Advanced Search

Civil Aviation Act 1969


Read law translated into English here: https://www.global-regulation.com/translation/malaysia/5959853/civil-aviation-act-1969-.html

Subscribe to a Global-Regulation Premium Membership Today!

Key Benefits:

Subscribe Now for only USD$40 per month.
003b.fm UNDANG-UNDANG
CETAKAN SEMULA
MALAYSIA
DITERBITKAN OLEH PESURUHJAYA PENYEMAK UNDANG-UNDANG, MALAYSIA
DI BAWAH KUASA AKTA PENYEMAKAN UNDANG-UNDANG 1968 SECARA USAHA SAMA DENGAN MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BHD 2006
Akta 3
AKTA PENERBANGAN AWAM 1969
Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006
003b.fm Page 1 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
DISEDIAKAN UNTUK PENERBITAN OLEH MALAYAN LAW JOURNAL SDN BHD
DAN DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
CAWANGAN KUALA LUMPUR 2006
2
AKTA PENERBANGAN AWAM 1969
Tarikh Perkenan Diraja… … … … 15 Februari 1969
Tarikh penyiaran dalam Warta … … 27 Februari 1969
CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU
Cetakan Semula Yang Pertama … … … 1992 Cetakan Semula Yang Kedua … … … 2000
003b.fm Page 2 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 3
SUSUNAN SEKSYEN
AKTA PENERBANGAN AWAM 1969
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Seksyen
1. Tajuk ringkas dan pemakaian
2. Tafsiran
BAHAGIAN IA
TUGAS DAN FUNGSI KETUA PENGARAH PENERBANGAN AWAM
MALAYSIA
2A. Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia
2B. Tugas dan fungsi Ketua Pengarah
2C. Pewakilan kuasa, tugas dan fungsi Ketua Pengarah
2D. Kad kuasa
BAHAGIAN II
PENGAWALSELIAAN PENERBANGAN AWAM
3. Kuasa untuk menguatkuasakan Konvensyen Chicago dan mengawal selia penerbangan awam
4. Penerbangan yang berbahaya
BAHAGIAN III
PENUBUHAN DAN PENYENGGARAAN PADANG TERBANG
5. Penubuhan padang terbang oleh Menteri
003b.fm Page 3 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
4 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
Seksyen
5A. Menteri boleh membenarkan sesuatu syarikat yang mempunyai lesen menubuhkan, dll., padang terbang
6. Menceroboh di padang terbang berlesen atau padang terbang Kerajaan
BAHAGIAN IIIA
KUMPULAN WANG PENERBANGAN AWAM
6A. Permulaan kuat kuasa Bahagian IIIA
6B. Tafsiran
6C. Penubuhan Kumpulan Wang Penerbangan Awam
6D. Wang yang dikehendaki dibayar kepada Kumpulan Wang
6E. Penggunaan wang Kumpulan Wang
6F. Kuasa Menteri Kewangan untuk menetapkan perbelanjaan pembangunan daripada Kumpulan Wang
6G. Wang lebihan dalam Kumpulan Wang
6H. Pembayaran balik wang yang diuntukkan dan pembayaran bunga
6I. Dasar kewangan berkenaan dengan perkhidmatan penerbangan awam
6J. Akaun Perdagangan
6K. Penggunaan keuntungan
6L. Mendapatkan wang
6M. Laporan Menteri kepada Parlimen
6N. Audit
6O. Kecualian
BAHAGIAN IV
PENGAWALAN GALANGAN YANG BERDEKATAN DENGAN PADANG TERBANG
7. Tanda adanya galangan berdekatan dengan padang terbang
8. Kuasa untuk mengisytiharkan kawasan terkawal
9. Kuasa untuk melarang atau mengawal selia pendirian binaan dan penanaman pokok di dalam kawasan terkawal
10. Notis untuk mengalih atau mengubah binaan, pokok dan tumbuh- tumbuhan lain di dalam kawasan terkawal
003b.fm Page 4 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 5
Seksyen
11. Kuasa untuk memasuki tanah
12. Kerosakan yang disebabkan oleh perendahan atau pengalihan binaan atau pokok yang berharga
13. Kerosakan oleh sebab memasuki tanah menurut seksyen 11
14. Pampasan kerana hilang nilai tanah
15. Tatacara menyelesaikan tuntutan untuk pampasan di bawah seksyen 12, 13 dan 14
16. Kesalahan tertentu dan penalti
17. Kuasa untuk membuat kaedah
18. (Dipotong)
BAHAGIAN V
TANGGUNGAN KERANA KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH KAPAL UDARA
19. Pencerobohan, kacau ganggu dan tanggungjawab kerana kerosakan
20. Kacau ganggu yang disebabkan oleh kapal udara di padang terbang
BAHAGIAN VI
PENAHANAN KAPAL UDARA
21. Kapal udara dan bahagiannya dikecualikan daripada disita atas tuntutan paten
22. Penahanan kapal udara
BAHAGIAN VII
KARAMAN DAN PENYELAMATAN
23. Karaman dan penyelamatan
BAHAGIAN VIII
SEKATAN MENGENAI TUNTUTAN UNTUK GANTI RUGI DAN PAMPASAN
24. Sekatan mengenai tuntutan untuk ganti rugi dan pampasan
003b.fm Page 5 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
BAHAGIAN VIIIA
LESEN UNTUK MENGADAKAN PERKHIDMATAN LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN
Seksyen
24A. Kuasa Menteri untuk memberikan lesen bagi mengadakan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan
24B. Caj dan fi yang dipungut oleh syarikat berlesen
24C. Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan pada caj dan fi yang sedia ada
24D. Menteri hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi
24E. Kewajipan am syarikat berlesen
24F. Pelanggaran syarat lesen
24G. (Dipotong)
24H. Kuasa pemeriksaan Ketua Pengarah
24I. Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar syarat lesen
24J. Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar Akta ini atau peraturan di bawahnya
24K. Kuasa khas semasa darurat
24L. Penggunaan, pendudukan, dll., tanah di Melaka dan Pulau Pinang di bawah Perkara 166(3)
BAHAGIAN IX
PELBAGAI
24M. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
24N. Kuasa untuk mengkompaun
24O. Penyiaran notis, dsb.
25. Pemakaian di luar wilayah bagi perundangan subsidiari
26. Kesalahan
27. Kapal udara tentera
27A. (Dipotong)
003b.fm Page 6 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 7
BAHAGIAN X
PERALIHAN
Seksyen
28. Pemansuhan undang-undang tertentu dan peruntukan kecualian
JADUAL
003b.fm Page 7 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
003b.fm Page 8 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
9
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 3
AKTA PENERBANGAN AWAM 1969
Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih baik berkenaan dengan Penerbangan Awam dan bagi perkara yang berhubungan dan berkaitan dengannya.
[Seluruh Malaysia—27 Februari 1969; Bahagian IIIA: Semenanjung Malaysia—
1 Mei 1975, P.U.(B)163/1975]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penerbangan Awam 1969 dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“anak kapal” termasuklah tiap-tiap orang yang digaji atau yang diambil kerja dalam sesuatu kapal udara yang sedang dalam penerbangan atas urusan kapal udara itu;
“barang” termasuklah mel dan binatang; “binaan” termasuklah mana-mana rumah, gudang, pejabat,
kedai, sekolah dan mana-mana bangunan lain, sama ada kekal atau sementara, sama ada digunakan bagi maksud untuk diduduki
003b.fm Page 9 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
manusia atau selainnya, dan juga apa-apa jua dinding, pagar, pelantar, pentas, tiang pintu pagar, tiang batu, tiang, bingkai, papan keras, jambatan, kabel, wayar atau apa-apa galangan buatan yang lain yang didirikan tinggi dari aras bumi;
“kapal udara Malaysia” ertinya sesuatu kapal udara yang didaftarkan di mana-mana jua di Malaysia;
“kapal udara tentera” ertinya kapal udara perkhidmatan tentera bagi Angkatan Tentera dan termasuklah mana-mana kapal udara yang dikawal oleh seorang anggota Angkatan Tentera dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang anggota itu;
“kawasan terkawal” ertinya sesuatu kawasan yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan terkawal di bawah seksyen 8;
“kerosakan atau kerugian”, berhubung dengan seseorang, termasuklah kehilangan nyawa dan bencana kepada tubuh;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia;
“Konvensyen Chicago” ertinya Konvensyen berkenaan dengan Penerbangan Awam Antarabangsa yang dibuat di Chicago pada 7 Disember 1944;
“krew” termasuklah tiap-tiap orang yang digaji atau yang diambil bekerja dalam sesebuah kapal udara yang sedang dalam penerbangan atas urusan kapal udara itu;
“lapangan terbang” termasuklah tanah dan bangunan yang terkandung di dalam sesuatu padang terbang;
“mendirikan” berhubung dengan sesuatu binaan termasuklah tambahan atau perubahan kepada mana-mana binaan yang ada;
“muatan” ertinya harta yang boleh dialih yang dibawa di dalam kapal udara;
“padang terbang” ertinya sesuatu kawasan darat atau air yang dirancangkan, dilengkapkan, diasingkan atau yang biasanya digunakan untuk memberikan kemudahan untuk kapal udara mendarat dan berlepas;
“padang terbang Kerajaan” ertinya mana-mana padang terbang di bawah kawalan Menteri dan termasuklah mana-mana padang terbang Angkatan Tentera atau tentera pelawat;
003b.fm Page 10 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 11
“syarikat berlesen” ertinya syarikat yang kepadanya lesen dikeluarkan oleh Menteri di bawah subseksyen 24A(1);
“tanah” termasuklah tanah yang diliputi air dan apa-apa hak pada atau atas tanah.
(2) Apa-apa rujukan dalam Akta ini mengenai mana-mana negara atau wilayah hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, diertikan sebagai termasuk suatu rujukan mengenai perairan wilayah, jika ada, yang bersempadanan dengan negara atau wilayah itu dan kepada ruang udara atas negara atau wilayah itu dan atas perairan wilayah yang bersempadanan dengannya.
