Advanced Search

Domestic Violence Act 1994


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959905/domestic-violence-act-1994-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
Undang-Undang Malaysia
Cetakan Semula
akta 521
akta keganasan rUMah tangga 1994
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Diterbitkan oleh PeSuruhjaya Penyemak unDang-unDang, malaySia
Di bawah kuaSa akta Penyemakan unDang-unDang 1968 2008
2 Undang-Undang Malaysia AktA 521
akta keganasan rUMah tangga 1994
tarikh Perkenan Diraja … … … … … 24 jun 1994
tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 7 julai 1994
Keganasan Rumah Tangga 3
Undang-Undang Malaysia
akta 521
akta keganasan rUMah tangga 1994
SuSunan SekSyen
Bahagian i
Permulaan
Seksyen 1. tajuk ringkas dan pemakaian
2. tafsiran
3. kecualian bagi peruntukan dalam undang-undang bertulis lain
Bahagian ii
Perintah PerlinDungan
4. Perintah perlindungan interim
5. Perintah perlindungan
6. Perintah yang boleh dimasukkan dalam perintah perlindungan
7. kuasa penangkapan
8. Pelanggaran perintah perlindungan
9. membuat atau memperbaharu perintah apabila perintah perlindungan dilanggar
Bahagian iii
PamPaSan Dan kaunSeling
10. Pampasan
11. kaunseling, dsb.
Akta 521.indd 3 5/21/08 12:17:47 PM
4 Undang-Undang Malaysia AktA 521
Bahagian iV
tataCara mengenai Perintah PerlinDungan
Seksyen
12. bila perintah perlindungan interim boleh diminta
13. bila perintah perlindungan boleh diminta
14. memfailkan aduan
15. aduan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan
16. rekod aduan dan perintah
17. bukti penyampaian perintah perlindungan
Bahagian V
Pelbagai
18. maklumat mengenai kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga
19. tugas pegawai penguat kuasa
20. Peraturan-peraturan
Akta 521.indd 4 5/21/08 12:17:47 PM
Keganasan Rumah Tangga 5
Undang-Undang Malaysia
akta 521
akta keganasan rUMah tangga 1994
Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkara yang bersampingan dengannya.
[1 Jun 1996; P.U. (B) 226/1996]
Maka inilah diPerBUat Undang-Undang oleh Seri Paduka baginda yang di-Pertuan agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan negara dan Dewan rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yang berikut:
Bahagian i
Permulaan
tajuk ringkas dan pemakaian
1. (1) akta ini bolehlah dinamakan akta keganasan rumah tangga 1994.
(2) akta ini hendaklah terpakai bagi semua orang dalam malaysia.
tafsiran
2. Dalam akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota lain keluarga” ertinya— (a) (i) anak lelaki atau anak perempuan dewasa; atau
Akta 521.indd 5 5/21/08 12:17:47 PM
6 Undang-Undang Malaysia AktA 521
(ii) ibu atau bapa, pesalah itu; atau
(b) (i) abang, kakak atau adik; atau (ii) mana-mana saudara lain,
pesalah itu yang pada pendapat mahkamah patutlah, dalam hal keadaan keluarga itu, dikira sebagai seorang anggota keluarga itu;
“isteri atau suami” meliputi isteri atau suami de facto, iaitu, seseorang yang telah melalui suatu bentuk istiadat yang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihak yang berkenaan, walaupun istiadat itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan;
“kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah lapan belas tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalah atau keluarga isteri atau suami atau bekas isteri atau suami pesalah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
“kediaman alternatif” ertinya premis atau tempat tinggal yang mangsa itu terpaksa atau telah terpaksa mencari atau pindah masuk akibat daripada keganasan rumah tangga;
“kediaman bersama” ertinya premis di mana pihak itu sedang atau telah tinggal bersama sebagai anggota rumah tangga yang sama;
“keganasan rumah tangga” ertinya perlakuan mana-mana perbuatan yang berikut:
(a) secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
(b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
Akta 521.indd 6 5/21/08 12:17:48 PM
Keganasan Rumah Tangga 7
(c) memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
(d) mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
(e) melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu,
oleh seseorang terhadap—
(i) isteri atau suaminya;
(ii) bekas isteri atau suaminya;
(iii) kanak-kanak;
(iv) orang dewasa tidak berkeupayaan; atau
(v) mana-mana anggota lain keluarga;
“mahkamah” ertinya—
(a) berkenaan dengan prosiding jenayah yang melibatkan pengataan keganasan rumah tangga, mahkamah yang berwibawa untuk membicarakan kesalahan sebenar yang atasnya tertuduh itu dipertuduh;
(b) berkenaan dengan prosiding sivil bagi pampasan di bawah seksyen 10, mahkamah yang berwibawa untuk mendengar tuntutan itu secara tort;
“mangsa” ertinya seseorang mangsa keganasan rumah tangga;
“menteri” ertinya menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;
