Advanced Search

Loan (International Tin Buffer Stock) Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959880/loan-%2528international-tin-buffer-stock%2529-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
041b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 41
AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH
ANTARABANGSA) 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
041b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … 30 Ogos 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 2 September 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999
041b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 41
AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL
SUSUNAN SEKSYEN
TIMAH ANTARABANGSA) 1971
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
2. Tafsiran
3. Kuasa untuk mendapatkan pinjaman
4. Pinjaman hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan
5. Menggunakan pinjaman
6. Membayar balik pinjaman
041b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
041b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 41
AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971
Suatu Akta bagi membenarkan wang sebanyak tidak lebih daripada sembilan puluh dua juta ringgit dipinjam untuk membiayai pembayaran bahagian Malaysia dalam Stok Penimbal yang akan ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971, dan bagi maksud yang bersampingan dengannya.
[Seluruh Malaysia—1 Julai 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pinjaman (Stok Penimbal Timah Antarabangsa) 1971, dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 1 Julai 1971.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini bertanggungjawab bagi kewangan;
“padat timah” mempunyai erti yang diberikan kepada istilah itu oleh Akta Kawalan Timah 1954 [Akta 362];
“Stok Penimbal” ertinya Stok Penimbal yang ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971;
041b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 41
“Stok Penimbal Keempat” ertinya Stok Penimbal yang akan ditubuhkan di bawah Perkara 20 Perjanjian Timah Antarabangsa 1971.
Kuasa untuk mendapatkan pinjaman
3. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Menteri dibenarkan, dari semasa ke semasa, mendapatkan wang dari dalam atau luar Malaysia, kesemuanya sebanyak tidak lebih daripada sembilan puluh dua juta ringgit.
(2) Semua wang yang didapatkan di bawah Akta ini hendaklah didapatkan dengan jalan pinjaman, dari dalam atau luar Malaysia, dan atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Menteri.
Pinjaman hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan
4. Wang pokok yang diperoleh di bawah Akta ini serta semua bunganya dipertanggungkan pada Kumpulan Wang Disatukan.
Menggunakan pinjaman
5. Wang yang diperoleh di bawah Akta ini hendaklah digunakan dan diuntukkan bagi maksud membayar sumbangan Malaysia kepada Stok Penimbal Keempat; dan Menteri boleh menggunakan mana-mana wang itu untuk membeli logam timah setakat yang Malaysia dikehendaki atau dibenarkan menyumbangkan logam timah kepada Stok Penimbal Keempat.
Membayar balik pinjaman
6. (1) Walau apa pun peruntukan subseksyen 13(2) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya hendaklah dibayar balik daripada hasil pendapatan apa-apa levi yang kena dibayar atas padat timah yang dilombong dalam Malaysia dan yang dikenakan dengan nyata bagi maksud ini.
(2) Jika kesemua wang yang diperoleh di bawah Akta ini serta bunga yang kena dibayar atasnya tidak dibayar balik dalam
041b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
Pinjaman (Stok Penimbal Timah Antarabangsa) 7
tempoh dua t ahun da r i t a r ikh t amat Pe r j an j i an T imah Antarabangsa 1971 Menteri hendaklah menguntukkan daripada Kumpulan Wang Disatukan dan membayar balik jumlah wang yang belum dibayar itu serta bunga yang kena dibayar atasnya.
041b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 6:46 PM
8
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 41
AKTA PINJAMAN (STOK PENIMBAL TIMAH ANTARABANGSA) 1971
SENARAI PINDAAN
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
– TIADA –
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
– TIADA –
041b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 6:46 PM