Advanced Search

Kootu Funds (Prohibition) Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959871/kootu-funds-%2528prohibition%2529-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
028b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG
KUTU 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
028b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 27 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1993 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999
028b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG
SUSUNAN SEKSYEN
KUTU 1971
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu
4. Pendaftaran sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Semenanjung Malaysia
5. Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Sabah
6. Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Sarawak
7. Pendaftaran sesuatu syarikat yang menganjurkan wang kutu dilarang
8. Syarikat berdaftar yang menganjurkan wang kutu hendaklah berhenti menjalankan perniagaan
9. Penggulungan atas permintaan Menteri
10. Tanggungan jenayah
11. Kaedah-kaedah
12. Akta ini terpakai
13. Pemansuhan
028b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
028b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
Suatu Akta untuk melarang pendaftaran atau pelesenan perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu dan pendaftaran syarikat yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk menganjurkan rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya dan juga untuk menjadikan sebagai salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan rancangan atau perkiraan tersebut dan untuk membuat peruntukan bagi perkara yang bersampingan dengannya.
[Seluruh Malaysia—30 April 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-
“syarikat” ertinya syarikat sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah perbadanan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta tersebut;
“kumpulan wang kutu” ertinya rancangan atau perkiraan yang dikenali dengan pelbagai nama seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei, tontine atau sebagainya yang menurutnya pesertanya
028b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 28
membayar yuran berkala atau selainnya kepada suatu kumpulan wang bersama dan kumpulan wang bersama itu dijual atau dibayar kepada peserta dengan jalan lelong, tender, tawaran, undi atau selainnya dan termasuklah apa-apa rancangan atau perkiraan daripada pelbagai jenis seperti kutu, cheetu, chit fund, hwei atau tontine;
“Menteri” kecuali dalam seksyen 4, 5 dan 6, ertinya Menteri yang pada masa itu bertanggungjawab atas perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna;
“menganjurkan” termasuklah menguruskan, mengadakan, menjalankan atau selainnya mengelolakan, dan juga termasuklah membantu, menolong atau mengambil apa-apa bahagian dalam penganjuran itu.
(2) (Tidak terpakai dalam terjemahan bahasa Malaysia).
(3) Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai penggulungan sesuatu syarikat termasuklah, jika syarikat itu suatu syarikat asing, sebutan mengenai penggulungan hal ehwal syarikat asing itu setakat yang berkenaan dengan aset syarikat asing itu dalam Malaysia.
Salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu
3. Salah di sisi undang-undang bagi sesiapa menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu dan seseorang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pendaftaran sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Semenanjung Malaysia
4. (1) Apa-apa jua perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu tidak boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 [Akta 197] Semenanjung Malaysia (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “Akta itu”).
(2) Tiada seorang pun boleh mendapatkan pendaftaran di bawah Akta itu sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu.
028b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 7
(3) Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang didaftarkan di bawah Akta itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
(4) Seseorang rakan perniagaan yang, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, telah didaftarkan di bawah Akta itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pendaftar bahawa pern iagaan i tu mengan jurkan a tau d imaksudkan un tuk menganjurkan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran perniagaan itu.
(5) Pendaftar hendaklah dengan segera membatalkan perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(1) Akta itu bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, dan hendaklah memberitahu dengan bertulis seorang yang bertanggungjawab (“responsible person” seperti yang ditakrifkan dalam Akta itu) bahawa perakuan itu telah dibatalkan dan juga sebabnya.
(6) Seseorang rakan perniagaan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5) kepada seorang yang bertanggungjawab merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu muktamad; semasa menanti keputusan rayuan itu, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai menangguhkan pembatalan perakuan pendaftaran perniagaan itu melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya.
(7) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) dan seseorang rakan sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan apabi la disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau disifatkan sebagai menyentuh sesuatu tuntutan sivil yang mungkin ada pada pihak seseorang, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang rakan s e s u a t u p e r n i a g a a n y a n g t e l a h d i b a t a l k a n p e r a k u a n pendaftarannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang
028b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 28
berhenti menjalankan perniagaan oleh sebab peruntukan seksyen ini.
(9) Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran dipulangkan balik kepadanya oleh sebab pembatalan sesuatu perakuan pendaftaran sesuatu perniagaan di bawah seksyen ini.