“orang dewasa tidak berkeupayaan” ertinya seseorang yang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan atau lemah, oleh sebab kehilangupayaan fizikal atau mental atau tidak sihat atau usia tua, yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalah;
Akta 521.indd 7 5/21/08 12:17:48 PM
8 Undang-Undang Malaysia AktA 521
“orang dilindungi” ertinya seseorang yang dilindungi di bawah suatu perintah perlindungan;
“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai kebajikan daripada jabatan kebajikan masyarakat;
“perintah perlindungan” ertinya perintah yang dikeluarkan di bawah bahagian ii;
“saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan atau pengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;
“tempat selamat” atau “tempat berlindung” ertinya mana- mana rumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskan oleh jabatan kebajikan masyarakat atau oleh mana-mana agensi atau pertubuhan sukarela lain yang diluluskan oleh menteri bagi maksud akta ini atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang mana penghuninya bersedia untuk menerima mangsa itu buat sementara waktu.
akta hendaklah dibaca bersama kanun keseksaan
3. Peruntukan akta ini hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan kanun keseksaan [Akta 574].
Bahagian ii
Perintah PerlinDungan
Perintah perlindungan interim
4. (1) mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.
Akta 521.indd 8 5/21/08 12:17:48 PM
Keganasan Rumah Tangga 9
(2) Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuat kuasa setelah selesainya penyiasatan itu.
Perintah perlindungan
5. (1) mahkamah boleh, dalam prosiding yang melibatkan sesuatu aduan keganasan rumah tangga, mengeluarkan mana-mana satu atau lebih perintah perlindungan yang berikut:
(a) perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap pengadu itu;
(b) perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak itu;
(c) perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap orang dewasa tidak berkeupayaan itu.
(2) mahkamah dalam membuat sesuatu perintah perlindungan di bawah perenggan (1)(a) atau (b) atau (c) boleh memasukkan peruntukan bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuat tidak boleh menghasut mana-mana orang lain untuk melakukan keganasan terhadap orang atau orang dilindungi itu.
Per intah yang bo leh d imasukkan da lam per intah perlindungan
6. (1) Sesuatu perintah perlindungan yang dikeluarkan di bawah seksyen 5 boleh, jika mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa adalah perlu bagi perlindungan dan keselamatan diri pengadu atau kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengadakan peruntukan bagi mana-mana satu atau lebih perintah yang berikut:
(a) tertakluk kepada subseksyen (4), pemberian hak penghunian eksklusif kepada mana-mana orang yang dilindungi itu di kediaman bersama atau bahagian tertentu kediaman bersama i tu dengan mengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada kediaman bersama
Akta 521.indd 9 5/21/08 12:17:48 PM
10 Undang-Undang Malaysia AktA 521
atau bahagian tertentu itu, walaupun jika kediaman bersama itu pada keseluruhannya dipunyai atau disewa oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau dipunyai atau disewa bersesama oleh pihak itu;
(b) melarang atau menyekat orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada memasuki tempat kediaman atau kediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana orang dilindungi itu, atau daripada memasuki tempat kerja atau sekolah atau institusi lain mana-mana orang dilindungi itu atau daripada membuat hubungan diri dengan mana-mana orang dilindungi itu selain daripada dengan kehadiran seseorang pegawai penguat kuasa atau seseorang lain yang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah itu;
(c) menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuat untuk membenarkan mana-mana orang dilindungi itu memasuki kediaman bersama, atau untuk memasuki kediaman orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, dengan ditemani oleh mana-mana pegawai penguat kuasa bagi maksud mengambil barang-barang kepunyaan orang atau orang dilindungi itu;
(d) menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuat untuk mengelakkan daripada membuat perhubungan bertulis atau telefon dengan mana-mana orang dilindungi itu dan menyatakan hal keadaan terhad di mana perhubungan sedemikian dibenarkan;
(e) menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuat untuk membenarkan mana-mana orang dilindungi itu untuk terus menggunakan sesuatu kenderaan yang sebelum itu biasanya digunakan oleh orang atau orang dilindungi itu;
(f) pemberian apa-apa arahan sebagaimana yang perlu dan bersampingan bagi pelaksanaan wajar mana-mana perintah yang dibuat di bawah mana-mana perenggan yang tersebut di atas,
untuk mempunyai kuat kuasa selama sesuatu tempoh, tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya perintah sedemikian, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah perlindungan itu.
