Advanced Search

Malaysia Tourism Promotion Board Act 1992


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959895/malaysia-tourism-promotion-board-act-1992-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
JW516020 - REPRINT AKTA 481.indd 1Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
CETAKAN SEMULA
Akta 481
AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Mei 2010
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 2010
2
AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992
Tarikh Perkenan Diraja ... ... ... … 30 Januari 1992
Tarikh diterbitkan dalam Warta ... ... … 20 Februari 1992
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 481
AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
3. Penubuhan Lembaga
4. Fungsi dan kuasa Lembaga
5. Keanggotaan Lembaga
6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
7. Pekhidmat awam
8. Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
9. Laporan dan maklumat
BAHAGIAN III
KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH, PENGARAH DAN PEGAWAI SERTA PEKHIDMAT LAIN
10. Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai serta pekhidmat lain
11. Hilang kelayakan untuk dilantik
12. Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan
13. Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
BAHAGIAN IV
KEWANGAN
Seksyen
14. Kumpulan Wang
15. Pemeliharaan Kumpulan Wang
16. Perbelanjaan yang hendak dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
17. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
18. Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
BAHAGIAN V
KUASA LAIN LEMBAGA
19. Perwakilan oleh Lembaga
20. Kuasa meminjam
21. Pelaburan
22. Kuasa untuk mengambil kerja
BAHAGIAN VI
AM
23. Obligasi menyimpan rahsia
24. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
BAHAGIAN VII
PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN
25. Pemansuhan
26. Penerusan anggota Lembaga Pengurusan dan pegawai serta pekhidmat
27. Pemindahan kumpulan wang, aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi
28. Pentafsiran
29. Penerusan undang-undang, dsb.
30. Kontrak sedia ada
31. Penerusan prosiding jenayah dan sivil
32. Menghalang anomali
JADUAL
5Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 481
AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992
Suatu Akta untuk menubuhkan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan untuk mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berkaitan dengannya.
[1 Mei 1992; P.U. (B) 198/1992]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992.
(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta termansuh” ertinya Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 [Akta 72] dan termasuk mana-mana peraturan- peraturan yang dibuat di bawahnya;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
“hari ditetapkan” ertinya hari yang ditetapkan oleh Menteri di bawah seksyen 1;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;
“Lembaga” ertinya Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
“Pengarah” ertinya Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“pengusahaan pelancongan” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482];
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972;
“Pesuruhjaya Pelancongan” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4 Akta Industri Pelancongan 1992;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 10;
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi yang dilantik di bawah seksyen 5.
(2) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini” hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai mana-mana peraturan-peraturan, kaedah-kaedah, perintah, pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta ini.
7Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
BAHAGIAN II
LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA
Penubuhan Lembaga
3. Maka adalah dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, mengikut apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Fungsi dan kuasa Lembaga
4. (1) Fungsi Lembaga adalah—
(a) menggiatkan dan menggalakkan pelancongan ke dan dalam Malaysia;
(b) merangsangkan, memajukan dan memasarkan, di arena antarabangsa dan tempatan, negara Malaysia sebagai tempat tujuan pelancong;
(c) menyelaraskan apa-apa aktiviti pemasaran atau penggalakan berhubung dengan pelancongan yang dijalankan oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan; dan
(d) membuat syor kepada Menteri tentang cara, langkah dan program yang hendak diterima pakai bagi memudahkan dan menggiatkan kemajuan dan penggalakan industri pelancongan di Malaysia dan jika dibenarkan oleh Menteri, melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan cara, langkah dan program berkenaan.
