“pengelola jemaah haji” ertinya mana-mana orang yang dilesenkan di bawah seksyen 28;
“penumpang” ertinya mana-mana orang yang dibawa di dalam sesuatu pesawat udara sebagai balasan bayaran tambang bagi maksud itu;
Tabung Haji 9
“pesawat udara jemaah haji” ertinya pesawat udara yang dicarter, atau yang berkenaan dengannya perkiraan dibuat, bagi maksud membawa jemaah haji dari atau ke mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke atau dari mana-mana lapangan terbang yang menjadi tempat masuk ke atau tempat keluar dari Tanah Suci, dan termasuklah mana-mana pesawat udara yang lebih daripada suku penumpang yang dibawanya ialah jemaah haji yang dibawa sedemikian;
“saraan” termasuklah gaji atau upah, elaun, faedah perubatan, perumahan percuma atau bersubsidi dan keistimewaan lain yang dapat dinilai dengan wang;
“tahun kewangan” ertinya tempoh dua belas bulan kalendar yang berakhir pada 31 Disember;
“tiket jemaah haji” ertinya tiket yang memberikan hak, atau berupa sebagai memberikan hak, kepada mana-mana orang untuk dibawa sebagai penumpang dalam pesawat udara jemaah haji;
“wang tidak dituntut” ertinya—
(a) wang yang kena dibayar kepada seseorang pendeposit tetapi masih belum berbayar tidak kurang daripada dua belas bulan selepas wang itu menjadi kena dibayar; dan
(b) wang yang ada dalam akaun seseorang pendeposit yang sudah tidak dikendalikan oleh pendeposit itu sama ada dengan cara pendepositan atau pengeluaran selama tempoh yang tidak kurang daripada tujuh tahun.
(2) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai perihal tidak melakukan apa-apa perbuatan atau benda hendaklah termasuk sebutan mengenai keengganan untuk melakukan perbuatan atau benda itu.
BAHAGIAN II
LEMBAGA TABUNG HAJI
Penubuhan Lembaga Tabung Haji
3. (1) Maka inilah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Lembaga Tabung Haji”.
Undang-Undang Malaysia10 AKTA 535
(2) Lembaga hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(3) Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Fungsi Lembaga
4. (1) Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a) mentadbirkan Kumpulan Wang;
(b) mentadbirkan segala perkara yang berkenaan dengan kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya; dan
(c) melakukan apa-apa benda lain yang dikehendaki atau dibenarkan dilakukan di bawah Akta ini.
(2) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan mana-mana atau semua fungsinya secara keseluruhannya atau sebahagiannya di Malaysia atau di luar Malaysia.
(3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri—
(a) menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bagi berkongsi keuntungan atau menjalankan aktiviti-aktivitinya bersama-sama dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam mana-mana aktiviti sedemikian;
(b) mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan boleh menjual, memegang atau mengeluarkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya;
Tabung Haji 11
(c) menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga; atau
(d) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau, melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.
(4) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(c).
Meterai perbadanan Lembaga
5. (1) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.
(2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis.
(3) Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.
(4) Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Lembaga, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
(5) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Undang-Undang Malaysia12 AKTA 535
Keanggotaan Lembaga
6. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a) seorang Pengerusi, yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b) seorang wakil Jabatan Perdana Menteri;
(c) seorang wakil Perbendaharaan; dan
(d) tidak lebih daripada tujuh orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
(2) Tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga melainkan jika dia seorang Muslim dan warganegara Malaysia.
(3) Orang yang berikut tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga:
(a) orang bankrap;
(b) orang yang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun; atau
(c) orang yang tidak sempurna akal atau yang selainnya tidak berupaya melaksanakan fungsinya sebagai anggota Lembaga.
(4) Jika seseorang anggota Lembaga—
(a) tidak menghadiri tiga mesyuarat Lembaga berturut-turut tanpa kebenaran bertulis Pengerusi Lembaga; atau
(b) menjadi tidak layak di bawah subseksyen (3),
jawatannya sebagai anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong.
(5) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(6) Seseorang anggota Lembaga boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.
Tabung Haji 13
(7) Tertakluk kepada subseksyen (4), (5) dan (6), seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.
Saraan
7. Tertakluk kepada subseksyen 12(3), anggota Lembaga tidaklah berhak mendapat apa-apa saraan tetapi boleh dibayar apa-apa honorarium dan elaun perjalanan dan sara hidup yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat Lembaga
8. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.
(2) Tiga orang anggota Lembaga hendaklah membentuk kuorum pada mana-mana mesyuarat Lembaga.
(3) Pengerusi atau, semasa ketiadaannya, anggota yang dilantik oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat.
(4) Sekiranya atas apa-apa persoalan terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi asalnya.
(5) Apa-apa minit yang dibuat tentang mesyuarat Lembaga hendaklah, sekiranya ditandatangani sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang berkenaan dengannya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota pada mesyuarat itu sewajarnya layak untuk bertindak.
