Advanced Search

Universities and University Colleges Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959873/universities-and-university-colleges-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
030b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 30
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
030b.fm Page 1 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 27 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta… … … 29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999
030b.fm Page 2 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 30
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI
SUSUNAN SEKSYEN
1971
BAHAGIAN I
PERMULAAN Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
PELAJARAN TINGGI
3. Tanggungjawab Menteri
4. Kuasa Menteri untuk melantik orang atau badan untuk menyiasat
BAHAGIAN III
UNIVERSITI
5. Larangan tentang penubuhan Universiti
5A. Akta tidak terpakai kepada Universiti yang ditubuhkan di bawah triti, dsb.
6. Memperbadankan dan menubuhkan suatu Universiti
7. Kesan Perintah Perbadanan dan kuasa am institusi pelajaran tinggi yang merupakan suatu Universiti
8. Perlembagaan Universiti
9. Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamat penyampaian di Malaysia
10. Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti
11. Bantuan wang dan akaun
12. Penubuhan Kampus bagi sesuatu Universiti
030b.fm Page 3 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
Seksyen
13. Pengambilan tanah bagi maksud Universiti
14. Pengecualian daripada duti harta pusaka
15. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor
15A. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang
15B. Tanggungan jenayah pemegang jawatan, dll., pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
15C. Anggapan
15D. Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah atau yang terhadapnya suatu kesalahan jenayah dibuktikan
16. Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana- mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
16A. Tatatertib kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti
16B. Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti
16C. Kaedah-kaedah tatatertib
16D. Surcaj
17. Perlembagaan hendaklah mengadakan perlindungan faedah di bawah skim kumpulan wang simpanan
18. Peruntukan peralihan
BAHAGIAN IV
KOLEJ UNIVERSITI
19. Larangan ke atas penubuhan Kolej Universiti
20. Perbadanan dan penubuhan sesuatu Kolej Universiti
21. Perlembagaan Kolej Universiti
22. Pemakaian peruntukan dalam Bahagian III kepada Bahagian ini
BAHAGIAN V
AM
23. Kesalahan menubuhkan Universiti atau Kolej Universiti
030b.fm Page 4 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 5
Seksyen
24. Larangan tertentu terhadap “Universiti” atau “Kolej Universiti”
24A. Penyampaian
24B. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
24C. Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
24D. Pekhidmat awam
25. Universiti yang sedia ada
26. Pengecualian
27. Pemansuhan
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
030b.fm Page 5 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
030b.fm Page 6 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 30
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
Suatu Akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbirkan Universiti dan Kolej Universiti dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya.
[ Seluruh Malaysia—30 April 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini— “Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya
Canselor Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan gelaran apa jua disebut, yang dilantik sebagai Ketua sesuatu Universiti dan “Pro-Canselor” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Fakulti”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Fakulti Universiti itu dan termasuklah Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut bagi Universiti itu dan berhubung dengan Kampus Universiti termasuklah mana-mana bahagian Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut yang ditetapkan bagi Kampus itu;
030b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
“Institusi Pelajaran Tinggi” ertinya mana-mana Universiti atau Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
“Kampus”, berhubung dengan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti, ertinya Kampus Universiti atau Kolej Universiti itu;
“Lembaga”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Lembaga Pengarah Universiti itu yang ditubuhkan mengikut Perlembagaan Universiti itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pendidikan;
“Naib Canselor”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Naib Canselor, Presiden, Rektor atau Pengarah Universiti itu dan termasuklah mana-mana orang lain, dengan gelaran apa jua disebut, yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Universiti itu dan “Timbalan Naib Canselor” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“pelajar” ertinya seseorang pelajar berdaftar yang mengikuti kursus pengajian secara penuh masa atau sambilan di Universiti;
“Pelajaran tinggi” termasuklah pelajaran Universiti dan Kolej Universiti;
“Pelajaran Universiti atau Kolej Universiti” ertinya pelajaran yang diadakan oleh Universiti atau Kolej Universiti;
“Perlembagaan”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Perlembagaan Universiti itu yang secara substansialnya adalah dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;
“Senat”, berhubung dengan sesuatu Universiti, ertinya Senat bagi Universiti itu;
“Universiti” atau “Kolej Universiti” masing-masing ertinya suatu institusi pelajaran tinggi bertaraf Universiti atau Kolej Universiti.
BAHAGIAN II
PELAJARAN TINGGI
Tanggungjawab Menteri
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri bertanggungjawab bagi pengarahan am pelajaran tinggi dan
030b.fm Page 8 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 9
pentadbiran Akta ini yang hendaklah selaras dengan dasar, strategi dan garis panduan kebangsaan mengenai pendidikan tinggi yang dibentuk atau yang ditentukan oleh suatu pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis bagi maksud itu.
Kuasa Menteri untuk melantik orang atau badan untuk menyiasat
4. Bagi maksud membolehkan Menteri menjalankan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan terhadap pelajaran tinggi dan pentadbiran Akta ini, Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melantik mana-mana orang atau badan bagi menyiasat apa-apa kegiatan atau pentadbiran mana-mana institusi pelajaran tinggi dan melaporkan kepadanya keputusan penyiasatan itu serta syor yang berhubungan dengannya.
BAHAGIAN III UNIVERSITI
Larangan tentang penubuhan Universiti
5. Tertakluk kepada seksyen 5A, tiada institusi pelajaran tinggi bertaraf Universiti boleh ditubuhkan kecuali mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia penubuhannya.
Akta tidak terpakai kepada Universiti yang ditubuhkan di bawah triti, dsb.
5A. (1) Peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti yang dibenarkan ditubuhkan di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Yang di- Pertuan Agong di bawah subseksyen (2) dan mana-mana institusi pelajaran tinggi swasta yang diberi taraf Universiti atau Kolej Universiti di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta membenarkan penubuhan sesuatu institusi pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti, apa jua nama atau gelarannya, jika dia berpuas hati bahawa ia akan ditubuhkan menurut sesuatu triti, perjanjian atau konvensyen antara Malaysia
030b.fm Page 9 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
dengan mana-mana negara lain atau menurut mana-mana per j an j i an an ta ra Malays i a dengan sesua tu o rgan i sas i antarabangsa.
Memperbadankan dan menubuhkan suatu Universiti
6. (1) Jika, Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan negara supaya suatu Universiti ditubuhkan dia boleh dengan perintah—
(a) mengisytiharkan ditubuhkan suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud mengadakan, memajukan dan mengembangkan pelajaran tinggi dalam semua cawangan pelajaran mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b) memberikan nama dan gelaran kepada Universiti itu; dan
(c) menetapkan letaknya tapak tempat Universiti itu akan didirikan.
(2) Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) (kemudian dar ipada ini disebut “Perintah Perbadanan”) hendaklah dibentangkan dalam mesyuarat kedua-dua Majlis Parlimen yang akan datang.
Kesan Perintah Perbadanan dan kuasa am institusi pelajaran tinggi yang merupakan suatu Universiti
7. (1) Apabila Perintah Perbadanan yang dibuat di bawah seksyen 6 mula berkuat kuasa, suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Universiti, dengan nama dan gelaran yang diberikan kepadanya oleh Perintah itu, hendaklah disifatkan sebagai telah ditubuhkan, dan dengan namanya itu Canselor, Naib Canselor dan ahli pada masa itu bagi Lembaga dan Senat hendaklah disifatkan menjadi suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun dan dengan kuasa penuh, menurut dan atas namanya itu—
(a) untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalam semua mahkamah;
030b.fm Page 10 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 11
(b) untuk memiliki dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan mengubah meterai itu mengikut kehendaknya;
(c) untuk membeli apa-apa harta alih atau harta tak alih dan mengambil, menerima dan memegang apa-apa harta yang terletak hak padanya oleh sebab sesuatu pembelian itu atau menurut apa-apa pemberian atau derma, pajakan, subsidi, legasi, pemberian berwasiat atau selainnya;
(d) untuk menjual, memajakkan, menukar atau pun selainnya melupuskan mana-mana harta itu dengan apa-apa cara yang tidak berlawanan dengan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan; dan
(e) untuk menjalankan, menyempurnakan dan melaksanakan semua kuasa, kewajipan dan fungsi yang diberikan atau ditanggungkan ke atas Universiti itu oleh Akta ini atau Perlembagaan.
(2) Kuasa yang diberikan kepada sesuatu Universiti oleh subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Lembaga melainkan jika selainnya diperuntukkan oleh Akta ini atau Perlembagaan.
Perlembagaan Universiti
8. (1) Perlembagaan sesuatu Universiti hendaklah mengandungi peruntukan bagi semua perkara yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.
(2) Jika pada bila-bila masa Perlembagaan sesuatu Universiti tidak mengandungi peruntukan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini, Lembaga hendaklah mengambil langkah yang perlu bagi mengadakan peruntukan tersebut atau membuang peruntukan yang berlawanan dalam Perlembagaan itu.
(3) Dengan tidak menyentuh subseksyen (2), Yang di-Pertuan Agong boleh, pada bila-bila masa, meminda Perlembagaan sesuatu Universiti supaya sesuai dengan peruntukan dalam Jadual Pertama kepada Akta ini.
030b.fm Page 11 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(4) Peruntukan Perlembagaan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.
(5) Apa-apa perkara yang dilakukan atau apa-apa pelantikan yang dibuat untuk dan bagi pihak Universiti sebelum tarikh Perlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh atau bagi pihak Universiti itu.
Universiti hendaklah mengadakan pejabat sebagai alamat penyampaian di Malaysia
9. (1) Setiap Universiti hendaklah mengadakan dan menyelenggara suatu pejabat yang terletak dalam Malaysia, dan pejabat itu menjadi alamat penyampaian bagi Universiti untuk segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman, waran atau segala jenis langkah prosiding dan perhubungan bertulis yang lain.
(2) Segala writ, surat tuntutan, notis, surat guaman, perintah, saman, waran atau prosiding lain atau perhubungan bertulis lain, jika ditinggalkan di pejabat yang diadakan dan diselenggara di bawah subseksyen (1), hendaklah disifatkan dalam segala prosiding dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai telah disampaikan atau diserahkan dengan sempurnanya pada sesuatu Universiti atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa yang kepadanya ia telah dialamatkan.
Salinan Statut, dsb., hendaklah disimpan di pejabat Universiti
10. Setiap Universiti hendaklah menyimpan di pejabat yang disebut dalam seksyen 9 suatu salinan setiap Statut, Kaedah, Peraturan atau suratan lain semasa yang dikehendaki disiarkan di bawah Akta ini atau Perlembagaan, dan salinan itu hendaklah sentiasa boleh didapati pada setiap masa yang munasabah untuk diperiksa oleh orang awam dan jika mana-mana buku atau salinan suratan dikehendaki oleh Akta ini atau Perlembagaan supaya diadakan untuk dibeli oleh orang awam, buku atau salinan itu hendaklah sentiasa diadakan untuk dibeli di pejabat itu atau di sesuatu tempat lain di Malaysia sebagaimana yang difikirkan patut oleh Universiti.
030b.fm Page 12 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 13
Bantuan wang dan akaun
11. (1) Parlimen boleh dari semasa ke semasa memberikan bantuan wang kepada sesuatu Universiti.
(2) Semua wang yang dibayar kepada sesuatu Universiti di bawah subseksyen (1) hendaklah digunakan atau dibelanjakan oleh Universiti itu bagi semua atau mana-mana daripada maksud Universiti itu mengikut anggaran yang diluluskan di bawah peruntukan Perlembagaan:
Dengan syarat bahawa mana-mana wang yang diperuntukkan itu dan tidak digunakan bagi maksud perbelanjaan ulang tahunan Universiti itu boleh, dengan kelulusan Menteri, digunakan bagi perbelanjaan modal.
(3) Satu salinan akaun Universiti bagi setiap satu tahun kewangan hendaklah disediakan dan dihantar untuk diaudit sebelum 30 Julai selepas sahaja tahun kewangan itu; dan akaun itu serta laporan juruaudit hendaklah dihantar kepada Menteri.
(4) Menteri hendaklah menyebabkan supaya suatu salinan akaun Universiti itu yang telah diaudit dibentangkan dalam kedua-dua Majlis Parlimen.
Penubuhan Kampus bagi sesuatu Universiti
12. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta (kemudian daripada ini disebut “Perintah Kampus”)—
(a) menubuhkan suatu Kampus Universiti;
(b) memberikan suatu nama yang sesuai bagi Kampus itu;
(c) menentukan tapak atau tempat Kampus itu yang menjadi sebagai tambahan kepada Kampus tempat Universiti itu didirikan;
(d) mengadakan Fakulti bagi Kampus itu;
(e) menentukan jabatan pengajian yang terkandung dalam Fakulti itu; dan
030b.fm Page 13 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(f) menetapkan perkara lain sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan Perintah Kampus itu.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa, meminda, mengubah atau membatalkan sesuatu Perintah Kampus dengan suatu perintah yang kemudian yang disiarkan dalam Warta.