BAHAGIAN IA
TUGAS DAN FUNGSI KETUA PENGARAH PENERBANGAN AWAM
MALAYSIA
Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia
2A. Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia hendaklah melaksanakan tugas dan fungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Tugas dan fungsi Ketua Pengarah
2B. Menjadi tugas dan fungsi Ketua Pengarah— (a) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan
dengan penerbangan awam dan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan, termasuk penetapan piawai dan penguatkuasaannya;
(b) untuk mewakili Kerajaan berkenaan dengan perkara penerbangan awam dan untuk membuat segala perkara yang perlu bagi maksud ini;
(c) untuk memastikan perkembangan penerbangan awam yang selamat dan teratur di seluruh Malaysia;
(d) untuk menggalakkan pembangunan kemudahan jalan udara, lapangan terbang dan penerbangan udara bagi penerbangan awam;
003b.fm Page 11 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(e) untuk menggalakkan pengadaan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan yang cekap oleh syarikat berlesen; dan
(f) untuk mempertingkatkan kepentingan pengguna perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan di Malaysia dari segi harga yang dikenakan bagi, dan mutu dan kepelbagaian, perkhidmatan yang diadakan oleh syarikat berlesen.
Pewakilan kuasa, tugas dan fungsi Ketua Pengarah
2C. (1) Ketua Pengarah boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa, tugas dan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini.
(2) Mana-mana orang yang kepadanya kuasa, tugas atau fungsi diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
(3) Mana-mana kuasa. tugas atau fungsi yang diwakilkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan, ditunaikan atau dilaksanakan atas nama Ketua Pengarah.
(4) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Ketua Pengarah sendir i menja lankan, menunaikan a tau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana kuasa, tugas atau fungsi yang diwakilkan itu.
(5) Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini boleh dibatalkan atau diubah pada bila-bila masa oleh Ketua Pengarah.
Kad kuasa
2D. Mana-mana orang apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya, dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat kad kuasa yang diarahkan oleh Ketua Pengarah supaya dibawa oleh pegawai itu.
003b.fm Page 12 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 13
BAHAGIAN II
PENGAWALSELIAAN PENERBANGAN AWAM
Kuasa untuk menguatkuasakan Konvensyen Chicago dan mengawal selia penerbangan awam
3. (1) Menteri boleh membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk menguatkuasakan dan untuk menjalankan tujuan dan maksud Akta ini dengan lebih baik lagi, untuk mengadakan pada amnya peruntukan bagi mengawal selia penerbangan awam dan bagi melaksanakan Konvensyen Chicago, apa-apa Lampiran kepada Konvensyen itu dan apa-apa pindaan kepada Konvensyen dan Lampiran itu.
(2) Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1), dan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan untuk mengadakan peruntukan bagi—
(a) mengawal selia, dengan mengadakan suatu sistem pelesenan atau dengan jalan lain, penggunaan kapal udara dalam penerbangan untuk mendapat upah;
(b) pendaftaran dan penandaan kapal udara di Malaysia;
(c) mengenakan syarat sebelum sesuatu kapal udara boleh dibenarkan untuk membuat penerbangan termasuk syarat berhubung dengan kelayakan terbang, penyenggaraan dan pembaikan kapal udara itu;
(d) menghendaki orang yang menjalankan fungsi yang ditetapkan berhubung dengan penjalanan atau penyenggaraan kapal udara menjadi pemegang lesen atau pemegang perakuan daripada jenis yang dinyatakan dan mengadakan peruntukan berkenaan dengan pemberian, pembatalan, pelanjutan, pengesahan, penggantungan atau pengubahan perakuan atau lesen itu;
(dd) pelesenan, pemeriksaan dan pengawalseliaan padang terbang, akses ke padang terbang dan tempat di mana kapal udara telah mendarat dan bagi melarang atau mengawal selia penggunaan padang terbang yang tidak berlesen;
003b.fm Page 13 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(e) mengawal selia penggunaan, atau menyekat daripada masuk ke dalam, padang terbang, kilang kapal udara atau tempat penyenggaraan atau tempat lain yang seumpama itu sebagaimana yang difikirkan suai manfaat termasuk tempat di mana bahagian dan enjin kapal udara disenggarakan;
(f) menetapkan syarat yang menurutnya, dan khususnya mengenai padang terbang yang kepadanya atau darinya, kapal udara yang masuk atau yang meninggalkan Malaysia itu boleh membuat penerbangan, dan syarat yang menurutnya kapal udara boleh terbang dari satu bahagian di dalam Malaysia ke bahagian yang lain;
(g) menetapkan syarat yang menurutnya penumpang dan muatan boleh dibawa dengan udara dan yang menurutnya kapal udara boleh digunakan bagi maksud komersial yang lain, perindustrian yang lain atau yang boleh mendatangkan keuntungan yang lain, dan melarang pembawaan dengan udara barang-barang daripada apa-apa kelas sebagaimana yang ditetapkan;
(h) mengurangkan atau mengelakkan daripada diganggu penggunaan atau keberkesanan radas yang digunakan berhubung dengan penerbangan udara dan melarang atau mengawal selia penggunaan radas seperti itu dan penunjukan isyarat dan lampu yang boleh membahayakan kapal udara;
(i) pada amnya menjamin keselamatan, kecekapan, dan keteraturan penerbangan udara dan keselamatan kapal udara dan orang serta muatan yang dibawa dan mengelakkan kapal udara daripada membahayakan orang dan harta yang lain;
(j) menghendaki orang yang diambil kerja atau yang digaji, atau berhubung dengan, penerbangan udara supaya memberikan maklumat kaji cuaca bagi maksud penerbangan udara;
(k) mengawal selia pemberian isyarat dan perhubungan lain oleh atau kepada kapal udara dan orang yang dibawa;
003b.fm Page 14 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 15
(l) menetapkan suatu panji-panji penerbangan awam bagi Malaysia dan mengawal selia penggunaannya;
(m) melarang atau menyekat kapal udara daripada membuat penerbangan atas mana-mana kawasan di Malaysia sebagaimana yang ditetapkan;
(n) menetapkan caj termasuk fi mendarat dan meletak kapal udara yang mungkin dibayar kerana penggunaan padang terbang berlesen di bawah peraturan itu dan di padang terbang Kerajaan, dan bagi perkhidmatan yang diadakan di padang terbang itu dan mengadakan peruntukan untuk mendapatkan caj dan fi itu;
(nn) menetapkan caj dan fi bagi perkhidmatan yang diberikan di sesuatu lapangan terbang atau selainnya dan bagi membuat peruntukan untuk mendapatkan caj dan fi itu;
(o) menetapkan fi yang dikehendaki dibayar berkenaan dengan pengeluaran, pengesahan, pembaharuan, pelanjutan atau pengubahan mana-mana perakuan, lesen atau dokumen lain atau berkenaan dengan penjalanan apa-apa peperiksaan atau ujian yang dikehendaki oleh peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan berkenaan dengan apa-apa perkara lain yang didapati oleh Menteri sebagai suai manfaat untuk dikenakan fi bagi maksud peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
(p) mengecualikan mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, orang atau penerbangan daripada peruntukan peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau mana-mana jua daripadanya;
(q) menyiasat apa-apa kemalangan yang berlaku di Malaysia atau yang berlaku kepada kapal udara Malaysia dengan cara sebagaimana yang ditetapkan, termasuk dengan cara suatu tribunal yang ditubuhkan bagi maksud itu;
(r) melarang akses atau gangguan kepada kapal udara yang telah ditimpa kemalangan, dan membenarkan sesiapa jua, setakat yang perlu bagi maksud sesuatu penyiasatan, untuk mempunyai akses kepada, mengalihkan, mengambil langkah untuk memelihara, atau dengan jalan lain menguruskan, mana-mana jua kapal udara itu;
003b.fm Page 15 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(s) menghendaki sesiapa jua yang mempunyai kapal udara atau yang menjalankan urusan menjalankan perkhidmatan kapal udara untuk mendapatkan upah supaya memberikan apa-apa maklumat berhubung dengan kapal udara, anak kapal, mel, penumpang dan muatan yang dibawa, kerja lain yang dilaksanakan oleh kapal udara itu, perjalanan yang dibuat oleh kapal udara itu dan apa-apa penyata perdagangan, perangkaan belanja dan penyata kewangan, yang menunjukkan antara lain, semua penerimaan serta puncanya, sebagaimana yang ditetapkan; dan
(t) menetapkan kuasa, termasuk kuasa menangkap, yang boleh dijalankan oleh anggota anak kapal sesuatu kapal udara, berhubung dengan orang yang ada di dalam kapal udara itu, bagi maksud menentukan keselamatan kapal udara itu atau penumpang, anak kapal atau muatannya atau dengan jalan lain bagi maksud Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(2A) Tertakluk kepada subseksyen (4), peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti yang berikut:
(a) jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
(b) jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
(3) Bagi sesuatu peraturan yang dibuat menurut perenggan (2)(m), boleh juga mengadakan peruntukan untuk mengambil apa-apa langkah (termasuk menembak kapal udara) sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), apa-apa peraturan yang dibuat menurut perenggan (2)(a) boleh mengadakan peruntukan untuk mengenakan penalti yang berikut:
(a) dalam hal kesalahan kali pertama—
(i) jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang individu, denda tidak melebihi lima puluh ribu
003b.fm Page 16 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 17
ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau
(ii) jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; atau
(b) dalam hal kesalahan kali kedua atau kali kemudian— (i) jika kesalahan itu dilakukan oleh seorang
individu, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya; atau
(ii) jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit.
Penerbangan yang berbahaya
4. (1) Jika sesuatu kapal udara diterbangkan dengan sebegitu cara sehingga menyebabkan bahaya yang tidak patut kepada mana-mana orang atau harta di darat atau di air, pemandu atau orang yang menjaga kapal udara itu, dan juga pemunyanya, melainkan jika dia membuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa kapal udara itu telah diterbangkan dengan cara sedemikian tanpa kesalahan atau privitinya yang sebenar, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit, atau kedua-duanya.
(2) Bagi maksud seksyen ini, “pemunya”, berhubung dengan sesuatu kapal udara, termasuklah mana-mana orang yang menyewa kapal udara itu pada masa berlakunya kesalahan itu.
(3) Seksyen ini sebagai tambahan kepada, dan tidak menghapuskan, mana-mana peruntukan yang dibuat oleh Menteri di bawah kuasa yang diberikan oleh seksyen 3.
BAHAGIAN III
PENUBUHAN DAN PENYENGGARAAN PADANG TERBANG
Penubuhan padang terbang oleh Menteri
5. (1) Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan padang terbang, dan mengadakan serta menyenggarakan berkenaan
003b.fm Page 17 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
dengannya jalan, jalan tuju, radas, alat dan bangunan dan tempat kediaman yang lain.
