Advanced Search

Synod of the Diocese of West Malaysia (Incorporation) Act 1971[Act 36]


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959875/synod-of-the-diocese-of-west-malaysia-%2528incorporation%2529-act-1971%255bact-36%255d.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
036b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 36
AKTA (PERBADANAN) SYNOD DIOCESE
MALAYSIA BARAT 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
036b.fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA (PERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … 30 Ogos 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 2 September 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999
036b.fm Page 2 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 36
AKTA (PERBADANAN) SYNOD DIOCESE
SUSUNAN SEKSYEN
MALAYSIA BARAT 1971
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Perbadanan, dll.
3. Meterai perbadanan bagi Perbadanan, dll.
4. Pindah hakmilik harta tertentu
5. Pemansuhan
036b.fm Page 3 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
036b.fm Page 4 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 36
AKTA (PERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971
Suatu Akta bagi memperbadankan Synod Diocese Malaysia Barat.
[Semenanjung Malaysia—3 September 1971]
BAHAWASANYA pada 8 April 1970 Synod Diocese Malaysia Barat telah ditubuhkan di Malaysia mengikut kuasa yang diberikan oleh Archbishop of Canterbury, sebagai Metropolitan yang mempunyai bidang kuasa mengenai Mazhab Anglican dalam Semenanjung Malaysia:
DAN BAHAWASANYA Synod Diocese Malaysia Barat berhak menerima faedah dari harta alih dan harta tak alih tertentu dalam Semenanjung Malaysia yang pada masa ini terletak hak pada Setiausaha Synod Diocese Singapura yang ditubuhkan di bawah Ordinan Synod Diocese Singapura 1958 [Ord. 67 tahun 1958]:
DAN BAHAWASANYA adalah suai manfaat diperbadankan Synod Diocese Malaysia Barat dan penggantinya:
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Perbadanan) Synod Diocese Malaysia Barat 1971.
Perbadanan, dll.
2. (1) Synod Diocese Malaysia Barat dan penggantinya hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan hendaklah kekal turun-
036b.fm Page 5 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 36
temurun dengan nama “Synod Diocese Malaysia Barat” kemudian daripada ini disebut Perbadanan dan hendaklah menjadi badan yang berkuasa mentadbirkan Mazhab Anglican dalam Semenanjung Malaysia.
(2) Perbadanan boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, memindahkan hakmilik, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemis, menyerahhakkan semula atau secara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih yang terletakhak pada Perbadanan dan boleh meminjamkan atau meminjam wang mengikut syarat yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tetap Perbadanan, kemudian daripada ini disebut Jawatankuasa Tetap, dan minit Jawatankuasa Tetap itu adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai syarat tersebut.
(3) Perbadanan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya mengenai hartanya dan selainnya dalam semua mahkamah keadilan dan mengenai semua perkara dan guaman.
Meterai perbadanan bagi Perbadanan, dll.
3. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, dan meterai itu bolehlah dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa Tetap.
(2) Meterai Perbadanan tidak boleh dicapkan pada apa-apa surat ikatan, suratan atau surat cara lain kecuali mengikut kuasa suatu ketetapan Jawatankuasa Tetap dan di hadapan dua orang ahli Jawatankuasa Tetap, seorang daripadanya ialah Biskop Diocese Malaysia Barat atau Vicar-General yang dilantik oleh Biskop atau oleh Archbishop of the Province of the Anglican Church in South-east Asia semasa berlakunya kekosongan jawatan See Malaysia Barat atau Canselor, Bendahari, atau Setiausaha Perbadanan.
(3) Semua surat ikatan, suratan dan surat cara lain yang dikehendaki dimeterai dengan meterai Perbadanan hendaklah dimeterai dengan meterai Perbadanan dan hendaklah juga ditandatangani oleh dua orang saksi yang disebut dalam subseksyen (2).
036b.fm Page 6 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
(Perbadanan) Synod Diocese Malaysia Barat 7
(4) Tandatangan itu adalah keterangan yang cukup bahawa meterai tersebut telah dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai tersebut adalah meterai Perbadanan yang sah.
(5) Suatu perakuan yang berupa ditandatangani oleh Biskop Diocese Malaysia Barat atau, jika dia tidak ada, oleh Vicar- General yang dilantik oleh Biskop atau oleh Archbishop of the Province of the Anglican Church in South-east Asia semasa berlakunya kekosongan jawatan See Malaysia Barat adalah menjadi keterangan yang cukup mengenai orang yang dari semasa ke semasa menjadi ahli Jawatankuasa Tetap dan orang yang menjadi Canselor, Bendahari dan Setiausaha Perbadanan.
Pindah hakmilik harta tertentu
4. (1) Setiausaha Synod Diocese Singapura yang diperbadankan di bawah Ordinan Synod Diocese Singapura 1958 yang padanya terletakhak semua harta alih dan harta tak alih yang bertempat dalam Semenanjung Malaysia yang dipunyai oleh Perbadanan sebelum sahaja Akta ini mula berkuat kuasa adalah dengan ini dilucutkan haknya mengenai semua harta alih dan harta tak alih itu dan semua harta, hak dan kepentingan mengenainya.
(2) Semua harta alih dan harta tak alih yang disebut dalam subseksyen (1) dan semua har ta , hak dan kepent ingan mengenainya adalah dengan ini terletakhak pada Perbadanan mengenai masing-masing harta, hak dan kepentingan yang baginya ia dipegang dan Perbadanan adalah berkuasa penuh untuk mengendalikan harta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 2(2).
(3) Pentadbir Tanah atau Pendaftar Hakmilik yang berkenaan hendaklah menggantikan nama pemegang berdaftar dengan nama Perbadanan berkenaan dengan apa-apa kepentingan berdaftar mengenai harta tak alih dalam Semenanjung Malaysia yang dahulunya terletak hak pada Setiausaha Synod Diocese Singapura.
Pemansuhan
5. Ordinan Synod Diocese Singapura 1958 adalah dengan ini dimansuhkan.
036b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
8
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 36
AKTA (PERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta A983 Akta (Perbadanan) Synod Diocese Malaysia Barat (Pindaan) 1997
02-02-1996
036b.fm Page 8 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM
9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 36
AKTA (PERBADANAN) SYNOD DIOCESE MALAYSIA BARAT 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
3 Akta A983 02-02-1996
036b.fm Page 9 Tuesday, March 28, 2006 8:53 AM