(6) Tertakluk kepada subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5), Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Undang-Undang Malaysia14 AKTA 535
Pendedahan kepentingan dalam transaksi dengan Lembaga
9. (1) Mana-mana anggota Lembaga yang mempunyai atau memperoleh, secara langsung atau tidak langsung, sendiri atau melalui pekongsinya atau ejennya—
(a) apa-apa syer atau kepentingan—
(i) dalam apa-apa kontrak yang dibuat dengan Lembaga;
(ii) dalam apa-apa kerja yang dilakukan untuk Lembaga; atau
(iii) dalam mana-mana syarikat atau firma yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat kontrak berkenaan dengan apa-apa pengusahaan; atau
(b) apa-apa kepentingan benefisial mengenai tanah yang dicadangkan hendak diperoleh, dibeli, dipajakkan atau diuruskan selainnya oleh Lembaga, yang diketahuinya akan tersentuh atau mungkin akan tersentuh oleh mana- mana projek, skim atau perusahaan yang diluluskan atau dicadangkan hendak diluluskan oleh Lembaga,
hendaklah mengisytiharkan jenis dan takat syer atau kepentingannya kepada Lembaga.
(2) Perisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seseorang anggota di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat—
(a) pada mesyuarat Lembaga yang apa-apa soal berhubungan dengan kontrak, pemerolehan, pembelian, pemajakan, urus niaga, projek atau skim yang disebut dalam subseksyen itu mula-mula dipertimbangkan;
(b) jika anggota itu tidak mempunyai apa-apa syer atau kepentingan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a) pada tarikh mesyuarat yang tersebut dalam perenggan itu, pada mesyuarat sedemikian yang berikutnya yang diadakan selepas dia memperoleh syer atau kepentingan itu; atau
(c) jika seseorang anggota memperoleh apa-apa syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak dengan Lembaga selepas kontrak itu dibuat, pada mesyuarat yang pertama yang diadakan selepas anggota itu memperoleh syer atau kepentingan itu.
Tabung Haji 15
(3) Bagi maksud seksyen ini, notis am yang diberikan kepada anggota lain oleh seseorang anggota yang bermaksud bahawa dia ialah pemegang syer atau pengarah mana-mana syarikat atau firma yang tertentu dan hendaklah dikira mempunyai kepentingan dalam apa-apa kontrak yang mungkin, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan atau oleh syarikat atau firma itu, hendaklah disifatkan sebagai perisytiharan yang mencukupi tentang kepentingan berhubungan dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian.
(4) Notis yang diberikan di bawah subseksyen (3) tidak mempunyai kuat kuasa melainkan jika diberikan pada mesyuarat Lembaga atau anggota yang berkenaan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca pada mesyuarat Lembaga yang berikutnya selepas notis itu diberikan.
(5) Tiap-tiap perisytiharan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang padanya perisytiharan itu dibuat atau dibaca.
(6) Tiada seorang pun anggota Lembaga boleh mengundi atas apa-apa ketetapan atau soal yang berhubungan dengan apa- apa kontrak, perolehan, pembelian, pajakan, urus niaga, projek atau skim yang mengenainya dia mempunyai apa-apa syer atau kepentingan, sama ada atau tidak dia sudah mengisytiharkan syer atau kepentingannya, atau mengambil bahagian dalam apa-apa pertimbangan (kecuali atas undangan Lembaga) atau keputusan yang berhubungan dengannya atau apa-apa perkara yang bersampingan dengannya dan jika dia berbuat demikian—
(a) undinya tidak boleh dikira; dan
(b) dia tidak boleh dikira dalam kuorum yang hadir pada mesyuarat bagi maksud ketetapan atau soal itu.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan dan menghendaki maklumat
10. (1) Menteri boleh memberi Lembaga apa-apa arahan yang bersifat am yang selaras dengan Akta ini yang berhubungan dengan pelaksanaan fungsi Lembaga dan Lembaga hendaklah menguatkuasakan semua arahan sedemikian.
Undang-Undang Malaysia16 AKTA 535
(2) Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lain berkenaan dengan harta dan aktiviti Lembaga sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa.
Jawatankuasa
11. (1) Bagi maksud melaksanakan fungsinya, Lembaga boleh menubuhkan, sekiranya difikirkannya perlu, jawatankuasa, yang setiap satunya terdiri daripada apa-apa bilangan anggota dan dengan bidang tugas yang ditentukannya.
(2) Orang yang tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota Lembaga di bawah subseksyen 6(3) adalah juga tidak layak untuk dilantik menjadi anggota atau untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.
(3) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(4) Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(5) Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila- bila masa meletakkan jawatan dengan memberikan notis secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif.
(6) Setiap jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang- kurangnya tiap-tiap dua bulan sekali.
(7) Jika seseorang anggota sesuatu jawatankuasa—
(a) tidak menghadiri tiga mesyuarat jawatankuasa berturut- turut tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai Eksekutif; atau
(b) menjadi tidak layak di bawah subseksyen (2),
jawatannya sebagai anggota jawatankuasa hendaklah menjadi kosong.
(8) Tertakluk kepada subseksyen (6) dan (9), seksyen 7, 8 dan 9 hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa dan anggotanya sebagaimana seksyen itu terpakai bagi Lembaga dan anggotanya.
Tabung Haji 17
(9) Dalam pemakaiannya bagi sesuatu jawatankuasa—
(a) seksyen 7 hendaklah dibaca seolah-olah perkataan “Menteri” digantikan dengan perkataan “Lembaga”; dan
(b) seksyen 9 hendaklah terpakai bagi seseorang anggota sesuatu jawatankuasa berkenaan dengan apa-apa kontrak atau apa-apa perolehan, pembelian, pajakan atau urus niaga mengenai tanah atau apa-apa projek, pelaburan atau skim yang menjadi urusan jawatankuasa itu.
BAHAGIAN III
PEGAWAI, PEKHIDMAT DAN EJEN LEMBAGA
Ketua Pegawai Eksekutif
12. (1) Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.
