Advanced Search

National Sports Council of Malaysia Act 1971[Act 29]


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959872/national-sports-council-of-malaysia-act-1971%255bact-29%255d.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
029B.FM UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 29
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
029B.FM Page 1 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971
Tarikh Perkenan Diraja… … … … … 27 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999
029B.FM Page 2 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 29
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
SUSUNAN SEKSYEN
1971
BAHAGIAN I
PERMULAAN Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
BAHAGIAN II
MAJLIS
3. Majlis
4. Fungsi Majlis
5. Ahli Majlis
BAHAGIAN III
LEMBAGA PENGURUSAN
6. Lembaga Pengurusan
BAHAGIAN IV
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN NEGERI
7. Penubuhan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Negeri
7A. Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian kepada peruntukan Akta
BAHAGIAN V
PENTADBIRAN
8. Pelantikan Ketua Pengarah dan pekhidmat lain Lembaga
029B.FM Page 3 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
BAHAGIAN VI
KEWANGAN Seksyen
9. Kumpulan Wang Majlis
10. Kuasa meminjam
11. Pelaburan
12. Anggaran perbelanjaan
13. Akaun dan audit
BAHAGIAN VII
AM
14. Laporan Tahunan
15. Peraturan-peraturan
16. Kerahsiaan dan penalti
17. Kanun Keseksaan
18. Perlindungan terhadap prosiding undang-undang
19. Pewakilan oleh Lembaga
20. Arahan oleh Menteri
21. Hilang kelayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai Majlis
JADUAL PERTAMA
JADUAL KEDUA
029B.FM Page 4 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 29
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971
Suatu Akta bagi menubuhkan Majlis Sukan Negara Malaysia dan bagi membuat peruntukan yang berkaitan dengannya.
[Seluruh Malaysia—30 April 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Majlis Sukan Negara Malaysia 1971.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
“Majlis” ertinya Majlis Sukan Negara Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Majlis Sukan Wilayah Persekutuan” dan “Majlis Sukan Negeri” masing-masing ertinya Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan sesuatu Majlis Sukan Negeri yang ditubuhkan dengan sewajarnya di bawah seksyen 7;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sukan.
029B.FM Page 5 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
BAHAGIAN II
MAJLIS
Majlis
3. Suatu badan yang dinamakan “Majlis Sukan Negara Malaysia” ditubuhkan dengan kuasa untuk memperoleh dan memegang harta alih atau harta tak alih, dan bagi melupuskannya atau selainnya membuat apa-apa urusan berkenaan dengannya.
Fungsi Majlis
4. (1) Fungsi Majlis adalah—
(a) untuk menasihati Menteri tentang perkara yang berhubungan dengan sukan pada amnya dan pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan sepatutnya dan lebih berkesan;
(b) untuk menyelaraskan kegiatan berkenaan dengan sukan yang dijalankan oleh jabatan kerajaan atau agensi kerajaan atau bukan kerajaan;
(c) untuk membuat syor kepada Kerajaan mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan
(d) secara amnya untuk menggalakkan di peringkat tempatan dan antarabangsa, dan mengambil bahagian dalam, kemajuan sukan di Malaysia.
(2) Majlis mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersampingan pada menjalankan fungsinya, dan khususnya, tetapi dengan tidak menyentuh keluasan yang tersebut di atas—
(a) untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan;
(b) untuk menjalankan kajian kemungkinan bagi memajukan sukan;
029B.FM Page 6 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 7
(c) untuk menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan sukan supaya menghantar laporan berkenaan dengan kegiatannya;
(d) untuk mengambil bahagian atau membantu dalam kemajuan sukan, dan dalam mengadakan atau memperbaik kemudahan sukan di dalam dan di luar Malaysia, jika kerjasama antarabangsa boleh mempergiat kemajuan sukan di Malaysia;
(e) dengan kelulusan Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, untuk membuat penyertaan ekuiti dalam memajukan perusahaan sukan, dan mengadakan kemudahan dan daya penarik sukan;
(f) tertakluk kepada peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15, untuk mengawal standard yang akan dipelihara oleh perusahaan sukan;
(g) untuk memperoleh, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik, dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa- apa harta alih atau harta tak alih kepunyaan Majlis mengikut syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga;
(h) untuk membuat apa-apa kontrak;
(i) untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;
(j) untuk menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang terletak hak pada atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis; dan
(k) secara amnya untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud mencapai mana-mana tujuan yang disebut terdahulu itu.
