Advanced Search

Co-Operative Societies Act 1993


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959901/co-operative-societies-act-1993-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
BM UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 502
AKTA KOPERASI 1993 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Jun 2006
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Undang-Undang Malaysia AKTA 5022
AKTA KOPERASI 1993
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … … 22 Januari 1993
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 4 Februari 1993
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama ... ... 2006
Koperasi 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 502
AKTA KOPERASI 1993
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
3. Ketua Pendaftar dan Pendaftar
BAHAGIAN II
PENDAFTARAN
4. Koperasi yang boleh didaftarkan
5. Syarat-syarat bagi pendaftaran
6. Permohonan pendaftaran
7. Pendaftaran
8. Peruntukan khas bagi koperasi tertentu
9. Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
10. Keterangan pendaftaran
BAHAGIAN III
KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN KOPERASI BERDAFTAR
11. Alamat koperasi berdaftar
12. Nama berdaftar hendaklah dipamerkan
13. Dokumen terbuka untuk diperiksa
14. Dokumen yang hendaklah diserah simpan kepada Ketua Pendaftar
15. Daftar anggota
Undang-Undang Malaysia AKTA 5024
16. Bukti catatan dalam buku koperasi
17. Undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota
18. Pindaan undang-undang kecil koperasi berdaftar
18A. Kuasa Ketua Pendaftar mengarahkan mesyuarat agung dipanggil untuk pindaan undang-undang kecil
19. Pembentukan subsidiari
20. Pelupusan hasil kepada atau melalui koperasi berdaftar
21. Pewujudan gadaian bagi faedah koperasi berdaftar
22. Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingan anggota
23. Syer, yuran atau kepentingan tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan
24. Kuasa untuk menguruskan harta dan kepentingan anggota yang mati
25. Deposit oleh atau bagi pihak orang belum dewasa
BAHAGIAN IV
HAK DAN LIABILITI ANGGOTA
26. Kelayakan untuk menjadi anggota
27. Hilang kelayakan untuk menjadi anggota
28. Anggota tidak boleh menggunakan hak sehingga bayaran dibuat
29. Sekatan keanggotaan dalam koperasi
30. Undi anggota
31. Perwakilan melalui proksi
32. Kontrak anggota belum dewasa dengan koperasi
33. Sekatan terhadap pemegangan saham
34. Sekatan terhadap pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan
35. Liabiliti bekas anggota dan harta pusaka terhadap hutang koperasi
BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI BERDAFTAR
36. Mesyuarat agung
37. Mesyuarat agung perwakilan
38. Mesyuarat agung pertama
Seksyen
Koperasi 5
39. Mesyuarat agung tahunan
40. Mesyuarat agung khas
41. Notis mesyuarat untuk Ketua Pendaftar
42. Pegawai koperasi berdaftar
43. Kelayakan bagi dipilih menjadi anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman
44. Tugas dan kuasa Lembaga
45. Liabiliti anggota Lembaga
46. Saraan untuk anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
47. Penggantungan pegawai koperasi berdaftar
48. Akibat sabitan
49. Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman
BAHAGIAN VI
HARTA DAN WANG KOPERASI BERDAFTAR
50. Wang koperasi berdaftar
51. Pemberian pinjaman oleh koperasi berdaftar
52. Sekatan terhadap peminjaman
53. Sekatan terhadap transaksi lain dengan yang bukan anggota
54. Pelaburan wang
55. Keuntungan modal
56. Untung bersih
57. Pengagihan untung bersih teraudit
BAHAGIAN VII
AKAUN DAN AUDIT
58. Penyenggaraan akaun
59. Penyata kewangan dan laporan Lembaga
60. Pengauditan
61. Kelulusan bagi juruaudit koperasi berdaftar
62. Hal keadaan yang menjadikan seseorang hilang kelayakan untuk diluluskan atau bertindak sebagai juruaudit suatu koperasi berdaftar
63. Kewajipan juruaudit
Seksyen
Undang-Undang Malaysia AKTA 5026
BAHAGIAN VIII
PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN
Seksyen
64. Kuasa Ketua Pendaftar untuk memeriksa buku, dsb., koperasi berdaftar
65. Kuasa untuk menyita dan menahan buku dan dokumen
66. Siasatan
67. Ketua Pendaftar boleh memberitahu koperasi berdaftar keputusan pemeriksaan atau siasatan
68. Pemeriksaan atas permohonan pemiutang
69. Kuasa Ketua Pendaftar berikutan dengan siasatan
70. Pegawai yang dipecat atas perintah Ketua Pendaftar tidak boleh dilantik semula
71. Pembubaran
71A. Pembubaran dalam hal keadaan khusus tertentu
71B. Peruntukan bagi anggota yang tidak bersetuju
71C. Pemindahan aset koperasi berdaftar kepada syarikat
72. Pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi kerana kurang keanggotaan
73. Akibat pembatalan pendaftaran
74. Pelikuidasian selepas pembatalan pendaftaran koperasi
75. Kuasa pelikuidasi
76. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengawal pelikuidasian
77. Penguatkuasaan perintah
78. Had bagi bidang kuasa mahkamah sivil
79. Keutamaan pembayaran oleh pelikuidasi
80. Kuasa Ketua Pendaftar untuk surcaj pegawai, dsb. koperasi berdaftar
81. Rayuan terhadap perintah Ketua Pendaftar
82. Penyelesaian pertikaian
83. Tribunal
84. Pengemukaan kes tentang persoalan undang-undang
BAHAGIAN IX
PELBAGAI
85. Pergabungan, pemindahan dan pembahagian sukarela
86. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Koperasi 7
87. Pengecualian
88. Mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan
89. Larangan penggunaan perkataan “koperasi”
90. Ketidakpakaian undang-undang tertentu
91. Kesalahan am
92. Bagaimana dan bila prosiding diambil
93. Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengkompaun kesalahan
BAHAGIAN X
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
94. Takrif
95. Pemansuhan dan kecualian
96. Kedudukan pendaftaran dan undang-undang kecil koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang termansuh
Seksyen
Undang-Undang Malaysia AKTA 5028
Koperasi 9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 502
AKTA KOPERASI 1993
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi penubuhan, pendaftaran, pengawalan dan pengawalseliaan koperasi; untuk menggalakkan perkembangan koperasi dan bagi perkara yang berkaitan dengannya.
[22 Januari 1994, P.U. (B) 37/1994]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Koperasi 1993.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuat kuasanya Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia atau bagi mula berkuat kuasanya peruntukan- peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anggota” termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang kecil selepas pendaftaran;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50210
“deposit” ertinya wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan sesuatu koperasi berdaftar dalam suatu akaun tetap atau akaun tabungan atau akaun deposit yang lain tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas;
“dividen” ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka;
“kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7] sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;
“Ketua Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3;
“koperasi asas” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(1);
“koperasi atasan” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(3);
“koperasi berdaftar” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini;
“koperasi menengah” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(2);
“Lembaga” ertinya badan pengelola sesuatu koperasi berdaftar yang kepadanya pengurusan hal ehwal koperasi itu diamanahkan;
“mesyuarat agung permulaan” ertinya mesyuarat agung yang padanya orang yang berhasrat hendak menubuhkan suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima pakai undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya koperasi itu didaftarkan;
“pegawai” ertinya pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana- mana anggota lain sesuatu Lembaga dan termasuklah mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh peraturan-peraturan atau undang- undang kecil untuk memberikan arahan berkenaan dengan urusan koperasi berdaftar itu;
“peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Koperasi 11
“pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula melalui pemilihan;
“perniagaan pembiayaan” ertinya perniagaan penerimaan deposit dan—
(a) pemberian pinjaman atau pemberian apa-apa kemudahan kredit lain; atau
(b) pemberian pinjaman dan pemberian apa-apa kemudahan kredit lain;
“perwakilan” ertinya—
(a) wakil anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan; atau
(b) wakil sesuatu koperasi berdaftar yang juga ialah anggota suatu koperasi berdaftar yang lain, yang dalam mesyuarat wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya;
“rebat langganan” ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh;
“prinsip koperasi” termasuklah—
(a) keanggotaan sukarela dan terbuka;
(b) pengurusan yang demokratik;
(c) pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota;
(d) pembahagian keuntungan dengan saksama;
(e) penggalakan pendidikan koperasi; dan
(f) kerjasama aktif di kalangan koperasi berdaftar;
“sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50212
“simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan suatu koperasi berdaftar dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan;
“subsidiari” suatu koperasi berdaftar ertinya suatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi berdaftar itu, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi berdaftar itu, dan termasuklah suatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu;
“syer” ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi berdaftar yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi berdaftar itu;
“undang-undang kecil” ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah suatu pindaan berdaftar undang-undang kecil itu;
“wang lebihan” ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh suatu koperasi berdaftar bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu;
“yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam suatu koperasi berdaftar dan yang boleh dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya.
Ketua Pendaftar dan Pendaftar
3. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seseorang untuk menjadi Ketua Pendaftar Koperasi bagi Malaysia.
(2) Ketua Pendaftar boleh melantik apa-apa bilangan pegawai awam sebagaimana yang perlu untuk menjadi Pendaftar untuk membantunya dan Pendaftar itu hendaklah, tertakluk kepada kawalan Ketua Pendaftar, mempunyai segala kuasa dan fungsi Ketua Pendaftar kecuali kuasa dan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen 65, 69, 71, 71A, 71B, 71C, 72, 92 dan 93.
Koperasi 13
(3) Fungsi Ketua Pendaftar ialah—
(a) mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi dan memastikan bahawa koperasi berfungsi mengikut peruntukan Akta ini;
(b) menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan koperasi;
(c) menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor ekonomi dan membantu koperasi meningkatkan kecekapannya.
(4) Sebagai tambahan kepada kuasa, kewajipan dan fungsi yang diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh Akta ini dan peraturan- peraturan, Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala kewajipan dan melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud memberikan kuat kuasa kepada dan melaksanakan peruntukan Akta ini.
(5) Orang yang pada masa ini menunaikan kewajipan Ketua Pendaftar dan penggantinya dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia” (dalam seksyen ini disebut perbadanan itu), yang hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan yang boleh—
(a) membuat kontrak dan membawa guaman dan dibawa guaman dengan namanya yang tersebut itu;
(b) memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih; dan
(c) menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadai janji, menggadaikan, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang terletak hak pada perbadanan itu atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.
(6) Meterai perbadanan bagi perbadanan itu boleh, dari semasa ke semasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu cap yang mengandungi tulisan “Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia” boleh digunakan sebagai meterai perbadanan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50214
(7) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang memerlukan meterai perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan meterai perbadanan di hadapan pegawai yang pada masa ini menunaikan kewajipan Ketua Pendaftar yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang padanya meterai perbadanan telah dicapkan, dan tandatangan sedemikian hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai sah bagi perbadanan itu.
(8) Perbadanan hendaklah menyenggara rekod dan akaun yang sepatutnya berkenaan dengan transaksinya dan akaun itu hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.
BAHAGIAN II
PENDAFTARAN
Koperasi yang boleh didaftarkan
4. (1) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada orang individu sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas.
(2) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi menengah.
(3) Suatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi menengah sahaja atau koperasi menengah dan asas dan yang matlamatnya adalah untuk memudahkan penjalanan koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi atasan.
Syarat-syarat bagi pendaftaran
5. (1) Tertakluk kepada seksyen 8, tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi asas melainkan jika—
(a) ia terdiri daripada sekurang-kurangnya satu ratus orang individu; dan
Koperasi 15
(b) setiap orang individu sedemikian layak di bawah seksyen 26 untuk menjadi anggota dan tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 27 untuk menjadi anggota.
(2) Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi menengah melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi asas.
(3) Tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi atasan melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi menengah.
Permohonan pendaftaran
6. (1) Tiap-tiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan dan hendaklah ditandatangani—
(a) dalam hal koperasi asas, oleh sekurang-kurangnya sepuluh orang yang semuanya layak menjadi anggota;
(b) dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, oleh seorang yang diberi kuasa sewajarnya bagi pihak setiap koperasi asas atau koperasi menengah mengikut mana- mana yang berkenaan.
(2) Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan—
(a) salinan undang-undang kecil yang dicadangkan, yang ditandatangani oleh pemohon; dan
(b) tertakluk kepada subseksyen 8(2), minit mesyuarat agung permulaan, yang ditandatangani oleh sekurang- kurangnya lima puluh orang yang hadir.
Pendaftaran
7. (1) Ketua Pendaftar boleh, tertakluk kepada peraturan-peraturan dan apabila diterima fi yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, mendaftarkan sesuatu koperasi dan undang-undang kecilnya.
(2) Tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan liabiliti terhad.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50216
(3) Jika Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu koperasi, rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap keengganan itu dalam masa dua bulan dari tarikh keengganan itu.
(4) Perkataan “Koperasi” hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
(5) Perkataan “Berhad” hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Peruntukan khas bagi koperasi tertentu
8. (1) Walau apa pun subseksyen 5(1), jika suatu koperasi tidak dapat memenuhi syarat yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a) tetapi berhak selainnya untuk didaftarkan di bawah seksyen 7, Ketua Pendaftar boleh, selepas mengambil kira bilangan orang dalam kawasan operasi yang dicadangkan bagi koperasi itu yang layak menjadi anggota dan jenis aktiviti yang dicadangkan bagi koperasi itu, dan jika koperasi itu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puluh orang, mendaftarkan koperasi itu sebagai koperasi asas di bawah Akta ini.
(2) Walau apa pun perenggan 6(2)(b), permohonan bagi pendaftaran sesuatu koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh semua orang yang hadir.
Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
9. Pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat segala benda yang perlu bagi maksud yang baginya ia ditubuhkan.
Keterangan pendaftaran
10. Perakuan pendaftaran yang ditandatangani oleh Ketua Pendaftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa koperasi yang tersebut di dalamnya telah didaftarkan dengan sewajarnya, melainkan jika dibuktikan bahawa pendaftaran koperasi itu telah dibatalkan.
Koperasi 17
BAHAGIAN III
KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN KOPERASI BERDAFTAR
Alamat koperasi berdaftar
11. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempunyai alamat, yang didaftarkan mengikut Akta ini, yang ke situ segala notis dan perhubungan hendaklah dihantar, dan hendaklah memaklumkan Ketua Pendaftar tentang tiap-tiap pertukaran alamat itu.
Nama berdaftar hendaklah dipamerkan
12. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempamerkan nama berdaftar koperasi itu dengan ketara di alamat berdaftarnya dan di semua tempat perniagaannya.