(2) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan kewajipan yang diberikan atau dikenakan padanya oleh Akta ini atau dari semasa ke semasa oleh Lembaga di samping apa-apa kuasa dan kewajipan yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.
(3) Walau apa pun seksyen 7, Ketua Pegawai Eksekutif boleh dibayar apa-apa gaji atau elaun yang ditentukan oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.
Pelantikan pegawai, pekhidmat, ejen, penasihat, dsb.
13. (1) Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 14 dan 15, Lembaga boleh dari semasa ke semasa—
(a) melantik dan mengambil kerja atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga mana-mana orang untuk menjadi pengarah urusan, pengarah eksekutif, pengurus besar dan mana-mana pegawai dan pekhidmat lain yang perlu untuk menjalankan maksud Akta ini; dan
Undang-Undang Malaysia18 AKTA 535
(b) menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.
(2) Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian.
(3) Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau mana- mana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib
14. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat. Lembaga boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan membuat peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi—
(a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(b) penggantungan tanpa gaji atau saraan lain,
seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga semasa menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya.
Tabung Haji 19
BAHAGIAN IV
KEWANGAN
Kumpulan Wang
15. (1) Hendaklah ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) deposit yang diterima di bawah seksyen 16;
(b) segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan, dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Lembaga;
(c) apa-apa jumlah wang yang mungkin dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga dan segala jumlah wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Lembaga berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(e) apa-apa fi dan wang lain yang ditetapkan;
(f) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga dan wang yang diperoleh atau berbangkit daripadanya;
(g) segala pendapatan daripada pelaburan Kumpulan Wang Rizab;
(h) segala wang yang dipinjam oleh Lembaga; dan
(i) segala wang atau harta lain yang mungkin mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa atau kewajipannya.
Undang-Undang Malaysia20 AKTA 535
(3) Kumpulan Wang boleh digunakan bagi semua atau mana- mana maksud yang berikut:
(a) pengeluaran deposit dengan atau tanpa keuntungan boleh agih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga atas deposit itu mengikut Akta ini;
(b) pembayaran balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(c) belanja pentadbiran termasuk saraan dan faedah penamatan;
(d) belanja lain yang bersampingan dengan pengurusan Kumpulan Wang dan fungsi Lembaga termasuk apa- apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Lembaga, mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Lembaga; dan
(e) pemberian pinjaman dan pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Lembaga jika dibenarkan oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Deposit
16. (1) Lembaga boleh menerima deposit daripada mana-mana individu Muslim yang berwarganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
(2) Deposit hendaklah diterima bagi maksud berikut:
(a) menyimpan untuk individu itu menunaikan haji di Tanah Suci; atau
(b) sebagai simpanan bagi pelaburan atau bagi apa-apa maksud lain yang dibenarkan oleh Lembaga.
Tabung Haji 21
Pembiayaan atau bantuan kewangan
17. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memberikan pembiayaan atau bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(d) dan kepada mana- mana syarikat yang berkaitan dengannya, dan pembiayaan atau bantuan kewangan itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan dalam kes tertentu.
(2) Tiada jaminan atau surat tanggung rugi boleh dikeluarkan oleh Lembaga atau mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini tanpa kebenaran bertulis daripada Menteri Kewangan.
Kuasa untuk meminjam
18. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan dan atas apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh mereka, meminjam apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Lembaga bagi maksud Akta ini.
Peraturan-peraturan berhubungan dengan deposit dan pengeluaran
19. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri berhubungan dengan deposit dan pengeluaran, membuat peraturan tentang—
(a) cara deposit ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat;
(b) peruntukan supaya akaun berasingan disimpan bagi setiap pendeposit;
(c) cara pengeluaran apa-apa amaun yang ada dalam akaun pendeposit hendaklah dibuat; dan
(d) keterangan yang hendaklah dikemukakan apabila dibuat apa-apa permohonan bagi pengeluaran.
Undang-Undang Malaysia22 AKTA 535
Pelaburan Kumpulan Wang
20. (1) Aset Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang tidak dikehendaki dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan keseluruhannya atau sebahagiannya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia dan mengikut cara yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(2) Lembaga tidak boleh menjalankan kuasa pelaburan di bawah subseksyen (1) tanpa kelulusan Menteri.
Kumpulan Wang Rizab
21. (1) Lembaga hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu Kumpulan Wang Rizab dalam Kumpulan Wang.
(2) Lembaga boleh dari semasa ke semasa memindahkan aset daripada Kumpulan Wang Rizab kepada Kumpulan Wang atau daripada Kumpulan Wang kepada Kumpulan Wang Rizab.
(3) Pemindahan kepada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Lembaga dan pemindahan daripada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Menteri.
(4) Seksyen 20 hendaklah terpakai bagi aset Kumpulan Wang Rizab sebagaimana ia terpakai bagi aset Kumpulan Wang.
Pengisytiharan untung boleh agih
22. (1) Tertakluk kepada seksyen ini, Lembaga boleh mengikut budi bicara mutlaknya menentukan pada bila-bila masa sama ada wajar untuk mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh agih berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang dan jika ia menentukan untuk mengisytiharkan sedemikian, Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, mengisytiharkan suatu jumlah wang sebagai untung boleh diagihkan berkenaan dengan apa-apa tempoh atau tahun tertentu Kumpulan Wang itu.