029B.FM Page 7 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
Ahli Majlis
5. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dan (3).
(2) Menteri hendaklah menjadi Pengerusi Majlis.
(3) Ahli Majlis yang lain hendaklah dilantik oleh Menteri dan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
(a) seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan oleh setiap satu Majlis Sukan Negeri;
(b) tiga orang wakil yang dinamakan oleh Majlis Olimpik Malaysia;
(c) seorang wakil yang dinamakan oleh Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia;
(d) tidak kurang daripada lima tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli yang dilantik daripada kalangan orang yang pada pendapat Menteri boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan; dan
(e) tidak kurang daripada tiga tetapi tidak lebih daripada lima orang ahli yang dilantik daripada kalangan Kementerian yang difikirkan oleh Menteri perlu diwakili.
(4) Bahagian I Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli Majlis.
BAHAGIAN III
LEMBAGA PENGURUSAN
Lembaga Pengurusan
6. (1) Pengurusan hal ehwal Majlis hendaklah terletakhak pada Lembaga Pengurusan yang terdiri daripada Pengerusi Majlis yang hendaklah juga menjadi Pengerusi Lembaga dan tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada sepuluh orang ahli yang dilantik oleh Menteri mengikut cara yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
029B.FM Page 8 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 9
(2) Ahli Lembaga hendaklah dilantik seperti yang berikut:
(a) empat orang ahli daripada orang yang menjadi ahli Majlis yang dilantik di bawah seksyen 5;
(b) seorang wakil Kementerian Belia dan Sukan dan seorang wakil Kementerian Kewangan; dan
(c) mana-mana orang lain yang difikirkan layak dan patut menjadi ahli Lembaga.
(3) Dalam mana-mana mesyuarat Lembaga satu pertiga daripada bilangan ahli Lembaga hendaklah membentuk kuorum.
(4) Bahagian II Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi ahli Lembaga.
BAHAGIAN IV
MAJLIS SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN DAN NEGERI
Penubuhan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Negeri
7. (1) Suatu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan hendaklah ditubuhkan di dalam Wilayah Persekutuan dan di dalam tiap-tiap Negeri suatu Majlis Sukan Negeri yang berkenaan dengannya peruntukan Jadual Kedua hendaklah berkuat kuasa.
(2) Semua peruntukan Akta ini yang menyebut atau terpakai bagi sesuatu Majlis Sukan Negeri hendaklah, dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang dikehendaki oleh hal keadaan, disifatkan menyebut atau terpakai bagi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan.
Kuasa Menteri untuk membuat ubah suaian kepada peruntukan Akta
7A. (1) Menteri boleh dengan perintah membuat apa-apa ubah suaian yang difikirkannya perlu kepada peruntukan Akta ini apabila terpakai bagi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Majlis-Majlis Sukan Negeri Sabah dan Sarawak dengan memberikan perhatian pada amnya kepada hal keadaan yang terdapat di dalam Wilayah Persekutuan dan di dalam Negeri- Negeri Sabah dan Sarawak dan khususnya kepada adanya
029B.FM Page 9 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
kawasan, dengan apa jua nama disebut, di Wilayah Persekutuan dan Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak.
(2) Menteri boleh dengan perintah meminda Jadual Pertama dan Kedua.
BAHAGIAN V PENTADBIRAN
Pelantikan Ketua Pengarah dan pekhidmat lain Lembaga
8. (1) Lembaga boleh melantik seorang Ketua Pengarah yang akan bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Majlis dan untuk melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Lembaga atau Pengerusi Lembaga apabila bertindak bagi pihak Lembaga:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah yang pertama sebaik selepas permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah seorang yang dilantik oleh Menteri.
(2) Lembaga boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Majlis dengan cekap.
(3) Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat lain Lembaga bertanggungjawab kepada Lembaga.