(10) Bagi maksud seksyen ini—
(a) seseorang Pendaftar atau pemeriksa boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada mereka masing- masing di bawah Akta itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Akta itu; dan
(b) seksyen 2 Akta itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Akta itu.
Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Sabah
5. (1) Apa-apa jua perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu tidak boleh diberi lesen di bawah Ordinan Pelesenan Perdagangan Sabah [Bab 144] (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “Ordinan itu”).
(2) Tiada seorang pun boleh mendapat lesen perdagangan di bawah Ordinan itu bagi sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu.
(3) Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang diberi lesen di bawah Ordinan itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
(4) Seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang te lah diberi lesen di bawah Ordinan i tu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu pihak berkuasa pelesenan bahawa pern iagaan i tu mengan jurkan a tau d imaksudkan un tuk menganjurkan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian pihak berkuasa pelesenan i tu hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan bagi perniagaan itu.
028b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 9
(5) Pihak berkuasa pelesenan itu hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan sesuatu perniagaan jika ia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa pelesenan di bawah Ordinan itu bahawa pern iagaan i tu mengan jurkan a tau d imaksudkan un tuk menganjurkan wang kutu, dan hendaklah memberitahu dengan bertulis tuan punya atau pekongsi perniagaan itu bahawa lesen perdagangan itu telah dibatalkan dan juga sebabnya.
(6) Seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa pelesenan di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen (5), merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu muktamad; semasa menanti keputusan rayuan itu, rayuan itu tidak berkuat kuasa sebagai menangguhkan pembatalan lesen perdagangan bagi perniagaan itu melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya.
(7) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) dan seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau disifatkan sebagai menyentuh sesuatu tuntutan sivil yang mungkin ada pada pihak seseorang, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang tuan punya atau pekongsi sesuatu perniagaan yang telah dibatalkan lesen perdagangannya di bawah peruntukan seksyen ini atau yang berhenti menjalankan perniagaan oleh sebab seksyen ini.
(9) Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa bayaran dipulangkan balik kepadanya oleh sebab pembatalan sesuatu lesen perdagangan di bawah seksyen ini.
(10) Bagi maksud seksyen ini—
(a) sesuatu pihak berkuasa pelesenan boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu; dan
028b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 28
(b) seksyen 2 Ordinan itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu.
(11) “Menteri” dalam seksyen ini ertinya Menteri yang disebut dalam Ordinan itu.
Pelesenan sesuatu perniagaan yang menganjurkan wang kutu dilarang di Sarawak
6. (1) Apa-apa jua perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu tidak boleh diberi lesen di bawah Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak [Bab 33] (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “Ordinan itu”).
(2) Tiada seorang pun boleh mendapat lesen perdagangan di bawah Ordinan itu bagi sesuatu perniagaan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu.
(3) Tiada seorang pun yang menjalankan perniagaan yang diberi lesen di bawah Ordinan itu boleh menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
(4) Seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang telah diberi lesen di bawah Ordinan itu dan yang menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa, hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan itu dan hendaklah dengan segera memberitahu Pemungut bahawa perniagaan itu menganjurkan atau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu dan apabila diberitahu sedemikian Pemungut hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan bagi perniagaan itu.
(5) Pemungut hendaklah dengan segera membatalkan lesen perdagangan sesuatu perniagaan jika dia berpuas hati dengan butir-butir perniagaan yang dikemukakan kepadanya di bawah Ordinan i tu bahawa perniagaan i tu menganjurkan a tau dimaksudkan untuk menganjurkan wang kutu, dan hendaklah memberitahu dengan bertulis tuan punya perniagaan itu bahawa lesen perdagangan itu telah dibatalkan dan juga sebabnya.
(6) Seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Pemungut di bawah subseksyen (5) boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu disampaikan di bawah subseksyen
028b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 11
(5), merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu muktamad; semasa menanti keputusan rayuan itu, rayuan i tu t idak berkuat kuasa sebagai menangguhkan pembatalan lesen perdagangan bagi perniagaan melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya.