(2) Jika suatu perisytiharan dibuat di bawah subseksyen (1), Lembaga hendaklah juga menentukan cara, amaun dan masa bagi mengkreditkan untung boleh agih itu kepada setiap pendeposit.
Tabung Haji 23
(3) Tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan melainkan jika Lembaga telah terlebih dahulu menubuhkan Kumpulan Wang Rizab, dan tiada untung boleh agih boleh diisytiharkan dalam mana-mana tahun melainkan jika pada akhir tahun itu—
(a) aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabiliti Kumpulan Wang, amaun yang kena dibayar kepada pendeposit dikira seolah-olah kena dibayar dengan serta- merta; dan
(b) aset Kumpulan Wang Rizab tidak kurang daripada apa-apa peratusan amaun yang sebenarnya terkredit untuk pendeposit setakat akhir tahun itu termasuk untung boleh agih, sebagaimana yang diluluskan oleh Perbendaharaan.
(4) Apa-apa pembayaran yang dikehendaki dibuat daripada Kumpulan Wang bagi maksud seksyen ini hendaklah, setakat yang wang dalam Kumpulan Wang itu tidak mencukupi bagi maksud itu, dibuat daripada Kumpulan Wang Rizab.
(5) Apa-apa keputusan Lembaga berkenaan dengan amaun untung boleh agih yang akan diumpukkan kepada seseorang pendeposit adalah muktamad dan mengikat pendeposit itu dan sesuatu perakuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang untung boleh agih yang diumpukkan kepada pendeposit itu.
Wang tidak dituntut
23. (1) Jika Lembaga telah diisytiharkan di bawah seksyen 8 Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370] sebagai bukan suatu syarikat yang baginya Bahagian II Akta itu terpakai, segala wang tidak dituntut yang dipegang oleh Lembaga hendaklah dicatatkan dalam daftar yang disimpan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang yang berlawanan, segala wang tidak dituntut hendaklah dipegang dalam Kumpulan Wang sehingga wang itu dibayar kepada pendeposit yang berkenaan pada bila-bila masa kemudian daripada itu.
(3) Bagi maksud seksyen ini, “pendeposit”, berkenaan dengan mana-mana individu, termasuklah waris, wasi, wakil persendirian, pentadbir, penyerah hak, wakil yang sah dan ejen individu itu.
Undang-Undang Malaysia24 AKTA 535
Jaminan Kerajaan tentang bayaran
24. (1) Jika apa-apa perbelanjaan Lembaga berhubungan dengan pengeluaran oleh pendeposit tidak dapat ditampung daripada Kumpulan Wang atau Kumpulan Wang Rizab perbelanjaan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan kena dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan.
(2) Apa-apa pembayaran daripada Kumpulan Wang Disatukan hendaklah dengan seberapa segera yang praktik dibayar balik oleh Lembaga kepada Kumpulan Wang Disatukan dan sehingga wang itu dibayar balik wang itu hendaklah menjadi hutang kepada Kerajaan dan tanggungan pertama atas aset Kumpulan Wang dan Kumpulan Wang Rizab.
Anggaran tahunan
25. (1) Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah, tidak lewat daripada satu bulan sebelum bermulanya setiap tahun kewangan, membentangkan di hadapan Lembaga suatu anggaran perbelanjaan Lembaga (termasuk perbelanjaan modal) bagi tahun yang berikutnya dengan butir-butir dan dalam bentuk yang ditentukan oleh Lembaga.
(2) Satu salinan anggaran yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dihantar kepada setiap anggota Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum mesyuarat yang di hadapannya anggaran itu akan dibentangkan.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
26. Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Lembaga.
BAHAGIAN V
PENGELOLA JEMAAH HAJI
Sekatan ke atas pengelola jemaah haji
27. (1) Tiada seorang pun boleh—
(a) menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;
Tabung Haji 25
(b) mengiklankan bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;
(c) membuat atau terus membuat apa-apa representasi yang bermaksud bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; atau
(d) melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang boleh semunasabahnya mendorong Lembaga untuk mempercayai bahawa orang itu akan menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau akan mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji,
melainkan jika dia memegang lesen pengelola jemaah haji yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya; dan
(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permohonan lesen dan pengeluaran lesen
28. (1) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen pengelola jemaah haji hendaklah dibuat kepada Lembaga secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan.
(2) Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon bagi lesen pengelola jemaah haji supaya memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu.
Undang-Undang Malaysia26 AKTA 535
(3) Lembaga boleh, selepas menimbangkan sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang diberikan menurut sesuatu kehendak di bawah subsekyen (2), mengeluarkan kepada pemohon suatu lesen pengelola jemaah haji apabila dibayar fi yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, jika ada, sebagaimana yang difikirkannya patut atau boleh, jika disifatkannya patut, enggan mengeluarkan lesen sedemikian tanpa memberikan apa- apa sebab baginya.
(4) Tiap-tiap lesen pengelola jemaah haji hendaklah, melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, terus berkuat kuasa selama tempoh yang dinyatakan dalam lesen itu.
Deposit cagaran
29. (1) Tiap-tiap pemohon yang diberi lesen pengelola jemaah haji hendaklah mendepositkan dengan Lembaga dengan seberapa segera yang boleh selepas pengeluaran lesen itu, dan dalam apa- apa hal tidak lewat daripada apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Lembaga, dan hendaklah kemudiannya menyenggara dengan Lembaga suatu deposit cagaran dalam bentuk—
(a) jaminan bank dalam apa-apa bentuk dan bagi apa-apa amaun yang diluluskan oleh Lembaga; dan
(b) deposit wang tunai bagi apa-apa amaun yang ditentukan oleh Lembaga.