(4) Ketua Pengarah, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
BAHAGIAN VI KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis
9. Bagi maksud Akta ini, dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Sukan Negara (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga—
029B.FM Page 10 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 11
(a) yang ke dalamnya akan dimasukkan—
(i) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Parlimen;
(ii) wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Lembaga atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;
(iii) semua wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, rancangan atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
(iv) semua wang yang didapati atau yang terbit daripada mana-mana harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;
(iva) semua pemberian, derma dan bekues daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan dan sumber lain; dan
(v) semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya;
(b) yang daripadanya akan dibayar—
(i) segala perbelanjaan (termasuk perbelanjaan modal) yang dilakukan oleh Lembaga dalam menjalankan fungsinya; dan
(ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Lembaga menurut kuasanya untuk meminjam.
Kuasa meminjam
10. Lembaga boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan, meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana- mana fungsinya di bawah Akta ini.
029B.FM Page 11 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
Pelaburan
11. Aset Lembaga hendaklah, setakat yang aset itu tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut cara yang diluluskan oleh Menteri:
Dengan syarat bahawa Lembaga tidak boleh membuat apa-apa pelaburan dalam sekuriti yang dikeluarkan atau didaftarkan atau dalam harta lain yang terletak di luar Malaysia kecuali dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Anggaran perbelanjaan
12. (1) Perbelanjaan Lembaga setakat jumlah yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
(2) Sebelum permulaan bulan September setiap satu tahun, Lembaga hendaklah menghantar kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang ber ikutnya mengikut bentuk dan yang mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri; dan Menteri hendaklah sebelum permulaan bulan November tahun itu memberitahu Lembaga jumlah wang yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau jumlah wang yang dibenarkan bagi setiap satu jenis perbelanjaan.
(3) Lembaga boleh, pada bila-bila masa, menghantar kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.
Akaun dan audit
13. (1) Lembaga hendaklah menyimpan dengan sepatutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan penyata akaun bagi setiap satu tahun kewangan.
(2) Akaun Lembaga hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Juruaudit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Lembaga dengan persetujuan Menteri.
029B.FM Page 12 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 13
(3) Akaun Lembaga hendaklah diaudit dalam tempoh enam bulan dari akhir setiap satu tahun kewangan dan dalam tempoh itu, Lembaga hendaklah menyebabkan suatu salinan penyata akaun itu mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dihantar kepada Menteri, bersama dengan suatu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Juruaudit Negara atau oleh juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) mengenai mana-mana penyata atau mengenai akaun Lembaga.
BAHAGIAN VII
AM
Laporan Tahunan
14. Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 30hb Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Majlis dalam tahun yang lalu dan yang mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan penjalanan dan dasar Majlis.
Peraturan-peraturan
15. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi menetapkan sesuatu yang dikehendaki oleh Akta ini dan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.
Kerahsiaan dan penalti
16. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli, pegawai atau pekhidmat Majlis boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu urusan yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2) Mana-mana ahli yang dengan diketahuinya melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabi la disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
029B.FM Page 13 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
Kanun Keseksaan
17. Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis yang dilantik di bawah seksyen 8 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Perlindungan terhadap prosiding undang-undang
18. (1) Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding lain boleh dibawa atau dimulakan atas sifat diri sendiri seseorang ahli Majlis atau Lembaga atau terhadap Ketua Pengarah, pegawai Majlis atau Lembaga atau terhadap seseorang pengarah, pegawai atau pekhidmat yang dilantik oleh Lembaga berkenaan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau sesuatu pernyataan yang dibuat bona fide menurut atau dalam melaksanakan atau bagi maksud melaksanakan Akta ini.
(2) Jika seseorang dikecualikan daripada tanggungan semata- mata oleh sebab peruntukan seksyen ini, Majlis bertanggungan setakat yang Majlis akan bertanggungan jika orang itu seorang pekhidmat atau ejen Majlis.
Pewakilan oleh Lembaga
19. Lembaga boleh, dengan suatu surat cara bertulis, mewakilkan kepada sesiapa atau mana-mana badan mana-mana kewajipannya yang perlu dijalankan di dalam atau di luar Malaysia:
Dengan syarat bahawa seseorang itu atau mana-mana badan itu tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengelolakan Kumpulan Wang dan hendaklah menjalankan kewajipannya dalam serba perkara mengikut arahan Lembaga.