Pengambilan tanah bagi maksud Universiti
13. (1) Apabila apa-apa harta tak alih yang bukan tanah Kerajaan atau tanah rizab atau tanah yang terletak hak pada sesuatu Negeri atau pada Persekutuan atau tidak diduduki atau digunakan oleh Persekutuan atau pihak berkuasa awam bagi maksud Persekutuan dikehendaki bagi maksud Universiti dan tidak dapat diperoleh dengan cara persetujuan, harta itu boleh diperoleh mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam, yang pada masa itu berkuat kuasa di Negeri tempat harta itu terletak, dan apa-apa akuan yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu yang menyatakan bahawa tanah itu dikehendaki sedemikian itu boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar dari wang Universiti, dan akuan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah ia suatu akuan bahawa tanah itu dikehendaki bagi suatu maksud awam dan dibuat mengikut undang-undang bertulis itu.
(2) Perbelanjaan dan pampasan mengenai mana-mana harta tak alih yang diperoleh di bawah subseksyen (1) hendaklah dibayar oleh Universiti.
(3) Semua harta tak alih yang diperoleh di bawah seksyen ini hendaklah terletak hak pada Universiti dan suatu catatan yang bermaksud demikian itu hendaklah dibuat dalam daftar yang berkenaan oleh pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan.
Pengecualian daripada duti harta pusaka
14. Tiada duti harta pusaka kena dibayar bagi apa-apa jumlah pemberian wasiat kepada sesuatu Universiti, dan nilai harta yang berpindah apabila mati seseorang hendaklah disifatkan sebagai tidak termasuk jumlah pemberian wasiat itu bagi maksud menetapkan kadar duti harta pusaka.
030b.fm Page 14 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 15
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor
15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.
(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.
(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh di tafs i rkan sebagai menyatakan sokongan, s impat i a tau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang bo leh d i t a f s i rkan sebaga i menya takan sokongan , simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati
030b.fm Page 15 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang memungut wang
15A. (1) Tiada seseorang pelajar Universiti, atau sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, boleh, di dalam atau di luar Kampus, atau di dalam atau di luar Malaysia, memungut atau cuba memungut, atau menganjurkan atau cuba menganjurkan apa- apa pemungutan, atau membuat apa-apa rayuan secara lisan atau secara bertulis atau selainnya atau cuba membuat sesuatu rayuan itu untuk, apa-apa wang atau harta lain daripada sesiapa jua, iaitu bukan wang atau harta yang genap atau hampir genap masanya diperoleh di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis, kontrak atau kewajipan lain di sisi undang-undang.
(2) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(3) Menteri boleh, dalam sesuatu kes tertentu, menurut budi bicara mutlaknya memberikan pengecualian kepada sesiapa jua daripada kuat kuasa subseksyen (1), tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.
(4) Tanpa menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain berhubung dengan pewakilan kuasa, Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta , mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (3) kepada Naib Canselor mengenai pemungutan wang dalam Kampus daripada orang dalam Kampus, tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberitahuan itu.
030b.fm Page 16 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 17
(5) Peruntukan seksyen ini tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pungutan rumah ke rumah dan di jalan, pungutan awam, atau pungutan wang atau jualan lencana.
Tanggungan jenayah pemegang jawatan, dll., pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
15B. (1) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan di bawah mana- mana undang-undang bertulis, sama ada atau tidak seseorang telah disabitkan atasnya, dan kesalahan itu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan atas nama atau bagi pihak sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang lain, tiap-tiap pemegang jawatan bagi pertubuhan, badan atau kumpulan itu dan tiap-tiap orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu pada masa berlakunya kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh undang-undang bagi kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan dengan memuaskan mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang sewajarnya untuk mencegah berlakunya kesalahan itu.
(2) Seseorang pemegang jawatan bagi, atau seseorang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan seperti yang disebut dalam subseksyen (1) boleh didakwa di bawah seksyen ini, walaupun dia mungkin telah tidak mengambil bahagian dalam melakukan kesalahan itu.
(3) Dalam sesuatu pendakwaan di bawah seksyen ini terhadap seseorang pemegang jawatan bagi, atau terhadap seseorang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan seperti yang disebut dalam subseksyen (1), apa-apa dokumen yang dijumpai dalam milik seseorang pemegang jawatan bagi, atau orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan, pertubuhan, badan atau kumpulan itu, atau dalam milik seseorang ahli pertubuhan, badan atau kumpulan itu adalah menjadi keterangan prima facie mengenai kandungannya bagi maksud membuktikan bahawa
030b.fm Page 17 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
sesuatu telah dilakukan atau berupa sebagai telah dilakukan oleh atau bagi pihak pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Anggapan
15C. Dalam sesuatu pendakwaan di bawah Akta ini—
(a) tidaklah perlu bagi pihak pendakwa membuktikan bahawa sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang mempunyai sesuatu nama atau bahawa ia telah ditubuhkan atau biasanya dikenali dengan sesuatu nama tertentu;
(b) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli, meterai, panji-panji atau insignia bagi, atau yang berhubungan dengan, atau berupa sebagai yang berhubungan dengan, sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milik, simpanan atau di bawah kawalan seseorang, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu seorang ahli pertubuhan, badan atau kumpulan itu, dan pertubuhan, badan atau kumpulan itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai wujud pada masa buku, akaun, tulisan, senarai ahli, meterai, panji-panji atau insignia itu dijumpai sedemikian; dan
(c) jika apa-apa buku, akaun, tulisan, senarai ahli, meterai, panji-panji atau insignia bagi, atau yang berhubungan dengan, sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan orang dijumpai dalam milik, simpanan atau di bawah kawalan seseorang, hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa orang itu membantu dalam pengurusan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Penggantungan dan pembuangan pelajar yang dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah atau yang terhadapnya suatu kesalahan jenayah dibuktikan
15D. (1) Jika seseorang pelajar Universiti dipertuduh atas suatu kesalahan jenayah, dia hendaklah dengan itu serta-merta digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti dan dia tidak boleh, dalam masa menunggu keputusan prosiding jenayah
030b.fm Page 18 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 19
itu, tinggal atau masuk dalam Kampus Universiti itu atau Kampus mana-mana Universiti lain.
(2) Jika mahkamah mendapati sesuatu pertuduhan atas suatu kesalahan jenayah dibukt ikan terhadap seorang pela jar Universiti, pelajar itu dengan itu serta-merta terhenti menjadi seorang pelajar Universiti itu dan dia tidak boleh tinggal atau masuk dalam Kampus Universiti itu atau Kampus mana- mana Universiti lain.
(3) Seseorang pelajar Universiti yang ditahan, atau yang tertakluk kepada apa-apa perintah yang mengenakan sekatan ke atasnya, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tahanan pelindungan atau keselamatan dalam negeri dengan itu serta-merta terhenti menjadi seorang pelajar Universiti itu dan dia tidak boleh tinggal atau masuk dalam Kampus Universiti itu atau Kampus mana-mana Universiti lain.
(4) Seseorang pelajar Universiti yang digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti di bawah subseksyen (1) tidak boleh, semasa dia digantung sedemikian, diterima menjadi seorang pelajar mana-mana Universiti lain dalam Malaysia tanpa kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, menurut budi bicara mutlaknya.
(5) Seseorang pelajar Universiti yang terhenti menjadi seorang pelajar Universiti di bawah subseksyen (2) atau (3) tidak boleh diterima menjadi seorang pelajar Universiti itu atau mana- mana Universiti lain dalam Malaysia tanpa kelulusan bertulis Menteri, dan jika Menteri memberikan kelulusan itu, Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, menurut budi bicara mutlaknya.
(6) Seseorang yang tinggal atau masuk dalam Kampus mana- mana Universiti bersalahan dengan subseksyen (1), (2) atau (3) atau yang dapat masuk menjadi pelajar mana-mana Universiti bersalahan dengan subseksyen (4) atau (5) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
(7) Subseksyen (1), (2), (3), (4) dan (5) hendaklah terpakai bagi seseorang walaupun keputusan masih ditunggu dalam mana-
030b.fm Page 19 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa lain mengenai apa-apa permohonan, petisyen, rayuan atau apa-apa jua prosiding lain yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain berkenaan dengan prosiding jenayah, tahanan, atau perintah yang mengenakan sekatan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan:
Dengan syarat bahawa selepas sahaja diputuskan permohonan petisyen, rayuan atau prosiding lain Menteri boleh, menurut budi bicara mutlaknya, memberi perhatian kepada keputusan itu dan memberikan pengecualian kepada pelajar itu daripada kuat kuasa subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan menurut budi bicara mutlaknya.
(8) Menteri boleh, pada bila-bila mas a, dalam sesuatu kes te r ten tu , menuru t bud i b ica ra mut laknya , member ikan pengecualian kepada seseorang daripada kuat kuasa subseksyen (1), (2), (3), (4) atau (5), mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada tanpa syarat, atau atas apa-apa terma dan syarat, atau bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut menurut budi bicara mutlaknya.
(9) (Dipotong oleh Akta A946).
Kuasa Naib Canselor untuk menggantung atau membubarkan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
16. Jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti menjalankan urusannya dengan cara yang, pada pendapat Naib Canselor, boleh merosakkan atau mendatangkan mudarat kepada kepentingan atau kesentosaan Universiti, atau kepada kepentingan atau kesentosaan mana-mana daripada pelajar atau kakitangan Universiti, atau kepada ketenteraman atau keselamatan awam, atau jika mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan itu melanggar mana-mana undang-undang bertulis, Naib Canselor boleh menggantung atau membubarkan pertubuhan, badan atau kumpulan itu.
Tatatertib kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti
16A. (1) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa tatatertib ke atas tiap-tiap kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti dan hendaklah menjalankan kawalan tatatertib berkenaan dengan
030b.fm Page 20 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 21
kesemua orang itu mengikut Akta ini dan apa-apa kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16C.
(2) Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori yang berlainan kakitangan, pegawai dan pekerja.
(3) Jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib tiap-tiap kakitangan, pegawai dan pekerja yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(4) Seseorang kakitangan, pegawai atau pekerja yang menjadi ahli sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh berpangkat lebih rendah daripada mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib itu mempunyai kuasa tatatertib.
(5) Dalam apa-apa hal jika seseorang ahli jawatankuasa tatatertib itu sendiri merupakan pengadu dalam apa-apa prosiding tatatertib di hadapan jawatankuasa tatatertib itu, dia tidak boleh hadir dalam prosiding itu dan Lembaga hendaklah melantik mana-mana orang lain untuk mengambil bahagian dalam prosiding itu.
(6) Subseksyen (4) hendaklah terpakai bagi mana-mana orang lain yang dilantik untuk menganggotai jawatankuasa tatatertib di bawah subseksyen (5).
(7) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa gabungan dua atau lebih hukuman tatatertib yang diperuntukkan di bawah kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16C.
(8) Jawatankuasa tatatertib tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan Canselor, Pro-Canselor dan Naib Canselor.
(9) Mana-mana kakitangan, pegawai atau pekerja yang tidak berpuas hati dengan keputusan jawatankuasa tatatertib boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu kepadanya, merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Lembaga.
030b.fm Page 21 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(10) Apabila Lembaga menimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (9), ahli jawatankuasa tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam apa-apa cara dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.
(11) Lembaga hendaklah mempunyai kuasa untuk mengesahkan, mengakaskan atau mengubah keputusan jawatankuasa tatatertib atau memberikan apa-apa arahan tentang rayuan itu sebagaimana yang difikirkan patut dan wajar olehnya.
(12) Keputusan Lembaga tentang suatu rayuan muktamad.
Pihak berkuasa tatatertib mengenai pelajar Universiti
16B. (1) Pihak berkuasa tatatertib Universiti berkenaan dengan tiap-tiap pelajar Universiti ialah Naib Canselor.
(2) Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib di bawah subseksyen (1) mempunyai kuasa untuk mengambil apa- apa tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana kaedah tatatertib yang mungkin dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen 16C.
(3) Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib di bawah subseksyen (1), boleh mewakilkan mana-mana daripada fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana Timbalan Naib Canselor, mana-mana kakitangan, mana-mana pegawai atau mana-mana pekerja Universiti, atau kepada mana- mana lembaga kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti, mengenai mana-mana pelajar tertentu, atau mana-mana golongan atau kategori pelajar Universiti, dan Timbalan Naib Canselor kakitangan, pegawai atau pekerja atau lembaga yang kepadanya diwaki lkan fungs i , kuasa a tau kewaj ipan i tu hendaklah melaksanakan, menjalankan dan menyempurnakannya di bawah arahan dan kawalan Naib Canselor itu yang mempunyai kuasa untuk mengulang kaji, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau kesimpulan Timbalan Naib Canselor kakitangan, pegawai atau pekerja itu dan lembaga itu:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen ini kepada Canselor atau Pro-Canselor.
