Advanced Search

Housing Loans Fund Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959881/housing-loans-fund-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
042b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
042b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … 30 Ogos 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 2 September 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999
042b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN
SUSUNAN SEKSYEN
PERUMAHAN 1971
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas
BAHAGIAN II
PEMBERIKUASAAN MENGENAI PINJAMAN
2. Kuasa bagi mendapatkan pinjaman
3. Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan
BAHAGIAN III
PENGGUNAAN PINJAMAN
4. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
4A. Menteri boleh membenarkan pembayaran
5. Penggunaan wang Kumpulan Wang
6. Pembayaran balik pinjaman
7. Menteri boleh mengeluarkan arahan
BAHAGIAN IV
KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN NEGERI
8. Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Negeri
042b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 42
BAHAGIAN V
AM Seksyen
9. Pemansuhan
JADUAL
042b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971
Suatu Akta bagi memberi kuasa supaya beberapa jumlah wang didapatkan sebagai pinjaman bagi maksud Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Persekutuan dan bagi membuat peruntukan berhubung dengan tatacara kewangan mengenai Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Persekutuan dan Negeri.
[Seluruh Malaysia—3 September 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971.
BAHAGIAN II
PEMBERIKUASAAN MENGENAI PINJAMAN
Kuasa bagi mendapatkan pinjaman
2. (1) Menteri Kewangan diberi kuasa, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, untuk mendapatkan beberapa jumlah wang dari semasa ke semasa di dalam atau di luar Persekutuan bagi maksud Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Persekutuan.
042b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 42
(2) Jumlah wang yang didapatkan di bawah Akta ini boleh didapatkan—
(a) daripada mana-mana punca di bawah apa-apa perkiraan dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Menteri Kewangan; dan
(b) melalui peruntukan dengan cara pemberian atau pemindahan wang yang dibuat menurut Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] daripada Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] kepada Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Persekutuan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan oleh Menteri Kewangan.
Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan
3. Wang pokok yang didapatkan di bawah Akta ini berserta dengan segala faedah atasnya dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan.
BAHAGIAN III
PENGGUNAAN PINJAMAN
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan
4. Tertakluk kepada seksyen 4A, hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”)—
(a) wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang didapatkan di bawah Akta ini;
(b) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen bagi maksud Kumpulan Wang;
(c) wang yang merupakan pembayaran balik wang pokok apa-apa pinjaman yang telah diberikan di bawah Akta ini dan faedah yang kena dibayar atasnya melainkan jika Menteri Kewangan membenarkan pembayaran
042b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 7
apa-apa wang sedemikian kepada mana-mana orang menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan orang itu yang di bawahnya apa-apa aset yang dibayar daripada wang Kumpulan Wang, atau apa-apa hak atau bunga yang diperoleh atau yang berbangkit daripada pemberian apa-apa pinjaman daripada wang Kumpulan Wang, telah dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu;
(d) wang yang merupakan bunga yang diterima daripada pelaburan wang Kumpulan Wang;
(e) wang yang diterima daripada penjualan atau penghasilan apa-apa aset yang telah dibayar daripada Kumpulan Wang atau daripada atau menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan mana-mana orang yang di bawahnya apa-apa aset yang dibayar daripada Kumpulan Wang, atau apa-apa hak atau bunga yang diperoleh atau yang berbangkit daripada pemberian apa-apa pinjaman daripada wang Kumpulan Wang, telah dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu; dan
(f) wang lain yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud Kumpulan Wang.
Menteri boleh membenarkan pembayaran
4A. Walau apa pun peruntukan seksyen 4 dan Akta Tatacara Kewangan 1957, Menteri Kewangan boleh membenarkan—
(a) pembayaran ke dalam Akaun Hasil Disatukan dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan kesemua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana wang Kumpulan Wang yang diterima daripada atau menurut apa-apa perkiraan yang dibuat dengan mana-mana orang yang di bawahnya apa-apa aset yang dibayar daripada wang Kumpulan Wang, atau apa-apa hak atau bunga yang diperoleh atau yang berbangkit daripada pemberian apa-apa pinjaman daripada wang Kumpulan Wang, telah dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu;
(b) pembayaran kepada mana-mana orang apa-apa wang Kumpulan Wang menurut apa-apa perkiraan yang
042b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 42
dibuat dengan orang itu yang di bawahnya apa-apa aset yang dibayar daripada wang Kumpulan Wang, atau apa-apa hak atau bunga yang diperoleh atau yang berbangkit daripada pemberian apa-apa pinjaman daripada wang Kumpulan Wang, telah dijual, dilupuskan atau dipindahkan kepada orang itu.