(2) Lembaga adalah berkuasa melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—
(a) menjalankan segala aktiviti yang berhubungan dengan pelancongan yang bersifat komersial atau perindustrian dan aktiviti penyelidikan dan latihan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b) bekerjasama dengan atau bertindak sebagai ejen, atau bertindak dengan apa-apa cara lain bersama dengan atau bagi pihak mana-mana agensi atau organisasi, sama ada antarabangsa atau selainnya;
(c) mendapatkan publisiti tempatan dan luar negeri bagi memajukan Malaysia sebagai tempat tujuan pelancong;
(d) menggalakkan dan menyelaraskan penjalanan apa-apa aktiviti yang berkaitan atau berhubungan dengan fungsinya oleh mana-mana jabatan kerajaan, atau agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan;
(e) menjalankan penyelidikan, kajian dan siasatan yang perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(f) menghendaki mana-mana jabatan kerajaan, agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan untuk mengemukakan maklumat, program dan laporan mengenai aktiviti penggalakan dan pemasaran pelancongan mereka;
(g) mengambil bahagian dalam apa-apa perundingan dan perkiraan sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga bagi melaksanakan fungsinya;
(h) membantu memajukan pengusahaan pelancongan dalam Malaysia, dan dalam menyediakan atau mempertingkatkan mutu kemudahan dan tarikan pelancong dalam Malaysia;
(i) memberikan bantuan kepada mana-mana agensi atau organisasi kerajaan atau bukan kerajaan yang didapati oleh Lembaga mempunyai kemudahan untuk menjalankan mana-mana aktiviti sedemikian, termasuk, dengan kelulusan Menteri, bantuan kewangan melalui pengambilan modal syer atau pinjaman atau melalui pinjaman atau selainnya;
(j) melupuskan aset modal dan menggunakan hasil daripada pelupusan itu sebagaimana yang Lembaga fikirkan patut;
9Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(k) melantik ejen yang difikirkannya patut bagi maksud melaksanakan fungsinya;
(l) mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirannya patut bagi melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(m) melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan; dan
(n) menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang diletakhakkan pada atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis lain.
Keanggotaan Lembaga
5. (1) Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
(a) Pengerusi;
(b) Timbalan Pengerusi;
(c) Ketua Pengarah; dan
(d) tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada sepuluh anggota yang—
(i) sekurang-kurangnya empat hendaklah merupakan orang yang berkaitan dengan apa-apa pengusahaan pelancongan tetapi tidak memegang apa-apa jawatan awam;
(ii) sekurang-kurangnya dua hendaklah masing-masingnya merupakan wakil Kementerian Pelancongan dan Kementerian Kewangan; dan
(iii) mana-mana orang lain sebagaimana yang Menteri fikirkan layak dan dan patut untuk menjadi anggota Lembaga.
(2) Menteri hendaklah melantik Pengerusi dan Timbalan Pengerusi daripada kalangan orang yang pada pendapatnya mempunyai pengalaman yang luas dalam pengusahaan pelancongan atau dalam apa-apa bidang aktiviti yang sangat berfaedah bagi kemajuan pelancongan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
(3) Lembaga boleh mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya kepada Pengerusi.
(4) Peruntukan Jadual adalah terpakai bagi Lembaga.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
6. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] adalah terpakai bagi apa-apa tindakan guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat sedemikian.
Pekhidmat awam
7. Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
8. Lembaga adalah bertanggungjawab kepada Menteri, dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan segala arahan sedemikian.
Laporan dan maklumat
9. (1) Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri apa- apa maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2) Lembaga hendaklah, tidak lewat dari 30 haribulan Jun setiap tahun, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.
11Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
BAHAGIAN III
KETUA PENGARAH, TIMBALAN KETUA PENGARAH, PENGARAH DAN PEGAWAI SERTA PEKHIDMAT LAIN
Pelantikan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai serta pekhidmat lain
10. (1) Menteri hendaklah melantik seseorang yang layak dan patut, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukannya, untuk menjadi Ketua Pengarah yang adalah ketua pegawai eksekutif Lembaga.
(2) Lembaga hendaklah—
(a) dengan kelulusan Menteri, melantik sekian bilangan Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah sebagaimana yang difikirkannya sesuai; dan
(b) melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi perjalanan cekap urusan Lembaga,
atas apa-apa terma dan syarat, termasuk saraan, sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(3) Ketua Pengarah hendaklah, tertakluk kepada arahan Lembaga atas perkara dasar, dipertanggungkan dengan pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Lembaga.
(4) Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi yang bertindak bagi pihak Lembaga.
(5) Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am ke atas Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan pegawai serta pekhidmat lain Lembaga.
(6) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meletak hak pada Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah apa-apa kuasa dan mempertanggungkan ke atas mereka apa-apa kewajipan yang ditentukan oleh Lembaga.
(7) Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
(8) Jika Ketua Pengarah tidak ada buat sementara dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Ketua Pengarah untuk melaksanakan kewajipan Ketua Pengarah dalam masa Ketua Pengarah tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Hilang kelayakan untuk dilantik
11. Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan, dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan
12. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib
13. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga.
(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—
(a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(b) penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain,
seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib.
(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
13Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(4) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.