(2) Lembaga boleh menghendaki mana-mana pengelola jemaah haji supaya memberikan jaminan bank baru atau mendepositkan wang tunai tambahan bagi apa-apa amaun dan mengikut apa- apa cara yang ditentukan oleh Lembaga sebagai cagaran yang mencukupi buat masa itu bagi keberterusan lesen pengelola jemaah haji itu.
(3) Deposit cagaran yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) hendaklah dipegang sebagai cagaran bagi pematuhan wajar terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga di bawah subseksyen 28(3) dan bagi pelaksanaan wajar obligasi yang dikenakan di bawah seksyen 31.
Tabung Haji 27
(4) Jika mana-mana pengelola jemaah haji tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat atau tidak melaksanakan mana- mana obligasi yang disebut dalam subseksyen (3), dia hendaklah melucuthakkan kepada Lembaga apa-apa bahagian deposit cagaran itu sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(5) Lembaga boleh secara sah di sisi undang-undang dari semasa ke semasa memotong daripada deposit cagaran apa-apa amaun yang mungkin diperlukan—
(a) untuk menunaikan amaun apa-apa pelucuthakan di bawah subseksyen (4);
(b) untuk membayar apa-apa jumlah wang yang dituntut di bawah seksyen 31;
(c) untuk membayar balik apa-apa jumlah wang yang mungkin telah dibayar oleh Lembaga dengan suci hati kepada mana-mana orang yang menuntut bahawa dia berhak atau mempunyai kepentingan terhadap jumlah wang itu.
Penalti kerana melanggar terma dan syarat lesen
30. (1) Mana-mana pengelola jemaah haji yang melanggar mana- mana terma atau syarat lesennya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(2) Lembaga hendaklah membatalkan lesen mana-mana pengelola jemaah haji yang didapati bersalah di bawah subseksyen (1).
(3) Lembaga boleh, apabila mana-mana pengelola jemaah haji dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1), menggantung lesen pengelola jemaah hajinya sementara menanti pelupusan kes itu.
Undang-Undang Malaysia28 AKTA 535
Obligasi pengelola jemaah haji jika jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain
31. (1) Tiap-tiap pengelola jemaah haji atau ejennya yang bermastautin di Malaysia hendaklah bertanggungjawab bagi pelaksanaan wajar obligasi yang berikut berkenaan dengan tiap- tiap pesawat udara yang dicarter atau baginya perkiraan dibuat olehnya bagi membawa jemaah haji ke atau dari Tanah Suci:
(a) bahawa jika mana-mana jemaah haji tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain selama tempoh yang lebih lama daripada dua puluh empat jam dari masa dan tarikh tempat dalam pesawat udara itu sepatutnya ada, pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Duta atau Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain apa- apa jumlah wang yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai mencukupi untuk elaun sara hidup bagi setiap jemaah haji itu sehingga jemaah haji itu mempunyai peluang untuk dibawa balik ke Malaysia; dan
(b) bahawa jika mana-mana jemaah haji yang diberi tiket pergi balik yang dikeluarkan di Malaysia tertahan di Tanah Suci atau di tempat lain kerana tiada tempat diberikan oleh sesuatu pesawat udara yang baginya tiketnya boleh digunakan, selama apa-apa tempoh yang lebih lama daripada bilangan maksimum hari yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa yang kiraannya hendaklah dibuat dari masa dan tarikh apabila tempat atas pesawat udara itu sepatutnya ada, maka pengelola jemaah haji itu hendaklah membayar kepada Menteri berkenaan dengan setiap jemaah haji sedemikian apa- apa jumlah wang yang dituntut oleh Menteri sebagai kos untuk menghantar pulang jemaah haji itu.
(2) Tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh bermula selagi pesawat udara itu terhalang daripada membawa jemaah haji dalam perjalanan pulang kerana gangguan perang atau apa-apa jenis vis major.
(3) Perakuan tentang tahanan itu yang berupa sebagai ditandatangani dan dimeteraikan dengan meterai konsular Duta atau Konsul Malaysia di Tanah Suci atau di tempat lain boleh diterima sebagai
Tabung Haji 29
keterangan mengenai segala fakta yang dinyatakan dalamnya dan hendaklah diterima, tanpa terlebih dahulu dibuktikan dengan tandatangan, sebagai keterangan dalam mana-mana mahkamah di Malaysia atau dalam mana-mana timbang tara.
Pengeluaran tiket kepada jemaah haji
32. (1) Tiap-tiap pengelola jemaah haji hendaklah mengeluarkan atau menyebabkan dikeluarkan kepada seseorang jemaah haji yang perjalanannya ke Tanah Suci dikelolakan olehnya suatu tiket udara pergi balik bagi perjalanan jemaah haji itu ke Tanah Suci dan pulang dari Tanah Suci.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu tiket bagi perjalanan balik tidak perlu dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji yang mengemukakan kebenaran bertulis seperti yang tersebut dalam seksyen 33.
(3) Tiap-tiap tiket yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan dalam masa yang akan membolehkan jemaah haji yang kepadanya tiket itu dikeluarkan untuk menunaikan haji.