(7) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) atau (3) dan seseorang tuan punya sesuatu perniagaan yang tidak mematuhi subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(8) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh atau disifatkan sebagai menyentuh sesuatu tuntutan sivil yang mungkin ada pada pihak seseorang, termasuk seseorang peserta dalam sesuatu kumpulan wang kutu, terhadap seseorang tuan punya sesua tu pern iagaan yang te lah d iba ta lkan lesen perdagangannya di bawah seksyen ini atau yang berhenti menjalankan perniagaan oleh sebab seksyen ini.
(9) Tiada seorang pun berhak mendapat apa-apa cukai dipulangkan kepadanya oleh sebab pembatalan sesuatu lesen perdagangan di bawah seksyen ini.
(10) Bagi maksud seksyen ini—
(a) seseorang Pemungut boleh menjalankan semua kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Ordinan itu dengan cara yang sepenuh dan secukupnya seolah- olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu; dan
(b) seksyen 2 Ordinan itu hendaklah terpakai seolah-olah seksyen ini menjadi sebahagian daripada Ordinan itu.
(11) “Menteri” dalam seksyen ini ertinya Menteri yang disebut dalam Ordinan itu.
Pendaftaran sesuatu syarikat yang menganjurkan wang kutu dilarang
7. Sesuatu syarikat yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk menganjurkan wang kutu tidak boleh didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965.
028b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 28
Syarikat berdaftar yang menganjurkan wang kutu hendaklah berhenti menjalankan perniagaan
8. (1) Apabila Akta ini mula berkuat kuasa sesuatu syarikat berdaftar yang tujuannya atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk menganjurkan wang kutu (kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini dan seksyen 9 sebagai “syarikat itu”) hendaklah dengan segera berhenti menjalankan perniagaan menganjurkan wang kutu.
(2) Tiap-tiap syarikat itu hendaklah sama ada—
(a) dalam tempoh sembilan puluh hari mulai dari 18 Februari 1971 mengambil langkah yang perlu di bawah Akta Syarikat 1965 untuk mengubah memorandum persatuan dan (jika ada) tertib persatuannya supaya tidak mengandungi peruntukan yang membenarkannya menjalankan perniagaan untuk menganjurkan wang kutu; atau
(b) dalam tempoh sembilan puluh hari mulai dari 18 Februari 1971 atau dalam tempoh sebulan selepas tamat semua tempoh yang mungkin telah diberikan di bawah subseksyen (3), mengikut mana-mana yang lebih lama, sama ada—
(i) menetapkan dengan ketetapan khas bahawa ia digulung secara sukarela di bawah perenggan 254(1)(b) Akta Syarikat 1965; atau
(ii) menetapkan dengan ketetapan khas bahawa ia d i g u l u n g o l e h M a h k a m a h d a n d e n g a n sewajarnya menyerahkan suatu permohonan kepada Mahkamah di bawah perenggan 217(1)(a) Akta Syarikat 1965 untuk suatu perintah supaya ia digulung.
(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan walau apa pun apa-apa jua yang telah dibuat di bawah perenggan (2)(a) syarikat itu boleh, dalam tempoh sembilan puluh hari mulai dari 18 Februari 1971, memohon kebenaran kepada Pendaftar untuk terus menjalankan wang kutunya yang sedang dijalankan pada tarikh Akta ini mula berkuat kuasa hingga masing-masing wang kutu itu telah selesai dijalankan, dan Pendaftar boleh memberikan ataupun tidak memberikan kebenaran itu; j ika Pendaftar memberikan kebenaran itu dia hendaklah menetapkan tempoh
028b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 13
yang dibenarkan itu tetapi tempoh itu tidak boleh lebih daripada dua belas bulan; dan Pendaftar boleh, apabila permohonan dibuat o leh syar ika t i tu , dan menurut budi b icara mut laknya , memberikan, dari semasa ke semasa, lanjutan tempoh itu tetapi lanjutan tempoh yang diberikan semuanya tidak boleh lebih daripada dua belas bulan.
(4) Bagi maksud subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, memberikan apa-apa arahan kepada syarikat itu dan membuat apa-apa penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu.
(5) Jika kebenaran diberikan di bawah subseksyen (3) Pendaftar boleh, dari semasa ke semasa, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat atau perlu.
(6) Pendaftar boleh, pada bila-bila masa, menarik balik atau mengubahsuaikan mana-mana kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (3) atau mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5).