BAHAGIAN IV
KEWANGAN
Kumpulan Wang
14. (1) Maka adalah dengan ini ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
(2) Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
(a) apa-apa jumlah wang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(b) apa-apa jumlah wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada pinjaman yang diberikan oleh Lembaga;
(c) wang yang didapati daripada penjalanan apa-apa projek, skim atau pengusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(d) wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(e) apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
(f) jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(g) segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa- apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
Pemeliharaan Kumpulan Wang
15. Maka adalah menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini supaya jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan yang hendak dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
16. Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
(a) membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi guaman dan fi serta kos lain, dan saraan pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen dan ganjaran;
(b) membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah seksyen 4;
(c) membeli atau menyewa kelengkapan, jentera, barang simpanan dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasa di bawah seksyen 4;
(d) membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
(e) pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
17. (1) Perbelanjaan Lembaga hingga sebanyak yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
15Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(2) Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
18. Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240] adalah terpakai bagi Lembaga.
BAHAGIAN V
KUASA LAIN LEMBAGA
Perwakilan oleh Lembaga
19. Lembaga boleh, melalui suatu surat cara bertulis di bawah meterai perbadanannya, mewakilkan mana-mana orang atau badan apa-apa kewajipannya sebagaimana yang perlu dilaksanakan di dalam atau di luar Malaysia:
Dengan syarat bahawa mana-mana orang atau badan sedemikian tidaklah mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang dan hendaklah bertindak dalam segala aspek mengikut arahan Lembaga.
Kuasa meminjam
20. Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, meminjam, atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri,
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Lembaga bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi menunaikan mana- mana kewajipannya.
Pelaburan
21. Aset Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri.
Kuasa untuk mengambil kerja
22. Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
BAHAGIAN VI
AM
Obligasi menyimpan rahsia
23. (1) Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang- undang bertulis, tiada anggota, pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah diperolehnya semasa menjalankan kewajipannya yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
24. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
17Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan- peraturan boleh dibuat bagi—
(a) menetapkan cara bagaimana apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
(b) menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
(c) mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;
(d) mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini.
(3) Peraturan-peraturan di bawah seksyen ini—
(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi lima ribu ringgit atau satu tahun pemenjaraan atau kedua- duanya.
BAHAGIAN VII
PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN
Pemansuhan
25. Akta Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia 1972 dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya adalah dengan ini dimansuhkan.
Penerusan anggota Lembaga Pengurusan dan pegawai serta pekhidmat
26. (1) Anggota Lembaga Pengurusan Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5 Akta termansuh hendaklah, pada hari ditetapkan, menjadi anggota Lembaga dan adalah tertakluk kepada segala peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan anggota sedemikian dan hendaklah disifatkan telah dilantik di bawah Akta ini.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
(2) Tiap-tiap orang yang sebelum sahaja hari ditetapkan telah diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Perbadanan hendaklah pada hari itu disifatkan diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas terma dan syarat perkhidmatan yang sama yang terdapat sebelum hari ditetapkan itu.
(3) Segala prosiding tatatertib yang, sebelum sahaja hari ditetapkan, belum selesai terhadap mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan pada atau selepas hari itu, boleh diteruskan terhadap pegawai atau pekhidmat itu oleh pihak berkuasa Lembaga yang berkenaan.
Pemindahan kumpulan wang, aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi
27. (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, segala wang yang berada dalam, dan kena dibayar pada, kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 8 Akta termansuh hendaklah pada hari ditetapkan dipindahkan kepada Kumpulan Wang.
(2) Segala aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi yang sebelum sahaja hari ditetapkan adalah aset, harta, hak, liabiliti dan obligasi Perbadanan hendaklah dari hari itu diturunkan kepada Lembaga.
Pentafsiran
28. Segala sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai Perbadanan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai—
(a) dalam hal perkara yang berhubungan dengan pelesenan atau pendaftaran, Pesuruhjaya Pelancongan; dan
(b) dalam mana-mana hal lain, Lembaga.
Penerusan undang-undang, dsb.
29. (1) Segala perintah, peraturan-peraturan, arahan, pelantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan yang dibuat atau diberi
19Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta termansuh hendaklah, setakat yang perintah, peraturan-peraturan, arahan, pelantikan, pemberitahuan, pengecualian dan kelulusan itu selaras dengan peruntukan Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992, disifatkan telah dibuat atau diberi di bawah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.
(2) Apa-apa permohonan untuk lesen atau perakuan pendaftaran, kelulusan atau keizinan, atau bagi apa-apa jua pun maksud, atau apa-apa rayuan, yang dibuat oleh mana-mana orang kepada Menteri atau Perbadanan sebelum hari ditetapkan, dan belum selesai sebelum hari sedemikian, hendaklah, jika terdapat peruntukan yang bersamaan di bawah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 diuruskan seolah-olah telah dibuat di bawah peruntukan itu, dan jika tiada peruntukan bersamaan sedemikian wujud, permohonan atau rayuan itu hendaklah luput pada hari ditetapkan.
