Advanced Search

Summonses and Warrants (Special Provisions) Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959868/summonses-and-warrants-%2528special-provisions%2529-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
025b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 25
AKTA (PERUNTUKAN- PERUNTUKAN KHAS)
SAMAN DAN WARAN 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
025b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971
Tarikh Perkenan Diraja… … … … … 22 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 1999
025b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 25
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS)
SUSUNAN SEKSYEN
SAMAN DAN WARAN 1971
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Penyampaian saman kepada seseorang yang dituduh antara Malaysia dengan Singapura
4. Penyampaian saman kepada seseorang saksi antara Malaysia dengan Singapura
5. Pelaksanaan sesuatu waran yang dikeluarkan sebagai ganti atau tambahan kepada saman
6. Bukti suratan Singapura
7. Peruntukan bersaling
8. Kaedah-kaedah
9. Kuat kuasa kebelakangan dalam kes tertentu
10. Pemansuhan
025b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
025b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 25
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971
Suatu Akta bagi membuat peruntukan bagi perkiraan salingan berkenaan dengan penyampaian saman, sepina dan waran tertentu antara Malaysia dengan Singapura dan beberapa negeri lain.
[Seluruh Malaysia—30 April 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta (Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 1971*.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Mahkamah” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Kanun Tatacara Jenayah yang berkenaan;
“Majistret— (a) berkenaan dengan Malaysia termasuklah seorang Hakim
Mahkamah Sesyen; dan
(b) (Ditinggalkan);
*CATATAN—Diperluas untuk dipakai di Brunei Darussalam mulai 01-11-1984 dan rujukan mengenai Singapura hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan mengenai Brunei Darussalam. Lihat P.U.(A)253/1984 dan P.U.(B)436/1984.
025b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 25
(c) berkenaan dengan Singapura termasuklah seorang Hakim Daerah;
“saman” termasuklah sesuatu sepina atau proses yang lain bagi menghendaki seseorang saksi hadir dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain di bawah Kanun Tatacara Jenayah yang berkenaan tetapi tidak termasuk sesuatu saman kepada seseorang juri atau pengapit hakim.
Penyampaian saman kepada seseorang yang dituduh antara Malaysia dengan Singapura
3. (1) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura sesuatu Mahkamah atau seseorang Majistret di Singapura telah mengeluarkan sesuatu saman yang menghendaki seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan hadir dalam mana-mana Mahkamah di Singapura, dan orang itu adalah, atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa saman itu telah dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah atau seseorang Majistret di Singapura, mencatatkan saman itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh seorang Majistret di Malaysia di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan apabila disampaikan saman yang dicatatkan sedemikian itu, orang itu terikat di sisi undang- undang untuk mematuhi saman itu, dan jika dia dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa orang itu telah tidak mematuhi saman itu menjadi keterangan yang cukup bahawa dia telah dengan sengaja tidak mematuhi saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.
(2) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen (1), sesuatu saman kepada seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah atau
025b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 7
seseorang Majistret di Malaysia telah dicatatkan oleh seorang Majistret di Singapura dan disampaikan kepada orang yang dituduh itu, saman itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah penyampaian itu telah dilaksanakan di Malaysia, dan jika orang itu dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia boleh dibicarakan dan dihukum di Malaysia, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya kepada orang yang dituduh itu, dan suatu afidavit mengenai penyampaian itu oleh orang yang menyampaikan saman itu bolehlah diberikan sebagai keterangan dan menjadi keterangan yang cukup mengenai penyampaian saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura atau orang yang menyampaikan saman itu untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.
Penyampaian saman kepada seseorang saksi antara Malaysia dengan Singapura
4. (1) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura sesuatu Mahkamah, seseorang Hakim, seseorang Majistret, atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain, di Singapura telah mengeluarkan suatu saman yang menghendaki seseorang hadir dalam mana-mana Mahkamah di Singapura sebagai saksi untuk memberikan keterangan dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain, dan orang itu adalah, atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa saman itu telah dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah, seseorang Hakim, seseorang Majistret atau pegawai Mahkamah yang lain di Singapura, mencatatkan saman itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya saman itu bolehlah disampaikan kepada orang itu seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah, seseorang Hakim, seseorang Majistret atau seseorang pegawai Mahkamah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman itu di Malaysia di bawah Kanun Tatacara Jenayah, dan apabila disampaikan saman yang dicatatkan sedemikian itu, dan apabila dibayar atau ditawarkan sejumlah wang yang berpatutan bagi perbelanjaannya, saksi itu terikat di sisi undang-undang untuk mematuhi saman itu, dan jika dia dengan sengaja tidak mematuhi saman itu dia
025b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 25
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang pegawai Mahkamah di Singapura yang menyatakan bahawa orang itu telah tidak mematuhi saman itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa orang itu telah dengan sengaja tidak mematuhi saman itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada mana-mana pegawai Mahkamah di Singapura untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.