Arahan oleh Menteri
20. (1) Menteri boleh memberi Majlis atau Lembaga sesuatu arahan sebagaimana yang difikirkannya patut yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini tentang penjalanan dan pelaksanaan oleh Majlis atau Lembaga akan kuasa, kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini, dan Majlis atau Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu.
029B.FM Page 14 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 15
(2) Lembaga hendaklah memberi Menteri apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berhubung dengan harta dan kegiatannya.
Hilang kelayakan untuk diambil kerja sebagai pegawai Majlis
21. (1) Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung, dengan sendirinya atau melalui kongsinya, sesuatu syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak dengan, untuk atau bagi pihak Majlis boleh diambil kerja sebagai pegawai atau penjawat Majlis.
(2) Seseorang pegawai atau pekhidmat yang dilantik oleh Lembaga dan yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa diberi notis.
JADUAL PERTAMA
BAHAGIAN I
[Subseksyen 5(4)]
MAJLIS
1. Tempoh jawatan bagi ahli Majlis kecuali Pengerusi ialah selama tempoh dua tahun. Ahli boleh dilantik semula.
2. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk mengisi sesuatu kekosongan ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang mengosongkan jawatan itu.
3. Segala perbelanjaan Majlis hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
4. Jawatan seseorang ahli Majlis selain ahli yang dilantik kerana jawatan hendaklah dikosongkan—
(a) jika dia mati;
(b) jika dia tidak lagi berkelayakan;
(c) jika dia menjadi bankrap, gila atau tidak sempurna akal;
(d) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau
(e) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
5. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Majlis boleh menetapkan tatacaranya sendiri.
029B.FM Page 15 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
BAHAGIAN II
[Subseksyen 6(4)]
LEMBAGA PENGURUSAN
1. Ahli Lembaga kecuali Pengerusi hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula.
2. Jawatan seseorang ahli Lembaga hendaklah dikosongkan—
(a) jika dia mati;
(b) jika dia tidak lagi berkelayakan;
(c) jika dia menjadi bankrap, gila atau tidak sempurna akal;
(d) jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga; atau
(e) jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
3. Tempoh jawatan bagi seseorang ahli yang dilantik untuk menggantikan seseorang ahli lain yang telah mengosongkan jawatannya ialah selama baki tempoh jawatan ahli yang kemudian itu asalnya dilantik.
4. Pengerusi Lembaga mempunyai kuasa untuk memanggil sesuatu mesyuarat Lembaga apabila difikirkannya perlu.
5. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Lembaga boleh menetapkan tatacaranya sendiri.
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 7(1)]
KAEDAH-KAEDAH BAGI MENUBUHKAN MAJLIS SUKAN DI NEGERI-NEGERI PERSEKUTUAN MALAYSIA
Tafsiran
1. Dalam tafsiran Kaedah-Kaedah ini dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Pengurusan yang dilantik di bawah kaedah 9;
“Majlis” ertinya Majlis Sukan Negeri;
029B.FM Page 16 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 17
“Majlis Sukan Daerah” ertinya Majlis Sukan Daerah yang ditubuhkan di dalam Negeri itu oleh Majlis Sukan Negeri atau bagi Wilayah Persekutuan, Negeri-Negeri Sabah dan Sarawak, Majlis Sukan setiap kawasan pentadbiran;
“Pengarah” ertinya Pengarah Majlis Sukan Negeri yang dilantik di bawah subkaedah 10(1);
“Persatuan Sukan Negeri” ertinya mana-mana persatuan, kelab, yayasan atau badan lain yang menjalankan kawalan khusus ke atas mana-mana cawangan sukan di dalam Negeri pada peringkat seluruh negeri.
Nama
2. Majlis ini hendaklah dinamakan “MAJLIS SUKAN NEGERI”.
Tujuan Majlis
3. Tujuan Majlis adalah—
(a) untuk memajukan kepentingan sukan pada amnya di dalam negeri dan khususnya mengadakan kemudahan yang cukup bagi kemajuan semua cawangan sukan di peringkat Negeri dan Daerah;
(b) untuk melakukan penyelarasan semua Persatuan Sukan Negeri dan agensi sukan lain di dalam Negeri itu; dan
(c) untuk mendapatkan dan mentadbirkan wang bagi mencapai tujuan Majlis berhubung dengan Majlis Sukan Negara Malaysia.