Akta 521.indd 10 5/21/08 12:17:48 PM
Keganasan Rumah Tangga 11
(2) mana-mana satu atau lebih perintah di bawah subseksyen (1) boleh—
(a) dibuat atau dibuat semula, atas pelanggaran perintah perlindungan, mengikut seksyen 9; atau
(b) diperlanjutkan selama sesuatu tempoh selanjutnya, tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh habis tempoh perintah asalnya, jika mahkamah berpuas hati bahawa, walaupun tiada berlakunya pelanggaran sebenar akan perintah itu, perlanjutan itu perlu bagi perlindungan dan keselamatan diri orang atau orang dilindungi itu:
Dengan syarat bahawa perlanjutan sesuatu perintah di bawah perenggan ini tidak boleh dibuat lebih daripada sekali sahaja.
(3) kecuali setakat yang penggunaan oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat akan hak untuk menghuni kediaman bersama, atau untuk memasuki kediaman alternatif, adalah digantung atau dihadkan, atau dilarang atau disekat, menurut kuasa suatu perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b), perintah itu tidak menyentuh apa-apa hak milik atau kepentingan yang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau mana-mana orang lain mungkin mempunyai mengenai premis tersebut.
(4) mahkamah tidak boleh membuat sesuatu perintah mengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada keseluruhan kediaman bersama yang dipunyai atau disewa pada keseluruhannya olehnya, atau bersesama olehnya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada cara lain untuk menjaminkan keselamatan diri mana-mana orang dilindungi itu pada masa itu, dan perintah sedemikian, jika dibuat, hendaklah, dalam hal di mana kediaman bersama itu dipunyai atau disewa pada keseluruhannya oleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat, atau bolehlah, dalam hal di mana kediaman bersama itu dipunyai atau disewa bersesama oleh pihak itu,—
(a) dibatalkan jika suatu kediaman alternatif yang sesuai didapati bagi orang atau orang dilindungi itu; atau
(b) dibatalkan atau diubahsuaikan apabila mahkamah berpuas hati bahawa ia tidak lagi perlu bagi menjaminkan keselamatan diri orang atau orang dilindungi itu.
Akta 521.indd 11 5/21/08 12:17:48 PM
12 Undang-Undang Malaysia AktA 521
(5) Dalam perenggan (4)(b) , “diubahsuaikan” ertinya mengubahsuaikan sesuatu perintah mengeluarkan orang yang terhadapnya per intah i tu dibuat dar ipada keseluruhan kediaman bersama itu kepada suatu perintah yang mengeluarkannya daripada sesuatu bahagian kediaman bersama itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
kuasa penangkapan
7. (1) jika mahkamah berpuas hati bahawa orang yang terhadapnya perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim dibuat berkemungkinan akan menyebabkan kecederaan fizikal sebenar kepada mana-mana orang dilindungi, mahkamah boleh menyertakan suatu kuasa menangkap kepada perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim itu, mengikut mana-mana berkenaan.