Dokumen terbuka untuk diperiksa
13. Tiap-tiap koperasi hendaklah menyediakan—
(a) suatu salinan Akta ini dan peraturan-peraturan;
(b) suatu salinan undang-undang kecilnya dan akaun terauditnya yang terakhir; dan
(c) suatu senarai anggotanya,
yang terbuka untuk diperiksa, tanpa apa-apa bayaran, pada segala masa yang munasabah di alamat berdaftar koperasi itu oleh anggotanya sahaja.
Dokumen yang hendaklah diserah simpan kepada Ketua Pendaftar
14. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyerah simpan kepada Ketua Pendaftar—
(a) suatu senarai anggota Lembaga tidak lewat daripada lima belas hari selepas mesyuarat agung tahunannya;
(b) minit segala mesyuarat agung dan mesyuarat Lembaga tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50218
(c) apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar berkenaan dengan penubuhan, keanggotaan, pengendalian dan keadaan kewangan koperasi itu.
Daftar anggota
15. Apa-apa daftar atau senarai anggota yang disimpan oleh mana- mana koperasi berdaftar hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang nama, alamat, nombor kad pengenalan, nombor keanggotaan dan pekerjaan seseorang anggota dan tarikh dia menjadi anggota dan terhenti menjadi anggota.
Bukti catatan dalam buku koperasi
16. (1) Salinan apa-apa catatan dalam suatu buku suatu koperasi berdaftar yang lazim disimpan dalam perjalanan urusannya hendaklah, jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan- peraturan, diterima dalam apa-apa prosiding undang-undang, sama ada sivil atau jenayah, dan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi perkara, transaksi dan akaun yang direkodkan di dalamnya dalam tiap-tiap kes jika, dan sehingga takat yang sama sebagaimana, catatan yang asal itu sendiri boleh diterima.
(2) Tiada pegawai mana-mana koperasi berdaftar boleh, dalam apa-apa prosiding undang-undang yang koperasi berdaftar itu tidak menjadi satu pihak kepadanya, dipaksa supaya mengemukakan mana-mana buku koperasi berdaftar itu, yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1), atau supaya hadir sebagai saksi untuk membuktikan apa-apa perkara, transaksi atau akaun yang direkodkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab khas.
Undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota
17. Undang-undang kecil suatu koperasi berdaftar hendaklah, apabila didaftarkan, mengikat koperasi berdaftar itu dan anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah undang-undang kecil itu telah ditandatangani oleh setiap anggota dan mengandungi waad pada pihak setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan undang-undang kecil itu.
Koperasi 19
Pindaan undang-undang kecil koperasi berdaftar
18. (1) Mana-mana koperasi berdaftar boleh, tertakluk kepada Akta ini dan peraturan-peraturan, meminda undang-undang kecilnya, termasuklah undang-undang kecil yang mengisytiharkan nama koperasi itu.
(2) Tiada pindaan undang-undang kecil suatu koperasi berdaftar boleh menjadi sah sehingga pindaan itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan bagi maksud itu salinan pindaan itu hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.
(3) Jika Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa apa-apa pindaan undang-undang kecil itu tidaklah bertentangan dengan Akta ini atau peraturan-peraturan, dia boleh mendaftarkan pindaan itu.
(4) Sesuatu rayuan terhadap keengganan Ketua Pendaftar untuk mendaftarkan apa-apa pindaan mana-mana undang-undang kecil bolehlah dibuat kepada Menteri dalam masa tiga bulan dari tarikh keengganan itu.
(5) Sesuatu pindaan yang mengubah nama sesuatu koperasi berdaftar tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi koperasi itu atau mana-mana anggotanya atau bekas anggotanya, dan apa- apa prosiding undang-undang yang belum selesai boleh diteruskan oleh atau terhadap koperasi itu di bawah nama barunya.
(6) Apabila Ketua Pendaftar mendaftarkan pindaan undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar, dia hendaklah mengeluarkan, kepada koperasi itu, satu salinan pindaan itu yang diperakui olehnya, yang hendaklah menjadi keterangan konklusif tentang hakikat bahawa pindaan itu telah didaftarkan sewajarnya.
(7) Dalam seksyen ini, “pindaan” termasuklah pembuatan suatu undang-undang kecil baru dan pengubahan atau pembatalan sesuatu undang-undang kecil.
Kuasa Ketua Pendaftar mengarahkan mesyuarat agung dipanggil untuk pindaan undang-undang kecil
18A. (1) Ketua Pendaftar boleh mengarahkan mana-mana koperasi berdaftar memanggil suatu mesyuarat agung, dalam tempoh yang akan dinyatakan olehnya yang tidak kurang daripada tiga bulan dari tarikh pemberitahuan yang diberikan olehnya, bagi maksud
Undang-Undang Malaysia AKTA 50220
meminda undang-undang kecilnya jika Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa—
(a) mana-mana undang-undang kecil sesuatu koperasi berdaftar mempunyai tafsiran yang taksa atau yang meragukan dan berkemungkinan boleh mengelirukan atau ia bertentangan dengan atau tidak selaras dengan Akta ini atau mana- mana peraturan yang dibuat di bawahnya; atau
(b) sesuatu pindaan perlu atau dikehendaki demi kepentingan koperasi berdaftar itu.
(2) Jika tiada mesyuarat agung dipanggil dalam masa yang dinyatakan dalam subseksyen (1), Ketua Pendaftar boleh meminda undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atas usulnya sendiri dan apa-apa pindaan yang dibuat hendaklah disifatkan sebagai pindaan berdaftar di bawah seksyen 18.
Pembentukan subsidiari
19. Tiada koperasi berdaftar boleh membentuk, mempunyai, memperoleh atau memegang subsidiari tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Ketua Pendaftar.
Pelupusan hasil kepada atau melalui koperasi berdaftar
20. (1) Suatu koperasi berdaftar yang salah satu daripada matlamatnya ialah pelupusan apa-apa artikel yang dihasilkan atau didapati melalui kerja atau usaha anggotanya, sama ada hasil pertanian, penternakan, perhutanan, perikanan, kraf tangan atau selainnya, boleh membuat peruntukan dalam undang-undang kecilnya atau boleh selainnya membuat kontrak dengan anggotanya—
(a) bahawa tiap-tiap anggota sedemikian yang menghasilkan mana-mana artikel sedemikian hendaklah melupuskan kesemua atau apa-apa jumlah, kadar atau perihalannya yang ditentukan kepada atau melalui koperasi itu; dan
(b) bahawa mana-mana anggota yang dibuktikan atau diputuskan, mengikut cara yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan, bersalah kerana melanggar undang- undang kecil atau kontrak itu hendaklah membayar kepada koperasi itu sebagai ganti rugi jumlah tertentu suatu jumlah wang yang ditentukan atau ditaksirkan mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan.
Koperasi 21
(2) Tiada kontrak yang dibuat di bawah seksyen ini boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah semata-mata atas alasan bahawa ia merupakan suatu kontrak yang menyekat perniagaan.
Pewujudan gadaian bagi faedah koperasi berdaftar
21. (1) Tertakluk kepada apa-apa tuntutan terdahulu Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri ke atas harta penghutang dan kepada lien atau tuntutan seseorang tuan tanah berkenaan dengan sewa atau apa-apa wang yang boleh didapatkan sebagai sewa dan, dalam hal harta tak alih, kepada apa-apa gadaian berdaftar terdahulu atasnya—
(a) apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan belum jelas yang kena dibayar kepada suatu koperasi berdaftar oleh mana- mana anggota atau bekas anggota hendaklah menjadi gadaian pertama atas segala tanaman atau hasil pertanian yang lain, ikan (air tawar dan air masin), kayu yang ditebang atau hasil hutan yang lain, hasil laut, ternakan, makanan ternakan, alat pertanian, perindustrian dan perikanan, loji, jentera, bot, takal dan jaring, bahan mentah, stok barang dan pada umumnya segala hasil buruh dan benda yang digunakan berkaitan dengan pengeluaran yang diperdapatkan, kesemuanya atau sebahagiannya dibeli atau dihasilkan daripada apa-apa pinjaman, sama ada dalam bentuk wang atau barang, yang diberikan kepadanya oleh koperasi itu;
(b) apa-apa tuntutan atau bareh yang belum terjelas yang kena dibayar kepada suatu koperasi perumahan berdaftar oleh mana-mana anggota atau bekas anggota berkenaan dengan sewa, syer, pinjaman atau wang pembelian atau apa-apa hak atau amaun lain yang kena dibayar kepada koperasi itu hendaklah menjadi gadaian pertama atas kepentingannya mengenai harta tak alih koperasi itu.
(2) Tiada apa-apa jua dalam perenggan (1)(a) boleh menyentuh tuntutan mana-mana pembeli bona fide atau penerima pindahan bona fide tanpa notis.
Lien dan tolakan berkenaan dengan syer atau kepentingan anggota
22. Suatu koperasi berdaftar hendaklah mempunyai lien atas syer atau yuran atau kepentingan dalam modal dan deposit seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dan atas apa-
Undang-Undang Malaysia AKTA 50222
apa dividen, potongan langganan, atau keuntungan yang kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau kepada harta pusaka seseorang anggota yang mati berkenaan dengan apa-apa hutang yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh anggota atau bekas anggota itu atau daripada harta pusaka itu, dan boleh menolak apa-apa jumlah wang yang dikreditkan atau kena dibayar kepada seseorang anggota atau bekas anggota atau harta pusaka seseorang anggota yang mati sebagai bayaran atau sebagai sebahagian daripada bayaran apa-apa hutang sedemikian.
Syer, yuran atau kepentingan tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan
23. Tertakluk kepada seksyen 22, syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota dalam modal suatu koperasi berdaftar tidak boleh dikenakan penahanan atau penjualan di bawah apa-apa dekri atau perintah mahkamah berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti yang ditanggung oleh anggota itu, dan baik pemegang hartanya dalam ketidaksolvenan mahupun penerima yang dilantik sewajarnya tidaklah berhak terhadap, atau mempunyai apa-apa tuntutan ke atas, syer atau yuran atau kepentingan itu.
Kuasa untuk menguruskan harta dan kepentingan anggota yang mati
24. (1) Apabila seseorang anggotanya mati, suatu koperasi berdaftar boleh memindahkan syer atau kepentingan anggota yang mati itu—
(a) dalam hal anggota yang mati beragama Islam, kepada wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu atau kepada orang yang didapati oleh Lembaga ialah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut apa-apa pembahagian yang dibuat di bawah mana- mana undang-undang yang berhubungan dengan pembahagian harta pusaka; atau
(b) dalam hal anggota yang mati bukan beragama Islam, kepada orang yang dinamakan mengikut peraturan- peraturan bagi maksud itu atau, jika tiada orang yang dinamakan sedemikian, kepada orang yang didapati oleh Lembaga ialah waris atau wakil di sisi undang-undang bagi anggota yang mati itu,
Koperasi 23
dan boleh membayar kepada wakil di sisi undang-undang, penama, waris atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu jumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota yang mati itu, sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan- peraturan atau undang-undang kecilnya.
(2) Jika anggota yang mati itu bukan beragama Islam, dan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu tidak layak untuk menjadi anggota mengikut Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil, maka koperasi berdaftar itu boleh, atas permohonan penama, waris atau wakil di sisi undang-undang itu mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa enam bulan daripada kematian anggota itu, memindahkan syer atau kepentingan anggota itu kepada mana- mana orang yang dinyatakan dalam permohonan itu yang layak menjadi anggota.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), jika enam bulan sudah berlalu sejak kematian anggota yang beragama Islam dan koperasi berdaftar yang berkenaan tidak dapat menentukan siapakah wakil di sisi undang-undang bagi anggota itu atau tiada wakil di sisi undang- undang telah dilantik atau harta pusaka anggota itu belum dibahagikan atau harta pusaka anggota itu telah dibahagikan tetapi koperasi berdaftar itu tidak dapat menentukan siapakah orang yang berhak mendapat syer atau kepentingan itu menurut pembahagian itu, maka koperasi berdaftar itu boleh membayar kepada *Pegawai Pentadbir Pusaka sejumlah wang yang merupakan nilai syer atau kepentingan anggota itu sebagaimana yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan atau undang-undang kecilnya.
(4) Suatu koperasi berdaftar boleh membayar segala wang lain yang kena dibayar kepada seseorang anggota yang mati oleh koperasi berdaftar itu kepada wakil di sisi undang-undang, *Pegawai Pentadbir Pusaka, penama, waris atau orang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang disebutkan dalam subseksyen (1) dan (3).
Deposit oleh atau bagi pihak orang belum dewasa
25. (1) Suatu koperasi berdaftar boleh menerima deposit daripada atau bagi faedah orang belum dewasa dan koperasi itu boleh membayar bonus daripada keuntungan bersihnya atas deposit sedemikian.
* CATATAN—Semua sebutan mengenai “Pegawai Pentadbir Pusaka” hendaklah ditafsirkan sebagai “Perbadanan”–lihat seksyen 2 dan subseksyen 43(3) Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 [Akta 532].
Undang-Undang Malaysia AKTA 50224
(2) Apa-apa deposit yang dibuat oleh atau bagi faedah orang belum dewasa itu boleh, berserta dengan bonus, dibayar kepada orang belum dewasa itu atau kepada penjaga orang belum dewasa itu bagi kegunaan orang belum dewasa itu.
(3) Penerimaan mana-mana orang belum dewasa atau penjaga akan wang yang dibayar kepadanya oleh sesuatu koperasi berdaftar di bawah seksyen ini hendaklah menjadi pelepasan yang mencukupi bagi liabiliti koperasi berdaftar itu berkenaan dengan wang itu.
BAHAGIAN IV
HAK DAN LIABILITI ANGGOTA
Kelayakan untuk menjadi anggota
26. Untuk layak menjadi anggota dalam suatu koperasi asas, seseorang mestilah—
(a) seorang warganegara Malaysia;
(b) telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal suatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan
(c) bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu, atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu.
Hilang kelayakan untuk menjadi anggota
27. Tiada seorang pun layak diterima masuk menjadi anggota suatu koperasi berdaftar jika—
(a) dia tidak upaya dari segi mental;
(b) dia ialah seorang bankrap belum dilepas;
(c) dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
(d) dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
Koperasi 25
Anggota tidak boleh menggunakan hak sehingga bayaran dibuat
28. Tiada anggota suatu koperasi berdaftar boleh menggunakan hak sebagai anggota melainkan jika dan sehingga dia telah membuat apa-apa bayaran kepada koperasi berdaftar itu berkenaan dengan keanggotaannya atau telah memperoleh apa-apa kepentingan dalam koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan- peraturan atau melalui undang-undang kecil koperasi itu.
Sekatan keanggotaan dalam koperasi
29. Tiada seorang pun boleh menjadi anggota lebih daripada satu koperasi berdaftar yang matlamat utamanya adalah untuk memberikan pinjaman kepada anggotanya.
