Advanced Search

Age of Majority Act 1971


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959864/age-of-majority-act-1971-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
021b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 21
AKTA UMUR DEWASA 1971
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
021b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA UMUR DEWASA 1971
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 22 April 1971
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 29 April 1971
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999
021b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 21
SUSUNAN SEKSYEN
AKTA UMUR DEWASA 1971
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Umur dewasa
3. Tafsiran
4. Kecualian
5. Pemansuhan
JADUAL
021b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
021b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 21
AKTA UMUR DEWASA 1971
Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan umur dewasa.
[Seluruh Malaysia—30 April 1971]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Umur Dewasa 1971.
Umur dewasa
2. Tertakluk kepada seksyen 4, umur belum dewasa bagi semua lelaki dan perempuan ialah dan adalah terhad kepada lapan belas tahun dan tiap-tiap lelaki dan perempuan yang mencapai umur itu ialah berumur dewasa di Malaysia.
Tafsiran
3. (1) Semua perhitungan umur di bawah Akta ini hendaklah dikira mengikut kalendar Gregory.
(2) Pada menghitung umur seseorang, hari orang itu dilahirkan hendaklah dikira sebagai satu hari penuh, dan dia hendaklah disifatkan telah mencapai umur lapan belas tahun pada permulaan ulang tahun kelapan belas hari itu.
021b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 21
Kecualian
4. Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh—
(a) keupayaan mana-mana orang untuk bertindak dalam perkara yang berikut, iaitu, perkahwinan, perceraian, mas kahwin dan pengambilan anak angkat;
(b) agama dan upacara dan kelaziman agama bagi sesuatu golongan orang di dalam Malaysia;
(c) sesuatu peruntukan yang terkandung dalam mana- mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan umur dewasa bagi maksud undang-undang bertulis itu.
Pemansuhan
5. Undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual adalah dengan ini dimansuhkan.
JADUAL
[Seksyen 5]
1. Akta Umur Dewasa 1961 [Akta 9 tahun 1961].
2. Takrif bagi “ ‘infant’ atau ‘minor’ ” dalam subseksyen 2(1) Ordinan Tafsiran Sabah [Bab 63].
3. Takrif bagi “ ‘infant’ atau ‘minor’ ” dalam subseksyen 3(1) Enakmen Tafsiran dan Fasal-Fasal Am 1963 Sabah [En. 34 tahun 1963].
4. Takrif bagi “ ‘infant’ atau ‘minor’ ” dalam subseksyen 3(1) Ordinan Tafsiran Sarawak [Bab 1].
021b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 5:03 PM
7
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 21
AKTA UMUR DEWASA 1971
SENARAI PINDAAN
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
– TIADA –
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
– TIADA –
021b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 5:03 PM