(2) jika suatu kuasa menangkap disertakan menurut kuasa subseksyen (1), maka seseorang pegawai polis boleh menangkap tanpa waran orang yang terhadapnya perintah itu dibuat apabila dia mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu melanggar perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen 4(1) atau 5(1) atau suatu perintah dalam perintah perlindungan yang termasuk dalam perenggan 6(1)(a) atau (b), oleh sebab orang itu menggunakan keganasan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, memasuki mana-mana tempat yang dilarang di bawah perintah itu.
(3) jika suatu kuasa menangkap disertakan kepada perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim dan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat ditangkap di bawah subseksyen (2)—
(a) dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim dalam tempoh dua puluh empat jam dari masa dia ditangkap; dan
(b) dia tidak boleh dibebaskan dalam tempoh itu kecuali atas arahan hakim,
tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkannya terus ditahan di bawah subseksyen ini selepas habis tempoh itu.
(4) Dalam seksyen ini “hakim” termasuklah majistret.
Akta 521.indd 12 5/21/08 12:17:48 PM
Keganasan Rumah Tangga 13
Pelanggaran perintah perlindungan
8. (1) mana-mana orang yang bersengaja melanggar suatu perintah perlindungan atau mana-mana peruntukannya melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(2) mana-mana orang yang bersengaja melanggar suatu perintah perlindungan dengan menggunakan keganasan ke atas orang dilindungi boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) mana-mana orang yang disabitkan atas pelanggaran kali kedua atau kemudiannya akan sesuatu perintah perlindungan di bawah subseksyen (2) hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tujuh puluh dua jam dan tidak lebih daripada dua tahun, dan boleh juga didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
(4) bagi maksud seksyen ini “perintah perlindungan” meliputi perintah perlindungan interim.
Membuat atau memperbaharu perintah apabila perintah perlindungan dilanggar
9. jika seseorang yang terhadapnya suatu perintah perlindungan telah dibuat melanggar perintah perlindungan itu, maka mahkamah boleh sebagai tambahan kepada mana-mana penalti yang diperuntukkan di bawah seksyen 8, membuat atau membuat semula mengikut mana-mana yang berkenaan, mana-mana satu atau lebih perintah di bawah subseksyen 6(1), untuk mula berkuat kuasa dari tarikh yang dinyatakan dalam perintah baru itu.
bahagian iii
PamPaSan Dan kaunSeling
Pampasan
10. (1) jika seseorang mangsa keganasan rumah tangga mengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada harta atau kerugian
Akta 521.indd 13 5/21/08 12:17:48 PM
14 Undang-Undang Malaysia AktA 521
kewangan akibat daripada keganasan rumah tangga itu, mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan boleh mengawardkan apa- apa pampasan berkenaan dengan kecederaan atau kerosakan atau kerugian i tu sebagaimana yang difikirkannya adil dan munasabah.
(2) mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan itu boleh mengambil kira tentang—
(a) kesakitan dan penderitaan mangsa itu, dan jenis dan takat kecederaan fizikal atau mental yang dialaminya;
(b) kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu;
(c) apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkit daripadanya;
(d) amaun atau nilai harta yang diambil atau dimusnahkan atau dirosakkan;
(e) perbelanjaan perlu dan munasabah yang ditanggung oleh atau bagi pihak mangsa apabila mangsa itu terpaksa berpisah atau dipisahkan daripada defendan oleh kerana keganasan rumah tangga itu, seperti—
(i) perbelanjaan penginapan yang disumbangkan kepada tempat selamat atau tempat berlindung;
(ii) perbelanjaan pengangkutan dan pemindahan;
(iii) perbelanjaan yang dikehendaki dalam menubuhkan suatu rumah tangga berasingan yang, tertakluk kepada subseksyen (3), boleh meliputi amaun yang merupakan pembayaran pinjaman perumahan atau bayaran sewa atau sebahagian daripadanya, berkenaan dengan kediaman bersama, atau kediaman alternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh sebagaimana yang mahkamah fikirkan adil dan semunasabahnya perlu.