030b.fm Page 22 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 23
(4) Seseorang pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Naib Canselor yang menjadi pihak berkuasa tatatertib di bawah subseksyen (1) atau keputusan mana-mana orang atau lembaga yang kepadanya diwakilkan fungsi , kuasa atau kewajipan di bawah subseksyen (3) boleh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian keputusan itu kepadanya, merayu terhadap keputusan i tu kepada Menteri yang boleh, j ika difikirkannya patut, menolak secara terus rayuan itu.
(5) Jika Menteri tidak menolak secara terus sesuatu rayuan di b a w a h s u b s e k s y e n ( 4 ) , d i a h e n d a k l a h m e l a n t i k s u a t u jawatankuasa terdiri daripada dua orang atau lebih, dari dalam atau luar Universiti, untuk menimbangkan rayuan itu dan membuat syornya kepada menteri, dan, apabila syor itu diterima, Menteri boleh memberikan apa-apa keputusan mengenai rayuan itu sebagaimana yang difikirkan sesuai dan patut.
Kaedah-kaedah tatatertib
16C. (1) Lembaga mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa kaedah tatatertib sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk mengadakan peruntukan mengenai tatatertib bagi kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti dan pelajar Universiti; kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah subseksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
(2) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat oleh Lembaga di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi menahan kerja dengan dikurangkan gaji atau saraan lain, atau peruntukan bagi menggantung tanpa gaji atau saraan lain, seseorang kakitangan atau seseorang pegawai atau pekerja Universiti, dan bagi menggantung seseorang pelajar Universiti, dalam masa menunggu keputusan prosiding tatatertib.
(3) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatert ib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh termasuk hukuman pembuangan kerja atau penurunan pangkat kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti atau pembuangan pelajar Universiti dari Universiti.
030b.fm Page 23 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(4) Kaedah-kaedah tatatertib yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah pada menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, mengadakan peruntukan bagi peluang untuk rayuan dibuat oleh orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu dijalankan sebelum sesuatu keputusan dicapai oleh pihak berkuasa tatatertib atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.
(5) Kekhususan perkara yang disebut dalam subseksyen (2), (3) dan (4) adalah tanpa menyentuh keluasan kuasa Lembaga di bawah subseksyen (1).
Surcaj
16D. (1) Seseorang yang merupakan atau pernah menjadi kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti boleh disurcaj jika didapati oleh Lembaga bahawa orang itu—
(a) tidak memungut wang yang terhutang kepada Universiti yang pemungutannya ialah atau pernah menjadi tanggungjawabnya;
(b) ialah atau pernah bertanggungjawab bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak sepatutnya daripada Universiti atau bagi apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;
(c) ialah atau pernah bertanggungjawab, secara langsung atau secara tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain Universiti;
(d) sebagai atau semasa menjadi pegawai perakaunan, tidak menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau
(e) telah tidak membuat apa-apa pembayaran, atau adalah atau pernah bertanggungjawab atas apa-apa kelewatan membuat pembayaran daripada Universiti, wang kepada mana-mana orang yang kepadanya pembayaran itu hendaklah dibuat di bawah mana- mana undang-undang, kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat antara orang itu dengan Universiti.
030b.fm Page 24 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 25
(2) Lembaga hendaklah, sebelum orang itu disurcaj, menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcaj.
(3) Jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diterima dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyampaian notis di bawah subseksyen (2), Lembaga boleh—
(a) dalam hal perenggan (1)(a), (b) dan (c), mensurcajkan terhadap orang itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang tidak dipungut, atau pembayaran tidak sepatutnya yang dibuat, atau kekurangan nilai, atau pemusnahan yang disebabkan pada wang, setem, sekuriti, barang simpanan atau harta lain; dan
(b) dalam hal perenggan (1)(d) dan (e), mensurcajkan terhadap orang itu, sejumlah wang yang difikirkan patut oleh Lembaga.
(4) Lembaga hendaklah memberitahu orang yang disurcaj itu berkenaan dengan apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3).
(5) Walau apa pun subseksyen (3) dan (4), Lembaga boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya suatu penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika selainnya ternyata bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Lembaga hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang yang disurcaj itu akan penarikbalikan itu.
(6) Jika amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (3) tidak ditarik balik di bawah subseksyen (5), ia hendaklah disifatkan sebagai hutang yang hendaklah dibayar kepada Universiti oleh orang yang disurcaj itu dan boleh dibawa guaman dan didapatkan di dalam mana-mana mahkamah atas guaman Universiti dan boleh juga jika diarahkan sedemikian oleh Lembaga didapatkan melalui potongan—
(a) gaji orang yang disurcaj; atau
(b) pencen orang yang disurcaj,
dengan bayaran ansuran bulanan yang sama banyak yang tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji bulanan atau pencen, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.
030b.fm Page 25 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(7) Dalam apa-apa tindakan surcaj terhadap Naib Canselor, keahlian Lembaga bagi maksud subseksyen (1) hingga (6) tidak termasuk Naib Canselor.
(8) Bagi maksud perenggan (1)(d), “pegawai perakaunan” termasuklah t iap- t iap kaki tangan, pegawai a tau pekerja Universiti yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan, atau yang pada hakikatnya memungut, menerima atau mengakaunkan, apa-apa wang Universiti, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang pada hakikatnya membayar, apa-apa wang itu, dan tiap-tiap kakitangan, pegawai atau pekerja yang dipertanggungkan untuk menerima, menjaga atau melupuskan, atau mengakaunkan, apa-apa wang, setem, sekuriti, barang simpanan dan harta Universiti atau yang pada hakikatnya menerima, memegang atau melupuskan wang, setem, sekuriti, barang simpanan dan harta itu.
Perlembagaan hendaklah mengadakan perlindungan faedah di bawah skim kumpulan wang simpanan
17. Perlembagaan boleh menubuhkan suatu skim kumpulan wang simpanan bagi pekerjanya dan peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu skim simpanan itu—
(a) tiada apa-apa insurans atas nyawa seseorang pencarum di bawah sesuatu skim simpanan dan juga tiada apa-apa wang atau faedah lain yang diterima di bawah insurans itu atau dengan apa-apa cara lain di bawah sesuatu skim itu boleh diambil untuk menjelaskan apa-apa jua hutang atau tuntutan terhadap pencarum atau hartanya, ataupun digarnis, ditahan, diasingkan atau dilevi bagi maksud demikian itu melainkan jika Universiti, menurut budi bicaranya, telah menyerahhakkan insurans, wang atau faedah lain kepada pencarum itu untuk kegunaan dan faedah mutlaknya atau, jika sekiranya pencarum itu mati, kepada wakil dirinya di sisi undang-undang;
(b) tertakluk kepada apa-apa amanah atau kuasa budi bicara tentang penggunaannya yang diberikan oleh mana-mana Akta atau kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan kepada Universiti atau orang lain yang mentadbirkan skim simpanan itu, semua
030b.fm Page 26 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 27
wang dan faedah yang terbit daripada mana-mana skim simpanan itu hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat pencarum yang mati atau apabila pencarum itu mati tidak berwasiat;
(c) tiada apa-apa derma atau caruman kepada sesuatu kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah suatu skim simpanan atau apa-apa bunga atas derma atau caruman itu boleh diserahhakkan atau ditahan, diasingkan atau dilevi bagi atau tentang apa-apa jua hutang atau tuntutan melainkan hutang yang kena dibayar kepada Universiti;
(d) tiada apa-apa derma atau caruman atau bunga boleh tertakluk kepada hutang pencarum dan juga tiada apa- apa derma, caruman atau bunga itu boleh berpindah kepada Ketua Pengarah Insolvensi apabila pencarum menjadi bankrap, akan tetapi jika pencarum dihukum menjadi seorang bankrap atau diisytiharkan sebagai tidak berkemampuan menurut hukuman Mahkamah, derma atau caruman atau bunga itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan Perlembagaan dan mana-mana Akta atau kaedah- kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan, disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya apabila pencarum mati;
(e) kebankrapan seseorang pencarum tidak menghalang potongan yang dibuat daripada gaji pencarum mengikut mana-mana Akta atau kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan tetapi sebaliknya potongan itu hendaklah terus dibuat walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dan bahagian gaji yang dipotong itu tidak boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada hartanya yang diperoleh kemudian;
(f) tertakluk kepada peruntukan mana-mana Akta atau kaedah-kaedah yang berhubungan dengan skim simpanan segala wang yang kena dibayar atau yang dibayar dari mana-mana kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah skim simpanan apabila mati seseorang pencarum hendaklah disifatkan sebagai teramanah untuk orang yang berhak kepadanya mengikut wasiat pencarum yang mati itu atau apabila pencarum itu mati tidak berwasiat, atau mengikut
030b.fm Page 27 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
penamaan dalam borang yang ditetapkan di bawah skim itu, akan tetapi tidak boleh disifatkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka pencarum itu atau tidak boleh digunakan untuk membayar hutangnya.
Peruntukan peralihan
18. Yang di-Pertuan Agong boleh, mengenai Perlembagaan, mengadakan apa-apa peruntukan peralihan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat bagi maksud mencapai tujuan Universiti.
BAHAGIAN IV
KOLEJ UNIVERSITI
Larangan ke atas penubuhan Kolej Universiti
19. Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf Kolej Universiti boleh ditubuhkan kecuali mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia penubuhannya.
Perbadanan dan penubuhan sesuatu Kolej Universiti
20. Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suai manfaat demi kepentingan negara supaya suatu Kolej Universiti ditubuhkan dia boleh dengan perintah—
(a) mengisytiharkan supaya ditubuhkan suatu institusi pelajaran tinggi yang mempunyai taraf Kolej Universiti yang menjadi suatu pertubuhan perbadanan bagi maksud mengadakan, mengikut Akta ini dan Perlembagaan Kolej Universiti itu, pelajaran tinggi dalam cawangan pelajaran yang ditentukan;
(b) memberikan nama kepada Kolej Universiti itu; dan
(c) menentukan letaknya tapak tempat Kolej Universiti itu akan didirikan.
030b.fm Page 28 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 29
Perlembagaan Kolej Universiti
21. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh melalui peraturan- peraturan menetapkan Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti.
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh pada bila-bila masa meminda Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti itu.
(3) Peruntukan Perlembagaan sesuatu Kolej Universiti hendaklah mula berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang dalam Malaysia.
(4) Apa-apa perkara yang dilakukan atau pelantikan yang dibuat untuk dan bagi pihak Kolej Universiti sebelum tarikh Perlembagaan itu mula berkuat kuasa hendaklah, pada dan selepas tarikh itu, disifatkan sebagai telah dibuat untuk, oleh atau bagi pihak Kolej Universiti itu.
Pemakaian peruntukan dalam Bahagian III kepada Bahagian ini
22. Subseksyen 6(2), seksyen 7, 9, 10, 11, 13, 14, 15, 15A, 15B, 15C, 15D, 16, 16A, 16B, 16C, 16D dan 17 yang terpakai bagi sesuatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini hendaklah mutatis mutandis terpakai bagi sesuatu Kolej Universiti yang ditubuhkan atau disifatkan sebagai telah ditubuhkan di bawah Akta ini tertakluk kepada ubah suaian yang berikut, iaitu:
(a) sebutan mengenai “Universiti” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai “Kolej Universiti”;
(aa) sebutan mengenai “Lembaga” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai badan eksekutif Kolej Universiti;
(b) sebutan mengenai “Canselor”, “Naib Canselor” dan “Timbalan Naib Canselor” hendaklah dibaca sebagai sebutan mengenai pihak berkuasa yang berkenaan bagi Kolej Universiti itu;
(c) sebutan mengenai “Pro-Canselor” hendaklah dipotong; dan
(d) apa-apa ubah suaian lain yang perlu atau suai manfaat bagi melaksanakan seksyen ini.
030b.fm Page 29 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
BAHAGIAN V
AM
Kesalahan menubuhkan Universiti atau Kolej Universiti
23. (1) Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, membentuk atau memajukan atau membuat apa-apa perkara atau menjalankan apa- apa kegiatan bagi maksud menubuhkan atau membentuk atau memajukan penubuhan atau pembentukan sesuatu Universiti atau Kolej Universiti melainkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia penubuhannya.