Undi anggota
30. (1) Tiada anggota atau perwakilan anggota mana-mana koperasi berdaftar boleh mempunyai lebih daripada satu undi dalam penjalanan hal ehwal koperasi itu, dan dalam hal kesamarataan undi pengerusi tidak boleh mempunyai undi pemutus.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), anggota suatu koperasi menengah atau atasan boleh mempunyai kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh undang-undang kecil koperasi menengah atau atasan itu.
(3) Tertakluk kepada seksyen 31 dan 36, tiada anggota boleh mengundi melalui seorang anggota lain dan tiada perwakilan boleh mengundi melalui perwakilan lain.
Perwakilan melalui proksi
31. Anggota suatu koperasi menengah atau atasan boleh melantik mana-mana perwakilannya, yang mestilah anggota Lembaganya, sebagai proksinya bagi maksud mengundi dalam penjalanan hal ehwal koperasi menengah atau atasan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50226
Kontrak anggota belum dewasa dengan koperasi
32. Ketidakdewasaan mana-mana orang yang diterima masuk sewajarnya sebagai anggota mana-mana koperasi berdaftar tidaklah menghalang orang itu daripada menyempurnakan apa-apa surat cara atau memberikan apa-apa penjelasan yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan tidak menjadi alasan bagi menidaksahkan atau mengelakkan apa- apa kontrak yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu; dan mana-mana kontrak sedemikian yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu, sama ada sebagai prinsipal atau penjamin, hendaklah boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau terhadap orang itu walaupun dia belum dewasa.
Sekatan terhadap pemegangan saham
33. Tiada anggota, selain suatu koperasi berdaftar, boleh memegang lebih daripada satu perlima modal syer mana-mana koperasi berdaftar.
Sekatan terhadap pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan
34. Pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dalam modal sesuatu koperasi berdaftar hendaklah tertakluk kepada syarat tentang pemegangan maksimum sebagaimana yang ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini.
Liabiliti bekas anggota dan harta pusaka terhadap hutang koperasi
35. (1) Liabiliti seseorang bekas anggota suatu koperasi berdaftar terhadap hutang koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ada pada tarikh dia terhenti menjadi anggota tidak berterusan melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh itu.
(2) Harta pusaka seseorang anggota suatu koperasi berdaftar yang mati tidaklah bertanggungan bagi hutang koperasi berdaftar itu, sebagaimana yang ada pada tarikh dia mati, melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh dia mati.
Koperasi 27
BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI BERDAFTAR
Mesyuarat agung
36. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil, kuasa tertinggi bagi suatu koperasi berdaftar hendaklah terletak hak pada mesyuarat agung anggotanya, yang padanya tiap-tiap anggota melalui diri sendiri atau perwakilan, atau, dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, melalui proksi, mempunyai hak untuk hadir dan mengundi.
Mesyuarat agung perwakilan
37. Tiap-tiap koperasi berdaftar yang kawasan operasinya meliputi satu Negeri, meliputi dua Negeri atau lebih atau meliputi seluruh Malaysia hendaklah membuat undang-undang kecil yang memperuntukkan bahawa perwakilan di mesyuarat agungnya hendaklah—
(a) melalui perwakilan yang dipilih oleh anggota individu pada mesyuarat agung wilayah atau kawasan mereka; atau
(b) melalui perwakilan koperasi anggota.
mengikut mana-mana yang berkenaan.
Mesyuarat agung pertama
38. (1) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah, dalam masa tiga bulan selepas menerima perakuan pendaftarannya, mengadakan mesyuarat agung yang pertama anggota atau perwakilannya.
(2) Urusan dalam mesyuarat agung pertama itu hendaklah termasuk pemilihan pemegang jawatan yang hendaklah berkhidmat sehingga mesyuarat agung tahunan yang pertama dan yang hendaklah layak dilantik semula.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50228
Mesyuarat agung tahunan
39. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mengadakan mesyuarat agung tahunan anggota atau perwakilannya tidak lewat dari enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan.
Mesyuarat agung khas
40. (1) Lembaga suatu koperasi berdaftar boleh, dan hendaklah apabila ada rekuisisi yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus orang anggota atau perwakilan koperasi itu, mengikut mana-mana yang kurang, memanggil mesyuarat agung khas.
(2) Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Ketua Pendaftar boleh memanggil, pada bila-bila masa, suatu mesyuarat agung khas sesuatu koperasi berdaftar mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkannya, dan boleh menentukan perkara yang hendak dibincangkan oleh mesyuarat itu; dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut Akta ini atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.
Notis mesyuarat untuk Ketua Pendaftar
41. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah memberi Ketua Pendaftar notis bertulis yang munasabah tentang segala mesyuarat agung yang dikehendaki diadakan oleh koperasi itu dan hendaklah memberikan Ketua Pendaftar maklumat yang berhubungan dengan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat itu; dan Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa melalui perintah am atau khas secara bertulis oleh Ketua Pendaftar hendaklah mempunyai hak untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sedemikian dan memberikan nasihat tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi Ketua Pendaftar atau orang yang diberi kuasa itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Koperasi 29
Pegawai koperasi berdaftar
42. Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah mempunyai—
(a) suatu Lembaga, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada enam dan tidak lebih daripada lima belas orang anggota; dan
(b) suatu Jawatankuasa Audit Dalaman, yang hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam orang anggota,
yang dipilih dengan sewajarnya pada mesyuarat agung tahunan.
Kelayakan bagi dipilih menjadi anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman
43. (1) Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar jika—
(a) dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
(b) dia telah dipecat sebagai pekerja suatu koperasi berdaftar.
(2) Tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar jika dia telah dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi berdaftar itu dan tiada seorang pun layak dilantik menjadi anggota Lembaga suatu koperasi berdaftar jika dia telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman koperasi berdaftar itu.
(3) Dari tahun ketiga pendaftaran suatu koperasi, tiada seorang pun boleh dilantik menjadi anggota Lembaga koperasi berdaftar itu melainkan jika dia telah menjadi anggota koperasi berdaftar itu selama tempoh minimum dua tahun.
(4) Subseksyen (3) tidak terpakai bagi suatu koperasi berdaftar yang anggotanya berjumlah satu ratus orang atau kurang daripada itu dan bagi koperasi sekolah.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50230
Tugas dan kuasa Lembaga
44. Lembaga suatu koperasi berdaftar hendaklah mewakili koperasi itu di hadapan segala pihak berkuasa awam yang berwibawa dan dalam segala urusan dan transaksi dengan orang ketiga, hendaklah mempunyai kuasa untuk memulakan atau membela guaman yang dibawa atas nama koperasi berdaftar itu dan, pada umumnya, hendaklah mengarahkan, menguruskan dan mengawasi urusan, wang dan harta koperasi berdaftar itu, dan hendaklah menjalankan segala kuasa yang perlu untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan yang sepenuhnya dan sepatutnya akan hal ehwal koperasi itu, kecuali kuasa yang dikhususkan untuk mesyuarat agung anggota atau perwakilan.
Liabiliti anggota Lembaga
45. (1) Dalam perjalanan hal ehwal suatu koperasi berdaftar, anggota Lembaga koperasi berdaftar itu hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta ini, peraturan-peraturan, undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau arahan mesyuarat agungnya.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan terhadap diri mana-mana anggota Lembaga atau pegawai suatu koperasi berdaftar berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan atau pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau semasa melaksanakan atau dengan tujuan untuk melaksanakan Akta ini, peraturan-peraturan atau undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.
(3) Jika Lembaga suatu koperasi berdaftar telah melantik seseorang sebagai pengurus untuk mentadbirkan dan menguruskan hal ehwal koperasi berdaftar itu, pelantikan itu tidaklah mengecualikan anggota Lembaga daripada liabiliti dan tanggungjawab bagi arahan dan penjalanan yang sepatutnya akan hal ehwal koperasi berdaftar itu.
Koperasi 31
Saraan untuk anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
46. (1) Seseorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar boleh menerima elaun daripada koperasi berdaftar itu, tetapi amaun elaun itu tidak boleh melebihi jumlah wang yang ditetapkan oleh mesyuarat agung koperasi berdaftar itu sebelum atau pada masa tempoh jawatannya bermula.
(2) Tiada anggota Lembaga suatu koperasi berdaftar yang dilantik untuk mewakili koperasi berdaftar itu dalam lembaga pengarah mana-mana subsidiarinya boleh menerima atau mengambil apa- apa saraan daripada subsidiari itu tanpa kelulusan terdahulu mesyuarat agung koperasi berdaftar itu.
(3) Dalam seksyen ini, “elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga suatu koperasi berdaftar atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada koperasi itu secara tetap.
Penggantungan pegawai koperasi berdaftar
47. (1) Jika mana-mana prosiding dimulakan terhadap seseorang pegawai koperasi berdaftar berkenaan dengan suatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, maka—
(a) Lembaga koperasi berdaftar itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar itu; dan
(b) jika pegawai itu ialah juga pegawai Lembaga mana-mana koperasi berdaftar yang lain, Lembaga koperasi berdaftar yang satu lagi itu hendaklah menggantung pegawai itu daripada menjadi pegawai koperasi berdaftar yang satu lagi itu,
dari masa dia mula-mula dipertuduh di mahkamah hingga selesai dengan muktamadnya prosiding terhadapnya, termasuk apa-apa prosiding selanjutnya dalam bentuk rayuan, dan dia hendaklah dengan itu berhenti menggunakan apa-apa hak atau melaksanakan apa-apa fungsi atau tugas berkenaan dengan jawatan itu dan dia tidak boleh menerima apa-apa saraan berkenaan dengan jawatan itu sepanjang tempoh penggantungan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50232
(2) Jika seseorang pegawai yang telah digantung di bawah subseksyen (1) dibebaskan, selepas prosiding terhadapnya diputuskan dengan muktamad, dia hendaklah dibayar apa-apa saraan yang sepatutnya kena dibayar kepadanya dalam tempoh penggantungan itu jika tidak kerana peruntukan subseksyen (1).
Akibat sabitan
48. Jika pegawai suatu koperasi berdaftar disabitkan terhadap suatu kesalahan boleh daftar atau suatu kesalahan di bawah Akta ini dan sabitan itu tidak diketepikan apabila selesai segala prosiding, termasuk apa-apa rayuan, pegawai itu hendaklah disifatkan telah mengosongkan jawatannya dari tarikh dia mula-mula dipertuduh atas kesalahan itu dan dia hendaklah terhalang daripada dilantik semula sebagai pegawai mana-mana koperasi berdaftar.
Kuasa dan fungsi Jawatankuasa Audit Dalaman
49. (1) Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar hendaklah memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, bagi maksud menentukan sama ada hal ehwal koperasi berdaftar itu dijalankan mengikut matlamat koperasi berdaftar itu, peruntukan undang-undang kecilnya dan ketetapan yang dibuat di mesyuarat agungnya, dan, khususnya, hendaklah—
(a) memastikan kuasa dan kesahan segala perbelanjaan;
(b) memeriksa akaun koperasi berdaftar itu, atau melantik orang yang berwibawa untuk memeriksa akaun itu, pada lat tempoh yang tetap yang tidak boleh, dalam apa-apa hal, kurang daripada sekali dalam tiap-tiap tempoh tiga bulan; dan
(c) memberitahu Lembaga apa-apa ketidakselarasan yang berlaku dalam pengurusan koperasi berdaftar itu.
(2) Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar hendaklah mengemukakan, dalam mesyuarat agung tahunan, laporan tentang pengurusan dan hal ehwal koperasi berdaftar itu, termasuklah apa-apa pelanggaran undang-undang kecil koperasi itu.
(3) Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar hendaklah, pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, akaun dan dokumen koperasi berdaftar itu, dan mana-mana
Koperasi 33
orang yang dikehendaki oleh Jawatankuasa Audit Dalaman itu supaya mengemukakan apa-apa maklumat atau buku, akaun dan dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu.
(4) Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar pada menjalankan tugas, fungsi dan tanggungjawabnya hendaklah ditanggung oleh koperasi berdaftar itu.
BAHAGIAN VI
HARTA DAN WANG KOPERASI BERDAFTAR
Wang koperasi berdaftar
50. Wang suatu koperasi berdaftar boleh diperdapatkan melalui mana-mana atau kesemua yang berikut:
(a) fi masuk, yang tidak boleh dikembalikan kecuali dalam hal apabila sesuatu permohonan untuk menjadi anggota telah ditolak;
(b) syer yang dilanggan dan dibayar oleh anggota, yang daripadanya suatu bilangan minimum yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat, tetapi syer yang dilanggan melebihi sumbangan minimum ini boleh dikeluarkan atau dipindahkan atau kedua-duanya, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan peraturan- peraturan dan kepada apa-apa had yang ditetapkan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu;
(c) dalam hal koperasi berdaftar yang matlamatnya adalah untuk menggalakkan jimat cermat di kalangan anggotanya dan untuk mewujudkan suatu sumber kredit bagi anggotanya, modal yuran;
(d) simpanan khas daripada anggota, yang boleh dikeluarkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan dalam undang- undang kecil;
(e) deposit atau pinjaman daripada anggota dan yang bukan anggota, tertakluk kepada sekatan yang ditetapkan dalam Akta ini dan peraturan-peraturan dan dalam undang-undang kecil koperasi berdaftar itu;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50234
(f) lebihan yang dibawa ke Akaun Rizab;
(g) derma dan pemberian yang diberikan oleh orang ketiga, kecuali derma daripada sumber asing, sama ada yang ditawarkan secara langsung atau selainnya, tidak boleh diterima oleh suatu koperasi berdaftar tanpa mendapat kelulusan Ketua Pendaftar terlebih dahulu.
Pemberian pinjaman oleh koperasi berdaftar
51. (1) Tiada koperasi berdaftar boleh memberikan apa-apa pinjaman atau kemudahan kredit lain kecuali kepada—
(a) anggotanya;
(b) pekerjanya;
(c) subsidiarinya atau subsidiari-subsidiarinya; atau
(d) suatu koperasi berdaftar yang lain,
dan pinjaman atau kemudahan kredit lain itu hendaklah tertakluk kepada—
(aa) peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi itu; dan
(bb) dalam hal subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya atau koperasi berdaftar yang lain, kelulusan Ketua Pendaftar juga.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu koperasi berdaftar yang dibenarkan memberikan pinjaman atau kemudahan kredit lain mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menguasai operasinya.
(3) Menteri boleh, melalui perintah am atau khas, melarang atau menyekat pemberian pinjaman bersandarkan gadaian atau gadai janji harta tak alih oleh mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar.