(4) Mana-mana pengelola jemaah haji yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(5) Walau apa pun apa-apa penalti di bawah subseksyen (4), Lembaga adalah berhak, jika seseorang pengelola jemaah haji tidak mematuhi subseksyen (1), membuat perkiraan bagi pembelian tiket untuk perjalanan balik seseorang jemaah haji dan pengelola jemaah haji itu hendaklah bertanggungan bagi dan menanggung segala kos yang dilakukan baginya dan hendaklah menanggung rugi Lembaga bagi kos itu apabila dituntut.
Kebenaran untuk mengeluarkan tiket perjalanan sehala
33. Lembaga boleh mengeluarkan kebenaran bertulis, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut dikenakan, yang membenarkan dikeluarkan kepada mana-mana jemaah haji tiket perjalanan sehala ke Tanah Suci.
Undang-Undang Malaysia30 AKTA 535
BAHAGIAN VI
JEMAAH HAJI
Syarat bagi perjalanan ke Tanah Suci
34. (1) Tiada jemaah haji boleh melakukan perjalanan atau cuba melakukan perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji melainkan jika Lembaga telah mengeluarkan kepadanya suatu perakuan bertulis yang mengesahkan bahawa jemaah haji itu sudah—
(a) dikeluarkan kepadanya dengan sewajarnya suatu Pasport Haji;
(b) dikeluarkan kepadanya oleh pihak berkuasa yang relevan dan melalui Lembaga visa yang sah untuk menunaikan haji di Tanah Suci bagi musim haji semasa;
(c) membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket pergi baliknya untuk perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci atau, dalam hal jemaah haji yang telah diberi kebenaran bertulis di bawah seksyen 33, sudah membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya tiket perjalanan sehalanya;
(d) membayar atau menyebabkan dibayar sepenuhnya apa-apa jumlah wang tambahan yang ditentukan oleh Lembaga sebagai mencukupi bagi belanja hidup jemaah haji itu sepanjang keseluruhan tempoh dia tinggal di Tanah Suci dan bayaran itu sudah disahkan sewajarnya diterima oleh Lembaga atau oleh pengelola jemaah haji yang relevan; dan
(e) menjalani apa-apa pemeriksaan perubatan yang diluluskan oleh Lembaga.
(2) Lembaga boleh mengikut budi b icara mut laknya mengecualikan mana-mana orang daripada pemakaian mana-mana bahagian seksyen ini atau meminda atau mengubah mana-mana kehendak di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana orang.
Tabung Haji 31
Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji
35. (1) Lembaga hendaklah mengeluarkan Pasport Haji kepada setiap jemaah haji dan Pasport Haji itu hendaklah disifatkan sebagai pasport dan permit masuk semula yang sah seolah-olah diberikan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pasport dan imigresen.
(2) Sesuatu Pasport Haji tidak sah kecuali bagi maksud perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan haji dan pulang dari Tanah Suci.
Harga hendaklah ditandakan pada tiket
36. (1) Tiada seorang pun boleh menjual kepada jemaah haji apa-apa tiket jemaah haji melainkan jika harga yang dengannya tiket itu dijual ditandakan dengan jelas pada tiket itu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
(2) Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
BAHAGIAN VII
PELBAGAI
Keterangan di bawah Akta ini
37. Dalam mana-mana prosiding bagi penghukuman apa-apa penalti di bawah Akta ini—
(a) apa-apa dokumen yang berupa sebagai dibuat dan ditandatangani oleh mana-mana pegawai mana-mana Kedutaan atau Pejabat Konsul Malaysia atau asing; dan
(b) apa-apa salinan prosiding mana-mana mahkamah yang disahkan dengan sewajarnya,
hendaklah diterima sebagai keterangan, jika didapati telah dihantar secara rasmi kepada mana-mana pegawai di atau berdekatan dengan tempat prosiding di bawah Akta ini dijalankan.
Undang-Undang Malaysia32 AKTA 535
Peruntukan tentang bidang kuasa
38. Bagi maksud memberikan bidang kuasa di bawah Akta ini, tiap-tiap kesalahan hendaklah disifatkan telah dilakukan dan tiap-tiap kausa pengaduan telah berbangkit sama ada di tempat kesalahan itu sebenarnya dilakukan atau kausa itu sebenarnya berbangkit atau di mana-mana tempat pesalah atau orang yang terhadapnya pengaduan itu dibuat berada.
Penalti am dan cubaan, dsb., untuk melakukan kesalahan
39. (1) Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti yang nyata diperuntukkan boleh apabila disabitkan—
(a) berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; dan
(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang—
(a) cuba melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(b) melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan atau bagi membantu pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini; atau
(c) bersubahat atau terlibat dalam sesuatu komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimana istilah itu ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] ) apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, sama ada atau tidak kesalahan itu dilakukan berbangkit daripadanya,
melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Tabung Haji 33
Liabiliti pengurus, dsb.
40. (1) Jika apa-apa kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh seseorang, yang dalam seksyen ini disebut “prinsipal”, mana- mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan perniagaan atau hal-ehwal prinsipal itu atau membantu dalam pengurusan itu adalah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah yang patut diambil olehnya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu, untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(2) Jika mana-mana prinsipal boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, termasuk pembatalan lesennya, kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekhidmat atau ejennya jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu dilakukan oleh pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak prinsipal itu.
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan
41. (1) Lembaga boleh mengkompaun apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum yang dengannya kesalahan itu boleh dihukum.