(2) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen (1), sesuatu saman yang menghendaki seseorang hadir dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia sebagai seorang saksi untuk memberikan keterangan dalam sesuatu perbicaraan jenayah, penyiasatan jenayah atau prosiding jenayah lain telah dicatatkan dengan sempurna di Singapura dan disampaikan kepada saksi itu, saman itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sahnya seolah-olah penyampaian itu telah dilaksanakan di Malaysia, dan jika orang itu dengan sengaja t idak mematuhi saman i tu dia boleh dibicarakan dan dihukum di Malaysia, dan dalam sesuatu perbicaraan itu suatu perakuan yang ditandatangani oleh seorang Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa saman itu telah disampaikan dengan sempurnanya kepada saksi itu dan sejumlah wang yang berpatutan telah dibayar atau ditawarkan kepadanya bagi perbelanjaannya, dan suatu afidavit mengenai penyampaian itu dan mengenai pembayaran atau penawaran perbelanjaan itu bolehlah diberikan sebagai keterangan dan menjadi keterangan yang cukup mengenai penyampaian saman itu dan mengenai pembayaran atau penawaran perbelanjaan itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura atau orang yang telah menyampaikan saman itu dan yang telah membayar atau menawarkan perbelanjaan itu untuk memberikan keterangan dalam perbicaraan itu bagi mana-mana pihak.
Pelaksanaan sesuatu waran yang dikeluarkan sebagai ganti atau tambahan kepada saman
5. (1) Jika sesuatu Mahkamah di Singapura telah mengeluarkan suatu waran sebagai ganti sesuatu saman atau sebagai tambahan
025b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 9
kepada sesuatu saman untuk menangkap seseorang di bawah peruntukan undang-undang Singapura yang bersamaan dengan seksyen 47 Kanun Tatacara Jenayah, dan orang itu adalah atau disyaki sedang berada di dalam atau dalam perjalanannya ke Malaysia, seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa waran itu telah dikeluarkan dengan sempurnanya di Singapura, mencatatkan waran itu dengan nama dan nama jawatannya dan memeteraikannya dengan meterai Mahkamahnya, dan kemudiannya waran itu bolehlah dilaksanakan kepada orang itu seolah-olah ia suatu waran yang dikeluarkan di Malaysia di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
(2) Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Singapura yang bersamaan dengan subseksyen (1) sesuatu waran yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah di Malaysia telah dicatatkan dengan sempurna di Singapura dan dilaksanakan kepada orang yang tersebut namanya dalam waran itu, waran itu hendaklah bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah disifatkan sebagai telah dilaksanakan dengan sahnya seolah-olah pelaksanaan itu telah dilakukan di Malaysia.
(3) Jika sesuatu waran telah dilaksanakan di Malaysia menurut subseksyen (1), orang yang ditangkap itu hendaklah dikemukakan dengan seberapa segera yang boleh di hadapan seorang Majistret di Malaysia, dan Majistret itu hendaklah, jika dia berpuas hati bahawa orang itu ialah orang yang dinyatakan dalam waran itu, mengarahkan bahawa orang yang ditangkap itu hendaklah dipindahkan dalam jagaan dengan serta-merta ke Mahkamah yang berkenaan di Singapura dan mana-mana orang itu semasa dalam jagaan itu, hendaklah disifatkan bagi segala maksud sebagai dalam jagaan yang sah di sisi undang-undang:
Dengan syarat bahawa Majistret itu boleh, jika kerana sebab yang hendaklah direkodkan olehnya, dia berpuas hati bahawa demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian, walaupun waran i tu t idak mengandungi apa-apa peruntukan untuk membenarkan jaminan kepada orang yang ditangkap itu, melepaskan orang itu dalam jaminan dengan syarat bahawa dia hendaklah hadir dalam Mahkamah yang berkenaan di Singapura pada masa yang akan dinyatakan dalam bon dan bon jaminan itu; dan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan jaminan dan bon hendaklah terpakai bagi bon dan bon jaminan itu.
(4) Sebagai tambahan kepada tanggungan pelucuthakan sesuatu bon dan bon jaminan yang dilaksanakan di bawah syarat subseksyen (3) dan terhadap bayaran penaltinya, orang yang
025b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 25
dilepaskan atas bon dan bon jaminan itu yang dengan sengaja tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan dia boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, atau kedua-duanya.
(5) Dalam prosiding bagi pelucuthakan sesuatu bon atau bon jaminan yang dilaksanakan di bawah syarat subseksyen (3) dan bagi pembayaran penaltinya, dan dalam sesuatu perbicaraan bagi sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (4) suatu perakuan yang ditandatangani oleh seseorang Majistret di Singapura yang menyatakan bahawa orang yang dilepaskan atas bon atau bon jaminan itu telah tidak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu adalah menjadi keterangan yang cukup bahawa orang itu telah dengan sengaja t idak hadir di hadapan Mahkamah yang berkenaan di Singapura menurut terma bon dan bon jaminan itu melainkan jika akasnya dibuktikan, dan tiada apa-apa proses boleh dikeluarkan kepada Majistret di Singapura itu atau mana- mana pegawai Mahkamah yang lain di Singapura untuk memberikan keterangan dalam prosiding itu bagi mana-mana pihak.