Sekatan terhadap peminjaman
52. (1) Suatu koperasi berdaftar boleh, tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung atau mesyuarat agung khasnya, meminjam wang daripada anggotanya dan daripada yang bukan anggotanya untuk digunakan bagi maksud yang khas dalam perniagaannya.
Koperasi 35
(2) Suatu koperasi berdaftar hendaklah, menentukan setiap tahun, pada mesyuarat agung, had maksimum keterhutangan berkenaan dengan pinjaman dan deposit yang sedia ada dan yang baru yang akan ditanggung dalam tahun yang akan datang.
Sekatan terhadap transaksi lain dengan yang bukan anggota
53. Tertakluk kepada seksyen 51 dan 52, transaksi suatu koperasi berdaftar dengan orang selain anggotanya hendaklah tertakluk kepada larangan dan sekatan yang ditetapkan melalui undang-undang kecilnya.
Pelaburan wang
54. (1) Tertakluk kepada peraturan-peraturan dan kepada undang- undang kecilnya, sesuatu koperasi berdaftar boleh melaburkan atau mendepositkan wang lebihannya dalam—
(a) mana-mana institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372];
(b) mana-mana institusi kewangan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan;
(c) mana-mana koperasi berdaftar yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar melalui pemberitahuan dalam Warta;
(d) mana-mana bon atau sekuriti yang dikeluarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia;
(e) syer baru, yang penerbitannya atau penjualannya telah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280], dalam mana-mana syarikat berhad awam yang diperbadankan di Malaysia yang memang sudah tersenarai pada suatu bursa saham di Malaysia atau yang penyenaraiannya pada suatu bursa saham di Malaysia sudah diluluskan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1983; atau
(f) apa-apa pelaburan dan sekuriti lain yang pada masa ini dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi pelaburan wang amanah.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50236
(2) Tiada koperasi berdaftar boleh melaburkan wang lebihannya dengan apa-apa cara lain, kecuali, dengan kelulusan Ketua Pendaftar, dalam—
(a) syer atau sekuriti mana-mana koperasi berdaftar lain;
(b) modal syer atau stok debentur boleh tukar atau boleh tebus mana-mana syarikat atau mana-mana pertubuhan perbadanan yang didaftarkan di Malaysia, selain yang dinyatakan dalam subseksyen (1);
(ba) mana-mana syarikat usaha sama; atau
(c) subsidiarinya.
(3) Tiada koperasi berdaftar boleh melaburkan wangnya di bawah perenggan (1)(e) dan (1)(f) dan subseksyen (2) melebihi had yang ditentukan oleh mesyuarat agungnya.
Keuntungan modal
55. (1) Suatu koperasi berdaftar hendaklah mengkreditkan ke dalam Akaun Rizab Modalnya segala keuntungan modal yang diperoleh daripada—
(a) penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap; dan
(b) penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Ketua Pendaftar.
(2) Keuntungan modal yang disebutkan dalam perenggan (1)(a) boleh digunakan oleh koperasi berdaftar itu bagi semua atau mana- mana maksud yang berikut:
(a) penerbitan syer bonus;
(b) penghapusan kira kerugian terkumpul;
(c) penghapusan kira kerugian modal; dan
(d) pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus.
(3) Tiada koperasi berdaftar boleh menggunakan keuntungan modal yang disebut dalam perenggan (1)(a) bagi maksud menerbitkan syer bonus melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpul dan semasanya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.
Koperasi 37
(4) Keuntungan modal yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh digunakan oleh koperasi berdaftar itu untuk menerbitkan syer bonus kepada anggotanya, dan syer bonus itu tidak boleh dikeluarkan tetapi boleh, dengan kelulusan Lembaga, dipindahkan kepada anggota lain koperasi berdaftar itu atau, dalam hal anggota yang mati selepas syer bonus itu dikeluarkan, dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus koperasi berdaftar itu.
(5) Syer bonus yang ditebus oleh suatu koperasi berdaftar boleh diterbitkan semula sebagai syer bonus kepada anggotanya mengikut peruntukan undang-undang kecilnya.
(6) Suatu daftar syer bonus hendaklah disenggara oleh koperasi berdaftar itu.
(7) Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu koperasi berdaftar yang dikehendaki oleh peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menguasai operasinya supaya menguruskan keuntungan modalnya mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.
Untung bersih
56. Untung bersih teraudit suatu koperasi berdaftar bagi setiap tahun kewangan hendaklah ditentukan selepas ditolak belanja pengendalian, peruntukan bagi hutang lapuk dan hutang ragu, susut nilai aset dan penghausan nilai pelaburan.
Pengagihan untung bersih teraudit
57. (1) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah membayar ke dalam Kumpulan Wang Rizabnya tidak kurang daripada lima belas peratus daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (7), tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah, daripada untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan, membayar sekian jumlah wang yang ditentukan oleh Menteri kepada—
(a) Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi; dan
(b) Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi bagi mana-mana koperasi menengah atau atasan yang telah
Undang-Undang Malaysia AKTA 50238
diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,
yang ditubuhkan di bawah peraturan-peraturan bagi memajukan prinsip koperasi.
(3) Tiada koperasi menengah atau atasan boleh diisytiharkan di bawah perenggan (2)(b) sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melainkan jika—
(a) matlamat koperasi itu termasuklah menggalakkan prinsip koperasi dan memudahkan operasi koperasi berdaftar; dan
(b) undang-undang kecil koperasi itu membuat peruntukan bagi—
(i) pergabungan semua koperasi berdaftar tanpa apa- apa sekatan atau pembayaran apa-apa fi kecuali fi masuk; dan
(ii) pelantikan kepada Lembaganya, oleh Menteri, sekurang-kurangnya seorang wakil daripada kementerian Menteri itu, dan seorang wakil daripada Kementerian Kewangan.
(4) Maka bolehlah ditolak daripada jumlah wang yang disebut dalam subseksyen (1) apa-apa jumlah wang yang dibayar menurut subseksyen (2).
(5) Tertakluk kepada subseksyen (7), suatu koperasi berdaftar boleh, selepas bayaran yang dinyatakan dalam subseksyen (1) dan (2), menggunakan untung bersih terauditnya bagi setiap tahun kewangan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
(a) pembayaran rebat kerana langganan dan pulangan atas deposit;
(b) pembayaran dividen, yang tidak boleh, dalam apa-apa hal, melebihi kadar maksimum yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan, atas syer dan yuran anggota koperasi berdaftar itu;
(c) pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga koperasi berdaftar itu, yang tidak boleh, dalam apa-apa hal, melebihi jumlah wang yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar;
Koperasi 39
(d) pembayaran sejumlah wang yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada untung bersih teraudit bagi apa-apa maksud khairat atau bagi apa-apa maksud lain.
(6) Tiada rebat kerana langganan, pulangan atas deposit atau dividen atas syer dan yuran boleh dibayar kepada anggota suatu koperasi berdaftar dan tiada honorarium boleh dibayar kepada anggota Lembaga suatu koperasi berdaftar kecuali daripada untung bersih teraudit koperasi berdaftar itu.
(7) Tiada koperasi berdaftar boleh menggunakan untung bersihnya bagi apa-apa maksud di bawah subseksyen (2) atau (5) melainkan jika dan sehingga semua kerugian terkumpulnya, jika ada, telah dihapus kira sepenuhnya.
(8) Walau apa pun subseksyen (7), suatu koperasi berdaftar yang kerugian terkumpulnya telah tidak dihapus kira sepenuhnya boleh, dengan kelulusan Ketua Pendaftar, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen yang dalam mana- mana hal tidak boleh melebihi lima peratus jumlah syer atau yuran anggota, atau kedua-duanya.
BAHAGIAN VII
AKAUN DAN AUDIT
Penyenggaraan akaun
58. (1) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan disenggara rekod perakaunan dan rekod lain yang akan dengan secukupnya menerangkan transaksi dan kedudukan kewangan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan yang membolehkan disediakan, dari semasa ke semasa, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang benar dan saksama serta apa-apa dokumen yang dikehendaki dikepilkan padanya dan hendaklah menyebabkan rekod itu disenggara mengikut cara yang akan membolehkannya diaudit dengan mudah dan sepatutnya.
(2) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan catatan yang sesuai dibuat dalam rekod perakaunan dan rekod lain dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari daripada selesainya transaksi yang berhubungan dengan catatan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50240
(3) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan disediakan, dengan seberapa segera yang mungkin tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya setiap tahun kewangan, akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan apa-apa dokumen lain yang dikehendaki bagi maksud pengauditan.
(4) Rekod yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar koperasi berdaftar itu atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga dan hendaklah terbuka pada setiap masa untuk diperiksa oleh Ketua Pendaftar dan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis.
(5) Ketua Pendaftar boleh, dalam mana-mana kes tertentu, memerintahkan supaya rekod perakaunan dan rekod lain suatu koperasi berdaftar, termasuklah rekod perakaunan dan rekod lain subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dibuka untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang diluluskan yang bertindak bagi pihak mana-mana anggota atau pegawai koperasi berdaftar itu, tetapi hanya apabila diberikan suatu aku janji secara bertulis kepada Ketua Pendaftar bahawa apa-apa maklumat yang diperoleh oleh juruaudit itu semasa pemeriksaannya tidak boleh didedahkan olehnya kecuali kepada anggota atau pegawai itu.
Penyata kewangan dan laporan Lembaga
59. (1) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah, pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada lapan belas bulan selepas pendaftarannya dan selepas itu sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun kalendar, membentangkan, di mesyuarat agung tahunannya—
(a) akaun perdagangan dan untung rugi, penyata sumber dan penggunaan wang bagi tempoh semenjak akaun yang sebelumnya, atau, dalam hal akaun yang pertama, semenjak pendaftaran koperasi itu atau subsidiari atau subsidiari- subsidiarinya, jika ada, yang disediakan setakat tarikh yang tidak lebih daripada dua belas bulan sebelum tarikh mesyuarat agung itu;
(b) kunci kira-kira setakat tarikh akaun itu disediakan;
(c) laporan yang ditandatangani oleh atau bagi pihak Lembaga berkenaan dengan kedudukan hal ehwal koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada;
Koperasi 41
(d) laporan juruaudit yang disebut dalam seksyen 63; dan
(e) pandangan Ketua Pendaftar yang disebut dalam subseksyen (2) tentang akaun dan kunci kira-kira koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada.
(2) Akaun dan kunci kira-kira suatu koperasi berdaftar dan subsidiarinya, jika ada, yang teraudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan kepada anggotanya tidak kurang daripada lima belas hari dan kepada Ketua Pendaftar tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum mesyuarat agung tahunan, dan Ketua Pendaftar boleh memberikan apa-apa pandangan sebagaimana yang difikirkannya patut mengenai akaun dan kunci kira-kira itu.
(3) Setiap laporan berhubung dengan perenggan (1)(c) hendaklah menyatakan, dengan butiran yang sesuai—
(a) sama ada atau tidak keputusan penjalanan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu telah, pada pendapat Lembaga, terjejas secara material oleh perkara yang abnormal sifatnya;
(b) amaun, jika ada, yang telah dibayar, diisytiharkan atau disyorkan supaya dibayar sebagai dividen;
(c) sama ada atau tidak apa-apa hal keadaan telah berbangkit yang menjadikan pematuhan kaedah yang sedia ada bagi pentaksiran aset atau liabiliti koperasi berdaftar itu mengelirukan atau tidak sesuai;
(d) sama ada apa-apa liabiliti bersyarat yang belum ditunaikan telah diakui janji oleh koperasi berdaftar itu atau oleh mana-mana subsidiarinya dalam tempoh yang diliputi oleh akaun untung rugi itu dan, jika demikian, amaunnya dan sama ada atau tidak apa-apa liabiliti bersyarat sedemikian telah menjadi boleh dikuatkuasakan atau mungkin akan menjadi boleh dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan yang berikutnya yang akan menjejaskan secara material keupayaan koperasi berdaftar itu untuk memenuhi obligasinya jika dan apabila obligasi itu kena dipenuhi;
(e) selain Akaun Rizab yang dikehendaki di bawah Akta ini, amaun, jika ada, yang dicadangkan dibawa kepada mana- mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang ditunjukkan secara nyata pada kunci kira-kira atau kepada
Undang-Undang Malaysia AKTA 50242
mana-mana kumpulan wang lain atau akaun rizab lain yang akan ditunjukkan dengan nyata pada kunci kira-kira yang kemudiannya; dan
(f) jika Lembaga berpendapat bahawa jumlah aset semasa tidak akan sekurang-kurangnya menghasilkan nilai yang ditunjukkan baginya dalam akaun koperasi berdaftar itu, pendapatnya tentang amaun yang mungkin semunasabahnya diharapkan akan dihasilkan oleh aset semasa itu dalam perjalanan biasa perniagaan koperasi berdaftar itu.
(4) Dalam subseksyen (3), ungkapan “perkara yang abnormal sifatnya” termasuklah—
(a) apa-apa perubahan dalam polisi perakaunan yang diterima pakai sejak laporan yang sebelumnya;
(b) apa-apa pemindahan kepada atau daripada rizab atau peruntukan;
(c) apa-apa penghapusan kira hutang lapuk yang besar amaunnya;
(d) apa-apa perubahan dalam asas pentaksiran bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian stok perniagaan atau keseluruhan atau mana-mana bahagian kerja yang sedang berjalan;
(e) apa-apa butiran yang luar biasa jenisnya atau nilainya yang terdapat dalam akaun itu; dan
(f) ketiadaan apa-apa butiran material yang biasanya dimasukkan ke dalam akaun itu.
(5) Tiap-tiap akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira yang dibentangkan di hadapan sesuatu koperasi berdaftar dalam mesyuarat agung tahunan, termasuk akaun untung rugi yang disatukan dan kunci kira-kira yang disatukan, hendaklah memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan hal ehwal koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada.
Pengauditan
60. (1) Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyebabkan akaunnya diaudit sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tahun kewangan oleh seseorang yang diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
Koperasi 43
(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan suatu koperasi berdaftar, mengaudit atau menyebabkan diaudit akaun mana-mana koperasi berdaftar.
Kelulusan bagi juruaudit koperasi berdaftar
61. (1) Bagi maksud subseksyen 60(1), Ketua Pendaftar boleh, melalui perintah am atau khas secara bertulis, dan setelah dibayar apa-apa fi sebagaimana ditetapkan, meluluskan mana-mana orang yang berwibawa untuk mengaudit akaun suatu koperasi berdaftar atau koperasi-koperasi berdaftar di bawah Akta ini jika—
(a) orang itu memohon secara bertulis kepada Ketua Pendaftar supaya diluluskan sedemikian; dan
(b) Ketua Pendaftar berpuas hati bahwa orang itu layak dan berwibawa untuk diluluskan sedemikian.
(2) Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit dan tiada seorang pun boleh mengaudit akaun koperasi berdaftar yang sama bagi apa-apa tempoh berterusan yang melebihi enam tahun, tetapi orang sedemikian boleh diluluskan untuk mengaudit dan boleh meneruskan pengauditan akaun sesuatu koperasi berdaftar dua tahun selepas dia berhenti mengaudit akaun koperasi berdaftar itu.
(3) Bagi maksud subseksyen (2), kelulusan bagi suatu tempoh yang lebih lanjut untuk seseorang juruaudit, selepas sahaja dia berhenti bertindak sebagai juruaudit koperasi berdaftar yang sama, hendaklah ditafsirkan sebagai menjadikan tempoh itu berterusan.
Hal keadaan yang menjadikan seseorang hilang kelayakan untuk diluluskan atau bertindak sebagai juruaudit suatu koperasi berdaftar
62. Tiada seorang pun boleh diluluskan untuk mengaudit akaun suatu koperasi berdaftar atau, jika dia telah diluluskan sebagai juruaudit, boleh mengaudit akaun suatu koperasi berdaftar atau membuat apa-apa jua yang dikehendaki supaya dibuat oleh seseorang juruaudit di bawah Akta ini jika—
(a) dia dengan apa-apa cara berhutang dengan koperasi berdaftar itu atau dengan mana-mana subsidiarinya bagi sejumlah wang yang melebihi sepuluh ribu ringgit;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50244
(b) dia ialah pegawai koperasi berdaftar itu atau pekongsi pegawai itu dalam apa-apa perusahaan;
(c) dia ialah pekerja koperasi berdaftar itu atau pekongsi pekerja itu dalam apa-apa perusahaan;
(d) dia ialah pekerja seseorang pegawai koperasi berdaftar itu atau pekerja seseorang pekerja sedemikian; atau
(e) dia telah disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, atau Akta Syarikat 1965 atau atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Kewajipan juruaudit
63. (1) Juruaudit suatu koperasi berdaftar hendaklah memeriksa dan mengaudit akaun dan rekod berkaitan yang lain koperasi berdaftar itu dan hendaklah dengan serta-merta menarik perhatian Ketua Pendaftar dan koperasi berdaftar itu tentang apa-apa luar aturan yang didedahkan oleh pemeriksaan dan pengauditan itu yang, pada pendapat juruaudit itu, secukupnya penting untuk menjustifikasikannya berbuat demikian.
(2) Juruaudit suatu koperasi berdaftar hendaklah mengaudit dan memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh koperasi berdaftar itu selepas tutupnya tahun kewangan itu.
(3) Juruaudit suatu koperasi berdaftar hendaklah, berkenaan dengan akaun, rekod dan penyata yang disebut dalam subseksyen (1) dan (2), memberikan laporan—
(a) sama ada penyata kewangan sedemikian memberikan gambaran yang benar dan saksama tentang transaksi kewangan dan kedudukan hal ehwal koperasi itu; dan
(b) apa-apa perkara lain yang berbangkit daripada pengauditan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dilaporkan,
dan hendaklah menyatakan dalam laporannya sama ada—
(aa) rekod perakaunan dan rekod lain yang sepatutnya telah disimpan; dan
(bb) penerimaan, perbelanjaan dan pelaburan wang dan perolehan dan pelupusan aset oleh koperasi berdaftar itu dalam tahun itu mengikut Akta ini, peraturan-peraturan dan undang-undang kecil koperasi berdaftar itu.
Koperasi 45
(4) Juruaudit suatu koperasi berdaftar boleh pada bila-bila masa lain melaporkan kepada Ketua Pendaftar dan koperasi berdaftar itu tentang apa-apa perkara yang berbangkit daripada perlakuan pengauditan itu.
(5) Pengauditan akaun suatu koperasi berdaftar hendaklah termasuk suatu penelitian akan dan laporan mengenai hutang belum jelas, jika ada, dan penelitian akan dan laporan mengenai nilaian aset dan liabiliti koperasi berdaftar itu.
BAHAGIAN VIII
PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN
Kuasa Ketua Pendaftar untuk memeriksa buku, dsb., koperasi berdaftar
64. Ketua Pendaftar, atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis, hendaklah mempunyai akses kepada segala buku, akaun, dokumen dan sekuriti sesuatu koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan hendaklah berhak memeriksa wang tunai dalam tangan; dan tiap-tiap pegawai (termasuk mana-mana bekas pegawai) koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa- apa buku, akaun, dokumen dan sekuriti berkenaan dengan transaksi dan perjalanan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari- subsidiarinya, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang membuat pemeriksaan itu.
Kuasa untuk menyita dan menahan buku dan dokumen
65. Jika, dalam masa atau berikutan dengan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan telah dilakukan, maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberi kuasa olehnya secara bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh memasuki mana- mana premis yang dipunyai oleh atau dihuni oleh koperasi berdaftar itu dan boleh menyita dan menahan mana-mana buku, dokumen dan sekuriti koperasi berdaftar itu yang mungkin memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50246
Siasatan
66. (1) Ketua Pendaftar boleh, berikutan dengan suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64 atau pengauditan di bawah seksyen 60, mengadakan suatu siasatan atau mengarahkan mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya melalui perintah secara bertulis bagi maksud ini mengadakan suatu siasatan tentang penubuhan, perjalanan dan kedudukan kewangan koperasi berdaftar itu.
(2) Bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar atau orang yang diberi kuasa yang disebut dalam subseksyen (1) boleh memanggil mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya mengetahui tentang mana-mana hal ehwal koperasi berdaftar itu dan boleh memeriksa orang itu dengan bersumpah dan boleh menghendaki mana-mana orang mengemukakan atau menyerahkan apa-apa buku, akaun dan dokumen dalam jagaannya yang dipunyai oleh koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, jika Ketua Pendaftar atau orang yang diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk percaya bahawa buku, akaun dan dokumen itu boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan.
(3) Tiap-tiap orang yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah, setelah tamatnya siasatan di bawah subseksyen (1), melaporkan dapatannya kepada Ketua Pendaftar.
Ketua Pendaftar boleh memberitahu koperasi berdaftar keputusan pemeriksaan atau siasatan
67. Jika sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah seksyen 64 atau suatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66, Ketua Pendaftar boleh memberitahu keputusan pemeriksaan atau siasatan itu kepada koperasi berdaftar itu dan boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu mengambil apa-apa tindakan yang ditentukan dalam perintah itu untuk membetulkan, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, kecacatan, jika ada, yang didedahkan hasil pemeriksaan atau siasatan itu.
Koperasi 47
Pemeriksaan atas permohonan pemiutang
68. (1) Ketua Pendaftar boleh, atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi berdaftar, memeriksa atau mengarahkan mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya melalui perintah secara bertulis bagi maksud ini memeriksa buku, akaun, wang tunai atau harta lain kepunyaan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan Ketua Pendaftar atau pegawai awam itu hendaklah mempunyai segala kuasa di bawah seksyen 64.
(2) Tiada pemeriksaan boleh dibuat atau diarahkan di bawah subseksyen (1) atas permohonan seseorang pemiutang suatu koperasi berdaftar melainkan jika pemiutang itu—
(a) memuaskan hati Ketua Pendaftar bahawa hutang itu ialah suatu jumlah wang yang telah genap masa pada masa itu dan dia telah menuntut pembayarannya tetapi telah tidak menerima pembayaran itu dalam masa yang munasabah; dan
(b) mendepositkan dengan Ketua Pendaftar apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar sebagai cagaran bagi kos pemeriksaan itu.
(3) Ketua Pendaftar hendaklah memberitahu keputusan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang dan koperasi berdaftar itu.
Kuasa Ketua Pendaftar berikutan dengan siasatan
69. (1) Ketua Pendaftar boleh, selepas menimbangkan fakta yang didedahkan dalam siasatan di bawah seksyen 66 dan jika dianggapnya perlu berbuat demikian demi kepentingan koperasi berdaftar itu, melalui perintah—
(a) menggantung semua atau mana-mana aktiviti koperasi berdaftar itu, selama tempoh yang dinyatakan olehnya;
(b) menggantung atau membubarkan Lembaga koperasi berdaftar itu; atau
(c) membekukan akaun bank koperasi berdaftar itu untuk mengelakkan kerugian atau penyalahgunaan wang.
(2) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuat kuasa sebaik sahaja ia dibuat dan
Undang-Undang Malaysia AKTA 50248
hendaklah, melainkan jika ia diketepikan di bawah subseksyen (7), sah selama tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; dan tempoh itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa tetapi jumlahnya tidak boleh melebihi empat tahun.
(3) Walaupun rayuan telah diserahkan di bawah subseksyen (7), Ketua Pendaftar boleh melantik seseorang (termasuk sesuatu pertubuhan perbadanan, sama ada didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain) sebagai pentadbir untuk menguruskan, tertakluk kepada pengawasan Ketua Pendaftar, hal ehwal koperasi berdaftar itu; dan pentadbir yang sedemikian hendaklah menguruskan hal ehwal koperasi berdaftar itu sehingga suatu Lembaga baru dipilih di bawah undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau, jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) kemudiannya diketepikan, sehingga perintah itu diketepikan sedemikian.
(4) Seseorang yang dilantik di bawah subsekyen (3) hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Lembaga koperasi berdaftar itu; dan berkenaan dengan pengurusan koperasi berdaftar itu peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuat kuasa:
(a) seseorang yang dilantik sedemikian hendaklah diberikan apa-apa saraan yang difikirkan patut oleh Ketua Pendaftar;
(b) apa-apa saraan yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) dan segala perbelanjaan dan kos hendaklah kena dibayar daripada wang koperasi berdaftar itu; dan
(c) seseorang yang dilantik sedemikian tidak bertanggungan kepada koperasi berdaftar itu atau mana-mana anggota koperasi berdaftar itu atau kepada mana-mana orang atas apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati.
(5) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa Ketua Pendaftar untuk memerintahkan penggulungan suatu koperasi berdaftar.
(6) Walau apa pun peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, Ketua Pendaftar boleh dengan perintah memecat mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu jika tindakan yang demikian adalah bagi kepentingan koperasi berdaftar itu, tetapi tiada seorang pun boleh dipecat sedemikian tanpa diberi peluang untuk didengar;
Koperasi 49
dan apa-apa kekosongan yang wujud akibat pemecatan sedemikian hendaklah diisi mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang- undang kecil koperasi itu.
(7) Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah Ketua Pendaftar yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (6) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan perintah sedemikian dan keputusan Menteri hendaklah muktamad dan konklusif.
Pegawai yang dipecat atas perintah Ketua Pendaftar tidak boleh dilantik semula
70. Jika seseorang pegawai suatu koperasi berdaftar telah dipecat atas perintah Ketua Pendaftar di bawah peruntukan subseksyen 69(6), pegawai itu hendaklah selepas itu menjadi tidak layak untuk dilantik sebagai anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa koperasi berdaftar itu atau diambil kerja semula oleh koperasi berdaftar itu atau mana-mana koperasi berdaftar lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh lima tahun dari tarikh pemecatan sedemikian.
Pembubaran
71. (1) Jika Ketua Pendaftar, selepas suatu pemeriksaan dibuat di bawah seksyen 64 atau 68 atau selepas sesuatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66 atau apabila diterima suatu permohonan yang dibuat oleh tiga perempat daripada anggota sesuatu koperasi berdaftar, berpendapat bahawa koperasi berdaftar itu patut dibubarkan, dia boleh membuat perintah bagi pembatalan pendaftaran koperasi itu.
(2) Mana-mana anggota suatu koperasi berdaftar boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), merayu kepada Menteri terhadap perintah itu.
(3) Jika tiada rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu hendaklah mula berkuat kuasa apabila tempoh itu tamat.
(4) Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga ia disahkan oleh Menteri.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50250
(5) Jika Ketua Pendaftar membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) bagi pembatalan pendaftaran suatu koperasi berdaftar, dia boleh membuat apa-apa perintah lanjut yang difikirkannya patut bagi jagaan buku dan dokumen dan bagi perlindungan atau pelupusan aset koperasi berdaftar itu sehingga perintah yang membatalkan pendaftaran koperasi itu berkuat kuasa di bawah subseksyen (3) atau, jika rayuan dikemukakan di bawah subseksyen (4), sehingga perintah itu disahkan atau selainnya.
(6) Tiada koperasi berdaftar boleh digulung kecuali dengan perintah Ketua Pendaftar.
Pembubaran dalam hal keadaan khusus tertentu
71A. (1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 71(1), jika berkenaan dengan suatu koperasi berdaftar, selain suatu koperasi berdaftar yang sedang disiasat atau yang dikawal atau diurus di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Perlindungan kepada Pendeposit) 1986 [P.U. (A) 237/1986], keanggotaan koperasi berdaftar itu adalah sekian bilangan yang menjadikan pematuhan subseksyen 71(1) tidak semunasabahnya dilaksanakan dan jika Ketua Pendaftar telah menerima suatu permohonan daripada—
(a) tidak kurang daripada satu persepuluh daripada anggota atau sekian bilangan wakil yang mewakili tidak kurang daripada satu persepuluh anggota koperasi berdaftar itu; atau
(b) Lembaga koperasi berdaftar itu,
bagi sesuatu perintah supaya koperasi berdaftar itu dibubarkan dengan hasrat untuk menyusunkannya semula sebagai suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, Ketua Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), memberitahu atau menyebabkan diberitahu semua anggota koperasi berdaftar mengenai perkara itu.
(2) Jika Ketua Pendaftar telah menerima lebih daripada satu permohonan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah mempertimbangkan, antara permohonan yang memenuhi kehendak subseksyen ini, permohonan yang pertama diterima oleh pejabat Ketua Pendaftar itu.
Koperasi 51
(3) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan dokumen dan maklumat yang disebut dalam subseksyen (6) kecuali yang di bawah perenggan (a), (b) dan (j), dan Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa menghendaki pemohon itu menyerahkan dalam masa yang ditetapkan olehnya apa-apa dokumen lain atau maklumat yang dia sifatkan perlu bagi maksud permohonan tersebut.
(4) Ketua Pendaftar boleh, sebelum membuat apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen (1) dan selepas memaklumkan koperasi berdaftar itu akan niatnya untuk berbuat demikian tidak lewat dari dua minggu sebelum pelantikan itu, melantik mana- mana orang yang urusannya memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan perkara korporat dan pelaburan bagi menasihatkannya berkenaan cadangan yang terkandung dalam permohonan itu, atau mana-mana aspeknya.
(5) Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh, pada bila-bila masa sebelum apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen itu dihantar atau disiarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, ditarik balik oleh pemohon melalui permintaan secara bertulis yang dibuat kepada Ketua Pendaftar.
(6) Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah—
(a) menetapkan tempoh yang dalamnya borang jawapan yang disediakan dalam pemberitahuan tersebut hendaklah dikembalikan oleh anggota itu kepada Ketua Pendaftar dan tempoh itu hendaklah tidak kurang daripada dua bulan dari tarikh pengeposan atau penyiaran pemberitahuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) menyatakan bahawa sekiranya—
(i) borang jawapan itu tidak dikembalikan dengan sewajarnya oleh anggota itu dalam tempoh yang ditetapkan; atau
(ii) borang jawapan itu dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan dan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa jawapan itu tidak menunjukkan dengan nyata suatu penentangan terhadap pembubaran dan penyusunan semula koperasi berdaftar itu,
anggota itu hendaklah disifatkan telah bersetuju dengan keputusan untuk membubarkan dan menyusun semula koperasi berdaftar itu mengikut skim yang disebut dalam perenggan (e);
Undang-Undang Malaysia AKTA 50252
(c) termasuk akaun teraudit bagi tahun kewangan yang sebelumnya bagi koperasi berdaftar itu;
(d) termasuk suatu pengisytiharan oleh—
(i) setiap anggota Lembaga koperasi berdaftar itu berkenaan sifat dan takat, j ika ada, akan kepentingannya dalam syarikat pengganti itu; dan
(ii) setiap anggota di bawah perenggan (1)(a) atau anggota Lembaga di bawah perenggan (l)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai agregat pemegangan syer yang dipegang olehnya, secara individu atau bersesama dengan mana-mana orang lain, dalam koperasi berdaftar itu;
(e) termasuk skim penyusunan semula yang dicadangkan untuk menggantikan koperasi berdaftar itu dengan apa-apa perincian yang mencukupi untuk memaklumkan anggota mengenai sifat dan takat penyertaannya dalam hal pembubaran dan penyusunan semula koperasi berdaftar itu yang skimnya hendaklah disediakan oleh seorang yang urusannya memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat yang berhubungan dengan perkara korporat dan pelaburan;
(f) termasuk, jika syarikat pengganti itu suatu syarikat yang akan diperbadankan, nama dan butir-butir lain penaja syarikat itu yang tidak kurang daripada dua orang dan semua dokumen sedemikian sebagaimana perlu bagi pembentukan dan pemerbadanan syarikat itu;
(g) termasuk, jika syarikat pengganti itu suatu syarikat yang sedia ada, Memorandum dan Perkara Persatuannya dan, setakat yang berkenaan, akaun teraudit bagi tiga tahun kewangan sebelum tahun semasa;
(h) termasuk sifat dan takat apa-apa kelulusan, persetujuan atau pengendorsan yang dikehendaki daripada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang berkaitan, selain persetujuan anggota koperasi berdaftar itu di bawah subseksyen (7), dan yang perlu bagi maksud skim yang disebut dalam perenggan (e);
(i) termasuk suatu pengisytiharan oleh setiap anggota Lembaga Pengarah syarikat pengganti, atau Lembaga Pengarah yang pertama syarikat yang dicadangkan dan penaja, dalam
Koperasi 53
hal jika syarikat pengganti akan diperbadankan, berkenaan sifat dan takat, jika ada, akan kepentingannya dalam koperasi berdaftar itu; dan
(j) termasuk apa-apa dokumen lain atau maklumat, termasuklah apa-apa nasihat yang boleh diperoleh oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (4), atau mana-mana bahagiannya, sebagaimana yang difikirkannya perlu.
(7) Sebaik sahaja habis tempoh yang disebut di bawah perenggan (6)(a) dan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa tiga perempat daripada anggota itu telah bersetuju dengan pembubaran dan penyusunan semula koperasi berdaftar itu sebagai suatu syarikat, dia hendaklah membuat suatu perintah bagi pembatalan pendaftaran koperasi itu:
Dengan syarat bahawa perintah pembatalan itu tidak boleh berkuat kuasa atau berkesan sehingga—
(a) jika syarikat pengganti itu akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pemerbadanannya; atau
(b) jika syarikat pengganti itu suatu syarikat yang sedia ada, penyempurnaan apa-apa tindakan yang perlu untuk menjadikannya berkeupayaan mengusahakan aktiviti yang disebut dalam perenggan 75(1)(l); dan
(c) kesemua kelulusan, persetujuan atau pengendorsan yang disebut dalam perenggan (6)h) telah diperoleh.
(8) Bagi maksud subseksyen (7), tarikh habis tempoh yang disebut dalam perenggan (6)(a) hendaklah tarikh terkemudian daripada yang berikut:
(a) dua bulan dari tarikh akhir tarikh pengeposan pemberitahuan di bawah subseksyen (1);
(b) dua bulan dari tarikh penyiaran di bawah subseksyen (11).
(9) Apa-apa kos yang dilakukan oleh Ketua Pendaftar menurut seksyen ini, termasuk apa-apa kos yang dilakukan di bawah subseksyen (4), hendaklah ditanggung oleh koperasi berdaftar itu.
(10) Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah secara bertulis dan hendaklah dihantar melalui pos biasa kepada anggota koperasi berdaftar itu di alamatnya yang terakhir diketahui.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50254
(11) Tanpa menjejaskan subseksyen (10), sebagai tambahan kepada penyampaian pemberitahuan melalui pos biasa kepada anggota koperasi berdaftar itu, Ketua Pendaftar hendaklah juga memberitahu atau menyebabkan diberitahu kepada anggota mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1) dan (6) dengan menyiarkannya dalam sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan utama dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris dan jika berkenaan, dengan memberi perhatian kepada keanggotaan koperasi itu, dalam akhbar tempatan vernakular yang berkenaan.
(12) Penyiaran pemberitahuan di bawah subseksyen (11) hendaklah memperuntukkan perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (6) dan penyiaran itu hendaklah disifatkan sebagai notis yang mencukupi kepada anggota koperasi berdaftar itu.
(13) Subseksyen 71(2), (3), (4), (5) dan (6) hendaklah terpakai bagi seksyen ini tetapi dengan pengubahsuaian bahawa segala sebutan dalamnya mengenai subseksyen 71 (1) hendaklah diertikan sebagai sebutan mengenai subseksyen 71A(1).
(14) Bagi maksud seksyen ini—
“pemohon”, berhubung dengan permohonan yang dibuat oleh orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), ertinya kesemua orang yang memenuhi kehendak satu persepuluh secara bersesama;
“syarikat pengganti” ertinya syarikat, sama ada yang akan diperbadankan atau sedia ada, yang disebut dalam subseksyen (1).
(15) Jika syarikat pengganti suatu syarikat yang sekuriti atau kelas sekuritinya ada disebut harga di pasaran saham suatu bursa saham, termasuk Pasaran Saham Bumiputra, dan atas permohonan mana-mana pemohon di bawah seksyen ini, Menteri, bertindak atas syor Ketua Pendaftar, boleh mengecualikan pemohon daripada kehendak untuk mengemukakan apa-apa butir di bawah perenggan 6(d), (f), (g) atau (i) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan termasuk jaminan sedemikian yang perlu bagi melindungi anggota koperasi berdaftar itu.
Peruntukan bagi anggota yang tidak bersetuju
71B. Jika menurut subseksyen 71A(7) Ketua Pendaftar membuat suatu perintah bagi pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi
Koperasi 55
berdaftar, dia hendaklah, berhubung dengan mana-mana anggota yang tidak bersetuju dengan pembubaran dan penyusunan semula koperasi itu sebagai suatu syarikat, membuat suatu perintah untuk mengagihkan kepada anggota itu sekian jumlah wang yang merupakan nilai perkadaran aset koperasi itu yang selainnya akan diagihkan kepadanya di bawah perenggan 75(1)(p):
Dengan syarat bahawa—
(a) apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan atau rayuan ke atas sifat dan amaun pengagihan yang akan dibuat kepada anggota itu hendaklah tidak berkuat kuasa sebagai menggantung penjalanan kuasa oleh Ketua Pendaftar di bawah Akta ini bagi melaksanakan cadangan penyusunan semula itu; dan
(b) apa-apa ketetapan pertikaian atas rayuan atau selainnya selepas tarikh peletakhakan itu yang disebut dalam subseksyen 71C(1) hendaklah menjadi liabiliti syarikat pengganti.
Pemindahan aset koperasi berdaftar kepada syarikat
71C. (1) Berkenaan dengan suatu koperasi berdaftar yang disebut dalam subseksyen 71A(7), Ketua Pendaftar boleh, selepas membuat pengagihan di bawah seksyen 71B, jika ada, dan selepas berunding dengan koperasi berdaftar itu, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh tersebut, segala aset, hak atau liabiliti koperasi berdaftar yang dinyatakan oleh Ketua Pendaftar dalam perintah itu hendaklah menurut kuasa Akta ini terletak hak pada syarikat yang disebut dalam skim penyusunan semula tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
(2) Tiap-tiap aset yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) dalam syarikat itu hendaklah terletak hak sedemikian pada syarikat itu bagi hakmilik, estet atau kepentingan serupa dan selama pemegangan serupa sebagaimana aset itu telah terletak hak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50256
(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletak hak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat itu boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dibawa guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat itu memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat melalui subseksyen (1).
(4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletak hak melalui subseksyen (1) pada syarikat itu boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dibawa guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat itu memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya disentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
(5) Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap koperasi berdaftar itu yang berhubungan dengan mana-mana aset, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat itu menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat itu.
(6) Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa aset berpindah kepada dan terletak hak pada syarikat itu, peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965] yang terpakai bagi penerima pindahan selain suatu Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan sesuatu Negeri hendaklah, bagi maksud membuat pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat itu.
Pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi kerana kurang keanggotaan
72. (1) Ketua Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, membatalkan pendaftaran mana-mana koperasi berdaftar, selain suatu koperasi yang antara anggotanya ialah satu atau lebih koperasi berdaftar, jika pada bila-bila masa dibuktikan sehingga dia berpuas hati bahawa bilangan anggota koperasi berdaftar yang mula-mula disebut itu telah berkurangan sehingga menjadi kurang daripada sepuluh orang.
Koperasi 57
(2) Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh perintah itu.
Akibat pembatalan pendaftaran
73. Jika pendaftaran suatu koperasi berdaftar dibatalkan oleh suatu perintah di bawah seksyen 71, 71A atau di bawah seksyen 72, koperasi itu hendaklah terhenti wujud sebagai pertubuhan perbadanan dari tarikh perintah itu mula berkuat kuasa.
Pelikuidasian selepas pembatalan pendaftaran koperasi
74. Jika pendaftaran suatu koperasi berdaftar dibatalkan di bawah seksyen 71, 71A atau seksyen 72, Ketua Pendaftar boleh melantik seorang yang berwibawa untuk menjadi pelikuidasi koperasi berdaftar itu.
Kuasa pelikuidasi
75. (1) Seseorang pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 hendaklah, tertakluk kepada bimbingan dan kawalan Ketua Pendaftar dan kepada apa-apa had yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar melalui perintah di bawah seksyen 76, mempunyai kuasa untuk—
(a) menentukan, dari semasa ke semasa, sumbangan yang hendaklah dibuat oleh anggota dan bekas anggota, atau oleh harta pusaka anggota yang mati, koperasi berdaftar itu kepada asetnya;
(b) menetapkan, melalui notis, suatu hari yang sebelumnya pemiutang, yang tuntutan mereka belum lagi direkodkan dalam buku koperasi berdaftar itu, hendaklah menyatakan tuntutan mereka bagi diambil kira supaya mereka tidak tersingkir daripada apa-apa pembahagian yang dibuat sebelum mereka membuktikan tuntutan itu;
(c) memutuskan apa-apa persoalan tentang susunan keutamaan yang berbangkit antara pihak menuntut dan menyediakan suatu skim bagi pembayaran apa yang sepatutnya diterima oleh mereka;
(d) memulakan dan membela guaman dan prosiding undang- undang lain oleh dan bagi pihak suatu koperasi berdaftar atas namanya atau jawatannya dan hadir sendiri di mahkamah sebagai litigan bagi pihak koperasi itu;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50258
(e) memberi mana-mana orang kuasa untuk membuat pemungutan dan memberikan resit sah bagi pihaknya;
(f) memutuskan siapakah yang akan menanggung dan pada kadar apakah akan ditanggungnya kos pelikuidasian;
(g) memberikan apa-apa arahan berkenaan dengan pemungutan dan pembahagian aset koperasi berdaftar itu dan pelupusan buku dan dokumen koperasi itu sebagaimana yang perlu semasa menggulung koperasi itu;
(h) berkompromi tentang apa-apa tuntutan oleh atau terhadap koperasi berdaftar itu dengan syarat sanksi Ketua Pendaftar telah diperoleh terlebih dahulu;
(i) memanggil apa-apa mesyuarat agung anggota atau perwakilan sebagaimana yang perlu bagi perjalanan sepatutnya pelikuidasian itu;
(j) mengambil milik buku, dokumen dan aset koperasi berdaftar itu;
(k) menjual, memindah hak, memindah, menyerah hak, menukar, menyerah balik dan memulangkan, memajak, menggadai janji, menggadai, mendapatkan balik, menyerah hak semula atau selainnya mengurus, kesemua atau mana- mana bahagian harta koperasi berdaftar itu, dan mengurus hasilnya mengikut apa-apa cara untuk faedah, atau bagi kepentingan, koperasi berdaftar itu atau anggota, pendeposit, pemiutang atau pelanggan, atau orang yang mempunyai apa-apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi berdaftar itu;
(l) membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, atau skim, dengan mana-mana orang yang kesemua atau mana-mana bahagian harta koperasi berdaftar itu dijual, dipindah hak, dipindah, diserah hak, ditukar, diserah balik dan dipulangkan, dipajak, digadai janji, digadai, diserah hak semula, atau selainnya dilupus, kepada mana-mana orang sebagai balasan untuk orang tersebut bersetuju untuk menjelaskan kesemua, atau suatu bahagian yang dinyatakan, liabiliti koperasi berdaftar itu termasuk liabiliti deposit koperasi berdaftar itu;
(m) membuat apa-apa perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi, atau skim, dengan mana-mana pendeposit, pemiutang, pelanggan, atau orang yang mempunyai apa- apa urusan atau transaksi yang sah dengan koperasi
Koperasi 59
berdaftar itu yang apa-apa hak mana-mana orang tersebut, atau apa-apa liabiliti koperasi berdaftar itu kepada mana- mana orang tersebut, dijadikan tertakluk kepada perkiraan, perjanjian, komposisi, kompromi atau skim yang dibuat oleh pelikuidasi itu;
(n) mengambil kerja mana-mana orang sebagai pekerja koperasi berdaftar itu, atau menamatkan pekerjaan mana-mana pekerja koperasi berdaftar itu, mengikut terma kontrak perkhidmatan atau mengambil apa-apa tindakan termasuk tindakan tatatertib dan hukuman, sebagaimana yang didapatinya perlu, sesuai atau suai manfaat berkenaan dengan pengambilan kerja atau penamatan kerja itu;
(o) menjalankan perniagaan koperasi berdaftar itu setakat yang perlu bagi menggulungnya dengan lebih bermanfaat; dan
(p) mengaturkan pembahagian aset koperasi berdaftar itu mengikut cara yang memudahkan apabila suatu skim pembahagian telah diluluskan oleh Ketua Pendaftar.