(2) Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Larangan tertentu terhadap “Universiti” atau “Kolej Universiti”
24. (1) Tiada sesiapa jua boleh menubuhkan, mengurus atau menyelenggara sesuatu institusi pelajaran tinggi bertaraf “Universiti” atau “Kolej Universiti” melainkan jika ia adalah suatu institusi pelajaran tinggi yang ditubuhkan mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia penubuhannya.
(2) Tiada sesuatu institusi pelajaran tinggi atau sesiapa jua boleh mengeluarkan atau memberikan kepada sesiapa apa-apa ijazah atau diploma yang berupa sebagai ijazah atau diploma yang dikeluarkan atau diberikan oleh sesuatu Universiti atau Kolej Universiti melainkan jika pengeluaran atau pemberian itu mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang mengawal selia penubuhannya.
(3) Sesiapa yang melanggar subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
030b.fm Page 30 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 31
Penyampaian
24A. (1) Penyampaian apa-apa notis di bawah Akta ini hendaklah dilaksanakan melalui pos berdaftar kepada orang yang terjejas olehnya dan hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti hari notis itu sepatutnya terserah mengikut perjalanan biasa pos.
(2) Jika seseorang yang kepadanya dialamatkan suatu surat berdaftar yang mengandungi apa-apa notis yang boleh diberikan di bawah Akta ini diberitahu hakikat tentang adanya surat berdaftar yang menantinya di pejabat pos, tetapi orang itu enggan atau abai untuk mengambil surat berdaftar itu, notis itu hendaklah disifatkan telah disampaikan kepadanya pada tarikh dia dimaklumkan sedemikian.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
24B. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Universiti, Lembaga, Senat, mana-mana ahli Lembaga atau Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
24C. Tiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan di dalam mana-mana mahkamah terhadap—
(a) Lembaga;
(b) ahli Lembaga;
(c) Naib Canselor;
(d) Timbalan Naib Canselor;
(e) Senat;
(f) ahli Senat;
(g) kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti; dan
030b.fm Page 31 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(h) seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi atau bagi pihak mana-mana badan atau orang di bawah perenggan (a) hingga (g),
bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati pada menunaikan kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan semunasabahnya mempercayai bahawa tindakan itu adalah perlu bagi maksud yang diniatkan hendak dicapai melaluinya.
Pekhidmat awam
24D. Semua ahli Lembaga dan Senat, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerja Universiti semasa menunaikan fungsi mereka sebagai ahli, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, kakitangan, pegawai dan pekerja sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Universiti yang sedia ada
25. (1) Universiti Malaya yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti Malaya 1961 [Akta 44 tahun 1961] hendaklah disifatkan sebagai suatu Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
(2) Akta Universiti Malaya 1961, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, hendaklah terus berkuat kuasa bagi maksud Universiti itu.
Pengecualian
26. Yang di-Pertuan Agong boleh, mengenai sesuatu Universiti, mengecualikannya daripada, mengubah atau menambah mana- mana peruntukan Jadual Pertama dan Kedua, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Pemansuhan
27. Ordinan No. 74 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1971 adalah dengan ini dimansuhkan.
030b.fm Page 32 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 33
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 8]
PERLEMBAGAAN
Nama
1. Perlembagaan ini bolehlah dinamakan Perlembagaan Universiti ..............................................................
Tafsiran
2. (1) Dalam Perlembagaan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Alumni Universiti” ertinya Alumni Universiti yang ditubuhkan mengikut seksyen 22;
“Pihak Berkuasa” ertinya mana-mana Pihak Berkuasa Universiti yang disebut dalam seksyen 12, dan termasuk mana-mana Pihak Berkuasa yang ditubuhkan menurut Statut;
“Kerusi” ertinya jawatan profesor, bagaimana jua pun digelar;
“Konvokesyen” ertinya Konvokesyen yang diadakan mengikut seksyen 44;
“Hari Penubuhan” ertinya tarikh mula berkuat kuasa Perintah Perbadanan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen 6 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;
“Persatuan Siswazah” ertinya Persatuan yang ditubuhkan mengikut seksyen 22;
“Pegawai” ertinya Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Dekan Fakulti, Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, Pendaftar, Bursar, Pegawai Perpustakaan, atau pemegang apa-apa jawatan yang diwujudkan oleh Statut atau selainnya;
“Peraturan-Peraturan”, “Kaedah-Kaedah” dan “Statut” ertinya apa-apa Peraturan, Kaedah dan Statut yang dibuat mengikut Perlembagaan ini;
“Guru” ertinya seseorang yang dilantik menjadi guru oleh Lembaga mengikut Perlembagaan ini, dan termasuklah profesor kanan, profesor, profesor madya, penolong profesor, reader, pensyarah kanan, pensyarah, penolong pensyarah, guru bahasa dan matrikulasi, dan tutor;
“Universiti” ertinya Universiti ….................................…............................
(2) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu seksyen ialah sebutan mengenai sesuatu seksyen dalam Perlembagaan ini.
030b.fm Page 33 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
BAHAGIAN I
UNIVERSITI
Menubuhkan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan
3. Suatu Universiti yang dinamai dan digelar ......................... ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan ini, dan mengikut nama dan gelaran itu Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Lembaga dan Senat ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan dengan kuasa penuh di bawah nama itu—
(a) untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalam semua mahkamah; (b) untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan
dari semasa ke semasa memecahkan, menukar, mengubah dan membaharui meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut;
(c) bagi maksud Perlembagaan ini, dan tertakluk kepada Statut, Kaedah- Kaedah dan Peraturan-Peraturan untuk membeli apa-apa harta sama ada harta alih atau harta tak alih dan mengambil, menerima dan memegang apa-apa harta tersebut yang akan terletak hak padanya oleh sebab pembelian itu, atau menurut apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;
(d) untuk menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukar atau selainnya melupuskan mana-mana harta itu; dan
(e) untuk menjalankan dan melaksanakan mengikut peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan semua kuasa dan kewajipan yang diberikan atau ditanggungkan ke atas Universiti oleh peruntukan itu.
Kuasa Universiti
4. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Universiti hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
(a) menyediakan kursus pengajaran, mengadakan peperiksaan, membuat peruntukan untuk penyelidikan, dan mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau mustahak untuk memajukan dan menyebarkan pengetahuan;
(b) memberikan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain termasuk ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik luar yang lain kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Universiti dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;
(c) mengiktiraf ijazah dan diploma institusi pengajian tinggi yang lain bagi maksud memasuki kursus pengajian dan peperiksaan Universiti dan juga mengurniakan ijazah yang lebih tinggi kepada pemegang ijazah atau diploma itu atau kepada siswazah Universiti mengikut syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah;
(d) memberikan ijazah kepada guru Universiti yang telah memenuhi apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah- Kaedah;
030b.fm Page 34 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 35
(e) memberikan ijazah kehormat kepada orang yang telah memberikan sumbangan terhadap kemajuan atau penyebaran pengetahuan atau yang telah berbuat jasa cemerlang kepada awam;
(f) memberikan sijil kepada orang yang telah mencapai kecekapan dalam mana-mana cawangan pengetahuan;
(g) mengadakan kerusi, jawatan pensyarah, dan jawatan lain dan jabatan, dan membuat pelantikan bagi yang tersebut;
(h) menubuhkan suatu percetakan Universiti dan menerbitkan buku dan bahan lain;
(i) mendirikan, melengkapkan dan menyelenggarakan perpustakaan, makmal, muzium, dewan kuliah, bangunan tempat tinggal dan segala bangunan lain yang dikehendaki bagi maksud Universiti, sama ada di Persekutuan atau di tempat lain;
(j) mengadakan dan mengurniakan fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah dan gelaran, kepujian, kurniaan lain dan jenis bantuan lain ke arah kemajuan dan penyebaran pengetahuan;
(k) melaburkan apa-apa wang yang terletak hak padanya sebagai derma kekal dalam harta tanah atau cagaran (sama ada dibenarkan sebagai pelaburan pemegang amanah atau tidak), sama ada wang itu terletak hak bagi maksud am atau maksud khas, atau apa-apa wang lain yang tidak dikehendaki segera bagi perbelanjaan semasa, dengan mempunyai kuasa untuk mengubah mana-mana pelaburan itu serta mendepositkan dari semasa ke semasa apa-apa wang yang pada masa itu tidak dilaburkan dalam mana-mana bank yang ditubuhkan di Malaysia sama ada dalam akaun deposit tetap atau akaun semasa;
(ka) memberikan pinjaman atau pendahuluan kepada kakitangan, pegawai dan pekerjanya ;
(kb) memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri;
(kc) menjalankan penyelidikan yang bersifat komersil bagi pemajuan dan penggunaan efektif hasil penyelidikannya;
(l) membuat kontrak, melantik kakitangan dan menubuhkan amanah sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud Universiti;
(m) melantik, menaikkan pangkat dan mengadakan tatatertib bagi pegawai, guru dan kakitangan Universiti;
(n) membuat peraturan-peraturan mengenai syarat perkhidmatan bagi kakitangan Universiti, termasuk skim perkhidmatan, tangga gaji, cuti dan tatatertib;
(o) menubuhkan skim pencen atau skim persaraan atau skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerjanya, dan membuat perkiraan dengan pertubuhan atau orang lain bagi menubuhkan skim itu;
(p) membuat peraturan-peraturan dan peruntukan mengenai tempat tinggal bagi pegawai, guru, kakitangan dan pelajar Universiti dan mengenai kebajikan dan tatatertib guru, kakitangan dan pelajar;
030b.fm Page 35 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(q) menuntut dan menerima apa-apa bayaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah dari semasa ke semasa; dan
(r) untuk melakukan segala perbuatan dan perkara lain, sama ada bersangkutan atau tidak dengan kuasa yang tersebut di atas itu, sebagaimana yang diperlukan untuk memajukan pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti.
(2) Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dengan tujuan hendak mengekalkan dan memajukan perhubungan luar negeri Persekutuan, adalah perlu supaya suatu ijazah kehormat dikurniakan kepada seseorang pembesar luar negeri, atas arahan Yang di-Pertuan Agong, Universiti hendaklah mengurniakan ijazah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Kuasa tambahan Universiti
4A. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri Kewangan—
(a) jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, perjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Universiti, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bersama-sama dengan, atau selainnya—
(i) sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan swasta atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
(ii) Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
(iii) sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;
(iv) sesuatu suruhanjaya; atau
(v) seseorang;
(b) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Universiti;
(c) menubuhkan perbadanan untuk menjalankan dan bertanggungjawab ke atas, mengendalikan dan menguruskan apa-apa harta, projek, skim atau perusahaan yang pada pendapat Lembaga adalah bermanfaat dan berfaedah kepada Universiti;
(d) meminjam atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma sebagaimana yang yang diluluskan oleh Lembaga, apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Universiti bagi menjelaskan tanggungannya atau bagi menunaikan mana-mana kewajipannya;
(e) mendapatkan pinjaman di bawah perenggan (d) melalui penerbitan bon, debentur atau saham debentur dalam apa-apa kelas dan nilai atau menggadaikan, menggadaijanjikan, menyandarkan atau selainnya
030b.fm Page 36 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 37
mengadakan lien ke atas harta alih atau tak alihnya, atas apa-apa terma yang difikirkan suai manfaat oleh Lembaga;
(f) memperoleh dan memegang sebagai pelaburan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan dan sekuriti yang diterbitkan atau dijamin oleh—
(i) mana-mana syarikat atau pengusahaan swasta atau mana-mana sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
(ii) Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
(iii) sesuatu pemerintah berdaulat;
(iv) sesuatu suruhanjaya; dan
(v) sesuatu badan atau pihak berkuasa awam;
(g) memperoleh syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) melalui langganan asal, tender, pembelian, pindah hakmilik, pertukaran atau selainnya;
(h) menjalankan dan pada amnya menguatkuasakan segala hak dan kuasa yang diberikan melalui atau bersampingan dengan pemunyaan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti yang disebut dalam perenggan (f) dan khususnya untuk menjual, memindahkan hakmilik, menukarkan atau selainnya melupuskan syer, saham, debentur, saham debentur, bon, tanggungan atau sekuriti itu; dan
(i) membeli, memajak atau menyewa atau selainnya memperoleh dan melabur dalam apa-apa harta tanah dan harta diri yang difikirkan perlu atau sesuai bagi mana-mana maksud Universiti.
(2) Seksyen 4B hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(c).
Peruntukan yang berhubungan dengan perbadanan
4B. (1) Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh tertubuhnya mana- mana perbadanan di bawah perenggan 4A(1)(c), menetapkan melalui peraturan- peraturan—
(a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
(c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan
(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Universiti dan hak kawalan oleh Lembaga ke atas perbadanan itu.
(2) Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan-peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu dibuat di bawah Perlembagaan ini.
030b.fm Page 37 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(3) Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan, atau menambah, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah subseksyen (1).