(2) Menteri boleh bagi maksud untuk menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) memperoleh tanah dengan persetujuan atau mengikut undang-undang yang berkenaan yang berkuat kuasa di mana-mana bahagian Malaysia yang berkaitan berhubung dengan pemerolehan tanah bagi maksud awam.
(3) Maksud yang baginya Menteri boleh memperoleh tanah di bawah seksyen ini termasuk maksud untuk menjamin bahawa tanah yang bersempadanan dengan tapak bina sesuatu padang terbang yang telah diwujudkan, atau akan diwujudkan, oleh Mente r i t idak akan d igunakan dengan ca ra yang akan menyebabkan gangguan atau bahaya atau kerosakan kepada kapal udara di padang terbang itu atau yang menuju atau yang meninggalkan padang terbang itu.
Menteri boleh membenarkan sesuatu syarikat yang mempunyai lesen menubuhkan, dll., padang terbang
5A. (1) Menteri boleh membenarkan mana-mana syarikat yang mempunyai lesen menubuhkan, menyenggarakan dan mengendalikan sesuatu padang terbang tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
(2) Mana-mana orang yang—
(a) menubuhkan, menyenggarakan atau mengendalikan suatu padang terbang tanpa lesen; atau
(b) tidak mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dikenakan pada lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1),
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(aa) jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya; atau
(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
003b.fm Page 18 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 19
Menceroboh di padang terbang berlesen atau padang terbang Kerajaan
6. (1) Sesiapa yang mencerobohi mana-mana tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu padang terbang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit:
Dengan syarat bahawa tiada sesiapa jua boleh disabitkan di bawah seksyen ini melainkan jika dibuktikan bahawa, pada masa yang berkenaan itu, notis yang memberikan amaran kepada penceroboh tentang tanggungan mereka di bawah seksyen ini telah ditampal, supaya mudah dilihat dan dibaca oleh orang awam, di tempat di sempadan atau dekat dengan sempadan padang terbang itu sebagaimana yang patut mengikut pendapat mahkamah.
(2) Sesiapa jua yang merupakan pemunya atau pada masa itu menjadi penjaga binatang peliharaan yang mencerobohi tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu padang terbang melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
(3) Apa-apa binatang yang didapati berada di dalam kawasan tanah yang menjadi sebahagian daripada sesuatu padang terbang boleh dibinasakan oleh tuan punya padang terbang atau oleh seseorang yang diberi kuasa olehnya:
Dengan syarat bahawa jika pada masa itu mana-mana binatang itu berada dalam jagaan seseorang, binatang itu tidak boleh dibinasakan melainkan jika orang itu, setelah diminta supaya berbuat demikian, tidak mengeluarkan binatang itu dalam masa yang berpatutan mengikut keadaannya.
(4) (Dipotong oleh Akta A803).
BAHAGIAN IIIA
KUMPULAN WANG PENERBANGAN AWAM
Permulaan kuat kuasa Bahagian IIIA
6A. Bahagian ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
003b.fm Page 19 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Bahagian ini bagi bahagian Malaysia yang berlainan.
Tafsiran
6B. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Kumpulan Wang Pembangunan” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61];
“perkhidmatan penerbangan awam” termasuklah segala perkhidmatan berhubung dengan pelayaran udara dan padang terbang Kerajaan kecuali bagi maksud pertahanan negara melalui udara dan bagi maksud takrif ini, “padang terbang Kerajaan” tidaklah termasuk mana-mana padang terbang angkatan tentera atau padang terbang mana-mana angkatan yang melawat;
“pihak berkuasa penerbangan awam” ertinya Ketua Pengarah Penerbangan Awam Malaysia, dan termasuklah seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya untuk menjalankan segala atau mana-mana fungsi yang diberikan kepada pihak berkuasa penerbangan awam di bawah Bahagian ini;
“tarikh perpindahan” ertinya tarikh mana-mana harta ditetapkan di sesuatu lapangan terbang ditetapkan, yang Kerajaan Malaysia berhak kepadanya, berpindah kepada suatu syarikat menurut kuasa Akta Perkhidmatan-Perkhidmatan Lapangan Terbang dan Penerbangan (Syarikat Pengendali) 1991 [Akta 467];
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang ditetapkan di bawah seksyen 6A dan jika tarikh yang berlainan ditetapkan di bawah seksyen itu bagi bahagian Malaysia yang berlainan, ertinya tarikh yang berkenaan apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa bagi bahagian Malaysia itu.
Penubuhan Kumpulan Wang Penerbangan Awam
6C. (1) Suatu kumpulan wang bernama Kumpulan Wang Penerbangan Awam (kemudian daripada ini disebut “Kumpulan Wang”) ditubuhkan yang hendaklah dikawal dan dikendalikan oleh Ketua Pengarah mengikut Bahagian ini.
003b.fm Page 20 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 21
(2) Transaksi kewangan pihak berkuasa penerbangan awam hendaklah diproses melalui Kumpulan Wang dan bagi maksud ini butiran baru yang berikut dengan ini dimasukkan ke dalam Jadual Kedua kepada Akta Tatacara Kewangan 1957—
“Kumpulan Wang Penerbangan Awam”.
(3) Dengan penubuhan Kumpulan Wang dan walau apa pun subseksyen 9(6) Akta Tatacara Kewangan 1957, baki dalam Akaun Amanah berkenaan dengan pihak berkuasa penerbangan awam kecuali Akaun Amanah Kumpulan Wang Pembangunan hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang.
Wang yang dikehendaki dibayar kepada Kumpulan Wang
6D. (1) Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406] hendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan Wang—
(a) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan daripada Akaun Hasil Disatukan bagi maksud perkhidmatan penerbangan awam;
(b) apa-apa jumlah wang yang diuntukkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan bagi kemajuan dan perkembangan perkhidmatan penerbangan awam;
(c) segala penerimaan berkenaan dengan apa-apa lesen yang dikeluarkan atau apa-apa kerja atau perkhidmatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa penerbangan awam yang telah dibayar atau akan dibayar daripada—
(i) wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang; atau
(ii) wang yang diuntukkan kepada pihak berkuasa penerbangan awam selepas tarikh perpindahan berkenaan dengan perkhidmatan penerbangan awam;
(d) wang yang diterima daripada jualan atau pajakan atau sewaan apa-apa harta yang dikawal oleh pihak berkuasa penerbangan awam atau yang diperoleh atau dihasilkan daripada—
003b.fm Page 21 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(i) wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang; atau
(ii) apa-apa wang yang diuntukkan sebelum tarikh y a n g d i t e t a p k a n b e r k e n a a n d e n g a n perkhidmatan penerbangan awam;
(e) bunga yang diterima daripada pelaburan wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang;
(f) wang yang diterima oleh Persekutuan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan pelaksanaan apa-apa fungsi atau penjalanan apa-apa kuasa yang diberikan kepada pihak berkuasa penerbangan awam oleh Akta ini; dan
(g) apa-apa wang lain yang diterima oleh Persekutuan dalam sesuatu hal keadaan yang difikirkan sesuai oleh Menteri Kewangan untuk dibayar kepada Kumpulan Wang:
Dengan syarat bahawa dalam segala hal apa-apa wang yang diterima oleh pihak berkuasa penerbangan awam antara 1 Januari dalam tahun tarikh yang ditetapkan dengan tarikh sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang akan kena dibayar kepada Kumpulan Wang di bawah subseksyen ini sekiranya wang itu diterima pada atau selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah diakaunkan dalam Kumpulan Wang, tertakluk kepada suatu amaun yang tidak melebihi penerimaan bagi tempoh enam bulan sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
(2) Pembayaran wang yang disebut dalam perenggan (1)(a) dan (b) ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat sebanyak jumlah dan pada masa sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan.
Penggunaan wang Kumpulan Wang
6E. (1) Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang boleh digunakan oleh Ketua Pengarah bagi maksud yang berikut:
(a) membayar saraan bagi Ketua Pengarah dan orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam Jabatan
003b.fm Page 22 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 23
Penerbangan Awam termasuk caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau skim lain yang diluluskan oleh Kerajaan berkenaan dengan orang itu;
(b) membayar kos barang dan perkhidmatan yang diperoleh bagi maksud perkhidmatan penerbangan awam dan bagi memperoleh harta alih dan harta tak alih yang bersampingan dengan penjalanan kerja dan perkhidmatan menurut Akta ini;
(c) membayar kepada Akaun Disatukan yang berkenaan dengan cara pembayaran balik berkenaan dengan—
(i) pencen, ganjaran dan elaun lain yang diberikan di bawah undang-undang pencen kepada Ketua Pengarah dan orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam Jabatan Penerbangan Awam atau orang tanggungan mereka;
(ii) bunga dan caj lain dan pembayaran balik wang pokok atas pinjaman yang didapatkan dan diuntukkan selepas tarikh yang ditetapkan bagi maksud perkhidmatan penerbangan awam; dan
(iii) apa-apa wang yang dikehendaki untuk menyempurnakan apa-apa penghakiman, keputusan atau award terhadap Persekutuan oleh mana-mana mahkamah atau tribunal berkenaan dengan pengendalian perkhidmatan penerbangan awam;
(d) pembayaran bagi menyelesaikan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Persekutuan mengenai perkhidmatan penerbangan awam; dan
(e) pembayaran bagi apa-apa perbelanjaan lain yang dilakukan atau diterima dengan sepatutnya oleh pihak berkuasa penerbangan awam pada menjalankan kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini:
Dengan syarat bahawa dalam segala hal apa-apa pembayaran yang dibuat oleh pihak berkuasa penerbangan awam antara 1 Januari dalam tahun tarikh yang ditetapkan dengan tarikh sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan yang akan kena dibuat daripada Kumpulan Wang di bawah subseksyen ini sekiranya pembayaran itu dibuat pada atau selepas tarikh yang
003b.fm Page 23 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
ditetapkan, hendaklah diakaunkan dalam Kumpulan Wang.
(2) Wang yang ada dalam kredit Kumpulan Wang boleh dilaburkan mengikut subseksyen 8(3) Akta Tatacara Kewangan 1957.
Kuasa Menteri Kewangan untuk menetapkan perbelanjaan pembangunan daripada Kumpulan Wang
6F. Menteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri, boleh sebelum atau dalam masa sesuatu tahun kewangan menetapkan amaun maksimum yang hendak dibayar daripada Kumpulan Wang dalam masa tahun kewangan itu berkenaan dengan perbelanjaan pembangunan bagi perkhidmatan penerbangan awam.