Fungsi Majlis
4. Fungsi Majlis adalah—
(a) untuk menjalankan tujuan Majlis;
(b) untuk menubuhkan Majlis Sukan Daerah bagi mengadakan kemudahan yang cukup bagi memajukan sukan pada peringkat Daerah;
(c) untuk membuat syor kepada Kerajaan Negeri mengenai cara, langkah dan dasar yang patut diambil bagi memudahkan kemajuan sukan, dan jika diluluskan oleh Kerajaan, untuk melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor itu; dan
(d) untuk mengambil segala langkah yang difikirkan perlu bagi mencapai dengan sepatutnya tujuan Majlis.
Kuasa Majlis
5. Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau semunasabahnya perlu atau bersangkutan tetapi dengan tidak menyentuh keluasan kaedah yang disebut terdahulu—
029B.FM Page 17 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
(a) untuk menjalankan tinjauan dan penyiasatan berkenaan dengan sukan;
(b) untuk menghendaki jabatan kerajaan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menguruskan sukan supaya menghantar laporan berkenaan dengan kegiatannya;
(c) untuk mengambil bahagian atau membantu dalam kemajuan sukan dan dalam mengadakan atau memperbaik kemudahan sukan;
(d) untuk memperoleh, membeli, memajak, menyewa, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerah balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau secara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan atau memajukan apa-apa harta alih atau harta tak alih kepunyaan Majlis mengikut terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis;
(e) untuk membuat sesuatu kontrak;
(f) untuk menerima, sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya, komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui; dan
(g) pada amnya untuk melakukan perbuatan sebagaimana yang difikirkan patut olehnya bagi maksud mencapai mana-mana tujuan yang disebut terdahulu.
Keanggotaan Majlis
6. Keanggotaan terbuka kepada mana-mana Persatuan Sukan Negeri atau Majlis Sukan Daerah di dalam Negeri itu.
Ahli Majlis
7. (1) Majlis hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:
*(a) Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri dengan berunding dengan Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu;
**(b) dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu, seorang daripadanya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri;
*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;” – lihat Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1988 [P.U.(A)367/ 1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “dua orang Timbalan Pengerusi yang dilantik oleh Menteri, seorang daripadanya ialah Ketua Setiausaha Negara atau wakilnya;” – lihat [P.U.(A)367/1988].
029B.FM Page 18 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 19
(c) seorang wakil yang dinamakan oleh setiap Persatuan Sukan Negeri;
(d) Pengerusi setiap Majlis Sukan Daerah;
*(e) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya;
**(f) Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya;
*(g) Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri atau wakilnya; dan
(h) tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada enam orang yang pada pendapat Pengerusi boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.
(2) Ahli Majlis, kecuali Pengerusi, hendaklah dilantik oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri selama tempoh dua tahun dan boleh dilantik semula.
(3) Jika berlaku sesuatu kekosongan luar jangka dalam Majlis di bawah subperenggan (c) dan (d), pihak berkuasa yang berkenaan hendaklah melantik mana-mana orang untuk mengisi kekosongan itu.
(4) Jika berlaku sesuatu kekosongan luar jangka dalam Majlis di bawah subperenggan (h), Pengerusi hendaklah melantik mana-mana orang untuk memenuhi kekosongan itu.
Mesyuarat Majlis
8. (1) Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap 3 bulan atau lebih kerap lagi sebagaimana yang difikirkan perlu.
(2) Sekurang-kurangnya empat belas hari notis bertulis hendaklah diberikan kepada ahli.
(3) Satu pertiga daripada ahli Majlis yang hadir dan yang berhak mengundi dalam mesyuarat itu hendaklah membentuk kuorum.
(4) Tiap-tiap seorang ahli Majlis yang hadir berhak kepada satu undi.
(5) Sekiranya bilangan undi sama banyak, Pengerusi berhak memberikan undi kedua atau undi pemutus.
(6) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Majlis dan mesyuarat Jawatankuasa. Jika Pengerusi tidak ada seorang daripada Timbalan Pengerusi dikehendaki menjadi Pengerusi mesyuarat itu. Jika Timbalan Pengerusi tidak ada, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang antara mereka untuk menjadi Pengerusi mesyuarat itu.