(3) Dalam menimbangkan apa-apa perbelanjaan perlu dan munasabah yang boleh diambil kira di bawah subperenggan (2)(e)(iii), mahkamah boleh juga mengambil kira tentang—
(a) kedudukan kewangan mangsa itu serta juga defendan itu;
Akta 521.indd 14 5/21/08 12:17:48 PM
Keganasan Rumah Tangga 15
(b) perhubungan yang wujud di antara pihak-pihak itu dan kemunasabahannya menghendaki defendan itu membuat atau menyumbangkan pembayaran sedemikian;
(c) kemungkinan prosiding lain diambil di antara pihak-pihak itu dan sama ada perkara itu lebih sesuai diperlakukan di bawah undang-undang releven berhubungan dengan peruntukan kewangan bagi isteri atau suami atau bekas isteri atau suami dan orang tanggungan lain.
kaunseling, dsb.
11. (1) mahkamah boleh, dalam mana-mana prosiding di mana perintah perlindungan diminta, sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada mengeluarkan perintah perlindungan, membuat satu atau kedua-dua perintah berikut:
(a) bahawa pihak berkenaan dirujukkan kepada badan pendamai;
(b) bahawa satu atau lebih pihak kepada pertikaian itu dirujukkan kepada terapi pemulihan, psikoterapi atau lain-lain kaunseling pendamaian yang sesuai.
(2) mahkamah yang mendengar suatu tuntutan bagi pampasan di bawah seksyen 10 boleh juga membuat satu atau kedua-dua perintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b).
(3) apabila menimbangkan apa-apa persoalan berhubungan dengan pembuatan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh, apabila praktik, mengambil nasihat seseorang pegawai kebajikan masyarakat atau mana-mana orang lain yang terlatih atau berpengalaman.
(4) Dalam seksyen ini “badan pendamai” meliputi badan yang mengadakan perkhidmatan kaunseling yang ditubuhkan di bawah jabatan kebajikan masyarakat dan, dalam hal di mana pihak itu adalah orang islam, meliputi juga badan yang ditubuhkan di bawah jabatan hal ehwal agama islam berkenaan.
Akta 521.indd 15 5/21/08 12:17:48 PM
16 Undang-Undang Malaysia AktA 521
bahagian iV
tataCara mengenai Perintah PerlinDungan
Bila perintah perlindungan interim boleh diminta
12. Sesuatu perintah perlindungan interim boleh diminta sementara menunggu penyiasatan oleh pihak polis berikutan maklumat berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga.
Bila perintah perlindungan boleh diminta
13. Sesuatu perintah perlindungan boleh diminta dalam mana- mana prosiding jenayah di bawah kanun keseksaan apabila tertuduh itu dipertuduh dengan suatu kesalahan yang dilakukan dalam hal keadaan yang termasuk dalam takrif “keganasan rumah tangga”,—
(a) sebagai suatu syarat untuk membebaskan tertuduh dengan jaminan atau pada mana-mana peringkat lain prosiding itu; atau
(b) semasa mengkompaunkan kesalahan itu di bawah seksyen 260 kanun tatacara jenayah [Akta 593].
Memfailkan aduan
14. Sesuatu aduan menurut akta ini boleh difailkan dalam mana- mana daerah di mana—
(a) pengadu itu tinggal;
(b) pesalah itu tinggal;
(c) keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau
(d) mangsa itu ditempatkan buat sementara,
dan hendaklah didengar oleh mahkamah dengan seberapa segera yang praktik.
Akta 521.indd 16 5/21/08 12:17:51 PM
Keganasan Rumah Tangga 17
aduan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan
15. Dalam hal seseorang kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan yang tidak berupaya memfailkan aduan, aduan itu boleh difailkan oleh penjaga atau saudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau oleh seseorang pegawai penguat kuasa.
rekod aduan dan perintah
16. Pejabat pendaftaran mahkamah hendaklah menyenggarakan suatu rekod mengenai segala aduan yang difailkan menurut akta ini, dan segala perintah perlindungan dan perintah perlindungan interim yang dikeluarkan oleh mahkamah di bawah akta ini. rekod itu hendaklah mengandungi—
(a) nama, jantina dan perhubungan pihak itu;
(b) keganasan rumah tangga yang dikatakan, sama ada ia melibatkan apa-apa senjata, atau mengakibatkan kecederaan diri dan sama ada kecederaan yang dikenakan itu memerlukan rawatan perubatan;
(c) tarikh kuat kuasa dan terma setiap perintah yang dikeluarkan.