Wang lebihan dalam Kumpulan Wang
6G. Apa-apa jumlah wang yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang ke dalam Akaun Hasil Disatukan sebagai lebihan kepada kehendak Kumpulan Wang dalam sesuatu tahun kewangan.
Pembayaran balik wang yang diuntukkan dan pembayaran bunga
6H. Menteri Kewangan boleh jika difikirkannya patut dibuat sedemikian—
(a) mengarahkan supaya jumlah wang yang dibayar ke dalam Kumpulan Wang di bawah perenggan 6d(1)(a) dan (b) dibayar sebanyak amaun dan pada masa yang ditentukan olehnya kepada Akaun Hasil Disatukan atau Kumpulan Wang Pembangunan;
(b) mengarahkan supaya amaun yang berupa bunga pada apa-apa kadar yang ditentukan olehnya dibayar daripada Kumpulan Wang pada masa yang ditentukan olehnya kepada Akaun Hasil Disatukan atas sekian banyak daripada amaun yang dimaksudkan oleh perenggan (a) yang belum dibayar balik.
003b.fm Page 24 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 25
Dasar kewangan berkenaan dengan perkhidmatan penerbangan awam
6I. Dalam mentadbirkan Akta ini berkenaan dengan perkhidmatan penerbangan awam Ketua Pengarah hendaklah menurut suatu dasar yang ditujukan ke arah mencapai berkenaan dengan tiap-tiap tahun kewangan apa-apa hasil kewangan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.
Akaun Perdagangan
6J. (1) Walau apa pun peruntukan yang berkaitan dalam Akta Tatacara Kewangan 1957 dan walau apapun peraturan yang dibuat dan arahan yang dikeluarkan di bawahnya, buku dan akaun pihak berkuasa penerbangan awam hendaklah disenggarakan mengikut prinsip dan amalan perakaunan perdagangan yang diterima pada amnya.
(2) Segala aset dan tanggungan pihak berkuasa penerbangan awam pada 1 Januari dalam tahun tarikh yang ditetapkan yang tidak ditunjukkan dalam akaun kewangan Persekutuan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun perdagangan dan nilai bersihnya hendaklah disifatkan sebagai modal Persekutuan yang dilaburkan dalam pihak berkuasa penerbangan awam pada tarikh itu.
(3) Ketua Pengarah dengan persetujuan Perbendaharaan hendaklah mengeluarkan arahan dan petunjuk tentang cara bagaimana buku dan akaun itu hendaklah disenggarakan dan bentuk yang dalamnya penyata akaun hendaklah dikemukakan untuk audit.
Penggunaan keuntungan
6K. Keuntungan bersih yang timbul daripada perkhidmatan penerbangan awam berkenaan dengan tahun kewangan hendaklah digunakan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Mendapatkan wang
6L. Tiap-tiap tahun Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan kepada Perbendaharaan melalui Menteri penyata pendapatan dan perbelanjaan yang dianggarkan tentang pengendalian
003b.fm Page 25 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
perkhidmatan penerbangan awam bagi tahun kewangan yang berikutnya, jumlah wang tunai yang dikehendaki bagi mengendalikan dan perbelanjaan pembangunan yang akan dilakukan bagi perkhidmatan itu dalam tahun itu dan sumber yang daripadanya wang yang akan dibelanjakan itu dicadangkan hendak didapati. Bagi menyokong penyata itu Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan butir perincian rancangan pembangunan yang dicadangkan hendak dijalankan olehnya dalam tahun kewangan yang berikutnya dan perkara lain yang berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan awam sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Perbendaharaan.
Laporan Menteri kepada Parlimen
6M. Menteri hendaklah menyebabkan supaya dibentangkan di hadapan tiap-tiap satu Majlis Parlimen sebelum permulaan tiap- tiap tahun kewangan suatu penyata mengenai hasil kewangan yang dianggarkan yang dijangka akan dicapai olehnya dalam tahun kewangan yang berikutnya bersama dengan butir-butir rancangan pembangunan yang dicadangkan dan sumber yang daripadanya rancangan itu akan dibiayai.
Audit
6N. (1) Akaun perdagangan pihak berkuasa penerbangan awam hendaklah diaudit tiap-tiap tahun oleh Juruaudit Negara dan peruntukan Akta Audit 1957 [Akta 62] hendaklah terpakai.
(2) Ketua Pengarah hendaklah, tidak lewat dari 31 Mac, dalam tahun yang berikutnya atau dari suatu tarikh yang kemudian sebaga imana yang d i t en tukan o leh Mente r i Kewangan menghantar kepada Juruaudit Negara penyata kewangan akaun perdagangan yang d i sebu t da lam subseksyen (1 ) yang mengandungi kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbendaharaan.
(3) Penyata yang telah diaudit hendaklah dikemukakan kepada Menteri Kewangan dan Menteri Kewangan hendaklah mengarahkan supaya penyata itu dibentangkan di hadapan tiap- tiap satu Majlis Parlimen.
Kecualian
6O. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Bahagian ini, Akta Tatacara Kewangan 1957 dan Akta Kumpulan
003b.fm Page 26 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 27
Wang Pembangunan 1966 dan mana-mana peraturan yang dibuat dan arahan yang dikeluarkan hendaklah terpakai bagi Ketua Pengarah dan orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan dalam Jabatan Penerbangan Awam.
BAHAGIAN IV
PENGAWALAN GALANGAN YANG BERDEKATAN DENGAN PADANG TERBANG
Tanda adanya galangan berdekatan dengan padang terbang
7. (1) Jika Menteri berpuas hati, berkenaan dengan mana-mana bangunan, binaan atau dirian yang berdekatan dengan sesuatu padang terbang, bahawa, untuk menjamin bahawa kapal udara, termasuk kapal udara tentera, yang terbang berdekatan di situ dapat diterbangkan dengan selamat dan cekap, peruntukan patut dibuat, sama ada dengan pencahayaan atau dengan jalan lain, untuk memberikan amaran kepada kapal udara itu tentang adanya binaan itu, dia boleh, dengan perintah yang ditandatangani sendiri olehnya, membenarkan pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu padang terbang itu atau sesiapa jua yang bertindak di bawah arahan pemegang lesen atau orang yang menjaga itu—
(a) melaksana, memasang, menyenggara, menjalankan dan, apabila keadaan menghendaki, membaiki dan mengubah, apa-apa kerja dan radas sebagaimana yang perlu untuk membolehkan amaran seperti itu diberikan dengan cara yang dinyatakan dalam perintah itu; dan
(b) setakat yang perlu bagi menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh perintah itu memasuki dan melangkau, sama ada dengan kenderaan atau tidak, mana-mana tanah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu:
Dengan syarat bahawa tiada sesuatu perintah sedemikian boleh dibuat berhubung dengan sesuatu binaan jika didapati oleh Menteri bahawa perkiraan yang memuaskan hati telahpun dibuat, dan sedang dijalankan, untuk memberikan amaran tentang adanya binaan itu.
003b.fm Page 27 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(2) Menteri hendaklah, sebelum membuat sesuatu perintah itu, menyebabkan supaya disiarkan, dengan cara sebagaimana yang difikirkannya paling baik untuk memberitahu orang yang berkenaan itu, notis mengenai cadangan hendak membuat perintah itu dan mengenai tempat di mana salinan draf perintah i t u b o l e h d i d a p a t i d e n g a n p e r c u m a , d a n h e n d a k l a h menimbangkan apa-apa representasi berkenaan dengan perintah itu yang mungkin dibuat, dalam sesuatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu dan tempoh itu tidak boleh kurang daripada dua bulan selepas tersiarnya notis itu, kepadanya oleh sesiapa jua yang didapatinya berkepentingan dalam mana- mana tanah yang akan tersentuh oleh perintah itu; dan, apabila berakhirnya tempoh itu, perintah itu boleh, tertakluk kepada seksyen ini, dibuat dengan apa-apa pengubahsuaian, jika ada, terhadap draf asal sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.
(3) Tiap-tiap perintah itu hendaklah memperuntukkan—
(a) bahawa, kecuali dalam masa darurat, tiada apa-apa kerja boleh dilaksanakan atas mana-mana tanah menurut perintah itu melainkan jika pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu padang terbang yang berkaitan dengan perintah itu telah menyampaikan, sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum itu, dengan cara yang dinyatakan dalam perintah itu, kepada penduduk tanah itu dan kepada tiap-tiap orang lain yang diketahui oleh pemegang lesen atau orang yang menjaga padang terbang itu sebagai berkepentingan dengannya, suatu notis bertulis yang mengandungi apa-apa jua butir-butir mengenai jenis kerja yang dicadangkan itu, dan cara bagaimana serta masa yang dicadangkan untuk melaksanakan kerja itu sebagaimana yang dinyatakan oleh, atau menurut, perintah itu;
(b) bahawa jika, dalam masa empat belas hari selepas notis itu disampaikan kepada sesiapa jua yang berkepentingan sedemikian, pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu padang terbang itu menerima suatu makluman bertulis tentang bantahan di pihak orang itu terhadap cadangan yang terkandung dalam notis itu, yang merupakan suatu makluman yang menyebut alasan bantahan, maka, melainkan jika dan kecuali bantahan itu ditarik balik,
003b.fm Page 28 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 29
tiada apa-apa tindakan jua boleh diambil menurut notis itu dengan tiada keizinan tertentu daripada Menteri; dan
(c) bagi menghendaki pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu padang terbang yang berkaitan dengan perintah itu supaya membayar kepada sesiapa jua yang berkepentingan dalam mana- mana tanah yang tersentuh oleh perintah itu apa-apa pampasan kerana apa-apa kerosakan atau kerugian yang mungkin ditanggung oleh orang itu oleh sebab perintah itu sebagaimana yang, jika tiada tercapai persetujuan, diputuskan dari semasa ke semasa oleh seorang penimbang tara tunggal yang dilantik oleh Hakim Besar bagi Mahkamah Tinggi yang berkenaan.
(4) Bagi maksud subseksyen ini, apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah berhubung dengan pengalihan yang sah akan apa-apa radas yang dipasang menurut sesuatu perintah itu, dan sekian banyak perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan membaiki, mengubah, meruntuhkan atau mengalih mana-mana binaan yang berkaitan dengan sesuatu perintah itu setakat yang disebabkan oleh berkuatkuasanya perintah itu, hendaklah disifatkan sebagai kerosakan atau kerugian yang ditanggung oleh sebab perintah itu.