*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan perkataan “Negeri” dengan perkataan “Wilayah Persekutuan” – lihat [P.U.(A)367/1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “seorang wakil daripada Perbendaharaan;” – lihat [P.U.(A)367/1988].
029B.FM Page 19 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
Jawatankuasa Pengurusan
9. (1) Pengurusan hal ehwal Majlis terletak hak pada Jawatankuasa Pengurusan yang terdiri daripada—
(a) Pengerusi;
(b) dua orang Timbalan Pengerusi mengikut perenggan 7(1)(b);
(c) empat orang ahli yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(c);
(d) dua orang ahli yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(d);
*(e) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri atau wakilnya;
**(f) Pengarah Kewangan Negeri atau wakilnya;
*(g) Pengarah Belia dan Sukan Negeri; dan
(h) tidak lebih daripada tiga orang lain yang pada pendapat Pengerusi boleh memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan kemajuan sukan.
(2) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan dan tujuh hari notis bertulis mengenainya hendaklah diberikan kepada semua ahli.
(3) Jawatankuasa hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan fungsi dan pentadbiran hal ehwal dan urusan Majlis.
(4) Dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa satu pertiga daripada bilangan ahli Jawatankuasa itu hendaklah membentuk kuorum.
(5) Seorang ahli Jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut, sama ada tanpa sebab yang memuaskan hati atau tanpa kebenaran Jawatankuasa ipso facto terhenti menjadi ahli Jawatankuasa itu.
(6) Jika berlaku sesuatu kekosongan dalam Jawatankuasa, Jawatankuasa itu hendaklah melantik mana-mana orang untuk mengisi kekosongan itu.
Pentadbiran Majlis
10. (1) Jawatankuasa boleh melantik seorang Pengarah yang akan bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan harian hal ehwal Majlis dan untuk melaksanakan kuasa sebagaimana yang diamanahkan atau diwakilkan oleh Jawatankuasa atau Pengerusi Jawatankuasa apabila bertindak bagi pihak Jawatankuasa.
*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan perkataan “Negeri” dengan perkataan “Wilayah Persekutuan” – lihat [P.U.(A)367/1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wakil daripada Perbendaharaan;” – lihat [P.U.(A)367/ 1988].
029B.FM Page 20 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 21
(2) Jawatankuasa boleh melantik pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi menjalankan hal ehwal Majlis dengan cekap.
(3) Pengarah, pegawai dan pekhidmat lain Majlis bertanggungjawab kepada Jawatankuasa.
(4) Pengarah, pegawai dan pekhidmat Majlis hendaklah memegang jawatan selama tempoh, menerima gaji dan elaun dan tertakluk kepada syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Kumpulan Wang Kewangan
11. Bagi maksud Jadual ini, dengan ini ditubuhkan suatu Kumpulan Wang Sukan Negeri yang akan ditadbirkan dan dikawal oleh Jawatankuasa—
(a) yang ke dalamnya akan dimasukkan—
*(i) wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Pihak Berkuasa Negeri;
**(ii) semua wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, rancangan atau perusahaan yang dibiayai oleh Kumpulan Wang;
(iii) wang yang dipinjam dari semasa ke semasa oleh Majlis atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Pihak Berkuasa Negeri bagi maksud menjelaskan apa-apa tanggungannya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;
(iv) semua wang yang didapati atau yang terbit daripada mana-mana harta pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Majlis; dan
(v) semua pemberian, derma dan bekues daripada orang perseorangan, syarikat, yayasan dan sumber yang lain;
(b) yang daripadanya akan dibayar—
(i) semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Majlis bagi menjalankan fungsinya; dan
*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan Persekutuan;” – lihat [P.U.(A)367/1988]. **CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “wang yang dipinjamkan dari semasa ke semasa oleh Majlis atas terma dan syarat yang diluluskan oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan bagi menjelaskan apa-apa tanggungjawabnya atau melaksanakan apa-apa kewajipannya;” – lihat [P.U.(A)367/1988].
029B.FM Page 21 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 29
(ii) wang bagi membayar balik apa-apa pinjaman yang telah diberikan kepada Majlis menurut kuasanya untuk meminjam.
Kuasa meminjam
*12. Jawatankuasa boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Pihak Berkuasa Negeri meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana- mana fungsinya di bawah Akta ini.
Anggaran perbelanjaan
13. (1) Majlis hendaklah menyediakan anggaran perbelanjaan untuk tiap-tiap tahun kewangan dan perbelanjaan ini hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Sukan Negeri. Anggaran perbelanjaan itu hendaklah diluluskan oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu.
(2) Pengarah bertanggungjawab bagi menjaga segala wang Majlis yang hendaklah didepositkan dalam bank yang diluluskan oleh Pengerusi.
(3) Semua cek yang dikeluarkan atas Akaun Majlis hendaklah ditandatangani oleh Pengarah dan pegawai yang diluluskan oleh Jawatankuasa.
(4) Tahun Kewangan bagi Majlis ialah 1hb Januari hingga 31hb Disember.
Akaun dan audit
14. (1) Majlis hendaklah menyimpan dengan sepatutnya semua akaun dan rekod lain berkenaan dengan penjalanannya dan hendaklah menyediakan Penyata Akaun bagi tiap-tiap satu tahun kewangan.
(2) Akaun Majlis hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau wakilnya, Juruaudit Negeri atau juruaudit yang dilantik oleh Majlis dengan persetujuan Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri Negeri itu.
(3) Akaun Majlis hendaklah diaudit dalam tempoh 6 bulan dari akhir tiap satu tahun kewangan dan dalam tempoh itu Jawatankuasa hendaklah mengarahkan supaya satu salinan penyata akaun itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri, Menteri Besar atau Ketua Negeri itu dihantar kepadanya bersama-sama dengan satu salinan apa-apa pemerhatian yang dibuat oleh Juruaudit Negeri atau Juruaudit yang dilantik oleh Jawatankuasa.
*CATATAN—Dalam pemakaiannya kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan telah diubah suai dan gantikan dengan “Jawatankuasa boleh, mengikut syarat yang diluluskan oleh Menteri, selepas berunding dengan Menteri Kewangan dan Kerajaan Persekutuan meminjam wang sebanyak yang diperlukan olehnya bagi menjalankan mana-mana fungsinya di bawah Akta ini.” – lihat [P.U.(A)367/1988].
029B.FM Page 22 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
Majlis Sukan Negara Malaysia 23
Laporan tahunan
15. Majlis hendaklah, tidak lewat daripada 30hb Jun setiap tahun, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Majlis dalam tahun yang lalu dan yang mengandungi apa-apa maklumat berhubung dengan penjalanan dan dasar Majlis.
Kerahsiaan dan Penalti
16. (1) Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seorang pun ahli, pegawai atau pekhidmat Majlis boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana satu urusan yang telah didapati olehnya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2) Mana-mana ahli yang dengan diketahuinya melanggar peruntukan perenggan (1) di atas melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun.
Kanun Keseksaan
17. Semua ahli dan mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam dalam pengertian Kanun Keseksaan.
Am
18. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini Majlis boleh menetapkan tatacaranya sendiri.
029B.FM Page 23 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
24
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 29
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
29-08-1975
Akta A460 Akta Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan) 1979
24-08-1979
P.U.(A)224/1981 Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1981
01-07-1981
P.U.(A)367/1988 Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pengubahsuaian) 1988
21-10-1988
P.U.(A)368/1988 Perintah Majlis Sukan Negara Malaysia (Pindaan Jadual Kedua) 1988
01-01-1988 kecuali kaedah 16 Jadual Kedua: 21-10-1988
029B.FM Page 24 Monday, March 27, 2006 5:35 PM
25
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 29
AKTA MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A460 24-08-1979
4 Akta A460 24-08-1979
5 Akta A460 24-08-1979
6 Akta A460 24-08-1979
7 Akta A460 24-08-1979
7A Akta A460 24-08-1979
9 Akta A460 24-08-1979
10 Akta A460 24-08-1979
13 Akta A460 24-08-1979
16 Akta 160 29-08-1975
17 Akta A460 24-08-1979
Jadual Kedua Akta A460 24-08-1979
P.U.(A)368/1988 01-01-1988; 21-10-1988
029B.FM Page 25 Monday, March 27, 2006 5:35 PM