(4) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, mengarahkan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
(5) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah subseksyen (4), aset perbadanan itu hendaklah dipindahkan hakmiliknya kepada dan diletakhakkan pada Universiti selepas dijelaskan segala tanggungannya.
(6) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah subseksyen (4) hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga melalui peraturan-peraturan.
(7) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
(8) Tiap-tiap Perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4A(1)(c)—
(a) hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu;
(b) hendaklah kekal turun-temurun;
(c) hendaklah mempunyai meterai perbadanan;
(d) boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya;
(e) boleh membuat kontrak;
(f) boleh memegang, dan membuat apa-apa urusan mengenai atau dengan, apa-apa harta alih atau tak alih; dan
(g) boleh membuat segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang tidak tak konsisten dengan Perlembagaan ini,
tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan yang dinyatakan oleh Lembaga dalam setiap hal.
(9) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang ditentukan oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.
(10) Meterai perbadanan itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu oleh perbadanan, sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.
(11) Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan di bawah subseksyen (9) suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “UNIVERSITI...” boleh digunakan sebagai meterai perbadanannya.
(12) Meterai perbadanan, atau cap yang disebut dalam subseksyen (11) hendaklah disimpan dalam jagaan mana-mana orang yang diarahkan oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu.
(13) Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, yang disahkan sebagaimana yang
030b.fm Page 38 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 39
diperuntukkan dalam subseksyen (12) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.
(14) Apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekerja perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
(15) Meterai tiap-tiap perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Perjalanan pengajian, dsb., bersama-sama, dsb., dengan mana-mana Universiti
4C. Universiti boleh, dengan kelulusan Menteri, menjalankan apa-apa kursus pengajian atau program latihan secara bersesama atau dengan bersama-sama, gabungan, usaha sama atau selainnya, dengan mana-mana Universiti atau institusi pelajaran tinggi atau institusi pelajaran atau organisasi lain di dalam atau di luar Malaysia.
Pembezaan kerana ras dan kepercayaan dilarang
5. Tertakluk kepada Perkara 153 Perlembagaan Pesekutuan, keanggotaan Universiti, sama ada sebagai pegawai, guru atau pelajar, adalah terbuka kepada semua orang tidak kira jantina, ras, agama, bangsa atau kelas; dan tiada apa-apa ujian mengenai kepercayaan atau penganutan agama boleh dilakukan atau diadakan untuk mengehakkan seseorang menjadi anggota atau untuk mengurniakan kepada seseorang apa-apa ijazah atau diploma Universiti, dan juga tiada apa-apa jua fellowship, biasiswa, bantuan, dermasiswa, pingat, hadiah atau kepujian atau kurniaan lain boleh dihadkan kepada orang daripada sesuatu ras, agama, bangsa atau kelas yang tertentu jika belanja baginya dibayar daripada wang am Universiti.
Meterai Universiti
6. (1) Meterai perbadanan Universiti adalah meterai yang diluluskan oleh Canselor atas syor Lembaga dan dengan cara diluluskan demikian itu juga meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baharu.
(2) Meterai perbadanan Universiti hendaklah disimpan dalam jagaan Naib Canselor.
(3) Meterai perbadanan Universiti tidak boleh dicapkan pada apa-apa jua surat cara kecuali di hadapan—
(a) Naib Canselor; dan
(b) seorang lagi ahli Lembaga,
yang hendaklah menandatangani surat cara itu sebagai tanda menunjukkan meterai itu dicapkan di hadapan mereka dan tandatangan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa meterai itu telah dicapkan dengan sempurna dan sepatutnya dan bahawa meterai itu adalah meterai Universiti yang sah.
030b.fm Page 39 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(3A) Jika surat cara yang disebut dalam subseksyen (3) ialah skrol suatu ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain, meterai perbadanan Universiti hendaklah dicapkan padanya di hadapan Naib Canselor dan seorang pegawai kanan yang diberi kuasa oleh Naib Canselor.
(4) Meterai Universiti hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
(5) Apa-apa suratan atau surat cara yang (jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan) tidak dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang demikian itu oleh Universiti dengan syarat bahawa suratan atau surat cara itu hendaklah disempurnakan bagi pihak Universiti oleh seorang pegawai atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga.
BAHAGIAN II
PEGAWAI UNIVERSITI
Canselor
7. (1) Seorang Canselor hendaklah menjadi Ketua Universiti dan hendaklah mempengerusikan mana-mana Konvokesyen apabila menghadirinya dan hendaklah mempunyai apa-apa kuasa lain dan melaksanakan apa-apa kewajipan lain yang diberikan atau dikenakan ke atasnya oleh Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan.
(2) Canselor hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Menteri, selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada tujuh tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(3) Canselor boleh, dengan mengutus surat yang ditandatanganinya kepada Yang di-Pertuan Agong, meletakkan jawatannya, atau dia boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong.
(4) Seseorang layak dilantik semula bagi jawatan Canselor.
Pro-Canselor
8. (1) Canselor boleh melantik, atas nasihat Menteri, orang yang difikirkannya patut sebagai Pro-Canselor.
(2) Jika oleh sesuatu sebab Canselor tidak berupaya menjalankan mana- mana daripada fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan, dia boleh membenarkan mana-mana Pro-Canselor menjalankan fungsi itu bagi pihaknya.
(3) Tiap-tiap Pro-Canselor hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang diperkenankan oleh Canselor.
Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor
9. (1) Seorang Naib Canselor hendaklah dilantik oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga.
030b.fm Page 40 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 41
(2) (Dipotong oleh Akta A295). (3) Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan
akademik bagi Universiti. (4) Menjadi kewajipan Naib Canselor menentukan supaya peruntukan
Perlembagaan ini dan peruntukan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan- Peraturan dipatuhi, dan dia mempunyai segala kuasa yang perlu bagi maksud ini dan, khususnya, untuk memastikan bahawa tiap-tiap Pihak Berkuasa atau jawatankuasa sentiasa bertindak menurut kuasa atau tugasnya yang ditetapkan.
(5) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Naib Canselor hendaklah menjalankan pengawasan am ke atas semua peraturan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan.
(6) (Dipotong oleh Akta A295). (7) Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan bagi Naib Canselor
hendaklah ditetapkan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga dan Universiti hendaklah terikat dengannya.
(8) Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor; Timbalan Naib Canselor atau Timbalan-Timbalan Naib Canselor, mengikut mana-mana berkenaan, hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, dan mana-mana orang yang layak dan patut boleh dilantik sedemikian sama ada dari dalam atau luar Universiti; had jawatan dan syarat lain perkhidmatan seseorang Timbalan Naib Canselor hendaklah ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, dan Universiti hendaklah terikat dengannya.
(9) Jika bagi sesuatu tempoh yang lama Naib Canselor tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan mana-mana daripada fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu; dan jika sekiranya Timbalan Naib Canselor atau semua Timbalan Naib Canselor (jika lebih daripada seorang) tidak ada atau hilang upaya, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.
Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan
10. (1) Seorang Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan hendaklah berkhidmat sebagai pegawai sepenuh masa Universiti dan yang mempunyai kuasa dan kewajipan sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.
(2) Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan hendaklah dilantik oleh Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.
(3) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, tempoh jawatan dan syarat lain pelantikan bagi Pendaftar, Bursar dan Pegawai Perpustakaan hendaklah ditetapkan oleh Lembaga.
030b.fm Page 41 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
Pegawai lain
11. Universiti boleh melantik pegawai atau pekhidmat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.
BAHAGIAN III
PIHAK BERKUASA UNIVERSITI
Pihak Berkuasa
12. (1) Pihak Berkuasa Universiti ialah Lembaga, Senat, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, dan badan yang lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut sebagai Pihak Berkuasa Universiti.
(2) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, keanggotaan, kuasa dan tatacara bagi Pihak Berkuasa itu hendaklah ditetapkan oleh Statut.
(3) Peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi ahli Pihak Berkuasa yang bukan ex-officio.
Lembaga Pengarah
13. Lembaga Pengarah hendaklah terdiri daripada—
(a) Pengerusi;
(b) Naib Canselor;
(c) dua orang yang mewakili Kerajaan;
(d) satu orang yang mewakili masyarakat tempat terletaknya Universiti itu; dan
(e) tidak lebih daripada tiga orang yang dengan pengetahuan atau pengalaman mereka boleh, pada pendapat Menteri, membantu Lembaga, sekurang-kurangnya seorang daripada mereka daripada sektor swasta.
Peruntukan yang berhubungan dengan Lembaga
14. (1) Pelantikan ahli Lembaga, kecuali Naib Canselor, hendaklah dibuat oleh Menteri bagi tempoh tiga tahun dan apabila habis tempoh itu ahli Lembaga itu layak dilantik semula.
(2) Setiausaha Lembaga, yang boleh jadi seorang ahli Lembaga atau bukan ahli Lembaga, hendaklah dilantik oleh Pengerusi.
(3) Pengerusi dan tiga ahli lain Lembaga hendaklah membentuk kuorum bagi apa-apa mesyuarat Lembaga.
(4) Ahli Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
(5) Tertakluk kepada Perlembagaan ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
030b.fm Page 42 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 43
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
15. (1) Menteri boleh melantik mana-mana ahli Lembaga untuk menjalankan fungsi Pengerusi semasa apa-apa tempoh yang Pengerusi kerana apa-apa sebab tidak dapat menjalankan fungsinya atau semasa apa-apa tempoh kekosongan dalam jawatan Pengerusi.
(2) Seseorang ahli yang dilantik sebagai Pengerusi di bawah subseksyen (1) hendaklah, dalam tempoh dia menjalankan fungsi Pengerusi, di bawah seksyen ini, disifatkan sebagai Pengerusi.
Kuasa Lembaga
16. (1) Lembaga adalah menjadi badan kerja bagi Universiti, dan boleh menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Universiti, kecuali setakat yang kuasa itu diberikan oleh Perlembagaan ini atau Statut, Kaedah- Kaedah dan Peraturan-Peraturan kepada sesuatu Pihak Berkuasa atau badan lain atau kepada seseorang pegawai Universiti.
(2) Tiada ketetapan boleh diluluskan oleh Lembaga berhubung dengan apa-apa perkara dalam kuasa Senat, melainkan jika Senat terlebih dahulu diberi peluang mencatatkan dan menghantarkan pendapatnya kepada Lembaga mengenai perkara itu.
Senat
17. (1) Senat hendaklah terdiri daripada—
(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b) semua Timbalan Naib Canselor;
(c) semua Dekan Fakulti dan semua Ketua Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut Universiti;
(d) tidak lebih daripada dua puluh orang profesor yang hendaklah ditentukan oleh Naib Canselor.
(1A) Naib Canselor boleh dari semasa ke semasa mengko-opt mana-mana orang lain untuk menjadi ahli Senat atau untuk menghadiri mesyuarat Senat.
(1B) Dalam masa ketidakhadiran Naib Canselor, seorang Timbalan Naib Canselor hendaklah mempengerusikan mesyuarat Senat.
(2) Senat adalah menjadi badan akademik bagi Universiti dan, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan- Peraturan, berhak mengawal dan memberikan arahan secara am mengenai pengajaran, penyelidikan dan peperiksaan, dan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik yang lain.
(3) Dalam melaksanakan kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya, Senat boleh mewakilkan mana-mana daripada kewajipan, fungsi dan tanggungjawabnya kepada ahlinya atau sesuatu jawatankuasa yang terdiri daripada ahlinya.
030b.fm Page 43 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut
18. (1) Universiti hendaklah dibahagikan kepada beberapa Fakulti, Sekolah, Pusat Akademi dan Institut mengikut namanya masing-masing sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.
(1A) Universiti boleh, selepas berunding dengan Jawatankuasa Pengajian, menubuhkan jabatan atau unit atau badan lain berkenaan dengan sesuatu Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut.
(2) Sesuatu Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah bertanggungjawab kepada Senat atas penyusunan pengajaran dalam mata pelajaran mengenai pengajian dalam bidang kuasa Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan boleh menjalankan apa-apa tugas lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Statut, Kaedah atau Peraturan.
(3) Naib Canselor hendaklah melantik seorang Dekan bagi tiap-tiap satu Fakulti dan sekurang-kurangnya seorang Timbalan Dekan. Dekan itu hendaklah menjadi pengerusi Fakulti itu dan hendaklah menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diberikan kepadanya oleh Statut, Kaedah- Kaedah atau Peraturan; dan jika Dekan tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, adalah sah bagi Timbalan Dekan atau mana-mana pegawai kanan lain yang dilantik oleh Naib Canselor untuk menjalankan kewajipan Dekan itu selama tempoh Dekan itu tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya.