(5) Pemunyaan sesuatu barang tidak boleh dikira sebagai tersentuh semata-mata oleh sebab barang itu terletak dalam, atau bercantum dengan, mana-mana tanah menurut sesuatu perintah sebagaimana yang disebut terdahulu; dan, tertakluk kepada subseksyen (7), selagi berkuat kuasa apa-apa perintah sedemikian berkenaan dengan sesuatu padang terbang, tiada seorang pun boleh, kecuali dengan persetujuan pemegang lesen atau mana- mana orang yang menjaga sesuatu padang terbang itu, dengan sengaja mengganggu apa-apa kerja atau benda yang pada pengetahuan orang itu ialah kerja atau benda yang dilaksanakan atau diletakkan dalam, pada atau di atas mana-mana tanah menurut perintah itu.
(6) Jika sesiapa melanggar subseksyen (5), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.
(7) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa, berhubung dengan mana-mana binaan, sehingga menyekat apa-
003b.fm Page 29 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
apa kerja daripada dilakukan bagi maksud membaiki, mengubah, meruntuhkan atau mengalih binaan itu jika—
(a) notis bagi melakukan kerja itu diberikan dengan seberapa segera yang boleh kepada pemegang lesen atau mana-mana orang yang menjaga sesuatu padang terbang; dan
(b) tidak terganggu amaran tentang adanya binaan itu dengan cara yang diperuntukkan oleh mana-mana perintah di bawah seksyen ini yang berkuat kuasa berhubung dengannya itu.
Kuasa untuk mengisytiharkan kawasan terkawal
8. Apabila Menteri berpendapat bahawa adalah, atau mungkin menjadi, perlu untuk keselamatan penerbangan udara berdekatan dengan sesuatu padang terbang atau untuk menjamin pelaksanaan yang cekap akan apa-apa pertolongan kepada penerbangan udara, sama ada yang terletak di sesuatu padang terbang atau yang berdekatan dengannya atau yang di tempat lain bahawa sesuatu kawasan patut dibersihkan atau dijauhkan dari galangan dia boleh, bersama dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang berkenaan itu, dengan perintah, mengisytiharkan kawasan itu sebagai suatu kawasan terkawal bagi maksud Bahagian ini dan hendaklah menentukan sempadan bagi kawasan itu.
Kuasa untuk melarang atau mengawal selia pendirian binaan dan penanaman pokok di dalam kawasan terkawal
9. Menteri boleh, pada bila-bila masa, bersama dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri yang berkenaan itu, dengan perintah, melarang, sama ada dengan mutlak atau dengan bersyarat, atau mengawal selia pendirian sesuatu binaan yang tingginya lebih daripada yang dinyatakan dalam perintah itu, atau penanaman pokok atau tumbuh-tumbuhan tinggi yang lain di dalam sesuatu kawasan terkawal atau mana-mana bahagian kawasan itu.
Notis untuk mengalih atau mengubah binaan, pokok dan tumbuh-tumbuhan lain di dalam kawasan terkawal
10. (1) Menteri, atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri bagi maksud itu, boleh, dengan notis bertulis, menghendaki pemunya atau penduduk mana-mana tanah yang
003b.fm Page 30 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 31
tertakluk kepada apa-apa perintah di bawah seksyen 9, dalam tempoh yang tidak kurang daripada satu bulan dari tarikh notis itu disampaikan kepada orang yang berkenaan itu, sebagaimana yang ditetapkan oleh notis itu—
(a) supaya mengalih atau merendahkan mana-mana binaan atas tanah itu yang tingginya lebih daripada yang dinyatakan dalam perintah itu, sama ada binaan itu telah didirikan sebelum atau selepas perintah itu dibuat, atau mana-mana pokok atau tumbuh-tumbuhan tinggi yang lain, sama ada yang ditanam dengan melanggar perintah itu atau yang pada pendapat Menteri mungkin menyebabkan suatu galangan kepada kapal udara atau menghalang pelaksanaan apa- apa pertolongan kepada penerbangan udara; dan
(b) supaya mengambil apa-apa langkah berhubung dengan, atau untuk menguatkuasakan apa-apa perubahan kepada, mana-mana binaan, pokok atau tumbuh-tumbuhan lain atas mana-mana tanah di dalam kawasan terkawal, atau mana-mana bahagian kawasan itu, sebagaimana yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh sesuatu perintah di bawah seksyen 9 yang terpakai kepada binaan, pokok atau tumbuh-tumbuhan itu atau, berkenaan dengan sesuatu binaan yang didirikan atau pokok atau tumbuh-tumbuhan yang telah pun ada sebelum perintah itu dibuat, yang akan dipakai kepada binaan, pokok atau tumbuh-tumbuhan lain itu jika binaan itu telah didirikan atau pokok atau tumbuh-tumbuhan lain itu telah ditanam selepas perintah itu dibuat.
(2) Jika berlaku kemungkiran pada mematuhi notis itu dalam masa yang ditetapkan dalam notis itu, mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Menteri, sama ada dengan amnya atau dengan khasnya bagi maksud itu, boleh memasuki tanah itu dan menyebabkan diambil apa-apa tindakan sebagaimana yang dikehendaki oleh notis itu, dan boleh mendapatkan balik belanja bagi, dan segala perbelanjaan yang dilakukan pada membuat, apa- apa ke r j a yang pe r lu da r ipada o rang yang me lakukan kemungkiran itu.
Kuasa untuk memasuki tanah
11. Mana-mana pegawai yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Menteri, dan mana-mana orang yang diambil kerja bagi maksud
003b.fm Page 31 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
itu di bawah penyeliaan mana-mana pegawai itu, boleh, dari semasa ke semasa, memasuki, mengukur dan mengambil aras mana-mana kawasan terkawal dan boleh membuat segala perbuatan lain yang perlu untuk pengukuran itu dan bagi maksud menandakan sempadan bagi kawasan itu atau mana-mana bahagiannya:
Dengan syarat bahawa tiada seorang pun pegawai atau orang itu boleh memasuki mana-mana bangunan atau taman terkepung atau halaman yang berkembar dengan mana-mana bangunan dengan tiada persetujuan penduduknya melainkan jika dia terlebih dahulu telah memberi penduduk itu sekurang-kurangnya tiga hari genap notis bertulis mengenai cadangannya hendak berbuat demikian.
Kerosakan yang disebabkan oleh perendahan atau pengalihan binaan atau pokok yang berharga
12. Apabila sesuatu binaan atau pokok yang berharga direndahkan atau dialih, atau apa-apa perbelanjaan dilakukan dengan munasabah pada mematuhi sesuatu perintah atau syarat sesuatu perintah di bawah seksyen 9, pemunya atau penduduk tanah itu, melainkan jika binaan itu telah didirikan atau pokok itu telah ditanam dengan melanggar mana-mana perintah di bawah seksyen 9 atau syarat yang dikenakan sedemikian itu, berhak mendapat pampasan setakat kerosakan atau kerugian yang ditanggungnya oleh sebab perendahan atau pengalihan binaan atau pokok yang berharga itu atau setakat perbelanjaan yang telah dilakukannya itu.
Kerosakan oleh sebab memasuki tanah menurut seksyen 11
13. Jika apa-apa kerosakan berlaku kepada harta pada menjalankan kuasa atau oleh sebab apa yang dikatakan sebagai penjalanan apa- apa kuasa yang diberikan oleh seksyen 11, pemunya atau penduduk berhak mendapat pampasan setakat yang ditanggung olehnya kerana itu.
Pampasan kerana hilang nilai tanah
14. Jika mana-mana tanah di dalam sesuatu kawasan terkawal tersentuh oleh sesuatu perintah di bawah seksyen 9 yang melarang atau mengawal selia pendirian apa-apa binaan atau penanaman pokok atau tumbuh-tumbuhan, pemunya atau penduduk tanah itu
003b.fm Page 32 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 33
berhak mendapat pampasan setakat yang ditunjukkan bahawa nilai tanahnya, atau kepentingannya, jika ada, mengenai tanah itu, oleh sebab perintah itu, telah tersusut berbanding dengan nilai pasaran biasa pada ketika itu bagi tanah yang berhampiran yang tidak termasuk dalam perintah itu.
Tatacara menyelesaikan tuntutan untuk pampasan di bawah seksyen 12, 13 dan 14
15. Jika mana-mana orang berhak mendapat apa-apa pampasan menurut seksyen 12, 13 atau 14, jumlah pampasan itu hendaklah ditentukan melalui persetujuan atau, jika tiada persetujuan, oleh seorang penimbang tara tunggal yang dilantik oleh Hakim Besar bagi Mahkamah Tinggi yang berkenaan.
Kesalahan tertentu dan penalti
16. (1) Sesiapa yang melakukan sesuatu perbuatan dengan melanggar, atau tanpa sebab yang munasabah tidak mematuhi terma-terma, sesuatu perintah atau notis yang dibuat atau yang dikeluarkan di bawah seksyen 9 atau 10 melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.
(2) Mana-mana orang yang dengan sengaja menghalang mana-mana orang yang menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh Bahagian ini atau oleh mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—.
(a) jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya; atau
(b) jika kesalahan itu dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Kuasa untuk membuat kaedah
17. Menteri boleh membuat kaedah-kaedah pada amnya untuk menguatkuasakan peruntukan Bahagian ini.
003b.fm Page 33 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
18. (Dipotong oleh Akta A803).
BAHAGIAN V
TANGGUNGAN KERANA KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH KAPAL UDARA
Pencerobohan, kacau ganggu dan tanggungjawab kerana kerosakan
19. (1) Tiada apa-apa tindakan boleh diambil berkenaan dengan pencerobohan atau berkenaan dengan kacau ganggu, semata-mata oleh sebab penerbangan kapal udara itu melangkau mana-mana harta setinggi paras muka bumi, yang, setelah diambil kira angin, cuaca dan segala hal mengenai perkara itu, munasabah, atau kejadian biasa mengenai penerbangan itu, selagi Akta ini dan apa- apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi dengan sempurna; akan tetapi jika kerosakan atau kerugian besar berlaku disebabkan oleh sesuatu kapal udara yang dalam penerbangan, yang hendak berlepas, atau yang hendak mendarat, atau oleh mana-mana orang di dalam sesuatu kapal udara itu, atau oleh apa-apa barang yang jatuh dari kapal udara itu, kepada mana-mana orang atau harta di darat atau di air, ganti rugi boleh didapati daripada pemunya kapal udara itu berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu, tanpa bukti kecuaian atau niat atau kausa tindakan yang lain, seolah-olah kerosakan atau kerugian itu telah disebabkan oleh perbuatannya yang sengaja, kecuaiannya atau kemungkirannya, kecuali jika kerosakan atau kerugian itu telah disebabkan oleh kecuaian orang yang menanggung kerosakan atau kerugian itu sendiri:
Dengan syarat bahawa jika kerosakan atau kerugian besar itu disebabkan oleh perkara yang disebut terdahulu dalam keadaan yang dalamnya—
(a) ganti rugi itu boleh didapati daripada pemunya berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu hanya menurut peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini; dan
(b) suatu tanggungan di sisi undang-undang diwujudkan pada mana-mana orang selain pemunya supaya membayar ganti rugi berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu,
003b.fm Page 34 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 35
pemunya berhak diganti rugi oleh orang lain itu terhadap apa-apa tuntutan berkenaan dengan kerosakan atau kerugian itu.