(7) Jika syarikat itu tidak berpuas hati dengan—
(a) sesuatu keputusan yang dibuat di bawah subseksyen (3) atau (6); atau
(b) apa-apa arahan yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (4); atau
(c) apa-apa terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5),
syarikat itu boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh mana- mana keputusan, arahan, terma atau syarat itu disampaikan kepada syarikat itu, merayu kepada Menteri terhadap keputusan itu dan keputusan Menteri itu muktamad.
(8) Jika subseksyen (1) tidak dipatuhi, syarikat itu dan setiap pegawai syarikat yang tidak mematuhi itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa syarikat itu tidak bertanggungan atas kesalahan itu berkenaan dengan kumpulan wang yang ada pada
028b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 28
tarikh Akta ini mula berkuat kuasa mulai dari masa suatu permohonan oleh syarikat itu di bawah subseksyen (3) diterima oleh Pendaftar dan sehingga keputusan telah dibuat atasnya oleh Pendaftar dan kemudiannya bagi tempoh selama sesuatu kebenaran yang diberikan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (3) berkuat kuasa:
Dan lagi dengan syarat bahawa kebenaran itu hendaklah disifatkan sebagai tidak berkuat kuasa jika syarikat itu melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Pendaftar di bawah subseksyen (5).
(9) “Pendaftar” dalam seksyen ini ertinya Pendaftar Syarikat dan tidak termasuk seseorang Pendaftar Rantau, Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat.
Penggulungan atas permintaan Menteri
9. (1) Jika syarikat itu tidak mengambil tindakan di bawah subseksyen 8(2), atau jika, setelah mengambil tindakan itu, ia tidak mendapatkan perubahan yang dikehendaki dibuat ke atas memorandum persatuan dan (jika ada) tertib persatuannya atau tidak menyelesaikan penggulungan sukarelanya atau tidak mendapatkan perintah Mahkamah supaya ia digulung, mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang munasabah, Menteri—
(a) boleh menyebabkan supaya suatu penyiasatan mengenai hal ehwal syarikat itu dibuat dengan apa- apa cara yang difikirkannya patut; dan
(b) hendaklah menyerahkan suatu permohonan kepada Mahkamah—
(i) bagi menggulung syarikat itu; atau (ii) jika syarikat itu suatu syarikat asing, bagi
menggulung hal ehwal syarikat itu setakat yang be rkenaan dengan a se tnya da lam Malaysia,
di bawah seksyen 205 Akta Syarikat 1965, dan syarikat itu hendaklah, bagi maksud seksyen tersebut, disifatkan sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan dan yang telah dilaporkan oleh seseorang pemeriksa, sebagaimana yang disebut dalam seksyen 205 tersebut, dan permohonan itu hendaklah diuruskan oleh
028b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 15
Mahkamah di bawah Akta Syarikat 1965, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu sebagai suatu permohonan Menteri di bawah seksyen 205 tersebut berkenaan dengan syarikat yang disebut dalam seksyen 205 sebagai suatu syarikat yang diisytiharkan dan yang telah dilaporkan oleh seseorang pemeriksa.
(2) Bagi maksud sesuatu prosiding di bawah Akta Syarikat 1965, bagi menggulung syarikat itu, kaedah-kaedah yang berhubungan dengan penggulungan syarikat hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan oleh Mahkamah menurut budi bicaranya sebagai patut dan sama ada suai manfaat atau perlu:
Dengan syarat bahawa jika Menteri mengemukakan kepada Jawatankuasa Kaedah cadangan untuk membuat peruntukan khas di bawah seksyen 372 Akta Syarikat 1965, berhubung dengan syarikat itu, Jawatankuasa itu boleh, melalui kaedah di bawah seksyen i tu , mengua tkuasakan cadangan i tu sama ada sebagaimana yang dikemukakan atau tertakluk kepada apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Jawatankuasa itu.
(3) Cadangan di bawah proviso kepada subseksyen (2), dan kaedah yang dibuat menurut proviso itu, boleh mengadakan peruntukan bagi mengubahsuaikan atau mengecual ikan, berhubung dengan syarikat itu, peruntukan Bahagian X dalam Akta Syarikat 1965, yang menghendaki mesyuarat atau selainnya diadakan berhubung dengan tatacara penggulungan.