(2) Apabila bayaran diterima di bawah subseksyen (1), tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(3) Apa-apa wang yang dibayar kepada Lembaga menurut peruntukan seksyen ini hendaklah dibayar kepada dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Undang-Undang Malaysia34 AKTA 535
Obligasi untuk menyimpan rahsia
42. (1) Tiada pegawai atau pekhidmat Lembaga atau orang lain yang mempunyai akses kepada apa-apa penyata, akaun, rekod, surat-menyurat, dokumen, maklumat atau apa-apa bahan lain yang diperoleh oleh sebab dia diambil kerja atau diambil khidmat oleh Lembaga boleh mendedahkan penyata, akaun, rekod, surat- menyurat, dokumen, maklumat atau bahan lain sedemikian kepada mana-mana orang lain melainkan jika pendedahan itu dibenarkan oleh Lembaga.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Perlindungan bagi anggota, pegawai, pekhidmat dan ejen
43. (1) Tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga bertanggungan sendiri disebabkan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan semasa menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan salahnya yang disengajakan.
(2) Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana- mana pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga, berkenaan dengan apa-apa keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
Pekhidmat awam
44. Semua anggota Lembaga dan anggota tiap-tiap jawatankuasa dan semua pegawai dan pekhidmat Lembaga hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Tabung Haji 35
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
45. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat apa- apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi melaksanakan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi pelaksanaan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat—
(a) berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa dan tatacara jawatankuasa sedemikian;
(b) untuk mengenakan fi dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Lembaga;
(c) bagi penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun Lembaga, termasuk perkara tentang tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;
(d) untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara perjawatan dan operasi dan peminjaman wang;
(e) untuk menguruskan pendepositan ke dalam dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang, dan khususnya—
(i) untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh pendeposit orang yang kepadanya apa-apa amaun yang terkredit untuknya dalam Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar apabila dia mati, bagi cara penamaan itu boleh dibatalkan dan bagi hal keadaan penamaan itu dianggap sudah terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada penama yang dinamakan sedemikian;
(ii) untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang terkredit untuk seseorang pendeposit pada masa kematiannya jika tidak ada penamaan oleh pendeposit itu orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar apabila dia mati;
(iii) untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran untung boleh agih jika seseorang pendeposit mati atau semasa pengeluaran;
Undang-Undang Malaysia36 AKTA 535
(f) untuk menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuk perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan hukuman tatatertib dan rayuan berkenaan dengannya dan berkenaan dengan gaji, elaun, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;
(g) untuk menetapkan cara bagi apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
(h) untuk mengadakan peruntukan bagi bentuk dan tatacara dalam pengeluaran Pasport Haji;
(i) untuk menetapkan orang yang olehnya dan syarat yang berdasarkannya Pasport Haji boleh diberikan;
(j) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga—
(i) bagi membeli atau mendirikan rumah yang didiaminya atau yang dia bercadang hendak mendiaminya atau untuk melepaskan apa-apa gadaian atau gadai janji atau apa-apa bebanan lain atas rumah itu;
(ii) bagi membeli kenderaan bagi kegunaannya sendiri;
(iii) bagi pemerolehan komputer peribadi atau barang- barang lain yang perlu atau berguna bagi pelaksanaan lebih baik tugas-tugasnya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian; atau
(iv) bagi apa-apa belanja pendidikan atau perubatan yang diperlukan olehnya;
(k) untuk menetapkan terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana- mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan kepada atau diserahhakkan kepada Lembaga sebagai cagaran bagi pinjaman itu;
Tabung Haji 37
(l) untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;
(m) untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen selepas berunding terlebih dahulu dengan Arkib Negara; dan
(n) untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.
(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—
(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun bagi kesalahan sedemikian.
Kuasa untuk meminda Jadual
46. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini.
BAHAGIAN VIII
PEMANSUHAN DAN PERALIHAN
Pemansuhan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969
47. Pada hari yang ditetapkan—
(a) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 [Akta 8], yang disebut “Akta yang dimansuhkan” dalam Akta ini, hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dimansuhkan; dan
(b) Lembaga Urusan dan Tabung Haji, iaitu suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terhenti wujud.
Undang-Undang Malaysia38 AKTA 535
Keberterusan anggota
48. Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan memegang jawatan sebagai anggota dilantik dalam Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu menjadi anggota Lembaga dan hendaklah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan anggota sedemikian dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
Keberterusan undang-undang, dsb.
49. (1) Tertakluk kepada Akta ini, segala undang-undang bertulis yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga Urusan dan Tabung Haji dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari yang ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diperbuat.
(2) Segala perundangan subsidiari yang dibuat atau disifatkan telah dibuat di bawah Akta yang dimansuhkan dan berkuat kuasa sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah, setakat yang selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan, digantikan atau habis tempohnya.
(3) Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Akta yang dimansuhkan atau Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Akta ini atau Lembaga, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan ungkapan yang mengandungi sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Perpindahan kuasa, hak, liabiliti dan kewajipan
50. Tertakluk kepada Akta ini, segala kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan merupakan kuasa, hak, keistimewaan, kewajipan, liabiliti atau obligasi Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah mulai dari hari itu turun kepada Lembaga.
Tabung Haji 39
Perpindahan tanah dan harta
51. (1) Tertakluk kepada Akta ini, semua tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada atau dirizabkan di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah bagi maksud Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah, pada hari itu, terletak hak pada Lembaga, atau disifatkan dirizabkan bagi maksud Lembaga, mengikut mana- mana yang berkenaan.