(3) Apa-apa lesen atau perakuan pendaftaran yang diberikan di bawah Akta termansuh hendaklah disifatkan sebagai lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 dan hendaklah sah selama tempoh enam bulan dari hari ditetapkan dan tertakluk kepada peruntukan Akta tersebut yang terpakai bagi suatu lesen atau perakuan pendaftaran atau apa-apa syarat, had atau sekatan lain yang boleh dikenakan seolah-olah ia adalah suatu lesen atau perakuan pendaftaran yang diberi di bawah Akta itu.
(4) Segala transaksi atau urus niaga yang dibuat atau dilaksanakan dengan sah, dan segala perniagaan yang dilakukan dengan sah, di bawah atau mengikut Akta termansuh oleh mana-mana orang yang dilesenkan atau didaftarkan atau disifatkan dilesenkan atau didaftarkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, hendaklah disifatkan telah dibuat, dilaksanakan atau dilakukan dengan sah dan menurut undang-undang, di bawah dan mengikut Akta Industri Pelancongan 1992, dan apa-apa hak atau liabiliti yang berbangkit daripada transaksi, urus niaga atau perniagaan sedemikian yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan, hendaklah disifatkan terus sah dan menurut undang-undang di bawah Akta Industri Pelancongan 1992.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
Kontrak sedia ada
30. Segala surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah mempunyai kuat kuasa dan kesan penuh terhadap atau menyebelahi Lembaga dan boleh dikuatkuasakan sepenuhnya dan seberkesannya seolah-olah Lembaga, dan bukannya Perbadanan, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Perbadanan, telah dinamakan di dalamnya atau telah menjadi suatu pihak kepadanya.
Penerusan prosiding jenayah dan sivil
31. (1) Pemansuhan Akta termansuh tidak menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa dan dihukum bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Akta termansuh sebelum hari ditetapkan, atau apa-apa prosiding yang dibawa atau hukuman yang dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.
(2) Apa-apa prosiding, sama ada sivil atau jenayah, atau kuasa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap Perbadanan bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.
(3) Apa-apa rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap suatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu boleh dibawa oleh atau terhadap Lembaga atau Pesuruhjaya Pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang ia boleh dibawa oleh atau terhadap Perbadanan seolah-olah Akta ini atau Akta Industri Pelancongan 1992 telah tidak diluluskan.
Menghalang anomali
32. (1) Jika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang disebutkan terdahulu dalam Akta ini Menteri boleh, melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan tersebut sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghalang anomali:
21Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.
(2) Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, penubuhan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.
JADUAL
[Subseksyen 5(4)]
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Seorang anggota Lembaga, selain daripada Ketua Pengarah, hendaklah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan adalah layak dilantik semula.
(2) Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.
(3) Seorang anggota, selain daripada Ketua Pengarah, boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Menteri.
(4) Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan mengutus surat kepada Lembaga dan kepada Menteri mengikut terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai baginya.
(5) Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Pengosongan jawatan
2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
(a) jika dia mati;
(b) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 23; atau
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
(iii) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
(c) jika dia menjadi bankrap;
(d) jika dia tidak sempurna akal atau kerana apa-apa sebab lain, tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
(e) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;
(f) sekiranya peletakan jawatannya diterima oleh Menteri, atau dalam hal Ketua Pengarah, oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri;
(g) jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
(2) Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan yang berkenaan.
Saraan
3. Maka hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat
4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi, jika Pengerusi tiada, hendaklah mempunyai kuasa untuk memanggil mesyuarat Lembaga bila masa difikirkannya perlu.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.
Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
5. Lembaga boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga) menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.
Meterai perbadanan
6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
23Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
(2) Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(3) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang dibenarkan oleh Lembaga dan segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang menghendaki dimeteraikan dengan meterai Lembaga hendaklah dimeteraikan dengan sewajarnya di hadapan dua orang anggota Lembaga yang hendaklah menandatangani tiap-tiap surat ikatan, dokumen atau surat cara sedemikian yang telah dicapkan dengan meterai itu; dan tandatangan sedemikian, tanpa pengakusaksian selanjutnya, hendaklah menjadi keterangan mencukupi bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa ia adalah meterai sah Lembaga.
(4) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penzahiran kepentingan
7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang ada mempunyai apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuarat Lembaga disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding
9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a) ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
(b) ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota Lembaga; atau
(c) ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau luar aturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
25Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 481
AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
- TIADA -
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 481
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 481
AKTA LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA 1992
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
- TIADA -