(2) Walau apa pun perenggan (1)(o), pelikuidasi suatu koperasi kredit tidak berhak memberikan apa-apa pinjaman.
(3) Seseorang pelikuidasi boleh merujukkan apa-apa pertikaian kepada Ketua Pendaftar, dan berhubung dengan pertikaian sedemikian seksyen 82 hendaklah terpakai seolah-olah pertikaian itu ialah suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan suatu koperasi berdaftar.
(4) Seseorang pelikuidasi hendaklah mendepositkan wang dan aset lain suatu koperasi yang dibubarkan yang dipungut olehnya atau yang masuk ke dalam miliknya sebagai pelikuidasi, mengikut cara dan di tempat yang ditentukan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa.
(5) Seseorang pelikuidasi hendaklah, tiap-tiap tiga bulan atau pada lat tempoh yang kurang daripada itu sebagaimana yang diperintahkan oleh Ketua Pendaftar, mengemukakan kepada Ketua Pendaftar, suatu laporan yang menyatakan kemajuan yang dicapai dalam menggulung hal ehwal koperasi itu, dan hendaklah, apabila selesai prosiding pelikuidasian itu, mengemukakan suatu laporan muktamad dan menyerahkan kepada Ketua Pendaftar segala buku, daftar dan akaun kepunyaan koperasi itu dan segala buku dan akaun yang disimpan olehnya yang berhubungan dengan prosiding itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50260
(6) Mana-mana pelikuidasi yang dilantik di bawah Akta ini hendaklah, setakat yang kuasa itu perlu bagi melaksanakan maksud seksyen ini, mempunyai kuasa untuk memanggil dan memaksa kehadiran pihak dan saksi dan untuk memaksa pengemukaan dokumen dengan cara yang sama dan (setakat yang boleh) mengikut cara yang sama sebagaimana yang diperuntukkan dalam hal Mahkamah Sesyen.
(7) Jika Ketua Pendaftar telah, menurut subseksyen (4), menentukan bahawa wang suatu koperasi yang dibubarkan hendaklah diremitkan kepadanya, wang itu hendaklah dipegang olehnya dalam suatu Akaun Amanah yang hendaklah dikenali sebagai Akaun Pelikuidasian Koperasi sementara menanti pembahagiannya kepada benefisiari mengikut suatu skim yang memerlukan kelulusannya.
(8) Wang yang dipegang dalam Akaun Pelikuidasian Koperasi boleh didepositkan atau dilaburkan mengikut Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] dan pendapatan bersih daripada deposit atau pelaburan sedemikian hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Pusat Koperasi yang hendaklah dipegang dan ditadbirkan oleh Ketua Pendaftar mengikut peraturan-peraturan.
Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengawal pelikuidasian
76. Ketua Pendaftar boleh, berkenaan dengan koperasi yang disebut dalam seksyen 74—
(a) membatalkan atau mengubah apa-apa perintah yang dibuat oleh seseorang pelikuidasi dan membuat apa-apa jua perintah baru yang diperlukan;
(b) memecat seseorang pelikuidasi daripada jawatan;
(c) meminta segala buku, dokumen dan aset koperasi itu;
(d) dengan perintah secara bertulis mengehadkan kuasa seseorang pelikuidasi di bawah seksyen 75;
(e) menghendaki supaya akaun diberikan kepadanya oleh pelikuidasi;
(f) mendapatkan pengauditan akaun pelikuidasi dan memberikan kuasa pembahagian aset koperasi itu; dan
(g) membuat perintah bagi saraan pelikuidasi itu, dan saraan itu hendaklah dimasukkan ke dalam kos pelikuidasian dan hendaklah kena dibayar daripada aset dengan diberikan keutamaan daripada segala tuntutan lain.
Koperasi 61
Penguatkuasaan perintah
77. Sesuatu perintah yang dibuat oleh pelikuidasi atau oleh Ketua Pendaftar di bawah seksyen 75 atau 76 hendaklah dikuatkuasakan oleh mana-mana Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama sebagaimana penghakiman Mahkamah itu.
Had bagi bidang kuasa mahkamah sivil
78. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata dalam seksyen 77, tiada mahkamah sivil boleh mempunyai apa-apa bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan pembubaran suatu koperasi berdaftar di bawah Akta ini, dan tiada rayuan boleh dibuat kepada mana-mana mahkamah sivil terhadap apa-apa perintah pelikuidasi.
Keutamaan pembayaran oleh pelikuidasi
79. (1) Dalam pelikuidasian suatu koperasi yang pendaftarannya telah dibatalkan, wang koperasi itu, termasuk wang dalam Akaun Rizab, hendaklah digunakan pertamanya untuk kos pelikuidasian, kemudian untuk menunaikan liabiliti koperasi itu, kemudian untuk membayar modal syer atau yuran dan kemudian, jika undang- undang kecil koperasi itu membenarkannya, untuk membayar dividen pada kadar yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan bagi apa- apa tempoh yang baginya tiada dividen dibayar.
(2) Keutamaan pembayaran hutang tidak bercagar suatu koperasi dalam pelikuidasian sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah bertaraf menurut susunan berikut:
(a) pertamanya, kos pelikuidasian, termasuk saraan pelikuidasi sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 76(g);
(b) keduanya, segala amaun yang kena dibayar kepada Kerajaan Malaysia bagi pinjaman atau pendahuluan tidak bercagar dan segala amaun yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(c) ketiganya, segala liabiliti deposit koperasi itu;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50262
(d) keempatnya, segala upah atau gaji (sama ada atau tidak diperoleh sepenuhnya atau sebahagiannya melalui komisyen) termasuk apa-apa amaun yang kena dibayar sebagai elaun atau pembayaran ganti di bawah apa-apa kontrak pekerjaan atau award atau perjanjian yang menentukan syarat-syarat kerja mana-mana pekerja koperasi itu, tetapi tidak termasuk apa-apa faedah penamatan atau persaraan yang kena dibayar atas pemberhentian pekerjaan atas apa-apa sebab;
(e) kelimanya, segala amaun yang kena dibayar berkenaan dengan pampasan pekerja di bawah mana-mana undang- undang bertulis yang berhubungan dengan pampasan pekerja berhubung dengan kecederaan fizikal kepada seseorang pekerja yang diambil kerja oleh koperasi itu;
(f) keenamnya, segala wang yang kena dibayar kepada mana- mana orang, sama ada berkenaan dengan saraan atau pampasan, berhubung dengan kematian mana-mana pekerja koperasi itu;
(g) ketujuhnya, segala bayaran yang kena dibayar kepada mana-mana pihak berkuasa awam di bawah mana-mana undang-undang bertulis sebagai cukai atau selainnya;
(h) kelapannya, segala hutang lain koperasi itu yang kena dibayar kepada mana-mana pemiutang tidak bercagar.
(3) Jika pelikuidasian sesuatu koperasi telah selesai dan mana- mana orang tidak menuntut atau menerima apa yang sepatutnya diterimanya di bawah skim pembahagian, notis tentang selesainya pelikuidasian itu hendaklah disiarkan dalam Warta, dan segala tuntutan terhadap wang koperasi berdaftar yang dilikuidasikan itu hendaklah terhalang apabila luput tempoh dua tahun dari tarikh penyiaran notis itu dalam Warta.
(4) Apa-apa baki wang yang tinggal selepas tamat tempoh dua tahun yang disebutkan dalam subseksyen (3) hendaklah dikreditkan ke dalam Kumpulan Wang Pusat Koperasi.
Kuasa Ketua Pendaftar untuk surcaj pegawai, dsb. koperasi berdaftar
80. (1) Jika, semasa penggulungan suatu koperasi berdaftar atau berikutan suatu pengauditan di bawah seksyen 60 atau suatu pemeriksaan di bawah seksyen 64 atau 68 atau suatu siasatan di
Koperasi 63
bawah seksyen 66, didapati bahawa mana-mana orang yang telah mengambil bahagian dalam penyelenggaraan atau pengurusan koperasi itu atau mana-mana pegawai, ejen, pekhidmat atau anggota sekarang atau lalu bagi koperasi itu telah menyalahgunakan atau menyimpan atau menjadi bertanggungan atau bertanggungjawab bagi apa-apa wang atau harta koperasi itu atau telah melakukan misfeasans atau pecah amanah berhubung dengan koperasi itu, maka Ketua Pendaftar boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan pelikuidasi atau mana-mana pemiutang atau penyumbang, memeriksa kelakuan orang itu dan membuat perintah yang menghendakinya membayar atau memulangkan wang atau harta atau mana-mana bahagiannya dengan bunga pada kadar yang difikirkan adil oleh Ketua Pendaftar atau menyumbangkan sejumlah wang kepada aset koperasi itu sebagai pampasan berkenaan dengan penyalahgunaan, penyimpanan, ketidakjujuran atau pecah amanah itu sebagaimana yang difikirkan adil oleh Ketua Pendaftar.
(2) Sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama sebagaimana sesuatu penghakiman Mahkamah itu.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai walaupun perbuatan yang disebutkan dalam subseksyen (1) itu ialah perbuatan yang baginya pesalah itu mungkin bertanggungjawab secara jenayah.
Rayuan terhadap perintah Ketua Pendaftar
81. Mana-mana orang yang terkilan dengan apa-apa perintah Ketua Pendaftar yang dibuat di bawah seksyen 71B atau 80 boleh merayu kepada Menteri dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh perintah itu dan keputusan Menteri hendaklah muktamad dan konklusif.
Penyelesaian pertikaian
82. (1) Jika pertikaian yang menyentuh penubuhan, undang-undang kecil, pemilihan pegawai, perjalanan mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan suatu koperasi berdaftar berbangkit—
(a) di kalangan anggota, bekas anggota dan orang yang menuntut melalui anggota, bekas anggota dan anggota yang mati;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50264
(b) antara seseorang anggota, bekas anggota, atau orang yang menuntut melalui seseorang anggota, bekas anggota atau anggota yang mati dengan koperasi itu, Lembaganya, atau mana-mana pegawai koperasi itu;
(c) antara koperasi itu atau Lembaganya dengan mana-mana pegawai koperasi itu; atau
(d) antara koperasi itu dengan mana-mana koperasi berdaftar lain,
pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar bagi keputusannya.
(2) Suatu tuntutan oleh sesuatu koperasi berdaftar bagi apa-apa hutang atau tuntutan yang kena dibayar kepada koperasi itu oleh seseorang anggota, bekas anggota atau penama, waris atau wakil di sisi undang-undang seseorang anggota yang mati, hendaklah disifatkan suatu pertikaian yang menyentuh perniagaan koperasi itu mengikut pengertian subseksyen (1).
(3) Ketua Pendaftar boleh, apabila diterimanya rujukan di bawah subseksyen (1)—
(a) memutuskan sendiri pertikaian itu;
(b) merujukkannya kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi diselesaikan; atau
(c) menghendaki pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah.
(4) Mana-mana pihak yang terkilan dengan award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara boleh merayu terhadap award itu kepada Ketua Pendaftar dalam masa dua bulan dari tarikh award itu dan mengikut cara yang ditetapkan dalam peraturan- peraturan.
(5) Keputusan Ketua Pendaftar adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil.
(6) Award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara di bawah subseksyen (3), jika tiada rayuan dikemukakan kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (4) atau jika rayuan itu ditarik balik atau tidak diteruskan, adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah sivil.
(7) Keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang, menurut kuasa subseksyen (5) dan (6), adalah muktamad hendaklah dikuatkuasakan oleh Mahkamah
Koperasi 65
Sesyen yang mempunyai bidang kuasa bagi tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu mengikut cara yang sama seolah- olah keputusan atau award itu ialah suatu penghakiman Mahkamah Sesyen itu.
(8) Mana-mana pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah tentang apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepadanya di bawah perenggan (3)(c) boleh merayu terhadap keputusan itu mengikut peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.
Tribunal
83. (1) Menteri boleh, atas syor Ketua Pendaftar, menubuhkan suatu tribunal untuk melaksanakan fungsi yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
(2) Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mendengar dan menentukan apa-apa pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2) yang dirujukkan kepadanya di bawah seksyen ini.
(3) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud membolehkan tribunal menjalankan fungsinya, dan khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi penubuhan, pegawai dan prosiding tribunal itu.
(4) Setelah suatu tribunal ditubuhkan di bawah subseksyen (1), segala pertikaian mengikut pengertian subseksyen 82(1) dan (2)—
(a) yang berbangkit selepas penubuhan itu; atau
(b) yang, sebelum penubuhan itu, telah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(1) tetapi yang berkenaan dengannya—
(i) tiada langkah telah diambil atau tiada prosiding telah dimulakan oleh Ketua Pendaftar bagi penyelesaiannya di bawah perenggan 82(3)(a); atau
(ii) tiada keputusan telah dibuat oleh Ketua Pendaftar untuk merujukkan pertikaian itu kepada seseorang penimbang tara atau penimbang-penimbang tara bagi penyelesaian di bawah perenggan 82(3)(b) atau untuk
Undang-Undang Malaysia AKTA 50266
menghendaki pihak yang berkaitan merujukkan pertikaian itu kepada mahkamah di bawah perenggan 82(3)(c),
hendaklah dirujukkan kepada tribunal itu.
(5) Suatu tribunal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh—
(a) mengambil dan menerima segala keterangan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa semua orang sebagai saksi sebagaimana tribunal memikirkan perlu untuk mengambil atau memeriksa;
(b) menghendaki keterangan mana-mana saksi dibuat atas sumpah atau ikrar (dan boleh bagi maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar) atau melalui akuan berkanun;
(c) memanggil mana-mana orang untuk menghadiri mana- mana mesyuarat tribunal untuk memberi keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang dalam miliknya dan memeriksanya sebagai seorang saksi atau menghendakinya untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya;
(d) mendengar dan menentukan pertikaian yang dirujukkan kepadanya walaupun tanpa kehadiran mana-mana pihak kepada pertikaian itu yang kepadanya telah diserahkan suatu saman atau notis untuk hadir;
(e) walau apa pun undang-undang bertulis yang berhubungan dengan keterangan, menerima apa-apa keterangan, sama ada bertulis atau lisan, yang mungkin tidak boleh diterima dalam prosiding sivil atau jenayah; dan
(f) menjalankan prosiding atau sebahagian daripadanya secara tertutup.
(6) Award sesuatu tribunal hendaklah mengikat pihak-pihak.
(6A) Jika suatu award telah dibuat oleh suatu tribunal, Setiausaha tribunal itu hendaklah atas permohonan pihak yang hendak menguatkuasakan award itu menghantar, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permohonan itu satu salinan yang diperakui award itu kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat terletaknya pejabat berdaftar koperasi itu atau di
Koperasi 67
tempat award itu dibuat dan Pendaftar itu hendaklah menyebabkan award itu direkodkan dan award itu hendaklah selepas itu bagi segala maksud boleh dikuatkuasakan sebagai penghakiman Mahkamah Sesyen itu, mengikut apa-apa kaedah mahkamah yang terpakai atau, sekiranya tiada kaedah sedemikian, mengikut apa- apa cara sebagaimana yang disifatkan adil atau suai manfaat oleh Mahkamah Sesyen itu.
(6B) Walau apa pun tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan (1)(a) Aturan 31 kaedah 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980 [P.U. (A) 328/1980], tempoh yang dinyatakan dalam subperenggan itu hendaklah, berhubung dengan award yang dibuat sebelum subseksyen (6A) mula berkuat kuasa, disifatkan bermula dari tarikh permulaan kuat kuasa subseksyen itu.
(6C) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan apa-apa award yang dibuat oleh tribunal.
(7) Mana-mana pihak yang terkilan dengan award tribunal boleh merayu terhadap award itu kepada Mahkamah Tinggi mengikut peruntukan kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai baginya.
(8) Walaupun suatu tribunal telah ditubuhkan di bawah subseksyen (1), Ketua Pendaftar yang di hadapannya terdapat pertikaian yang belum diselesaikan di bawah perenggan 82(3)(a) atau mana-mana penimbang tara atau penimbang-penimbang tara yang kepadanya suatu pertikaian telah dirujukkan di bawah perenggan 82(3)(b) hendaklah terus menguruskan pertikaian itu di bawah perenggan tersebut, dan subseksyen 82(4), (6) dan (7) hendaklah terus terpakai bagi keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(9) Subseksyen 82(3), (4), (5), (6), (7) dan (8) tidak terpakai bagi apa-apa pertikaian yang dirujukkan kepada tribunal di bawah seksyen ini.
(10) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai keputusan Ketua Pendaftar atau award penimbang tara atau penimbang-penimbang tara hendaklah, berkenaan dengan pertikaian yang diputuskan oleh tribunal di bawah seksyen ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai award tribunal itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50268
Pengemukaan kes tentang persoalan undang-undang
84. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen 82, Ketua Pendaftar, pada bila-bila masa dalam membuat keputusan di bawah Akta ini, atau Menteri pada bila-bila masa apabila suatu rayuan dikemukakan kepadanya terhadap apa-apa keputusan Ketua Pendaftar di bawah Akta ini, boleh merujukkan apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit daripada keputusan sedemikian bagi mendapatkan pendapat Mahkamah Tinggi.
(2) Mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi, sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Hakim Negara, boleh menimbangkan dan memutuskan apa-apa persoalan undang-undang yang dirujukkan kepada Mahkamah Tinggi itu di bawah subseksyen (1), dan pendapat yang diberikan tentang persoalan itu adalah muktamad dan konklusif.
BAHAGIAN IX
PELBAGAI
Pergabungan, pemindahan dan pembahagian sukarela
85. Suatu koperasi berdaftar boleh—
(a) bergabung dengan suatu koperasi berdaftar yang lain atau koperasi berdaftar yang lain untuk membentuk satu koperasi tunggal;
(b) memindahkan aset dan liabilitinya kepada suatu koperasi berdaftar yang lain; atau
(c) membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih,
mengikut peraturan-peraturan.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
86. (1) Menteri boleh membuat segala peraturan yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuat kuasa kepada prinsip dan peruntukan Akta ini.
Koperasi 69
(2) Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh—
(a) menetapkan borang yang hendaklah digunakan dan syarat- syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon supaya suatu koperasi didaftarkan dan tatacara dalam hal permohonan itu;
(b) menetapkan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi oleh suatu koperasi berdaftar yang memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan;
(c) menetapkan perkara yang berkenaan dengannya suatu koperasi berdaftar boleh atau hendaklah membuat undang- undang kecil dan bagi tatacara yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan membatalkan undang- undang kecil itu, dan syarat-syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pemindaan atau penghapusan sedemikian;
(d) menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pelantikan dan tempoh jawatan anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar;
(e) menetapkan cara bagaimana suatu aktiviti tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi berdaftar;
(f) menetapkan maksud yang baginya simpanan khas boleh digunakan;
(g) menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pergabungan dan pembahagian koperasi berdaftar dan pemindahan aset dan liabiliti koperasi berdaftar, termasuk peletakhakan aset dan liabiltti—
(i) koperasi yang bergabung pada koperasi gabungan itu;
(ii) suatu koperasi berdaftar pada koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian;
(iii) suatu koperasi berdaftar pada suatu koperasi berdaftar lain menurut sesuatu pemindahan,
pendaftaran koperasi gabungan, koperasi baru dan pemindahan itu, dan pembatalan pendaftaran, dalam hal pergabungan, koperasi yang bergabung, dalam hal pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan;
Undang-Undang Malaysia AKTA 50270
(h) menetapkan maksud yang baginya wang dalam Akaun Rizab, selain yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan;
(i) menetapkan kadar maksimum dividen atas modal syer atau modal yuran yang boleh dibayar oleh koperasi berdaftar;
(j) menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan;
(k) tertakluk kepada peruntukan nyata dalam Akta ini, menentukan dalam hal yang bagaimana rayuan boleh dibuat terhadap perintah Ketua Pendaftar dan menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan menyelesaikan rayuan sedemikian;
(l) menetapkan kaedah melantik penimbang tara atau penimbang-penimbang tara dan tatacara yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Ketua Pendaftar atau penimbang tara atau penimbang-penimbang tara sedemikian;
(m) menetapkan tatacara yang hendaklah diikuti oleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan kes yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi sedemikian;
(n) menetapkan borang yang hendaklah digunakan, fi yang hendaklah dibayar, tatacara yang hendaklah diikuti dan segala perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan penyelesaian rayuan di bawah Akta ini atau peraturan- peraturan;
(o) membuat peruntukan bagi pemeriksaan dokumen dan daftar di pejabat Ketua Pendaftar dan fi yang hendaklah dibayar baginya dan bagi pengeluaran salinan dokumen atau daftar sedemikian;
(p) membuat peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan;
(q) membuat peruntukan bagi pelaksanaan yang lebih baik akan Akta ini dan khususnya peruntukan yang berhubungan dengan seksyen 71A, 71B dan 71C;
Koperasi 71
(r) menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dipegang, ditadbirkan dan digunakan.
(3) Tanpa menjejaskan peruntukan subseksyen (1) dan (2), Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawal selia aktiviti, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran yang lebih baik, koperasi berdaftar yang menjalankan perniagaan pembiayaan atau perniagaan insurans.
Pengecualian
87. Menteri boleh, apabila berpuas hati bahawa adalah wajar berbuat demikian demi kepentingan perkembangan koperasi berdaftar pada amnya atau suatu koperasi berdaftar tertentu atau sesuatu golongan koperasi berdaftar tertentu, melalui perintah am atau khas, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar, daripada mana-mana peruntukan Akta ini, atau mengarahkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi mana- mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar dari tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Mendapatkan jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan
88. (1) Segala jumlah wang yang kena dibayar oleh suatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau anggota atau bekas anggota suatu koperasi berdaftar, yang demikian kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri boleh didapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan itu.
(2) Jumlah wang yang kena dibayar oleh suatu koperasi berdaftar kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dan boleh didapatkan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan—
(a) pertamanya, daripada harta koperasi itu;
(b) keduanya, dalam hal koperasi berdaftar yang liabiliti anggota adalah terhad, daripada anggota tertakluk kepada had liabiliti mereka; dan
(c) ketiganya, dalam hal koperasi lain, daripada anggotanya.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50272
Larangan penggunaan perkataan “koperasi”
89. (1) Tiada seorang pun, selain suatu koperasi berdaftar, boleh berdagang atau menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran yang mengandungi sebagai sebahagian daripada nama atau gelaran itu, perkataan “koperasi” atau perkataan yang seerti dengannya dalam apa-apa bahasa lain.
(2) Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Ketidakpakaian undang-undang tertentu
90. Peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan kesatuan sekerja, persatuan, pertubuhan dan syarikat tidak terpakai bagi koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
Kesalahan am
91. (1) Menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika—
(a) suatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau memberikan maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini oleh Menteri, Ketua Pendaftar atau seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh Menteri atau Ketua Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b) suatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu membuat penyata palsu atau memberikan maklumat palsu;
(c) seseorang, tanpa alasan yang munasabah mengingkari apa-apa saman atau rekuisisi atau apa-apa perintah bertulis yang sah yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta ini atau tidak memberikan maklumat yang dikehendaki dengan sah daripadanya oleh seseorang yang diberi kuasa untuk berbuat demikian di bawah peruntukan Akta ini;
Koperasi 73
(d) suatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu melakukan apa-apa perbuatan, yang memerlukan persetujuan atau kelulusan Ketua Pendaftar atau mesyuarat agung, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan atau kelulusan yang sedemikian;
(e) suatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau anggota Jawatankuasa Audit Dalaman atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau benda yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini supaya dibuat;
(f) seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman suatu koperasi berdaftar atau seseorang juruaudit membuat laporan palsu di bawah subseksyen 49(2) atau seksyen 63, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(g) suatu koperasi berdaftar atau mana-mana orang yang melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa tindakan atau perkata yang dilarang oleh, atau tidak mematuhi kehendak Akta ini.
(2) Tiap-tiap koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggota suatu koperasi berdaftar, atau orang lain, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bagaimana dan bila prosiding diambil
92. Ketua Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya, dalam mana-mana mahkamah, mendakwa mana-mana kes berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.
Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengkompaun kesalahan
93. (1) Ketua Pendaftar boleh, dalam suatu kes jika difikirkannya patut dan sesuai berbuat demikian, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dengan membuat tawaran
Undang-Undang Malaysia AKTA 50274
bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pendaftar, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, apa-apa jumlah wang yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan) yang boleh dikenakan atas orang itu sekiranya dia telah disabitkan.
(2) Suatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa pelanjutan masa itu yang diberikan oleh Ketua Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
BAHAGIAN X
PEMANSUHAN, KECUALIAN DAN PERALIHAN
Takrif
94. Dalam Bahagian ini, “undang-undang termansuh” ertinya undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 95.
Pemansuhan dan kecualian
95. (1) Akta dan Ordinan yang berikut dimansuhkan:
(a) Akta Koperasi 1948 [Akta 287];
(b) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) [Sabah Ord. No. 3 tahun 1958]; dan
(c) Ordinan Koperasi (Sarawak) [Sarawak Cap. 66].
Koperasi 75
(2) Pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3A Akta Koperasi 1948 dengan nama “Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia” hendaklah terus wujud sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen 3.
(3) Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana daftar yang disimpan atau disenggarakan atau mana-mana kumpulan wang yang dipegang dan ditadbirkan menurut undang-undang termansuh hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar atau kumpulan wang yang bersamaan di bawah Akta ini.
(4) Walau apa pun subseksyen (3)—
(a) Kumpulan Wang Audit dan Penyeliaan yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah dan Kaedah- Kaedah Koperasi Sarawak hendaklah terus dipegang dan ditadbirkan oleh Pendaftar yang bertanggungjawab bagi koperasi berdaftar di Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah digunakan bagi maksud yang diperuntukkan di bawah Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) [Sabah P.W.S. 3 tahun 1958] atau Ordinan Koperasi (Sarawak) [Sarawak P.W.S. 1 tahun 1949] yang termansuh,mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali bahawa tiada sumbangan baru kepada Kumpulan Wang itu boleh dilevi; dan
(b) wang yang didepositkan dengan sesuatu bank atau koperasi berdaftar oleh Pendaftar di bawah peruntukan subseksyen 46(3) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana- mana berkenaan, hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini, dipindahkan kepada Akaun Pelikuidasian Koperasi yang dipegang oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 75(7).
(5) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana Kumpulan Wang yang tersebut dalam perenggan (4)(a) boleh dipegang dan ditadbirkan dan, apabila Kumpulan Wang itu menjadi berkurangan, bagi pembubarannya dan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Kedudukan pendaftaran dan undang-undang kecil koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang termansuh
96. (1) Suatu koperasi yang sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa, berdaftar atau disifatkan berdaftar di bawah peruntukan undang-undang termansuh hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia AKTA 50276
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), koperasi yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang termansuh hendaklah, tidak lewat daripada dua tahun selepas Akta ini mula berkuat kuasa, meminda undang-undang kecilnya untuk menjadikannya selaras dengan peruntukan Akta ini.
(3) Subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana undang- undang kecil yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang termansuh yang di bawahnya orang individu serta juga koperasi berdaftar, atau yang di bawahnya koperasi berdaftar yang berlainan jenis, boleh menjadi anggota koperasi itu atau yang memperuntukkan bahawa koperasi itu ialah koperasi dengan liabiliti tidak terhad, jika undang-undang kecil itu selaras dengan peruntukan undang- undang termansuh yang di bawahnya undang-undang kecil itu dibuat.
Koperasi 77
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 502
AKTA KOPERASI 1993
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A928 Akta Koperasi (Pindaan) 1995 10-11-1995
Akta A963 Akta Koperasi (Pindaan) 1996 13-09-1996
Akta A1128 Akta Koperasi (Pindaan) 2001 28-09-2001
Undang-Undang Malaysia AKTA 50278
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 502
AKTA KOPERASI 1993
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
3 Akta A928 10-11-1995 Akta A963 13-09-1996
18A Akta A928 10-11-1995
54 Akta A963 13-09-1996
57 Akta A963 13-09-1996
59 Akta A928 10-11-1995
71A-71C Akta A928 10-11-1995
73 Akta A928 10-11-1995
74 Akta A928 10-11-1995
81 Akta A928 10-11-1995
83 Akta A1128 28-09-2001
86 Akta A928 10-11-1995 Akta A963 13-09-1996
91 Akta A928 10-11-1995