(4) Naib Canselor mempunyai kuasa melantik seseorang sebagai ketua sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut dan ketua itu hendaklah diberi gelaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan; dan jika ketua sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut tidak berupaya menjalankan kewajipannya oleh sebab bercuti atau apa-apa sebab lain, Naib Canselor boleh, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Statut, melantik mana-mana orang untuk menjalankan kewajipan itu selama tempoh ketua itu tidak berupaya menjalankan kewajipannya.
(5) Seseorang Dekan, seseorang Timbalan Dekan atau ketua sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut yang dilantik di bawah subseksyen (3) atau (4) mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dilantik selama tempoh tidak lebih daripada empat tahun, tetapi adalah layak dilantik semula.
(6) Walau apa pun subseksyen (5), Naib Canselor boleh, jika difikirkannya patut, membatalkan apa-apa pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (3) atau (4) pada bila-bila masa dalam tempoh pelantikan itu.
Jawatankuasa Pengajian
19. Suatu Jawatankuasa Pengajian boleh dilantik oleh Senat bagi salah satu maksud yang berikut :
(a) untuk menguruskan perkara mengenai mana-mana Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut; dan
030b.fm Page 44 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 45
(b) untuk menimbangkan cadangan yang dirujukkan kepadanya oleh Senat bagi penubuhan Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut yang baru,
dan dalam mana-mana satu hal, Jawatankuasa Pengajian hendaklah membuat laporan mengenainya kepada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, atau kepada Senat, mengikut kehendak keadaan.
Jawatankuasa Pemilih
20. (1) Jawatankuasa Pemilih bagi maksud pelantikan ke sesuatu Kerusi hendaklah terdiri daripada—
(a) Naib Canselor yang hendaklah menjadi pengerusi; (b) dua ahli Lembaga yang dilantik oleh Lembaga; (c) Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut yang
baginya Kerusi itu diuntukkan; dan (d) dua ahli Senat yang dilantik oleh Senat.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (3) Jawatankuasa Pemilih hendaklah dipanggil bermesyuarat oleh Naib Canselor dan mesyuarat itu hendaklah dipengerusikan oleh Naib Canselor.
(3) Apabila dibuat keputusan untuk mengisi sesuatu jawatan kecuali jawatan bagi sesuatu Kerusi, Lembaga boleh, atas syor Naib Canselor, melantik Jawatankuasa Pemilih yang berlainan bagi pelantikan yang berlainan dan Jawatankuasa Pemilih yang dipanggil bermesyuarat bagi maksud itu hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor, atau, jika dia tidak ada, oleh seorang ahli yang dipilih oleh ahli yang hadir dalam mesyuarat itu.
(4) Jika Timbalan Naib Canselor tidak menjadi ahli Jawantankuasa Pemilih, bagi maksud mesyuarat yang dipengerusikannya di bawah subseksyen (3) dan bagi maksud keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu, dia hendaklah disifatkan sebagai seorang ahli Jawatankuasa Pemilih.
(5) Penyertaan pakar luar dalam membuat pelantikan boleh ditetapkan oleh Statut.
Jawatankuasa Kebajikan Pelajar 21. (1) Suatu Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada Naib Canselor dan orang lain sebagaimana yang dilantik oleh Lembaga.
(2) Jawatankuasa Kebajikan Pelajar hendaklah mempunyai kuasa sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut.
Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti 22. (1) Tertakluk kepada kelulusan Lembaga, adalah sah bagi seramai tidak kurang daripada tiga puluh orang siswazah Universiti menubuhkan suatu persatuan yang dinamai Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti.
(2) Persatuan Siswazah atau Alumni Siswazah hendaklah dikelolakan dan ditadbirkan mengikut perlembagaannya dan kaedah-kaedah yang dibuat
030b.fm Page 45 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
olehnya tetapi tiada sesuatu perlembagaan tersebut atau kaedah-kaedah yang dibuat itu atau apa-apa pindaannya boleh berkuat kuasa melainkan dan sehingga ia telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga.
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjadikan Persatuan Siswazah atau Alumni Universiti itu suatu Pihak Berkuasa bagi Universiti atau sebagai memberikan apa-apa kuasa kepadanya untuk memilih, sebagai wakilnya kepada Lembaga, orang yang pada masa itu bekerja dengan Universiti sebagai kakitangan akademik dan bukan akademik.
Tempoh jawatan bagi ahli Pihak Berkuasa
23. (1) Kecuali sebagaimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan ini atau oleh mana-mana Statut, tempoh jawatan bagi seseorang yang dipilih atau dilantik sebagai ahli sesuatu Pihak Berkuasa, kecuali ahli ex-officio, ialah tiga tahun:
Dengan syarat bahawa—
(a) jika orang itu dipilih atau dilantik kerana dia memegang sesuatu jawatan atau kerana dia seorang ahli bagi sesuatu Pihak Berkuasa atau badan yang lain, dia hendaklah berhenti menjadi ahli Pihak Berkuasa itu jika sebelum habis tempoh jawatannya itu dia berhenti memegang jawatan itu atau menjadi ahli Pihak Berkuasa atau badan itu; dan
(b) seseorang yang berhenti apabila habis tempoh jawatannya boleh dipilih atau dilantik semula jika layak.
(2) Jika seseorang menjadi ahli ex-officio sesuatu Pihak Berkuasa, seseorang yang dilantik untuk memangku jawatannya itu hendaklah juga menjadi ahli ex-officio Pihak Berkuasa itu selagi dia memangku jawatan itu dan layak.
(3) Keputusan sesuatu Pihak Berkuasa adalah sah walaupun ada kekosongan antara ahlinya.
Mesyuarat
23A. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengadakan mesyuarat sebagaimana yang dan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pengerusi Pihak Berkuasa itu.
(2) Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Pihak Berkuasa dan semasa ketiadaannya ahli Pihak Berkuasa itu hendaklah melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
(3) Kuorum bagi mesyuarat Pihak Berkuasa, selain Lembaga, hendaklah ditentukan oleh Statut.
Lebih suara
24. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada mana- mana Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan, sesuatu soal dalam sesuatu mesyuarat mana-mana Pihak Berkuasa hendaklah diputuskan mengikut kelebihan undi ahli yang hadir.
030b.fm Page 46 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 47
(2) Pengerusi Pihak Berkuasa dan tiap-tiap ahli hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan satu undi setiap seorang, tetapi dalam keadaan bilangan undi sama banyak, pengerusi atau ahli yang mempengerusikan mesyuarat itu hendaklah mempunyai dan boleh menggunakan undi pemutus.
BAHAGIAN IV
STATUT, KAEDAH-KAEDAH DAN PERATURAN-PERATURAN
Statut
25. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Statut boleh dibuat untuk menguruskan mana-mana atau segala perkara yang berikut:
(a) kuasa dan kewajipan pegawai Universiti;
(b) keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara Pihak Berkuasa Universiti;
(c) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi pegawai dan guru Universiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertib mereka;
(d) menetapkan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain yang akan diberikan oleh Universiti;
(e) syarat bagi kemasukan dan tempat tinggal dan kebajikan pelajar;
(f) pengurusan perpustakaan;
(g) segala perkara lain yang boleh dikawal selia dengan Statut di bawah Perlembagaan ini; dan
(h) perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada perkara yang tersebut di atas.
Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan Statut
26. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Canselor boleh membuat, membatalkan atau meminda mana-mana Statut.
(2) Cadangan untuk membuat sesuatu Statut baharu, atau membatalkan atau meminda sesuatu Statut, hendaklah disediakan oleh Lembaga.
(3) Sesuatu cadangan untuk sesuatu Statut baharu, atau untuk apa-apa pindaan kepada sesuatu Statut, mengenai mana-mana perkara yang berikut, iaitu:
(a) kuasa dan kewajipan Dekan sesuatu Fakulti atau Ketua sesuatu Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut;
(b) keanggotaan, kuasa, kewajipan dan tatacara Senat, Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut, Jawatankuasa Pengajian, Jawatankuasa Pemilih, atau Jawatankuasa Kebajikan Pelajar;
030b.fm Page 47 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(c) menetapkan ijazah, diploma, dan kepujian akademik lain yang akan diberikan oleh Universiti;
(d) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi guru;
(e) syarat mengenai tempat tinggal dan kebajikan pelajar;
(f) pengurusan perpustakaan; dan
(g) segala perkara lain dalam bidang kuasa Senat di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana Statut,
tidak boleh dikemukakan kepada Canselor sehingga cadangan itu telah dirujukkan kepada Senat dan Senat telah melaporkan pendapatnya mengenai perkara itu kepada Lembaga.
(4) (Dipotong oleh Akta A946).
Kaedah-Kaedah
27. Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan Statut, Kaedah- Kaedah boleh dibuat bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:
(a) prinsip berkenaan dengan pengurniaan ijazah, diploma, sijil dan kepujian adademik lain;
(b) bilangan dan ruang lingkup peperiksaan;
(c) pelantikan, kuasa, kewajipan, saraan dan syarat perkhidmatan bagi pemeriksa dan cara menjalankan peperiksaan;
(d) penerimaan masuk pelajar dalam peperiksaan, kursus ijazah dan diploma Universiti dan ke tempat tinggal di Universiti;
(e) cara pelantikan dan syarat perkhidmatan bagi orang yang bekerja dengan Universiti, kecuali yang berhubungan dengan tatatertib mereka;
(f) menubuhkan dan membuat peraturan mengenai skim pencen, skim persaraan dan skim kumpulan wang simpanan bagi faedah pekerja Universiti atau mana-mana golongan daripada mereka;
(g) syarat mengenai tempat tinggal dan kebajikan pelajar;
(h) bayaran yang akan dikenakan bagi kursus pengajian, bagi tempat tinggal, bagi memasuki peperiksaan, bagi ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain dan apa-apa bayaran lain yang boleh dikenakan oleh Universiti;
(i) pengurusan dewan kuliah, perpustakaan, sumber maklumat, makmal, pusat penyelidikan, bangunan tempat tinggal, dan segala cawangan kegiatan Universiti yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalam Perlembagaan ini atau melalui Statut;
(j) keanggotaan, kuasa dan kewajipan mana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tidak diperuntukkan dengan khusus dalam Perlembagaan ini atau oleh Statut;
030b.fm Page 48 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 49
(k) segala perkara yang boleh, menurut Perlembagaan ini atau mana- mana Statut, ditetapkan melalui Kaedah-Kaedah;
(l) segala perkara dalam kuasa Universiti dan yang tidak diperuntukkan selainnya oleh Bahagian ini dalam Perlembagaan ini.
Tatacara bagi membuat, meminda atau membatalkan Kaedah-Kaedah
28. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, Lembaga boleh membuat, meminda atau membatalkan mana-mana Kaedah.
(2) Draf mengenai sesuatu Kaedah berkenaan dengan—
(a) apa-apa perkara yang disebut dalam perenggan 27(a), (b), (c), (d), (g) dan (i); atau
(b) apa-apa perkara dalam bidang kuasa Senat,
hendaklah dicadangkan oleh Senat; dan Lembaga boleh meluluskan draf itu atau merujukkannya kembali kepada Senat dengan apa-apa pendapat atau cadangan untuk pindaan, dan tiada Kaedah sedemikian boleh dibuat sehingga Senat telah bersetuju dengannya.
Peraturan-peraturan
29. (1) Lembaga dan Senat boleh masing-masing membuat peraturan- peraturan mengenai tatacaranya sendiri.
(2) Lembaga boleh selepas berunding dengan Senat membuat peraturan- peraturan mengenai tatacara Jawatankuasa Pemilih.
(3) Senat boleh membuat peraturan-peraturan mengenai tatacara sesuatu Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi, Institut atau Jawatankuasa Pengajian, atau mana-mana jawatankuasa atau badan lain yang tertakluk kepada bidang kuasa Senat.
(4) Senat boleh membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan kursus pengajian atau sukatan pelajaran bagi peperiksaan.
(5) Peraturan-peraturan boleh dibuat oleh mana-mana Pihak Berkuasa jika Pihak Berkuasa itu diberi kuasa oleh Perlembagaan ini, Statut atau Kaedah- Kaedah.
Menyiarkan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan
30. (1) Apabila sesuatu Statut atau Kaedah baru dibuat, dipinda atau dibatalkan tiap-tiap Statut, Kaedah, pindaan atau pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta dan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.
(2) Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan Universiti sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa hendaklah disiarkan dalam bentuk buku mengikut lat tempoh sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga, dan naskhahnya hendaklah diadakan untuk dibeli oleh orang awam dengan harga yang berpatutan.
030b.fm Page 49 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi—
(a) sesuatu Kaedah atau Peraturan yang mengandungi hanya arahan kepada pemeriksa atau penyelia peperiksaan; atau
(b) sesuatu Kaedah atau Peraturan yang, menurut ketetapan Lembaga, tidak akan disiarkan.
Perlembagaan, pertelingkahan antara Statut, dsb.
