Advanced Search

International Monetary Fund (Ratification of Amendments to the Articles of Agreement) Act 1969


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959861/international-monetary-fund-%2528ratification-of-amendments-to-the-articles-of-agreement%2529-act-1969-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
Akta 12.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 12
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA
PERJANJIAN) 1969 Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
Akta 12.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA
PERJANJIAN) 1969
Tarikh Perkenan Diraja … … … … 22 April 1969
Tarikh penyiaran dalam Warta … … … 1 Mei 1969
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … 1999
Akta 12.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 12
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA
SUSUNAN SEKSYEN
PERJANJIAN) 1969
Seksyen
1. Tajuk ringkas
2. Tafsiran
3. Kebenaran bagi mengesahkan pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan menyertai Akaun Pengeluaran Khas
4. Pembayaran dan penerimaan berhubung dengan Akaun Pengeluaran Khas
5. Kuasa Kerajaan untuk memberikan hak dan kewajipan di bawah Akaun Pengeluaran Khas kepada Bank Negara Malaysia
6. Akta berhubung dengan Akta 472
Akta 12.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
Akta 12.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
5
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 12
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA
PERJANJIAN) 1969
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi mengesahkan pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang Antarabangsa, menurut Ketetapan No. 23—5 yang diluluskan oleh Lembaga Pengelola Kumpulan Wang Antarabangsa, pada 31 Mei 1968, dan perkara lain yang berkaitan dengannya.
[Seluruh Malaysia—2 Mei 1969]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Tajuk ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian) 1969.
Tafsiran
2. Dalam Akta ini—
“Akaun Pengeluaran Khas” ertinya akaun yang melaluinya Kumpulan Wang akan melakukan segala kegiatan dan urusan yang melibatkan Hak Pengeluaran Khas yang akan ditubuhkan di bawah Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda;
Akta 12.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 12
“Kumpulan Wang Antarabangsa” (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ertinya Kumpulan Wang Antarabangsa yang Malaysia menjadi anggotanya menurut kuasa seksyen 3 Akta Perjanjian Bretton Woods 1957 [Akta 472]*;
“Perkara-Perkara Perjanjian” ertinya Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang tersebut.
Kebenaran bagi mengesahkan pindaan kepada Perkara- Perkara Perjanjian Kumpulan Wang dan menyertai Akaun Pengeluaran Khas
3. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui surat cara yang ditandatangani olehnya memberi kuasa mana-mana orang yang dinamakannya dalam surat cara itu—
(a) bagi mempersetujui bagi pihak Malaysia pindaan kepada Perkara-Perkara Perjanjian Kumpulan Wang yang dilampirkan kepada Laporan April 1968 oleh Pengarah Eksekutif Lembaga Pengelola Kumpulan Wang itu, bagi maksud—
(i) menubuhkan suatu kemudahan baru berdasarkan k e p a d a H a k P e n g e l u a r a n K h a s d a l a m Kumpulan Wang itu; dan
(ii) menguatkuasakan perubahan tertentu dalam kaedah-kaedah dan amalan Kumpulan Wang itu; dan
(b) bagi mendeposit bagi pihak Malaysia dengan Kumpulan Wang suatu surat cara yang menyatakan bahawa Kerajaan, mengikut undang-undang di Malaysia, menyanggupi segala kewajipan sesuatu peserta dalam Akaun Pengeluaran Khas yang ditubuhkan oleh Kumpulan Wang di bawah pindaan tersebut dan bahawa Kerajaan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkannya menjalankan segala kewajipan ini.
*CATATAN — Akta 472 pertama kali diperbuat sebagai Ordinan Perjanjian Bretton Woods 1957 [Ord. No. 75 tahun 1957] dan disemak sebagai Akta 472 m.b.p. 16 September 1991
Akta 12.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Perkara-Perkara Perjanjian) 7
Pembayaran dan penerimaan berhubung dengan Akaun Pengeluaran Khas
4. (1) Jika Malaysia menjadi peserta dalam Akaun Pengeluaran Khas itu, semua subseksyen yang berikut hendaklah berkuat kuasa.