(2) Jika sesuatu kapal udara telah dipajakkan atau disewakan dengan bona fide bagi suatu tempoh yang lebih daripada empat belas hari kepada mana-mana orang lain oleh pemunya kapal udara i tu , dan t iada seorang pun pemandu, laksamana, juruterbang atau anggota anak kapal yang boleh mengendalikan kapal udara itu diambil kerja oleh pemunya itu, seksyen ini hendaklah berkuat kuasa seolah-olah rujukan mengenai pemunya itu telah digantikan dengan rujukan mengenai orang yang kepadanya kapal udara itu telah dipajakkan atau disewakan.
Kacau ganggu yang disebabkan oleh kapal udara di padang terbang
20. (1) Peraturan yang dibuat di bawah seksyen 3 boleh mengadakan peruntukan bagi mengawal selia syarat tentang bunyi dan getaran yang mungkin disebabkan oleh kapal udara di padang terbang dan boleh mengadakan peruntukan bahawa subseksyen (2) boleh terpakai kepada sesuatu padang terbang yang mengenainya telah dibuat peruntukan tentang bunyi dan getaran yang disebabkan oleh kapal udara itu.
(2) Tiada apa-apa tindakan boleh diambil berkenaan dengan kacau ganggu semata-mata oleh sebab bunyi dan getaran yang disebabkan oleh kapal udara di sesuatu padang terbang yang baginya subseksyen ini terpakai menurut peraturan di bawah seksyen 3, selagi mana-mana peraturan itu dipatuhi dengan sewajarnya.
BAHAGIAN VI
PENAHANAN KAPAL UDARA
Kapal udara dan bahagiannya dikecualikan daripada disita atas tuntutan paten
21. (1) Apa-apa jua kemasukan yang sah ke dalam Malaysia atau apa-apa jua perjalanan yang sah melintasi Malaysia, sama ada dengan mendarat atau tidak, oleh sesuatu kapal udara yang baginya seksyen ini terpakai tidak membolehkan kapal udara itu disita atau ditahan atau tidak membolehkan apa-apa prosiding diambil terhadap pemunya atau pengendali kapal udara itu atau
003b.fm Page 35 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
tidak membolehkan apa-apa gangguan lain dibuat terhadap kapal udara itu oleh atau bagi pihak mana-mana orang di dalam Malaysia atas alasan bahawa pembinaan, mekanisme, bahagian, alat tambah atau perjalanan perkhidmatan kapal udara itu melanggar sesuatu paten, reka bentuk atau model.
(2) Pengimportan ke dalam, dan penyimpanan di dalam, Malaysia akan barang ganti dan alat ganti untuk kapal udara yang baginya seksyen ini terpakai dan penggunaan dan pemasangannya pada membaiki kapal udara itu tidak membolehkan kapal udara atau barang ganti atau alat ganti itu dirampas atau tidak membolehkan apa-apa prosiding diambil terhadap pemunya atau pengendali kapal udara itu atau pemunya barang ganti atau alat ganti atau tidak membolehkan apa-apa gangguan lain dibuat terhadap kapal udara itu oleh atau bagi pihak mana-mana orang di dalam Malaysia atas alasan bahawa barang ganti atau alat ganti atau pemasangannya itu melanggar sesuatu paten, reka bentuk atau model:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai berhubung dengan mana-mana jua barang ganti atau alat ganti yang dijual atau diedarkan di dalam Malaysia atau yang dieksport dari Malaysia untuk dijual atau diedarkan.
(3) Seksyen ini hendaklah terpakai bagi sesuatu kapal udara, selain suatu kapal udara yang digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis, yang didaftarkan di dalam sesuatu negara atau wilayah yang baginya suatu perisytiharan yang dibuat oleh Menteri dan yang disiarkan dalam Warta ada berkuat kuasa pada masa itu, dengan tujuan untuk menunaikan Konvensyen Chicago yang berkaitan dengan seksyen ini, bahawa faedah peruntukan itu terpakai bagi negara atau wilayah itu, dan bagi apa-apa kapal udara yang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dalam perisytiharan itu.
Penahanan kapal udara
22. Apa-apa peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh mengadakan peruntukan bagi penahanan kapal udara untuk menjamin bahawa Akta ini atau apa-apa peraturan sedemikian dipatuhi dan boleh membuat peruntukan selanjutnya sebagaimana yang didapati perlu atau suai manfaat oleh Menteri untuk menjamin penahanan itu.
003b.fm Page 36 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 37
BAHAGIAN VII
KARAMAN DAN PENYELAMATAN
Karaman dan penyelamatan
23. (1) Apa-apa perkhidmatan yang diberikan bagi menolong atau bagi menyelamatkan nyawa daripada, atau bagi menyelamatkan muatan atau perlengkapan, sesuatu kapal udara di dalam laut atau di atas laut atau di mana-mana perairan pasang surut, atau di pantai, di atas pantai laut atau mana-mana perairan pasang surut, hendaklah disifatkan sebagai perkhidmatan yang dianggap perkhidmatan penyelamat jika perkhidmatan penyelamat itu diberikan kepada sesuatu vesel; dan, jika perkhidmatan diberikan oleh sesuatu kapal udara kepada mana-mana harta atau orang, pemunya kapal udara berhak mendapat upah yang sama untuk perkhidmatan itu sebagaimana yang dia berhak untuk mendapatnya jika kapal udara itu ialah suatu vesel.
(2) Subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa walaupun kapal udara yang berkenaan itu ialah suatu kapal udara asing, dan walaupun perkhidmatan yang berkenaan itu diberikan di tempat l a i n d a n b u k a n n y a d a l a m h a d p e r a i r a n w i l a y a h y a n g bersempadanan dengan mana-mana bahagian Malaysia.
(3) Peruntukan berhubung dengan vesel dalam kecemasan (kecuali berkenaan dengan pemeriksaan kapal dalam kecemasan) dan peruntukan berhubung dengan pengurusan karaman, karaman yang tidak dituntut, pemindahan karaman, kesalahan mengenai karaman, pelanggaran, tatacara penyelamatan, bidang kuasa Mahkamah Tinggi mengenai penyelamatan dan Penerima karaman yang terkandung dalam undang-undang yang berkuat kuasa pada masa itu berhubung dengan perkapalan saudagar hendaklah terpakai bagi kapal udara sebagaimana peruntukan itu terpakai kepada kapal, dengan ubahsuaian yang perlu dan k h u s u s n y a d e n g a n p e n g e c u a l i a n , p e n y e s u a i a n d a n pengubahsuaian yang berikut:
(a) perkataan “vesel” dan “kapal” termasuklah kapal udara;
(b) ungkapan “karaman” termasuklah mana-mana kapal udara atau mana-mana bahagiannya yang didapati terdampar di laut atau di atas laut di sekeliling Malaysia atau perairan pasang surutnya atau mana- mana pelabuhannya atau atas atau dekat dengan pantai lautan dan perairan tersebut atau yang didapati atau
003b.fm Page 37 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
yang diambil milik di luar Malaysia dan lautan dan perairan pasang surut tersebut dan kemudiannya dibawa ke dalam had itu;
(c) perkataan “ketua” termasuklah laksamana atau orang lain yang menjaga sesuatu kapal udara;
(d) perkataan “kapal karaman” termasuklah kapal udara yang terkandas.
BAHAGIAN VIII SEKATAN MENGENAI TUNTUTAN UNTUK
GANTI RUGI DAN PAMPASAN
Sekatan mengenai tuntutan untuk ganti rugi dan pampasan
24. (1) Tiada apa-apa ganti rugi atau pampasan berkenaan dengan mana-mana perundangan subsidiari di bawah Akta ini atau apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah perundangan subsidiari itu, boleh didapati—
(a) kecuali di bawah dan mengikut peruntukan yang berkaitan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya; dan
(b) melainkan jika tuntutan itu dibuat dalam tempoh tiga bulan daripada berlakunya peristiwa yang menyebabkan tuntutan itu boleh dibuat atau dalam tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Menteri dalam mana-mana perkara atau kelas perkara.
(2) Seksyen ini tidak terpakai kepada apa-apa tuntutan yang dibuat di bawah seksyen 19 atau apa-apa tindakan yang dibuat menurut seksyen itu.
BAHAGIAN VIIIA LESEN UNTUK MENGADAKAN PERKHIDMATAN
LAPANGAN TERBANG DAN PENERBANGAN
Kuasa Menteri untuk memberikan lesen bagi mengadakan perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan
24A. (1) Menteri boleh memberikan lesen kepada sesuatu syarikat yang dinamakan oleh Kerajaan Malaysia di bawah
003b.fm Page 38 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 39
seksyen ini untuk menjalankan apa-apa fungsi Jabatan Penerbangan Awam, atau untuk mengadakan apa-apa perkhidmatan, di dalam sesuatu lapangan terbang atau selainnya; dan sebutan dalam Akta ini mengenai syarikat berlesen ialah sebutan mengenai syarikat yang dinamakan dan dilesenkan sedemikian di bawah seksyen ini.
(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan perkara yang berikut:
(a) fungsi yang akan dijalankan atau perkhidmatan yang akan diadakan oleh syarikat itu; dan sebutan dalam Akta ini mengenai mana-mana perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan ialah sebutan mengenai perkhidmatan yang diadakan sedemikian oleh syarikat itu;
(b) pematuhan oleh syarikat itu akan standard prestasi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 2B(a);
(c) lapangan terbang atau lapangan terbang yang akan dikendalikan oleh syarikat itu; dan sebutan dalam Akta ini mengenai mana-mana lapangan terbang ditetapkan ialah sebutan mengenai sesuatu lapangan terbang yang dikendalikan oleh syarikat itu;
(d) tempoh lesen itu;
(e) fi tahunan yang kena dibayar oleh syarikat itu;
(f) tugas tertentu syarikat itu berkenaan dengan perkhidmatan yang diadakan olehnya; dan
(g) apa-apa perkara atau syarat lain yang difikirkan patut oleh Menteri.