(4) Belanja bagi penggulungan disebabkan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) (termasuk saraan bagi penyelesai hutang piutang) hendaklah, setakat yang tidak dapat dibayar daripada aset syarikat itu diselesaikan oleh Menteri; dan Menteri boleh membuat pendahuluan bagi membayar belanja itu, atau memberikan sesuatu sumbangan terhadap belanja itu supaya aset syarikat (sebanyak jumlah sumbangan itu) terlepas daripada membayarnya.
(5) Kumpulan wang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61], hendaklah (dengan tidak menyentuh subseksyen 10(4) Akta itu) termasuk suatu kumpulan wang yang dinamakan Kumpulan Wang Penyelesaian Hutang Piutang Syarikat Kumpulan Wang Kutu bagi membayar perbelanjaan Menteri di bawah seksyen ini; dan subseksyen 10(3) tersebut hendaklah terpakai bagi wang yang diterima oleh Menteri sebagai pembayaran balik pendahuluan
028b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 28
yang diberikan olehnya di bawah seksyen ini sebagaimana seksyen itu terpakai bagi wang yang disebut dalam subseksyen 10(3) itu.
Tanggungan jenayah
10. (1) Jika orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini ialah syarikat, setiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus besar, pengurus, setiausaha atau pegawai lain syarikat yang berkaitan dengan pengurusan syarikat itu dalam Persekutuan atau yang berupa sebagai bertugas dalam mana-mana jawatan itu dan juga syarikat itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh diambil tindakan terhadapnya dan dihukum dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan dengan tiada persetujuannya atau dengan tidak dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah berusaha sebagaimana yang sepatutnya untuk mencegah kesalahan itu memandang kepada jenis tugas dan kepada segala hal keadaan lain.
(2) Bagi maksud seksyen ini “syarikat” termasuklah—
(i) sesuatu pertubuhan perbadanan;
(ii) sesuatu firma atau persatuan orang perseorangan yang lain;
(iii) seseorang biasa dan orang perseorangan yang didaftarkan atau diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Malaysia yang berhubungan dengan pendaftaran atau pelesenan perniagaan.
(3) Jika ejen atau penjawat seseorang (iaitu orang yang kemudian daripada ini disebut dalam seksyen ini sebagai “prinsipal”) melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), prinsipal itu, hendaklah, walaupun dia tidak tahu apa-apa pun mengenai kesalahan itu, disifatkan melakukan kesalahan itu dan dia boleh dihukum bagi kesalahan itu:
Dengan syarat bahawa hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi prinsipal jika dia membuktikan—
028b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
(Larangan) Kumpulan Wang Kutu 17
(a) bahawa perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan sebagaimana yang diadukan itu tidak termasuk dalam bidang pekerjaan ejen atau penjawat itu; dan
(b) bahawa prinsipal tidak dengan apa-apa cara atau kemudiannya mengesahkan perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukan itu.
(4) Jika ejen atau penjawat prinsipal melakukan atau tidak melakukan sesuatu (yang jika dilakukan atau tidak dilakukan oleh prinsipal akan menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini), ejen atau pekhidmat itu juga melakukan kesalahan itu.
(5) Seksyen ini sebagai tambahan kepada dan tidak mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini.
Kaedah-kaedah
11. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah bagi melaksanakan tujuan dan maksud Akta ini.
Akta ini terpakai
12. Peruntukan Akta ini tidak menyentuh peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Semenanjung Malaysia atau Ordinan Pelesenan Perdagangan Sabah atau Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan Sarawak atau Akta Syarikat 1965 tetapi jika ada apa-apa pertelingkahan antara Ordinan atau Akta Syarikat tersebut dengan Akta ini, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai.
Pemansuhan
13. Ordinan No. 84 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1971 [P.U.(A)69/ 1971] dengan ini dimansuhkan.
028b.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
18
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
29-08-1975
028b.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 5:26 PM
19
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 28
AKTA (LARANGAN) KUMPULAN WANG KUTU 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
3 Akta 160 29-08-1975
4 Akta 160 29-08-1975
5 Akta 160 29-08-1975
6 Akta 160 29-08-1975
8 Akta 160 29-08-1975
028b.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 5:26 PM