(2) Hak Pengeluaran Khas yang diuntukkan kepada Malaysia di bawah Perkara XXIV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda dan hak yang diperoleh oleh Malaysia selainnya, hendaklah dikreditkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan.
(3) Segala hasil yang terbit daripada penggunaan Hak Pengeluaran Khas oleh Malaysia, dan pembayaran bunga kepada Malaysia di bawah Perkara XXVI, XXX dan XXXI Perkara- Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda, hendaklah d i k r e d i t k a n k e p a d a K u m p u la n W a n g Y a n g D i s a t u k a n Persekutuan.
(4) Pembayaran dengan mata wang oleh Malaysia sebagai balasan bagi Hak Pengeluaran Khas, dan pembayaran caj atau taksiran di bawah Perkara XXVI, XXX dan XXXI Perkara- Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda, hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan.
Kuasa Kerajaan untuk memberikan hak dan kewajipan di bawah Akaun Pengeluaran Khas kepada Bank Negara Malaysia
5. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, jika difikirkannya suai manfaat, dengan perintah memberi Bank Negara Malaysia kuasa untuk menjalankan haknya dan menunaikan kewajipannya, iaitu hak dan kewajipan yang terbit daripada suatu surat cara yang didepositkan dengan Kumpulan Wang di bawah perenggan 3(b).
(2) Apabila suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (1)— (a) hak dan kewajipan yang tersebut itu hendaklah, walau
apa pun peruntukan Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519]*, disifatkan sebagai hak dan kewajipan Bank Negara Malaysia dan seksyen 4 hendaklah
*CATATAN — Akta 519 pertama kali diperbuat sebagai Ordinan Bank Pusat Malaysia 1958 [Ord. No. 61 tahun 1958] dan disemak sebagai Akta 519 m.b.p. 18 Mei 1994
Akta 12.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 12
terhenti terpakai bagi Kumpulan Wang Yang Disatukan Persekutuan; dan
(b) tanpa menjejaskan mana-mana kuasa lain Bank Negara Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta Bank Negara Malaysia 1958, Bank Negara Malaysia mempunyai kuasa yang berikut, iaitu:
(i) menerima bagi akaunnya sendiri, Hak Pengeluaran Khas yang diuntukkan kepada Malaysia di bawah Perkara XV Perkara- Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda dan hak yang d ipe ro leh o leh Malays ia selainnya;
(ii) memasukkan Hak Pengeluaran Khas ke dalam rizab aset luar negaranya yang akan dipegang mengikut seksyen 28 Akta Bank Negara Malaysia 1958;
(iii) menerima bagi akaunnya sendiri, segala hasil y a n g t e r b i t d a r i p a d a p e n g g u n a a n H a k P e n g e l u a r a n K h a s o l e h M a l a y s i a d a n pembayaran bunga kepada Malaysia di bawah Perkara XX, XXIV dan XXV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda; dan
(iv) membuat pembayaran dengan mata wang sebagai balasan bagi Hak Pengeluaran Khas dan pembayaran caj-caj atau taksiran di bawah Perkara XX, XXIV dan XXV Perkara-Perkara Perjanjian sebagaimana yang dipinda.
Akta berhubung dengan Akta 472
6. Akta Perjanjian Bretton Woods 1957 hendaklah dibaca tertakluk kepada Akta ini.
Akta 12.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 12
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA
PERJANJIAN) 1969
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta 184 Akta Kumpulan Wang Antarabangsa (Pengesahan Pindaan Kedua kepada Perkara-Perkara Perjanjian) 1977
10-06-1977
Akta 12.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 12:49 PM
10
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 12
AKTA KUMPULAN WANG ANTARABANGSA (PENGESAHAN PINDAAN PERKARA-PERKARA
PERJANJIAN) 1969
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
5 Akta 184 10-06-1977
Akta 12.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 12:49 PM