Bukti penyampaian perintah perlindungan
17. Dalam tempoh dua puluh empat jam daripada pengeluaran sesuatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim, mengikut mana-mana yang berkenaan, Pendaftar mahkamah di mana ia dikeluarkan hendaklah mengemukakan satu salinan perintah itu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polis di mana pesalah itu tinggal. Pegawai polis berkenaan hendaklah memfailkan bukti penyampaian dengan Pendaftar mahkamah itu dalam tempoh tujuh hari selepas penyampaiannya.
Akta 521.indd 17 5/21/08 12:17:51 PM
18 Undang-Undang Malaysia AktA 521
bahagian V
Pelbagai
Maklumat mengenai kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga
18. (1) mana-mana orang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga sedang atau telah dilakukan bolehlah memberi maklumat berkenaan dengannya kepada seseorang pegawai penguat kuasa.
(2) tiada seorang pun yang memberi apa-apa maklumat sedemikian dengan suci hati boleh menanggung apa-apa liabiliti kerana fitnah atau selainnya berkenaan dengan pemberian maklumat itu.
tugas pegawai penguat kuasa
19. (1) tugas seseorang pegawai penguat kuasa hendaklah termasuk— (a) membantu seseorang mangsa keganasan rumah tangga
untuk memfailkan aduan berkenaan dengan keganasan rumah tangga itu;
(b) mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke kediaman alternatif atau tempat selamat atau tempat berlindung sekiranya pengangkutan sedemikian diperlukan;
(c) mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke hospital atau tempat kemudahan perubatan yang terdekat bagi rawatan kecederaan sekiranya rawatan itu diperlukan;
(d) menjelaskan kepada mangsa itu hak mendapatkan perlindungan terhadap keganasan rumah tangga;
(e) menemankan mangsa ke kediaman mangsa itu atau kediaman sebelumnya untuk mengambil barang-barang kepunyaannya.
Akta 521.indd 18 5/21/08 12:17:51 PM
Keganasan Rumah Tangga 19
(2) Seseorang pegawai penguat kuasa yang adalah juga pegawai polis hendaklah mempunyai tugas tambahan yang berikut:
(a) menjalankan kuasa penangkapan di bawah akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;
(b) mengeluarkan atau mengawasi pengeluaran seseorang yang dikeluarkan daripada kediaman bersama jika mahkamah telah mengeluarkan suatu perintah di bawah perenggan 6(1)(a).
Peraturan-peraturan
20. (1) menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan akta ini.
(2) tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
(a) penyenggaraan suatu daftar atau rekod oleh mahkamah mengenai perkara yang difailkan menurut akta ini;
(b) borang ditetapkan bagi apa-apa maklumat, laporan, aduan, perintah atau dokumen lain yang dikehendaki menurut akta ini;
(c) tatacara berkenaan dengan pemfailan apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan (b);
(d) pembuatan pencarian dan pemberian salinan yang diperakui bagi apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan (b);
(e) penetapan fi yang boleh dikenakan bagi maksud akta ini;
(f) apa-apa perkara lain yang di bawah akta ini dikehendaki atau dibenarkan supaya ditetapkan.
Akta 521.indd 19 5/21/08 12:17:52 PM
20 Undang-Undang Malaysia AktA 521
Undang-Undang Malaysia
akta 521
akta keganasan rUMah tangga 1994
Senarai PinDaan
undang-undang tajuk ringkas berkuat kuasa yang meminda dari
- tiaDa -
Akta 521.indd 20 5/21/08 12:17:52 PM
Keganasan Rumah Tangga 21
Undang-Undang Malaysia
akta 521
akta keganasan rUMah tangga 1994
Senarai SekSyen yang DiPinDa
Seksyen kuasa meminda berkuat kuasa dari
- tiaDa -
Akta 521.indd 21 5/21/08 12:17:52 PM