Penggunaan wang Kumpulan Wang
5. (1) Wang Kumpulan Wang hendaklah digunakan dan diperuntukkan bagi maksud memberikan pinjaman mengikut apa- apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri Kewangan kepada mana-mana orang—
(a) yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam yang disebut dalam Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan;
(b) yang menjadi Anggota pentadbiran dalam Persekutuan atau sesuatu Negeri sebagaimana yang ditakrifkan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan;
(c) yang menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi;
(d) yang menjadi anggota Perkhidmatan Parlimen sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 [Akta 394];
(e) yang menjadi anggota salah satu Majlis Parlimen;
(f) yang menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat;
(g) yang menjadi anggota sesuatu Dewan Undangan Negeri;
(h) yang menjadi pekerja mana-mana badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan;
(i) yang menjadi suami atau isteri mana-mana orang yang telah mati (yang sebelum kematiannya layak, oleh sebab dia termasuk dalam salah satu daripada kategori orang yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (h) subseksyen ini, untuk diberi suatu pinjaman) sebagaimana yang diputuskan oleh Menteri Kewangan menurut budi bicaranya, tetapi pinjaman itu, jika diberikan, tidak boleh melebihi jumlah pinjaman yang
042b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 9
layak diterima oleh orang yang mati itu sebelum kematiannya; atau
(j) yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan melalui perintah dalam Warta,
untuk membolehkan atau membantu orang itu—
(aa) membeli tanah, sama ada dengan rumah kediaman di atasnya atau tidak;
(bb) membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah itu; atau
(cc) menyelesaikan kesemua atau sebahagian daripada hutang atau hutang-hutang yang dilakukan pada membeli tanah, sama ada dengan rumah kediaman di atasnya atau t idak, atau pada membina rumah kediaman dan jalan sebagai jalan masuk ke rumah itu, sebelum pinjaman diberikan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (7) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan, seseorang yang pada masa yang sama memegang dua kedudukan atau jawatan yang diperihalkan dalam subseksyen (1) atau lebih layak memohon pinjaman berkenaan dengan satu kedudukan atau jawatan sahaja, dan seseorang yang telah diberi pinjaman di bawah subseksyen (1) tidaklah layak memohon pinjaman lain di bawah subseksyen itu berkenaan dengan apa-apa kedudukan atau jawatan lain yang dipegangnya kemudian.
(3) Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh ditafsirkan sebagai menghalang seseorang yang telah diberi pinjaman daripada mendapatkan—
(a) baki jumlah yang layak didapatinya; atau
(b) baki jumlah yang mungkin layak didapatinya oleh sebab apa-apa pertukaran kedudukan atau jawatan.
(4) Seseorang yang layak memohon pinjaman daripada Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang mengendalikan skim pinjaman perumahannya sendiri tidaklah layak mendapat pinjaman di bawah subseksyen (1).
042b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 42
Pembayaran balik pinjaman
6. (1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 13(2) Akta Tatacara Kewangan 1957—
(a) wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang didapatkan di bawah peruntukan Akta ini berserta dengan faedah yang kena dibayar atasnya, hendaklah, tertakluk kepada perenggan (b), dibayar balik daripada Kumpulan Wang itu; dan
(b) Menteri Kewangan boleh membenarkan supaya dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan apa-apa bahagian daripada bunga sebagaimana yang ditentukan olehnya yang kena dibayar dalam perenggan (a).
(2) Jika wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang itu tidak cukup untuk membayar balik kesemua wang yang didapatkan itu atau sebahagian daripadanya berserta dengan bunga yang kena dibayar atasnya, Menteri Kewangan hendaklah memperuntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan dan membayar balik wang yang belum dibayar itu berserta dengan bunga atasnya.
Menteri boleh mengeluarkan arahan
7. Menteri Kewangan boleh mengeluarkan arahan yang tidak berlawanan dengan Akta ini mengenai pengurusan dan pengendalian Kumpulan Wang itu.
BAHAGIAN IV
KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN NEGERI
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan Negeri
8. (1) Bahagian III Akta ini hendaklah dipakai bagi Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan bagi sesuatu Negeri sebagaimana yang peruntukan itu dipakai bagi Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957, dan sebutan dalam Bahagian itu mengenai Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua yang tersebut itu hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
042b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 11
(2) Berhubung dengan pemakaian Bahagian III Akta ini bagi Kumpulan Wang P in jaman Pe rumahan sesua tu Neger i sebagaimana yang disebut di atas—
(a) sebutan dalam Bahagian itu yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual kepada Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan yang dinyatakan dalam ruang kedua yang bersetentangan dalam Jadual tersebut;
(b) perenggan 5(1)(c), (d), (e) dan (f) tidaklah dipakai.
BAHAGIAN V AM
Pemansuhan
9. Ordinan No. 48 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970 [P.U.(A) 301/1970] dimansuhkan.
JADUAL
[Seksyen 8]
Sebutan-sebutan dalam Bahagian III Tafsiran berhubung dengan pemakaian Bahagian III Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan bagi sesuatu Negeri
1. Persekutuan … … … Negeri
2. Parlimen … … … … Dewan Undangan Negeri
3. Menteri Kewangan … … Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi sesuatu Negeri, dan bagi Sabah, Menteri yang bertanggungjawab bagi kewangan dalam Negeri itu
4. Anggota perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam bagi sesuatu Negeri)
Anggota perkhidmatan awam bagi sesuatu Negeri
042b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 42
Sebutan-sebutan dalam Bahagian III Tafsiran berhubung dengan pemakaian Bahagian III Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan bagi sesuatu Negeri
5. Wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang didapatkan di bawah peruntukan Akta ini
Wang yang merupakan hasil pendapatan daripada pinjaman yang didapatkan di bawah kuasa undang- undang Negeri bagi maksud Kumpulan Wang itu
6. Subseksyen 13(2) Akta Tatacara Kewangan 1957
Subseksyen 27(2) Akta Tatacara Kewangan 1957
042b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
13
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta A326 Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 1976
03-09-1971
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
29-08-1975
Akta A438 Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 1978
19-05-1978; s. 4(c): 03-09-1971
Akta A453 Akta Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Pinjaman (Pindaan) 1979
s. 2 & 3: 01-01-1978; s. 4: 03-09-1971
Akta A780 Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 1990
01-07-1980
Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994
Akta A1225 Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan (Pindaan) 2004
01-09-2004
042b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 6:37 PM
14
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 42
AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang Akta A438 19-05-1978
2 Akta A438 19-05-1978
Akta A453 01-01-1978
4 Akta A1225 01-09-2004
4A Akta A1225 01-09-2004
5 Akta A326 03-09-1971
Akta A438 19-05-1978 kecuali s.5(iv) 03-09-1971
Akta A453 03-09-1971
Akta A780 01-07-1980
8 Akta A326 03-09-1971
Akta A438 19-05-1978
042b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 6:37 PM