(3) Pengeluaran lesen kepada sesuatu syarikat di bawah subsekyen (1) tidak mengenakan apa-apa tanggungan pada Kerajaan Malaysia bagi apa-apa kerugian, kerosakan, kecederaan atau kematian yang disebabkan oleh, atau berakibat daripada apa- apa insiden atau kemalangan kena lapor akibat, daripada apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran syarikat itu.
(4) Dalam seksyen ini—
003b.fm Page 39 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
“insiden” ertinya sesuatu kejadian yang berkaitan dengan pengendalian sesuatu kapal udara yang menjejaskan atau boleh menjejaskan keselamatan pengendaliannya:
“kemalangan kena lapor” ertinya sesuatu kejadian yang berkaitan dengan pengendalian sesuatu kapal udara yang berlaku antara masa mana-mana orang menaiki kapal udara itu bagi maksud penerbangan sehingga suatu masa bila semua orang sudah turun dari kapal udara itu, dan dalam kejadian itu—
(a) seseorang mati atau cedera parah atau serius akibat—
(i) berada dalam kapal udara itu;
(ii) bersentuhan secara langsung dengan mana- mana bahagian kapal udara itu, termasuklah bahagian yang menjadi terpisah daripada kapal udara itu; atau
(iii) pendedahan langsung kepada bagas jet,
kecuali apabila kematian atau kecedaraan itu disebabkan oleh sebab semula jadi, disengajakan atau disebabkan oleh orang lain, atau apabila kematian atau kecederaan itu berlaku kepada penumpang gelap yang bersembunyi di luar ruang yang kepadanya penumpang dan anak kapal pada lazimnya ada akses;
(b) kapal udara itu mengalami kerosakan atau kegagalan struktur yang—
(i) memudaratkan kekuatan struktur, prestasi atau ciri-ciri penerbangan kapal udara itu; dan
(ii) pada lazimnya memerlukan pembaikan yang besar a tau penggant ian komponen yang terjejas,
kecuali bagi kegagalan enjin atau kerosakan, apabila kerosakan itu terhad kepada enjin atau penutup atau aksesorinya, atau bagi kerosakan yang terhad kepada bebaling, hujung sayap, antena, tayar, brek, reraut, kemek kecil atau lubang tebuk pada kulit kapal udara itu; atau
(c) kapal udara itu hilang atau tiada akses sama sekali kepadanya.
003b.fm Page 40 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 41
Caj dan fi yang dipungut oleh syarikat berlesen
24B. Walau apa pun apa-apa peruntukan Akta ini atau Akta Tatacara Kewangan 1957, segala caj dan fi yang ditetapkan di bawah peraturan yang dibuat menurut seksyen 3, yang berkaitan dengan penjalanan mana-mana fungsi atau perkhidmatan oleh syarikat berlesen, hendaklah dipungut oleh, dan menjadi sebahagian daripada hasil, syarikat berlesen itu.
Pengemukaan memorandum bagi apa-apa perubahan pada caj dan fi yang sedia ada
24C. (1) Syarikat berlesen boleh mengemukakan suatu memorandum kepada Menteri yang mengandungi cadangan bagi apa-apa perubahan pada caj dan fi yang sedia ada yang ditetapkan di bawah peraturan yang dibuat di bawah seksyen 3, yang berkaitan dengan penjalanan mana-mana fungsi atau perkhidmatannya, bagi kelulusan Menteri.
(2) Menteri hendaklah menimbangkan memorandum itu dalam masa enam bulan dari pengemukaannya
(3) Jika Menteri meluluskan memorandum itu, dia boleh menjadikan ke lu lusannya i tu te r tak luk kepada apa-apa ubahsuaian yang difikirkannya patut pada cadangan dalam memorandum itu.
(4) Jika Menteri menolak memorandum itu, syarikat berlesen itu boleh, jika ada perubahan hal keadaan yang berhubungan dengan cadangan dalam memorandum itu, memohon kepada Menteri supaya keputusannya dikaji semula:
Dengan syarat bahawa permohonan itu hendaklah dibuat sebelum habis tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis penolakan memorandum itu.
(5) Menteri hendaklah menimbangkan permohonan itu dalam masa tiga bulan dari pengemukaannya.
Menteri hendaklah membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi
24D. Jika Menteri meluluskan memorandum, dengan atau tanpa apa-apa ubahsuaian, dia hendaklah dengan seberapa segera yang
003b.fm Page 41 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
praktik membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 3 berkenaan dengan perubahan pada caj dan fi yang sedia ada yang berkaitan dengan penjalanan mana-mana fungsi atau perkhidmatan oleh syarikat berlesen.
Kewajipan am syarikat berlesen
24E. (1) Menjadi kewajipan syarikat berlesen untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang diadakan olehnya menepati standard prestasi yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah di bawah perenggan 2B(a).
(2) Syarikat berlesen hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada kecekapan, ekonomi dan keselamatan pengendalian berkenaan dengan perkhidmatan yang diberikan olehnya.
Pelanggaran syarat lesen
24F. Mana-mana syarikat berlesen yang melanggar mana-mana syarat bagi lesen yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
24G. (Dipotong oleh Akta A1192).
Kuasa pemeriksaan Ketua Pengarah
24H. Ketua Pengarah boleh, bagi maksud Akta ini atau mana- mana peraturan yang dibuat di bawahnya, memasuki mana-mana premis yang diduduki oleh syarikat berlesen untuk memeriksa dan meneliti keadaan premis itu atau mana-mana bangunan atau kemudahan di dalamnya.
Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar syarat lesen
24I. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa syarikat berlesen melanggar, atau telah melanggar dan mungkin akan melanggar lagi, mana-mana syarat lesennya, Ketua Pengarah boleh memberikan notis secara bertulis kepada syarikat berlesen
003b.fm Page 42 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 43
itu menghendakinya mematuhi syarat itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis itu.
(2) Jika semasa tamat tempoh yang ditetapkan dalam notis itu syarikat berlesen itu gagal mematuhi syarat yang disebut dalamnya, Ketua Pengarah hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang kegagalan syarikat berlesen itu dan laporan itu hendaklah dalam bentuk yang dianggap sesuai oleh Ketua Pengarah.
(3) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran itu, atau pelanggaran yang dikhuatiri itu, bersifat serius atau menyentuh atau mungkin menyentuh kepentingan atau keselamatan awam dan bahawa syarikat berlesen itu telah enggan mengambil atau telah tidak mengambil segala langkah yang didapati perlu oleh Menteri bagi maksud memastikan pematuhan syarat yang berkenaan, Menteri boleh memberi syarikat berlesen itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang hendak menggantung atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesennya dan notis itu hendaklah juga menerangkan atau menyatakan—
(a) syarat lesen yang dilanggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan
(b) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya syarikat berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana- mana yang berkenaan.
(4) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
(5) Notis hendaklah diberikan kepada syarikat berlesen itu oleh Menteri tentang keputusannya dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.
(6) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini muktamad dan konklusif.
003b.fm Page 43 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
Penggantungan atau pembatalan lesen kerana melanggar Akta ini atau peraturan di bawahnya
24J. (1) Jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa syarikat berlesen telah melanggar atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, dia hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang pelanggaran oleh atau ketidakpatuhan syarikat berlesen itu.
(2) Jika, selepas menimbangkan laporan daripada Ketua Pengarah, Menteri berpuas hati bahawa pelanggaran atau ketidakpatuhan itu serius sifatnya atau menyentuh atau mungkin menyentuh kepentingan atau keselamatan awam dia hendaklah memberi syarikat berlesen itu notis yang menyatakan bahawa dia bercadang hendak menggantung atau membatalkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, lesennya dan notis itu hendaklah juga menerangkan atau menyatakan—
(a) peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawahnya yang dilanggar oleh syarikat itu dan perbuatan atau peninggalan yang menjadi pelanggaran itu; dan
(b) tempoh (yang tidak kurang daripada tiga puluh hari dari tarikh notis itu) yang dalamnya syarikat berlesen itu boleh membuat representasi berkenaan dengan penggantungan atau pembatalan itu, mengikut mana- mana yang berkenaan.
(3) Selepas tamat tempoh yang dinyatakan dalam notis itu dan selepas menimbangkan apa-apa representasi yang dibuat oleh syarikat berlesen itu, Menteri boleh memutuskan sama ada hendak meneruskan tindakan yang dicadangkan itu atau untuk tidak mengambil tindakan lanjut.
(4) Notis hendaklah diberikan kepada syarikat berlesen itu oleh Menteri tentang keputusannya dan keputusan itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh notis tersebut disampaikan kepada syarikat itu.
(5) Keputusan Menteri di bawah seksyen ini muktamad dan konklusif.
003b.fm Page 44 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 45
Kuasa khas semasa darurat
24K. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa-apa rusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian lain yang menyebabkan darurat, atau demi kepentingan keselamatan awam, memberi kuasa Menteri—
(a) untuk menggantung lesen syarikat berlesen, mengambil milik sementara mana-mana lapangan terbang ditetapkan dan mengendalikan apa-apa perkhidmatan lapangan terbang dan penerbangan disitu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, atau mengikut cara yang difikirkan patut oleh Menteri; atau
(b) untuk menarik balik sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya penggunaan mana-mana lapangan terbang daripada mana-mana orang atau golongan orang atau daripada orang awam pada umumnya.
(2) Jika berbangkit apa-apa keraguan tentang kewujudan darurat atau sama ada apa-apa tindakan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) demi kepentingan keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenainya.
(3) Jika Kerajaan mengambil milik mana-mana lapangan terbang ditetapkan di bawah perenggan (1)(a), pampasan yang cukup hendaklah dibayar.