(6) Peruntukan seksyen ini hendaklah berkuat kuasa walau apa pun peruntukan Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967 [Akta No. 54 tahun 1967]*.
Bukti suratan Singapura
6. Jika di dalam sesuatu prosiding di bawah Akta ini sesuatu suratan—
(a) yang berupa sebagai suatu saman, waran atau perakuan dan yang berupa sebagai ditandatangani atau dikeluarkan oleh seseorang Hakim, Majistret atau seseorang pegawai Mahkamah di Singapura; atau
(b) yang berupa sebagai suatu afidavit bagi seseorang di Singapura dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh orang yang membuatnya,
*CATATAN—Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967 telah dimansuhkan oleh Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479]—lihat seksyen 54 Akta 479.
025b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 11
diberikan sebagai keterangan oleh pihak pendakwa, suratan itu hendaklah dianggap, sehingga akasnya dibuktikan bahawa suratan itu ialah saman, waran, perakuan atau afidavit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan adalah ditandatangani atau dikeluarkan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Peruntukan bersaling
7. (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa peruntukan bersaling telah dibuat oleh badan perundangan mana-mana negeri atau badan perundangan mana-mana wilayah sesuatu negeri (jika badan perundangan wilayah itu mempunyai kuasa membuat peruntukan itu) bagi penyampaian dan penguatkuasaan saman penyiasatan jenayah dan prosiding jenayah lain, yang dikeluarkan dari Malaysia, yang isinya serupa dengan yang terkandung dalam Akta ini, kepada orang yang dituduh dan kepada saksi dalam perbicaraan jenayah, Menteri boleh dengan Perintah memperluaskan Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang difikirkannya patut kepada negeri atau wilayah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Akta ini atau mana- mana peruntukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah itu hendaklah dengan itu terpakai bagi negeri atau wilayah itu seolah-olah sebutan mengenai Singapura adalah sebutan mengenai negeri atau wilayah itu.
(2) Menteri boleh dengan Perintah itu juga yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau oleh suatu Perintah yang kemudian mengarahkan bahawa Akta ini atau mana-mana peruntukannya sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah itu hendaklah, yang berhubungan dengan negeri atau wilayah itu, terpakai tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian, pengecualian dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dinyatakan bagi maksud melaksanakan peruntukan bersaling itu.
(3) Sesuatu Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta dan hendaklah dibentangkan dalam tiap- tiap satu Majlis Parlimen dengan seberapa segera yang boleh selepas sahaja ia dibuat.
(4) Dalam seksyen ini, “Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri.
025b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 25
Kaedah-kaedah
8. (1) Menteri yang bertanggungjawab bagi keadilan boleh membuat kaedah-kaedah secara am bagi melaksanakan Akta ini, dan, khususnya, tetapi dengan tidak menyentuh keluasan makna yang di atas, kaedah-kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
(a) kemudahan perhubungan antara Mahkamah di Malaysia dengan Mahkamah di Singapura;
(b) pemindahan orang yang ditangkap di bawah peruntukan seksyen 5 Akta ini dan pengawalan dan penyenggaraan mereka sehingga mereka diserahkan kepada orang yang dinamakan dalam waran sebagai yang berhak menerima mereka; dan
(c) penyitaan dan pelupusan sesuatu harta yang menjadi hal perkara, atau yang dikehendaki sebagai bukti, sesuatu kesalahan yang dituduh di bawah Akta ini.
(2) Sesuatu kaedah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen.
Kuat kuasa kebelakangan dalam kes tertentu
9. Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi saman dan waran—
(a) yang diterima di Malaysia dari Singapura selepas mula berkuatkuasanya Akta ini walau pun saman dan waran itu telah dikeluarkan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini atau yang berhubungan dengan kesalahan yang dilakukan sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini; dan
(b) yang diterima di Malaysia dari Singapura sebelum mula berkuatkuasanya Akta ini tetapi yang belum lagi disampaikan atau dilaksanakan.
Pemansuhan
10. (1) Undang-undang yang berikut adalah dengan ini dimansuhkan—
(a) Akta Saman (Peruntukan-Peruntukan Khas) (Singapura) 1969;
025b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
(Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman dan Waran 13
(b) subseksyen 10(2) Akta Penjenayah Fugitif Komanwel 1967.
(2) (Ditinggalkan).
025b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
14
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 25
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta 160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
29-08-1975
Akta A324 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 1976
10-01-1976
P.U.(A)253/1984 Perintah (Peruntukan-Peruntukan Khas) Saman Dan Waran (Peluasan ke Brunei Darussalam) 1984
01-11-1984
Akta A671 Akta Mahkamah Rendah (Pindaan) 1987
22-05-1987
P.U.(A)356/1999 Perintah Penyemakan Undang-Undang (Pembetulan Akta (Peruntukan- Peruntukan Khas) Saman Dan Waran 1971) 1999
28-08-1999
025b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 5:09 PM
15
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 25
AKTA (PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS) SAMAN DAN WARAN 1971
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A671 22-05-1987
3 Akta 160 29-08-1975
4 Akta 160 29-08-1975
5 Akta 160 29-08-1975
025b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 5:09 PM