(2) Tertakluk kepada Akta ini dan apa-apa arahan Menteri, segala harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan terletak hak pada Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau pada mana-mana orang bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.
Kontrak sedia ada
52. Tertakluk kepada Akta ini, segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan dan menyentuh mana-mana harta yang dipindahkan di bawah seksyen 51 hendaklah berkuat kuasa dan berkesan penuh terhadap atau bagi faedah Lembaga dan boleh dikuat kuasa dengan sepenuhnya dan berkesan seolah-olah Lembaga dan bukan Lembaga Urusan dan Tabung Haji yang telah dinamakan dalamnya atau telah menjadi pihak kepadanya.
Keberterusan prosiding sivil dan jenayah
53. (1) Tertakluk kepada Akta ini, baik pemansuhan Akta yang dimansuhkan mahupun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini tidak boleh menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum atas kesalahan yang dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan sebelum hari yang ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum tarikh itu berkenaan dengan kesalahan sedemikian.
(2) Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebaik sebelum hari yang ditetapkan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga Urusan dan Tabung
Undang-Undang Malaysia40 AKTA 535
Haji boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana prosiding itu boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau orang itu seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau kebenaran untuk merayu yang dipohon pada atau selepas hari yang ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberikan dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga sebagaimana ia boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga Urusan dan Tabung Haji seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
Perpindahan Kumpulan Wang
54. Tertakluk kepada Akta ini, segala wang yang ada dalam, dan kena dibayar kepada, Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada hari yang ditetapkan berpindah kepada Kumpulan Wang.
Perpindahan pendeposit dalam Kumpulan Wang
55. Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan menjadi pendeposit dalam Kumpulan Wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 19 Akta yang dimansuhkan hendaklah pada hari itu menjadi pendeposit dalam Kumpulan Wang dan menjadi tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pendeposit dalam Kumpulan Wang.
Pengesahan perbuatan
56. (1) Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebelum hari yang ditetapkan yang akan sah sekiranya telah dilakukan oleh Lembaga di bawah Akta ini adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dilakukan dengan sah.
(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1)—
(a) tiap-tiap syarikat yang ditubuhkan atau berupa sebagai ditubuhkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah disifatkan telah ditubuhkan dengan sah dan hendaklah terus wujud seolah-olah ia telah ditubuhkan oleh Lembaga di bawah perenggan 4(3)(d); dan
Tabung Haji 41
(b) apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji kepada sesuatu syarikat yang disebut dalam perenggan (a) hendaklah disifatkan telah diberikan dengan sah.
Keberterusan Pengarah Besar, pegawai dan pekhidmat
57. (1) Orang yang menjadi Pengarah Besar Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebaik sebelum hari yang ditetapkan hendaklah pada hari itu—
(a) menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga seolah-olah dia telah dilantik di bawah seksyen 12 sehingga habis tempoh pelantikannya di bawah Akta yang dimansuhkan, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Menteri di bawah seksyen itu; dan
(b) menjadi anggota Lembaga selagi dia terus menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.
(2) Tiap-tiap orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi Lembaga atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terpakai sebaik sebelum hari yang ditetapkan.
Prosiding tatatertib yang belum selesai
58. Segala prosiding tatatertib yang, sebaik sebelum hari yang ditetapkan, masih belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga Urusan dan Tabung Haji boleh, pada atau selepas tarikh itu, diteruskan terhadap pegawai atau pekhidmat itu di bawah Akta ini.
Penggunaan meterai
59. Sehingga suatu meterai diperuntukkan oleh Lembaga di bawah seksyen 5, meterai perbadanan Lembaga Urusan dan Tabung Haji hendaklah menjadi meterai perbadanan Lembaga.
Undang-Undang Malaysia42 AKTA 535
JADUAL
[Subseksyen 4(4)]
Peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana-mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(c), membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu dengan menentukan—
(a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
(c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan
(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak kawalan terhadap perbadanan itu.
Kuat kuasa peraturan
2. Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan
3. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.
Penggulungan
4. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan supaya mana- mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
(2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu selepas dibayar segala liabiliti hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.
(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Taraf perbadanan
5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(c) hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa
Tabung Haji 43
guaman terhadapnya atas namanya itu dan boleh membuat kontrak dan boleh memegang dan memperlakukan apa-apa harta alih atau tak alih dan boleh melakukan segala perkara atau benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.
Meterai perbadanan
6. (1) Tiap-tiap perbadanan sedemikian hendaklah mempunyai meterai perbadanan yang hendaklah mengandungi apa-apa tanda sebagaimana yang ditentukan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Lembaga, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu oleh perbadanan itu sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan kelulusan Lembaga.
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah perenggan ini, suatu cop yang mengandungi nama perbadanan dan mengelilingi huruf “TABUNG HAJI” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
(3) Meterai perbadanan atau cop yang disebut dalam subperenggan (2) hendaklah berada dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan itu dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
(4) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperenggan (3), hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
(5) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki supaya dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh perbadanan itu; dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan itu bagi maksud itu.
(6) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Undang-Undang Malaysia44 AKTA 535
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 535
AKTA TABUNG HAJI 1995
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
−TIADA−
Tabung Haji 45
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 535
AKTA TABUNG HAJI 1995
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Undang-undang Berkuat kuasa yang meminda dari
−TIADA−
JW002406 20-06-2014
Hakcipta Pencetak H
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/ atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD, KUALA LUMPUR BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA