Advanced Search

Gas Supply Act 1993


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959900/gas-supply-act-1993-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
Bekalan Gas 1
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 501
AKTA beKALAN GAS 1993 Sebagaimana pada 1 Februari 2015
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2015
Undang-Undang Malaysia2 AktA 501
AKTA beKALAN GAS 1993
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … … ... ... 22 Januari 1993
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 4 Februari 1993
Kali terakhir dipinda melalui Akta A1126 yang mula berkuat kuasa pada ... ... ... ... ... ... ... 2 Januari 2002
Bekalan Gas 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 501
AKTA beKALAN GAS 1993
SUSUNAN SEKSYEN
Bahagian I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
2. Tafsiran
Bahagian II
PERJAWATAN
3. (Dipotong)
Bahagian III
FUNGSI DAN TUGAS SURUHANJAYA
4. Fungsi dan tugas
Bahagian IV
KUASA UNTUK MASUK, MENYIASAT DAN MENDAKWA
4a. Pegawai diberi kuasa
5. Kuasa untuk masuk dengan waran atau selainnya, memeriksa, meneliti, menyita, dsb.
Undang-Undang Malaysia4 AktA 501
6. Kuasa untuk menyiasat
7. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
8. Pemeriksaan orang yang mengetahui tentang kes
9. Pendakwaan
10. Hadiah untuk maklumat
Bahagian V
LESEN
11. Lesen dikehendaki bagi pembekalan gas: terma, syarat dan kandungan lesen
12. Cagaran, penggantungan atau pembatalan lesen
Bahagian VI
PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN PEMEGANG LESEN, PEMBEKALAN GAS, KEMASUKAN KE TANAH, DLL.
13. Kuasa untuk menetapkan tarif
14. Kewajipan untuk membekalkan gas apabila diminta
15. Kekecualian kepada kewajipan supaya membekalkan gas
16. Kuasa untuk mendapatkan kembali perbelanjaan
17. Kuasa pemegang lesen untuk menghendaki cagaran
17a. Pemulangan cagaran dengan faedah
18. Perjanjian khas berkenaan dengan bekalan
19. Caj bagi bekalan gas hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai
20. Pengurangan atau penghentian bekalan: liabiliti
21. Pemberhentian bekalan gas
22. Liabiliti tidak terjejas
23. Kuasa untuk memasuki dan meneliti tanah
24. Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan
Seksyen
Bekalan Gas 5
25. Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan talian paip atau pemasangan
26. Pengalihan atau pengubahan talian paip atau pemasangan
27. Perjanjian izin lalu
28. Pampasan
Bahagian VII
SIASATAN
29. Tatacara semasa siasatan
Bahagian VIII
KESALAHAN DAN PENALTI
30. Kesalahan
31. Penalti am
32. Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai disifatkan bersalah
33. Beban pembuktian
34. Pengkompaunan
Bahagian IX
AM
35. Orang kompeten
36. Kemalangan serius hendaklah dilaporkan
37. Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai diberi kuasa
38. Kuasa khas semasa darurat
Bahagian X
KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN
39. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Seksyen
Undang-Undang Malaysia6 AktA 501
Bahagian XI
PELBAGAI
40. Seksyen tertentu Akta tidak terpakai bagi kilang
41. Peruntukan yang bertentangan
42. Pengecualian
43. Peruntukan peralihan dan kecualian
Jadual Pertama
Jadual Kedua
Jadual Ketiga
Bekalan Gas 7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 501
AKTA beKALAN GAS 1993
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan pembekalan gas kepada pengguna melalui talian paip dan perkara yang berkaitan, pembekalan gas pada harga yang munasabah, kawalan talian paip, pemasangan dan perkakas bekalan gas berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengan keselamatan orang dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
[17 Julai 1997, P.U. (B) 278/1997]
MAKA INILAH DIPeRbUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Bekalan Gas 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
(2) Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana Negeri.
(3) Akta ini hendaklah terpakai bagi pembekalan gas kepada pengguna melalui talian paip—
(a) ke hilir dari bebibir penghujung stesen pintu kota; atau
(b) dari sambungan pengisian tangki atau silinder penstoran yang digunakan khusus bagi penyeliratan atau penghantaran gas ke mana-mana radas di mana-mana premis.
Undang-Undang Malaysia8 AktA 501
(4) Dalam subseksyen (3)—
“stesen pintu kota” ertinya suatu stesen yang mempunyai kemudahan pengukuran dan pengaturan tekanan gas di mana gas diterima terus dari talian paip penghantaran gas dan kemudiannya dihantar melalui sistem pengagihan talian paip gas bagi pembekalan gas kepada pengguna;
“talian paip penghantaran” ertinya talian paip yang mengangkut gas dari alur keluar loji pemprosesan atau pangkalan penerima gas ke alur masuk stesen pintu kota.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bahaya” ertinya bahaya kepada kesihatan atau kepada nyawa atau anggota badan manusia tanpa renjatan, luka terbakar, atau kecederaan lain dan termasuklah bahaya kepada harta, talian paip atau pemasangan akibat daripada penghantaran, pengagihan atau penggunaan gas;
“dengan curang” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Keseksaan [Akta 574];
“gas” ertinya metana, etana, propana, butana atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih gas yang disebut terdahulu sama ada dalam bentuk gas atau cecair;
“kawasan bekalan” ertinya kawasan yang di dalamnya pemegang lesen dibenarkan membekalkan gas;
“keselamatan” ertinya penghindaran bahaya kepada orang awam atau kepada harta;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 11;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan petroleum;
Bekalan Gas 9
“orang kompeten” ertinya orang yang memegang suatu perakuan kekompetenan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau apa-apa perakuan setara lain yang dikeluarkan oleh mana-mana badan kerajaan untuk melaksanakan kerja mengikut sekatan-sekatan, jika ada, yang dinyatakan dalam perakuan itu;
*“pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa secara bertulis oleh Menteri bagi maksud Akta ini;
“pembekalan gas” ertinya penghantaran, pengangkutan, pengagihan atau penyeliratan gas melalui talian paip;
“pemegang lesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 11;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], Ordinan Tanah Sabah [Sabah Bab 68] atau Kanun Tanah Sarawak [Sarawak Bab 81], mengikut mana-mana yang berkenaan;
*“Pengerusi” ertinya Pengerusi Suruhanjaya Tenaga yang dilantik oleh Menteri di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001 [Akta 610];
“pengguna” ertinya orang yang dibekali dengan gas atau yang premisnya pada masa ini tersambung bagi maksud pembekalan gas oleh pemegang lesen;
“Pentadbir Tanah Daerah” mempunyai erti yang diberikan kepada “Pentadbir Tanah” oleh seksyen 5 Kanun Tanah Negara, kepada “Pemungut” oleh seksyen 4 Ordinan Tanah Sabah dan kepada “Pengarah” oleh seksyen 2 Kanun Tanah Sarawak;
“pepasangan” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang terlibat dalam penghantaran, pengangkutan, pengagihan atau penggunaan gas melalui talian paip termasuk apa-apa mesin, kelengkapan, radas, pam, injap, unit pemampat, meter, pengatur, apa-apa perlengkapan yang dipasang pada talian paip dan apa-apa pemasangan lain;
*“Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001;
*CATATAN— lihat seksyen 27 Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2001 [Akta A1126].
Undang-Undang Malaysia10 AktA 501
“talian paip” ertinya semua bahagian kemudahan fizikal yang melaluinya gas bergerak semasa diangkut;
“tanah Kerajaan” tidak termasuk tanah rizab dan tanah beri milik;
“tanah rizab” ertinya tanah yang dirizabkan bagi suatu maksud awam, rizab keretapi dan hutan simpan.
Bahagian II
PERJAWATAN
3. (Dipotong oleh Akta A1126).
Bahagian III
FUNGSI DAN TUGAS SURUHANJAYA
Fungsi dan tugas
4. (1) Suruhanjaya hendaklah menjalankan fungsi dan tugas seperti yang berikut:
(a) memastikan bahawa pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah Akta ini untuk membekalkan gas melalui talian paip memenuhi segala permintaan yang munasabah bagi gas;
(b) tanpa menjejaskan keluasan perenggan (a), memastikan bahawa pemegang lesen itu dapat membiayai pemberian perkhidmatan pembekalan gas;
(c) melindungi kepentingan pengguna gas yang dibekalkan melalui talian paip berkenaan dengan—
(i) harga yang dikenakan dan terma lain bagi pembekalan;
(ii) keberterusan bekalan; dan
(iii) kualiti perkhidmatan pembekalan gas yang diberikan;
(d) mengawal selia komposisi, tekanan, ketulenan dan isipadu gas yang dibekalkan melalui talian paip;
Bekalan Gas 11
(e) meningkatkan kecekapan dan ekonomi pemegang lesen untuk membekalkan gas melalui talian paip dan pemakaian efisien gas yang dibekalkan melalui talian paip;
(f) melindungi orang awam daripada bahaya yang berbangkit daripada pengagihan gas melalui talian paip atau daripada pemakaian gas yang dibekalkan melalui talian paip;
(g) membolehkan orang bersaing secara berkesan dalam pembekalan gas melalui talian paip;
(h) menyiasat apa-apa kemalangan atau kebakaran yang melibatkan mana-mana talian paip atau pepasangan gas; dan
(i) menjalankan segala aktiviti lain sebagaimana yang didapati oleh Suruhanjaya adalah diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini.
(2) Fungsi dan tugas Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa dijalankan oleh mana-mana pegawai Suruhanjaya yang dilantik dengan sewajarnya secara bertulis oleh Suruhanjaya bagi maksud sedemikian.
(3) (Dipotong oleh Akta A1126).
Bahagian IV
KUASA UNTUK MASUK, MENYIASAT DAN MENDAKWA
Pegawai diberi kuasa
4A. Menteri boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai awam atau pegawai Suruhanjaya untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kuasa untuk masuk dengan waran atau selainnya, memeriksa, meneliti, menyita, dsb.
5. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud menunaikan mana-mana tugasnya atau menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, masuk pada bila-bila masa yang munasabah ke mana-mana tanah, rumah atau bangunan untuk memeriksa dan meneliti mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya atau apa-apa sebab yang sepatutnya yang lain.
Undang-Undang Malaysia12 AktA 501
(2) Dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) seseorang pegawai diberi kuasa boleh—
(a) mengambil sampel apa-apa gas dari premis yang dimasuki dan menghendaki penghuninya atau ejen atau pekhidmat penghuni itu yang ada di premis itu supaya menunjukkan kepadanya tiap-tiap tempat dan mana-mana talian paip, pepasangan, tangki atau silinder pestoran di premisnya;
(b) menguji atau menyebabkan diuji, di mana-mana tempat yang sesuai dan pada bila-bila masa yang munasabah yang ditetapkannya, apa-apa sampel yang diperolehnya sedemikian.
(3) Jika dalam pemeriksaan atau penelitian itu pegawai diberi kuasa itu mendapati apa-apa kecacatan yang dia ada sebab yang munasabah untuk percaya mungkin mendatangkan bahaya, dia boleh—
(a) dengan notis bertulis, menghendaki diperbetulkan kecacatan itu;
(b) menyebabkan bekalan gas itu dihentikan; atau
(c) mengalihkan atau mengelak mana-mana talian paip, pepasangan atau bahagiannya.
(4) Dalam tiap-tiap hal apabila maklumat diberikan dengan bersumpah kepada mana-mana Majistret bahawa ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa di dalam mana-mana tanah, rumah atau bangunan terdapat apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya yang telah digunakan atau dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengeluarkan suatu waran di bawah tandatangannya yang menurut kuasanya mana- mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan atau disebut dalam waran itu boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam, dan mencari dan menyita atau mengelak mana-mana artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya itu:
Dengan syarat bahawa jika pegawai diberi kuasa itu berpuas hati berdasarkan maklumat yang diterima bahawa dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa oleh sebab
Bekalan Gas 13
kelengahan dalam mendapatkan waran geledah apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya yang digunakan untuk melakukan atau yang dicadangkan hendak digunakan untuk melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya mungkin akan dialihkan atau dimusnahkan, dia boleh memasuki tanah, rumah atau bangunan itu tanpa waran dan menyita atau mengelak mana- mana artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya itu dari tanah, rumah atau bangunan itu:
Dengan syarat selanjutnya bahawa adalah menjadi kesalahan jika mana-mana orang, tanpa kebenaran yang sah, memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak itu atau mengalihkan mana- mana artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya itu atau cuba berbuat demikian.
(5) Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (4), jika perlu untuk berbuat demikian—
(a) memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam rumah kediaman atau mana-mana premis lain dan memasukinya;
(b) dengan menggunakan kekerasan memasuki tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c) dengan menggunakan kekerasan mengalihkan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya; dan
(d) menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat itu sehingga tempat itu telah digeledah.
(6) Pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa artikel, benda, buku, dokumen, talian paip, pepasangan atau bahagiannya di bawah subseksyen (4) hendaklah menyediakan suatu senarai benda yang disita dan dengan serta-merta, atau dengan seberapa segera yang praktik, menyerahkan satu salinan yang ditandatangani olehnya kepada penghuni, atau ejen atau pekhidmat penghuni itu yang berada di premis itu, dan jika premis itu tidak dihuni, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, di mana-mana mungkin, menampalkan suatu senarai benda yang disita itu di premis itu.
Undang-Undang Malaysia14 AktA 501
(7) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa membawa suatu kad pengenalan atau lencana rasmi dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, dan tiada seorang pun boleh diwajibkan supaya membenarkan masuk mana-mana orang yang berupa sebagai seorang pegawai diberi kuasa ke tanah, rumah atau bangunannya kecuali apabila kad pengenalan atau lencana itu dikemukakan.
Kuasa untuk menyiasat
6. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menyiasat pelakuan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(2) Mana-mana pegawai diberi kuasa boleh, berhubungan dengan mana-mana penyiasatan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, menjalankan kuasa khas berhubungan dengan penyiasatan polis kecuali bahawa kuasa untuk menangkap tanpa waran yang diberikan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] bagi mana-mana kesalahan boleh tangkap tidak boleh dijalankan olehnya.
(3) Apabila penyiasatannya selesai, pegawai diberi kuasa itu hendaklah dengan segera memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan perlakuan kesalahan itu kepada pegawai penjaga suatu balai polis dan seseorang pegawai polis boleh, dengan waran menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
7. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat sesuatu penyiasatan di bawah seksyen 6 boleh melalui perintah secara bertulis menghendaki mana-mana orang yang kelihatan pada pegawai diberi kuasa itu mengetahui hal keadaan kes itu supaya hadir di hadapannya, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
Bekalan Gas 15
(2) Jika mana-mana orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh perintah yang disebut terdahulu itu.
Pemeriksaan orang yang mengetahui tentang kes
8. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah seksyen 6 boleh mendapatkan maklumat daripada mana- mana orang yang dijangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.
(2) Orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang diajukan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa itu:
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung kearah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan.
(3) Seseorang yang membuat penyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan.
(4) Pegawai diberi kuasa yang mendapatkan maklumat daripada seseorang hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang subseksyen (2) dan (3).
(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa pernyataan itu dibuatnya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Undang-Undang Malaysia16 AktA 501
Pendakwaan
9. Tiada pendakwaan boleh dimulakan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kecuali oleh atau dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya.
Hadiah untuk maklumat
10. Dalam hal sesuatu sabitan yang melibatkan denda, mahkamah yang mengenakan denda itu boleh, atas permohonan pegawai yang menjalankan pendakwaan, mengarahkan supaya dibayar kepada orang yang memberikan maklumat yang membawa kepada sabitan itu apa-apa bahagian denda itu tetapi tidak melebihi setengah daripada denda itu mengikut apa-apa perkadaran yang difikirkan patut oleh mahkamah itu.
Bahagian V
LESEN
Lesen dikehendaki bagi pembekalan gas: terma, syarat dan kandungan lesen
11. (1) Tiada seorang pun boleh membekalkan gas melalui apa- apa talian paip melainkan jika orang itu dilesenkan di bawah Akta ini.
(2) Suruhanjaya, dengan kelulusan Menteri, boleh memberikan lesen bagi pembekalan gas melalui talian paip atas apa-apa syarat yang didapati perlu atau suai manfaat memandangkan tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 dan apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(3) Mana-mana orang yang memohon lesen hendaklah mengemukakan kepada Suruhanjaya, di mana-mana berkenaan, butir-butir yang berikut:
(a) kawasan pembekalan gas;
(b) pelan lokasi tapak yang menunjukkan lokasi yang dicadangkan bagi premis yang akan dipasang dengan talian paip gas dan kawasan sekitarnya;
Bekalan Gas 17
(c) susun atur perpaipan yang menunjukkan butir laluan talian paip termasuk lokasi apa-apa tangki atau silinder penstoran, sempadan tapak, dinding pesongan dan punca pencucuhan yang terdekat;
(d) spesifikasi teknik talian paip atau pepasangan itu;
(e) pemerakuan bagi talian paip atau pepasangan itu; dan
(f) apa-apa maklumat la in yang d iper lukan o leh Suruhanjaya.
(4) Tiada lesen boleh dipindahmilikkan, diserahhakkan, disublesenkan atau selainnnya dilupuskan melainkan jika keizinan bertulis Menteri telah diberikan.
(5) Tempoh lesen bolehlah sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam setiap kes.
(6) Apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh meliputi penentuan kawasan pembekalan oleh Suruhanjaya.
(7) Tertakluk kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, apa-apa lesen yang diberikan di bawah seksyen ini boleh membenarkan pemegang lesen meletakkan, menempatkan atau membawa di atas, di bawah atau melalui tanah Kerajaan, setakat dan mengikut cara yang dinyatakan dalam lesen itu, apa-apa talian paip dan pepasangan dan untuk menyenggara atau membina di dalam atau di atas tanah Kerajaan apa-apa kelengkapan lain yang pada pendapat Suruhanjaya adalah perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan tertakluk sentiasa kepada kelulusan Pihak Berkuasa Negeri, kebenaran tersebut boleh diberikan atau ditambah pada bila-bila masa dalam tempoh sah lesen itu dengan cara pengendorsan padanya di bawah meterai Suruhanjaya.
Cagaran, penggantungan atau pembatalan lesen
12. (1) Sebelum mengeluarkan apa-apa lesen, Suruhanjaya boleh menghendaki suatu cagaran, sama ada dalam bentuk tunai atau gerenti bank sebagaimana yang dinyatakan olehnya, yang hendaklah diberikan bagi pematuhan wajar terma dan syarat lesen. Amaun cagaran yang tersebut hendaklah berdasarkan kos pembinaan, kos operasi atau kedua-duanya, mengikut, mana-mana yang berkenaan, pemegang lesen, sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dan amaun itu boleh dikaji semula dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia18 AktA 501
(2) Sesuatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan oleh Suruhanjaya apabila berlaku pelanggaran mana- mana syarat lesen itu atau keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru dan kena dibayar di bawahnya, atau jika pemegang lesen terhenti mengerjakan atau mengendalikan talian paip atau pepasangan yang dia diberi kuasa untuk melakukannya di bawah lesen yang diberikan kepadanya:
Dengan syarat bahawa, jika sesuatu lesen telah digantung atau dibatalkan di bawah subseksyen ini pemegang lesen boleh, jika dia berpendapat bahawa dia telah menanggung atau mungkin akan menanggung kesusahan tidak wajar disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan keputusan Menteri mengenai rayuan itu adalah muktamad.
(3) Pemegang lesen tidaklah berhak mendapat pampasan bagi apa-apa kerugian hasil kepadanya yang disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan lesen di bawah seksyen ini.
(4) Apabila sesuatu lesen digantung, Suruhanjaya boleh—
(a) menghendaki pemegang lesen membetulkan apa-apa pelanggaran mana-mana syarat lesen itu atau membayar apa-apa wang yang terakru yang kena dibayar di bawahnya dalam sesuatu tempoh tertentu yang dinyatakan; dan/ atau
(b) demi kepentingan awam, memberi kuasa seorang lain meneruskan pengendalian talian paip atau pemasangan itu jika talian paip atau pepasangan itu atau mana-mana bahagiannya sudah beroperasi dalam tempoh penggantungan itu.
(5) Sekiranya Suruhanjaya berpuas hati bahawa pemegang lesen telah mematuhi kehendak di bawah perenggan (4)(a) penggantungan boleh ditarik balik dan pemegang lesen boleh dibenarkan meneruskan pembinaan atau pengendalian talian paip atau pepasangan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan. Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati, Suruhanjaya boleh membatalkan lesen itu.
(6) Apabila sesuatu lesen dibatalkan, Suruhanjaya boleh—
(a) menghendaki pemegang lesen, dalam suatu tempoh masa yang munasabah, mengalihkan talian paip atau pepasangan itu dengan pemegang lesen itu menanggung kosnya;
Bekalan Gas 19
(b) mengambil alih talian paip dan pepasangan itu atau sebahagian daripadanya dengan bayaran pampasan yang mencukupi kepada pemegang lesen itu dan melantik seorang pemegang lesen lain untuk menyiapkan pembinaan talian paip atau pepasangan itu atau membekalkan gas melalui talian paip atau pepasangan yang diambil alih itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
(c) memberi kuasa seorang pemegang lesen lain, dengan bayaran pampasan yang mencukupi, mengambil alih talian paip dan pepasangan itu atau sebahagian daripadanya dan menyiapkan pembinaannya atau membekalkan gas melalui talian paip atau pepasangan yang diambil alih itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(7) Jika sesuatu lesen dibatalkan di bawah seksyen ini cagaran hendaklah terlucut hak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
(8) Dalam subseksyen (1)—
“kos pengendalian” ertinya semua kos yang dihitung oleh Suruhanjaya sebagai kos mengendalikan pembekalan gas melalui mana-mana talian paip atau pepasangan, termasuk upah, kos bahan api, alat ganti, bayaran pekerja dan pelincir tetapi tidak termasuk kos modal atau pinjaman.
Bahagian VI
PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN PEMEGANG LESEN, PEMBEKALAN GAS, KEMASUKAN KE TANAH, DLL.
Kuasa untuk menetapkan tarif
13. (1) Seseorang pemegang lesen boleh, berhubungan dengan perkhidmatan pembekalan gas, mengenakan apa-apa tarif yang diluluskan secara bertulis oleh Menteri dari semasa ke semasa dengan mengambil kira apa-apa syarat dalam lesen itu yang berhubungan dengan pembekalan gas di kawasan dan dalam hal keadaan yang berlainan.
(2) Sesuatu cadangan tarif di bawah subseksyen (1) boleh termasuk—
(a) suatu caj tetap sebagai tambahan kepada caj bagi gas yang sebenarnya dibekalkan;
Undang-Undang Malaysia20 AktA 501
(b) suatu caj berkenaan dengan adanya bekalan gas dan caj sedemikian boleh berubah mengikut takat bekalan; dan
(c) suatu sewa atau caj lain berkenaan dengan apa-apa meter gas atau pepasangan yang diadakan oleh pemegang lesen.
(3) Sesuatu tarif yang diluluskan menurut subseksyen (1)—
(a) hendaklah dirangkakan sedemikian rupa oleh pemegang lesen supaya menunjukkan cara-cara bagaimana dan prinsip yang berdasarkannya tarif akan dibuat serta juga harga yang akan dikenakan; dan
(b) hendaklah disiarkan oleh pemegang lesen mengikut apa-apa cara yang akan memastikan publisiti yang mencukupi bagi tarif itu.
(4) Dalam menetapkan tarif menurut subseksyen (1) dan dalam membuat perjanjian bagi pembekalan gas di bawah subseksyen 18(1), seseorang pemegang lesen tidak boleh menunjukkan keutamaan atau diskriminasi tidak wajar di kalangan pengguna atau orang yang dalam keadaan yang sama memandangkan tempat dan masa pembekalan, kuantiti gas yang dibekalkan dan maksud yang baginya bekalan diambil.
(5) Dalam seksyen ini—
“caj tetap” ertinya caj tetap yang diluluskan oleh Suruhanjaya bagi pengadaan bekalan gas dan termasuk kos untuk menyenggara sistem.
Kewajipan untuk membekalkan gas apabila diminta
14. (1) Tertakluk kepada peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pemunya atau penghuni mana-mana premis yang terletak di dalam kawasan pembekalan gas—
(a) memberikan bekalan gas ke premis itu; dan
(b) mengadakan segala benda yang semunasabahnya perlu bagi maksud itu.
Bekalan Gas 21
(2) Jika mana-mana orang menghendaki bekalan gas di bawah subseksyen (1), dia hendaklah memberi pemegang lesen suatu notis yang menyatakan—
(a) premis yang berkenaan dengannya bekalan i tu dikehendaki;
(b) hari bekalan itu dikehendaki bermula;
(c) kuantiti yang dikehendaki pada bila-bila masa;
(d) tempoh minimum bekalan itu dikehendaki supaya diberikan; dan
(e) tekanan yang dikehendaki bagi bekalan itu.
(3) Jika seseorang pemegang lesen menerima daripada mana-mana orang suatu notis di bawah subseksyen (2) yang menghendakinya memberikan bekalan gas ke mana-mana premis dan—
(a) dia belum pernah sebelum ini memberikan bekalan gas ke premis itu;
(b) pemberian bekalan itu memerlukan pengadaan talian paip atau pepasangan lain; atau
(c) hal keadaan lain wujud yang menjadikan perlu atau suai manfaat dia berbuat demikian,
pemegang lesen itu hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas menerima notis itu, memberi orang itu suatu notis di bawah subseksyen (4).
(4) Sesuatu notis di bawah subseksyen ini hendaklah—
(a) menyatakan setakat mana cadangan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (2) dapat disetuju terima oleh pemegang lesen dan menyatakan apa-apa cadangan balas yang dibuat oleh pemegang lesen;
(b) menyatakan sama ada harga yang akan dikenakan oleh pemegang lesen akan ditentukan melalui suatu tarif di bawah seksyen 13 atau melalui suatu perjanjian khas di bawah subseksyen 18(1) dan menyatakan tarif itu atau terma yang dicadangkan bagi perjanjian itu;
(c) menyatakan apa-apa bayaran yang akan dikehendaki supaya dibuat oleh orang itu di bawah subseksyen 16(1); dan
Undang-Undang Malaysia22 AktA 501
(d) menyatakan apa-apa cagaran yang akan dikehendaki supaya diberikan oleh orang itu di bawah seksyen 17.
(5) Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 15 hingga 18 Bahagian ini—
(a) apa-apa sebutan mengenai pemberian bekalan gas termasuklah sebutan mengenai penerusan pemberian bekalan sedemikian; dan
(b) apa-apa sebutan mengenai menghendaki bekalan gas termasuklah sebutan mengenai terus menghendaki bekalan sedemikian.
Kekecualian kepada kewajipan supaya membekalkan gas
15. (1) Tiada apa-apa juga dalam subseksyen 14(1) boleh menghendaki seseorang pemegang lesen membekalkan gas ke mana-mana premis jika—
(a) pembekalan itu bercanggah dengan mana-mana undang- undang;
(b) di bawah perjanjian itu atau perjanjian khas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dia dikecualikan sedemikian;
(c) dia terhalang daripada berbuat demikian oleh kerosakan dan kegagalan mana-mana talian paip atau pepasangan yang di luar kawalannya, atau disebabkan oleh kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan, kekacauan industri di peringkat kebangsaan, darurat, rusuhan, kekacauan sivil atau peperangan, atau apa-apa peristiwa lain yang di luar kawalan pemegang lesen;
(d) bekalan gas memang sedang dibekalkan; atau
(e) Suruhanjaya berpendapat bahawa tidaklah munasabah, memandangkan semua hal keadaan, dia dikehendaki berbuat demikian.
(2) Tiada apa-apa jua dalam perjanjian yang disebut dalam perenggan (1)(b) boleh membuat peruntukan bagi apa-apa kecualian daripada kewajipan supaya membekalkan gas selain keadaan apabila dia dihalang daripada memberikan bekalan sedemikian oleh sebab kebakaran, banjir, tanah runtuh, letupan, kemalangan,
Bekalan Gas 23
kekacauan industri di peringkat kebangsaan, darurat, rusuhan, kekacauan sivil atau peperangan atau apa-apa peristiwa serupa itu yang lain yang di luar kawalan pemegang lesen dan yang secara langsung menyentuh atau akan menyentuh keupayaannya untuk membekalkan gas.
Kuasa untuk mendapatkan kembali perbelanjaan
16. (1) Jika ada apa-apa talian paip atau pepasangan diadakan oleh pemegang lesen menurut subseksyen 14(1), pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menghendaki apa-apa perbelanjaan yang semunasabahnya dilakukan oleh pemegang lesen dibayar oleh orang yang menghendaki bekalan gas setakat yang munasabah dengan mengambil kira hal keadaan.
(2) Perbelanjaan yang semunasabahnya dilakukan dalam mengadakan apa-apa talian paip atau pepasangan di bawah subseksyen (1) termasuklah nilai dipermodalkan bagi apa- apa perbelanjaan yang mungkin dilakukan sedemikian dalam menyenggarakannya, jika perbelanjaan itu tidak boleh didapatkan kembali oleh pemegang lesen sebagai sebahagian daripada tarif yang dikenakan olehnya bagi bekalan itu.
(3) Perbelanjaan yang dilakukan dalam mengadakan talian paip atau pepasangan dari alur keluar meter ke perpaipan dalaman di dalam premis hendaklah ditanggung oleh orang yang menghendaki bekalan itu.
Kuasa pemegang lesen untuk menghendaki cagaran
17. (1) Seseorang pemegang lesen boleh menghendaki mana-mana orang yang menghendaki bekalan gas menurut subseksyen 14(1) supaya memberinya cagaran yang munasabah bagi segala wang yang mungkin menjadi kena dibayar kepadanya—
(a) berkenaan dengan pembekalan gas; dan
(b) berkenaan dengan apa-apa kerja perlu yang dikehendaki dilakukan bagi pembekalan gas,
dan jika orang itu tidak memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, enggan memberikan bekalan atau mengadakan talian paip atau pepasangan sehinggalah cagaran diberikan.
Undang-Undang Malaysia24 AktA 501
(2) Jika orang itu belum memberikan cagaran dalam subseksyen (1) atau cagaran yang diberikan oleh orang itu menjadi tidak mencukupi, pemegang lesen boleh melalui notis menghendaki orang itu, dalam masa tujuh hari selepas penyampaian notis itu, memberinya cagaran yang munasabah bagi pembayaran semua wang yang kena dibayar kepadanya berkenaan dengan bekalan itu dan jika orang itu tidak memberikan cagaran sedemikian, pemegang lesen boleh, jika difikirkannya patut, memberhentikan bekalan sehinggalah cagaran diberikan.
Pemulangan cagaran dengan faedah
17A. Walau apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, seseorang pemegang lesen hendaklah membayar kepada seseorang tertakluk kepada syarat dan pada kadar yang ditetapkan, sejumlah wang yang bersamaan dengan bunga tahunan atas cagaran yang diberikan di bawah seksyen 17.
Perjanjian khas berkenaan dengan bekalan
18. (1) Seseorang yang menghendaki bekalan gas menurut seksyen 14 boleh membuat suatu perjanjian khas dengan pemegang lesen bagi bekalan itu atas apa-apa terma sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian itu.
(2) Mana-mana terma dalam perjanjian itu yang berhubungan dengan tarif hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya untuk maklumannya bagi maksud subseksyen 13(4).
(3) Jika apa-apa perjanjian yang dibuat menurut subseksyen (1) masih berkuat kuasa, seksyen 13 hingga 17 tidaklah terpakai:
Dengan syarat bahawa subseksyen 14(2) hendaklah, bagaimanapun, terpakai bagi maksud menyatakan hari bekalan gas itu dikehendaki bermula dan hari perjanjian itu terhenti berkuat kuasa.
Caj bagi bekalan gas hendaklah ditentukan melalui meter yang sesuai
19. (1) Jika seseorang pengguna akan dikenakan caj bagi bekalan gasnya sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya dengan merujuk kepada kuantiti gas yang dibekalkan, bekalan itu hendaklah diberikan menerusi, dan kuantiti gas hendaklah ditentukan melalui, meter yang sesuai.
Bekalan Gas 25
(2) Meter, yang hendaklah diadakan oleh pemegang lesen, sama ada dengan cara jualan, sewaan atau pinjaman, hendaklah daripada jenis yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau mana-mana badan Kerajaan yang lain yang relevan yang dilantik oleh Suruhanjaya bagi maksud itu.
(3) Meter hendaklah dipasang pada premis pengguna di suatu kedudukan yang hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen, melainkan jika dalam hal keadaan tertentu adalah lebih munasabah meter itu ditempatkan di luar premis itu atau di suatu kedudukan lain.
(4) Jika pengguna enggan atau tidak mendapatkan bekalan gasnya menerusi meter yang sesuai yang diadakan dan dipasang mengikut subseksyen (2) dan (3), pemegang lesen boleh enggan memberikan atau boleh memberhentikan bekalan.
Pengurangan atau penghentian bekalan: liabiliti
20. (1) Mana-mana pemegang lesen boleh menghentikan bekalan gas atau mengurangkan, sebagaimana yang difikirkannya patut, kuantiti bekalan gas yang dibekalkan kepada mana-mana pengguna di dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 15.
(2) Tanpa menjejaskan mana-mana perjanjian, jika kuantiti gas telah dikurangkan seperti yang disebut terdahulu—
(a) tiada liabiliti boleh ditanggung oleh pemegang lesen berkenaan dengan apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pengurangan itu; dan
(b) dalam hal yang sesuai, suatu potongan pada caj bagi pembekalan gas hendaklah dibuat berkadaran dengan pengurangan yang dibuat.
(3) Mana-mana pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apa- apa kerugian kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada mana-mana harta atau bagi apa-apa penghentian atau pengurangan bekalan gas—
(a) yang disebabkan secara langsung oleh apa-apa perbuatan cuai pada pihak pengguna termasuk apa-apa sambungan tanpa kebenaran apa-apa talian paip atau pepasangan; atau
Undang-Undang Malaysia26 AktA 501
(b) yang ditunjukkan telah diakibatkan oleh mana-mana peristiwa yang diperihalkan dalam seksyen 15.
(4) Pemegang lesen hendaklah bertanggungan bagi apa-apa kerugian kepada mana-mana orang atau apa-apa kerosakan kepada mana-mana harta atau kerana apa-apa penghentian atau pengurangan bekalan gas yang ditunjukkan telah diakibatkan oleh kecuaian pada pihak orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen, ejennya atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau diakibatkan oleh pembinaan tidak sempurna talian paip atau pepasangan itu oleh pemegang lesen itu.
(5) Tanpa menjejaskan subseksyen (4), pemegang lesen hendaklah membetulkan apa-apa kerosakan untuk memastikan keberterusan bekalan gas dalam tempoh masa yang munasabah dan membaiki apa-apa kerosakan dari alur keluar meter ke perpaipan dalaman di dalam premis pengguna jika ditunjukkan bahawa kerosakan itu telah diakibatkan oleh perbuatan cuai pemegang lesen, ejennya atau pekhidmatnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemberhentian bekalan gas
21. (1) Jika seseorang pemegang lesen mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa berkenaan dengan mana-mana premis suatu kesalahan di bawah subseksyen 30(5), 30(6), 30(7) atau 30(9) telah dilakukan, pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa sewajarnya oleh pemegang lesen itu boleh, apabila diberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam dalam apa-apa bentuk yang ditetapkan, memberhentikan bekalan gas ke premis itu.
(2) Apabila bekalan diberhentikan di bawah subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Suruhanjaya tentang pemberhentian itu.
(3) Apabila diterimanya maklumat di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya hendaklah dengan segera mengarahkan seorang pegawai diberi kuasa memeriksa premis itu dan secepat yang mungkin selepas pemeriksaan itu, Suruhanjaya hendaklah membentuk pendapat—
(a) bahawa suatu kesalahan telah dilakukan dan bahawa bekalan tidak boleh disambung semula sehingga penyiasatan selesai; atau
Bekalan Gas 27
(b) bahawa tiada kesalahan telah dilakukan dan bahawa bekalan gas hendaklah disambung semula dengan serta-merta dan dalam hal yang sedemikian pemegang lesen hendaklah membayar pampasan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang diakibatkan oleh pemberhentian bekalan itu.
(4) Jika Suruhanjaya itu membentuk suatu pendapat di bawah subseksyen (3) bahawa suatu kesalahan telah dilakukan, penyiasatan di bawah seksyen 5 dan 6 hendaklah dijalankan. Apabila selesai penyiasatan itu, jika penyiasatan itu menunjukkan bahawa tiada apa-apa kesalahan telah dilakukan, bekalan gas hendaklah disambung semula dengan serta-merta dan apa-apa kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pihak boleh dirujukkan kepada Suruhanjaya bagi pembayaran pampasan yang mencukupi menurut suatu siasatan yang diadakan di bawah seksyen 29.
(5) Jika suatu kesalahan telah dilakukan, pemegang lesen boleh menghendaki pengguna membayar kepadanya bagi apa-apa kerugian hasil yang disebabkan oleh kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen 30(5), 30(6), 30(7) atau 30(9) dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang lesen itu di bawah seksyen ini termasuk perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penyambungan semula bekalan gas.
(6) Suatu pernyataan bertulis oleh pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen itu yang menyatakan—
(a) amaun kerugian unit gas atau perbelanjaan yang dilakukan oleh pemegang lesen; dan
(b) orang yang bertanggungan bagi pembayarannya,
hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pembayaran yang kena dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (5).
(7) Amaun yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis itu atau yang diputuskan oleh Suruhanjaya hendaklah, dalam tempoh yang dinyatakan dalam pernyataan itu, menjadi genap masa dan kena dibayar kepada pemegang lesen dan jika tidak dibayar amaun itu boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.
Undang-Undang Malaysia28 AktA 501
Liabiliti tidak terjejas
22. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 20, tiada apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini boleh berkuat kuasa untuk melepaskan mana-mana pemegang lesen daripada apa-apa liabiliti sivil atau jenayah yang berbangkit di bawah Akta ini.
Kuasa untuk memasuki dan meneliti tanah
23. (1) Bilamana didapati oleh pemegang lesen bahawa akan menjadi perlu baginya menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini berkenaan dengan mana-mana tanah selain tanah Kerajaan bagi maksud membina apa-apa talian paip atau pepasangan atau sebahagian daripadanya, pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh, selepas memberikan notis tidak kurang daripada dua puluh empat jam kepada penghuni tanah itu, jika ada, memasuki tanah itu dan membuat pengukuran dan mengambil aras dan melakukan apa-apa perbuatan lain yang perlu untuk menentukan kesesuaian tanah itu, setakat yang mungkin tanpa meyebabkan kerosakan atau gangguan.
(2) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai membenarkan mana-mana orang memotong atau membuang apa-apa tumbuhan atau apa-apa pagar atau binaan lain atau memasuki mana-mana bangunan atau apa-apa kepungan yang dipasang pada mana-mana bangunan.
(3) Dalam hal tanah rizab, notis di bawah subseksyen (1) boleh diberikan kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada Pentadbir Tanah Daerah.
Kuasa untuk memasuki tanah bagi maksud pembinaan
24. (1) Tertakluk kepada apa yang diperuntukkan kemudian daripada ini, bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud memasang apa-apa talian paip atau pepasangan bagi pembekalan gas di bawah Akta ini, seseorang pemegang lesen boleh meletakkan, menempatkan atau membawa di, di dalam atau di atas mana-mana tanah, selain tanah Kerajaan, apa-apa talian paip atau pepasangan yang perlu atau patut bagi maksud lesen itu, dan boleh mengambil apa- apa tindakan lain yang perlu untuk menjadikan talian paip atau
Bekalan Gas 29
pepasangan itu selamat dan efisien, membayar pampasan penuh mengikut seksyen 28 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa gangguan, kerosakan atau ketidakupayaan yang mungkin disebabkan olehnya dan pampasan itu boleh termasuk bayaran tahunan bagi tanah yang digunakan bagi maksud talian paip atau pepasangan itu.
(2) Sebelum memasuki mana-mana tanah bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen (1), pemegang lesen hendaklah memberikan notis yang menyatakan, dengan sepenuh dan setepat mungkin, jenis dan takat perbuatan yang dicadangkan hendak dilakukan. Notis itu hendaklah pada matannya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama. Pentadbir Tanah Daerah hendaklah menyatakan tarikh Pihak Berkuasa Negeri akan menyiasat apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
(3) Notis yang disebut terdahulu hendaklah diberikan—
(a) dalam hal tanah beri milik, kepada pemunya atau penghuni;
(b) dalam hal tanah rizab, kepada pegawai atau mana-mana orang lain yang menjaga tanah rizab itu atau, jika tidak ada mana-mana pegawai atau orang sedemikian, kepada Pentadbir Tanah Daerah,
dan boleh dihantar melalui pos berdaftar atau ditinggalkan di tempat tinggal biasa atau yang akhir sekali diketahui bagi orang yang kepadanya notis itu dikehendaki diberikan atau disampaikan oleh pemegang lesen atau Pentadbir Tanah Daerah itu, atas perbelanjaan pemegang lesen itu, sama ada mengikut cara yang diperuntukkan terdahulu daripada ini atau mengikut cara yang diperuntukkan bagi penyampaian notis melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah yang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu.
(4) Mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3) boleh, dalam masa empat belas hari dari masa penerimaan notis yang disebut dalam subseksyen itu, menyerahkan suatu bantahan terhadap perbuatan yang dicadangkan oleh pemegang lesen. Bantahan itu boleh dibuat kepada Pentadbir Tanah Daerah, sama ada secara lisan atau bertulis, dan Pentadbir Tanah Daerah hendaklah memberikan notis mengenai bantahan itu kepada Pihak Berkuasa Negeri dan kepada pemegang lesen.
Undang-Undang Malaysia30 AktA 501
(5) Jika tiada bantahan diserahkan dalam masa yang dihadkan bagi maksud itu oleh subseksyen (4), pemegang lesen boleh dengan serta-merta memasuki tanah itu dan melakukan segala atau mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
(6) Jika bantahan diserahkan dan tidak ditarik balik sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengarannya, Pentadbir Tanah Daerah hendaklah mengadakan suatu siasatan, dengan memberi semua pihak peluang untuk didengar.
(7) Apabila selesai siasatan itu, Pentadbir Tanah Daerah boleh, sama ada tanpa syarat atau tertakluk kepada apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkannya patut, membuat perintah yang membenarkan atau melarang mana-mana perbuatan yang tersebut dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2). Perintah itu hendaklah pada matannya dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua:
Dengan syarat bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan perintah Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas perintah itu merayu terhadap perintah itu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang kemudiannya boleh mengesahkan, mengetepikan atau mengubah perintah itu atas apa-apa terma, syarat dan ketentuan yang difikirkanya patut.
(8) Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika difikirkannya patut, sebagai ganti membuat suatu perintah di bawah subseksyen (7), mengarahkan pengambilan mana-mana tanah atau bahagian mana- mana tanah yang termasuk dalam notis yang diberikan di bawah subseksyen (2).
(9) Keputusan Pihak Berkuasa Negeri di bawah seksyen ini adalah muktamad.
(10) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkara mengenai tanah, Pendaftar—
(a) apabila dikemukakan kepadanya notis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen di bawah subseksyen (2) berserta dengan pernyataan oleh Pentadbir Tanah Daerah bahawa tiada bantahan telah diserahkan oleh mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen (3); atau
Bekalan Gas 31
(b) apabila dikemukakan kepadanya perintah asal yang dibuat di bawah subseksyen (7) dan apabila salinan terperaku perintah itu didepositkan dengannya,
hendaklah menyebabkan supaya suatu nota mengenai kewujudan hak di bawah notis atau perintah itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang tersentuh oleh notis atau perintah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Penyenggaraan, pembaikan dan peningkatan talian paip atau pemasangan
25. Bilamana perlu berbuat demikian bagi maksud menyenggarakan, membaiki atau meningkatkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya, pemegang lesen, atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu, boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki mana-mana tanah dan boleh menjalankan segala pembaikan yang perlu, dan boleh, dalam masa menjalankan pembaikan itu, membuang tumbuhan dan melakukan segala perkara lain yang perlu bagi maksud tersebut, dengan menyebabkan seberapa sedikit kerosakan yang mungkin dan membayar pampasan penuh mengikut seksyen 28 kepada semua orang yang berkepentingan kerana apa-apa kerosakan yang mungkin disebabkan olehnya yang pampasan baginya belum lagi ditaksirkan di bawah seksyen 24.
Pengalihan atau pengubahan talian paip atau pemasangan
26. (1) Jika apa-apa talian paip atau pepasangan telah dipasang di tanah di bawah seksyen 24, dan jika mana-mana orang yang tersebut dalam subseksyen 24(3) berhasrat untuk menggunakan tanah itu mengikut cara yang menjadikannya perlu atau wajar talian paip atau pepasangan itu dialihkan ke suatu bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya lebih tinggi atau lebih rendah, atau diubah bentuknya, maka dia boleh menuntut supaya pemegang lesen mengalihkan atau mengubah talian paip atau pepasangan itu dengan sewajarnya.
(2) Jika pemegang lesen tidak mematuhi tuntutan itu, orang itu boleh memohon secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Negeri yang boleh, menurut budi bicaranya, selepas menyiasat segala fakta kes itu, menolak permohonan itu atau membuat suatu perintah, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada syarat tertentu,
Undang-Undang Malaysia32 AktA 501
bagi pengalihan atau pengubahan talian paip atau pepasangan itu. Perintah itu hendaklah mengadakan peruntukan bagi pembayaran kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan oleh pemegang lesen atau oleh orang yang membuat permohonan, sebagaimana yang difikirkan saksama oleh Pihak Berkuasa Negeri mengikut hal keadaan kes itu.
(3) Pihak berkuasa Negeri boleh tidak menyiasat sendiri hal itu di bawah subseksyen (2) tetapi sebaliknya mengarahkan supaya Pentadbir Tanah Daerah membuat apa-apa siasatan bagi pihaknya dan membuat syor kepadanya.
(4) Bilamana Pihak Berkuasa Negeri telah membuat suatu perintah bagi pengalihan atau pengubahan mana-mana talian paip atau pepasangan, maka pemegang lesen boleh tidak mengalihkan atau mengubah talian paip atau pepasangan itu tetapi sebaliknya memohon kepada Pihak Berkuasa Negeri supaya mengarahkan pengambilan tanah yang diperlukan bagi maksud talian paip atau pepasangan itu, dan Pihak Berkuasa Negeri boleh mengarahkan pengambilan itu dengan sewajarnya.
(5) Bilamana Pihak Berkuasa Negeri diberi kuasa oleh seksyen ini untuk mengarahkan pengambilan mana-mana tanah, maka talian paip atau pepasangan itu hendaklah disifatkan sebagai suatu kerja bagi kemudahan awam dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah yang sedang berkuat kuasa di Negeri tempat terletaknya tanah itu hendaklah dikuatkuasakan dengan sewajarnya.
(6) Bilamana sesuatu talian paip atau pepasangan telah dipasang atas tanah Kerajaan oleh seseorang pemegang lesen dan tanah itu kemudiannya diberi milik kepada mana-mana orang, maka pemunya atau penghuni tanah itu boleh, melainkan jika terma pemberimilikan itu secara nyata memperuntukkan selainnya, menuntut supaya talian paip atau pepasangan itu dialihkan ke suatu bahagian lain tanah itu, atau ke tanah yang arasnya lebih tinggi atau lebih rendah, atau talian paip atau pepasangan itu diubah, dan subseksyen (1) hingga (4) hendaklah terpakai bagi mana-mana tuntutan sedemikian:
Dengan syarat bahawa kos melaksanakan pengalihan atau pengubahan itu hendaklah dibayar oleh orang yang membuat tuntutan itu.
Bekalan Gas 33
Perjanjian izin lalu
27. (1) Tiada apa-apa jua dalam seksyen 24 atau 26 boleh menyentuh hak seseorang pemegang lesen untuk membuat suatu perjanjian, yang umumnya dikenali sebagai perjanjian izin lalu, dengan pemunya atau penghuni mana-mana tanah bagi maksud membina talian paip atau pepasangan.
(2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah, Pendaftar, apabila dikemukakan kepadanya salinan asal dan didepositkan dengannya salinan terperaku bagi mana-mana perjanjian izin lalu yang disebut dalam subseksyen (1), hendaklah menyebabkan suatu nota mengenai kewujudan perjanjian izin lalu itu dibuat pada dokumen hakmilik daftaran yang berhubungan dengan tanah yang disentuh oleh perjanjian izin lalu itu.
(3) Jika sesuatu perjanjian izin lalu adalah berhubungan dengan tanah yang merupakan suatu tanah pegangan yang termasuk dalam Daftar Interim—
(a) subseksyen (2) hendaklah terpakai seolah-olah “Pendaftar” dan “dokumen hakmilik daftaran” masing-masingnya telah digantikan dengan “Pesuruhjaya” dan “folio yang berkenaan dalam Daftar Interim”; dan
(b) apabila dokumen hakmilik tetap dikeluarkan bagi tanah itu di bawah seksyen 39 Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963 [Akta 518], apa-apa nota yang dibuat menurut subseksyen (2) sebagaimana yang diubah oleh perenggan (a) hendaklah (jika nota itu masih berkuat kuasa sebelum sahaja pengeluaran dokumen itu) dicatatkan oleh Pesuruhjaya pada dokumen hakmilik daftaran dan hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah nota itu telah dicatatkan di bawah subseksyen itu.
(4) Selagi masih ada pada dokumen hakmilik daftaran atau folio yang berkenaan dalam Daftaran Interim suatu nota yang dibuat menurut subseksyen (2) atau (3), segala urus niaga berkenaan dengan tanah yang dimaksudkan oleh nota itu hendaklah disifatkan tertakluk kepada hak pemegang lesen di bawah dan menurut kuasa perjanjian izin lalu yang berkenaan dengannya nota itu telah dibuat.
Undang-Undang Malaysia34 AktA 501
(5) Dalam subseksyen ini—
“Pesuruhjaya” dan “Daftar Interim” masing-masingnya mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh Akta Kanun Tanah Negara (Hakmilik Pulau Pinang dan Melaka) 1963.
Pampasan
28. (1) Amaun pampasan, jika ada, yang kena dibayar di bawah seksyen 23, 24, atau 25 hendaklah ditaksirkan oleh Pentadbir Tanah Daerah selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya mencukupi. Taksiran itu hendaklah pada matannya mengikut bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga:
Dengan syarat bahawa tiada pampasan kena dibayar oleh pemegang lesen berkenaan dengan mana-mana pokok dalam jarak lima puluh kaki dari garis tengah mana-mana jalan yang dibina atau disenggara oleh Kerajaan Negeri atau oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan melainkan jika dibuktikan bahawa pokok itu telah sedia ada sebelum pembinaan jalan itu.
(2) Mana-mana orang yang terkilan dengan taksiran Pentadbir Tanah Daerah boleh dalam masa dua puluh satu hari selepas taksiran itu merayu kepada Pihak Berkuasa Negeri yang keputusannya adalah muktamad.
Bahagian VII
SIASATAN
Tatacara semasa siasatan
29. (1) Tanpa menjejaskan mana-mana terma dan syarat dalam mana-mana perjanjian khas, jika suatu pertikaian berbangkit di antara pemegang lesen dengan pengguna berkenaan dengan perkara yang termasuk di bawah seksyen 13 hingga 21, pertikaian itu boleh dirujukkan kepada Suruhanjaya.
(2) Suruhanjaya hendaklah—
(a) memutuskan pertikaian itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atau, jika pertikaian itu merupakan suatu pertikaian kontrak di bawah mana-mana terma
Bekalan Gas 35
dalam mana-mana perjanjian, boleh menentukan bahawa pertikaian itu hendaklah mengikut mana-mana peruntukan bagi pemutusan pertikaian di bawah perjanjian itu atau diputuskan oleh mahkamah dengan sewajarnya; atau
(b) memutuskan bahawa, dengan kelulusan Menteri, suatu jawatankuasa siasatan dibentuk untuk menyiasat pertikaian itu.
(3) Jawatankuasa penyiasatan yang disebut dalam perenggan (2)(b) hendaklah terdiri daripada tiga orang anggota yang diketuai oleh seseorang yang dilantik oleh Menteri.
(4) Bagi maksud siasatan sedemikian, jawatankuasa itu boleh memanggil mana-mana orang supaya menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk memberikan keterangan dengan bersumpah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain dalam miliknya yang berhubungan dengan perkara yang menjadi hal perkara siasatan sedemikian dan menyiasat- periksanya sebagai saksi.
(5) Mana-mana orang yang, di bawah subseksyen (4)—
(a) setelah dipanggil supaya menghadiri mana-mana siasatan sedemikian, tidak berbuat demikian;
(b) menunjukkan apa-apa perbuatan tidak hormat atau apa-apa penghinaan atau ancaman kepada jawatankuasa itu atau mana-mana anggotanya dalam sesuatu siasatan; atau
(c) setelah dikehendaki oleh jawatankuasa itu supaya memberikan keterangan dengan bersumpah atau supaya mengemukakan apa-apa dokumen atau benda, enggan berbuat demikian atau memberikan keterangan palsu atau mengemukakan suatu dokumen atau benda yang diketahuinya adalah palsu,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(6) Jawatankuasa hendaklah, setelah selesai siasatan, memutuskan pertikaian itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya.
Undang-Undang Malaysia36 AktA 501
(7) Sementara menanti diputuskan apa-apa pertikaian tentang perkhidmatan pembekalan gas di antara seseorang pemegang lesen dengan seseorang pengguna, pemegang lesen itu hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Suruhanjaya, terus memberikan bekalan gas sehingga pertikaian itu diputuskan.
(8) Mana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (2) atau keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (6) boleh memohon kepada Menteri supaya ditimbangkan semula perkara yang dipertikaikan itu.
(9) Permohonan kepada Menteri hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan Suruhanjaya, atau dalam apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Menteri dalam hal keadaan khas, dan hendaklah mengandungi asas-asas kilanan itu.
(10) Menteri hendaklah kemudian memutuskan pertikaian itu dan membuat perintah sewajarnya dan keputusannya adalah muktamad.
Bahagian VIII
KESALAHAN DAN PENALTI
Kesalahan
30. (1) Mana-mana orang yang, dengan melanggar seksyen 11, membekalkan gas melalui talian paip tanpa apa-apa lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan, dan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya yang digunakan atau dicadangkan hendak digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dilucuthakkan.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), mana-mana pemegang lesen yang, tanpa kebenaran nyata daripada Suruhanjaya, membekalkan gas atau meletakkan apa-apa talian paip atau membina apa-apa pepasangan di luar kawasan bekalan yang ditentukan dalam lesennya hendaklah disifatkan beroperasi tanpa lesen.
Bekalan Gas 37
(3) Mana-mana orang yang—
(a) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa akses ke mana-mana tempat menurut kuasanya di bawah seksyen 5;
(b) menyerang, menghalang, menggendalakan atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah seksyen 5, atau dalam pelaksanaan apa-apa kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
(c) enggan memberi mana-mana pegawai diberi kuasa (tertakluk kepada proviso dalam subseksyen 8(2)) apa-apa maklumat yang berhubungan dengan suatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta ini atau apa-apa maklumat lain yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang, kerana dia mengetahuinya atau ada kuasa untuk berbuat demikian, boleh diberikannya di bawah seksyen 8; atau
(d) dengan disedarinya atau secara melulu memberikan maklumat palsu kepada seseorang orang diberi kuasa di bawah seksyen 8,
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(4) Mana-mana pemegang lesen yang tanpa sebab yang sah tidak mematuhi apa-apa terma atau syarat yang dinyatakan dalam lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(5) Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang sengaja, curang atau cuai menyambung, melaraskan, mengubah, mengalihkan, memusnahkan atau merosakkan mana- mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(6) Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang curang, gopoh atau cuai mengganggu atau merosakkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau
Undang-Undang Malaysia38 AktA 501
bahagiannya sehingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan kepada nyawa atau tubuh manusia atau kerosakan kepada mana-mana harta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(7) Mana-mana orang yang—
(a) menyebabkan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya dilencongkan dari perjalanannya yang sepatutnya dengan tujuan untuk mengambil, menggunakan, memakai atau membazirkan gas darinya;
(b) dengan curang mengubah indeks mana-mana meter atau alatan lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya kepunyaan mana-mana pemegang lesen atau mana-mana orang lain bagi merekodkan keluaran atau penggunaan gas;
(c) menghalang mana-mana meter atau alatan lain merekodkan dengan sewajarnya keluaran atau penggunaan gas;
(d) merosakkan mana-mana meter atau alatan lain yang digunakan pada atau berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya bagi merekodkan keluaran atau penggunaan gas; atau
(e) dengan curang mengambil atau menggunakan atau memakai gas,
melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(8) Tiada seorang pun boleh, tanpa kebenaran sah pemegang lesen, mengusahakan apa-apa kerja atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya mengikut cara yang mungkin mengganggu talian paip atau pepasangan atau bahagiannya itu atau menyebabkan bahaya kepada mana-mana orang atau harta melainkan jika pemegang lesen telah mengambil semua langkah yang munasabah untuk memberikan notis yang sepatutnya tentang kewujudan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya dan langkah yang ditetapkan oleh Suruhanjaya bagi perlindungan talian paip atau pepasangan atau bahagiannya itu.
Bekalan Gas 39
(9) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Penalti am
31. Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan boleh, jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan boleh, dalam hal kesalahan berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kesalahan yang dilakukan oleh pertubuhan perbadanan: pegawai disifatkan bersalah
32. (1) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dikenakan apa-apa denda yang diperuntukkan dalam Akta ini atau peraturan itu.
(2) Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya ialah suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai sedemikian hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga- jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
(3) Mana-mana orang yang boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya
Undang-Undang Malaysia40 AktA 501
sendiri boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.
beban pembuktian
33. Dalam mana-mana pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen 30 bukti mengenai—
(a) kewujudan cara buatan yang, sama ada bersendirian atau bersama dengan cara buatan tambahan yang tidak dijumpai, dapat digunakan bagi mengubah, atau memudahkan pengubahan, indeks mana-mana meter atau alatan yang digunakan bagi mencatatkan kuantiti gas yang dibekalkan;
(b) kewujudan cara buatan yang, sama ada bersendirian atau bersama dengan cara buatan tambahan yang tidak dijumpai, akan menghalang, atau memudahkan penghalangan, mana-mana meter atau alatan daripada mencatatkan dengan sewajarnya kuantiti gas yang dibekalkan, atau yang akan memudahkan pengambilan, penggunaan, atau pemakaian gas dengan curang; atau
(c) (i) pemasangan apa-apa bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau bahagian atau sambungan lain pada;
(ii) ketiadaan atau pengalihan mana-mana bahagian atau sambungan daripada; atau
(iii) gangguan kepada mana-mana bahagian atau sambungan,
mana-mana radas dalam hal keadaan yang sedemikian rupa sehingga pemasangan, ketiadaan, pengalihan atau gangguan itu akan menghalang atau memudahkan penghalangan mana- mana meter atau alatan lain daripada mencatatkan dengan sewajarnya kuantiti gas yang dibekalkan, atau akan memudahkan pengambilan, penggunaan atau pemakaian gas dengan curang,
Bekalan Gas 41
hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa telah ada pengubahan curang indeks mana-mana meter atau alatan, atau penghalangan, pengambilan, penggunaan atau pemakaian gas dengan curang, mengikut mana-mana yang berkenaan dan bahawa pengubahan, penghalangan, pengambilan, penggunaan atau pemakaian dengan curang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah dijalankan oleh—
(aa) orang yang memasang bahagian atau sambungan buatan, mekanik atau apa-apa bahagian atau sambungan lain yang disebut terdahulu;
(bb) orang yang mengalihkan mana-mana bahagian atau sambungan sebagaimana yang disebut terdahulu;
(cc) orang yang mengganggu mana-mana bahagian atau sambungan sebagaimana yang disebut terdahulu;
(dd) pengguna yang menggunakan meter atau alatan itu;
(ee) orang yang mempunyai kawalan ke atas talian paip atau pepasangan atau bahagiannya di mana ia terpasang; atau
(ff) penghuni premis yang padanya meter atau alatan itu dipasang.
Pengkompaunan
34. (1) Menteri boleh, melalui perintah dalam Warta, menetapkan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan.
(2) Pengerusi boleh, dengan kebenaran bertulis Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) dengan memungut daripada orang yang secara munasabah disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu.
(3) Semua jumlah wang yang diterima oleh Suruhanjaya di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Undang-Undang Malaysia42 AktA 501
Bahagian IX
AM
Orang kompeten
35. Melainkan jika dikecualikan selainnya, tiada kerja berkenaan dengan pemasangan, pembinaan, penyenggaraan, pembaikan atau pengendalian mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya boleh dijalankan kecuali oleh atau di bawah pengawasan dan diperakui oleh seorang orang kompeten.
Kemalangan serius hendaklah dilaporkan
36. (1) Bilamana apa-apa kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan atau mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan serius pada harta telah berlaku berkaitan dengan mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya, pengguna atau pemegang lesen, mengikut mana- mana yang berkenaan, hendaklah melaporkan kemalangan atau kebakaran itu kepada Suruhanjaya dengan cara yang paling cepat yang ada, dan kemudiannya, tanpa kelengahan seboleh mungkin, hendaklah melaporkan secara bertulis fakta perkara itu setakat yang diketahui oleh mereka masing-masing.
(2) Mana-mana orang yang, tanpa alasan yang sah, melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.
Perlindungan Suruhanjaya dan pegawai diberi kuasa
37. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh didakwa, dimulakan atau disenggara di mana-mana mahkamah terhadap Suruhanjaya atau pegawai yang dilantik atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dalam melaksanakan atau berupa sebagai melaksanakan fungsi, kuasa dan tugas di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Bekalan Gas 43
Kuasa khas semasa darurat
38. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang membangkitkan suatu darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa Suruhanjaya untuk—
(a) menggantung lesen mana-mana pemegang lesen, mengambil milik sementara mana-mana talian paip atau pepasangan pemegang lesen itu dan mengendalikannya mengikut cara yang difikirkan oleh Suruhanjaya patut; atau
(b) menarik balik sama ada pada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana talian paip atau pepasangan daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(2) Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang kewujudan sesuatu darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah bagi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai perkara itu.
(3) Jika Suruhanjaya mengambil milik mana-mana talian paip atau pepasangan mana-mana pemegang lesen di bawah perenggan (1)(a) pemegang lesen itu hendaklah dibayar pampasan yang mencukupi yang hendaklah ditentukan oleh Suruhanjaya selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk didengar mengenai perkara itu.
Bahagian X
KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
39. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan mana-mana perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini dan khususnya—
(a) tatacara bagi Suruhanjaya dalam menjalankan fungsi, kewajipan dan kuasanya di bawah Akta ini;
Undang-Undang Malaysia44 AktA 501
(b) had perubahan komposisi, tekanan dan ketulenan gas yang dibekalkan;
(c) pengurusan mana-mana talian paip atau pepasangan di bawah seksyen 11;
(d) cara bagaimana gas boleh disimpan bagi maksud pengagihan melalui talian paip;
(e) fi yang kena dibayar bagi lesen yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini;
(f) langkah yang dikehendaki diambil dan kelengkapan yang dikehendaki dibekalkan dan digunakan berkaitan dengan talian paip dan pepasangan untuk menjamin keselamatan awam dan persendirian;
(g) cara penyampaian dan bentuk notis;
(h) standard dan cara-cara bagi pembinaan dan bahan yang dikehendaki digunakan bagi talian paip, pepasangan, kelengkapan, atau perkakas;
(i) jenis latihan, peperiksaan dan ujian bagi pengawardan perakuan di bawah seksyen 35, bentuk perakuan itu, cara pengeluarannya dan pengeluarannya, fi yang kena dibayar bagi peperiksaan dan perakuan itu dan cara dan hal keadaan dalam mana perakuan itu boleh diubahsuaikan, digantung atau dibatalkan;
(j) cara-cara yang hendaklah diterima pakai, sama ada melalui larangan atau selainnya, untuk mencegah atau memberhentikan apa-apa kacau ganggu yang mungkin berbangkit atau yang berbangkit daripada pengerjaan mana-mana talian paip, pepasangan, kelengkapan atau perkakas;
(k) pengawalseliaan hubungan di antara pemegang lesen dengan pengguna, seperti peruntukan mengenai pendapatan caj pembekalan, bunga tahunan yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen kepada mana-mana orang bagi apa-apa cagaran yang diberikan dan apa-apa kadar atau syarat yang berkaitan dengannya, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan gas oleh pemegang lesen, kemasukan ke dalam mana-mana premis oleh pemegang lesen atau pegawai diberi kuasanya bagi maksud yang berhubungan dengan pembekalan, penyambungan, pemberhentian atau pemulihan bekalan, kemasukan bagi
Bekalan Gas 45
maksud menggantikan, membaiki atau mengubah mana- mana talian paip, pepasangan, kelengkapan atau perkakas dan bentuk mana-mana notis yang dikehendaki;
(l) cara dan tatacara bagi mengkompaunkan kesalahan yang dinyatakan dalam seksyen 34;
(m) cara dan tatacara bagi penyiasatan apa-apa kemalangan serius yang dilaporkan menurut seksyen 36;
(n) lat tempoh, masa dan cara bagi pemeriksaan mana-mana paip atau pepasangan, notis (jika ada) yang dikehendaki diberikan berhubungan dengan mana-mana pemeriksaan dan persiapan yang dikehendaki supaya dibuat oleh pemegang lesen atau mana-mana pemunya atau penghuni mana-mana premis bagi pemeriksaan sedemikian;
(o) fi yang kena dibayar berkenaan dengan pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan pemasangan pengguna, pemasangan dan pengujian meter dan berkenaan dengan apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan dengan sepatutnya untuk pengguna; dan
(p) apa-apa perkara lain pada amnya untuk memberikan kuat kuasa kepada peruntukan Akta ini.
Bahagian XI
PELBAGAI
Seksyen tertentu Akta tidak terpakai bagi kilang
40. Dalam Akta ini, seksyen 5, 35 dan 36 dan perkara yang berhubungan dengan perenggan 39(c), 39(d), 39(f), 39(i), 39(j), 39(m) dan 39(n) tidaklah terpakai bagi pembekalan gas melalui talian paip di dalam kilang sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139].
Peruntukan yang bertentangan
41. Walau apa pun mana-mana peruntukan yang bertentangan dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144], Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 [Akta 302] atau Akta Kilang dan Jentera 1967 yang berhubungan dengan pembekalan gas melalui talian paip, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi setakat ketidakselarasan itu.
Undang-Undang Malaysia46 AktA 501
Pengecualian
42. Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta , mengecualikan—
(a) mana-mana orang atau golongan orang daripada—
(i) dilesenkan di bawah seksyen 11 Akta ini; dan/ atau
(ii) seksyen 35 Akta ini,
dan boleh, melalui pemberitahuan yang serupa, membatalkan mana-mana pengecualian yang diberitahukan sedemikian.
Peruntukan peralihan dan kecualian
43. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana orang yang, sebelum sahaja tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini, telah membekalkan gas melalui talian paip di dalam mana-mana premis boleh terus berbuat demikian dalam tempoh enam bulan dari tarikh mula berkuatkuasanya Akta ini:
Dengan syarat bahawa dalam tempoh itu orang itu hendaklah membuat permohonan bagi mendapatkan lesen atau pengecualian daripada dikehendaki memegang lesen di bawah Akta ini:
Dengan syarat selanjutnya bahawa jika orang itu sudah pun membuat permohonan dia boleh terus membekalkan gas melalui talian paip di dalam premis yang sama sehingga permohonannya diselesaikan, ditarik balik, dibenarkan atau dikecualikan di bawah Akta ini.
(2) Mana-mana talian paip atau pepasangan atau bahagiannya di mana-mana premis yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus dipakai bagi maksud itu sehingga masa diputuskan oleh Suruhanjaya atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa olehnya bahawa pemakaian itu hendaklah diberhentikan.
Bekalan Gas 47
Jadual Pertama
[Subseksyen 24(2)]
MALAYSIA
negeri…………………………………………………..
AKTA beKALAN GAS 1993
NOTIS CADANGAN UNTUK MEMASUKI DAN MELAKUKAN KERJA DI TANAH DI BAWAH SEKSYEN 24
Kepada:
Hakmilik atau perihal lain tanah………………………………………
Sila ambil perhatian bahawa saya/kami …………………...........yang beralamat di …………………………….......... iaitu pemegang lesen yang bertarikh ……………… di bawah Akta Bekalan Gas 1993 berhasrat memasuki tanah yang tersebut di atas bagi maksud ………………………...……………… ……………...………………………………………………………………………
(di sini nyatakan dengan sepenuh dan setepat mungkin apa yang dicadangkan hendak dilakukan)
Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan notis ini anda boleh menyerahkan suatu bantahan sama ada secara lisan atau bertulis kepada Pentadbir Tanah Daerah di ……………………………………………………… ……………..……………………………………………………………………….
Pentadbir Tanah Daerah telah menetapkan …………………...........…… ……………………….. sebagai hari bantahan itu akan didengar.
Melainkan jika anda menyerahkan suatu bantahan dalam masa yang dinyatakan, akan dianggapkan bahawa anda telah mengizinkan kemasukan saya/kami ke tanah itu mengikut terma-terma notis ini.
Anda akan dibayar pampasan yang sepatutnya bagi apa-apa kerosakan yang dilakukan.
Bertarikh pada ……………. haribulan ………………… 20………..
…………………. Pemegang lesen
Undang-Undang Malaysia48 AktA 501
Jadual Kedua
[Subseksyen 24(7)]
MALAYSIA
negeri…………………………………………………..
AKTA beKALAN GAS 1993
PERINTAH PENTADBIR TANAH DAERAH BERKENAAN DENGAN BANTAHAN TERHADAP KEMASUKAN KE TANAH
Kepada:
Dalam perkara siasatan yang diadakan di bawah subseksyen 24(6) Akta Bekalan Gas 1993 di antara pemegang lesen dengan pemunya tanah yang terletak di Lot No .……………………………… Hakmilik No…………………………... Mukim ………………………………………..
Suatu siasatan telah diadakan pada………………………………di hadapan ……………………………… Pentadbir Tanah Daerah ……………………………. dengan dihadiri oleh ……………………….. bagi pihak pemegang lesen dan …………………………. bagi pihak pemunya tanah.
Selepas mengadakan siasatan, adalah dengan ini diperintahkan seperti yang berikut:
*(a) pemegang lesen dibenarkan memasuki tanah yang tersebut untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 24(2) Akta Bekalan Gas 1993;
*(b) pemegang lesen dibenarkan memasuki tanah yang tersebut untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 24(2) Akta Bekalan Gas 1993 tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(Nyatakan syarat-syarat)
Bekalan Gas 49
*(c) pemegang lesen tidak dibenarkan memasuki tanah tersebut untuk melakukan kerja-kerja yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen 24(2) Akta Bekalan Gas 1993.
Bertarikh pada ……………. haribulan ………………… 20………..
…………………………. Pentadbir Tanah Daerah
*potong mana-mana yang tidak berkenaan
Undang-Undang Malaysia50 AktA 501
Jadual Ketiga
[Subseksyen 28(1)]
MALAYSIA
negeri…………………………………………………..
AKTA beKALAN GAS 1993
TAKSIRAN
Kepada:
Dalam perkara siasatan bagi pembayaran pampasan di bawah seksyen 23*, 24* atau 25* Akta Bekalan Gas 1993 di antara pemegang lesen dengan pemunya tanah yang terletak di Lot No. ………..………..……….. Hakmilik No. ………..……….., Mukim ………..………..………..………..
Suatu siasatan telah diadakan pada ………..………..…………….... di hadapan ………..……….. Pentadbir Tanah Daerah ………..………..………..……….. dengan dihadiri oleh ………..………..………..……….. bagi pihak pemegang lesen dan ………..………..……….. bagi pihak pemunya tanah.
Selepas mengadakan siasatan, adalah dengan ini diperintahkan bahawa pampasan yang kena dibayar oleh pemegang lesen kepada pemunya tanah adalah seperti yang berikut:
Bertarikh pada ……………. haribulan ………………… 20………..
…………………………. Pentadbir Tanah Daerah
*potong mana-mana yang tidak berkenaan
Bekalan Gas 51
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 501
AKTA beKALAN GAS 1993
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta A1126 Akta Bekalan Gas (Pindaan) 2001
02-01-2002
Undang-Undang Malaysia52 AktA 501
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 501
AKTA beKALAN GAS 1993
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
1
2
Bahagian II
Bahagian III
4
4a
9
11
12
13
15
16
17a
18
19
21
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
Bekalan Gas 53
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
29
30
34
36
37
38
39
43
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
Akta A1126
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
02-01-2002
Hakcipta Pencetak H PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Semua Hak Terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan di dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/
atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Percetakan Nasional Malaysia Berhad (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD,
KUALA LUMPUR
BAGI PIHAK DAN DENGAN PERINTAH KERAJAAN MALAYSIA
WJW002905 18-08-2014