31. Jika sekiranya—
(a) sesuatu Statut berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini; atau
(b) sesuatu Kaedah berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini atau sesuatu Statut; atau
(c) sesuatu Peraturan berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan ini atau sesuatu Statut atau Kaedah,
peruntukan Perlembagaan, Statut atau Kaedah-Kaedah, mengikut mana- mana yang berkenaan, hendaklah terpakai, dan Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah terbatal setakat yang berlawanan itu.
BAHAGIAN V
PERUNTUKAN KEWANGAN
Jawatankuasa Tetap Kewangan
32. Lembaga hendaklah melantik suatu Jawatankuasa Tetap Kewangan bagi mengatur dan mengawal kewangan Universiti.
Menyediakan anggaran
33. Adalah menjadi kewajipan mana-mana pegawai atau pegawai Universiti sebagaimana yang ditetapkan oleh Statut untuk menyediakan, bagi pertimbangan Naib Canselor, anggaran pendapatan dan perbelanjaan Universiti bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.
Tahun kewangan
34. (1) Bagi maksud Bahagian ini tahun kewangan ialah satu tahun kalendar, atau apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2) Akaun Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, diimbangkan bagi tahun kewangan yang lalu dan suatu penyata tahunan atau ringkasannya hendaklah disediakan.
(3) Penyata tahunan atau ringkasan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah disediakan mengikut bentuk dan mengandungi maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
030b.fm Page 50 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 51
Anggaran tahunan
35. (1) Lembaga hendaklah, tidak kurang daripada empat bulan sebelum berakhir tahun kewangan, meluluskan anggaran hasil dan perbelanjaan yang lengkap bagi Universiti bagi tahun kewangan yang berikutnya dan mengemukakan anggaran itu, bersama dengan ulasan Lembaga mengenainya, kepada Menteri.
(2) Sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat Lembaga bagi maksud meluluskan anggaran itu, Jawatankuasa Tetap Kewangan hendaklah menyediakan draf anggaran untuk dikemukakan kepada Lembaga, dan satu salinan anggaran itu hendaklah diserahkan kepada setiap seorang ahli Lembaga tidak kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.
(3) Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (1), Lembaga boleh, menurut budi bicaranya, meluluskan, mengubahsuaikan atau menolak kesemua atau mana- mana butiran yang terdapat dalam draf anggaran itu atau merujukkan kembali mana-mana butiran itu kepada Jawatankuasa Tetap Kewangan untuk pertimbangannya atau menambah apa-apa butiran dalam draf anggaran itu.
Anggaran tambahan
36. Jika peruntukan kewangan tambahan dikehendaki dalam sesuatu tahun, Lembaga boleh dari semasa ke semasa meluluskan anggaran tambahan bagi maksud menunjukkan punca yang darinya sesuatu perbelanjaan tambahan yang dilakukan olehnya boleh dibayar.
Tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan melainkan termasuk dalam Anggaran
37. (1) Lembaga tidak boleh melakukan apa-apa perbelanjaan yang tidak termasuk dalam sesuatu anggaran yang diluluskan:
Dengan syarat bahawa tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini Lembaga boleh memindahkan segala atau mana-mana bahagian wang yang diuntukkan—
(a) bagi satu butiran perbelanjaan berulang tahunan kepada satu butiran perbelanjaan berulang tahunan yang lain;
(b) bagi satu butiran perbelanjaan modal kepada satu butiran perbelanjaan modal yang lain.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi— (a) wang yang didepositkan dengan Universiti oleh mana-mana orang
jika, menurut syarat deposit itu, mana-mana wang itu telah genap masanya untuk dibayar balik;
(b) wang yang dipungut dan dikreditkan kepada Kumpulan Wang Universiti dengan silap;
(c) wang yang kena dibayar oleh Universiti menurut apa-apa penghakiman atau perintah mahkamah;
(d) wang yang dibelanjakan oleh Universiti bagi membawa atau membela prosiding di sisi undang-undang; dan
030b.fm Page 51 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(e) perbelanjaan yang berbangkit daripada apa-apa harta atau wang yang disebut dalam seksyen 39.
Bentuk Anggaran
38. Anggaran tahunan dan anggaran tambahan hendaklah disediakan mengikut bentuk dan hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga, dan hendaklah menunjukkan dalam bahagian yang berasingan perbelanjaan berulang tahunan dan perbelanjaan modal Universiti.
Kuasa Lembaga untuk menerima hadiah
39. (1) Lembaga boleh bagi pihak Universiti menerima sebagai pemberian, hadiah, pemberian berwasiat, subsidi, legasi atau selainnya, harta atau wang bagi membantu kewangan Universiti atas apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan olehnya.
(2) Daftar hendaklah disenggarakan mengenai segala derma yang diberikan kepada Universiti termasuk nama penderma kepada Universiti dan apa- apa syarat khas mengenai sesuatu derma yang diberikan.
Harta yang diberikan bagi maksud tertentu hendaklah diakaunkan secara berasingan
40. Segala harta atau wang yang diberikan bagi sesuatu maksud tertentu hendaklah digunakan dan ditadbirkan mengikut maksud harta atau wang itu telah diberikan dan hendaklah diakaunkan secara berasingan.
Bentuk kontrak
41. Apa-apa kontrak yang melibatkan perbelanjaan Universiti hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani bagi pihak Universiti oleh mana- mana kakitangan, pegawai atau pekerja Universiti yang diberi kuasa sewajarnya oleh Lembaga, sama ada secara khusus dalam apa-apa hal tertentu atau secara am bagi semua kontrak di bawah suatu nilai tertentu atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan dalam pemberikuasaan itu.
42. (Dipotong oleh Akta A946).
Audit
43. (1) Akaun Universiti hendaklah diaudit setiap tahun oleh juruaudit yang dilantik oleh Lembaga.
(2) Akaun yang diaudit, serta apa-apa pendapat yang dibuat mengenainya oleh juruaudit, hendaklah dibentangkan kepada Menteri.
BAHAGIAN VI
PERUNTUKAN AM
Konvokesyen
44. (1) Konvokesyen untuk menyampaikan ijazah hendaklah diadakan setiap tahun, atau seberapa kerap mengikut sebagaimana yang diarahkan oleh Canselor, pada tarikh yang diluluskan oleh Canselor.
030b.fm Page 52 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 53
(2) Jika Canselor tidak hadir atau jika Pro-Canselor yang diberi kuasa bagi maksud ini oleh Canselor tidak hadir Naib Canselor hendaklah menjadi pengerusi Konvokesyen.
(3) (Dipotong oleh Akta A946).
Pelantikan guru dan pekerja
45. (1) Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh Universiti sebagai guru, Pendaftar, Bursar atau Pegawai Perpustakaan, hendaklah dilantik sebagai yang demikian oleh Lembaga mengikut nasihat Jawatankuasa Pemilih.
(2) Semua orang yang diambil atau akan diambil kerja oleh Universiti kecuali orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, tertakluk kepada mana-mana Kaedah atau Statut, dilantik oleh Lembaga.
(3) Tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dan syarat yang akan ditetapkan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan—
(a) berhubung dengan kewajipan mengajar, memeriksa, menyelia dan kewajipan lain yang seumpamanya, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua Statut, Kaedah dan Peraturan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa; dan
(b) berhubung dengan semua syarat perkhidmatan yang lain, bahawa kerjanya adalah tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini dan kepada peruntukan semua Statut, Kaedah dan Peraturan yang berkuat kuasa pada tarikh dia mula bekerja.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini melarang Lembaga membuat apa- apa kontrak khas dengan seseorang yang hendak diambil kerja sedemikian oleh Universiti jika Lembaga berpendapat suai manfaat berbuat demikian.
Profesor Diraja
46. (1) Walau apa pun seksyen 20 dan 45, Yang di-Pertuan Agong boleh, selepas berunding dengan Canselor, dari semasa ke semasa melantik orang yang mempunyai kepujian akademik yang luar biasa sebagai profesor Universiti:
Dengan syarat bahawa bilangan orang yang dilantik sedemikian tidak boleh pada bila-bila masa lebih daripada tiga orang.
(2) Sesiapa yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah dikenali sebagai Profesor Diraja dan—
(a) hendaklah memegang jawatan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Canselor dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong; dan
(b) tertakluk kepada syarat pelantikannya dan kepada apa-apa arahan oleh Canselor, hendaklah mempunyai segala kuasa dan melaksanakan
030b.fm Page 53 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
segala kewajipan yang diberikan atau yang ditanggungkan ke atas profesor oleh Perlembagaan ini dan mana-mana Statut, Kaedah dan Peraturan yang dibuat di bawahnya.
Semua pelantikan hendaklah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan apa-apa perundangan subsidiari di bawahnya
46A. Walau apa pun seksyen 45 dan 46 atau peruntukan lain Perlembagaan ini, tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Universiti, termasuk profesor yang dilantik di bawah seksyen 46, hendaklah memegang jawatan tertakluk kepada peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30] dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, termasuk kaedah yang dibuat di bawah seksyen 16C Akta itu, dan terma dan syarat pengambilan kerja atau pelantikan mereka hendaklah disifatkan sebagai termasuk peruntukan yang bermaksud demikian itu.
Menerima masuk pelajar
47. Seseorang pelajar tidak boleh diterima masuk ke Universiti dalam sesuatu kursus pengajian untuk sesuatu ijazah melainkan jika dia telah memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah:
Dengan syarat bahawa, kecuali dengan persetujuan Menteri, pelajar yang telah diberi biasiswa Persekutuan atau biasiswa Negeri, pinjaman atau bantuan kewangan lain yang seumpamanya dari wang awam untuk kursus ijazah Universiti, tidak boleh ditolak jika mereka memenuhi kehendak itu.
Majlis Pewakilan Pelajar
48. (1) Pelajar berdaftar Universiti, selain pelajar luar, hendaklah pada kesemuanya menjadi suatu badan yang dinamai Kesatuan Pelajar-Pelajar Universiti (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “Kesatuan”).
(2) Kesatuan hendaklah memilih suatu Majlis Pewakilan Pelajar-Pelajar (kemudian daripada ini dalam Perlembagaan ini disebut “MPP”) mengikut cara yang berikut:
(a) pelajar berdaftar setiap Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut hendaklah memilih melalui undi rahsia yang dijalankan oleh Dekan Fakulti atau Ketua Sekolah, Pusat, Akademi atau Institut, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebilangan pelajar berdaftar yang sama bilangannya daripada Fakulti, Sekolah, Pusat, Akademi dan Institut itu untuk menjadi wakil dalam MPP, sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor; dan
(b) pelajar berdaftar sebagai keseluruhan hendaklah memilih dengan undi rahsia yang dijalankan oleh mana-mana pegawai yang dilantik oleh Naib Canselor bagi maksud itu, beberapa orang pelajar berdaftar, mengikut sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, untuk menjadi wakil dalam MPP, dan bilangan pelajar itu hendaklah, walau bagaimanapun, tidak lebih daripada setengah daripada bilangan wakil yang dipilih di bawah perenggan (a).
030b.fm Page 54 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 55
(3) MPP hendaklah memilih dari antara ahlinya seorang Yang Dipertua, seorang Naib Yang Dipertua, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari dan hanya merekalah sahaja yang menjadi pemegang jawatannya, melainkan jika dibenarkan secara bertulis sebaliknya oleh Naib Canselor; pemegang jawatan yang dibenarkan sedemikian oleh Naib Canselor hendaklah dipilih oleh MPP dari antara ahli MPP.
(4) Ahli MPP dan pemegang jawatannya hendaklah dipilih selama satu tahun.
(5) Keputusan MPP hendaklah diambil mengikut undi terbanyak dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli hadir dan mengundi.
(6) MPP boleh membentuk dari semasa ke semasa, dengan terlebih dahulu mendapat kelulusan secara bertulis daripada Naib Canselor, jawatankuasa ad hoc dari antara ahlinya bagi maksud atau tujuan tertentu.
(7) Tiada seseorang pelajar yang keputusan prosiding tatatertib terhadapnya masih ditunggu, atau yang telah didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib, boleh dipilih atau terus lagi menjadi seorang ahli MPP atau seorang pemegang jawatan bagi mana-mana badan atau jawatankuasa pelajar, melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor.
(8) Seseorang pelajar yang belum lagi masuk peperiksaannya yang pertama di Universiti bagi kursus pengajiannya atau yang telah gagal atau yang tidak masuk peperiksaan yang baharu lalu yang diadakan oleh Universiti bagi kursus pengajiannya sebelum sahaja sesuatu pemilihan atau pemilihan yang dicadangkan bagi MPP atau oleh MPP atau bagi atau oleh mana-mana pertubuhan atau badan pelajar yang lain adalah hilang kelayakan untuk dipilih dalam pemilihan atau pemilihan itu.