Penggunaan, pendudukan, dll., tanah di Melaka dan Pulau Pinang di bawah Perkara 166(3)
24L. Jika mana-mana tanah di Melaka atau Pulau Pinang diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Fasal (3) Perkara 166 Perlembagaan, Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika diminta sedemikian oleh Menteri, apabila dibuat permohonan secara bertulis oleh syarikat berlesen—
(a) membenarkan keseluruhan atau sebahagian daripada tanah itu diduduki, digunakan, dikawal dan diuruskan oleh syarikat berlesen itu atas terma-terma dan syarat- syarat yang dipersetujui antara Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri, dan syarikat berlesen; atau
003b.fm Page 45 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(b) memberi hak milik tanah itu kepada syarikat berlesen itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa Negeri di bawah dan mengikut Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965], dan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan.
BAHAGIAN IX
PELBAGAI
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
24M. Jika sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, tiap-tiap orang yang merupakan pengarah, setiausaha atau pengurus atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau berupa seperti bertindak atas apa-apa sifat sedemikian atau telah dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu melainkan jika orang itu membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa keizinannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah melakukan segala usaha yang wajar untuk mencegah kesalahan itu daripada dilakukan sebagaimana yang patut dilakukan olehnya, dengan mengambil kira fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan.
Kuasa untuk mengkompaun
24N. (1) Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, menawarkan secara bertulis untuk mengkompaun mana- mana kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan menerima daripada orang yang disyaki secara munasabah telah melakukan kesalahan itu apa-apa amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2) Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya telah dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam
003b.fm Page 46 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 47
masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(3) Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
(4) Apa-apa wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Penyiaran notis, dsb.
24O. (1) Tiap-tiap notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara yang pada pendapat Ketua Pengarah akan memastikan bahawa notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat itu dibawa kepada perhatian orang yang dikehendaki supaya mematuhi notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat itu.
(2) Mana-mana orang yang tidak mematuhi notis, surat pekeliling, surat arahan dan maklumat itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh—
(a) jika orang itu ialah seorang individu, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua- duanya; atau
(b) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Pemakaian di luar wilayah bagi perundangan subsidiari
25. Tiada apa-apa peruntukan yang terkandung dalam mana- mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh, atas alasan bahawa mungkin ia berkuat kuasa di luar wilayah, disifatkan tidak sah setakat yang terpakai kepada kapal udara Malaysia, di mana jua kapal udara itu berada, atau melarang, menghendaki atau mengawal—
003b.fm Page 47 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
(a) apa-apa jua yang dilakukan oleh orang yang berada di dalam kapal udara Malaysia atau yang dilakukan oleh mana-mana anak kapal kapal udara Malaysia walau di mana jua kapal udara itu berada; atau
(b) apa-apa jua yang dilakukan berhubung dengan kapal udara Malaysia oleh orang lain, walau di mana jua kapal udara itu berada.
Kesalahan
26. Apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh mana-mana orang di dalam kapal udara Malaysia di luar Malaysia yang, jika perbuatan itu telah dilakukan olehnya di dalam Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia, hendaklah, bagi maksud prosiding jenayah di dalam Malaysia terhadap orang itu berkenaan dengan perbuatan itu, disifatkan telah dilakukan olehnya di dalam Malaysia.
Kapal udara tentera
27. Apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini boleh, jika perundangan subsidiari itu memperuntukkan dengan nyata sedemikian, terpakai kepada kapal udara tentera atau kepada apa-apa kelas jua kapal udara tentera.
27A. (Dipotong oleh Akta A803).
BAHAGIAN X
PERALIHAN
Pemansuhan undang-undang tertentu dan peruntukan kecualian
28. (1) Akta Penerbangan Awam 1949, dan Perintah Penerbangan Awam Tanah Jajahan (Pemakaian Akta) 1952 (kedua-duanya bagi United Kingdom) hendaklah terhenti berkuat kuasa di mana-mana jua di dalam Malaysia dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini; dan pemberhentian itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pemansuhan bagi maksud Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388].
003b.fm Page 48 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 49
(2) Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual kepada Akta ini dengan ini dimansuhkan.
(3) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) dan (2) dan Jadual—
(a) kecuali jika perundangan subsidiari itu dimansuhkan dengan nyata oleh Akta ini, semua perundangan subsidiari yang telah—
(i) dibuat di bawah, atau yang terpakai oleh, mana-mana undang-undang yang dimansuhkan atau yang terhenti berkuat kuasa menurut Akta ini; dan
(ii) berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan penerbangan sebaik sebelum permulaan kuat k u a s a A k t a i n i , h e n d a k l a h ( t a n p a memudaratkan kuasa untuk memindanya dengan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian sebagaimana yang perlu untuk menyesuaikan perundangan subsidiari itu dengan Akta ini) terus berkuat kuasa di dalam kawasan penerbangan itu sehingga dimansuhkan atau digantikan dengan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah peruntukan yang sepatutnya itu, atau dengan cara lain ditamatkan, dan hendaklah disifatkan telah dibuat di bawahnya; dan
(b) apa-apa surat cara yang telah— (i) dikeluarkan, disampaikan atau diberikan di
bawah mana-mana undang-undang yang telah dimansuhkan atau yang tidak lagi berkuat kuasa menurut Akta ini; dan
(ii) berkuat kuasa di dalam mana-mana kawasan penerbangan sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah (tanpa memudaratkan apa-apa kuasa untuk meminda surat cara itu dan tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian sebagaimana yang perlu untuk menyesuaikannya dengan Akta ini) terus berkuat kuasa di dalam kawasan penerbangan itu sehingga digantikan, dibatalkan atau dengan cara lain ditamatkan, dan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan,
003b.fm Page 49 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
disampaikan atau diberikan di bawah Akta ini, dan Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari di bawahnya hendaklah terpakai kepada, atau berhubung dengan, surat cara itu dengan sewajarnya:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa surat cara sedemikian yang dinyatakan akan terus berkuat kuasa selama suatu tempoh yang tertentu boleh terus berkuat kuasa selepas habisnya tempoh itu melainkan jika surat cara itu dibaharui mengikut Akta ini dan mana- mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.
(4) Dalam seksyen ini— “kawasan penerbangan” ertinya—
(a) Melaka dan Pulau Pinang;
(b) Sabah;
(c) Sarawak; atau
(d) Negeri-Negeri Semenanjung Malaysia selain Melaka dan Pulau Pinang,
sebagaimana yang dikehendaki oleh keadaan hal itu; “surat cara” ertinya apa-apa arahan atau kehendak lain, apa-apa
notis dan apa-apa perakuan, lesen, pengesahan atau kuasa lain.
JADUAL
[Seksyen 28(1)]
UNDANG-UNDANG MALAYSIA YANG HENDAKLAH DIBATALKAN
1. Ordinan Padang Terbang (Pengawalan Galangan) [Bab 3] bagi Sabah.
2. Ordinan Padang Terbang (Pengawalan Galangan) 1950 [N.T.M. No. 25 tahun 1950].
3. Ordinan Penerbangan Udara [Bab 5] bagi Sabah.
003b.fm Page 50 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 51
4. Ordinan Penerbangan Udara [Bab 129] bagi Sarawak.
5. Ordinan Penerbangan Udara 1952 [N.T.M. No. 84 tahun 1952] yang berkuat kuasa di Negeri-Negeri Tanah Melayu selain Melaka dan Pulau Pinang.
6. Ordinan Penerbangan Udara [N.S. Bab 108] yang berkuat kuasa di Melaka dan Pulau Pinang.
7. Peraturan-Peraturan Penerbangan Udara (Karaman dan Penyelamatan) 1953 [P.U. 586/1953].
8. Akta Alat-Alat Bantu Penerbangan Udara (Pengawalan Galangan) 1962 [N.T.M. No. 30 tahun 1962].
003b.fm Page 51 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
52
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 3
AKTA PENERBANGAN AWAM 1969
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari
Akta A282 Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1975
28-02-1975
Akta A160 Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit) 1975
29-08-1975
Akta A679 Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1987
25-09-1987
Akta A803 Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1991
01-11-1992
Akta A885 Akta Perlembagaan (Pindaan) 1994 24-06-1994
Akta A1062 Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 1999
09-07-1999
Akta A1192 Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 2003
01-06-2003
003b.fm Page 52 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
53
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 3
AKTA PENERBANGAN AWAM 1969
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2 Akta A803 01-11-1992
2A Akta A803 01-11-1992
2B Akta A803 01-11-1992
2C Act A1192 01-06-2003
2D Act A1192 01-06-2003
3 Akta A803 01-11-1992
Akta A1062 09-07-1999
4 Akta 160 29-08-1975
Akta A1192 01-06-2003
5A Akta A803 01-11-1992
Akta A1192 01-06-2003
6 Akta A803 01-11-1992
Akta A1192 01-06-2003
6A Akta A282 28-02-1975
6B Akta A282 28-02-1975
Akta A803 01-11-1992
003b.fm Page 53 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
6C Akta A282 28-02-1975
6D Akta A282 28-02-1975
Akta A803 01-11-1992
6E Akta A282 28-02-1975
6F Akta A282 28-02-1975
6G Akta A282 28-02-1975
6H Akta A282 28-02-1975
6I Akta A282 28-02-1975
6J Akta A282 28-02-1975
6K Akta A282 28-02-1975
6L Akta A282 28-02-1975
6M Akta A282 28-02-1975
6N Akta A282 28-02-1975
6O Akta A282 28-02-1975
7 Act A885 24-06-1994
Akta A1192 01-06-2003
15 Act A885 24-06-1994
16 Akta 160 29-08-1975
Akta A1192 01-06-2003
18 Akta A803 01-11-1992
24A Akta A679 25-09-1987
Akta A803 01-11-1992
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
003b.fm Page 54 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
Penerbangan Awam 55
Akta A1062 09-07-1999
24B Akta A679 25-09-1987
Akta A803 01-11-1992
Akta A1062 09-07-1999
24C Akta A679 25-09-1987
Akta A803 01-11-1992
Akta A1062 09-07-1999
24D Akta A679 25-09-1987
Akta A803 01-11-1992
Akta A1062 09-07-1999
24E Akta A803 01-11-1992
24F Akta A803 01-11-1992
Akta A1192 01-06-2003
24G Akta A803 01-11-1992
Akta A1192 01-06-2003
24H Akta A803 01-11-1992
24I Akta A803 01-11-1992
24J Akta A803 01-11-1992
24K Akta A803 01-11-1992
24L Akta A803 01-11-1992
24M Akta A1192 01-06-2003
24N Akta A1192 01-06-2003
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
003b.fm Page 55 Monday, March 27, 2006 11:53 AM
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 3
24O Akta A1192 01-06-2003
27A Akta A679 25-09-1987
Akta A803 01-11-1992
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
003b.fm Page 56 Monday, March 27, 2006 11:53 AM