(9) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang seseorang siswazah, yang didaftarkan sebagai seorang pelajar untuk suatu ijazah yang lebih tinggi atau suatu diploma lepas ijazah, daripada menjadi seorang ahli bersekutu Kesatuan.
(10) Tujuan dan fungsi MPP ialah untuk:
(a) memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar Universiti;
(b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan, dan pembekalan makanan dan minuman;
(c) membuat rayuan kepada Naib Canselor mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar Universiti;
(d) diwakili dalam mana-mana badan yang boleh, mengikut sesuatu Kaedah yang dibuat oleh Lembaga bagi maksud itu, dilantik untuk menjalankan aktiviti kebajikan pelajar di Universiti; dan
030b.fm Page 55 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
(11) Kesatuan atau MPP tidak boleh menyenggarakan apa-apa kumpulan wang atau membuat apa-apa pemungutan wang atau harta dari apa-apa jua punca pun, tetapi apa-apa belanja yang berpatutan yang boleh dilakukan oleh MPP dengan terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor boleh dibayar oleh Universiti jika tuntutan bertulis yang berpatutan yang disokong dengan resit dan baucar dikemukakan oleh MPP kepada Naib Canselor dan diluluskan oleh Naib Canselor.
(12) Bendahari hendaklah menyimpan akaun MPP dengan sepatutnya dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas berakhir tiap-tiap tahun kewangan, iaitu suatu tahun kewangan sebagaimana yang ditentukan oleh Naib Canselor, suatu salinan akaun tersebut yang diaudit oleh seorang yang dilantik oleh Lembaga hendaklah dikemukakan oleh MPP kepada Lembaga untuk diluluskan.
(13) MPP hendaklah mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa sebagaimana yang difikirkannya perlu dan adalah menjadi kewajipan Setiausaha menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat MPP dan minit itu hendaklah disahkan di suatu mesyuarat yang berikutnya.
(14) Bagi maksud seksyen ini “pelajar berdaftar” ertinya seorang pelajar yang sedang mengikuti suatu kursus pengajian di Universiti untuk suatu ijazah atau suatu diploma, yang bukan suatu diploma lepas ijazah, dan termasuklah seorang pelajar yang memegang suatu diploma dan sedang mengikuti suatu kursus pengajian untuk suatu ijazah:
Dengan syarat bahawa seseorang pelajar adalah terhenti menjadi seorang pelajar berdaftar mengikut pengertian subseksyen ini—
(a) apabila disiarkan keputusan peperiksaan akhir bagi kursus pengajian itu, jika dia lulus peperiksaan itu; atau
(b) apabila disiarkan keputusan sesuatu peperiksaan bagi kursus pengajian itu, jika dia gagal dalam peperiksaan itu, sehingga dia, kemudiannya, didaftarkan sekali lagi bagi kursus pengajian itu atau bagi suatu kursus pengajian lain yang berkenaan dengan seseorang pelajar berdaftar di bawah subseksyen ini.
Penubuhan badan pelajar lain
49. (1) Walau apa pun seksyen 48 sah di sisi undang-undang bagi tidak kurang daripada sepuluh orang pelajar Universiti dengan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Lembaga dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, menubuhkan suatu badan pelajar yang terdiri daripada pelajar Universiti bagi memajukan sesuatu tujuan atau kepentingan tertentu dalam Universiti.
(2) Subseksyen 48(3), (4), (5), (6), (7), (8), (11), (12) dan (13) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi MPP.
50. (Dipotong oleh Akta A295).
030b.fm Page 56 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 57
Perbuatan yang melampaui had kuasa Perlembagaan MPP atau sesuatu badan pelajar
51. (1) Jika Kesatuan atau MPP atau sesuatu badan pelajar yang ditubuhkan di bawah seksyen 49 menjalankan urusannya secara yang, pada pendapat Lembaga, boleh merosakkan atau memudaratkan kesentosaan atau nama baik Universiti atau melakukan perbuatan yang bersalahan dengan Perlembagaan Universiti atau Perlembagaannya sendiri, atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan Universiti, Lembaga boleh menggantung atau membubarkan Kesatuan atau MPP atau badan pelajar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan dengan tidak menyentuh apa-apa tanggungan yang mungkin berbangkit di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang berkuat kuasa, tiap-tiap pemegang jawatan dalam Kesatuan atau MPP atau badan pelajar tersebut, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh dibuang daripada Universiti atau dikenakan apa-apa hukuman tatatertib.
(2) Subseksyen (1) adalah tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa seksyen 16 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.
Kuasa untuk mewakilkan
52. (1) Jika menurut peruntukan Perlembagaan ini atau mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan, seseorang pegawai atau sesuatu pihak berkuasa diberi kuasa untuk menjalankan apa-apa kuasa atau melaksanakan apa-apa kewajipan, pegawai atau pihak berkuasa itu boleh dengan surat cara bertulis dan tertakluk kepada seksyen ini dan kepada apa-apa syarat dan sekatan yang ditetapkan dalam surat cara itu, mewakilkan kuasa atau kewajipan itu supaya dijalankan oleh mana-mana pihak berkuasa atau jawatankuasa atau mana-mana orang yang dinyatakan dalam surat cara itu mengikut nama atau jawatannya.
(2) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan pada bila- bila masa oleh pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu.
(3) Tiada apa-apa pewakilan kuasa atau pewakilan kewajipan di bawah seksyen ini boleh menyentuh hak pegawai atau pihak berkuasa yang membuat pewakilan itu untuk menjalankan kuasa atau melaksanakan kewajipan itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi apa-apa kuasa untuk membuat atau meluluskan Statut, Kaedah-Kaedah atau Peraturan-Peraturan.
Pelucutan ijazah, dsb., atas alasan salah aku
53. (1) Jika mana-mana ahli sesuatu Pihak Berkuasa, atau seseorang mahasiswa Universiti, atau seseorang yang telah menerima ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti, disabitkan oleh sesuatu mahkamah atas suatu kesalahan jenayah yang buruk sama ada dalam atau luar Malaysia, atau pada pendapat Lembaga melakukan perbuatan skandal, sah bagi Canselor, dengan sokongan tidak kurang daripada dua pertiga daripada semua ahli Lembaga—
(a) membuangnya daripada menjadi ahli Pihak Berkuasa itu; atau (b) melucutkan apa-apa ijazah, diploma atau kepujian akademik lain
yang telah diberikan kepadanya oleh Universiti.
030b.fm Page 57 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(2) Perbuatan skandal dalam subseksyen (1) termasuklah dengan sengaja memberi mana-mana kakitangan, pegawai, pekerja atau Pihak Berkuasa Universiti apa-apa maklumat atau dokumen yang palsu atau mengelirukan dalam apa-apa butir material untuk mendapatkan ijazah, diploma, sijil atau kepujian akademik lain daripada Universiti itu.
Pertikaian mengenai pemilihan diputuskan oleh Menteri
54. Jika berbangkit apa-apa soal sama ada seseorang telah dipilih, dilantik, dicalonkan, atau dipilih masuk menjadi ahli dengan sempurnanya atau pun berhak menjadi atau terus menjadi ahli bagi mana-mana Pihak Berkuasa atau badan Universiti lain soal itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri dan keputusannya adalah muktamad.
55. (Dipotong oleh Akta A80).
CATATAN
[Jadual ini telah diubahsuaikan untuk dipakai kepada Universiti yang berikut:
1. Universiti Kebangsaan Malaysia lihat P.U.(A)110/1974 dan 112/ 1978;
2. Universiti Teknologi Malaysia lihat P.U.(A)230/1976, 231/1976, 118/1978 dan 119/1978;
3. Universiti Putra Malaysia lihat P.U.(A)410/1976 dan 116/1978;
4. Universiti Malaya lihat P.U.(A)110/1978;
5. Universiti Sains Malaysia lihat P.U.(A)268/1975 dan 114/1978; dan
6. Universiti Utara Malaysia lihat P.U.(A)348/1986.]
030b.fm Page 58 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 59
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 12(3) Perlembagaan]
Hilang Kelayakan
1. Orang yang berikut hilang kelayakan untuk dilantik sebagai atau untuk menjadi ahli sesuatu Pihak Berkuasa Universiti:
(a) jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i) kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii) kesalahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
(iii) kesalahan di bawah Akta ini; atau (iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan
pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun; (b) jika dia menjadi bankrap; atau (c) jika dia didapati atau ditetapkan tidak sempurna akal atau selainnya
tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya.
Terhenti menjadi ahli
2. Seseorang ahli Pihak Berkuasa hendaklah terhenti menjadi ahli— (a) jika dia tidak menghadiri mesyuarat Pihak Berkuasa tiga kali
berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi Pihak Berkuasa itu; atau (b) jika pelantikannya dibatalkan.
Peletakan jawatan
3. Seseorang ahli Pihak Berkuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis satu bulan secara bertulis kepada pengerusi Pihak Berkuasa.
Pengisian kekosongan
4. Jika mana-mana orang terhenti menjadi ahli Pihak Berkuasa oleh sebab peruntukan Akta ini, seorang lain boleh dilantik untuk mengisi kekosongan itu bagi tempoh selebihnya yang baginya ahli itu dilantik.
Elaun
5. Ahli Pihak Berkuasa hendaklah dibayar elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Pihak Berkuasa boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
6. (1) Pihak Berkuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau pertimbangtelitian Pihak Berkuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidaklah berhak mengundi pada mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
030b.fm Page 59 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
60 Undang-Undang Malaysia AKTA 30
(2) Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
Minit
7. (1) Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
(2) Minit yang dibuat mengenai mesyuarat Pihak Berkuasa hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.
(3) Tiap-tiap mesyuarat Pihak Berkuasa berkenaan dengan prosiding yang mengenainya minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli pada mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Pendedahan kepentingan
8. (1) Seseorang ahli Pihak Berkuasa yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya—
(a) sesuatu kepentingan dalam syarikat atau pengusahaan yang dengannya Pihak Berkuasa itu bercadang hendak membuat sesuatu kontrak; atau
(b) sesuatu kepentingan dalam kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Pihak Berkuasa,
hendaklah mendedahkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Pihak Berkuasa.
(2) Sesuatu pendedahan di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Pihak Berkuasa dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh pengerusi, ahli itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Pihak Berkuasa yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Kesahan perbuatan dan prosiding
9. Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Perlembagaan ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a) ada kekosongan dalam keahlian, atau ada kecacatan dalam penubuhan, Pihak Berkuasa;
(b) ada pelanggaran perenggan 8 oleh seseorang ahli Pihak Berkuasa; atau
(c) ada peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit perkara itu.
030b.fm Page 60 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
61
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 30
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta A80 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1971
24-09-1971
Akta A295 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1975
13-05-1975
Akta A550 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1983
20-02-1983
Akta A946 Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1996
*01-10-1996
*CATATAN – Perenggan 2, P.U.(B)428/1996—Menteri menggantung kuat kuasa keseluruhan Akta A946 berkenaan dengan semua Universiti dan Kolej Universiti yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti.
– Lihat juga P.U.(B)56/1997, P.U.(B)102/1998 dan P.U.(B)163/1998— Menteri membatalkan penggantungan kuat kuasa keseluruhan Akta A946 berkenaan dengan Universiti-Universiti yang dinyatakan di dalamnya.
030b.fm Page 61 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
62
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 30
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A946 01-10-1996
3 Akta A946 01-10-1996
5 Akta A550 20-02-1983
Akta A946 01-10-1996
5A Akta A550 20-02-1983
Akta A946 01-10-1996
6 Akta A80 24-09-1971
7 Akta A946 01-10-1996
8 Akta A946 01-10-1996
10 Akta A946 01-10-1996
11 Akta A80 24-09-1971
15 Akta A295 13-05-1975
15A–15C Akta A295 13-05-1975
15D Akta A295 13-05-1975
Akta A946 01-10-1996
16 Akta A295 13-05-1975
030b.fm Page 62 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM
Universiti dan Kolej Universiti 63
16A Akta A295 13-05-1975
Akta A946 01-10-1996
16B Akta A295 13-05-1975
Akta A946 01-10-1996
16C Akta A295 13-05-1975
16D Akta A946 01-10-1996
19 Akta A946 01-10-1996
22 Akta A295 13-05-1975
Akta A946 01-10-1996
23 Akta A946 01-10-1996
24 Akta A946 01-10-1996
24A–24D Akta A946 01-10-1996
26 Akta A946 01-10-1996
Jadual Pertama Akta A80 24-09-1971
Akta A295 13-05-1975
Akta A550 20-02-1983
Akta A946 01-10-1996
Jadual Kedua Akta A946 01-10-1996
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
030b.fm Page 63 Tuesday, March 28, 2006 9:13 AM